KAEDAH PENGAJARAN SEJARAH (SJH 3106) PPG/2011
1.0 PENGENALAN
Perubahan wajar dilakukan oleh negara kita, Malaysia untuk menjadi sebuah negara
ekonomi yang dipacu oleh inovasi bagi mengekalkan daya saing di peringkat dunia.
Bagi mencapai matlamat ini, Kementerian Pelajaran Malaysia ( KPM) & Agensi
Inovasi Malaysia ( AIM) yang dipengerusikan oleh YAB Perdana Menteri telah
bersama-sama memperkenalkan projek I –THINK.
Projek ini membantu pihak sekolah dengan memupuk kemahiran berfikir,
menyemai budaya pembelajaran sepanjang hayat; mahir di dalam menyelesaikan
masalah dan berupaya menghasilkan jalan penyelesaian secara kreatif di kalangan
murid sekolah. I-THINK melahirkan inovator masa depan Malaysia dengan
kebolehan dan kemahiran berfikir secara kritis serta berupaya untuk menyesuaikan
diri dan menangani cabaran pada masa akan datang.
Agensi Inovasi Malaysia (AIM) merupakan badan berkanun yang ditubuhkan
oleh Kerajaan Malaysia untuk memacu dan memperkukuh kemajuan Malaysia
dengan mempercepat budaya inovasi. Penyediaan peluang sama rata serta
pendidikan berkualiti untuk semua merupakan fokus utama Kementerian Pelajaran
Malaysia. Matlamat pendidikan Malaysia telah dimanifestasikan dalam Falsafah
Pendidikan Kebangsaan dengan tujuan muktamad untuk mencapai wawasan negara
dalam menyediakan anak-anak Malaysia supaya menjadi individu yang
berpengetahuan dan berkemahiran ke arah menghadapi cabaran Abad ke -21. .
1.1 Konsep i-THINK
Program i-Think merupakan program yang bertujuan mempertingkat
dan membudayakan kemahiran berfikir dalam kalangan murid ke arah
menghasilkan murid berinovatif. Guru dan murid akan menggunakan alat
berfikir dalam pengajaran dan pembelajaran di samping melaksanakan aktiviti
kemahiran berfikir aras tinggi. Abjad ‘i – bermaksud inovasi dan ‘THINK’ pula
1 |NORLEHA ADAM
KAEDAH PENGAJARAN SEJARAH (SJH 3106) PPG/2011
bermaksud pemikiran iaitu pemikiran secara inovatif yang perlu ada pada
semua murid.
1.2 Objektif i-THINK dalam Pengajaran dan Pembelajaran;
Untuk Membudayakan kemahiran Berfikir.
Proses berfikir menjadi satu budaya apabila guru dan murid mengamalkan
kemahiran berfikir dan menaakul semasa pengajaran dan pembelajaran. Alat
berfikir membantu guru dan murid melaksanakan aktiviti kemahiran berfikir dan
menaakul. Pembudayaan kemahiran berfikir dilaksanakan dengan langkah
berikut ;
1.2.1 Memberi kesedaran
Kesemua pihak termasuk pegawai di KPM perlu diberi pendedahan
mengenai program i-THINK. Kesedaran dalam mengajar dan belajar
berfikir ini diberi melalui taklimat atau kursus. Dengan itu, semua pihak
mempunyai bahasa pemikiran dan alat berfikir yang sama.
1.2.2 Perubahan Set Minda
Pentadbir, guru dan murid perlu berusaha untuk berubah dalam
pengajaran dan pembelajaran. Perubahan memerlukan kerjasama
semua pihak. Perubahan set minda mengenai program i-THINK
dilaksanakan melalui kempen, latihan, taklimat dan mesyuarat. Sekolah
juga boleh mempamerkan banner, carta dan hasil tugasan pengajaran
dan pembelajaran i-THINK di sekeliling sekolah. Ibu bapa juga terlibat
secara langsung dalam melaksanakan program i-THINK melalui PIBG.
2 |NORLEHA ADAM
KAEDAH PENGAJARAN SEJARAH (SJH 3106) PPG/2011
1.2.3 Amalan
Pelbagai alat berfikir seperti Peta Pemikiran, peta minda dan 6 Thinking
Hats digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran bagi membantu
murid untuk berfikir dan membuat penaakulan. Kemahiran berfikir akan
menjadi amalan apabila guru dan murid menggunakan dalam bilik
darjah melalui aktiviti yang memerlukan penyoalan aras tinggi, inkuiri
serta berpusatkan murid dengan menggunakan alat berfikir. Guru
sebagai fasilitator menggalakkan murid menyoal semasa aktiviti dalam
bilik darjah. Murid bertanggungjawab dalam pembelajaran masing-
masing.
1.3 Tujuan dilaksanakan
i. Melahirkan modal insan masa hadapan yang mempunyai
pemikiran kreatif, kritis dan berinovatif.
ii. Dengan menggunakan alat berfikir (thinking tools), murid lebih
fokus, berkeyakinan dan aktif di dalam kelas.
iii. Prestasi murid meningkat selepas menggunakan alat berfikir
dalam pembelajaran dan pengajaran.
iv. Hubungan guru dengan murid lebih rapat kerana guru lebih
banyak berperanan sebagai fasilitator.
