CORETAN PENASIHAT PIBG
Assalammualaikum w.b.t
Salam perkenalan daripada saya Guru Besar baharu yang mula
bertugas pada 1 Julai 2015 yang lalu. Sekalung tahniah dan berbanyak
terima kasih PIBG SK Parit Penghulu kerana dapat menyediakan satu
wadah untuk perkongsian maklumat yang saya kira amat berguna
kepada semua. PIBG memainkan peranan yang penting dalam
membantu pengurusan sekolah untuk mencapai kecemerlangan baik
dalam bidang akademik, kokurikulum mahu pun sahsiah pelajar. Melalui
jalinan yang erat kita berharap murid-murid di SK Parit Penghulu akan
mendapat manfaat yang maksima. Justeru, saya menyeru kepada semua
ibu bapa dan guru marilah sama-sama kita meningkatkan komitmen
terhadap persatuan ini agar segala yang dirancang akan terlaksana
dengan jayanya.
Sekian, terima kasih.
SK PARIT PENGHULU BEYOND THE EXPECTATION
Yang benar,
(En.Mustapah Bin Omar) Penasihat PIBG SK Parit Penghulu