Download pdf - AWARD KES GADUH

Transcript
Page 1: AWARD KES GADUH

MAHKAMAH PERUSAHAAN MALAYSIA

NO KES: 9/4-2781/06

ANTARA

JAFERI BIN DAUD & 1 ORANG PERAYU

LWN

HGC HI-GLORY (M) SDN BHD

AWARD NO: 1558 TAHUN 2011

DI HADAPAN : DATO' HAJI SULAIMAN BIN ISMAIL PENGERUSI

TEMPAT : MAHKAMAH PERUSAHAAN MALAYSIA CAWANGAN PULAU PINANG

TARIKH RUJUKAN : 28 OGOS 2006.

TARIKH SEBUTAN : 19 MAC 2007, 21 MEI 2007, 21 JUN 2007, 18 MAC 2008, 1 OKTOBER 2009

& 19 JANUARI 2010.

TARIKH PERBICARAAN : 19 FEBRUARI 2009 & 25 OGOS 2010.

PERWAKILAN : YB. Raveen Tharan dari Tetuan Raveen & Associates bagi Pihak-Pihak Menuntut

Cik Neo Siew Leng, dari Tetuan Lim Kian

Hoon bagi Pihak Responden

Rujukan :

Ini adalah suatu rujukan oleh Y.B. Menteri Sumber Manusia, Malaysia di bawah Seksyen 20 (3) Akta Perhubungan Perusahaan 1967 berkenaan dengan pembuangan kerja Jaferi bin Daud (dirujuk sebagai “Pihak Menuntut Pertama”) Puan Che Ani Abdul Rahman (“Pihak Menuntut Kedua”) oleh HGC Hi-Glory (M) Sdn Bhd ( dirujuk sebagai “Responden”) pada 26hb Ogos 2005.

1

Page 2: AWARD KES GADUH

AWARD

Ini adalah satu rujukan oleh Y.B. Menteri Sumber Manusia di bawah Seksyen

20(3) Akta Perhubungan Perusahaan 1967 (Akta 177) pada 28hb Ogos 2006

yang timbul dari pembuangan kerja Encik Jaferi bin Daud (dirujuk sebagai

"Pihak Menuntut Pertama") dan Puan Che Ani Abdul Rahman (Dirujuk

sebagai "Pihak Menuntut Kedua") pada 26hb Ogos 2005 oleh HGC Hi-Glory

(M) Sdn Bhd (Dirujuk sebagai "Responden").

Kes ini telah diterima pada 30hb November 2006 dan sebutan kali

pertama telah diadakan pada 19hb Mac 2007 di hadapan Y.A. Tuan Mohd

Amin Firdaus bin Abdullah. Perbicaraan kes ini telah dijalankan di hadapan

Y.A. Tuan Mohd Amin Firdaus bin Abdullah pada 19hb Februari 2009, sebelum

beliau dilantik sebagai Pesuruhjaya Kehakiman di Mahkamah Tinggi. Kedua-

dua pihak tiada bantahan untuk saya meneruskan perbicaraan untuk

keterangan saksi ketiga Responden dan keterangan kedua-dua Pihak

Menuntut.

Perbicaraan sambungan telah dimulakan pada 25hb Ogos 2010

dan selesai perbicaraan pada hari yang sama. Peguambela Pihak-pihak

Menuntut iaitu Tetuan Raveen & Associates yang sepatutnya memfailkan

2

Page 3: AWARD KES GADUH

Hujahan Bertulis Pihak-pihak Menuntut ke Mahkamah pada 27hb September

2010 telah memfailkannya ke Mahkamah pada 24hb November 2010.

Manakala peguamcara Responden, Tetuan Lim Kiam Hoon memfailkan

Hujahan Bertulis pada 8hb November 2010. Jawapan kepada Hujahan

Bertulis Syarikat telah difailkan oleh Tetuan Raveen & Associates pada 22hb

November 2010.

Latar Belakang Fakta Kes

Pihak Menuntut Pertama memulakan pekerjaan dengan

Responden sebagai Printing Operator dan telah disahkan jawatan pada 1hb

Januari 2003 dengan gaji permulaan sebanyak RM900.00 sebulan serta

elaun-elaun sebanyak RM35.00 sehari. (Rujuk COB1 muka surat 13). Surat

Pengesahan Jawatan telah dikeluarkan oleh Responden pada 2hb Mei 2004.

Jawatan terakhir yang dipegang oleh Pihak Menuntut Pertama adalah

sebagai Penyelia sebelum ditamatkan perkhidmatan pertama oleh

Responden pada 23hb Mei 2005. Pihak Menuntut Pertama menyatakan

dalam Pernyataan Kes perenggan 4 -7 bahawa pada 23hb Mei 2005 semasa

melapor kerja lebih kurang jam 8.30 malam beliau dipanggil masuk ke

pejabat dan diarah meninggalkan Syarikat Responden serta-merta pada hari

tersebut tanpa sebarang notis penamatan kerja oleh Pihak Responden.