3 |NORLEHA ADAM
KAEDAH PENGAJARAN SEJARAH (SJH 3106) PPG/2011
1.4 Peta Pemikiran
Terdapat 8 jenis peta pemikiran dalam i.THINK yang berlainan dari segi
bentuk dan fungsi masing-masing. Berikut dijelaskan kesemua 8 jenis peta
pemikiran ini yang disarankan dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
1.4.1 Circle Map (Peta Bulatan)
Circle Map digunakan untuk sumbangsaran idea dan mempamerkan
pengetahuan sedia berkaitan sesuatu tajuk dengan memberikan
maklumat mengikut konteks.
Contohnya bagi pengajaran sejarah yang menggunakan Peta Bulatan tajuk
iaitu ‘ Tokoh Terbilang Kesultanan Melayu Melaka. Lukiskan sebuah bulatan
yang lebih besar mengelilingi bulatan kecil tersebut.
4 |NORLEHA ADAM
KAEDAH PENGAJARAN SEJARAH (SJH 3106) PPG/2011
- Isikan bahagian dalam bulatan besar dengan segala maklumat berkaitan
dengan topik tersebut untuk menjana idea (proses sumbangsaran).
- Lukis bingkai di bahagian luar bulatan besar untuk menyatakan sumber
rujukan atau sudut pandangan daripada pelbagai pihak.
1.4.2 Bubble Map (Peta Buih)
Bubble Map digunakan untuk memperkaya kebolehan murid bagi
mengenal pasti atau menunjukkan kualiti. Biasanya menggunakan
perkataan deskriptif atau huraian.
1.4.3 Double Bubble Map (Peta Buih Berganda)
Double Bubble Map digunakan untuk membanding beza sesuatu.
5 |NORLEHA ADAM
KAEDAH PENGAJARAN SEJARAH (SJH 3106) PPG/2011
1.4.4 Tree Map ( Peta Pokok)
Tree Map digunakan untuk mengklasifikasikan bahan atau idea
1.4.5 Brace Map (Peta Dakap)
Brace Map digunakan untuk menganalisis objek fizikal. Garisan
sebelah kiri adalah nama atau imej keseluruhan objek. Garisan pada
bahagian kedua adalah bahagian utama.
6 |NORLEHA ADAM
KAEDAH PENGAJARAN SEJARAH (SJH 3106) PPG/2011
1.4.6 Flow Map (Peta Alir)
Flow Map digunakan untuk membuat urutan sesuatu proses.
1.4.7 Multi-flow Map (Peta Pelbagai Alir)
Multi-flow Map digunakan untuk menunjukkan dan menganalisis
hubungan sebab dan akibat. Segi empat yang berada di tengah adalah
peristiwa yang penting. Bahagian sebelah kiri adalah sebab-sebab
7 |NORLEHA ADAM
KAEDAH PENGAJARAN SEJARAH (SJH 3106) PPG/2011
peristiwa tersebut, manakala bahagian sebelah kanan pula adalah
akibat daripada peristiwa tersebut.
1.4.8. Bridge Map (Peta Titi)
Bridge Map digunakan untuk memberi peluang kepada pelajar untuk
mengaplikasikan proses analogi dengan menggunakan faktor
penghubungan.
8 |NORLEHA ADAM
KAEDAH PENGAJARAN SEJARAH (SJH 3106) PPG/2011
1.5 Pemilihan Peta Pemikiran bagi mata pelajaran Sejarah yang
bertajuk ‘Kehidupan Masyarakat Masa lalu dan kesinambungan
dengan masa kini ‘
Dalam proses pengajaran sejarah ini , saya memilih untuk
menggunakan Peta Buih Berganda, iaitu salah satu Peta i-THINK yang
paling asas bertujuan untuk membuat perbandingan penggunaan teknologi
lama dan moden dalam bidang pertanian dan cara berkomunikasi.
9 |NORLEHA ADAM
KAEDAH PENGAJARAN SEJARAH (SJH 3106) PPG/2011
Pada pendapat saya, fungsi utama menggunakan peta buih ialah
supaya pelajar dapat mengkategorikan sesuatu senarai mengikut kumpulan.
Ini bermakna setelah aktiviti menyenaraikan sesuatu idea daripada sesuatu
topik, pelajar bolehlah menggunakan peta buih supaya mereka dapat
mengkategorikan senarai tersebut mengikut sub-tema yang dicipta sendiri
oleh pelajar itu. Kemahiran mengkategorikan adalah salah satu kemahiran
yang ada terdapat dalam kemahiran berfikir. Ini penting dilatih kepada pelajar
supaya mereka dapat menghasilkan produk tugasan yang kreatif.
Tambahan lagi, peta buih dapat meningkatkan kosa kata pelajar
kerana mereka berusaha untuk mendapatkan idea ke arah topik atau tema.
Pada pendapat saya, peta buih sesuai digunakan bagi mata pelajaran
Sejarah kerana pelajar akan dapat mempelajari konsep tema dan dapat
memperkayakan kosa kata dan memperluaskan lagi idea bagi sesuatu tajuk.
Secara rumusannya dengan menggunakan peta buih berganda , murid
boleh meletakkan ciri persamaan dan perbezaan tentang teknologi yang
digunakan pada zaman dahulu dengan zaman moden. Maklumat yang
direkod oleh murid dalam buku notanya dalam bentuk grafik peta buih
berganda memudahkan murid mengingat dan menggambarkan dalam minda
mereka.
