1
CONTOH SOALAN CARTA ALIRAN BIASA (1)
Berdasarkan carta aliran di bawah, huraikan punca-punca yang menyebabkan gangguan
sistem imunisasi badan kepada manusia.
Punca-punca yang Menyebabkan Gangguan
Sistem Imunisasi Badan kepada Manusia
FAKTOR LUARAN FAKTOR DALAMAN
Kekurangan zat makanan Tekanan dan stres
Pertanian cara moden
Memetik buah-buahan
sebelum masak
Kekurangan zat besi dan
vitamin
Badan mengeluarkan bahan
kimia
GANGGUAN
SISTEM
IMUNISASI
BADAN
Pencemaran makanan Tabiat pemakanan yang buruk
Pestisid
Hormon dan antibiotik
pertumbuhan
Bahan pengawet
Perisa dan pewarna tiruan
Kandungan gula yang tinggi
Kandungan kolesterol yang
tinggi
(Sumber: Dipetik dan diubahsuaikan daripada
Buletin Pengguna, 2005)
2
CONTOH JAWAPAN:
Carta aliran menunjukkan punca-punca yang menyebabkan gangguan sistem imunisasi
badan kepada manusia. Terdapat dua punca utama yang menyebabkan gangguan sistem
imunisasi badan kepada manusia iaitu faktor luaran dan faktor dalaman. Faktor luaran terdiri
daripada kekurangan zat makanan dan pencemaran makanan manakala faktor dalaman pula
terdiri daripada tekanan dan tabiat pemakanan yang buruk.
Faktor luaran yang menyebabkan gangguan sistem imunisasi badan kepada
manusia ialah kekurangan zat makanan. Hal ini berlaku kerana pertanian cara moden
yang menggunakan jentera canggih serta kimia yang mampu menghasilkan produk dalam
kuantiti yang banyak dalam kawasan pertanian yang terhad. Dalam kawasan pertanian yang
terhad, tumbuhan akan bersaing untuk menyerap nutrien dan mineral galian tanah sehingga
kesuburan tanah mengalami ketandusan. Menurut kajian, bumi kehilangan 90% daripada
galiannya akibat dari cara pertanian moden. Maka hasil pertanian moden telah mengalami
masalah kekurangan zat sehingga boleh mengganggu sistem imunisasi badan manusia.
Kadeah memetik buah-buahan sebelum masak agar dapat memenuhi pasaran turut
mengurangkan zat makanan kerana enzim-enzim dan nutrien buah tersebut belum
berkembang sepenuhnya. Diet yang kekurangan zat besi dan vitamin mudah mengundang
anaemia dan melemahkan sistem imunisasi badan manusia.
Pencemaran makanan merupakan faktor luaran yang menyebabkan gangguan
kepada sistem imunisasi badan manusia. Penggunaan pestisid pertanian seperti DDT
dalam pertanian boleh mengurangkan kandungan sel darah putih dalam tubuh badan
manusia sekiranya manusia makan makanan yang dicemarinya. Pertumbuhan buah-buahan
dan haiwan ternakan yang disuntik dengan hormon dan antibiotik seperti ethylene boleh
membawa kepada penyimpanan sisa hormon dan anti ubat-ubatan dalam badan manusia yang
boleh melemahkan sistem imunisasi badan manusia. Kajian menunjukkan nisbah sisa
pencemaran makanan daging dengan makanan sayuran adalah sebanyak 15 : 1. Penggunaan
perisa makanan seperti monosodium glutamate (MSG) dan pewarna tiruan boleh
menjejaskan sistem imunisasi badan dalam melawan sel kanser. Hal ini kerana makanan yang
mengandungi bahan pewarna tiruan, perasa dan pengawet bukan sahaja tidak berkhasiat
malah merosakkan kesihatan manusia.
Sistem imunisasi manusia juga akan dipengaruhi oleh faktor dalaman seperti
tekanan atau stes. Beban kerja yang berlebihan akan merangsang badan manusia
mengeluarkan bahan kimia yang dikenali adrenalin. Penghasilan adrenalin akan
menyebabkan kuantiti sel darah putih dalam badan berkurangan dan tidak mampu
menghapuskan bakteria. Seseorang yang sentiasa hidup dalam keadaan yang tertekan akan
menjadi semakin lemah sistem imunisasi badannya kerana sel darah putih adalah sel utama
yang menjaga kesihatan badan kita. Selain itu, tekanan juga menyebabkan sel otak seseorang
terganggu sehingga tidak dapat memberi tumpuan dan sentiasa kerisauan. Pemikiran yang
tertekan akan melemahkan sistem imunisasi secara tidak langsung. Kajian menunjukkan
tekanan telah meyumbang kepada pelbagai penyakit seperti penyakit jantung, kanser, tekanan
darah tinggi dan sindrom keletihan kerana gangguan rembesan hormon dalam sistem
imunisasi manusia.
