BAB 1
PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan
Pendidikan mempunyai impak yang besar ke atas pelbagai peluang kehidupan
manusia untuk memperolehi dan mengekalkan kualiti kehidupan. Pendidikan berperanan
sebagai pembentuk bangsa dengan mengeluarkan tenaga manusia mahir, melahirkan
insan harmonis, warga negara yang cekap, berketrampilan, beretika, berilmu dan
beriman, berkebolehan, berfikiran terbuka, kreatif dan inovatif, bijak mencari dan
menggunakan maklumat yang diperoleh, serta memiliki ciri-ciri seorang keusahawanan
(Norasmah,1998).
Di Malaysia, perkembangan dan kemajuan dalam sistem pendidikan menjadi
tunjang utama untuk membangunkan negara. Sistem pendidikan akan berubah sejajar
dengan perubahan aspek ekonomi, budaya dan politik. Hakikat ini dijelaskan oleh Najib
(2004) yang mengatakan bahawa sistem pendidikan di Malaysia adalah pada tahap
pembangunan yang berubah mengikut keperluan semasa. Sebagai contoh, dalam era
globalisasi sekarang, peranan guru menjadi semakin kompleks dan mencabar. Golongan
guru hendaklah memastikan martabat keguruan sentiasa dipertingkatkan dari masa ke
semasa ke tahap yang lebih tinggi dan dihormati seterusnya dapat merealisasikan misi
2
nasional kerajaan. Ini selaras dengan pernyataan Y.B. Dato’ Sri Hishamuddin bin Tun
Hussein dalam Perutusan Hari Guru 2006 yang menyatakan bahawa sebagai golongan
yang berada di barisan paling hadapan dalam menjayakan wawasan negara, peranan
guru amat penting untuk memastikan nilai nasional dapat disempurnakan.
Dalam hal ini, segala dasar dan perubahan yang diperkenalkan kerajaan
menuntut seluruh kaum pendidik memahami, menghayati dan melaksanakanya dengan
sebaik mungkin. Ini bermakna di bahu kaum pendidik dipertanggunjawabkan tugas berat
bagi merelisasikan segala perubahan yang dibawa oleh negara.
Dalam usaha untuk meningkatkan keupayaan guru dalam mengharungi
perubahan ini, peranan institusi pendidikan dalam melahirkan guru adalah sangat
penting. Institusi pendidikan hendaklah bergerak seiring dengan perubahan-perubahan
yang diperlukan oleh masyarakat dinamik abad ke-21 iaitu bagi tujuan mencapai aspirasi
negara untuk mendapat taraf negara maju bertonggakkan kepada Falsafah Pendidikan
Negara dan Wawasan 2020. Pada asasnya, institusi pendidikan sepatutnya berjaya
melahirkan guru yang bersedia dan mempunyai kemahiran dalam proses pengajaran dan
pembelajaran. Walau bagaimanapun, hal ini dilihat tidak berlaku apabila sejak
kebelakangan ini, profesion keguruan ditimpa pelbagai masalah dan perkara yang
negatif. (Abdul Rahim, 2006)
Sejak akhir-akhir ini, media massa sering memaparkan salah laku pelajar sama
ada di dalam atau di luar sekolah. Antara kegiatan yang berunsur ganas yang kerap
berlaku di sekolah adalah seperti mencuri, bergaduh, peras ugut, malah percubaan
merogol (Sharifah Raudzah , 2007). Dalam kajiannnya, beliau turut menyatakan bahawa
dalam beberapa keadaan, guru-guru sendiri dianggap menjadi penyebab kepada
kelakuan tidak baik pelajar. Ramai guru yang mengambil bidang perguruan sebagai
pilihan terakhir dan mereka tidak mempunyai minat tulen hendak mengajar. Terdapat
juga beberapa orang guru yang tidak cekap dan menunjukkan sikap tidak acuh.