1.5.1 Langkah-langkah membina peta buih berganda
Diguna untuk membanding beza sesuatu benda/ idea;
10 |NORLEHA ADAM
KAEDAH PENGAJARAN SEJARAH (SJH 3106) PPG/2011
• Cadangan topik - Kehidupan masyarakat masa lalu dan masa kini
1.5.2 Cadangan pelaksanaan peta buih bagi tajuk Kehidupan
Masyarakat Masa Dahulu dan Kini
Dengan menggunakan Peta Buih Berganda ini, murid dibahagikan
kepada enam kumpulan . Setiap kumpulan terdiri dari enam orang
11 |NORLEHA ADAM
1
Lukiskan dua bulatan di bahagian tengah untuk menulis 2 topik(objek/idea) yang ingin dibandingkan
2Tuliskan kedua -dua topik ke dalamnya
3
Lukiskan beberapa bulatan di sekeliling termasuklah antara dua bulatan utama
4
Sambungkan semua bulatan dengan 2 topik utama menggunakan garis lurus.
5
Bagi bulatan yang berada di antara topik, gabungkan dengan kedua-dua topik untuk mewakili peersamaan.
6
Isikan semua perbezaan di dalam bulatan yang hanya bersambung dengan 1 topik sahaja
KAEDAH PENGAJARAN SEJARAH (SJH 3106) PPG/2011
murid. Ahli kumpulan diminta mencari maklumat berdasarkan tajuk-
tajuk kecil berikut.
i. Tiga kumpulan - ditugaskan mencari perbandingan teknologi
lama / kaedah pertanian pada zaman dahulu dan zaman kini /
(moden).
ii Tiga kumpulan yang lain - ditugaskan mencari maklumat
tentang perbezaan cara berkomunikasi pada zaman dahulu dan
zaman moden.
ii. Langkah seterusnya pelaporan dari setiap kumpulan hasil dari
pembinaan peta buih berganda.
Membuat membajak lubang persamaan menggunakan
jentera
Teknologi Bidang Teknologi Masa dahulu Pertanian Moden
Membajak pembiakan gunakan menggunakan perbezaan baka baja haiwan
Rajah Peta Buih Berganda - bidang pertanian
Membuat perbandingan penggunaan teknologi lama dan moden dalam
12 |NORLEHA ADAM
KAEDAH PENGAJARAN SEJARAH (SJH 3106) PPG/2011
bidang komunikasi
Menggunakan telefon unggun api persamaan
telefon Teknologi Cara Teknologi Masa dahulu Komunikasi Moden
radio
Radio perbezaan telegraf Internet
`
Rajah Peta Buih Berganda - Bidang Komunikasi
2.0 PEMBELAJARAN KOOPERATIF
2.1 Pengenalan
13 |NORLEHA ADAM
KAEDAH PENGAJARAN SEJARAH (SJH 3106) PPG/2011
Dalam merealisasikan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran di
dalam kelas, corak pengajaran masa kini telah mengalami banyak perubahan
serta bertambah maju selaras dengan kehendak Falsafah Pendidikan
Kebangsaan. Pendidikan di Malaysia adalah usaha yang berterusan ke arah
lebih memperkembangkan kebolehan individu secara menyeluruh dan
bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang. Penyelidikan
menunjukkan bahawa pembelajaran koperatif adalah satu cara pembelajaran
yang berkesan. Kaedah pembelajaran koperatif yang dirancang secara teratur
dan sistematik pada lazimnya melibatkan penyampaian maklumat secara
formal, latihan pelajar dalam kumpulan diikuti dengan penilaian masteri bagi
individu dan akhirnya pengiktirafan umum bagi kejayaan kumpulan tersebut
(Leighton 1990).
Beliau juga menyatakan bahawa berbanding dengan pengajaran dan
pembelajaran konvensional, didapati pelajar yang melalui kaedah koperatif ini
menikmati lebih keseronokan dan kejayaan dalam akademik dan sosial.
Kaedah ini juga didapati amat berkesan dalam pelbagai bidang dan subjek
yang luas yang meliputi bacaan, bahasa, matematik, sejarah dan juga sains
di peringkat sekolah rendah dan menengah.
2.2 Definisi dan Konsep
Menurut Effandi Zakaria (1998), pembelajaran koperatif adalah suatu strategi
pengajaran di mana pelajar-pelajar saling membantu di antara satu sama lain
di dalam kumpulan kecil. Pembelajaran koperatif berlaku apabila pelajar
bekerja secara berkumpulan, berkongsi idea, saling membantu untuk
menyelesaikan masalah, dan memastikan semua ahli kumpulan menguasai
isi pelajaran dengan meminta bantuan daripada guru. Guru menguji dan
memberi gred berdasarkan prestasi kumpulan, kadang-kadang berdasarkan
gred individu. Kumpulan dalam pembelajaran koperatif ini lazimnya terdiri
daripada empat hingga enam orang ahli. Ahli-ahli dalam kumpulan ini
biasanya kekal untuk tempoh tertentu misalnya dalam beberapa minggu
(Sharan dan Sharan,1992).
