BAHTERA ILMU DALAM MELAYARI
ZAMAN KEJATUHAN EKONOMI
VD ISLAMIC INTELLECTUAL PROGRAM :
RESEARCH DEPARTMENT
Oleh : Nur Syafiqah Mohd Afandi
+60139179581
8.50 P.M.
1 JULAI 2015
Artikel pertama untuk VD department ini saya hadiahkan untuk jiwa yang
ummatik bersempena dengan tarikh khatam hafazan alQuran saya pada
1/7/2013
Tahniah dan takziah Syafiqah atas tanggungjawab yang besar ini. Semoga
akhlakmu dihiasi dengan kecintaan terhadap AlQuran. Semoga bibirmu tidak
lekang membaca dan mengingati kalimah Allah, Semoga kelak matimu syahid,
semoga tulisan mu berkata-kata kepada ummah.
Sampaikan salam buat penghulu segala Nabi baginda SAW dan doakan diri ini
agar tetap teguh berdiri di jalan ini.
Al-Faqirah al-Abdah.
Allahumma Aamiin.
2 KONTRIBUSI
Semalam kita sudah menyaksikan kejatuhan kerajaan Greece yang sudah
diisytihar muflis dan bankrupsi.
Apa yang tidak kena dengan sistem yang sedia ada ? Pertama sekali, jika dilihat
secara keseluruhan sistem ekonomi dunia, anda perlu tahu siapa yang
mengeluarkan matawang bagi seluruh Negara. Tepat sekali, iaitu bank.
Jadi turun jatuhnya ekonomi juga berkaitan dengan sistem perbankan.
Memberi kesan yang cukup besar untuk mendesak sesebuah kerajaan untuk
berhutang dengan mana-mana pihak ketiga.
Kenapa ? Sejak kedatangan Islam ketika era Jahiliyyah di Mekah, wahyu
berkenaan urusniaga, telah diutus.
Surah al-Baqarah ayat 275 :
‘’Orang-orang yang memakan riba tidak dapat berdiri melainkan
seperti berdirinya orang yang kemasukan setan kerana gila. Yang
demikian itu karena mereka berkata bahwa jual beli sama
dengan riba. Padahal Allah telah menghalalkan jual beli dan
mengharamkan riba. Barang siapa mendapat peringatan dari
Tuhannya, lalu dia berhenti, maka apa yang telah diperolehnya
dahulu menjadi miliknya dan urusannya (terserah) kepada Allah.
Barang siapa mengulangi, maka mereka itu penghuni neraka,
mereka kekal di dalamnya. “
Rujukan terjemahan daripada AlQuran terbitan Pustaka Darul Iman Sdn. Bhd.
Sehinggakan disebut oleh Allah S.W.T dalam Surah Al-Baqarah ayat 279
bahawa jika tidak ditinggalkan juga sisa Riba setelah diberi peringatan, maka
3 BAHTERA ILMU DALAM MELAYARI ZAMAN KEJATUHAN EKONOMI
umumkanlah perang dari Allah dan Rasul-Nya.
Sangat benar bahawa bank konvensional itu mengamalkan Riba. Seperti yang
saya faham daripada sebuah video yang telah saya tonton di Youtube, bertajuk
‘The Biggest Scam in The History’. Saya dapati Ceilling Debt yang disebabkan
pengamalan Riba menyebabkan hutang tidak akan berjaya diselesaikan. Ini
kerana, setiap tempoh masa yang ditetapkan akan berlaku kenaikan bayaran
sementara itu peminjam tidak mampu menjelaskan hutang sekaligus. Krisis
seperti ini infiniti, tidak ada penghujung melainkan dengan pembatalan sistem
Riba.
Masalah seperti ini bukan melanda individu sahaja, tetapi juga institusi
kerajaan malah melibatkan kos yang jauh lebih besar dan menggerunkan.
Hutang Negara meningkat RM1K/saat (minggu lepas). Anda juga boleh melihat
betapa pantasnya meter hutang itu melonjak naik di laman web National Debt
Clock of Malaysia.
Sistem matawang juga satu bentuk penindasan yang menindas kepompong
masyarakat.
Jika di Malaysia seorang intern dalam bidang kejuruteraan menerima gaji
RM3K sebulan, di US juga USD3K, kira-kira siapa yang lebih mampu untuk
menyambung pengajian di luar Negara ?
Anda bayangkan untuk mendapat standard wage yang sama, intern yang
bekerja di Malaysia memerlukan 3 kali lipat usaha untuk mencapai standard itu.
Salah satu ciri real money adalah bersifat universal, iaitu boleh dipakai di
seluruh muka bumi ini. Real money yang telah saya sebut tadi merupakan
emas dan perak kerana mereka mempunyai nilai yang solid dan jitu.