Pihak Menuntut Pertama juga menyatakan bahawa beliau tidak diberi

3

Page 4: AWARD KES GADUH

sebarang notis atau surat tunjuk sebab mahupun notis penggantungan kerja

oleh Responden dan tiada Siasatan Dalaman dijalankan. Pihak Menuntut

Pertama telah membuat laporan polis bertarikh 24hb Mei 2005 (Rujuk CLB1

muka surat 2). Pada 29hb Mei 2005, Pihak Menuntut Pertama menulis surat

pemberhentian kerja kepada Responden (Rujuk CLB1 muka surat 8-9).

Menurut Responden, notis penamatan perkhidmatan Pihak Menuntut

Pertama telah dikeluarkan oleh Pihak Responden pada 30hb Mei 2005 tanpa

tandatangan Pihak Menuntut Pertama atas 3 pertuduhan seperti berikut

(rujuk COB1 muka surat 20):-

i) Pergaduhan dan berlawan dalam kilang

ii) Tidak menjalankan tugas & tanggungjawab penuh sebagai seorang

Supervisor.

iii) Tidak hadir bekerja 48 jam berturut-turut mulai 24hb Mei 2005, 25hb Mei

2005 dan 26hb Mei 2005 tanpa beritahu dan tanpa memberi sebarang

notis.

Pihak Responden juga telah memberi 3 surat amaran kepada

Pihak Menuntut Pertama pada 23hb Mei 2005 (Rujuk COB1 muka surat 16-

18).

Lantaran itu, satu Memorandum Persetujuan Seksyen 20 Akta

4

Page 5: AWARD KES GADUH

Perhubungan Perusahaan 1967 telah ditandatangani di antara Pihak

Menuntut Pertama dan Ketua Jabatan Pentadbiran pada 23hb Ogos 2005

untuk Pihak Menuntut Pertama bekerja semula di Responden pada 24hb

Ogos 2005 jam 8.30 pagi dengan bayaran gaji tertunggak Pihak Menuntut

Pertama untuk bulan Jun, Julai & Ogos (Rujuk COB1 muka surat 23). Pihak

Menuntut Pertama melapor diri di Responden pada 24hb Ogos 2005 jam 8.30

pagi dan telah ditukar dari Jabatan Percetakan ke Jabatan Quality Control

pada 24hb Ogos 2005. (Rujuk COB1 muka surat 24-25 & 28) dan selepas

tarikh 24hb Ogos 2005, Pihak Menuntut Pertama tidak hadir kerja sehingga

tarikh pembuangan kerja. Alasan Pihak Menuntut Pertama tidak hadir kerja

kerana tidak berpuas hati ditempatkan di lobi kilang.

Manakala pihak Responden telah menulis dua pucuk surat

kepada Pihak Menuntut Pertama pada 29hb Ogos 2005 dan 11hb September

2005. (Rujuk COB2 muka surat 67 & 68). Surat-surat bantahan daripada

pekerja-pekerja tidak bersetuju Pihak Menuntut Pertama diambil bekerja

semula di Jabatan Quality Control seperti dalam (Rujuk COB1 muka surat 32-

41). Pihak Responden telah mengeluarkan surat penamatan perkhidmatan

Pihak Menuntut Pertama yang tidak bertarikh (Rujuk COB1 muka surat 31).

5

Page 6: AWARD KES GADUH

Pihak Menuntut Kedua memulakan pekerjaan dengan Responden

sebagai Quality Control Trainee pada 1hb Oktober 2003 dengan gaji

permulaan sebanyak RM410.00 sebulan dan elaun-elaun sebanyak RM35.00

sehari. (Rujuk COB1 muka surat 42-51) Surat Perlantikan Kontrak Pihak

Menuntut Kedua dikeluarkan oleh Responden pada 1hb Oktober 2003. Surat

Pengesahan Jawatan tidak dikeluarkan oleh Responden. Dalam Pernyataan

Kes Pihak Menuntut Kedua menyatakan bahawa beliau bekerja di Jabatan

Percetakan sebagai Line Leader dan seramai 20 pekerja melapor diri kepada

beliau.

Pada 25hb Mei 2005 pihak Responden telah menyuruh Pihak

Menuntut Kedua meninggalkan premis kilang dengan serta-merta tanpa

sebarang alasan atau tanpa sebarang surat diberikan kepada beliau dan

menamatkan perkhidmatan Pihak Menuntut Kedua pada hari tersebut.

Lantaran itu, pada 31hb Mei 2005, Pihak Menuntut Kedua telah

membuat laporan polis (Rujuk CLB1 muka surat 3) dan selepas itu Pihak

Menuntut Kedua tidak hadir bekerja mulai dari 30hb Mei 2005 hingga 2hb Jun

2005 tanpa memohon cuti.

Justeru itu, satu Memorandum Persetujuan Seksyen 20 Akta

6

Page 7: AWARD KES GADUH

Perhubungan Perusahaan 1967 telah ditandatangani di antara Pihak

Menuntut Kedua dan Ketua Jabatan Pentadbiran pada 23hb Ogos 2005 untuk

Pihak Menuntut Kedua bekerja semula di Syarikat Responden pada 25hb

Ogos 2005 jam 8.30 pagi dengan bayaran gaji tertunggak Pihak Menuntut

Kedua. (Rujuk COB1 muka surat 64).