14 |NORLEHA ADAM
KAEDAH PENGAJARAN SEJARAH (SJH 3106) PPG/2011
Semua kaedah pembelajaran koperatif memerlukan pelajar
bertanggungjawab ke atas pembelajaran rakan-rakan sepasukan mereka
selain daripada pembelajaran mereka sendiri. Selain daripada idea
bekerjasama, kaedah pembelajaran pasukan pelajar memberi penekanan
kepada penggunaan matlamat pasukan dan kejayaan pasukan, ia boleh
dicapai apabila semua ahli dalam pasukan memberi komitmen yang
diperlukan (Slavin, 1990).
Menurut Kagan (1998), dalam pembelajaran koperatif, aktiviti pembelajaran
dikatakan wujud apabila struktur koperatif yang disesuaikan dengan isi
kandungan seperti yang diwakili oleh hubungan di bawah.
Struktur pembelajaran + Isi kandungan = Aktiviti.
Kagan telah menyenaraikan sekurang-kurangnya sebanyak lebih daripada 50
contoh struktur (dengan nama-nama yang tertentu) yang dapat disesuaikan
dengan isi kandungan.
Struktur boleh digunakan mengikut tujuan tertentu – team building (kumpulan
kecil), Classbuilding (satu kelas), Masteri, Kemahiran berfikir, Perkongsian
Maklumat dan Kemahiran berkomunikasi.
2.3 Ciri- ciri Pembelajaran Kooperatif
15 |NORLEHA ADAM
KAEDAH PENGAJARAN SEJARAH (SJH 3106) PPG/2011
Pendekatan Pembelajaran kooperatif mempunyai beberapa ciri tertentu, di
antaranya ialah :
2.3.1 Matlamat kumpulan
Matlamat kumpulan ialah kejayaan kumpulan dalam mencapai
kecemerlangan dalam menguasai sesuatu konsep yang di ajar. Matlamat ini
dicapai melalui usaha bersama semua bersama ahli di dalam kumpulan.
Dalam kumpulan ini setiap ahli kumpulan mempunyai peranan tertentu dan
jelas dalam usaha kumpulan mencapai matlamat yang ditetapkan.
2.3.2 Interaksi sosial ditekankan.
Pelajar-pelajar memajukan pembelajaran pelajar lain dengan membantu,
berkongsi dan menggalakkan usaha pembelajaran. Interaksi kumpulan
termasuk tindakan pelajar untuk menerangkan, membincang dan mengajar
apa yang diketahui kepada orang lain.
2.3.2 Pelajar perlu saling bergantungan positif untuk mencapai objektif
gerak kerja.
Kejayaan kumpulan bergantung kepada pembelajaran individu yang
ahli sesuatu kumpulan. Setiap ahli mempunyai tanggungjawab ke atas
keberkesanan pembelajaran kumpulan. Prinsip ini dikenali sebagai saling
bergantungan secara positif. Untuk mencapai kejayaan dalam prinsip ini,
tugas perlu diagihkan kepada semua ahli kumpulan untuk menyumbang
jawapan atau hasil dapatan. Tanggungjawab individu bermakna setiap pelajar
mesti melaksanakan tugas masing-masing yang diberikan untuk
menyumbang kepada sesuatu projek. Penyertaan pula bermaksud semua
pelajar mempunyai peluang yang sama untuk mengambil bahagian dan
menyumbang secara bersama
16 |NORLEHA ADAM
KAEDAH PENGAJARAN SEJARAH (SJH 3106) PPG/2011
2.4 Prinsip-prinsip Pembelajaran Koperatif
Menurut Ng Kim Choy (1999), prinsip-prinsip asas pembelajaran koperatif
adalah seperti berikut:-
2.4.1 Positive Interdependence (Saling Kebergantungan Secara Positif)
Mengikut model Stephen Covey tentang perubahan peribadi, (Seven Habits f
Highly Effective People) pelajar seharusnya beranjak dari sifat bergantung
kepada sifat berdikari dan seterusnya ke tahap saling kebergantungan. Saling
kebergantungan wujud apabila pelajar menganggap bahawa ia memerlukan
usaha orang lain untuk menyelesaikan sesuatu tugasan. Walaupun
seseorang pelajar berdikari tetapi tahap kecemerlangan yang lebih tinggi
hanya boleh dicapai melalui usaha dan input orang lain.
2.4.2 Individual Accountability (Akauntabiliti Individu)
Walaupun setiap pelajar dikehendaki bekerjasama dalam sesuatu tugasan, ia
adalah bertanggungjawab atas pencapaiannya sendiri. Penilaian boleh dibuat
secara individu.
2.4.3 Group Interaction (Interaksi Kumpulan)
Pelajar-pelajar memajukan pembelajaran pelajar lain dengan membantu,
berkongsi dan menggalakkan usaha pembelajaran. Interaksi kumpulan
termasuk tindakan pelajar untuk menerangkan, membincang dan mengajar
apa yang diketahui kepada orang lain.