Sumbangan mereka kepada pembentukan dan pengawalan tatatertib yang baik di
kalangan murid-murid boleh dikatakan tidak ada sama sekali. Oleh itu, sewajarnya
3
institusi pendidikan melengkapkan bakal guru dengan kemahiran, pengetahuan,
pendedahan dan pengalaman bagi menghadapi cabaran murid yang mempunyai minda
yang kreatif pada masa sekarang.
Selain mempunyai masalah dalam pengajaran dan pembelajaran, guru juga turut
mempunyai masalah dalam membina imej yang positif bersesuaian dengan profesion
perguruan itu sendiri. Profesion perguruan memerlukan individu yang efisien dan
berketerampilan dalam menghadapi era pendidikan yang global serta cabaran yang besar
(M. Noor Ariffin:2008). Seseorang yang menceburkan diri dalam profesion perguruan,
hendaklah bertanggungjawab dan menjaga nama baik profesion dengan mengamalkan
profesionalisme keguruan semasa menjalankan tugasnya. Bagi memastikan bakal guru
atau guru yang masih dalam perkhidmatan memberi khidmat yang cemerlang dan
berkualiti, mereka haruslah mematuhi dan mengamalkan etika-etika yang telah
digariskan oleh Kementerian Pendidikan.
1.2 Latar Belakang Masalah
Guru boleh diibaratkan sebagai lilin yang menyinarkan hidup pelajar. Mengikut
Iman Al-Ghazali guru ditakrifkan sebagai seseorang yang menyampaikan sesuatu yang
baik, positif, kreatif atau membina kepada seseorang yang berkemampuan tanpa mengira
peringkat umur walau terpaksa melalui dengan pelbagai cara dan kaedah sekali pun
tanpa mengharapkan sebarang ganjaran (Hamid Fahmy, 1990).
Sebenarnya, tanggungjawab seorang guru bukanlah sesuatu yang mudah dan
boleh dilakukan oleh semua orang. Guru sebagai profesional dan konsep pengajaran itu
sendiri telah mengukuhkan pandangan bahawa tugas guru adalah mengajar di dalam
bilik darjah atau membantu tercapainya pembelajaran (Abdul Rahman dan Zakaria,
1998). Peranan guru lebih penting sebagai pemudah cara dalam proses pembelajaran.
Sebagai pemudah cara, guru perlu lebih sedia dan peka mewujudkan dan menggunakan
4
situasi-situasi pembelajaran secara cekap dan berkesan. Murid perlu digerak supaya
berfikir secara kreatif dan kritikal. Malahan murid dijangka dapat menyoal guru serta
membantu guru membuka luas pintu pembelajarannya. Menurut Zainun (1994) peranan
guru sebagai profesional adalah semakin mencabar dan untuk menjadi seorang guru
yang unggul, mereka perlu memiliki kebolehan akademik dan profesional secukupnya
untuk melaksanakan tugas mereka dengan berkesan.
Dalam usaha untuk menjadi guru yang berkesan, mereka harus
bertanggungjawab terhadap diri dan kerjaya. Untuk itu, warga guru perlu bijak
berkomunikasi, mempunyai sahsiah dan akhlak yang boleh diteladani oleh para pelajar
serta sentiasa bersikap profesional terhadap kerjayanya. Guru-guru juga perlu mengawal
keadaan fizikal dan emosi supaya proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) menjadi
tidak bercelaru.
Seiring dengan arus globalisasi, pada hari ini kita semua tidak dapat menafikan
bahawa telah berlaku perubahan dalam pendidikan. Tanggungjawab dan peranan guru
bertambah dan menjadi lebih mencabar berbanding era sebelumnya. Ini perlu kerana
profesion perguruan sentiasa berkembang, justeru guru perlu bertugas mengikut
keperluan dan perkembangan semasa.
