ASAS MEKANIK~DINAMIK~
Gerakan Membulat Seragam Gerakan membulat seragam (GMS) berlaku
bila sesuatu objek bergerak dalam satu lintasan membulat dengan kelajuan malar .
Objek tersebut mengalami pecutan kerana arah gerakannya berubah-ubah Perubahan dalam halaju adalah ini berkaitan
langsung dengan pecutan Dalam GMS vektor halaju adalah sentiasa
tengen kepada lintasan yang diikuti oleh objek itu
CONTOH GERAKAN MEMBULAT
Seragam
Kelajuan kereta malar, radius malar, arah v sentiasa tenget kepada lintasan (iaitu bulatan berjejari r)
Kesan Geseran Terhadap Gerakan
INERSIA Inersia sesuatu objek ialah sifat semula jadi yang
menentang sebarang perubahan keadaan asalnya ,sama ada keadaan rehat atau keadaan gerakan.
Objek yang jisimnya besar mempunyai inersia yang besar. Sifat inersia sesuatu objek dinyatakan dalam hukum gerakan Newton yang pertama.
Hukum ini menyatakan bahawa sesuatu objek dalam keadaan pegun akan terus berada dalam keadaan pegun, atau jika bergerak akan terus bergerak dengan halaju tetap pada garis lurus, kecualidikenakan satu daya luar.
Mengikut hukum ini , jika sesuatu objek pegun mula bergerak , maka objek itu telah dikenakan suatu daya luar .
CARA-CARA UNTUK MENUNJUKKAN PENGERTIAN INERSIA
Rajah 6.1 menunjukkan dua buah tin P dan Q serupa digantungkan pada tali yang panjang
Tin P adalah kosng dan tin Q diisikan dengan pasir. Apabila ditolak dengan daya yang sama, tin Q yang
jisimnya lebih besar lebih sukar untuk digerakkan daripada tin P yang kosong.
Sebaliknya , apabila tin P dan Q sedang berayun , tin Q lebih sukar untuk dihentikan.
Ini menunjukkan bahawa tin Q yang jisimnya lebih besar memberikan penentangan yang lebih besar terhadap perubahan sama ada pada percubaan untuk mengubah keadaan pegunnya atau pada percubaan untuk mengubahkan keadaan gerakkannya , iaitu objek yang berjisim besar , inersia adalah besar.
PRINSIP KEABADIAN MOMENTUM
Dalam suatu sistem yang terdiri daripada beberapa objek yang bertindak balas , jumlah momentum adalah tetap jika tiada daya luar bertindak keatas sistem itu. Satu aplikasi prinsip keabadian momentum adalah dalam pelanggaran. Dalam satu pelanggaran di antara dua objek seperti ditunjukkan dalam rajah .
Jumlah momentum sebelum pelanggaran = Jumlah momentum selepas pelanggaran
DAYA DAN GERAKKAN Daya adalah sesuatu yang boleh
Mengerakkan objek yang pegun Mengubah arah gerakkan sesuatu objek Memecutkan sesuatu objek Melambatkan sesuatu objek bergerak Mengubah bentuk suatu objek
Daya ialah suatu kuantiti vektor yang mempunyai magnitud dan arah. Hasil tambah dua daya adalah suatu daya paduan. Cara untuk mencari daya paduan bagi daya adalah dengan mengunakan kaedah segi empat selari atau kaedah segi tiga. Suatu daya f boleh dileraikan kepada dua komponen yang saling berserenjang dan masing-masing mempunyai magnitud F kos θ dan F sin θ .
GELOMBANG HASILAN Gelombang bunyi adalah gelombang mekanikal
jenis membujur, iaitu gelombang yang terhasil akibat pemadatan dan penjarangan molekul udara.
Boleh juga dikatakan, gelombang bunyi adalah siri mampatan dan regangan lapisan udara dari punca bunyi ke telinga pendengar.
Itulah sebabnya gelombang bunyi tidak bleh bergerak (merambat) melalui vakum sebab tiada apa yang hendak dimampat atau diregangkan.
Gelombang bunyi boleh merambat melalui pepejal kerana dalam pepejal ada atom-atom yang boleh menerima dan meneruskan tekanan yang bermula daripada sumber bunyi.