Anjuran
Unit Kokurikulum
Pejabat Pelajaran Daerah Pasir Gudang
Disediakan oleh: IBRAHIM JAHIDIN ( GPK KOKO SK MASAI )
Penilaian kegiatan kokurikum murid yang dibuat
oleh sekolah adalah berbeza antara satu sama
lain. Keadaan ini menjelaskan wujudnya unsur-
unsur ketidaksamarataan dalam pemberian
markah kepada murid. Kemungkinan ada muridmarkah kepada murid. Kemungkinan ada murid
memperolehi markah yang berbeza walaupun
pencapaian dalam kegiatan kokurikulum adalah
sama. Melalui penggunaan borang penilaian yang
standard unsur-unsur ketidakadilan dalam
pemberian markah boleh dihindari.
Penilaian kegiatan kokurikulum boleh merangsang
murid-murid untuk bergiat lebih aktif dalam kegiatan
kokurikulum. Semua murid mempunyai peluang yang
sama untuk memperolehi markah kerana penilaian
yang dibuat adalah setara.
Bagi murid yang bercita-cita melanjutkan pelajaran ke
Sekolah Berasrama Penuh atau ke institusi pengajian
tinggi penglibatan yang cemerlang dalam aktiviti
kokurikulum boleh dijadikan sandaran untuk mencapai
cita-cita mereka.
Menyediakan satu kaedah penilaian aktiviti
kokurikulum yang boleh diterima pakai oleh semua
sekolah.
Membantu Jabatan Pengurusan JPN / IPT dalam
membuat penilaian kemasukan pelajar-pelajar kemembuat penilaian kemasukan pelajar-pelajar ke
Sekolah Berasrama Penuh dan institusi-institusi
pengajian tinggi.
Menggalak dan meningkatkan penglibatan yang
menyeluruh di kalangan murid dalam aktiviti
kokurikulum.
Pengurusan Sekolah mesti mempunyai perkara- perkara
berikut:
1. Perancangan yang jelas.
2. Buku Penilaian ko-kurikulum.2. Buku Penilaian ko-kurikulum.
3. Rancangan mingguan dan tahunan.
4. Buku Panduan Pelaksanaan Aktiviti Kokurikulum.
Semua murid mesti mempunyai Rekod Kehadiran
Kokurikulum dan Buku Rekod Penilaian Kokurikulum
Bekerjasama dengan setiausaha peperiksaan
sekolah untuk merekod dan menyerahkan data
pencapaian murid.
Mengadakan taklimat kepada setiausaha peperiksaan, Mengadakan taklimat kepada setiausaha peperiksaan,
guru penasihat/pemimpin dan guru kelas.
Memastikan semua murid mendapat peluang
menyertai aktiviti Badan Beruniform, Persatuan-Kelab
dan Sukan.
PERINGKAT 1
Guru Penasihat mengisi Penilaian Kokurikulum
mengikut pilihan kegiatan murid ( Perisian Pilihan 10% )
Cetak Penilaian dan serahkan kepada Guru Kelas
PERINGKAT 2
Guru Kelas memindahkan markah dan Gred ke dalam
Perisian 10% Keseluruhan.
Penilaian adalah berdasarkan 2 bidang yang
menunjukkan prestasi terbaik.
Sijil Penilaian Kokurikulum murid yang lengkap
diserahkan ke Pejabat untuk mendapat pengesahan
daripada GPK Kokurikulum dan Guru Besar.
Tarikh akhir Penyerahan ialah pada …………………. .
PERINGKAT 3
Sijil /Buku Penilaian Kokurikulum yang telah disahkan
diedarkan kepada murid untuk ditandatangani oleh Ibu
bapa / Penjaga
Dipungut semula untuk di masukkan ke dalam Fail Dipungut semula untuk di masukkan ke dalam Fail
Peribadi Murid.
Proses Tamat.
Kehadiran minimum bagi kegiatan Pasukan
Badan Beruniform ialah 18 kali setahun
Kelab / Persatuan 12 kali perjumpaan setahun.
Sukan / Permainan 12 kali perjumpaan setahun.
Markah kehadiran
Jika jumlah kehadiran pelajar = aJumlah Perjumpaan setahun = bKetidakhadiran diluluskan = c(cuti sakit, wakil sekolah dll)
Markah kehadiran = a x 50b - c
Markah Aspek Jawatan Disandang ialah
10% dan diberikan kepada individu yang
memegang sesuatu jawatan yang
tertinggi dalam kegiatan kokurikulum.
