AMALAN KEMAHIRAN BELAJAR PELAJAR-PELAJAR TAHUN 4 PROGRAM
SPN, SPG, SPC DAN SPF DI FAKULTI PENDIDIKAN, UNIVERSITI
TEKNOLOGI MALAYSIA
GURMIT KAUR A/P GURCHARAN SINGH
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
UTPSZ 19:16 (Pind.1/97)
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA CATATAN: * Potong yang tidak berkenaan
** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD. ♦ Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM).
BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS
JUDUL: AMALAN KEMAHIRAN BELAJAR PELAJAR-PELAJAR TAHUN 4 PROGRAM SPN, SPG, SPC DAN SPF DI FAKULTI PENDIDIKAN, UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
SESI PENGAJIAN: 2003/2004 Saya GURMIT KAUR A/P GURCHARAN SINGH
(HURUF BESAR) Mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di PerpustakaanUniversiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut: 1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia. 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan
pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara
institusi pengajian tinggi. 4. **Sila tandakan ( )
SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan ataukepentingan Malyasia seperti yang termaktub di dalam
(AKTA RAHSIA RASMI 1972) TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan
oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan)
TIDAK TERHAD
Disahkan oleh
__________________ ________ __________________________ (TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA) Alamat tetap: NO. 28 A, BT 16 ½, P. M. DR. OTHMAN MD JOHAN 71250 PASIR PANJANG, (Nama Penyelia) PORT DICKSON, NEGERI SEMBILAN Tarikh: _______11 MAC 2004____________ Tarikh: _11 MAC 2004
“Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada
pandangan saya karya ini adalah memadai dari segi skop
dan kualiti untuk tujuan penganugerahan ijazah Sarjana Muda
Sains Serta Pendidikan (Sains).”
Tandatangan : ………………………………….
Nama Penyelia : P. M .DR. OTHMAN MD JOHAN
Tarikh : ……11 MAC 2004…………………
AMALAN KEMAHIRAN BELAJAR PELAJAR-PELAJAR TAHUN 4
PROGRAM SPN, SPG, SPC DAN SPF DI FAKULTI PENDIDIKAN,
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
GURMIT KAUR A/P GURCHARAN SINGH
Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi
syarat penganugerahan ijazah Sarjana Muda
Sains Serta Pendidikan (Sains)
Fakulti Pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia
MAC, 2004
ii
“Saya akui karya ini hasil karya saya sendiri kecuali nukilan
dan ringkasan yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya”.
Tandatangan : ………………………………….
Nama Penulis : Gurmit Kaur a/p Gurcharan Singh
Tarikh : ………11 MAC 2004………………...................
iii
DEDIKASI
Kepada,
ayahku Gurcharan Singh dan ibuku Mukhtiar Kaur yang tidak pernah penat memberi
dorongan dan semangat yang berterusan.
Abang-abangku Jagdev dan Hardave, kakakku Jasvinder dan adik-adikku Malkeet dan
Ranjeeta serta ahli-ahli keluargaku yang lain di atas segala sokongan dan pengorbanan
yang kalian sumbangkan.
Buat teman seperjuanganku Mohana, Jessica, Shareender, Jaishree dan Sukhvinder
segala bantuan yang kalian hulurkan tidak akan kulupakan.
Sesungguhnya kejayaan ini milik kita sekeluarga…..
iv
PENGHARGAAN
Saya bersyukur ke hadrat Tuhan kerana dengan limpah kurnianya saya telah
berjaya menyiapkan kertas projek penyelidikan ini yang merupakan sebahagian daripada
syarat penganugerahan ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Sains). Saya ingin
mengambil kesempatan ini untuk merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada
pensyarah pembimbing iaitu Prof. Madya.Dr. Othman Md Johan kerana sudi
meluangkan masa memberi nasihat untuk keseluruhan kertas projek ini.
Saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pelajar yang
telah menjadi responden kepada kajian ini. Ucapan terima kasih ditujukan kepada
kakitangan Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia yang telah membantu
saya dalam mendapatkan maklumat bagi menyiapkan kertas projek ini.