Menurut Responden, Pihak Menuntut Kedua telah melapor diri

untuk bekerja pada 25hb Ogos 2005 dan pada 26hb Ogos 2005 beliau

meninggalkan kerja beliau dan gagal hadir bekerja selepas itu. Pihak

Menuntut Kedua tidak berpuas hati ditempatkan di lobi.

Pihak Responden telah mengeluarkan dua pucuk surat

pembuangan kerja kepada Pihak Menuntut Kedua bertarikh 29hb Ogos 2005

dan 11hb September 2005 (Rujuk COB2 muka surat 69 & 70).

Pihak Menuntut Pertama dan Kedua mendakwa Responden telah

menamatkan perkhidmatan mereka tanpa sebarang sebab dan tidak

mengikut peruntukan undang-undang. Mereka memohon untuk diambil

bekerja semula dengan Responden ke jawatan asal mereka, gaji , elaun atau

bayaran lain yang tertakluk di bawah penggajian mereka daripada tarikh

pembuangan kerja sehingga tarikh diambil bekerja semula, kekananan dan

7

Page 8: AWARD KES GADUH

lain-lain.

Pihak Responden berhujah bahawa kedua-dua Pihak Menuntut

telah meninggalkan pekerjaannya. Oleh yang demikian, persoalan yang

Mahkamah harus putuskan bukanlah mengenai penamatan kerja tanpa

alasan yang adil dan munasabah tetapi samada terdapat penamatan kerja

oleh Syarikat atau Kedua-dua Pihak Menuntut telah meninggalkan pekerjaan.

Persoalan penting yang Mahkamah harus memutuskan adalah :

a) Samada beban pembuktian oleh Kedua-dua Pihak Menuntut untuk

membuktikan mereka telah meninggalkan pekerjaan atau

b) Samada beban pembuktian oleh Kedua-dua Pihak Menuntut bahawa

terdapat 'Victimisation' yang membolehkan mereka meninggalkan

pekerjaannya.

OP, Malhotra in the Law of Industrial Disputes, 4th Edition which

stated as follows :

"The contract of service comes to an end where the workman

abandon's his job.... the word abandonment has been explained to mean "to

leave completely & finally; forsake utterly; to relinquish..... abandonment

when used in relation to an office means "voluntarily relinquishment". In

order to constitute "abondonment" therefore, there must be total and

complete giving up of duties so as to indicate an intention not to resume the

8

Page 9: AWARD KES GADUH

same...., However, the intention maybe inferred from the acts or conduct of

the party .. Under the common law, an inference that an employee has

abandoned or relinquished service is not easily drawn unless from the lenght

of absence and from other surrounding circumstances an inference to that

effect can be legitimately drawn and it can be assumed that the employee

intented to abandon service."

Undang-undang

Fungsi Mahkamah Perusahaan di dalam rujukan di bawah

Seksyen 20(3) Akta Perhubungan Perusahaan 1967 telah dinyatakan dengan

jelas oleh Mahkamah Perusahaan di dalam kes MILAN Auto Sdn Bhd v

Wong Sen Yen (1995) 4 CLJ 449 seperti berikut :-

"The function of the Industrial Court in dismissal cases on

reference under Section 20 is two folds : first to determine whether the

misconduct complained of by the employer has been established and

secondly whether the proven misconduct constitutes just cause or excuse for

the dismissal."

Mahkamah Perusahaan telah memutuskan dalam kes Wong

Yuen Hock v Syarikat Hong Leong Assurance Sdn Bhd (1995) 3 CLJ 344

9

Page 10: AWARD KES GADUH

seperti berikut :-

"On the authorities, we were of the view that the main and only

function of the Industrial Court in dealing with a reference under Section 20 of

the Act (unless otherwise lawfully provided by the terms of reference) is to

determine whether the misconduct or irregularities complained of by the

Management as the grounds of dismissal were in fact committed by the

workman, and if so, whether such grounds constitute just cause or excuse for

the dismissal."

Mahkamah Perusahaan perlu menganalisa keterangan yang

dikemukakan dan memutuskan samada kedua-dua Pihak Menuntut telah

meninggalkan kerja (Abondonment of Job) dan melakukan salahlaku atau

berlaku penganiayaan (Victimisation). Mahkamah akan meneliti keterangan

berdasarkan fakta kes.

Mahkamah Perusahaan telah memutuskan dalam kes Goon

Kwee Phoy v J & P Coats (M) Sdn Bhd (1981) 2 MLJ 129 di muka surat

136 seperti berikut :-

"Where representation are made and are referred to the

Industrial Court for enquiry; it is the duty of the Court to determine whether

the termination or dismissal is with or without just cause or excuse. If the

10

Page 11: AWARD KES GADUH

employer chooses to give a reason for the action taken by him the duty of the

Industrial Court will be to enquire whether that excuse or reason has or has

not been made out. If it finds as a fact that it has not been proved, then the

inevitable conclusion must be that the termination or dismissal was without

just cause or excuse.