Walau bagaimanapun, sejak kebelakangan ini, profesion perguruan ditimpa
pelbagai masalah dan perkara yang negatif. Media massa sering mengeluarkan
kenyataan-kenyataan yang mengkritik profesion perguruan. Tidak kiralah mengenai
sistem pengurusannya ataupun mengenai guru itu sendiri. Prestij profesion perguruan
amat rendah dan kurang mendapat sambutan di mata masyarakat pada hari ini. Ini
membayangkan betapa masyarakat kurang memberi penghormatan sewajarnya terhadap
sumbangan guru dalam masyarakat pada hari ini. Hal ini berlaku kerana pada hari ini
terlalu banyak profesion lain yang telah membayangi peranan seorang guru. (Abdul
Rahim Bin Hamdan, 2006)
5
Kerjaya guru tidak lagi menjadi pilihan utama atau status yang tinggi. Cuma
sebilangan kecil sahaja yang benar-benar berminat dalam bidang pendidikan. Tambahan
pula, dalam situasi hari ini, sesetengah masyarakat masih lagi menganggap profesion
perguruan bukanlah suatu pekerjaan yang profesional. Ini kerana ramai di kalangan
individu yang terbabit memikirkan bahawa profesion keguruan ini tidak ‘seglamour’
pentadbir, eksekutif firma-firma, akauntan, doktor perubatan ataupun peguam (Dewan
Masyarakat, Januari 2004).
Selain itu, masyarakat luar menganggap pekerjaan tersebut merupakan pekerjaan
biasa yang boleh dilakukan oleh sesiapa sahaja. Mereka masih terpengaruh dengan
keadaan lampau di mana seseorang yang telah tamat Darjah Enam boleh menjadi guru.
Wujudnya guru pengganti semasa seorang guru cuti bersalin juga adalah satu sebab yang
mendorong mereka mengatakan bahawa pekerjaan guru bukanlah satu pekerjaan yang
profesional.
Menurut kajian Kidder (1990), telah berlaku kemerosotan persepsi masyarakat
terhadap guru sepuluh tahun kebelakangan ini adalah berpunca dari pengamalan etika
dalam pendidikan guru yang semakin luntur dan telah berlaku fenomena yang negatif
terhadap tanggapan tentang dunia perguruan di mana profesion perguruan dianggap
remeh akibat segelintir guru-guru yang tidak menjalankan tugas dengan baik.
Berita tempatan telah melaporkan terdapat pelajar yang telah membakar makmal,
menumbuk guru dan cuba untuk membunuh mereka. Oleh itu, Etika Profesion
Perguruan (EPP) telah digubal dalam tahun 1970-an. Etika ini menggariskan satu set
tingkah laku atau tanggung jawab guru terhadap masyarakat dan negara, terhadap
pelajar, terhadap rakan sejawat dan terhadap ibu bapa wajar dipatuhi oleh setiap guru
memastikan martabat pendidikan terus terpelihara dan tidak terpinggir dalam perubahan
arus zaman.
Peranan guru bukan lagi setakat mengajar subjek yang telah ditetapkan oleh
pihak sekolah, tetapi bertindak mendidik minda dan membina sahsiah pelajar seiring
6
dengan FPN yang telah ditetapkan. Kita patut sedar bahawa masa depan pelajar, bangsa
dan sekaligus negara adalah berkait rapat dengan corak didikan guru pada hari ini.
Kesan globalisasi dan perkembangan ICT menuntut semua warga guru berusaha gigih
bagi menghasilkan anak didik yang benar-benar berilmu, berakhlak mulia, mempunyai
jati diri, dan mampu bersaing pada peringkat nasional mahupun global. Kerana itu, guru
sebagai agen pengubah minda sangat dituntut agar menguasai pelbagai kemahiran dan
pengalaman demi mencapai wawasan negara.
