@
Pusat Tuisyen Didikan Genius
Program Bahasa Malaysia Sekolah Menengah
Komsas Tingkatan 5
Analisis Novel
Tirani
Plot. Teknik Plot. Nilai. Pengajaran
Nama : _____________________________
Plot
Binaan Plot
1. Peristiwa dalam novel ini disusun secara kronologi.
2. Pada bahagian pengenalan atau eksposisi, pengarang memperkenalkan
watak Waheeda yang sedang melayari laman sesawang berkaitan perihal
kecantikan wajah dan pembedahan plastik pada wajah. Waheeda mempunyai
keinginan yang tinggi untuk melakukan pembedahan plastik pada wajahnya
yang bertujuan untuk membaiki, memulih, serta menjaga kekemasan diri.
3. Cerita mula mencapai tahap perkembangan apabila Waheeda telah
dicederakan oleh seekor monyet Belanda pada wajah dan hidungnya hingga
menyebabkan Waheeda dikejarkan ke hospital oleh Fadhil sambil ditemani oleh
ibunya, Raidah. Waheeda menaiki pesawat ke Singapura untuk bertemu dengan
Dr. Alma Hollis Chen yang bertugas di Silicon Medical Center (SMC) yang
akan mengurus proses pembedahan mata dan hidungnya. Waheeda menjalani
pembedahan pembetulan pada kelopak matanya yang dijalankan oleh Dr.
Shirrim Ghazizadeh manakala pembedahan hidungnya dijalankan oleh Dr.
Averroes atau Dr. Rushdi. Selain itu, Waheeda mendapat tawaran bekerja di
Flamingo de La Rossa sebagai Pegawai Perhubungan Awam. Waheeda
berkenalan buat pertama kali dengan Zahid di Flamingo.
4. Pada peringkat perumitan, Dr. Rushdi meminta Waheeda datang ke SMC
dengan segera untuk rawatan atau pembedahan pada bahagian hidungnya.
Waheeda berharap agar wajahnya pulih sebelum dia pulang ke Kuching untuk
majlis pertunangannya dengan Zahid. Majlis pertunangan antara Waheeda
dengan Zahid dibatalkan dan digantikan dengan majlis pertunangan ringkas
antara Ghazi dengan Fatimah. Selepas itu, majlis perkahwinan Waheeda dengan
Program Bahasa Melayu Edubest SM5 - Analisis Novel : Plot, Teknik, Nilai & Pengajaran 1
Progra
m B
ahasa M
elayu E
dubest
Zahid diadakan dengan meriah dan penuh dengan adat. Zahid mencari Waheeda
selepas isterinya itu tidak muncul di restoran untuk makan tengah hari. Zahid
menemui Waheeda di salah sebuah bilik penginapan penghuninya di Chalet
Tajau Emas yang mewujudkan perasaan cemburu dan salah sangka atas
kesetiaan Waheeda itu. Selepas Waheeda selamat melahirkan bayi perempuan
di bilik wad eksklusif, Hospital Pakar Normah, Zahid tidak datang menjenguk
bayinya. Waheeda meminta dan merayu suaminya agar melihat hasil laporan
DNA apabila suaminya, Zahid mempertikaikan status Izzati sebagai anak
kandungnya.
5. Plot mencapai puncak/klimaks apabila Zahid bertindak nekad untuk
menceraikan isterinya, Waheeda dengan talak satu disebabkan faktor cemburu
dan sikap curiganya yang terlampau itu. Waheeda mengalami masalah
kemurungan dan masalah migrain meroyan akibat tindakan Zahid yang kejam
itu kerana dia terlalu mencintai suaminya itu.
6. Pada peringkat peleraian, Ghazi dan Raidah menemani Waheeda untuk
mendapatkan rawatan dan khidmat kaunseling di Pusat Rawatan Islam
(Pusrawi), Kuala Lumpur. Waheeda dan Ghazi membeli dan mengusahakan
Chalet Iwana-Iwani milik Pak Cik Abdul Aziz yang terletak di Cameron
Highlands dengan menukarkan nama chalet itu kepada Aya-Sajinah. Zahid dan
Aiman yang kebetulan menginap di Chalet Aya-Sajinah, berehat di Cafe Iwani
dan bersembang tentang pelbagai perkara terutamanya perihal keinsafannya atas
kesilapan masa silam. Zahid menangis apabila memberitahu dan mengesahkan
bahawa Izzati merupakan anak kandungnya dan Waheeda, ibu Izzati merupakan
insan yang dicarinya selama ini. Zahid meluahkan penyesalannya atas kesalahan
besarnya terhadap Waheeda dan anak kandung mereka, Izzati. Lais cuba
mententeramkan perasaan Zahid dan Waheeda manakala Izzati pula memujuk
ibunya agar memaafkan kesalahan bapanya, Zahid.
