NAMA: NURUL JANNAH BINTI ARAJLE NO.MATRIK: A151918
Soalan: Anda diminta oleh Datuk Bandar untuk memberi penilaian dan cadangan
mengenai pelaksanaan Agenda Tempatan 21 (Local Agenda 21) bagi bandar anda.
Tuliskan cadangan ringkas berserta gambar dan rajah-rajah.
Kuala Selangor merupakan sebuah bandar yang terdapat di Selangor. Kuala Selangor
juga merupakan salah satu daerah yang terdapat di Negeri Selangor. Kuala Selangor terletak di
zon utara Negeri Selangor. Bandar Kuala Selangor bersempadan dengan daerah Klang dan
Petaling Jaya di bahagian selatan, Hulu Selangor dan Gombak di sebelah timur, Sabak Bernam di
sebelah utara serta Selat Melaka di sebelah barat. Kuala Selangor merupakan kawasan yang
kurang membangun dan tidak dikenali umum pada awalnya. Namun, kini, Kuala Selangor mula
dikenali orang ramai yang terdiri daripada masyarakat tempatan dan juga pelancong-pelancong
asing yang datang ke Kuala Selangor untuk melihat akan keunikan dan keistimewaan Kuala
Selangor. Kuala Selangor mempunyai banyak kawasan sejarahnya yang tersendiri, tempat
pelancongan dan kawasan perindustrian yang membangunkan kawasan tersebut. Berikut
merupakan peta bagi daerah negeri Selangor dan lokasi pelancongan daerah Kuala Selangor.
Peta 1: Peta Daerah Negeri Selangor.
(Sumber: http://www2.selangor.gov.my/kualaselangor.php/pages/view/98?mid=209)
Peta 2: Peta Lokasi Pelancongan Daerah Kuala Selangor.
(Sumber: http://kakitravelkhairuddin.blogspot.my/2015/04/bukit-malawati-kuala-selangor.html)
AGENDA TEMPATAN 21
Sosial
1. Tempat Pelancongan.
Bandar Kuala Selangor merupakan salah satu kawasan pusat pelancongan yang terdapat
di negeri Selangor. Kawasan-kawasan yang terdapat di bandar ini sering menarik
perhatian pelancong untuk berkunjung bagi melawat tempat-tempat bersejarah, tempat
makanan eksotik dan kebudayaannya. Antara kawasan yang menjadi perhatian pelancong
untuk dikunjungi adalah seperti Bukit Malawati, Taman Alam Kuala Selangor, Kelip-
kelip Kampung Kuantan, Pantai Remis Sungai Sembilang, ‘Eagle Feeding’ di Pasir
Penambang, dan Taman Ikan Air Tawar Kuala Selangor.
Bukit Malawati merupakan tempat bersejarah di Kuala Selangor. Lokasi bukit
yang strategik dahulunya telah menjadi kawasan jajahan Belanda dan terdapat kesan-
kesan peninggalannya yang boleh dilawati. Antaranya ialah Makam Anak Dara, Makam
Diraja Sultan Salahuddin, Makam Diraja Sultan Ibrahim, Makam Diraja Sultan Mahmud,
Perigi Beracun, Tangga Seratus, Telaga Tujuh, Batu Hampar, Busut Melawati, rumah
api, tempat untuk melihat anak bulan, Meriam Penggawa, Bukit Belanda dan Kota
Melawati. Pengunjung boleh menggunakan khidmat kereta api kecil atau trem untuk
meronda-ronda di sekitar Bukit Malawati yang dibuka pada hujung minggu.
Taman Alam pula merupakan kawasan persinggahan burung-burung dari luar
negara dan juga tempatan yang berlaku sekitar bulan September hingga April setiap
tahun. Antara spesies burung tempatan yang ada ialah burung bakau, burung bangau,
ketitir, pekaka, raja udang, pucong, serandau dan helang bahu hitam. Burung-burung luar
negara yang akan mengunjungi kawasan tersebut untuk mencari makanan ialah purple
herow, reat eagle, tiger shrike, brown shrike, arctic shrike, warbler dan purple
swamphen. Selain melihat burung-burung liar, terdapat juga aktiviti lain yang boleh
dilakukan seperti meredah hutan paya bakau. Terdapat banyak aktiviti dan kawasan yang
boleh dikunjungi bersama keluarga kerana setiap kawasan mempunyai sejarah dan
keunikannya yang tersendiri.
(Sumber: http://www.caridestinasi.com/tempat-menarik-di-kuala-selangor-best/)
2. Kaunter Perkhidmatan, Utiliti dan Kewangan
Perkhidmatan yang terdapat di Kuala Selangor ialah perkhidmatan pejabat pos dan bank.