Seterusnya, saya ingin merakamkan ucapan penghargaan ini kepada semua pihak
yang terlibat secara tidak langsung dalam membantu saya menyiapkan kertas projek
penyelidikan ini.
v
ABSTRAK
Kajian ini merupakan satu kajian berbentuk deskriptif yang bertujuan
mengkaji amalan kemahiran belajar pelajar-pelajar tahun 4 yang mengikuti program
SPN, SPG, SPC dan SPF di Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia. Kajian
ini melibatkan 127 orang responden. Satu set soal selidik yang mengandungi bahagian
A dan bahagian B dengan jumlah 64 item berhubung dengan kemahiran belajar yang
diamalkan telah diedarkan kepada responden. Data-data yang dikumpul dianalisis
dengan menggunakan perisian SPSS (Statististical package for the Social Science Versi
10.0 ) untuk mendapatkan kekerapan, peratusan, min, sisihan piawai dan perbezaan
signifikan bagi menjawab setiap persoalan kajian yang dikemukakan di dalam kajian ini.
Kajian menunjukkan bahawa secara umum kemahiran belajar responden berada pada
tahap yang baik. Dapatan kajian menunjukkan bahawa tidak terdapat perbezaan yang
signifikan dalam amalan kemahiran belajar yang diamalkan oleh responden mengikut
program yang diikuti. Dapatan juga menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang
signifikan dalam amalan kemahiran belajar yang diamalkan oleh responden mengikut
jantina. Walau bagaimanapun, dapatan kajian menunjukkan bahawa terdapat perbezaan
yang signifikan dalam amalan kemahiran belajar yang diamalkan oleh responden
mengikut kaum. Berdasarkan ujian Post-Hoc ANOVA Tukey dan LSD, didapati
bahawa hanya responden Melayu dan Cina sahaja yang kelihatan mempunyai perbezaan
amalan kemahiran belajar yang signifikan di mana pelajar Melayu mempunyai amalan
kemahiran belajar yang lebih baik berbanding pelajar Cina. Beberapa cadangan telah
dikemukakan untuk membantu pihak-pihak yang berkenaan dalam meningkatkan
keberkesanan kemahiran belajar yang diamalkan.
vi
ABSTRACT
The purpose of this descriptive research is to observe the study skills of the final
year Bachelor of Science with Education (SPN, SPG, SPC and SPF) students from the
Faculty of Education in University Technology of Malaysia. A total of 127 respondents
participated in this research. A set of questionnaire with two sections A and B
comprised of 64 items regarding study skills were distributed to each of the respondents.
Data collected were analyzed using SPSS (Statistical Package for the Social Science
Version 10.0) to obtain the frequencies, percentages, means, standard deviation and
significant differences in order to achieve the objectives of this research. The results of
this research show that generally the respondents have good study skills. The results
also show that there is no any significant difference in the study skills applied by
respondents from the four courses chosen and no significant difference in the study skills
applied by female and male respondents. However, there is a significant difference in
the study skills applied by Malay and Chinese respondents. Results show that Malay
respondents have better study skills compared to the Chinese respondents. Some
suggestions were forwarded to improve the effectiveness of the study skills applied and
it is hoped that these suggestions will benefit readers.
vii
KANDUNGAN
BAB PERKARA MUKA SURAT
Pengesahan Status Tesis
Pengesahan Penyelia
Halaman Judul i
Halaman Pengakuan ii
Halaman Dedikasi iii
Halaman Penghargaan iv
Abstrak v