The proper inquiry of the Court is to reason advanced by it and

the Court or High Court cannot go into another reason not relied on by the

employer or find one for it".

Adalah menjadi prinsip undang-undang yang jelas apabila

Mahkamah Perusahaan dirujuk mengenai kes pembuangan kerja yang

melibatkan salahlaku dua perkara yang perlu diputuskan iaitu :-

1) Samada salahlaku yang dilaporkan oleh Majikan telah dapat dibuktikan;

dan

2) Samada salahlaku yang terbukti menjadikan sebab atau alasan yang

adil untuk pembuangan kerja.

Isu Dalam Kes Ini

Mahkamah dalam kes ini perlu memutuskan samada

pembuangan kerja Pihak-Pihak Menuntut oleh Syarikat Responden itu adalah

11

Page 12: AWARD KES GADUH

bersebab atau alasan adil.

Beban Pembuktian

Dalam kes Telekom Malaysia Kawasan Utara v Krishnan Kutty

Sanguni Nair & Anor (2002) 3 CLJ 314 Mahkamah Rayuan Malaysia telah

memutuskan seperti berikut :-

"Mahkamah Perusahaan tidak perlu dibebankan dengan segala

perkara-perkara teknikal berkenaan perbezaan beban bukti atau rukun

keterangan atau prosedur yang perlu dipakai dalam Mahkamah Undang-

Undang. Mahkamah Perusahaan mesti dibenarkan untuk menjalankan

prosidingnya sebagai satu Mahkamah timbangtara dengan membenarkan

beberapa kelonggaran bertujuan bagi mencapai satu keputusan asalkan ia

mengambil kira keteguhan merit dalam kes dan membuat keputusan menurut

ekuiti dan dengan kemurnian. Representasi oleh Menteri kepada Mahkamah

Perusahaan tidak boleh ditakrifkan sebagai 'sivil' atau jenayah dengan beban

pembuktian yang berbeza bagi setiap klasifikasi.

Dengan demikian dalam pendengaran kes tuntutan ketidakadilan

pemecatan di mana pekerja dipecat berdasarkan pertuduhan kesalahan

jenayah seperti curi harta Syarikat, Mahkamah Perusahaan tidak perlu

memenuhi kehendak melangkaui batasan keraguan bahawa kesalahan itu

telah dilakukan. Beban pembuktian yang perlu dipakai adalah standard sivil

12

Page 13: AWARD KES GADUH

iaitu imbangan kebarangkalian yang fleksibel supaya kadar kebarangkalian

yang diperlukan sesuai dengan jenis dan graviti isu yang dibicarakan".

Berdasarkan keputusan kes Mahkamah Rayuan tersebut adalah

jelas beban pembuktian dalam kes salah laku seperti di dalam kes ini adalah

berdasarkan imbangan kebarangkalian yang fleksibel yang perlu dibuktikan

oleh majikan.

Kes Responden

Syarikat Responden telah memanggil 3 orang saksi untuk

memberi keterangan seperti berikut :-

1. Encik Mizanur Rahman Md Solaiman Patwary (COW1)

- Supervisor.

2. Encik Lim Heng Leng (COW2)

- Eksekutif Dalam Syarikat.

3. Cik Shirley Tan Kooi Hoay

- Administration Department Head.

COW1 memberi keterangan dalam Pemeriksaan Utama dan

13

Page 14: AWARD KES GADUH

mengatakan bahawa beliau telah bekerja di Syarikat Responden selama 12

tahun 6 bulan. Pada 22hb Mei 2005 berlaku pergaduhan di antara Pihak

Menuntut Pertama dengan COW1. Pihak Menuntut Pertama menyerang

COW1.

Dalam keterangan COW1, beliau tidak membuat laporan polis

dan beliau juga tidak memperolehi laporan perubatan selepas kejadian

tersebut kerana beliau tidak mengalami kecederaan. Pergaduhan itu berlaku

berdekatan Production One Gate. COW1 juga mengatakan pada 22hb Mei

2005 tiada perselisihan faham berlaku di antara mereka. Tiada perbalasan

percakapan berlaku di antara mereka cuma Pihak Menuntut Pertama

bercakap dalam bahasa Malaysia pada hari tersebut dengan menyebut

perkataan "puki mak lan" terhadap COW1.

Dalam pemeriksaan balas COW1 menyatakan bahawa Pihak

Menuntut Pertama hanya menolak bahu dan cubaan untuk menumbuk beliau

dengan menyebut perkataan "you mahu fighting kah?". Pada masa tersebut

ada seseorang datang dan memegang tangan Pihak Menuntut Pertama.

Dalam pemeriksaan semula, COW1 mengatakan selepas

kejadian yang berlaku pada Mei 2005, Pihak Menuntut Pertama tidak lagi

14

Page 15: AWARD KES GADUH

datang bekerja. Setelah beberapa bulan, Pihak Pengurusan ingin mengambil

Pihak Menuntut Pertama bekerja semula. Pihak Pengurusan ada bertanya

kepada semua pekerja samada mereka ada apa-apa aduan terhadap Pihak

Menuntut Pertama. Ekoran daripada itu, beliau menulis surat bertarikh 26hb

Ogos 2005 kepada Pengarah Urusan Responden (Rujuk COB1 muka surat

37).