Program Bahasa Melayu Edubest SM5 - Analisis Novel : Plot, Teknik, Nilai & Pengajaran 2
Progra
m B
ahasa M
elayu E
dubest
Teknik Plot
Teknik pemerian
Antara contoh penggunaan teknik ini termasuklah:
(a) Pengarang memerihalkan upacara menyarungkan cincin perkahwinan
pengantin lelaki di jari pengantin perempuan.
(b) Pengarang memerihalkan keadaan diri Waheeda yang hanya tinggal
seorang diri di bilik wad eksklusif yang mewah dan sangat selesa ketika
melahirkan bayi perempuannya, Izzati di Hospital Pakar Normah.
Teknik dialog
Antara contoh dialog yang terkandung dalam novel ini termasuklah:
(a) Perbualan antara Mat Mekanik dengan Waheeda berhubung dengan potret
Dayang Ranee yang akan dibingkaikan.
(b) Dialog Raidah dengan anak saudaranya, Kamri ketika Raidah
Memintanya membelikan daun nipah muda untuk dibuat kelongsong
ketupat lepas.
Teknik imbas kembali
Antara contoh teknik imbas kembali yang digunakan dalam novel ini
termasuklah:
(a) Sambil tersenyum kambing, Waheeda teringat kembali akan kain sarung
birunya terbelah sehingga paras paha seperti busana ceongsam kerana
sering mengejar rakan-rakan persekolahannya yang selalu menyakatnya
kerana berhidung pesek.
Program Bahasa Melayu Edubest SM5 - Analisis Novel : Plot, Teknik, Nilai & Pengajaran 3
Progra
m B
ahasa M
elayu E
dubest
(b) Waheeda terkenang akan kata-kata semangat ayahnya semasa dia dan
Ghazi berada di dalam kereta sewaktu perjalanan pulang dari banglo
mewah Pak Cik Aziz di jalan Setiakasih ke apartmen keluarga mereka di
Bukit Tiara, Kajang. Contohnya:
Teknik imbas muka
Antara contoh teknik imbas muka termasuklah:
(a) Bazilah berasa gerun tatkala membayangkan keadaan meja bedah dan alat
perkakasan yang lazim digunakan semasa sesi pembedahan dijalankan
sewaktu mendengar penerangan tentang prosedur pembedahan daripada
Dr. Zahari
(b) Ketika menantikan kedatangan doktor yang akan menjalankan
pembedahan ke atas dirinya, Waheeda membayangkan keadaan dirinya
yang seumpama disembelih hidup-hidup semasa proses pembedahan itu
nanti.
(c) Waheeda membayangkan suasana mesra yang berlaku sesama kakitangan
di Chalet Tajau Emas yang sedang belajar menganyam kelongsong
ketupat lepas daripada ibunya, Raidah ketika dia membaca kiriman e-mel
yang dihantar oleh sepupunya, Fatimah.
Teknik saspens
Antara contoh saspens dalam novel ini termasuklah:
(a) Peristiwa Waheeda yang berani menyahut cabaran dengan membuat
pinjaman daripada tabung usahawan siswazah, Bank Pembangunan
melalui Program Kemajuan Luar Bandar Sarawak untuk mengembangkan
perniagaan kemudahan penginapan Chalet Tajau Emasnya itu. Pembaca
tertanya-tanya akan kemampuan sebenar Waheeda dan pembaca juga
Program Bahasa Melayu Edubest SM5 - Analisis Novel : Plot, Teknik, Nilai & Pengajaran 4
Progra
m B
ahasa M
elayu E
dubest
ingin tahu sama ada perniagaan chaletnya yang baru beroperasi itu
mampu bersaing dengan pengusaha yang lain atau menemukan
kegagalan.
(b) Peristiwa monyet berhidung besar atau monyet Belanda yang menyerang
Chalet Tajau Emas menyebabkan suasana menjadi kelam-kabut apabila
penghuni dan pekerja-pekerja lari bertempiaran untuk menyelamatkan diri
daripada digigit monyet itu. Kesan daripada peristiwa ini, pembaca
tertanya-tanya tahap keselamatan sebenar dan kesan pengoperasian chalet
itu dari aspek tempahan daripada pengunjung yang akan menginap di
chalet itu pada masa akan datang.
