KUNCI BAHASA
ABDUL HADI YUSOF
MAKSUDRangkap
• 1 Penyajak menegaskan bahawa bahasa yang bermaruah digambarkan oleh penutur yang berbicara dan bertutur dengan bahasa yang betul dan penuh kesantunan.
• 2 Bahasa yang maju sentiasa mengalami perubahan yang dinamik dan bersistematik walaupun berlaku perubahan masa.
• 3 Sejak dahulu lagi, susunan bahasa dibuat begitu sistematk sehingga tidak timbul sebarang kekeliruan.
• 4 Penggunaan bahasa yang bersusila menjadi pengikat hubungan sesama insan.
• 5 Bahasa digunakan untuk berkomunikasi
• 6 Bahasa didapati begitu indah apabila lahir daripada ungkapan-ungkapan dan susunan kata serta bahasa yang puitis.
TEMA
• Bahasa dan peranannya dalam masyarakat. Bahasa penuh dengan keindahan dan digunakan untuk berkomunikasi
PERSOALAN
• Bahasa yang bermaruah. Bahasa perlu digunakan sebaiknya bagi mengelakkan orang lain terguris hatinya.
• Bahasa akan terus berkembang jika digunakan berterusan oleh masyarakat dan tidak akan hilang ditelan zaman.
• Bahasa klasik atau tradisional tidak akan luntur dan sering digunakan untuk menyampaikan nasihat, kiasan dan sebagai alat komunikasi.
• Bahasa membuka jalan kepada ikatan silaturahim yang baik jika digunakan secara berhemah.