1
AHLI MAJLIS PERSATUAN PUSTAKAWAN
Malaysia SESI 2012-2014
Prof. Madya Dr. Mohd. Sharif Mohd Saad
(Presiden - 9 Disember 2013 )
Dato’ Raslin Abu Bakar (Mantan Presiden)
Pn. Maimunah Kadir
(Pemangku Presiden 9 Disember 2013- ) (Naib Presiden I )
Dr. Nor Edzan Che Nasir
(Naib Presiden II)
Pn. Balqis Suja’ (Setiausaha Kehormat)
Cik Rohaya Umar
(Bendahari Kehormat)
En. Kamal Sujak (Penolong Setiausaha Kehormat)
En. Azlan bin Mohamad Hamzah (Penolong Bendahari Kehormat)
Pn. Hasnita Hj. Ibrahim
(Ahli Majlis)
En. Mohd Zaihan Hussin (Ahli Majlis)
Dr. Wan Ali Wan Mamat
(Ahli Majlis)
Dr. Zahidi Dato’ Zainol Rashid (Ahli Majlis)
Pn. Hashimah Mohd Yusof
(Ahli Majlis)
Pn. Siti Sumaizan Ramli (Ahli Majlis)
Pn. Fatimah Syam @ Noor Azleen A. Gani
(Ahli Majlis)
En. Wan Ahmad Hanis Wan Yahya (Pegawai Eksekutif)
Hilangnya tokoh terbilang—
Mohd Sharif Mohd Saad (1958—2013)
Dunia kepustakawanan dikejutkan dengan perginya ke rahmat-
ullah tokoh terbilang tanggal 9 Disember 2013. Walau sukar untuk
seluruh ahli majlis menerima hakikat ini, kami terpaksa bangkit
semula dan meneruskan perjuangan yang belum selesai.
Segala amanat yang ditinggalkan diteruskan bagi meneruskan
kelangsungan perjuangan beliau. Al-Fatihah untuk Allahyarham
Prof. Madya. Dr. Mohd Sharif Mohd Saad, Presiden PPM—9 Dis-
ember 2013. Semoga tenang di sana dan mendapat rahmat
dan keberkatan Allah dunia akhirat. Amin.
Isu khas Berita PPM mengenai Allahyarham terdapat dalam Edisi
Khas dan boleh dilayari di laman web PPM (http://
www.ppm55.org).
BERITA PPM Isu Julai-Dis 2013
ISSN 0128-0422
Isi Kandungan: Hilangnya tokoh terbilang m.s.1
SKPM 2013 m.s.2 Aktiviti JK Kumpulan:
Sarawak—Projek Komuniti Baca @Surau m.s.5 Sabah m.s.6
Timur m.s.7 JK Perkhidmatan Perpustakaan Kepada Golongan Khas m.s 8
OCLC Conference m.s.9 Seminar Transformasi m.s.12
Jelajah Penandaarasan Siri 6 m.s.14 Program Korban PPM di Kemboja m.s. 16
2
Seminar Kebangsaan Pustakawan Malaysia (SKPM 2013)
oleh
Shaidatul Akhmam Rambeli
Majlis perasmian SKPM 2013
Jawatankuasa Tetap Perpustakaan Akademik,
Persatuan Pustakawan Malaysia telah
menganjurkan Seminar Kebangsaan Pustaka-
wan Malaysia bertempat di Mahkota Hotel
Melaka pada 25-27 Ogos 2013.
Seminar yang bertemakan “Transformasi
Perpustakaan dan Perubahan Budaya:
Peranan Pustakawan”, telah berjaya
menghimpunkan para Pustakawan, Pensyarah,
Pegawai Sistem Maklumat dan Penyelidik dari
segenap perpustakaan akademik, awam,
khusus, agensi kerajaan dan pusat maklumat
di Malaysia untuk berkongsi idea terkini dalam
usaha mempertingkatkan pengurusan dan
perkhidmatan perpustakaan.
Penganjuran seminar ini adalah bagi:
Menyediakan platform kepada seluruh
profesion pustakawan untuk penyebaran
maklumat, strategi dan pengalaman
dalam mencapai kecemerlangan
perkhidmatan perpustakaan.
Membina, memperluas dan memperkasa
jaringan pustakawan serta kolaborasi
perpustakaan seluruh Malaysia.