Memandangkan profesion perguruan sentiasa berubah fungsi dan peranan seiring
dengan perkembangan dunia masa kini, EPP amat diperlukan kerana ia merupakan garis
panduan yang bertujuan meningkatkan tahap kualiti, produktiviti dan disiplin dalam
perkhidmatan dengan memberi penekanan terhadap semua aspek yang berkaitan dengan
peraturan dan peradaban, peranan nilai, serta tingkah laku. Maka, pengamalan EPP di
kalangan guru- guru adalah penting demi menjamin martabat profesion perguruan
sentiasa dipandang mulia di mata masyarakat (Zainuddin,2003).
1.3 Pernyataan Masalah
Dalam era globalisasi sekarang, peranan guru menjadi semakin kompleks dan
mencabar. Perkembangan yang berlaku ini telah mendedahkan golongan pendidik di
negara ini dengan pelbagai tekanan.memandangkan profesion perguruan adalah salah
satu profesion yang mencabar dan amat mendesak, guru diharap mengetahui serba serbi
tingkah laku manusia dan memainkan pelbagai peranan untuk menjadikan dirinya
seorang pendidik yang berkesan. Hanya warga profesion perguruan sahaja yang
berkemampuan memberi perkhidmatan pendidikan terbaik kepada masyarakat
Pendidikan yang baik memberi kesan yang besar terhadap perkembangan personaliti,
mental dan fizikal setiap insan (Noran Fauziah dan Ahmad Mahdzan, 1993).
7
Selain terlibat dalam proses pengajaran dan pembelajaran, guru seharusnya
mempunyai sahsiah yang baik. Guru adalah model yang baik kepada pelajar. Dalam hal
ini Mohd Kamal (1989) menjelaskan contoh teladan para pendidik inilah yang banyak
membantu pembentukan akhlak pelajar. Walau bagaimanapun, hari ini kita masih lagi
mendengar berita- berita yang tidak menyenangkan baik dari segi tindakan atau
hukuman terhadap pelajar yang melampau mahupun salah laku guru sendiri yang
mencalar kewibawaan profesion perguruan ini. Perkara ini tidak seharusnya berlaku
kerana guru bukan sahaja menjadi pendidik dan pengasas kepada pengetahuan pelajar-
pelajar tetapi juga menjadi pemimpin, penasihat dan agen perubahan dalam masyarakat
(Fatimah, 2002)
Oleh yang demikian, kajian ini dijalankan untuk mengetahui tahap penguasaan
kemahiran tanggungjawab pengajaran dan pengetahuan amalan etika profesion
perguruan di kalangan pelajar semester akhir Fakulti Pendidikan di Universiti Teknologi
Malaysia.
1.4 Objektif Kajian
Beberapa objektif telah ditetapkan dalam kajian ini iaitu :
i) Mengenal pasti tahap penguasaan kemahiran tanggungjawab pengajaran
pelajar semester akhir Fakulti Pendidikan di Universiti Teknologi Malaysia.
ii) Mengenal pasti tahap kebolehan amalan etika profesionalisme keguruan
pelajar semester akhir Fakulti Pendidikan di Universiti Teknologi Malaysia.
iii) Melihat perbezaan penguasaan kemahiran tanggungjawab pengajaran
berdasarkan kursus dan jantina.
iv) Melihat perbezaan pengetahuan amalan etika profesionalisme keguruan
berdasarkan kursus dan jantina.
8
v) Melihat hubungan antara penguasaan kemahiran tanggungjawab pengajaran
dan pengetahuan amalan etika profesionalisme keguruan di kalangan pelajar
semester akhir Fakulti Pendidikan di Universiti Teknologi Malaysia.