Abstract vi
Halaman Kandungan vii
Halaman Senarai Jadual xi
Halaman Senarai Lampiran xii
BAB I PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan 1
1.2 Latar Belakang Masalah 2
1.3 Pernyataan Masalah 5
1.4 Objektif Kajian 6
1.5 Persoalan Kajian 6
1.6 Hipotesis Kajian 7
1.7 Kepentingan Kajian 9
viii
1.8 Batasan Kajian 10
1.9 Definisi Istilah 10
1.9.1 Kemahiran Belajar 10
1.9.1.1 Pengurusan Masa 11
1.9.1.2 Kemahiran Mengingat 11
1.9.1.3 Kemahiran Mencatat Nota 12
1.9.1.4 Strategi Menghadapi
Peperiksaan 12
1.9.1.5 Kemahiran Memproses
Maklumat 13
1.9.1.6 Motivasi 13
1.9.1.7 Kemahiran Membaca 13
1.9.1.8 Kemahiran Menulis 14
1.9.2 Sikap Pelajar 14
1.9.3 Pencapaian Akademik 14
BAB II SOROTAN KAJIAN
2.1 Pengenalan 15
2.2 Sikap Pelajar 16
2.3 Kemahiran Belajar 18
2.4 Hubungan di antara Sikap Pelajar
dengan Pencapaian Akademik 28
2.5 Hubungan di antara Kemahiran Belajar
dengan Pencapaian Akademik 29
2.6 Kesimpulan 31
ix
BAB III METODOLOGI KAJIAN
3.1 Pengenalan 33
3.2 Reka Bentuk Kajian 33
3.3 Prosedur Mengumpul Maklumat 34
3.4 Populasi dan Persampelan Kajian 34
3.5 Tempat Kajian 35
3.6 Instrumen Kajian 35
3.6.1 Bahagian A 36
3.6.2 Bahagian B 36
3.7 Kajian Rintis 37
3.8 Analisis Data 37
3.9 Kesimpulan 39
BAB IV DAPATAN KAJIAN
4.1 Pengenalan 40
4.2 Analisis Latar Belakang Responden 40
4.3 Dapatan Kajian Berasaskan Persoalan Kajian 42
4.3.1 Analisis Persoalan Kajian 1 42
4.3.2 Analisis Persoalan Kajian 2 59
4.3.3 Analisis Persoalan Kajian 3 60
4.3.4 Analisis Persoalan Kajian 4 61
BAB V RUMUSAN, PERBINCANGAN DAN CADANGAN
5.1 Pengenalan 63
5.2 Rumusan Dapatan Kajian 63
5.3 Perbincangan Dapatan Kajian 64
x
5.3.1 Tahap Kemahiran Belajar Responden 64
5.3.2 Perbezaan Dalam Amalan Kemahiran
Belajar Responden Mengikut Program 70
5.3.3 Perbezaan Dalam Amalan Kemahiran
Belajar Responden Mengikut Jantina 71
5.3.4 Perbezaan Dalam Amalan Kemahiran
Belajar Responden Mengikut Kaum 72
5.4 Implikasi Dan Cadangan 73
5.5 Saranan Kajian Lanjutan 76
5.6 Penutup 77
RUJUKAN 78
LAMPIRAN A DAN B 86 - 95
xi
SENARAI JADUAL NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT
3.1 Bilangan Responden Mengikut Program 35
3.2 Skala Ala Likert 37
3.3 Skala Tahap Kemahiran Belajar Responden 38
4.1 Latar Belakang Responden 41
4.2 Kemahiran Pengurusan Masa 43
4.3 Kemahiran Mengingat 45
4.4 Kemahiran Mencatat Nota 47
4.5 Strategi Menghadapi Peperiksaan 49
4.6 Kemahiran Memproses Maklumat 51
4.7 Motivasi 53
4.8 Kemahiran Membaca 55
4.9 Kemahiran Menulis 57
4.10 Tahap Kemahiran Belajar Responden 58
4.11 Perbezaan Amalan Kemahiran Belajar
Responden Mengikut Program 59
4.12 Perbezaan Amalan Kemahiran Belajar
Responden Mengikut Jantina 60
4.13 Perbezaan Amalan Kemahiran Belajar
Responden Mengikut Kaum 61
xii
SENARAI LAMPIRAN
LAMPIRAN TAJUK MUKA SURAT
Lampiran A Borang Soal Selidik 86
Lampiran B Surat pengenalan diri daripada
Fakulti Pendidikan 95
BAB I
PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan
Pembelajaran merupakan satu bidang penting di dalam perkembangan psikologi
setiap pelajar. Menurut Kimble (1961), “learning is a relatively permanent change in
behavioral potentiality that occurs as a result of reinforced practice”. Kimble
berpendapat bahawa pembelajaran ialah perubahan potensi tingkah laku yang agak kekal
dan berlaku akibat daripada latihan yang diteguhkan. Perubahan tingkah laku akan
berlaku dengan adanya penambahan pengetahuan sama ada secara terus ataupun melalui
latihan yang dilakukan secara berulang.