Perkongsian amalan terbaik perpustakaan
yang boleh dilaksanakan dalam peningkatan
mutu perkhidmatan dan pengurusan.
Membudayakan penyelidikan dan inovasi
dalam kalangan pustakawan
Daripada 116 penyertaan, 25 orang telah
membuat pembentangan kertas kerja dan 14
orang lagi telah menyertai pertandingan poster.
Terdapat 4 kategori topik yang dibentangkan
iaitu: Perkhidmatan Perpustakaan; Penyelidikan,
ICT & Inovasi; Pengurusan Ilmu, Rekod &
Maklumat dan Pentadbiran & Pengurusan.
Majlis perasmian telah disempurnakan oleh YB
Datuk Haji Ahmad Haji Maslan, Timbalan Menteri
Kewangan Malaysia. Beliau dalam ucapan
perasmian menyebut “Wajah baharu
perpustakaan perlu dilakukan segera dalam
usaha meningkatkan skop perkhidmatan,
3
p e n y e l i d i k a n ,
t e k n o l o g i
b e r k o m p u t e r
dan maklumat
( I C T ) s e r t a
inovasi”. Tambah
beliau lagi “saya
meminta seluruh
p e r p u s t a k a a n
memberi
cadangan unt uk
membantu kerajaan
menjadikan perpustakaan lebih menarik sekaligus
menarik rakyat berkunjung”.
Encik Noor Hidayat Adnan, Ketua Pustakawan UiTM yang
juga merupakan pengerusi Jawatankuasa Tetap
Perpustakaan Akademik 2012/2014 menekankan agar
pengisian seminar ini dapat dimanfaatkan oleh para
pustakawan dan pengurus maklumat untuk
diterjemahkan ke institusi masing-masing demi
penambahbaikan sistem penyampaian perkhidmatan
yang lebih berkesan.
Empat orang penceramah terkenal turut diundang untuk
berkongsi ilmu dan pandangan dari perspektif masing-
masing:
YB Datuk Haji Ahmad Haji Maslan
Timbalan Menteri Kewangan
Penceramah Tajuk Ceramah
Tan Sri Muhammad Ali
Hashim (Presiden Dewan
Perdagangan Islam Malay-
sia)
Business to serve a higher
cause (Bisnes satu perjuangan ber-
makna)
YM Dato’ Profesor Haji Dr.
Raja Abdullah Raja Yaacob (Profesor Fakulti Pengurusan
Maklumat UiTM)
Preserving the Endangered
Knowledge Through the
Management of Oral History
and Special Collections
Tn. Sayed Munawar
Sayed Mustar (Pengacara, Setiausaha
Majlis Buku Malaysia dan
Presiden Majlis Kontraktor
Buku Malaysia)
Ekonomi Perbukuan Demi
Kesuburan Ilmu
Prof. Madya Dr Ridhuan Tee
Abdullah (Ketua Jabatan Kenega-
raan & Ketamadunan Fakulti Pengajian Penguru-
san Pertahanan UPNM)
Transformasi Perpustakaan
daripada Perspektif Islam
Seminar ini turut dimeriahkan lagi dengan
penglibatan dari 10 buah syarikat
pembekal produk dan perkhidmatan
perpustakaan. Mereka adalah Lexis Nexis,
VTLS, 3M, Electric Library, Emerald,
Cambridge, Access Dunia, Refrex, SWETS
dan Universe Digital Library.
Kesimpulannya, seminar ini berjaya
mengumpul mereka yang berperanan
dalam pengurusan maklumat untuk
memperoleh dan berkongsi ilmu serta input
terkini dalam memperkasa bidang
pustakawan dan perkhidmatan
perpustakaan. Perpustakaan hari ini dilihat
bergerak aktif, kreatif dan inovatif sejajar
dengan perkembangan semasa.
Pustakawan kini turut bertindak bukan
sahaja sebagai pengurus malah sebagai
perancang yang strategis serta peka
dengan persekitaran terutamanya
keperluan semasa pelanggan.
Perpustakaan akan terus mendepani
cabaran dan bertindak lebih agresif dalam
usaha mempelbagai perkhidmatan
kepada pelanggan.
Lawatan ke sekitar tapak pameran
4
FOTO SEKITAR SKPM 2013
Sekitar foto pembentangan kertas kerja
oleh peserta SKPM 2013, pameran poster,
peserta-peserta SKPM 2013 dan keratan
akhbar mengenai SKPM 2013 di akhbar
Utusan Malaysia pada 27 Ogos 2013.