Teknik kejutan
Antara contoh teknik kejutan yang terdapat dalam novel ini termasuklah ketika
peristiwa serangan monyet Belanda di Chalet Tajau Emas. Pembaca tidak
menyangka bahawa monyet-monyet itu bertindak agresif hingga sanggup
mencederakan orang-orang yang berada di situ, iaitu Waheeda.
Teknik monolog/monolog dalaman
Antara contoh monolog dalam novel ini termasuklah:
(a) Waheeda bermonolog ketika teruja dan seronok untuk melakukan
pembedahan plastik pada wajahnya.
(b) Waheeda bermonolog untuk memujuk nafsunya bahawa pemergiannya ke
Singapura adalah untuk melakukan pembedahan pada wajahnya dan
bukannya untuk membeli-belah.
(c) Waheeda bermonolog dengan memperli perwatakan Zahid yang
dilihatnya
Program Bahasa Melayu Edubest SM5 - Analisis Novel : Plot, Teknik, Nilai & Pengajaran 5
Progra
m B
ahasa M
elayu E
dubest
amat berbeza pada waktu itu dan hari semalamnya. Contohnya:
Teknik konflik
a. Contoh konflik luaran ialah konflik antara watak Waheeda dengan
bapanya, Fadhil. Konflik ini tercetus apabila bapanya berkeras dan secara
tegas tidak mengizinkan anaknya, Waheeda menjalankan pembedahan
kosmetik kerana bertentangan dengan ajaran agama Islam.
b. Konflik luaran kedua ialah konflik antara Waheeda dengan Zahid.
Konflik ini berlaku apabila Zahid mula meragui kesetiaan Waheeda
sebagai isteri yang setia dengan menuduh Waheeda berlaku curang dan
bermain kayu tiga dengan lelaki lain sehingga menganggap bahawa zuriat
yang dikandung oleh Waheeda itu bukanlah anaknya yang sah.
c. Contoh konflik dalaman ialah watak Waheeda yang mengalami perasaan
sedih dan kecewa kerana menerima ejekan daripada rakan-rakan
sekolahnya berkaitan ciri fizikalnya yang berhidung pesek hingga
menyebabkan dia menyimpan impian untuk membaiki sedikit kecacatan
yang berlaku pada hidungnya.
d. Konflik dalaman kedua ialah konflik dalaman Zahid yang mengalami
kekesalan dan dihimpit perasaan bersalah selama hampir 20 tahun akibat
sikap cemburu buta yang keterlaluan sehingga dia sanggup menceraikan
isterinya, Waheeda dan mengabaikan anak kandungnya, Izzati.
Program Bahasa Melayu Edubest SM5 - Analisis Novel : Plot, Teknik, Nilai & Pengajaran 6
Progra
m B
ahasa M
elayu E
dubest
Nilai
1. Nilai kasih sayang. Contohnya, Fadhil dan Raidah sangat menyayangi anak-
anak mereka, Ghazi dan Waheeda. Mereka menaruh harapan yang tinggi
terhadap pembedahan muka dan hidung Waheeda.
2. Nilai tanggungjawab. Contohnya, sebagai seorang ayah, Fadhil membawa
Waheeda yang mengalami pendarahan akibat kecederaan yang teruk angkara
diserang monyet Belanda ke hospital dengan segera untuk mendapatkan
rawatan.
3. Nilai kebijaksanaan. Contohnya, Waheeda bijak mengambil peluang
meneroka pengalaman berkhidmat dalam bidang perhotelan di The Flamingo de
La Rossa, Singapura sebelum kembali mengusahakan chalet milik keluarganya
di Matang.
4. Nilai belas kasihan/simpati. Contohnya, Ghazi bersimpati dengan nasib adik
perempuannya, Waheeda yang berhadapan dengan masalah rumah tangganya
dan masalah batang hidungnya yang cedera akibat digigit monyet Belanda.
5. Nilai kesabaran. Contohnya, Waheeda begitu sabar menangani sifat
cemburu buta dan panas baran suaminya, Zahid yang menuduhnya mengadakan
hubungan sulit dengan lelaki lain.
6. Nilai keberanian. Contohnya, Waheeda berani menanggung risiko dengan
membuat pinjaman baharu daripada tabung usahawan siswazah Bank
Pembangunan untuk membeli chalet Iwana-Iwani yang ingin dijual oleh
pemiliknya, Abdul Aziz Imran.