COW2 memberi keterangan dalam pemeriksaan utama bahawa

Pihak Menuntut Pertama bergaduh dan memukul orang di tempat kerja. Tiga

surat amaran telah dikeluarkan oleh COW2 kepada beliau pada 23hb Mei

2005. COW2 juga mengatakan Pihak Menuntut Pertama enggan

menandatangani ketiga-tiga surat amaran tersebut. Sebelum beliau

mengeluarkan surat amaran terhadap Pihak Menuntut Pertama, beliau ada

menyiasat pergaduhan yang berlaku di antara COW1 & Pihak Menuntut

Pertama.

COW2 juga memberi keterangan bahawa pada hari kejadian

berlaku beliau tidak bekerja (hari Ahad) tetapi COW2 ada datang ke kilang

dan pada hari pertama beliau tidak nampak pergaduhan tetapi pada hari

kedua beliau nampak pergaduhan di antara COW1 dan Pihak Menuntut

Pertama tercetus – nak lawan. COW2 nampak Pihak Menuntut Pertama

15

Page 16: AWARD KES GADUH

menolak COW1 tetapi COW1 tidak mengalami sebarang kecederaan.

COW2 juga memberi keterangan bahawa jika berlaku kejadian

kecil, Pihak Responden akan memberi amaran secara lisan sahaja tetapi

sekiranya kejadian serius, Pihak Responden akan tengok kes tersebut.

COW2 memberi keterangan beliau tidak bersetuju Pihak

Menuntut Pertama diarah meninggalkan kilang serta-merta pada 23hb Mei

2005 jam 8.30 malam selepas pergaduhan yang berlaku di antara Pihak

Menuntut Pertama dengan COW1. Pihak Menuntut Pertama terus balik tanpa

kebenaran Pihak Pengurusan.

COW2 memberi keterangan bahawa ada perbicaraan (inquiry)

dijalankan di kawasan Syarikat Responden pada 28hb Mei 2005. Pihak

Menuntut Pertama telah dimaklumkan tarikh dan tempat bicara. Pihak

Responden menghantar surat melalui pos kepada Pihak Menuntut Pertama

tetapi Pihak Menuntut Pertama tidak menghadiri perbicaraan tersebut. Oleh

itu, pada 30hb Mei 2005, Pihak Syarikat mengeluarkan notis dan mengambil

keputusan menamatkan perkhidmatan Pihak Menuntut Pertama.

COW3 memberi keterangan bahawa pada 24hb Ogos 2005 jam

16

Page 17: AWARD KES GADUH

8.30 pagi Pihak Menuntut Pertama dan Pihak Menuntut Kedua datang

bekerja dan Pihak Menuntut Pertama telah ditukarkan ke Jabatan Quality

Control manakala Pihak Menuntut Kedua bekerja di Jabatan Percetakan

pada masa tersebut. COW3 juga memberi keterangan bahawa Pihak

Menuntut Pertama dengan sukarela bertukar ke Jabatan Quality Control dan

Pihak Menuntut Pertama telah menandatangani satu surat pertukaran pada

24hb Ogos 2005. Pihak Menuntut Pertama dan Kedua datang bekerja pada

25hb Ogos 2005. Selepas jam 12.30 tengahari kedua-dua mereka tidak

masuk bekerja. Notis tunjuk sebab telah dihantar kepada mereka dan

mereka tidak hadir pada 10hb September 2005 dan 17hb September 2005

untuk tunjuk sebab.

COW3 juga memberi keterangan bahawa ada sebab mengapa

Pihak Menuntut Pertama dan Pihak Menuntut Kedua ditempatkan di lobi dan

bukannya di bahagian tempat kerja mereka pada 24hb Ogos 2005 dan

separuh hari pada 25hb Ogos 2005.

COW3 juga memberi keterangan bahawa Responden telah

mengadakan mesyuarat di bilik perbincangan pada 28hb Ogos 2005 yang

dihadiri oleh Encik Lee Ching Yuan, Encik Chia Chin Loo, Cik WL Loh dan

COW3. Pihak Responden mengambil keputusan tidak membenarkan Pihak

17

Page 18: AWARD KES GADUH

Menuntut Pertama dan Pihak Menuntut Kedua datang bekerja atas sebab

banyak surat bantahan dari pekerja lain yang membantah kepulangan

mereka. Selain daripada sebab tidak hadir tanpa sebab dan tidak memohon

cuti serta mengambil kad perakam waktu.

Kes Pihak-Pihak Menuntut

CLW memberi keterangan bahawa pada 22hb Mei 2005 terdapat

pertengkaran mulut dengan COW1 di kawasan kilang dalam bilik percetakan.

Pertengkaran mereka telah dileraikan oleh Encik Cheah dan COW2. CLW1

tidak bersetuju bahawa beliau telah mengeluarkan kata-kata kesat dan ia

hanya pertengkaran mengenai kerja.