2.4.4 Social Skills (Kemahiran Sosial)
Untuk menjadikan pembelajaran koperatif berkesan, guru mesti mengajar
kemahiran sosial kepada pelajar. Kemahiran-kemahiran tersebut merangkumi
kepimpinan, membuat keputusan, membina kepercayaan, komunikasi dan
pengurusan konflik
17 |NORLEHA ADAM
KAEDAH PENGAJARAN SEJARAH (SJH 3106) PPG/2011
2.5 Beberapa bentuk pembelajaran Kooperatif
2.5.1 Kaedah Jigsaw II
Dalam kaedah ini, setiap ahli kumpulan menjadi 'juru' dalam sub-unit sesuatu
topik. Setelah masing-masing memahami bahagian masing-masing, setiap
'juru' mengajarnya pula kepada ahli kumpulan yang lain. Soal-jawab atau
perbincangan yang berlaku semasa proses ini membolehkan 'juru' dan ahli
sama-sama memikirkan pembentangan yang diberi, ini meningkatkan
pemahaman dan ingatan. Selain dari itu, kaedah ini juga memberi peluang
kepada pelajar yang kurang cemerlang dan mengajar mereka untuk menjadi
'juru' dan mengajar mereka yang mempunyai prestasi akademik lebih baik
daripadanya, secara tidak langsung meningkatkan keyakinan diri mereka.
2.5.2 Kaedah STAD
STAD merupakan akronim bagi Student Teams Achievement Divisions.
Pembelajaran dalam kumpulan kecil dilakukan bagi sesuatu topik. Kaedah
perbincangan ini boleh menggunakan kaedah Jigsaw II atau pendekatan lain.
Selepas itu kuiz bertulis secara individu akan diberikan untuk menguji
pemahaman pelajar. Setiap pelajar akan mendapat markah individu,
peningkatan kemajuan yang ditunjukkan oleh setiap pelajar akan dikira
dengan mengambil markah terbaru dan ditolak dengan purata markah pelajar
itu sendiri. Perbezaan markah individu akan dikumpulkan untuk menjadi
markah kumpulan. Di sebabkan markah kumpulan diperoleh berdasarkan
peningkatan ahli kumpulan, ahli kumpulan akan saling bekerjasama supaya
mendapat markah yang maksimum.
2.5.3 TAI
TAI (Team Assisted Individualization) dibentuk menggabungkan antara
motivasi dan insentif kepada kumpulan. Program yang diberikan mestilah
bersesuaian dengan kemahiran yang dipunyai oleh setiap pelajar. Pelajar
dalam setiap kumpulan mestilah terdiri daripada pelajar yang mempunyai
keupayaan yang berbeza-beza. Ahli kumpulan yang bekerja secara
18 |NORLEHA ADAM
KAEDAH PENGAJARAN SEJARAH (SJH 3106) PPG/2011
berpasangan akan bertukar-tukar helaian jawapan kerja yang telah dibuat.
Ahli kumpulan bertanggungjawab memastikan rakan-rakan dalam kumpulan
bersedia untuk menduduki ujian akhir setiap unit. Skor mingguan yang
diperoleh oleh kumpulan akan dijumlahkan , kumpulan yang melebihi skor
yang ditetapkan akan diberikan sijil.
2.6 Beberapa strategi meningkatkan keberkesanan pembelajaran
Kooperatif
2.6.1 Pembahagian kumpulan ;
Membolehkan ahli-ahli dalam kumpulan bekerja dengan berkesan bersama-
sama. Faktor yang paling utama di sini ialah bilangan ahli dalam kumpulan.
Kumpulan kecil mengandungi tiga atau empat ahli didapati paling efektif.
Kumpulan yang terlalu besar kurang efektif kerana pembabitan ahli kumpulan
cenderung menjadi tidak sama rata. Di samping itu, pembentukan kumpulan
sebaiknya dilakukan oleh guru bagi mengelakkan pelajar berkumpul sesama
'klik' mereka sahaja.
2.6.2 Tugasan perlu distruktur sebegitu rupa supaya ahli kumpulan
saling bergantung untuk mencapai objektif yang ditentukan. Elakkan memberi
tugasan yang boleh diselesaikan tanpa perlu pembabitan setiap ahli
kumpulan. Ini boleh menyebabkan ada ahli kumpulan yang 'lepas tangan'
ataupun dipinggirkan oleh orang lain, dan bagi pelajar ini, pengalaman
pembelajaran sepenuhnya tidak dapat dicapai.
2.6.3 Jadikan tanggungjawab pencapaian terletak di kedua-dua tahap
individu dan kumpulan.
Satu cara ialah melalui pemberian markah. Setiap pelajar mendapat markah
individu dan markah kumpulan bergantung kepada markah individu. Dengan
cara itu setiap pelajar mempunyai motivasi untuk melakukan yang terbaik
untuk diri sendiri dan juga kumpulan.
19 |NORLEHA ADAM
KAEDAH PENGAJARAN SEJARAH (SJH 3106) PPG/2011
2.6.4 Berikan garis panduan tingkah laku dan kemahiran berkomunikasi
kepada pelajar.
Guru perlu menjelaskan kepada pelajar apakah tingkah laku yang wajar dan
tidak wajar semasa pembelajaran kooperatif berlaku. Guru juga perlu
memberikan asas kemahiran komunikasi misalnya bagaimana menyuarakan
pendapat dan bagaimana menghadapi percanggahan pendapat.
2.6.5 Pastikan jenis dan amaun interaksi antara pelajar berpatutan.
Guru perlu mengawasi interaksi yang berlaku semasa pelajar menjalankan
aktiviti kumpulan di dalam kelas. Perbincangan yang berlaku seharusnya
yang berkaitan dengan tugasan . Interaksi juga harus berlaku di antara setiap
ahli kumpulan dan tidak meminggirkan mana-mana ahli kumpulan.