1.5 Persoalan Kajian
i) Apakah tahap penguasaan kemahiran tanggungjawab pengajaran oleh pelajar
semester akhir Fakulti Pendidikan di Universiti Teknologi Malaysia?
ii) Apakah tahap pengetahuan amalan etika profesionalisme keguruan oleh
pelajar semester akhir Fakulti Pendidikan di Universiti Teknologi Malaysia?
iii) Adakah terdapat perbezaan penguasaan kemahiran tanggungjawab
pengajaran berdasarkan kursus dan jantina?
iv) Adakah terdapat perbezaan pengetahuan amalan etika profesionalisme
keguruan berdasarkan kursus dan jantina?
v) Adakah terdapat hubungan antara penguasaan kemahiran tanggungjawab
pengajaran dan pengetahuan amalan etika profesionalisme keguruan di
kalangan pelajar semester akhir Fakulti Pendidikan di Universiti Teknologi
Malaysia?
KEMAHIRAN TANGGUNGJAWAB PENGAJARAN DAN ETIKAPROFESIONALISME KEGURUAN DALAM KALANGAN PELAJAR UTM
NORDIANA BT HASAN
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
Catatan : * Potong yang tidak berkenaan** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak
berkuasa / organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesisini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD
♦ Tesis ini dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secarapenyelidikan, atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan,atau laporan Projek Sarjana Muda ( PSM )
BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS ♦
JUDUL : KEMAHIRAN TANGGUNGJAWAB PENGAJARAN DANETIKA PROFESIONALISME KEGURUAN DALAM KALANGAN
PELAJAR UTM
SESI PENGAJIAN : 2009/2010
Saya NORDIANA BT HASAN______ _( HURUF BESAR )
mengaku membenarkan tesis ( PSM/ Sarjana/ Doktor Falsafah )* ini disimpan di PerpustakaanUniversiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut :
1. Tesis adalah hak milik Universiti Teknologi Malaysia2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan
pengajian sahaja.3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara institusi
pengajian tinggi.4. ** Sila tandakan ( √)
SULIT ( Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan ataukepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalamAKTA RAHSIA RASMI 1972 )
TERHAD ( Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukanoleh organisasi/ badan di mana penyelidikan dijalankan )
√TIDAK TERHAD
Disahkan oleh
____________________________ _____________________________( TANDATANGAN PENULIS ) ( TANDATANGAN PENYELIA )
Alamat Tetap :Lot 103, Lorong Pak Kassim, DR MOHD ANUAR B ABDUL RAHMANKg. Surau Hj Daud , Atas Tol NAMA PENYELIA21070, Kuala Terengganu, Terengganu.Tarikh : 23 APRIL 2010 Tarikh : 23 APRIL 2010
“ Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan
saya karya ini adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan
penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Teknologi dan Pendidikan
( Kemahiran Hidup)“
Tandatangan : …………………………………..
Nama Penyelia : DR MOHD ANUAR B ABDUL RAHMAN
Tarikh : APRIL 2010
ii
“Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang tiap-tiap
satunya telah saya jelaskan sumbernya.”
Tandatangan : ...............................................
Nama Penulis : Nordiana bt Hasan
Tarikh : 23 April 2010
iii
DEDIKASI
Untuk Ayahanda dan bonda
Hasan b Bakar dan Wan Marizan bt W.yusof
yang dikasihi dan disayangi , terima kasih kerana tidak jemu mendidik, melayan
serta
mendoakan kejayaan anak-anaknya di dunia dan akhirat. Moga ayah dan ibu akan terus
tabah dan berbahagia di dunia dan akhirat
Buat pensyarah yang Disanjungi,
Dr. Mohd Anuar b Abdul Rahman
Akanku manfaatkan segala ilmu yang dicurahkan. Semoga Allah merahmati
perjuangan murni dalam mendidik anak bangsa. Terima kasih untuk segalanya
Buat Teman Seperjuangan yang Dikasihi,
Nurul Hidayah Adnan, Noor Idahwati Mohd Noor dan Siti Ruhaidah Sharuin
Kenangan bersama tak mungkin hilang ditelan usia, suka duka telah diharungi bersama.
Semoga Allah memberkati usaha kita semua.