CLW1 memberi keterangan bahawa beliau tidak menerima tiga

surat amaran dan surat tunjuk sebab daripada Pihak Responden.

CLW1 memberi keterangan bahawa beliau ada datang bekerja

pada 23hb Mei 2005 dan satu MOU telah ditandatangani (Rujuk COB1 muka

surat 23). Selepas MOU ditandatangani, CLW1 datang bekerja pada 24hb

Ogos 2005 jam 8.30 pagi. Pada hari tersebut, CLW1 bersetuju ditukarkan ke

Jabatan Quality Control dengan bayaran gaji yang sama.

18

Page 19: AWARD KES GADUH

CLW1 tidak ingat samada beliau datang bekerja pada 25hb Ogos

2005 dan beliau tidak meletak jawatan. CLW1 memberi keterangan bahawa

beliau tidak hadir bekerja adalah kerana tidak puas hati ditempatkan di lobi

kilang dan MOU mengatakan CLW1 kembali bekerja ke jawatan asal.

CLW2 memberi keterangan bahawa COW2 yang menaikkan

jawatan beliau kepada Line Leader secara lisan. CLW2 tidak hadir bekerja

tanpa permohonan cuti mulai 30hb Mei 2005 hingga 2hb Jun 2005.

CLW2 memberi keterangan bahawa pada 25hb Ogos 2005, beliau

hadir bekerja jam 8.30 pagi sehingga 5.00 petang. Beliau ada memberitahu

COW2 bahawa beliau balik jam 12.00 tengahari kerana beliau tidak mahu

duduk di lobi dan CLW2 tidak balik bekerja semula ke kilang hingga

sekarang.

CLW2 juga memberi keterangan bahawa beliau terpaksa pulang

kerana diletakkan di lobi tetapi tidak dibenarkan masuk ke Jabatan

Percetakan tempat kerja lamanya.

CLW2 juga memberi keterangan bahawa beliau tidak menerima

19

Page 20: AWARD KES GADUH

notis tunjuk sebab bertarikh 7hb Julai 2005 dan 10hb Julai 2005 serta

panggilan telefon daripada Pihak Responden.

Penilaian Keterangan dan Undang-undang

Dalam kes ini Y.B. Menteri Sumber Manusia Malaysia telah

merujuk kes ini kepada Mahkamah Perusahaan melalui surat yang bertarikh

28hb Ogos 2006. Di dalam rujukan tersebut Y.B. Menteri telah merujuk

kepada pembuangan kerja kedua-dua Pihak Menuntut oleh HGC Hi Glory (M)

Sdn Bhd pada 26hb Ogos 2006.

Walaubagaimanapun Mahkamah setelah mendengar keterangan

kedua-dua pihak selepas meneliti kes ini mendapati bahawa Pihak Menuntut

Pertama telah dibuang kerja untuk kali pertamanya pada 30hb Mei 2005

(Rujuk Lampiran 20 COB1) kerana terlibat

1) Dalam pergaduhan dan berlawan dalam kilang

2) Tidak menjalankan tugas dan tanggungjawab penuh sebagai

Supervisor.

3) Tidak hadir kerja 48 jam berturut-turut mulai 24 Mei, 25 Mei dan 26 Mei

2005 tanpa beritahu dan tanpa memberi sebarang notis kepada

Majikan.

20

Page 21: AWARD KES GADUH

Pihak Menuntut Pertama telah merujuk pembuangan kerja ini

kepada Jabatan Perhubungan Perusahaan Kedah/Perlis dan suatu

Memorandum Persetujuan di bawah Seksyen 20 Akta Perhubungan

Perusahaan 1967 telah dicapai melalui Fail JPP(KP) Sek 20 (143/2005).

Pihak Majikan dan Pihak Menuntut Pertama telah bersetuju untuk

menerima semula beliau bekerja di kilang tersebut dan Majikan telah

menawarkan kembali Pihak Menuntut Pertama bekerja dengan jawatan

asalnya dengan gaji yang sama tanpa kehilangan apa-apa faedah dan

kekananan.

Pihak Menuntut Pertama dikehendaki melapor diri di kilang pada

24 Ogos 2005 jam 8.30 pagi.

Majikan juga setuju untuk membayar gaji tertunggak kepada

beliau sebanyak RM2,850.00. Pihak Menuntut Pertama telah melapor diri di

kilang Majikan pada 24 Ogos 2005 dan telah bersetuju melalui surat bertarikh

24 Ogos 2005 (Rujuk Lampiran 28 COB1) untuk bertukar daripada Jabatan

Percetakan kepada Jabatan Quality Control. Pihak Menuntut Pertama telah

ditempatkan di lobi Syarikat pada 24 Ogos 2005 dan 25 Ogos 2005.

21

Page 22: AWARD KES GADUH

Melalui surat bertarikh 27 Ogos 2005 (Rujuk Lampiran 29 COB1)

pihak Majikan telah membuat keputusan tidak membenarkan beliau balik

bekerja kerana beliau tidak hadir bekerja pada 27 Ogos 2005 dan kerana

Majikan telah menerima kebanyakan surat bantahan daripada pekerja-

pekerja.