Perbincangan dan keputusan juga tidak dimonopoli oleh ahli kumpulan
tertentu sahaja.
20 |NORLEHA ADAM
KAEDAH PENGAJARAN SEJARAH (SJH 3106) PPG/2011
2.7 Huraian sejauh manakah Pendekatan Pembelajaran Koperatif
menjadikan pembelajaran sejarah dalam kalangan murid yang
menyeronokkan.
Pembelajaran koperatif merujuk kepada kaedah pengajaran yang
memerlukan murid dari pelbagai kebolehan bekerjasama dalam kumpulan
kecil untuk mencapai satu matlamat yang sama. Sasaran adalah tahap
pembelajaran yang maksimum bukan sahaja untuk diri sendiri, bahkan untuk
rakan-rakan yang lain. Pelajar boleh mempelajari sesuatu mata pelajaran
menggunakan pengetahuan sedia ada dan dengan menggunakan
pengalaman yang sedia ada (Joyce & Weil, 1972). Sistem pembelajaran yang
berpusatkan guru perlu diolah bagi membolehkan pengajaran dan
pembelajaran tersebut berubah dan berpusatkan kepada pelajar (Slavin,
1985).
Pembelajaran koperatif dilakukan apabila beberapa individu yang
mempunyai pencapaian yang sama atau berbeza duduk dalam satu
kumpulan untuk membincangkan sesuatu topik dengan menggunakan
strategi kognitif yang sesuai sebagaimana yang diarah oleh guru. Kumpulan
pembelajaran ini dikenali sebagai COL iaitu satu kaedah di mana pelajar
duduk dalam kumpulan kecil untuk melengkapkan sesuatu tugasan yang
diberi. Guru akan mengawasi dan menjadi fasilitator semasa aktiviti kerja
kumpulan dijalankan.
Pendekatan Pembelajaran Kooperatif menjadikan pengajaran dan
pembelajaran Sejarah lebih menyeronokkan dengan perancangan aktiviti
yang mencabar dan berkesan iaitu pengajaran tersebut berpusatkan pelajar.
Ini memberi peluang kepada pelajar berinteraksi, berkomunikasi, mengalami
dan menghayati proses pembelajaran yang lebih berkesan bersama ahli
kumpulan. Bagi memastikan kumpulan mereka mendapat skor markah yang
tinggi pelajar-pelajar memajukan pembelajaran pelajar lain dengan
membantu, berkongsi dan menggalakkan usaha pembelajaran. Saling
21 |NORLEHA ADAM
KAEDAH PENGAJARAN SEJARAH (SJH 3106) PPG/2011
bergantungan antara mereka, akan menjadikan proses pembelajaran lebih
menyeronokkan.
Selain itu, interaksi kumpulan termasuk tindakan pelajar untuk
menerangkan, membincang dan mengajar apa yang diketahui kepada orang
lain iaitu pendekatan atau kaedah itu mungkin sesuai dan berkesan bagi
sesuatu objektif pelajaran dan suasana pembelajaran. Jika pendekatan atau
kaedah ini dilaksanakan dengan serius ia akan membawa manfaat kepada
pelajar. Secara tidak langsung , ia menarik minat pelajar-pelajar yang
sederhana untuk sama-sama melibatkan diri secara aktif dalam proses
pembelajaran dan tidak merasa dipinggirkan.
Kaedah ini bukan sahaja dapat membentuk kemahiran belajar bahkan
juga kemahiran sosial pelajar. Ini terbukti daripada aktiviti kumpulan yang
mereka jalani itu telah memberi ruang kepada pelajar belajar bersama dalam
suasana yang bermotivasi. Melalui pendekatan ini, motivasi yang lebih tinggi
tertanam di dalam diri pelajar untuk berjaya kerana seseorang bukan sahaja
mencapai kejayaan untuk diri sendiri, tetapi untuk rakan-rakan sekumpulan
juga. Keadaan ini menyebabkan lebih masa ditumpukan pada sesuatu tugas
dan akan meningkatkan pembelajaran. Pelajar dengan strategi pembelajaran
yang lemah mendapat lebih peluang untuk melihat model pelajar lain yang
mempunyai strategi yang lebih berkesan. Hal ini , menimbulkan suasana
pembelajaran yang lebih berkesan dan menari.
Perhubungan interpersonal bertambah baik, disebabkan oleh
kemahiran bekerjasama dan keperluan untuk saling membantu antara satu
sama lain. Suasana sosial pembelajaran kerjasama membuat sekolah itu satu
tempat yang seronok.
Di samping itu ahli-ahli daripada kumpulan berlainan dalam
masyarakat dapat bekerjasama menuju ke satu matlamat yang sama (saling
pergantungan positif). Berinteraksi dengan orang lain menggalakkan
seseorang menyusun semula pemikiran mereka, misalnya meringkas,
menjelas dan memberi contoh.
22 |NORLEHA ADAM
KAEDAH PENGAJARAN SEJARAH (SJH 3106) PPG/2011
Penyusunan semula kognitif ini menambah pemikiran peringkat tinggi.
Pelajar mempunyai lebih peluang untuk melihat strategi pemikiran orang lain,
di samping berkongsi strategi sendiri.
