Bahaya Penyakit Demam Denggi
Yang dihormati Tuan Pengerusi Majlis, yang berusaha Tuan Haji Ali
bin Sarbani, Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Kidurong, guru-guru
penolong kanan, barisan guru yang berdedikasi, dan para pelajar yang
dikasihi. Selamat pagi dan salam sejahtera.
Saya ialah Izami bin Sapuan, iaitu seorang pegawai kesihatan di
Hospital Columbia, Miri. Pada pagi yang indah dan permai ini, saya akan
menyampaikan ceramah yang bertajuk “Bahaya Pengakit Demam Denggi
dan Cara-cara Untuk Mencegahnya”.
Hadirin sekalian,
Demam denggi boleh ditakrifkan sebagai sejenis penyakit yang
disebabkan oleh jangkitan kuman daripada gigitan nyamuk aedes. Secara
empiriknya, penyakit ini boleh menyerang semua orang tanpa mengira
peringkat umur mahupun taraf hidup. Selain itu, pengakit demam denggi
juga boleh mengakibatkan kesakitan pada sendi pesakit. Lebih
menggerunkan lagi, penyakit ini mampu meragut nyawa pesakit yang
menghidapinya.
Implikasinya, agensi kerajaan seperti kementerian kesihatan perlu
memainkan peranan penting dalam usaha untuk menangani masalah ini.
Kempen-kempen kesedaran perlu diadakan agar masyarakat dapat membuka
mata tentang betapa pentingnya menjaga kebersihan kawasan persekitaran.
Antaranya ialah kempen “Hapuskan Nyamuk Aedes dan Demam Denggi”.
Melalui kempen seumpama ini, kita boleh mendidik generasi muda untuk
menjaga kebersihan dan memahami kesan serta impak daripada penyakit
demam denggi.
Para hadirin yang dihormati,
Di samping itu, kawasan kediaman juga perlu sentiasa dalam keadaan
yang bersih. Bekas-bekas yang boleh menakung air seperti tayar buruk dan
tin kosong harus dibuang atau ditanam. Hal ini untuk mengelakkan nyamuk
aedes daripada bertelur di atas permukaan air yang bersih. Pasu bunga, alas
pasu dan kolah mandi perlu ditukarkan airnya seminggu sekali. Peralatan ini
juga perlu dibasuh sehingga bersih. Selain itu, pastikan longkang-longkang
kecil tidak tersumbat untuk mengelakkan takungan air.
Kesimpulannya, amat penting untuk kita menjaga kebersihan dalam
kehidupan untuk mencegah penyakit demam denggi. Intihanya, semua pihak
perlu bekerjasam bagai aur dengan tebing untuk mengatasi masalah ini
daripada menjadi lebih serius kerana lebih baik mencegah daripada merawat.
Jangalah sudah terhantuk baru hendak terngadah.
Akhir kata, saya berharap agar selepas ini para guru dan pelajar tahu
akan kepentingan untuk menjaga kebersihan kawasan persekitaran dalam
usaha untuk mencegah demam denggi. Janganlah kita hanya banyak
bercakap kerana air beriak tanda tak dalam.
Sekian, terima kasih.
Isi-isi Penting
Bahaya Cara mencegah
Menyerang semua orang
tanpa mengira umur
Boleh membawa
mautTiada bekas yang boleh menakung
air
Kempen kesedaran
Kosa Kata
Permai – indah, cantik, elok (indah permai : sangat indah)
Ditakrifkan – takrif: huraian yang ringkas dan tepat, penjelasan
Empirik – berdasarkan (bergantung kpd) pemerhatian atau eksperiman;
bukan teori.
Intiha - akhir, penghabisan, penutup