1
ANCAMAN HALUS TERHADAP ISLAM MELALUI MEDIA SOSIAL
MUQADDIMAH
Islam tidak melarang umatnya untuk maju dan membangun seiring dengan
perkembangan teknologi termasuk media sosial yang semakin menguasai kehidupan
manusia pada hari ini. Namun begitu, Islam telah menggariskan batasan-batasan dalam
penggunaan teknologi agar ia tidak disalahgunakan sebaliknya memanfaatkannya
untuk kemaslahatan manusia. Sekiranya sesuatu teknologi itu memberi kebaikan,
kemudahan dan manfaat termasuk segi cara, matlamat dan adab menggunakannya
menepati kehendak Islam, maka ia dibenarkan. Sebaliknya, jika ia mendatangkan kesan
yang negatif kepada individu dan masyarakat merangkumi aspek kemanusiaan dan
kemasyarakatan (aqidah, jiwa, pemikiran, emosi, aqal, kesihatan, adab dan akhlak, cara
dan pengurusan hidup, nyawa, keturunan, keselamatan dan sebagainya) maka Islam
meletakkan prasyarat atau panduan yang perlu dipatuhi untuk menggunakan teknologi
tersebut bagi menghindarkan sebarang kerosakan, kebinasaan, persengketaan,
permusuhan, perpecahan dan kemudaratan yang lain daripada berlaku.
Maklumat atau bahan yang diperoleh melalui media sosial mempunyai kesan positif dan
negatif. Nilai yang dipaparkan lebih menggambarkan nilai penghasil bahan yang
sesetengahnya terlalu asing bagi kita. Umat Islam juga tidak terkecuali berhadapan
dengan pengaruh yang terkandung dalam bahan-bahan yang dipaparkan menerusi
media sosial, Justeru, satu pendekatan yang menyeluruh, strategik dan sistematik perlu
diambil untuk menangani kesan dan pengaruh media sosial ke atas masyarakat
khususnya yang memberi ancaman dalam segenap aspek kepada Islam dan umatnya.
2
3
TAKRIFAN MEDIA SOSIAL
4
CIRI-CIRI MEDIA SOSIAL
BENTUK MEDIA SOSIAL
Facebook, Youtube, Twitter, Whatapps, WeChat,
Telegram dan Instagram, Google Plus,
Flickr, Linkein, Slideshare, Path,
LINE, Pinterest, Blogging
Platforms [Tumblr, Blogger].
reddit, myspace, Meetup, delicious,
dig dan sebagainya
5
SENARIO PENGGUNAAN INTERNET DAN MEDIA SOSIAL DI MALAYSIA
Sumber: Artikel The Malaysian Insider bertajuk, "Malaysians Spends Five Hours Online
Daily, And Its Mostly On Social Media, Says Report" (penulisan oleh Musliza Mustafa
bertarikh11 September 2014).
STATISTIK PENGGUNAAN MEDIA SOSIAL PELBAGAI PLATFORM DI MALAYSIA
6
BEBERAPA KESAN NEGATIF MEDIA SOSIAL DALAM KONTEKS MALAYSIA
7
FAKTOR-FAKTOR PENDORONG PADA PENGGUNAAN MEDIA SOSIAL
8
IMPAK NEGATIF PENGGUNAAN MEDIA SOSIAL
9
10
11
12
13
.
14
15
STRATEGI MENGATASI ANCAMAN HALUS TERHADAP ISLAM MELALUI MEDIA
SOSIAL
16
17
18
PENUTUP
Islam telah memberi garis panduan kepada umatnya dalam menjalankan aktiviti
kehidupan termasuk segi penggunaan media sosial. Dalam konteks ini, Islam mengambil
kira aspek aqidah, aqal, emosi, akhlak, hak serta maslahah sama ada berkaitan dengan
individu mahupun masyarakat dalam menggariskan sesuatu ketetapan. Justeru, al-
Qur’an dan al-Hadis yang turut menyentuh mengenainya, wajar difahami dan dihayati
oleh umat Islam supaya matlamat amar ma’ruf dan nahi mungkar dalam penggunaan
media sosial dapat dipenuhi. Antara nas-nas yang dapat dijadikan panduan adalah:
Firman Allah SWT yang bermaksud:
Wahai orang-orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang fasik membawa
sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak
menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini dengan sebab kejahilan
kamu (mengenainya) sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu telah
lakukan.