Buat adik-beradikku jua….
Semoga kalian sekeluarga berbahagia dan berjaya mencapai cita-cita serta
matlamat kehidupan masing-masing
Semoga Allah sentiasa melindungi dan merahmati kita sekeluarga
serta umat Islam sekalian.
Amin.
iv
PENGHARGAAN
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang
Salam sejahtera saya ucapkan sebagai pembuka laluan bagi coretan penghargaan
ini. Saya ingin merakamkan setinggi-tinggi ucapan penghargaan kepada penyelia Projek
Sarjana Muda, Dr Mohd Anuar B Abdul Rahman atas bimbingan dan dorongan yang
telah diberikan sepanjang tempoh penyelidikan Projek Sarjana Muda ini. Beliau telah
banyak memberi tunjuk ajar tanpa rasa jemu dalam proses menyempurnakan Projek
Sarjana Muda (PSM) ini.
Tidak ketinggalan juga kepada semua pensyarah yang telah mencurahkan ilmu
dan bakti sepanjang pembelajaran saya di sini. Akhir sekali, saya ingin mengucapkan
terima kasih kepada semua pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung
dalam membantu saya menjayakan projek penyelidikan ini.
Kemaafan juga saya pinta sekiranya terdapat sebarang kesilapan dan kekurangan
dalam projek penyelidikan ini. Akhir kata, saya berharap projek ini dapat memberi
manfaat kepada kita semua. Sekian.
v
ABSTRAK
Kajian deskriptif berbentuk tinjauan ini adalah bertujuan untuk mengenal pasti
tahap penguasaan kemahiran tanggungjawab pengajaran dan tahap kebolehan amalan
profesionalisme dalam kalangan pelajar semester akhir Fakulti Pendidikan UTM dan
hubungan kedua-dua pembolehubah tersebut. Kajian ini juga bertujuan untuk mengenal
pasti sama ada terdapat perbezaan dari segi penguasaan kemahiran tanggungjawab
pengajaran dan kebolehan amalan profesionalisme berdasarkan jantina dan kursus.
Responden kajian terdiri daripada 190 orang pelajar semester akhir dalam lapan kursus
di Fakulti Pendidikan, UTM. Instrumen kajian yang digunakan adalah soal selidik yang
mengandungi 64 item soalan berdasarkan empat domain tanggungjawab pengajaran
Danielson (1996), dan aspek amalan profesionalisme keguruan yang diubahsuai
daripada kajian Zainuddin Masrom (2003). Hasil kajian rintis menunjukkan nilai
kebolehpercayaan alpha cronbach iaitu 0.924 dan 0.963. Data-data yang diperolehi
diproses dengan menggunakan perisian SPSS (Statistical Package for the Social
Sciences). Dapatan kajian menunjukkan keupayaan pelajar-pelajar dalam kemahiran
tanggungjawab pengajaran adalah pada tahap tinggi / baik. Selain itu, tahap kebolehan
amalan profesionalisme keguruan di kalangan pelajar semester akhir Fakulti Pendidikan
UTM juga adalah pada tahap tinggi. Analisis ujian-t menunjukkan tidak terdapat
perbezaaan yang signifikan pada aras penguasaan kemahiran tanggungjawab pengajaran
di antara jantina da kursus. Selain itu, dapatan yang sama juga diperoleh bagi aspek
kebolehan amalan profesionalisme keguruan iaitu tidak terdapat perbezaaan yang
signifikan pada aras kebolehan amalan profesionalisme keguruan berdasarkan jantina
dan kursus. Walau bagaimanapun terdapat hubungan yang signifikan antara kemahiran
tanggungjawab pengajaran dan amalan profesionalisme keguruan di kalangan pelajar
semester akhir Fakulti Pendidikan UTM .Berdasarkan kepada dapatan kajian ini,
beberapa cadangan telah dikemukakan sebagai tindakan susulan.
