Download pdf - Ayat Majmuk pancangan

Transcript
Page 2: Ayat Majmuk pancangan

Bagaimanakah perasaan kamusemasa membaca e-mel kirimanabang?

Page 3: Ayat Majmuk pancangan
Page 4: Ayat Majmuk pancangan
Page 5: Ayat Majmuk pancangan

KATA HUBUNG

Bertugas untuk menghubungkan dua barisayat atau lebih hingga membentuk ayatberlapis atau ayat majmuk.

Ia boleh hadir di awal atau di tengah ayat.

Contoh Kata Penghubung :

dan sambil walaupun

kerana lalu supaya

jika atau tetapi

Page 6: Ayat Majmuk pancangan

http://youtu.be/CRkNMweIqcw

Page 7: Ayat Majmuk pancangan

Digunakan untuk gabungkan ayat kecil dengansatu ayat induk.

~ ayat kecil disambungkan dengan ayat yanglebih panjang.

Kata Hubung Pancangan

Contoh ayat :Ayat induk :Saya akan ke rumah awak.Ayat kecil:Hari tidak hujan.

Saya akan ke rumah awak jika hari tidak hujan.

Page 8: Ayat Majmuk pancangan

KATA HUBUNG PANCANGAN

sebab

supaya

kalau

walaupun

semasa setelah

sebelum selama

Page 9: Ayat Majmuk pancangan

SEBAB / KERANA

Digunakan untuk menghubungkan ayat

yang bermaksud untuk menyatakan

suatu musabab atau akibat.

Tangannya patah sebab jatuh daripokok.

Dia memakai kaca mata keranamatanya rabun.

Budak kecil itu menangis sebabduitnya hilang.

Page 10: Ayat Majmuk pancangan

KALAU / JIKA / JIKALAU

Digunakan bagi menghubungkan ayat yang

bermaksud untuk menyatakan suatu syarat

atau pengandaian.

Dia menggunakan payung kalau hari hujan.

Beliau akan ke Makkah jikalau wang simpanannyasudah mencukupi.

Shafiq akan menyertai bengkel itu jika permohonannyaditerima.

Page 11: Ayat Majmuk pancangan

SUPAYA / AGAR

Digunakan bagi menghubungkan ayat yang

bermaksud untuk menyatakan tujuan yang

tertentu

Orang tua itu sentiasa berdoa supayaanak-anaknya hidup bahagia.

Luqman belajar bersungguh-sungguh agarlulus peperiksaan dengan cemerlang.

Erlina memakai payung di tengah hujansupaya bajunya tidak basah.

Page 12: Ayat Majmuk pancangan

WALAUPUN / SUNGGUHPUN / MESKIPUN / BIARPUN

Digunakan bagi menghubungkan ayat yang

bermaksud untuk menyatakan tolak ansur.

Dia masih nakal walaupun telah dinasihatiBe berapa kali.

Abang Aidil masih tekun menelaah pelajaransekolahnya sungguhpun hari sudah lewat malam.

Perempuan tua itu tetap bekerjameskipun badannya sudah uzur.

Page 13: Ayat Majmuk pancangan

SEMASA / SEWAKTU / TATKALA / KETIKA

Digunakan bagi menghubungkan ayat yang

bermaksud waktu pekerjaan itu dilakukan

serentak.

Ayah sudah berada di rumah semasa kami tiba.

Kata datuknya, beliau dilahirkan sewaktupeperangan Jepun bermula.

Saya dan Suhail berada di situ tatkalaterjadinya peristiwa itu.

Page 14: Ayat Majmuk pancangan

SESUDAH / SETELAH / SELEPAS

Digunakan bagi menghubungkan ayat yang

bermaksud waktu pekerjaan itu berurutan.

Dia mahu bercakap dengan saya sesudahsaya memohon maaf.

Pemuda biadab itu beredar dari situ sesudahorang kaya itu mengusirnya.

Anggota-anggota bomba pulang ke balai sesudahberjaya memadamkan kebakaran itu.

Page 15: Ayat Majmuk pancangan

SEBELUM

Digunakan bagi menghubungkan ayat yang

bermaksud waktu pekerjaan itu bersilih.