3
Tambahan pula, faktor dalaman yang menyebabkan sistem imunisasi badan kepada
manusia ialah tabiat makanan yang buruk. Tabiat menggemari makanan yang
mengandungi gula yang tinggi seperti coklat, aiskrim dan minuman berkarbonat boleh
menjejaskan sistem imunisasi manusia. Menurut laporan Jurnal Pemakanan Klinikal
Amerika, kemampuan sel darah putih untuk membasmi penceroboh asing akan
berkurangan sebanyak 45% selepas 30 minit seseorang itu mengambil 4 oz gula dan
keadaan ini akan berlanjutan selama 6 jam. Tabiat menggemari makanan berkolesterol
tinggi seperti kentang goreng dan daging merah pula boleh melemahkan sistem imunisasi
manusia. Hal ini kerana plat lemak yang terkumpul dalam saluran darah akan menghalang
keupayaan sel darah putih menggerakkan serangan ke atas organisma pembawa
penyakit dan seterusnya melemahkan sistem imunisasi badan.
Kesimpulannya, kita harus mengamalkan pemakanan dan gaya hidup yang sihat untuk
menjaga sistem imunisasi badan kita supaya kesihatan kita terjamin.
Skema: 2 faktor luaran + 2 faktor dalaman
IU 4 M
H 8 M (4 × 2 M)
B 1 M
K 2 M
Jumlah 15 M
4
CONTOH SOALAN CARTA ALIRAN BIASA (2)
Berdasarkan carta aliran di bawah, bincangkan faktor-faktor yang menyebabkan pencemaran
alam sekitar berlaku.
Faktor-faktor Pencemaran Alam Sekitar
(Dipetik dan diubahsuaikan daripada
Jabatan Alam Sekitar, Sabah)
PENCEMARAN
BUNYI
PENCEMARAN
UDARA
PENCEMARAN
AIR
Pembakaran
terbuka
Pengeluaran
asap kenderaan
Pengeluaran
asap industri
Kilang
Kenderaan
Pembinaan
PENCEMARAN
ALAM SEKITAR
Pelupusan sampah Sisa kilang Sisa pertanian
Sisa kilang
Sisa pertanian
Tumpahan minyak
PENCEMARAN
TANAH
5
CONTOH JAWAPAN:
Carta aliran menunjukkan faktor-faktor yang menyebabkan pencemaran alam sekitar.
Antara faktor yang menyebabkan pencemaran alam sekitar ialah pencemaran bunyi.
Kilang-kilang perusahaan terutamanya yang berhampiran dengan rumah kediaman sering kali
mengeluarkan bunyi yang bising akibat daripada proses pembuatan yang menggunakan mesin
berat. Pencemaran bunyi juga berpunca daripada kenderaan-kenderaan di jalan raya. Bunyi
hon yang dihasilkan oleh kenderaan mengganggu pekerjaan orang ramai khususnya di sekitar
hospital. Projek pembinaan turut menyumbang kepada pencemaran bunyi terutamanya dalam
proses mengetuk asas bangunan oleh kenderaan loji besar.
Selain itu, pencemaran udara juga mengakibatkan pencemaran alam sekitar.
Pembakaran terbuka yang dilakukan oleh manusia yang tidak bertanggungjawab terutamanya
pembakaran bahan organik memang akan mencemarkan alam sekitar dengan serius.
Pengeluaran asap industri turut menghasilkan gas-gas bertoksik seperti nitrogen dioksida
yang akan menyebabkan hujan asid dan menjelaskan alam sekitar. Bilangan kenderaan yang
semakin bertambah di jalan raya merupakan salah satu punca utama pencemaran udara. Gas-
gas seperti karbon monoksida dan karbon dioksida yang dihasilkan akan mengancam alam
sekitar.
Tambaha pula, faktor lain yang menyebabkan pencemaran alam sekitar ialah
pencemaran air. Pengusaha kilang yang berhampiran dengan sungai sering membuang sisa
toksik ke dalam sungai. Sisa-sisa kilang biasanya tidak ditapis atau dirawat untuk
mengurangkan kos perbelanjaan. Sisa pertanian yang dibuang ke dalam sungai oleh petani-
petani turut menjejaskan tahap Biochemical Oxygen Demand (BOD) di sungai tersebut.
Misalnya, pembuangan sisa-sisa pertanian padi di Kedah telah mencemarkan Sungai Muda.
Tumpahan minyak yang berpunca dari perlanggaran kapal di tengah laut turut mencemarkan
air laut yang merupakan habitat hidupan akuatik. Proses perlombangan minyak dan gas asli di
dalam laut terutamanya di luar pantai Sabah dan Sarawak juga telah menjejaskan kualiti air
laut.
Akhir sekali, faktor pencemaran tanah turut menyebabkan pencemaran alam sekitar.
Bilangan sampah sarap domestik semakin hari semakin bertambah dan proses pelupusan
sampah yang tidak sistematik telah memberi kesan kepada penurunan kualiti tanah. Sisa-sisa
kilang yang ditanam dan dilupuskan di bawah tanah akan mencemarkan tanah tersebut dan ia
tidak lagi sesuai untuk kegunaan lain. Di samping itu, sisa-sisa pertanian yang tidak diurus
dengan baik akan merendahkan kadar pH tanah dan menjadikan tanah tersebut berasid dan
tidak sesuai lagi untuk tujuan pertanian. Penggunaan racun serangga seperti DDT bukan
sahaja mencemarkan tanah malah mencemarkan air apabila ia larut dalam air hujan dan
mengalir ke dalam sungai.