5
PPM Kumpulan Sarawak
Projek Komuniti Baca@Surau Al-Quddus, Taman Sri Wangi
oleh
Pustaka Negeri Sarawak
Persatuan Pustakawan Malaysia (PPM) Kumpulan Sarawak telah menganjurkan Projek Komuniti Baca@Surau
yang telah diadakan di Surau Al-Quddus, Taman Sri Wangi pada Ahad, 31 Mac 2013
Tekad untuk melihat kemahiran maklumat tersebar da-
lam kalangan masyarakat di Bahagian Kuching khu-
susnya dan seluruh negeri amnya telah mengilhamkan
projek komuniti ini dilaksanakan pada tahun ini.
Projek komuniti yang dijenamakan dengan nama
“Baca@Surau” ini mensasarkan Surau Al-Quddus, Taman
Sri Wangi sebagai lokasi pelaksanaan. PPM Kumpulan
Sarawak beriltizam untuk melaksanakan projek komuniti
ini sebagai agenda tahunan agar inisiatif untuk
mendaulatkan minat membaca dikalangan masyarakat
di negeri ini sentiasa disemarakkan.
Ini adalah kali kedua projek komuniti ini dijalankan. Sebe-
lum ini projek ini telah berjaya dilaksanakan di Surau Al-
Baqiatus Solehat, Perkampungan Bomba , Jalan Matang
Baru Kuching.
Projek komuniti ini telah mendapat kerjasama dari
Pustaka Negeri Sarawak, Pelajar Fakulti Pengajian
Maklumat UiTM dan Jawatankuasa Surau Al Quddus.
Projek komuniti Baca@Surau ini telah dirasmikan oleh
Yang Berhormat Puan Hajjah Sharifah Hasidah Sayeed
Aman Ghazali, DUN N7 Semariang.
Puan Hajjah Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali,
Sumber: Facebook Pustaka Negeri Sarawak,
http://facebook.com/media/set/?set=a.10151387987241267.1073741848.47812821266&type=1
6
PPM Kumpulan Sabah
Aktiviti Julai—Disember
PPM Kumpulan Sabah telah mengadakan beberapa aktiviti untuk ahlinya dan juga staf perpustakaan.
Di antara aktiviti yang dijalankan ialah:
Bil AKTIVITI TEMPAT TARIKH
1 Bengkel Perancangandan Pengurusan
Acara dengan kerjasama Perpustakaan
Negeri Sabah
Perpustakaan Negeri
Sabah
2 September 2013
2 Jamuan Makan Malam PPMKS Restoran D’KL, Likas 2 September 2013
3 Program Kembara Merdeka dan
Kembara Kasih Ke Rumah Anak-anak
Yatim Al-Aman, Beaufort
Bersama Jabatan Keretapi Negeri Sabah
anjuran bersama Kelab Rakan Pustaka,
Politeknik Kota Kinabalu
Keretapi Negeri Sabah
dari Tanjung Aru ke
Beaufort
Rumah Anak-anak
Yatim al-Aman,
Beaufort
14 Oktober 2013
4 Program Ibadah Korban PPM di Rey
Onded Kemboja Kampung Rey Onded
Kemboja
16 Oktober 2013
5 Lawatan ke Perpustakaan Pannasastra
University of Cambodia Perpustakaan
Pannasastra University of
Cambodia
18 Oktober 2013
6 Pesta Buku Jakarta 2013, Istora Senayan,
Jakarta
Istora Senayan, Jakarta 2-7 November 2013
7 English Grammar Program bersama
Barbara Nichols (MACEE) anjuran
bersamaUniversiti Malaysia Sabah
Universiti Malaysia Sabah 13 Disember 2013
7
PPM Kumpulan Timur
Aktiviti Julai—Disember
Bil AKTIVITI TEMPAT TARIKH
1 Syarahan Perpustakaan sempena
Mesyuarat Tahunan PPMT
Dua syarahan telah diberikan oleh pen-
ceramah jemputan iaitu :
Allahyarham Prof. Madya Dr. Mohd
Sharif Mohd Saad ( Presiden PPM)
“Dunia Tanpa Sempadan : Dimanakah
Kita?”