Melalui surat majikan seterusnya (tanpa tarikh) (seperti Lampiran

31 COB1) pihak Majikan telah menamatkan perkhidmatan Pihak Menuntut

Pertama dengan membayar gaji sebanyak RM348.33.

Pihak Menuntut Kedua adalah isteri kepada Pihak Menuntut

Pertama. Beliau juga telah diarahkan untuk meninggalkan pejabat Majikan

pada 25 Mei 2005 tanpa sebarang surat pemecatan.

Pihak Menuntut Kedua yang pada mulanya bertugas sebagai

operator telah diarahkan untuk menjalankan tugas 'line leader', tetapi beliau

telah diarahkan untuk menjalankan tugas operator sejak 25 Mei 2005.

Pihak Menuntut Kedua juga menandatangani Memorandum

Persetujuan dengan pihak Majikan seperti Lampiran 64 COB1.

22

Page 23: AWARD KES GADUH

Beliau telah bersetuju untuk melapor diri di kilang pada 25 Ogos

2005 dan telah diberi jawatan asalnya tanpa kehilangan gaji dan apa-apa

faedah dan kekananan.

Pihak Syarikat juga bersetuju untuk membayar balik gaji

tertunggak sebanyak RM1,410.00.

Pihak Menuntut Kedua telah melapor diri pada 25 Ogos 2005

tetapi telah dilayan seperti orang asing dan ditempatkan di lobi Kilang. Beliau

telah meninggalkan tempat kerja tersebut kerana tidak mendapat kembali

kerja asalnya dan layanan Majikan yang tidak mengikut Memorandum

Persetujuan tersebut.

Adalah menjadi prinsip undang-undang yang termaklum beban

bagi pembuangan kerja konstruktif ujian yang perlu digunakan ialah ujian

kontraktual bagi menentukan samada tingkah laku Majikan itu menunjukkan

bahawa beliau mempunyai niat untuk tidak mahu meneruskan lagi kontrak

perkhidmatan dengan Pihak Menuntut. Ini dirumuskan oleh Mahkamah

Rayuan dalam Kes Anwar Abdul Rahim v Bayer (M) Sdn Bhd (1998) 2 CLJ

197 di muka surat 205 seperti berikut :

23

Page 24: AWARD KES GADUH

"It has been repeatedly held by our Courts that the proper

approach in deciding whether constructive dismissal has taken place is not to

ask oneself whether the employer's conduct was unfair or unreasonable but

whether the conduct of the employer was such that the employer was guilty of

a breach going to the root of the contract or whether he has evinced an

intention no longer to be bound by the contract."

Dalam kes ini Mahkamah perlu melihat Surat Amaran tidak hadir

kerja bertarikh 27 Ogos 2005 (Lampiran 29 COB1) dan Surat Penamatan

kerja seperti Lampiran 31 COB1.

Apakah tindakan Syarikat mengeluarkan surat-surat tersebut

kepada Pihak-Pihak Menuntut adalah satu pelanggaran terma asasi

perjanjian perkhidmatan diantara pihak Syarikat dan Pihak-Pihak Menuntut.

Berdasarkan keterangan kedua-dua Pihak Menuntut mereka telah

melapor diri pada 24 Ogos 2005 seperti terma Memorandum Persetujuan

bertarikh 23hb Ogos 2005 dan telah ditempatkan di lobi Syarikat tanpa diberi

kembali jawatan asal mereka.

24

Page 25: AWARD KES GADUH

Menurut keterangan Cik Shirley Tan Kooi Hooy (COW3) Soalan

17 "Syarikat mengadakan mesyuarat di bilik perbincangan pada 28 Ogos

2005 dan Encik Lee Ching Yuan, Encik Chia Chin Loo, Cik W.L.Loh dan saya

hadir. Syarikat mengambil keputusan tidak membenarkan Encik Jaferi dan

Puan Che Ani datang bekerja juga atas sebab banyak surat bantahan dari

pekerja lain yang membantah keputusan mereka selain daripada sebab tidak

hadir tanpa sebab dan tanpa minta cuti dan mengambil 'punch card'.

Berdasarkan kepada duluan kehakiman dalam kes Wong Chee

Hong v Cathay Organisation (Malaysia) Sdn Bhd (1988) 1 CLJ 45 (1988)

CLJ (Rep) 298, [1988] 1 MLJ 92 ujian yang perlu digunakan ialah ujian

kontraktual yang boleh dilihat melalui tingkah laku Majikan yang

membayangkan hasratnya untuk menamatkan kontrak pekerjaan dengan

Pihak-Pihak Menuntut.

Dalam kes ini jelaslah pihak Responden telah mencabuli dan

memecahkan terma-terma asas perjanjian dengan Pihak-Pihak Menuntut.