7. Nilai baik hati. Contohnya, Bazilah membenarkan Waheeda menetap di
rumahnya di Yishun Street sepanjang tempoh Waheeda menjalani rawatan
muka dan hidungnya di Silicon Medical Center, Singapura.
8. Nilai kerajinan. Contohnya, Waheeda rajin mengulang kaji pelajaran hingga
berjaya menamatkan pengajiannya di Universiti Teknologi Malaysia, Skudai
dan memperoleh ijazah pengurusan perniagaan dan pelancongan.
Program Bahasa Melayu Edubest SM5 - Analisis Novel : Plot, Teknik, Nilai & Pengajaran 7
Progra
m B
ahasa M
elayu E
dubest
9. Nilai kegigihan. Contohnya, Waheeda gigih mengusahakan Chalet Tajau
Emas dan Chalet Aya-Sajinah bersama-sama dengan ahli keluarga dan pekerja-
pekerjanya.
10. Nilai kerjasama/tolong-menolong. Contohnya, masyarakat Kampung
Matang bekerjasama dalam mengurus majlis perkahwinan Zahid dengan
Waheeda.
11. Nilai rasional. Contohnya, Halloway memilih Waheeda untuk mewakili
Hotel The Flamingo de La Rossa dalam Pertandingan Ratu Pelancongan
Antarabangsa disebabkan rupa parasnya yang jelita, anggun, berketerampilan,
dan berketinggian lima kaki lima inci.
12. Nilai berdikari. Contohnya, Waheeda mengurus sendiri tarikh
penerbangannya ke Singapura dan janji temunya dengan Dr. Alma Chen
berhubung dengan pembedahan mata dan hidungnya.
13. Nilai hormat-menghormati. Contohnya, selaku Ketua Pegawai Eksekutif
Flamingo de La Rossa, Halloway bersahabat baik dan saling menghormati
pekerja-pekerja bawahannya yang terdiri daripada pelbagai bangsa dan agama
tanpa sedikit pun menyentuh isu sensitif berkaitan dengan agama, bangsa dan
adat resam masing-masing.
14. Nilai amanah. Contohnya, selaku akauntan di Chalet Tajau Emas, Fatimah
begitu amanah memikul tugasnya bagi menjaga kewangan syarikat Tajau Emas
untuk memastikan segala perbelanjaan tadbir urus chalet itu berjalan dengan
lancar.
15. Nilai kesyukuran. Contohnya, Babu Saiyidah menyatakan rasa kesyukuran
ke hadrat Ilahi dengan mengadakan majlis doa selamat untuk anak
perempuannya berserta akikah untuk cucu baharunya.
Program Bahasa Melayu Edubest SM5 - Analisis Novel : Plot, Teknik, Nilai & Pengajaran 8
Progra
m B
ahasa M
elayu E
dubest
Pengajaran
1. Kita hendaklah mengamalkan kasih sayang untuk mempererat hubungan
antara ahli keluarga. Contohnya, Raidah amat mengasihi anaknya, Waheeda.
Dia berusaha dan sanggup pergi ke Singapura semata-mata untuk menemani
anak gadisnya itu menjalani pembedahan mata dan hidung di Silicon Medical
Center (SMC), Singapura.
2. Kita hendaklah bersikap jujur dan sanggup berterus-terang untuk
menyelesaikan satu-satu masalah. Contohnya, Dahlia bercerita secara jujur
kepada suaminya, Zahid bahawa dia dan penyelenggara pergi ke bilik
penginapan Dawood semata-mata untuk melihat seterusnya membaiki
kerosakan tangki air panas yang pecah tanpa mempunyai niat yang terselindung.
3. Kita mestilah sabar menghadapi cabaran dan dugaan hidup. Contohnya,
Waheeda begitu sabar berhadapan dengan sikap cemburu buta, panas baran, dan
kata-kata fitnah daripada suaminya, Zahid terhadap diri dan anak
perempuannya, Izzati.
4. Kita mestilah gigih dalam mengusahakan satu-satu perniagaan.
Contohnya, Waheeda gigih mengusahakan Chalet Tajau Emas untuk
kemudahan penginapan para pelancong dengan sanggup membuat pinjaman
daripada tabung usahawan siswazah Bank Pembangunan melalui Program
Kemajuan Luar Bandar Sarawak.
5. Kita mestilah berfikir secara rasional dalam membuat sebarang tindakan
atau keputusan. Contohnya, Waheeda tekad dan bersedia menanggung risiko
atas rekonstruksi mata dan hidungnya yang bertujuan untuk membaiki batang
hidungnya yang pesek dan membetulkan sedikit kelopak matanya.