Selain daripada pembelajaran, kemahiran juga boleh dikatakan adalah hasil
daripada latihan yang diteguhkan. Linskie (1977), mendefinisikan kemahiran sebagai
kualiti kepada sesuatu persembahan yang dikembangkan melalui pengalaman dan
latihan yang berulang-ulang. Sesuatu kemahiran tidak diperolehi secara tiba-tiba tetapi
ianya diperolehi dengan melakukan sesuatu aktiviti yang melibatkan pengalaman dan
pengetahuan sedia ada secara berulang kali. Kemahiran boleh dikatakan bersifat sensitif
terhadap latihan dan strategi kerana sesuatu kemahiran itu bertambah baik apabila ianya
dilakukan berulang kali atau dalam erti kata lain, latihan yang menggunakan sesuatu
kemahiran itu diperbanyakkan.
2
Dalam proses pembelajaran, kemahiran yang diperlukan ialah kemahiran
belajar. Kemahiran belajar boleh ditakrifkan sebagai keupayan atau kecekapan yang
perlu dikuasai oleh setiap pelajar untuk membolehkannya mengumpul, memproses
dan merumus maklumat secara kendiri dan seterusnya menuju ke arah pembelajaran
seumur hidup. Selmes (1987), mentakrifkan kemahiran belajar sebagai kemahiran
yang membolehkan pelajar-pelajar mencari, menilai, memilih, menyusun,
menyimpan dan menyampaikan ilmu pengetahuan.
Dalam usaha mengecapi kejayaan di peringkat universiti, seseorang pelajar
itu perlu menitikberatkan kemahiran belajar yang diamalkan. Kejayaan di peringkat
universiti adalah bergantung kepada kebolehan seseorang pelajar itu dalam
mengamalkan kemahiran belajar yang efektif.
Kemahiran belajar yang efektif meliputi aspek pengurusan masa yang baik,
penggunaan tumpuan dan ingatan semasa pembelajaran, kemahiran mencatat nota
yang disampaikan oleh pensyarah, kemahiran memproses maklumat, kemahiran
mebaca dan menulis, persediaan yang dilakukan dalam menghadapi peperiksaan dan
motivasi. Semua kemahiran ini perlu dititikberatkan oleh pelajar dalam usaha
mencapai kejayaan di universiti.
1.2 Latar Belakang Masalah
Kemajuan sesebuah negara amat bergantung kepada kualiti graduan yang
dihasilkan oleh negara itu. Seseorang graduan itu perlulah cemerlang dari pelbagai
aspek agar dapat digelar sebagai tunggak kepada kemajuan negara. Ini adalah
kerana, kecemerlangan yang dimiliki oleh graduan itu akan membantunya mencari
idea-idea baru atau menggunakan daya fikir secara kreatif dan inovatif untuk
membawa negara ke puncak kejayaan. Ini bermaksud, kecemerlangan seseorang
3
graduan memainkan peranan yang amat penting dalam kemajuan negara. Walau
bagaimanapun, secara hakikatnya bukan semua graduan yang dihasilkan oleh
sesebuah Institut Pengajian Tinggi itu cemerlang. Persoalan yang timbul di sini
ialah, “Apakah yang menyebabkan fenomena seperti ini berlaku dan mengapakah
wujudnya perbezaan di antara tahap kecemerlangan akademik pelajar yang
dihasilkan oleh sesebuah Institut Pengajian Tinggi itu walaupun kemudahan yang
digunakan oleh setiap pelajar itu sama?”.
Melalui beberapa kajian yang telah dijalankan ke atas pelajar-pelajar yang
menuntut di IPT, didapati terdapat hubungan yang positif di antara kemahiran
belajar yang diamalkan oleh pelajar dengan kecemerlangan akademik atau
pencapaian akademik mereka (Agnew et al., 1993; Elliot et al., 1990; Jones et al.,
1993; Jones, Slate dan Kyle, 1992; Jones, Slate dan Marini, 1995; Kleijn, van der
Ploeg dan Topman, 1994). Kajian ini jelas menunjukkan bahawa salah satu sebab
yang menyebabkan perbezaan kecemerlangan akademik atau pencapaian akademik
di antara pelajar di IPT adalah kemahiran belajar yang diamalkan oleh pelajar itu
sendiri. Menurut Weinstein (1987), pelajar sebenarnya sedar bahawa kemahiran
belajar yang efektif mempengaruhi pencapaian akademik mereka. Oleh itu, mereka
akan cuba memperbaiki kemahiran belajar yang diamalkan agar lebih efektif untuk
mengoptimumkan pencapaian akademik mereka. Kajian juga menunjukkan bahawa
para pelajar adalah lebih berdikari, bertanggungjawab dan berkeyakinan sekiranya
mereka memahami cara belajar yang diamalkan oleh mereka (Sims dan Ehrhardt,
1978; Myers, 1992).