Di sini pembaca perlu memahami bahawa Currency (matawang) is not money.
Real money is gold and silver.
4 BAHTERA ILMU DALAM MELAYARI ZAMAN KEJATUHAN EKONOMI
Sistem konvensional ini juga merampas wang daripada orang miskin, sekaligus
menjadikan si Kaya lebih kaya, dan si Miskin menjadi semakin miskin. Kenapa ?
Golongan teratas juga mampu untuk mengumpul emas berbanding golongan
yang tidak memiliki sebarang aset.
Akhirnya, keadaan gawat seperti ini mendesak manusia untuk terus hidup.
Maka ada golongan yang mencari peluang,ada golongan yang terpesong.
Dahsyatnya kejatuhan ekonomi ialah kekacauan yang bakal berlaku,
keruntuhan satu kerajaan yang memberi kesan kepada sektor pekerjaan,
sekaligus membasmi sektor perkhidmatan awam yang bertujuan untuk
melindungi hak dan keselamatan orang awam. Ketika inilah tiada yang
mengawasi, tiada yang merawat, tiada yang mengajar, maka pembangunan
Insan menjadi korup. Jenayah meningkat,kemiskinan dan catuan makanan
berleluasa. Kadar degradasi manusia meningkat.
Lebih banyak implikasi yang kita dapat lihat sebenarnya.
Kembali semula kepada alQuran dan hadis, sebenar-benar punca kerosakan ini
adalah amalan Riba. Demikian kita dapat lihat Islam sudah memberi garis
panduan untuk mencantas masalah akar yang akhirnya membinasakan
masyarakat sejagat dengan mengharamkan Riba.
5 BAHTERA ILMU DALAM MELAYARI ZAMAN KEJATUHAN EKONOMI
Peranan dan tugas sebagai orang awam
1- Kenal pasti ahli sesuatu bidang dan mulakan pembahagian tugas
Pembahagian tugas itu penting supaya agenda Islamisasi itu lebih efektif. Dari
sini kita dapat melihat pengembalian undang-undang Islam itu sama
pentingnya dengan menyelesaikan masalah sistem Ekonomi ini yang boleh
mengakibatkan kemudaratan yang lebih besar impaknya.
Berikanlah tugasan ini kepada orang yang ahli agar kita dapat berlaku adil
kepada ilmu seperti yang selalu ditekankan Syed Muhammad Naquib Al-Attas.
Adil yang bermaksud ‘kondisi’ sesuatu pada tempat yang betul merupakan
definisi yang cukup penting untuk kita fahami. Adalah sangat tidak relevan
untuk seorang ilmuwan daripada bidang sastera untuk mengupas soal hukum
yang ahlinya ilmuwan undang-undang dan syariah sedangkan dia tidak
mempunyai pengetahuan yang dalam berkenaan bidang itu.
Hadis Rasulullah SAW :
“Umatku yang paling buruk (sifatnya ialah mereka yang sangat
banyak bercakap, memandai mandai setiap tajuk percakapan
dan berlagak mengetahui segala sesuatu dan umatku yang
paling baik sifatnya ialah mereka yang paling baik akhlaknya”
Hadis riwayat Imam al-Bukhari di dalam kitabnya : Al-Adab al-Mufrad dari Abu
Hurairah r.a,lih.kitab : Sahih al-Jami’ al-Saghir, hadith bil. (2704).
Rujukan : Fiqh Awlawiyat (Keutamaan) oleh Prof Dr. Yusof Abdullah al-
Qaradhawi halaman 7
Cetakan kelima belas 2013 (Versi terjemahan)
6 BAHTERA ILMU DALAM MELAYARI ZAMAN KEJATUHAN EKONOMI
Firman Allah S.W.T di dalam kitab al-Furqan :
“Dan Kami tidak mengutus (rasul-rasul) sebelum engkau
Muhammad,melainkan beberapa orang laki-laki yang kami beri
wahyu kepada mereka, maka tanyalah kepada orang yang
berilmu, jika kamu tidak mengetahui” – Surah al- Anbiyaa’ : 7
2 - Memahami peranan dan tugas masing-masing
Apakah kaitan dengan memulakan langkah untuk mengenal orang yang ahli ?
Adakah anda mengira bahawa tugasan ini hanya melibatkan ahli ekonomi dan
perbankan sahaja ?
Semestinya tidak. Saya lupa untuk menyebut berkenaan sistem ekonomi ini
bahawa mereka ‘Tangan Rahsia’ atau lebih spesifik lagi keluarga Rothschild ini
mengamalkan sistem pergantungan mutlak. Di mana mereka bersembunyi di
sebalik pemimpin Barat untuk meneruskan agenda kotor itu. Keuntungan yang
dirampas secara halus dengan ekonomi dunia bergantung kepada mereka.