Kaedah pembelajaran ini juga dapat menambahkan minat,
meningkatkan penguasaan pembelajaran dan menggalakkan interaksi antara
pelajar di dalam kelas. Melalui pengalaman yang menyeronokkan, pelajar
akan berusaha dengan lebih bersungguh-sungguh untuk menguasai
pelajaran mereka dan seterusnya mencuba memperbaiki pencapaian mereka.
Mendengar pandangan orang lain terutamanya dalam kumpulan
heterogenous, boleh memberi kesedaran bahawa ada pendapat yang
berlainan daripada pendapat sendiri.
Kesimpulan daripada kajian ini ialah pembelajaran kooperatif dalam
pembelajaran Sejarah adalah satu kaedah pembelajaran yang menarik,
menyeronokkan tetapi memerlukan komitmen yang tinggi oleh para pelajar
dan tenaga pengajar untuk melaksanakannya dengan berkesan. Guru-guru
juga harus menerapkan nilai murni melalui Pembelajaran-Kooperatif dalam
subjek sejarah . Mereka harus mencuba kaedah ini untuk meningkatkan minat
pelajar untuk mata pelajaran tersebut.
Guru-guru perlu menggalakkan aktiviti kumpulan, melatih pelajar
mengamalkan nilai murni serta memberi penghargaan kepada usaha mereka
kerana cara ini merupakan daya tarikan kepada pelajar untuk mempelajari
Sejarah . Namun begitu sewaktu menggunakan kaedah Pembelajaran
kooperatif pemilihan tajuk boleh di tentukan dengan mengambil kira faktor
masa, kemudahan peralatan, kemahiran guru dan pelajar. Ternyata apabila
keaktifan para murid dalam mengikuti pengajaran tentunya merupakan
petanda positif terhadap pencapaian pembelajaran mereka. Kepuasan guru
terhadap pencapaian murid membuka ruang untuk menggunakan kreativiti di
samping pengajaran dan pembelajaran tanpa rasa bosan.
.
23 |NORLEHA ADAM
KAEDAH PENGAJARAN SEJARAH (SJH 3106) PPG/2011
2.8 Kesimpulan
Penggunaan peta minda juga begitu signifikan dengan objektif yang
hendak dicapai oleh pihak Kementerian Pendidikan melalui sistem pendidikan
negara abad ke-21, iaitu SPN 21. Kemahiran berfikir yang diterapkan ke
dalam kurikulum sekolah dihasratkan agar para murid dapat
mengadaptasikan pembelajaran sepanjang hayat. Oleh yang demikian,
berdasarkan keperluan tersebut menunjukkan akan kepentingan para guru
diberikan latihan-latihan khusus seperti bengkel atau kursus singkat
mengenai penggunaan peta minda dalam pengajaran dan pembelajaran para
murid. Dengan adanya latihan berkenaan akan dapat memberi peluang
kepada guru untuk mengimplementasikan pengajaran dan pembelajaran
dengan lebih berkesan.
Bagi pembelajaran yang menggunakan strategi koperatif bagi murid-
murid, ia bukan sahaja dapat meningkatkan kefahaman terhadap topik yang
diajar, malah dapat menimbulkan suasana pembelajaran yang
menyeronokkan . Di samping itu , pengetahuan yang baru diperoleh daripada
pembelajaran secara koperatif dapat membantu murid menyelesaikan
masalah dengan lebih yakin. Oleh itu, pembelajaran menggunakan peta
konsep dan strategi koperatif adalah perlu diamalkan dan digalakkan dalam
mata pelajaran Sejarah.
24 |NORLEHA ADAM
KAEDAH PENGAJARAN SEJARAH (SJH 3106) PPG/2011
3.0 Penyediaan Rancangan pengajaran Harian
Rancangan Pengajaran Harian Sejarah Tahun 4
Mata pelajaran Sejarah
Tema / Tajuk Zaman Prasejarah
Kelas 4 Cerdik
Masa 8.00-9.00 pagi
Tarikh 31.3. 2014
Standard Kandungan 3.1 Kehidupan Manusia Prasejarah.
Standard Pembelajaran 3.1.1. Menyatakan maksud prasejarah.
3.1.2 Menyatakan lokasi prasejarah
3.1.3 Menyatakan kegiatan masyarakat prasejarah
K3.1.8 Menyatakan sikap manusia prasejarah
EMK Nilai : Rajin berusaha, bekerjasama dalam kumpulan
KPS : Konsep masa
Dimensi Kewarganegaraan : Perkongsian sejarah
TMK : belajar melalui TMK
Objektif Di akhir pembelajaran , murid dapat:-
1. Menyatakan maksud prasejarah.
25 |NORLEHA ADAM
KAEDAH PENGAJARAN SEJARAH (SJH 3106) PPG/2011
2. Menyatakan 4 lokasi kehidupan prasejarah
3. Menyenaraikan 4 kegiatan masyarakat prasejarah.
Bahan Bantu Mengajar
Slaid power point, , video (you tube –prasejarah), gambar ,
buku teks Sejarah Tahun 4, kertas majung.
AKTIVITI EMK / PEDAGOGI CATATAN
Set Induksi (5 minit)
1. Murid dipaparkan slaid power point
suasana / situasi zaman prasejarah.
Contoh : beberapa slaid gambar –orang
purba , gua, berpakaian
2. Bersoal jawab dengan murid berkaitan slaid
yang ditunjukkan.;
a. Pernahkah kamu melihat situasi ini ?
b. Pada zaman bilakah situasi ini berlaku?
c. Murid menjawab secara lisan.
d. Guru mengaitkan jawapan murid
dengan isi pelajaran.