Antara bank yang terdapat di kawasan tersebut ialah Maybank, CIMB Bank, Am Bank,
BSN, dan Bank Rakyat. Kewujudan pusat perkhidmatan bank dan pejabat pos ini dapat
membantu penduduk dalam melakukan penyimpanan, pengeluaran, pertukaran cek ke
wang ringgit, pembayaran bil dan sebagainya. Selain itu, terdapat juga Perbadanan
Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) yang menyediakan perkhidmatan membuat dan
menukar kad pengenalan, surat beranak, sijil perkahwinan, dan sijil kematian. Terdapat
juga beberapa buah stesen minyak seperti stesen minyak Petronas, BHP, Petron, Caltex
dan Shell. Kuala Selangor juga mempunyai Perpustakaan Awam Daerah Kuala Selangor,
Telekom Malaysia berhad dan Tenaga Nasional Berhad (TNB).
3. Pusat Kesihatan
Kuala Selangor mempunyai pusat kesihatan yang tersendiri. Antara pusat kesihatan yang
terdapat di kawasan Kuala Selangor ialah Klinik Kesihatan Kuala Selangor, Klinik
Kesihatan Ijok, dan Klinik Kesihatan Bestari Jaya. Selain itu, terdapat juga hospital untuk
wanita iaitu The Metro Maternity Kuala Selangor. Selain pusat kesihatan kerajaan,
terdapat juga pusat kesihatan swasta, klinik haiwan kerajaan dan klinik haiwan swasta.
Antara klinik swasta ialah Klinik Rosli, Klinik Mediviron dan Klinik Zaharin.
Ekonomi
1. Perniagaan Makanan.
Di Kuala Selangor, perniagaan makanan yang menjadi buah mulut orang ramai sejak
mula pembukaannya sehingga kini ialah Karipap Gergasi Kuala Selangor, Cendol Bakar
Kuala Selangor dan Cendol Durian Borhan Kuala Selangor. Pada awalnya, perniagaan
tersebut hanya terletak di kawasan Kuala Selangor sahaja, namun kini perniagaan
tersebut telah berkembang dan mempunyai beberapa cawangan. Sehingga kini perniagaan
tersebut mendapat sambutan orang ramai yang sangat menggalakkan. Kedai-kedai
tersebut sentiasa dipenuhi dengan pengunjung dan kawasan tersebut menjadi padat
apabila tiba musim-musim perayaan, cuti umum dan hujung minggu. Tambahan pula,
Cendol Bakar terkenal dengan perkhidmatan drive thru.
2. Gedung Perniagaan
Kuala Selangor mempunyai banyak gedung perniagaan besar dan utama yang menjadi
tumpuan dan pilihan penduduk untuk membeli belah dan membeli barangan keperluan
harian. Antara perniagaan yang terdapat di Kuala Selangor ialah Tesco, Giant dan
Econsave. Terdapat juga perniagaan kenderaan seperti Modenas @ Perniagaan Motor
Sasaran Tasoon dan Perodua Kuala Selangor Motors Confidence.
Lain-lain
1. Pendidikan
Kuala Selangor banyak menempatkan sekolah, kolej vokasional, kolej komuniti,
universiti dan sebagainya. Antaranya ialah sekolah kebangsaan, sekolah menengah,
sekolah jenis kebangsaan, Kolej Vokasional Kuala Selangor, INPENS International
College dan Universit Selangor.
2. Infrastruktur dan Pengangkutan
Infrastruktur jalan raya di kawasan Kuala Selangor giat di naik taraf. Terdapat lebuh raya
yang menghubungkan Kuala Selangor dengan Kuala Lumpur dan kawasan lain iaitu
LATAR. Jalan raya di jambatan Kuala Selangor juga telah di baik pulih untuk
kemudahan pengguna. Setiap jalan raya yang menghubungkan sesebuah kawasan dengan
kawasan lain sama ada di kawasan kampung dan bandar telah di naik taraf dan dibaiki
untuk keselesaan pengguna jalan raya yang melalui kawasan ini. Di Kuala Selangor juga
menyediakan perkhidmatan pengangkutan seperti bas dan teksi. Kuala Selangor
mempunyai terminal bas yang menjadi tumpuan penduduk yang ingin ke kawasan sekitar
dengan menggunakan perkhidmatan bas. Terdapat juga bas ekspres yang
menghubungkan Kuala Lumpur – Kuala Selangor – Sabak Bernam.