6. Kita mestilah berani membuat keputusan demi kesenangan masa depan.
Contohnya, berbekalkan sifat cekal dan jati diri, Waheeda berani membeli
Chalet Iwana-Iwani kepunyaan Pak Cik Abdul Aziz Imran yang terletak di
Cameron Highlands setelah melihat lokasi, potensi dan kemudahan yang
Program Bahasa Melayu Edubest SM5 - Analisis Novel : Plot, Teknik, Nilai & Pengajaran 9
Progra
m B
ahasa M
elayu E
dubest
terdapat di chalet itu dengan sanggup membuat pinjaman baharu daripada
tabung usahawan siswazah
daripada Bank Pembangunan.
7. Kita perlulah bijak berikhtiar untuk menangani masalah. Contohnya,
Waheeda bijak mengatasi masalah kemurungan yang dialaminya dengan
mendapatkan rawatan dan khidmat pakar kaunseling daripada Dr. Qamariah di
Pusat Rawatan Islam (Pusrawi), Kuala Lumpur.
8. Kita perlulah bersikap baik hati terhadap orang lain. Contohnya, Bazilah
membenarkan Waheeda menetap di rumahnya di Yishun Street sepanjang
tempoh Waheeda menjalani rawatan atas pembedahan mata dan hidungnya di
Silicon Medical Center, Singapura.
9. Kita perlu bertanggungjawab terhadap tugas yang diamanahkan.
Contohnya, sebagai seorang pakar bedah mata yang berpengalaman, Dr. Shirrim
Ghazizadeh bertungkus-lumus melakukan pembedahan pada bahagian mata
Waheeda, manakala pembedahan hidungnya diketuai oleh Dr. Averroes atau Dr.
Rushdi.
10. Kita perlulah menghormati dan melayani tetamu dengan baik dan
sopan. Contohnya, Fadhil dan Rainah melayani kunjungan tetamunya, iaitu
keluarga Zahid ke rumahnya untuk adat merisik anak gadisnya, Waheeda
dengan begitu baik dan mesra.
11. Kita hendaklah rajin menelaah pelajaran untuk kejayaan masa depan.
Contohnya, Waheeda rajin belajar sehingga berjaya memperoleh ijazah dalam
bidang pengurusan perniagaan dan pelancongan. Begitu jugalah dengan Zahid
yang rajin dan tekun belajar di Amerika Syarikat sehingga memperoleh sarjana
dalam bidang undang-undang.
12. Kita perlulah berdikari dalam melaksanakan satu-satu perkara.
Contohnya, Waheeda mengurus sendiri tarikh penerbangannya ke Singapura
dan janji temunya dengan Dr. Alma Hollis Chen berhubung dengan
pembedahan mata dan hidungnya di Silicon Medical Center (SMC), Singapura.
Program Bahasa Melayu Edubest SM5 - Analisis Novel : Plot, Teknik, Nilai & Pengajaran 10
Progra
m B
ahasa M
elayu E
dubest
13. Kita haruslah taat akan suruhan orang tua. Contohnya, sebagai anak
sulung dalam keluarga, Ghazi menunjukkan sifat taat akan suruhan ibu bapanya.
Dia sanggup melepaskan jawatannya sebagai jurutera di Petronas Miri semata-
mata untuk membantu ayahnya mengurus Chalet Tajau Emas.
14. Kita hendaklah mengakui kesalahan diri. Contohnya, Zahid mengakui
kesalahan diri dengan menangis teresak-esak kerana menyesal atas perbuatan
lampaunya yang telah menceraikan isterinya tanpa usul periksa, Waheeda dan
mempertikaikan status anak kandungnya itu.
15. Kita hendaklah tegas dalam membuat keputusan. Contohnya, Waheeda
tegas dan tekad dengan tindakan melakukan rekonstruksi mata dan hidungnya
walaupun perbuatannya itu bercanggah dari sudut ajaran agama Islam.
Program Bahasa Melayu Edubest SM5 - Analisis Novel : Plot, Teknik, Nilai & Pengajaran 11
Progra
m B
ahasa M
elayu E
dubest
Pelan Lokasi
@ Pusat Tuisyen Didikan Genius
No.2-1, Jalan 4/109E, Desa Business Centre, Taman Desa, 58100 Kuala Lumpur. Tel: 03-7983 7650
http://www.edubest.com.my