Prof. Madya Dr. Fadhilah bt Ahmad
(Timbalan Dekan Penyelidikan dan
Inovasi, Fakulti Informatik dan
Komputeran UniSZA) “Pengurusan
Maklumat Dalam Globalisasi
Pendidikan : Cabaran dan Harapan”
Perpustakaan UniSZA 29 September 2013
2 Projek Pengorganisasian Bahan dan
Pengautomasian Pusat Sumber Sekolah.
Sek. Men. Keb.
Matang
Sek. Men. Keb. Rusila
Sek. Men. Keb. Batu
Rakit
Sek. Keb. Kompleks
Seberang Takir
7 November 2013
3 Pertandingan Jejak Maklumat 2013
(Sabtu), bertempat di .
Diadakan dengan kerjasama Jabatan
Kebajikan Masyarakat dan Bahagian
Teknologi Pendidikan Negeri Terengganu
Perbadanan
Perpustakaan Awam
Terengganu
9 November 2013
8
JK Perkhidmatan Perpustakaan Kepada Golongan Khas
Aktiviti Julai—Disember
NO AKTIVITI 2013
1. Program Literasi Braille Di Pulau Pinang
Pelatih dari St. Nicholas yang telah
menghadapi masalah penglihatan pada
umur dewasa tidak pernah mempelajari
huruf Braille (buta-huruf Braille). Mereka
perlu diajar asas Braille supaya mereka
dapat meneruskan pembelajaran untuk
Literasi Jawi Braille.
2. Program Literasi Jawi Braille Di Pulau
Pinang.
Lokasi: Bangunan Islamic Outreach ABIM,
Lebuh Aceh, P. Pinang
Lebuh Aceh bangunan NGO secara per-
cuma
Peserta Program: Setiap hari Ahad
22 Pelatih St. Nicholas Home (asal dari
negeri-negeri lain di Malaysia)
Orang dewasa OKU penglihatan dari
Pulau Pinang dan Seberang Perai
3. Program Bacaan Qur’an Cetakan Besar di
Pulau Pinang
Disediakan untuk peserta yang rabun.
Peranan dan tugas
Guru terlatih Pusat Islam USM meman-
tau sesi pengajaran dari masa ke masa
Pelatih yang mahir dengan Braille
mengajar peserta literasi Braille.
Pengangkutan
Kumpulan Sukarelawan mengambil dan
menghantar pelatih dari lokasi dan tempat
yang ditetapkan.
Pembiayaan Kos
Guru terlatih dibiayai sepenuhnya oleh
Persatuan Arab P.Pinang
Makan minum dibiayai sepenuhnya
oleh Persatuan Arab P.Pinang dan
orang perseorangan
Bahan bacaan dibiayai sepenuhnya
oleh Persatuan Arab P.Pinang dan
orang perseorangan
NO AKTIVITI 2013
4 Program Literasi Jawi Braille Di Kedah
Lokasi: Perbadanan Perpustakaan Awam
Kedah
Program dilaksanakan dengan kerjasama
Perbadanan Perpustakaan Awam Kedah.
Peserta Program: Setiap hari Sabtu
Orang dewasa OKU penglihatan di seki-
tar Alor Setar, Kulim – 6 orang
Orang dewasa OKU penglihatan dari
Perlis dari masa ke masa – 5 orang
Peranan dan tugas PPAK memantau kehadiran peserta pro-
gram di Kedah AJK melawat program dari masa ke ma-
sa bagi memantau aktiviti dan keperluan
peserta (bahan bacaan dsbnya)
Pembiayaan Kos Guru terlatih dibiayai oleh orang
perseorangan
Pengangkutan Peserta program pergi dan balik dengan
sendiri ke PPAK.
5. Ibu-ibu OKU yang menghadiri program di
PPAK telah membawa anak mereka bersa-
ma. Secara tidak lansung anak-anak mereka
telah dapat didedahkan kepada koleksi
bacaan kanak-kanak serta lain-lain aktiviti
yang dijalankan oleh PPAK sementara menti-
kan ibu/bapa mereka belajar Braille
6. Bekerjasama dengan Kelab Penyayang USM
Meningkatkan kesedaran pelajar dalam
memahami keperluan OKU penglihatan,
pendengaran dan fizikal serta cara berk-
omunikasi dan membantu mereka.