Nelayan tua itu membaca doa sebelumturun ke laut.

Petani-petani itu menggemburkan

tanah batasnya sebelum menaburbenih sayur.

Anak kesayangan Encik Ismail itumenggosok gigi sebelum masuk tidur.

Page 16: Ayat Majmuk pancangan

SELAGI / SELAMA

Digunakan bagi menghubungkan ayat yang

bermaksud untuk menyatakan suatu jangka waktu.

Dia berhasrat untuk menginap terus dihotel itu selagi dia mempunyai wang.

Kehidupannya tidak akan bahagia

selagi dia belum insaf akan kesalahanyang dilakukanya.

Wanita itu tidak mahu tidur selamasuaminya belum pulang.

Page 17: Ayat Majmuk pancangan

Digunakan untuk gabungkan ayat kecil dengansatu ayat induk.

~ Menggunakan kata hubungan bahawa dan untukKomplemen bermakna pelengkap.

~ Klausa komplemen adalah klausa yang dipancangkan kedalam klausa utama bagi melengkapkan klausa tersebut

Ayat Pancangan Komplemen

Contoh ayat : Dia memberitahu sesuatu.

Giginya sakit

Ayat induk

Klausa kecil

Dia memberitahu bahawa giginya sakit.

Page 18: Ayat Majmuk pancangan

BAHAWA

Ayat Induk Klausa Komplemen

Dia memberitahu membeli baju baru

Dia memberitahu bahawa dia membeli baju baharu.

Dia memberitahu akan bertolak ke Kuala Lumpur esok.

Dia memberitahu bahawa dia akan bertolak ke Kuala Lumpur esok

Dia menerangkan murid itu sakit.

Dia menerangkan bahawa murid itu sakit.

Projek mega itu gagal ( perkara ) adalah tidak tepat.

Bahawa projek mega itu gagal adalah tidak tepat.

Page 19: Ayat Majmuk pancangan

UNTUK

Ayat Induk Klausa Komplemen

Ali melakukannya (perkara ) sangat sukar.

Untuk Ali melakukannya sangat sukar.

Perkara itu amat senang. Dia lulus ujian.

Untuk dia lulus ujian itu amatlah senang.

Mengatakan dia mencuribarang

(perkara ) itu adalah mustahil

Untuk mengatakan dia mencuri barang itu adalahmustahil

Page 20: Ayat Majmuk pancangan
Page 21: Ayat Majmuk pancangan

Isikan tempat kosong dengan Kata Penghubungyang sesuai.

sebelum ketika walaupun

kerana selagi selagi

jika setelah tatkala

1.Dia tetap pergi ke sekolah _________ sakit perut.

2.________ awak tidak keberatan, datanglah kerumah saya esok.

3.Pipi kirinya bercalar _________ dicakar olehkucing liar.

walaupun

Jika

kerana

Page 22: Ayat Majmuk pancangan

1. Sudin belajar dengan rajin.Dia gagal di dalam peperiksaan.

2. Adik masuk tidur.Adik akan menggosok giginya dahulu.

3. Sarah lulus peperiksaan.Perkara itu tidak mustahil.

Walaupun Sudin belajar dengan rajin dia tetap gagal di dalam peperiksaan.

Sebelum masuk tidur, adik menggosok giginya dahulu.

Untuk Sarah lulus peperiksaan itu tidaklah mustahil.

Page 23: Ayat Majmuk pancangan

4. Ibu menasihatkan saya.Baju kurung itu terlalu mahal.

5. Aliah menulis laporan itu.Perkara itu bukan mudah.

Ibu menasihatkan saya bahawa baju kurung itu terlalu mahal.

Untuk Aliah menulis laporan itu bukanlah mudah.

Page 24: Ayat Majmuk pancangan

Aktiviti Berpasangan

Bina 5 potong ayat pancangan komplemen berdasarkangambar berikut ini.

Page 25: Ayat Majmuk pancangan

Lengkapkan latihan di Buku Aktiviti Hal 8& Lembaran Kerja


Recommended