vi
ABSTRACT
The purpose of this descriptive research is to identify the level of professional
practice mastery and the ability of professional teaching ethics among the final semester,
Faculty of Education students and the relationship between these two variables. Besides,
another purpose of this research is to identify the differentiate of professional practice
mastery and the ability of professional teaching ethics between genders and courses. The
respondents were 190 final semester students who are currently enrolled in eight
education programme in Faculty of Education UTM. Instrument that is used in this
research is a questionnaire which contains 64 items according to proffessional practice
by Danielson (1996) and Zainuddin Masrom (2003). The result of pilot survey that was
done to identify the reliability of the questionnaire showed the value of cronbach alpha
is 0.924 and 0.963. The data obtained which were analyzed using the Statistical Package
of the Social Sciences (SPSS) software. The findings of the research show that the level
of Professional Practice Mastery among the last semester of Faculty of Education
students is high. The t-test finding showed that there is no significant difference between
gender and courses for the Professional Practice Mastery and Professional Teaching
Ethics. However, there are a significant relationship between Professional Practice
Mastery and Professional Teaching Ethics. Based on the analysis, some suggestions
were put forward to improve the practices of Professional Practice Mastery and
Professional Teaching Ethics among students.
vii
ISI KANDUNGAN
BAB PERKARA MUKA
SURAT
PENGESAHAN
JUDUL
PENGAKUAN
DEDIKASI
PENGHARGAAN
ABSTRAK
ABSTRACT
KANDUNGAN
SENARAI JADUAL
SENARAI RAJAH
ii
iii
iv
v
vi
vii
xi
xiii
viii
ISI KANDUNGAN
BAB TAJUK HALAMAN
1 PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan
1.2 Latar Belakang Masalah
1.3 Pernyataan Masalah
1.4 Objektif Kajian
1.5 Persoalan Kajian
1.6 Hipotesis
1.6.1 Hipotesis Nol 1
1.6.2 Hipotesis Nol 2
1.6.3 Hipotesis Nol 3
1.6.4 Hipotesis Nol 4
1.6.5 Hipotesis Nol 5
1.7 Rasional Kajian
1.8 Kepentingan Kajian
1.9 Skop dan Batasan Kajian
1.10 Kerangka Kajian
1.11 Definisi Kajian
1.11.1 Penguasaan
1.11.2 Kemahiran Tanggungjawab Pengajaran
1.11.3 Amalan
1.11.4 Etika
1.11.5 Profesionalisme Keguruan
1
3
6
7
8
8
8
9
9
9
9
9
9
10
11
12
12
13
13
14
14
ix
2
3
1.12 Penutup
SOROTAN KAJIAN
2.1 Pengenalan
2.2 Kemahiran Tanggungjawab Pengajaran
2.2.1 Konsep Pengajaran
2.2.2 Model Pengajaran Berkesan
2.2.2.1 Model pengajaran Glaser
2.2.2.2 Model pengajaran Sim
2.2.3 Ciri-Ciri Pengajaran Berkesan
2.2.4 Kemahiran Tanggungjawab Pengajaran
2.3 Etika Profesion Perguruan
2.3.1 Falsafah Pendidikan Kebangsaan
2.3.2 Etika Profesion Perguruan
2.4 Dapatan Kajian Lepas
2.5 Penutup
METODOLOGI KAJIAN