(Surah al-Hujuraat; 49: 6)
Firman Allah SWT yang bermaksud:
Serulah ke jalan Tuhanmu (wahai Muhammad) dengan hikmat kebijaksanaan dan
nasihat pengajaran yang baik dan berbahaslah dengan mereka (yang engkau serukan itu)
dengan cara yang lebih baik; sesungguhnya Tuhanmu Dialah jua yang lebih mengetahui
akan orang yang sesat dari jalanNya dan Dialah jua yang lebih mengetahui akan orang-
orang yang mendapat hidayat petunjuk.
(Surah an-Nahl; 16: 125)
Firman Allah SWT yang bermaksud:
Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah sesuatu puak (dari kaum lelaki) mencemuh
dan merendah-rendahkan puak lelaki yang lain, (kerana) harus puak yang dicemuhkan
itu lebih baik daripada mereka dan janganlah pula sesuatu puak dari kaum perempuan
mencemuh dan merendah-rendahkan puak perempuan yang lain, (kerana) harus puak
yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka dan janganlah setengah kamu
menyatakan keaiban setengahnya yang lain dan janganlah pula kamu panggil-
memanggil antara satu dengan yang lain dengan gelaran yang buruk. (Larangan-
19
larangan yang tersebut menyebabkan orang yang melakukannya menjadi fasik), maka
amatlah buruknya sebutan nama fasik (kepada seseorang) sesudah dia beriman dan
(ingatlah), sesiapa yang tidak bertaubat (daripada perbuatan fasiknya) maka merekalah
orang-orang yang zalim.
(Surah al-Hujuraat; 49: 11).
Firman Allah SWT yang bermaksud:
Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu
tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian dari
sangkaan itu adalah dosa dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan
dan keaiban orang dan janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya yang lain.
Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? (Jika
demikian keadaan mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. (Oleh itu,
patuhilah larangan-larangan yang tersebut) dan bertakwalah kamu kepada Allah;
sesungguhnya Allah Penerima Taubat, lagi Maha Mengasihani.
(Surah al-Hujuraat; 49: 12).
Sabda Rasulullah SAW dengan mafhumnya:
Setiap umatku mendapat kemaafan kecuali orang yang menceritakan (aibnya sendiri).
Sesungguhnya diantara perbuatan menceritakan aib sendiri adalah seorang yang
melakukan suatu perbuatan (dosa) di malam hari dan sudah ditutupi oleh Allah SWT
kemudian di pagi harinya dia sendiri membuka apa yang ditutupi Allah itu.
(Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)
Sabda Rasulullah SAW dengan mafhumnya:
Seorang Muslim itu adalah saudara Muslim lainnya, dia tidak boleh menzaliminya dan
menghinakannya. Barangsiapa yang membantu keperluan saudaranya, maka Allah akan
memenuhi keperluannya. Barangsiapa yang melapangkan satu kesusahan seorang
Muslim, maka Allah akan melapangkan satu kesusahan di antara kesusahan-kesusahan
pada hari kiamat nanti. Dan barangsiapa yang menutup aib seorang Muslim, maka Allah
akan menutupi aibnya pada hari kiamat.
(Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)
20
Sabda Rasulullah SAW dengan mafhumnya:
Sesungguhnya dalam kalangan manusia ada yang menjadi kunci-kunci pembuka
kebaikan dan penutup keburukan. Dan dalam kalangan manusia ada pula yang menjadi
kunci-kunci pembuka keburukan dan penutup kebaikan. Maka beruntunglah orang yang
Allah jadikan kunci-kunci kebaikan di tangannya dan celakalah bagi orang-orang yang
Allah jadikan kunci-kunci keburukan di tangannya.
(Hadis Riwayat Ibnu Majah)