Sungguhpun begitu ahli-ahli biasa dan
jawatan-jawatan yang lain juga
diperuntukkan markah mengikut jenis
jawatan yang disandang.
Markah Aspek Penglibatan ialah 20%.
Markah ini diberikan kepada semua ahli
berdasarkan sumbangan dan komitmen
mereka di dalam semua aktiviti yang
dijalankan dan tahap penglibatan yang
disertai.
Markah penglibatan bagi individu dan pasukan atau kumpulan adalah
sama. Pemberian markah-markah adalah seperti berikut:
Markah Aspek Pencapaian ialah 20%. Markah ini
merupakan pencapaian pelajar dalam pertandingan
diperingkat Sekolah, Zon / Daerah / Bahagian
/Negeri / Kebangsaan dan Antarabangsa.
Pencapaian yang di nilai hanyalah kepada
kedudukan Johan, Naib Johan dan Ketiga. Dalam
aspek pencapaian markah bagi pencapaian
individu atau pasukan adalah sama.
MARKAH MAKSIMUM = 20
KEGIATAN KOKURIKULUM YANG DINILAI
Setiap murid sekolah diwajibkan menganggotai pasukan
pakaian seragam, persatuan/kelab dan sukan. Dalam hal ini
setiap murid memilih salah satu aktiviti yang terdapat dalam
setiap bidang kegiatan kokurikulum tersebut.
Contoh berikut adalah markah kegiatan kokurikulum yang
diperolehi oleh Pelajar X:diperolehi oleh Pelajar X:
GRED PENILAIAN
A Antara 80 – 100 Markah
B Antara 60 – 79 Markah
C Antara 40 – 59 Markah
D Antara 20 – 39 Markah
E 19 ke bawah
KEGIATAN KOKURIKULUM YANG DINILAI
Mengambil contoh markah kegiatan kokurikulum yang
diperolehi oleh Pelajar X , gred yang diperolehi adalah seperti
berikut:
KEGIATAN MARKAH DIPEROLEHI GRED
UNIT UNIFORM 77 B
PERSATUAN/KELAB 83 A
SUKAN/PERMAINAN 93 A
MARKAH BONUS
MARKAH BONUS diberikan sebagai pengiktirafan kepada murid
di atas sumbangan perkhidmatan setiap tahun. Markah bonus
yang ditetapkan adalah seperti berikut:
KEPIMPINAN
GRED KESELURUHAN
Gred keseluruhan bermaksud gred yang diperolehi oleh seorang murid
dalam dua dari tiga jenis kegiatan kokurikulum yang dianggotai beserta
markah bonus. Dua bidang kegiatan dipilih bergantung kepada prestasi
markah yang diperolehi, iaitu dua bidang yang menunjukan prestasi
tertinggi.
Mengambil contoh markah kegiatan kokurikulum yang diperolehi Murid X perkiraan
gred keseluruhan adalah seperti berikut:
Jumlah Markah Pasukan BadanBeruniform = 77
Jumlah Markah Persatuan/Kelab = 83
Jumlah Markah Sukan = 93
Markah purata ialah = (83+93) / 2
= 88
Markah bonus = 10 (sebagai Ketua Murid)
Markah keseluruhan = 88 + 10
= 98
Gred Keseluruhan = A
GRED KESELURUHAN
Penilaian kokurikulum murid dilakukan pada setiap tahun
sepanjang persekolahannya . Keputusan penilaian akan
dipersembahkan dalam bentuk prestasi tahun semasa (GPA) dan
himpunan prestasi sepanjang tempoh persekolahan (CGPA).
Contohnya prestasi GPA dan CGPA Murid X dalam bidang
kokurikulum dalam tempoh persekolahan sehingga Tahun 6:
TAHUN MARKAH KOKURIKULUM GPA CGPA
4 69 69 69.0
5 82 82 75.5
6 98 98 83.0
CONTOH PENGIRAAN CGPA
Tahun 5 = (69+82)/2
= 75.5
Tahun 6 = (69+82+98)/3Tahun 6 = (69+82+98)/3
= 83.0
Bagi murid Tahun 6 , penilaian kokurikulum
berdasarkan pencapaian terbaik dari Tahun 4 hingga 6
diambil kira bagi kelayakan kemasukan ke Sekolah
Berasrama Penuh / MRSM.
KAEDAH PENGIRAAN MARKAH KOKURIKULUM
UNTUK MASUK KE IPTA / MRSM
CGPA = 98.0
MARKAH 10% = 98.0 X 10MARKAH 10% = 98.0 X 10
100
= 9.8