Tugas Mahkamah ini bagi menentukan samada ada terdapat

pembuangan kerja dan sekiranya ada, adalah ia suatu yang adil dan

beralasan seperti diputuskan oleh Mahkamah Rayuan dalam kes Quah

25

Page 26: AWARD KES GADUH

Swee Khoon v Sime Darby Bhd (2001) 1 CLJ 9 (2000) 2 MLJ 600.

Dapatan

Berdasarkan kepada keterangan saksi-saksi dalam perbicaraan

di Mahkamah, eksibit-eksibit yang dikemukakan dan hujahan kedua-dua

pihak serta panduan di bawah seksyen 30(5) Akta Perhubungan Perusahaan

1967, Mahkamah berpendapat bahawa kedua-dua Pihak Menuntut telah

berjaya membuktikan kesnya berdasarkan tahap perimbangan

kebarangkalian.

Tindakan pihak Majikan jelas menunjukkan bahawa mereka ingin

menamatkan perkhidmatan kedua-dua Pihak Menuntut kerana menerima

banyak surat bantahan daripada pekerja-pekerjanya jika kedua-dua Pihak

Menuntut diambil bekerja semula. Inilah niat yang sebenar pihak Majikan

didalam menamatkan perkhidmatan kedua-dua Pihak Menuntut.

Tindakan pihak Majikan dengan meletakkan kedua-dua Pihak

Menuntut di lobi Syarikat tanpa memberi semula kerja asal mereka pada 24

Ogos 2005 adalah jelas menunjukkan niat pihak Syarikat terhadap kedua-dua

Pihak Menuntut.

26

Page 27: AWARD KES GADUH

Pihak Menuntut Pertama telah dipaksa menandatangani surat

persetujuan pertukaran Jabatan daripada Jabatan Percetakan kepada

Jabatan Quality Control adalah satu sandiwara pihak Majikan untuk

memaksa Pihak Menuntut Pertama meninggalkan pekerjaannya.

Pihak Syarikat sedia maklum bahawa ramai pekerja-pekerja tidak

suka dan membantah Pihak Menuntut Pertama bekerja semula dan inilah

salah satu cara Majikan untuk menghalau atau menjadikan Pihak Menuntut

Pertama meninggalkan pekerjaannya.

Berdasarkan fakta di atas, Mahkamah berpendapat pembuangan

kerja Pihak Menuntut Pertama dan Kedua adalah sesuatu yang tidak adil dan

tidak beralasan (without just cause or excuse).

Remedi

Kedudukan undang-undang berkenaan bidang kuasa Mahkamah

dan faktor yang perlu diambil kira dalam menggantikan pengembalian kerja

semula dengan perintah yang lain telah diputuskan di dalam kes Hong

Leong Bank v Phung Tze Thiam (2008) 2 MLJ 785 seperti di muka surat

27

Page 28: AWARD KES GADUH

795.

" The law on whether to grant reinstatement has been

authoritatively stated by the Supreme Court in Kumpulan Peransang

Selangor Bhd v Zaid bin Hj Mohd Noh (1997) 1 MLJ 789, in that case the

Supreme Court expounded the principles, relating to the remedy of

reinstatement and declared that the following factors are required to be taken

into account when considering whether to order reinstatement. They are :

i) The past record of employee,

ii) The nature of his alleged lapses

iii) The conduct of the workman

iv) Nature of relations between the employer and the employee

v) The nature of the duties performed by the employee

vi) The nature of Industrial establishment.

Berdasarkan kepada kedudukan Pihak-Pihak Menuntut di dalam

Syarikat sebelum dibuang kerja dan bantahan daripada pekerja-pekerja,

Mahkamah berpendapat perintah pengembalian semula kerja adalah tidak

bersesuaian dalam kes ini.

Oleh itu, Mahkamah memutuskan untuk mengawardkan

28

Page 29: AWARD KES GADUH

pampasan ganti rugi sebagai galang ganti kepada pengembalian semula

kerja.

Oleh itu Mahkamah memutuskan Award kepada Pihak-Pihak

Menuntut adalah seperti berikut :

Pihak Menuntut Pertama :

a) Bayaran gaji tertunggak

RM950.00 x 24 = RM22,800.00

b) Pampasan Galang Ganti Lantikan Semula

RM950.00 x 2 = RM1,900.00

Jumlah keseluruhan = RM24,700.00

Pihak Menuntut Kedua :

a) Bayaran gaji tertunggak

RM470.00 x 24 = RM11,280.00

b) Pampasan Galang Ganti Lantikan Semula

RM470.00 x 2 = RM940.00

Jumlah keseluruhan = RM12,220.00

29

Page 30: AWARD KES GADUH

Bayaran hendaklah dibuat kepada kedua-dua Pihak Menuntut dalam

tempoh 30 hari dari tarikh Award dikeluarkan setelah ditolak potongan

caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja, Cukai Pendapatan dan

Caruman Statutori yang lain jika ada.

DIPERTURUNKAN DAN BERTARIKH PADA 24hb OKTOBER 2011.

(DATO' HAJI SULAIMAN BIN ISMAIL) PENGERUSI MAHKAMAH PERUSAHAAN MALAYSIA

CAWANGAN PULAU PINANG

30


Recommended