Kemahiran belajar berfungsi sebagai suatu alat yang amat penting dalam
mengoptimumkan proses pembelajaran seseorang pelajar. Menurut Hoover dan
Patton (1995), kemahiran belajar melibatkan kebolehan seseorang pelajar itu untuk
memperoleh, merekod, menyusun, mensintesis, mengingat dan mengguna sesuatu
maklumat. Novak dan Gowin (1984), pula mengatakan bahawa proses pembelajaran
merupakan satu proses yang melibatkan pelbagai jenis kemahiran. Ia memerlukan
4
latihan dengan menggunakan teknik-teknik yang spesifik untuk membantu seseorang
pelajar dalam memperoleh, menyusun, mengekalkan dan menggunakan sesuatu
maklumat.
Menurut Gersten (1998), pelajar yang mempunyai pencapaian akademik
yang rendah sebenarnya kurang arif tentang cara belajar yang diamalkan oleh
pelajar-pelajar yang cemerlang. Kebiasaannya, pelajar-pelajar yang mempunyai
pencapaian akademik yang rendah ini didapati mengamalkan kemahiran belajar
yang kurang efektif. Mereka boleh dikatakan memainkan peranan yang pasif dalam
proses pembelajaran dan amat bergantung kepada orang lain, contohnya pensyarah
untuk mengawasi pembelajaran mereka. Decker, Spector dan Shaw (1992),
berpendapat bahawa pelajar-pelajar yang mempunyai pencapaian akademik yang
rendah tidak mampu mempelbagaikan kemahiran belajar yang diamalkan semasa
proses pembelajaran. Pelajar-pelajar ini juga cenderung menggunakan kemahiran
belajar yang sama yang sememangnya kurang efektif bagi setiap tugasan
pembelajaran tanpa mempertimbangkan isi kandungan, struktur dan tahap kesukaran
tugasan tersebut.
Universiti Teknologi Malaysia juga merupakan salah satu daripada Institut
Pengajian Tinggi di Malaysia yang menghasilkan graduan berijazah setiap tahun.
Graduan yang dihasilkan ini, sebahagiannya dihasilkan oleh Fakulti Pendidikan dan
golongan ini merupakan golongan yang bakal menjadi pendidik pada masa akan
datang. Mereka adalah individu-individu yang akan mendidik anak bangsa yang juga
bakal menjadi harapan negara. Salah satu objektif yang ingin dicapai oleh Fakulti
Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia ialah melahirkan pendidik dalam pelbagai
bidang pengajian bagi memenuhi keperluan pendidikan negara. Siapakah pendidik
yang dimaksudkan? Pendidik yang dimaksudkan di sini adalah pelajar-pelajar yang
sedang mengikuti program pedidikan di Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi
Malaysia yang akan menjadi guru atau pendidik suatu hari nanti. Oleh itu, pelajar-
pelajar ini perlulah melengkapkan diri mereka dengan pelbagai pengetahuan dan
5
kemahiran agar dapat membentuk peribadi guru yang unggul pada masa akan
datang. Pelajar-pelajar ini juga perlulah memastikan mereka cemerlang dalam
segala aspek, tidak kira akademik atau ko-kurikulum. Ini adalah kerana, hanya guru
yang cemerlang dalam kedua-dua aspek ini sahajalah yang mampu membimbing
pelajar-pelajar di sekolah dalam menjadi pelajar-pelajar cemerlang.
Sebagaimana yang kita sedia maklum, kemahiran belajar yang diamalkan
dalam proses pembelajaran mempengaruhi kecemerlangan seseorang pelajar. Bagi
pelajar-pelajar yang bakal menjadi pendidik, kesedaran tentang kemahiran belajar
yang efektif adalah amat penting. Ia bukan sahaja penting untuk menjanjikan
kecemerlangan semasa tempoh pengajian, ia juga amat berguna untuk membimbing
pelajar-pelajar di sekolah tentang teknik pembelajaran yang efektif yang perlu
diamalkan oleh mereka dan sekaligus menghasilkan pelajar yang cemerlang. Oleh
itu, para pelajar yang sedang mengikuti program pendidikan di Fakulti Pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia perlu memastikan bahawa kemahiran belajar yang
diamalkan oleh mereka adalah efektif agar mereka dapat menyumbang kepada
kecemerlangan diri dan kecemerlangan anak didik pada masa akan datang.