Mereka mempunyai strategi tersendiri untuk menaklukkan dunia agar semua
makhluk terpaksa tunduk dan mengikut telunjuk jari mereka sendiri.
Hanya mereka yang benar-benar memperjuangkan kebenaran yang dapat
mengikut rentak permainan mereka.
Kenapa pentingnya kita memahami peranan dan kepentingan wujudnya kita
dalam sesuatu komuniti ?
Ini kerana, jika anda tahu apa yang Allah beri kepada anda untuk dimanfaatkan
oleh ummah, anda tahu apa yang anda patut lakukan.
7 BAHTERA ILMU DALAM MELAYARI ZAMAN KEJATUHAN EKONOMI
Pertama :
Tipsnya anda sepatutnya membuat senarai apa yang anda sedia ada pada diri,
sama ada bakat atau harta atau kenalan dan sebagainya.
Kemudian, senaraikan nama orang yang berautoriti yang boleh dijadikan
rujukan serta buku-buku yang boleh membantu anda.
Kedua :
Sematkan sikap suka menyampaikan. Seperti yang disebut baginda Rasulullah
SAW :
بلغه عني ولو آية
‘’Sampaikannya dariku walaupun sepotong ayat”
Namun begitu, haruslah kita menyantuni displin ilmu dengan menyemak
semula segala jenis informasi yang kita telah terima sebelum
menyampaikannya kepada orang lain terutamanya jika mesej yang diterima itu
daripada orang yang kurang diyakini dan tiada sumber sahih seperti
penyebaran mesej berbau hasutan,fitnah dan lain-lain.
“Wahai orang-orang yang beriman! Jika seseorang yang fasik
datang kepadamu membawa suatu berita, maka telitilah
kebenarannya, agar kamu tidak mencelakakan suatu kaum
kerana kebodohan (kecerobohan), yang akhirnya kamu
menyesali perbuatanmu itu.” – Al-Hujurat : 6
Kesimpulan catatan kedua adalah kita perlu menyuburkan budaya ilmu.
8 BAHTERA ILMU DALAM MELAYARI ZAMAN KEJATUHAN EKONOMI
3 – Buah kepada Ilmu
Buah kepada ilmu adalah amal dan tindakan.
Tindakan yang bagaimana ? Tindakan yang memberi kesan kepada masyarakat.
Antaranya memulakan pelaburan Insaniah. Ini merupakan pelaburan terbaik
jika dinilai, di mana manusia merupakan aset yang dikurniakan aqal.
Pelaburan yang bagaimana ?
Manusia, jika tidak dipenuhi fitrahnya seperti makan, tidur, kasih sayang,
pendidikan, perlindungan dan sebagainya, maka diri mereka akan menjadi
tidak keruan.
Bermula dengan memberi makan, pakaian, tempat tidur dan seterusnya
pendidikan. Idea memberi wang merupakan kurang efektif kerana ada dua
kemungkinan :
1- Pecah amanah dengan menggunakan wang untuk kepentingan yang lain
2- Ada pihak ketiga yang mahu mengambil kesempatan melalui peras ugut dan
sebagainya.
Idea ini merupakan asas kepada pembinaan Insan. Perlu kita fahami bahawa
kurniaan wahyu aqal itu menjadikan kecerdikan manusia itu sangat luar biasa.
Namun kecerdikan itu perlu disertai dengan adab.
“Since adab refers to recognition and acknowledgement of the
right and proper place, station, and condition in life, and to self-
discipline in positive and willing participation in enacting one’s
role in accordance with that recognition and acknowledgement,
9 BAHTERA ILMU DALAM MELAYARI ZAMAN KEJATUHAN EKONOMI
its actualization in one and in society as a whole reflects the
condition of justice (adl).”
The Concept of Education In Islam oleh Syed Muhammad Naquib Al-Attas,
halaman 11.
Ilmu itu cahaya, orang yang berilmu itu pembawa cahaya yang akan
menebarkan rahmat Tuhan melalui kedatangannya ke mana sahaja. Kerana itu
manusia diutuskan untuk menjadi khalifah, untuk memakmurkan muka bumi
ini.
Secara teknikalnya bagaimana semua ini dikatakan rahmat ?
1- Penanaman dan penyemaian adab dalam diri individu
2- Mentadbir kerajaan alam, haiwan dan galian dengan adil
3- Melahirkan insan adabi. Insan yang beradab dan berilmu
(Point no.1,2 dan 3 merupakan petikan penerangan daripada Jedi Class of X,
saudara Arif Syafiq)
4- Menghidupkan tanah dengan tanam-tanaman (Memelihara hutan dan bukit
sebagai gudang oksigen,mekanisma pencegahan kepada bencana alam seperti
banjir kilat, gempa bumi, pemanasan global dan sebagainya)
Di akhir zaman, wang kertas sudah luput nilainya. Ketika itulah penggunaan
Real Money dikembalikan. Bersedia untuk menghadapi jatuh-bangunnya
ekonomi dengan memperbanyakkan pembelian tanah, emas, bercucuk tanam
dan menternak haiwan peliharaan.