3. Murid diberi penerangan maksud tentang
prasejarah - cara berpakaian.
Penerapan nilai- Kesyukuran- Kasih sayang
Menjana idea
KPS : TMK
BBM :
- Slaid power Point
- Komputer riba ,
- LCD,
- Dvd
26 |NORLEHA ADAM
KAEDAH PENGAJARAN SEJARAH (SJH 3106) PPG/2011
Langkah 1 (15minit)
1. Murid menonton tayangan video- Zaman
prasejarah www.youtube.com/watch.
2. Murid bersoal jawab dengan guru
tentang paparan video yang ditunjukkan.
(mencungkil pengetahuan sedia ada
murid ).
- tempat tinggal : sungai.gua, atas
pokok
- peralatan/ senjata yang digunakan
3. Murid diberi penjelasan tentang
penempatan kehidupan manusia
prasejarah.
Langkah 2 ( 15 minit)
1. Murid merujuk teks bacaan halaman 71-
75.
2. Murid diminta mencari maklumat tentang
aktiviti yang dilakukan oleh manusia
pada zaman prasejarah.
3. Meminta murid memberi pendapat
tentang : ( menyoal secara individu
/kelas)
i. Mengapakah tempat tinggal itu
menjadi tumpuan ?
- Keselamatan- atas pokok
- Sumber makanan senang diperoleh
Penerap Nilai Bekerjasama
Menghargai alam
- Kemahiran Berfikir
- Kemahiran
merumus
- Kecerdasan pelbagai :
- interpersonal
- Menjana idea
Rakaman Video
Komputer riba
LCD, DVD
27 |NORLEHA ADAM
KAEDAH PENGAJARAN SEJARAH (SJH 3106) PPG/2011
- Sumber air – minuman
- Pengangkutan
Langkah 3 ( 20 minit)
1. Murid dibahagikan kepada 4 kumpulan.
Kumpulan 1- Zaman Logam
Kumpulan 2 – Zaman Neolitik
Kumpulan 3 – Zaman Mesolitik
Kumpulan 4 – Zaman Paleolitik
2. Setiap kumpulan diminta mencari
maklumat di teks bacaan halaman 70-77
mengikut tajuk yang diberi :
i. Cara hidup- berpindah randah
ii. Tempat tinggal
iii. Senjata yang digunakan
iv. Memberi pendapat mengapa mereka
berpindah-randah.
3. Murid mencatat maklumat yang
diperoleh di dalam kertas majung.
4. Pembentangan kumpulan.
Setiap kumpulan membentangkan
hasil perbincangan di hadapan kelas.
5. Guru bersama murid merumus isi
pelajaran.
6. Guru memberi pengukuhan sambil
menerapkan nilai-nilai murni.
- Kemahiran Berfikir
- Kemahiran
Menghubung kait
- Kemahiran
menyenarai
Penerapan nilai
i. Menghargai
ii.Bekerjasama
- Kemahiran verbal
linguistik
- Kemahiran intra-
personel
- Kemahiran
interpersonal
BBM :
Buku teks Sejarah
Kertas majung
28 |NORLEHA ADAM
KAEDAH PENGAJARAN SEJARAH (SJH 3106) PPG/2011
Penutup ( 5 minit)
1. Aktiviti kuiz secara lisan / spontan.
Contoh:
i. Berikan maksud prasejarah
ii. Berikan 2 lokasi prasejarah
iii. Berikan 4 kegiatan prasejarah.
Penerapan nilai :
- Bersyukur
- Menghargai alam
- Berbangga
29 |NORLEHA ADAM
KAEDAH PENGAJARAN SEJARAH (SJH 3106) PPG/2011
BIBLIOGRAFI
Akashah Ismail, Jayakumary a/p Marimuthu.(2013). Sejarah Tahun 4. Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa dan Pustaka.
Ismail Said.(2009). Kaedah Pemelajaran Koperatif Sekolah Rendah. Shah Alam:
Penerbitan Karisma
Ismail Said. (2014). Kaedah Pengajaran Sejarah. Puchong . Penerbitan Multimedia
Majlis Pengetua Cemerlang Kebangsaan (MPCK) Negeri Selangor. ( 2013). Konsep
dan Panduan Pelaksanaan Program i-THINK. Ipoh: Percetakan Pro Dinasti
Sdn. Bhd.
Omardin Ashaari, Yunus Muhammad. (1996). Kaedah Pengajaran Sejarah. Utusan
Publications & Distribution Sdn. Bhd.
Modul Kursus Elektif 2 , Kaedah Pengajaran Sejarah. (2013). Cyber , Selangor .
Institut Pendidikan Guru Malaysia. Kementerian Pelajaran Malaysia.
Internet
http://www.anneahira.com/perkembangan-alat-komunikasi.htm
http://ms.wikipedia.org/
http://eprints.utm.my/10378/1/28.9_PEMBELAJARAN_KOPERATIF.pdf
http://www.management.utm.my/
30 |NORLEHA ADAM
KAEDAH PENGAJARAN SEJARAH (SJH 3106) PPG/2011
www.ftsm.ukm.my/.../Pendahuluan
https://www.google.com.my/
31 |NORLEHA ADAM
Recommended