Transcript
  • 8/11/2019 Beberapa Panduan Untuk Melabur Di Pasaran Saham

    1/2

    Beberapa Panduan Untuk melabur Di Pasaran Saham

    A) Seseorang pelabur tidak perlu terikut-ikut gelagat pelabur kecil dalam melabur kerana ini menjadikan pelabur emosional. Sebaliknya pelabur-pelabur perlu melabur berasaskan pada pertimbangan rasional.jadiuntuk mengelakkan dari menjadi dari sebahagian pelabur kecil, kita eloklah cuba;....

    a. Melabur dalam saham syarikat yang telah kita kaji dan yang kita kenal dengan baik berasaskan kepadafactor-faktor fundamental.

    b. Lebih baik masuk ke dalam pasaran saham sebagai pemerhati untuk beberapaketika sebelum mula melabur bagi mengelakkan kita dipengaruhi oleh emosi.lakukan analisa-analisateknikal arah pasan, kelas saham, sentiment pasaran,keseriusan pengaruh sentemen dan lain-lain untuk

    beberapa minggu untuk membeli saham.

    B) Simpan wang tunai di bank yang cukup untuk sentiasa bersedia mengambil peluang wujudnya bargain shares di pasaran. Peluang pasaran boleh wujud daripada perubahan gelagat pasaran.

    C) Setelah menentukan arah pasaran sama ada bullish atau bearish,cuba pastikan tahab emosi sama ada iatelah memuncak atau turun paling rendah dengan mencari tanda-tanda sentiment pelabur-pelabur marginalyang konservertif.

    a. Tanda pasaran yang telah sampai ke tahab yang paling rendah

    i) Kadar base lending dan kadar bunga jangka panjang / pendek mula menurun.

    ii) Berita ekonomi yang muram dan tidak mengalakkan menguasai pasaran,khusus berkait dengan ramalan perkembangan aktiviti ekonomi yang makin merosot.

    iii) Penurunan harga saham yang besar dan cepat terutamanya dalam saham-saham harga mahal.

    b. Tanda-tanda pasaran saham telah mencapai puncaknya ialah;

    i) Kadar bunga pinjaman dan kadar base lending naik,biasanya mengikut kenaikan ekonomi.Petunjuk- petunjuk kewangan biasanya menunjukkan prospek yang tidak baik.

    ii) Sentiment pasaran yang menunjukkan harapan tinggi bahawa harga-harga saham akan naik.Inidibayangkan dalam ramalan-ramalan terbitan syarikat-syarikat pelaburan.Pada keseluruhannya ditahab ini

    pelabur-pelabur awam mempunyai keyakinan tinggi yang harga akan terus akan naik.Inilah ujianketahanankita menguasai emosi diri.

    iii) Biasanya pada tahab ini hamper semua saham dipasaran telah mengalami kenaikan harga sedikitsebanyak.

    D) Beranikan diri untuk melawan sentiment atau emosi dalam membuat keputusanpelaburan. Prinsip pokok keputusan pelaburan kita ialah beli semasa pasaran dikuasai oleh berita burukdan jual bila pasaran dikuasai oleh berita baik.

    E) Dalam memilih saham untuk dibeli,pilihlah saham yang telah jatuh haraga dengan banyak dalam tempohmasa yang pendek. Ini biasanya merupakan bargain shares. Setelah menentukan price earni ng rationya dan

  • 8/11/2019 Beberapa Panduan Untuk Melabur Di Pasaran Saham

    2/2

    yakin ia dalah saham bargain,bolehlah kita membeli dan menyimpan saham. Jangan beli saham-saham yangmempunyai track record yang baik berpanjangan. Saham-saham ini biasanya telah overpriced.

    F) Mengkaji struktur pemegang saham syarikat-syarikat yang ditunjukkan di dalam laporan tahunan syarikatdan KLSE handbook. Laporan ini dapat menentukan sama ada sesebuah syarikat iti dikuasai oleh institusidalam pemegangan sahamnya. Pemegang saham institusi ini biasanya menguasai pasaran sepenuhnyakerana mereka menggunakan broker-broker dan penasihat pelaburan professional. Mereka juga berupayamenguasai pasaran kerana mereka memegang saham yang besar. Sememangnya kurang rasional untukmembeli saham-saham yang dipegang oleh banyak institusi kerana kita tidak dapat menggunakan asas

    fundamental dan sentiment untuk menguasai pasaran seperti cuba membeli pada harga terendah danmenjual pada harga yg tinggi.

    G) Beberapa kaj ian tentang gelagat pasaran saham telah dil akukan pada masa lepas. Hasi l kaji annyamemberi kan panduan-panduan umum perm asaan(timi ng) pelabur an seper ti ber ikut;

    a. Untuk memaksimumkan pulangan, kita biasanya adaah elok untuk melabur diawal bulan Disember dan

    untuk menjualnya semula diakhir bulan Januari. Bagaimanapun January effect ini merupakan satu fenomena pasaran umum. Kajian teknikal perlu diambil kira bersama dalam analisis pasaran sebelum membuatkeputusan.

    b. Secara mingguan, biasanya gelagat pasaran menunjukkan harga yang menurun pada setiap hari Selasa.Jadi, untuk memaksimumkan pulangan dalam pelaburan mingguan, kita bolehlah cuba membeli pada hariRabu pagi dan cuba menjualnya pada hari Jumaat. Friday effect ini juga perlu didiskaunkan denganmengambil kira aspek kajian teknikal yang lain juga.

    c. Secara harian, harga saham biasanya paling tinggi kira-kira setengah jam sebelum tengah hari. Jadi untukmenjual pada harga terbaik, cuba jual kira-kira jam 11.30 pagi. Mid day effect ini bagaimanapun dipengaruhi

    oleh aspek-aspek teknikal pasaran yang lain.

    d. Secara harian juga, harga paling rendah adalah sebaik sahaja pasaran dibuka pagi-pagi atau sebelum pasaran ditutup. Jadi untuk membeli saham, masa yang terbaik adalah sebaik sahaja pasaran dibuka atausebelum pasaran ditutup. Bagaimanapun kita perlu mengambil kira aspek-aspek teknikal pasaran yang lainseperti di atas.

    Semua analisis dan kajian yang dilakukan berkait dengan pasaran saham merupakan ikhtiar kitadalam usaha pelaburan untuk memaksimumkan keuntungan......selebihnya kita berdoalah kehadrat

    Allah S.W.T...........


Recommended