“Abu Bakr ibn Abi Maryam reported that he heard the Messenger
of Allah say : A time is certainly coming over mankind in which
10 BAHTERA ILMU DALAM MELAYARI ZAMAN KEJATUHAN EKONOMI
there will be nothing (left) that will be of use (or benefit) save a
Dinar (i.e, Gold coin) and a Dirham (i.e., a silver coin).” This
prophecy clearly anticipates the eventual collapse of the
fraudulent monetary system now functioning around the world.-
(Musnad, Ahmad)
Dipetik daripada karya Imran Nazar Hosein yang bertajuk ‘Islam
and the Future Money ‘
“Money in the sunnah is either gold and silver or commidities in
abundance supply that have shelf life”-Imran Nazar Hosein
Banyak perkara yang saya rujuk kepada beliau, Sheikh Imran Nazar Hosein
kerana beliau merupakan pengasas kepada cabang ilmu Islamic Eschatology
iaitu ilmu Akhir Zaman. Semestinya merujuk kepada alQuran dan hadis tetapi
dirungkai dengan lebih mendalam.
Contoh komiditi ialah kurma, barli, gandum,beras, gula dan garam. Tetapi
komiditi hanya boleh digunakan untuk urusniaga yang melibatkan nilai yang
kecil sahaja (transaksi mikro). Hidupan seperti lembu tidak boleh dijadikan
wang kerana ianya boleh tercedera dan mati. Konsepnya begitu, apa-apa yang
mudah rosak tidak boleh dijadikan wang. Syarat untuk menjadi wang mestilah
bersifat tahan lama dan berfungsi menyimpan nilai. Jika dibawa ke mana-mana
pasti orang mengetahui bahawa ‘itu’ mempunyai nilai yang tersimpan di
dalamnya. Jika kita perhatikan komiditi ini sebenarnya merupakan makanan
asasi. Dalam apa jua keadaan sekalipun, manusia tetap memerlukan makanan
ruji mereka sekurang-kurangnya bertenaga untuk ‘survive’. Pilihan awal dan
terakhir mesti berasaskan makanan ruji. Disebabkan ini jugalah sebenarnya
11 BAHTERA ILMU DALAM MELAYARI ZAMAN KEJATUHAN EKONOMI
perniagaan makanan asasi untung, kerana makanan jenis ini bukan makanan
bermusim, tetapi sepanjang masa.
Adakah wang kertas mempunyai syarat-syarat seperti yang telah dinyatakan di
atas ? Sama sekali tidak. Bahkan begitu bertentangan dengan garis panduan
yang telah Islam berikan.
Kesimpulan bagi catatan ketiga adalah perlu mengeluarkan manusia daripada
belenggu kemiskinan dan eksploitasi kerana tenaga manusia diperlukan untuk
memperbaiki status quo yang sedia ada.
Perubahan Bermula
Kematian peradaban terutamanya peradaban umat Islam amatlah
membimbangkan. Hal ini disebabkan keruntuhan adab kaum muslimin sendiri
seperti yang dihuraikan oleh Syed Muhammad Naquib al-Attas dalam Risalah
untuk Kaum Muslimin. Tidak dapat tidak, adab yang telah hilang itu mestilah
dikembalikan. Peranan ilmu tasawuf amat penting untuk menyuburkan
kembali adab. Zaman moden kini kita menyaksikan selautan manusia yang
berilmu tetapi tidak beradab kerana di universiti tidak semestinya adab itu
dapat diperoleh tetapi ia sebenarnya sumber pelita para anbiyaa’.
Demikian itu, detik ini bermulalah satu amanah besar untuk ummah ke atas
kalian yang membaca artikel ini.
Hasil kajian dan perangkaan yang telus untuk membina dasar ekonomi Islam
amat diperlukan daripada ilmuwan –ilmuwan Islam masa kini. Sebagai penutup
kalam, saya akhiri artikel ini dengan memetik kata-kata seorang tokoh yang
12 BAHTERA ILMU DALAM MELAYARI ZAMAN KEJATUHAN EKONOMI
berbunyi :
“Beri aku 1000 orang tua,niscaya akan kucabut semeru dari
akarnya, beri aku 10 pemuda akan kuguncangkan dunia”
– Soekarno
11 BAHTERA ILMU DALAM MELAYARI ZAMAN KEJATUHAN EKONOMI
13 BAHTERA ILMU DALAM MELAYARI ZAMAN KEJATUHAN EKONOMI