JADUAL RANCANGAN KERJA AMALI PENYEDIAAN AKUARIUM
BILNAMATUGASANCATATAN
Sebelum
1Tan Zhi Leng, Syidatul, ZuwaidahMembincangkan tema yang sesuai untuk lanskap akuarium Menyatakan sebab dan kelebihan tema
2Tan Zhi LengMenyenaraikan ikan hiasan dan tumbuhan akuatik yang sesuai untuk diletakkan di dalam akuarium mengikut tema Nyatakan sebab ikan yang dipilih
3ZuwaidahMenyediakan pelan landskap untuk akuarium mengikut tema yang dibincang bersama Menyatakan rasional lanskap dengan tema
4Syidatul Menyediakan bahan, peralatan dan aksesori mengikut pelan yang dipersetujui Menyatakan rasional penggunaan aksesori dengan tema
Semasa
1Syidatul & Tan Zhi LengMembersihkan akuarium dari sebarang benda asing Span Air
2Zuwaidah Membersihkan aksesori yang ingin digunakan Berus Air
3Tan Zhi LengSediakan tapak filter pada akuarium dan meletakkan jaring atas tapak filter Filter Jaring
4Syidatul & ZuwaidahMeletakkan pasir dan baja di dalam akuarium Pasir Baja
5Tan Zhi Leng & SyidatulMasukkan air ke dalam akuarium sehingga 50% penuh Air Paip getah
6ZuwaidahMenanam tumbuhan akuatik Tumbuhan akuatik
7Tan Zhi LengSusun aksesori mengikut pelan Kayu hanyut Batu
8Syidatul & ZuwaidahMasukkan air selebihnya sehingga 2 cm dari bibir akuarium Air paip Getah
9Tan Zhi LengMasukkan anti klorin ke dalam air Anti klorin
10Syidatul Izzati & Zuwaidah Pasangkan pam dan lampu Masukkkan ikan hiasan Pam Lampu
11Syidatul Menyukat suhu air dan pH air Penyukat suhu Penyukat pH
12Tan Zhi Leng & Zuwaidah Memberi makanan ikan Memasukkan garam Nyalakan lampu dan tutup akuarium Makanan ikan Garam Lampu
13Tan Zhi Leng, Syidatul, ZuwaidahKemas dan bersihkan peralatan serta meja kerja
PELAN LAYOUT LANDSKAP AKUARIUMTEMA : HIDDEN GARDEN
LANGKAH KERJA PENYEDIAAN AKUARIUM
SENARAI IKAN HIASANUntuk penyediaan aquascape, ikan yang paling sesuai untuk dibela ialah ikan daripada keluarga jenis tetra dan guppy. Gabungan kedua keluarga ikan ini akan menjadikan tema lanskap kami lebih menonjol. Warna ikan akan kontra dengan warna pasir hitam. Untuk memastikan akuarium sentiasa bersih pula, kami memilih ikan bandaraya yang dikenali sebagai ikan pembersih.Penjagaan ketiga-tiga jenis ikan adalah mudah kerana ikan ini tahan lasak dan kuat. Ikan jenis tetra dan guppy hidup berkelompok dan pembelaannya haruslah paling minima 6 ekor. Pembiakan mereka juga sangat mudah. Ikan ini juga adalah sangat aktif.Berikut ialah senarai ikan hiasan yang akan digunakan :Bil Jenis IkanKuantiti
1Neon tetra
6 ekor
2Cardinal Tetra
6 ekor
3Guppy Short Tail
6 ekor
4Guppy Sword Tail
6 ekor
5Ikan Bandaraya
1 ekor
SENARAI BAHAN DAN PERALATAN Bil Bahan dan Peralatan Kuantiti
1.Span 1
2.Baldi2
3.Getah paip1
4.Kain pengelap2
5.Jaring penangkap ikan1
6.Baldi 2
7.Berus1
8.Garam Ikan3 sudu
9.Anti KlorinBeberapa titik
10.Penyukat suhu1
11.Penyukat pH1
12.Makanan Ikan1
13.Baja1
SENARAI AKSESORI
Bil AksesoriKuantiti
1Akuarium1
2Pam air1
3Penapis1
4Lampu1
5Batu 1 paket
6Kayu hanyut (driftwood) 5 (saiz kecil)
7Pasir hitam5 kg
8Pasir putih 1 kg
9Cabomba
6 pokok
10Java fern
6 pokok
11Red Telanthera
6 pokok
LANGKAH KESELAMATAN SEMASA PENYEDIAAN AKUARIUMDalam penyediaan (setting) akuarium, langkah keselamatan amat perlu dititikberatkan oleh individu yang mengendalikannya. Tujuannya supaya tidak mendatangkan sebarang kecederaan dan kemalangan semasa mengendalikan proses tersebut. Seperti yang diketahui, terdapat pelbagai proses yang perlu dilakukan untuk menyediakan akuarium seperti membasuh akuarium, memasukkan air, pasir dan sebagainya. Jadi langkah keselamatan perlulah diberikan perhatian oleh individu yang mengendalikannya supaya tidak berlaku sebarang kecederaan atau kemalangan. Pada kebiasaannya, terdapat empat kategori keselamatan utama yang perlu diberikan perhatian semasa penyediaan (setting) akuarium iaitu;Keselamatan diri
a) Memakai pakaian yang sesuai baju dan seluar yang selesa supaya tidak menghalang pergerakan.b) Memakai kasut yang sesuai. Sebaik-baiknya kasut bertutupc) Mengeringkan tangan sebelum memegang suisd) Menggunakan sauk untuk menangkap ikan ikan kerana sesetengah ikan amat berbahayae) Memastikan kawasan penyediaan akuarium luas dan tidak dihalang oleh sebarang bendaf) Meminta pertolongan rakan dalam beberapa aktiviti seperti mengangkat akuarium dan sebagainya
Peralatan
a) Sebelum menggunakan alatan, pastikan alatan tersebut berada dalam keadaan yang baik dan tidak terdapat sebarang kerosakan pada alat tersebutb) Pastikan akuarium yang hendak digunakan tidak retak atau pecahc) Memastikan terdapat punca atau sumber elektrik bagi menghidupkan pamd) Menggunakan kain yang bersih untuk mengeringkan alatan laine) Membuat penyambungan wayar dengan baik dan bersistematikf) Tidak memasukkan terlalu banyak aksesori ke dalam akuarium kerana ia akan menyebabkan akuarium nampak terlalu padat dan ikan tidak dapat hidup dengan selesa.
Ikan hiasan
a) Memastikan ikan hiasan yang hendak di masukkan ke dalam akuarium berada dalam keadaan sihat b) Menggunakan sauk untuk memindahkan atau menangkap ikan tersebutc) Memastikan ikan yang hendak dimasukkan ke dalam akuarium tidak lebih dari lima spesis ikan. Jika terlalu banyak jenis ikan dimasukkan ke dalam satu akuarium, mungkin pergaduhan akan berlaku.d) Memastikan spesis ikan yang dimasukkan tidak membahayakan spesis yang lain.
Persekitaran
a) Pastikan lantai tidak dibasah. Jika lantai basah, keringkan terlebih dahulu sebelum melakukan kerja-kerja pemasanganb) Meletakkan akuarium di tempat yang betul supaya tidak menghalang sebarang pergerakan dan sebagainya.c) Meletakkan akuarium di tempat yang tinggi seperti atas meja, rak dan sebagainya supaya tidak mudah dicapai oleh kanak-kanak.
Recommended