3.1 Pendahuluan
3.2 Reka Bentuk Kajian
3.3 Populasi dan Sampel Kajian
3.4 Instrumen Kajian
3.5 Kajian Rintis
3.6 Proses Kajian
3.7 Penganalisisan Data Kajian
3.8 Penutup
14
16
17
17
18
18
19
20
24
28
28
30
33
35
36
37
37
38
40
42
43
47
x
4
5
ANALISIS DATA
4.1 Pengenalan
4.2 Analisis Dapatan Kajian Bahagian A
4.3 Analisis Data Berdasarkan Persoalan Kajian dan
Hipotesis Kajian
4.4 Penutup
PERBINCANGAN, RUMUSAN DAN CADANGAN
5.1 Pengenalan
5.2 Rumusan
5.3 Perbincangan dan kesimpulan
5.3.1 Kemahiran Tanggungjawab Pengajaran
5.3.2 Kebolehan Amalan Profesionalisme
5.3.3 Hubungan Antara Kemahiran Tanggungjawab
Pengajaran Dengan Kebolehan Amalan
Profesionalisme
5.4 Cadangan Kajian
5.5 Cadangan Kajian Lanjutan
5.6 Penutup
BIBLIOGRAFI
LAMPIRAN
48
48
51
71
72
72
74
74
78
51
81
82
83
84-90
91-98
xii
SENARAI JADUAL
NO. JADUAL TAJUK HALAMAN
2.1 Perbandingan Model Dan Strategi Pengajaran-Pembelajaran 21
2.2 Preferen Pelajar Keseluruhan terhadap Teknik Pengajaran 24
2.3 Domain tanggungjawab pengajaran 29
3.1 Taburan item-item soal selidik Bahagian B 39
3.2 Taburan item-item soal selidik Bahagian C 40
3.3 Kod item, Bilangan item, Pekali kebolehpercayaan Alpha 41
bagi setiap aspek
3.4 Jenis ujian yang digunakan
3.5 Pengkelasan Tahap Penguasaan Dan Pemahaman Pelajar 44
Berdasarkan Skor Min
3.6 Penentuan Hipotesis Nol Berdasarkan Nilai Signifikan 45
3.7 Interprestasi nilai pekali korelasi 46
3.8 Hipotesis yang diuji 46
4.1 Taburan Responden Berdasarkan Jantina 49
4.2 Taburan Responden Berdasarkan Bangsa 49
4.3 Taburan Responden Berdasarkan Agama 50
4.4 Taburan Responden Berdasarkan Kursus 50
4.5 Taburan Min Mengikut Domain Kemahiran Tanggungjawab 51
Pengajaran 52
4.6 Dapatan Kajian Dalam Aspek Perancangan dan Persediaan 39
4.7 Dapatan Kajian Dalam Aspek Pengurusan Bilik Darjah 54
4.8 Dapatan Kajian Dalam Aspek Pengurusan Pengajaran 55
4.9 Dapatan Kajian Dalam Aspek Tanggungjawab Profesional 58
xiii
4.10 Taburan Min Mengikut Domain Kemahiran TanggungjawabPengajaran 60
4.11 Dapatan Kajian Dalam Aspek Tanggungjawab Terhadap Pelajar61
4.12 Dapatan Kajian Dalam Aspek Tanggungjawab Terhadap Rakan
Sejawat Dan Profesion 63
4.13 Dapatan Kajian Dalam Aspek Tanggungjawab Terhadap
Masyarakat Dan Negara 65
4.14 Dapatan Kajian Dalam Aspek Tanggungjawab Terhadap
Ibu Bapa 67
4.15 Penguasaan Kemahiran Tanggungjawab Pengajaran
Berdasarkan Kursus 69
4.16 Analisis Ujian-T Terhadap Penguasaan Kemahiran
Tanggungjawab Pengajaran Berdasarkan Jantina 70
4.17 Kebolehan Amalan Profesionalisme Berdasarkan Kursus 70
4.18 Analisis Ujian-T Terhadap Kebolehan Amalan ProfesionalismeBerdasarkan Jantina 71
4.19 Nilai Kolerasi Hubungan Penguasaan Kemahiran TanggungjawabPengajaran Dengan Kebolehan Amalan Profesionalisme 71
xiii
SENARAI RAJAH
NO RAJAH
1.1
3.1
TAJUK
Kerangka Konsep
Proses Kajian
MUKA
SURAT
12
42