Kesimpulannya, manusia perlu saling bekerjasama mengurangkan pencemaran alam
sekitar kepada kadar minimum.
6
LATIHAN SOALAN CARTA ALIRAN BIASA
Berdasarkan carta yang diberi di bawah, huraikan faktor-faktor berkaitan secara langsung dan
tidak langsung yang menyebabkan penyakit jantung.
(Sumber: Dipetik dan diubahsuai daripada
“Antara Kolesterol Jahat dengan Kolesterol Baik”,
Dewan Kosmik, Ogos 2008)
Kematian
Pengambilan
alkohol
Lipoprotein
ketumpatan tinggi
(HDL)
Tekanan darah
tinggi Kencing
manis
Pemakanan
Lipoprotein
ketumpatan rendah
(HDL)
Kencing
manis
Diet
Kandungan
lemak tinggi
Pembesaran
jantung
Saluran darah
menyempit
PENYAKIT
JANTUNG
7
CONTOH JAWAPAN:
Carta aliran menunjukkan faktor-faktor berkaitan secara langsung dan tidak langsung
yang menyebabkan penyakit jantung.
Antara faktor langsung yan menyebabkan penyakit jantung ialah saluran darah
menyempit. Saluran darah yang sempit menyebabkan darah mengalir dengan lambat
berbanding dengan kadar normal. Hal ini menyebabkan pertukaran gas-gas karbon
dioksida dan oksigen dalam saluran darah menjadi lambat. Akhirnya, oksigen akan
lambat dihantar balik ke jantung dan saraf otak. Selain itu, salurah darah di sekitar jantung
yang menyempit keranan tersumbat oleh plat-plat kolesterol yang membeku di dinding
saluran darah juga tidak dapat mengepam darah pada kadar normal. Maka penyakit
trombasis akan berlaku.
Tambahan pula, faktor pembesaran jantung yang abnormal juga merupakan faktor
langsung penyebab penyakit jantung. Jantung yang mengalami pembesaran yang abnormal
tidak dapat mengepam darah secara konsisten. Kadar denyutan jantung yang normal ialah
60 – 80 kali per minit. Pesakit yang mempunyai saiz jantung yang abnormal akan
menyebabkan daya tahan kardiovaskular menjadi lebih lambat berbanding kadar yang
normal. Hal ini akan menyebabkan rangkaian arteri atau vena tidak dapat membawa
jumlah darah yang seimbang ke tubuh badan dan balik semula ke jantung, maka
seseorang itu akan mengalami pernafasan yang sukar, lambat dan lemah.
Faktor tidak langsung seperti pengambilan alkohol juga akan menyebabkan
penyakit jantung. Mereka yang mengambil alkohol secara berlebihan juga berisiko tinggi
menghidap penyakit jantung. Minuman arak seperti Martell, Chivaski dan Wiski yang
mempunyai 50% kandungan alkohol amat membahayakan kesihatan. Hal ini kerana
pengambilan alkohol yang banyak akan mengurangkan pengeluaran hormon ADH dari
bahagian haputalumus. Ketidakhadiran hormon ADH dalam buah pinggang menyebabkan
kekurangan penyerapan air semula ke dalam saluran darah. Oleh itu, darah akan menjadi
pekat dan mengakibatkan tekanan darah tinggi, tekanan darah tinggi akan membawa risiko
kepada penyakit jantung. Pengambilan alkohol juga akan meninggi lipoprotein ketumpatan
rendah (LDL) yang meningkatkan kandungan kolesterol dalam darah. LDL merupakan
kolesterol jahat yang menyebabkan pemendapan pada dinding arteri dan menghasilkan plat
yang boleh mengakibatkan aliran saluran darah tersumbat lalu menyebabkan serangan
penyakit jantung.
Di samping itu, diet yang tidak seimbang turut merupakan faktor tidak langsung
yang menyebabkan penyakit jantung. Diet yang mengandungi kandungan lemak yang
tinggi seperti ayam goreng, aiskrim dan makanan bersantan akan meningkatkan risiko
seseorang menghidap penyakit jantung. Manakala diet yang tinggi dengan serat seperti
sayur-sayuran dan buah-buahan pula akan meningkatkan tahap kesihatan seseorang individu
dan mengurangkan risiko penyakit jantung. Oleh itu, kita harus memilih gizi makanan yang
sihat dan seimbang dengan merujuk piramid makanan dan Recommended Dietary
Allowances (RDA) bagi mengurangkan risiko penyakit jantung.
Kesimpulannya, kita harus menjaga kesihatan kita dengan mengamalkan pemakanan serta
gaya hidup yang sihat agar kita dapat menjauhi penyakit jantung.
***Jika calon tidak menulis “faktor langsung” dan “faktor tidak lansung” – 8/15 markah.