1.3 Pernyataan Masalah
Kejayaan para pelajar yang menuntut di Institut Pengajian Tinggi amat
dipengaruhi oleh kemahiran belajar yang diamalkan oleh pelajar itu sendiri.
Sekiranya kemahiran belajar yang diamalkan kurang efektif, para pelajar tidak
mungkin berpeluang mengecapi kejayaan yang cemerlang.
Kemahiran belajar adalah kunci kepada kecemerlangan akademik.
Kemahiran belajar yang efektif meminimumkan peluang menghadapi kegagalan dan
mengoptimumkan peluang untuk mengecapi kecemerlangan. Ini adalah kerana
6
pengamalan kemahiran belajar yang efektif memudahkan pelajar mengetahui
kehendak isi kandungan yang dipelajari dan melicinkan proses pemprosesan
maklumat.
Oleh itu, penyelidik ingin menyelidik tentang amalan kemahiran belajar
pelajar-pelajar tahun 4 yang mengikuti program Sarjana Muda Sains Serta
Pendidikan Sains (SPN), Biologi (SPG), Kimia (SPC) dan Fizik (SPF) di Fakulti
Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia.
1.4 Objektif Kajian
Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti amalan kemahiran belajar pelajar-
pelajar tahun 4 yang mengikuti program Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan Sains
(SPN), Biologi (SPG), Kimia (SPC) dan Fizik (SPF) di Fakulti Pendidikan,
Universiti Teknologi Malaysia. Berikut merupakan objektif kajian ini:
1.4.1 Mengenalpasti tahap kemahiran belajar yang diamalkan oleh pelajar-pelajar
tahun 4 yang mengambil program SPN, SPG, SPC dan SPF di Fakulti
Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia dari aspek kemahiran pengurusan
masa, kemahiran mengingat, kemahiran mencatat nota, strategi menghadapi
peperiksaan, kemahiran memproses maklumat, motivasi, kemahiran
membaca dan kemahiran menulis.
1.4.2 Mengenalpasti perbezaan kemahiran belajar yang diamalkan oleh pelajar-
pelajar tahun 4 yang mengambil program SPN, SPG, SPC dan SPF di
Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia.
1.4.3 Mengenalpasti perbezaan kemahiran belajar yang diamalkan oleh pelajar-
pelajar tahun 4 yang mengambil program SPN, SPG, SPC dan SPF di Fakulti
Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia mengikut jantina.
7
1.4.4 Mengenalpasti perbezaan kemahiran belajar yang diamalkan oleh pelajar-
pelajar tahun 4 yang mengambil program SPN, SPG, SPC dan SPF di Fakulti
Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia mengikut kaum.
1.5 Persoalan Kajian
Berikut merupakan persoalan kajian yang telah dibentuk di dalam kajian ini:
1.5.1 Apakah tahap kemahiran belajar yang diamalkan oleh pelajar-pelajar tahun
4 yang mengambil program SPN, SPG, SPC dan SPF di Fakulti Pendidikan,
Universiti Teknologi Malaysia dari aspek kemahiran pengurusan masa,
kemahiran mengingat, kemahiran mencatat nota, strategi menghadapi
peperiksaan, kemahiran memproses maklumat, motivasi, kemahiran
membaca dan kemahiran menulis?
1.5.2 Adakah terdapat perbezaan yang signifikan dalam kemahiran belajar yang
diamalkan oleh pelajar-pelajar tahun 4 yang mengambil program SPN, SPG,
SPC dan SPF di Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia?
1.5.3 Adakah terdapat perbezaan yang signifikan dalam kemahiran belajar yang
diamalkan oleh pelajar-pelajar tahun 4 yang mengambil program SPN, SPG,
SPC dan SPF di Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia
mengikut jantina?
1.5.4 Adakah terdapat perbezaan yang signifikan dalam kemahiran belajar yang
diamalkan oleh pelajar-pelajar tahun 4 yang mengambil program SPN, SPG,
SPC dan SPF di Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia
mengikut kaum?