Membantu pelajar OKU dalam
mendapatkan bahan bacaan yang di-
perlukan Membantu pelajar OKU mengikuti
perkembangan teknologi bantuan pela-
jaran /mendapatkan alat berkenaan
9
PERSIDANGAN OCLC DI BANGKOK, THAILAND
5-9 OKTOBER 2013
PPM telah berjaya menganjurkan pakej ke Persidangan OCLC di Bangkok yang disertai oleh 19 orang
peserta. Rombongan pustakawan daripada Trengganu adalah paling ramai terutamanya Perbadanan
Perpustakaan Awam Trengganu (PPAT) yang diketuai sendiri oleh Pengarah PPAT dan 2 orang pustaka-
wan daripada UniSZA. Peserta lain adalah daripada beberapa institusi dan pustakawan daripada IPTA
dan IPTS.
Persidangan 2 hari ini disertai oleh lebih 100 peserta dari pelbagai negara termasuk Malaysia. Berikut
adalah program dan tajuk kertaskerja yang telah dibentangkan :
OCLC ASIA PACIFIC REGIONAL COUNCIL 2013 MEMBERSHIP CONFERENCE
THAMMASAT UNIVERSITY LIBRARIES, BANGKOK, THAILAND OCTOBER 7-8 2013
Monday (October 7, 2013)
Time Agenda
08:00 – 09:00 Registration
09:00 – 09:05 Introduction Srichan Chancheewa, Director, Thammasat University Libraries Welcome Note
09:05 – 09:10 Welcome Note Peter Sidorko, Chair, OCLC Asia Pacific Regional Council University Librarian, The University of Hong Kong
09:10 – 09:20 Welcome Note of Thammasat University Rector Somkit Lertpaitoon, Rector, Thammasat Univerity
Chair: Srichan Chancheewa,
Director, Thammasat Uni-
versity Libraries 09:20 – 09:30 Why Cooperation in Libraries?
Aporn Kanvong, Deputy Secretary-General, Office of the
Higher Education Commission, Ministry of Education
09:30 – 10:20 Keynote Speech Skip Prichard, OCLC President and CEO OCLC President’s Report
Chair: Anne Prestamo
10:20 – 10:50 Group Photo and Morning Tea
10:50 – 11:20 Thailand Chaweewan Swasdee, Director, Mahidol University Library
WorldCat and WorldCat Local at Mahidol University
Chair: ChewLeng Beh, Senior
Director, Library & Profes-
sional Services, National
Library Board, Singapore 11:20 – 11:50 Thailand
Chooman Thirakit, Thammasat University Librarian Use of CONTENTdm at Thammasat University Libraries
11:50 – 12:30 OCLC Keynote Speech Richard Wallis, OCLC Technology Evangelist Linked Data – Radical Change?
12:30 – 14:00 Lunch
10
14:00 – 14:30 New Zealand Sam Minchin, Manager Digitisation, National Library of
New Zealand Collaborative Digitisation – the New Zealand experience
Chair: Alison Elliott, Director of
Content Services, Nation-
al Library of New Zea-
land 14:30 – 15:00 Australia Roxanne Missingham, University Librarian, Australian Na-
tional University Collaborative Resource Discovery: Researchers Needs for
Navigation in a Sea of Information –Room for a Few Small
Treasure Chests?
15:00 – 15:30 Afternoon Tea
15:30 – 16:00 Singapore ChewLeng Beh, Senior Director, Library & Professional Ser-
vices, National Library Board, Singapore Business Excellence Journey - The Singapore National and
Public Library experience
Chair: JingKang Deng, Director
of University Library and
Professor, Tsinghua Uni-
versity, Beijing, China
16:00 – 16:30 Malaysia Maizan Ismail, National Library of Malaysia Globalization of Malaysia Information
16:30 – 18:00 Tour of Puey’s Ungphakorn Library and Thammasat Rangsit Campus
18:00 – 20:00 Evening Reception at Thailand Science Park Convention Center
Tuesday (October 8, 2013)
Time Agenda
09:00 – 09:45 OCLC Keynote Speech Richard Wallis, OCLC Technology Evangelist VIAF Update
Chair: Craig Anderson, Universi-
ty Librarian, RMIT Universi-
ty 09:45 – 10:30 OCLC Keynote Speech Katie Birch, Portfolio Director, Delivery Services OCLC Transforming InterLibrary Lending – How Interlibrary Lend-
ing and Resource Sharing is Evolving into a Fulfilment Ser-
vice
10:30 – 11:00 Morning Tea
11:00 – 11:30 Philippines Engineer Gerardo S. Doroja, Dean, College of Computer Studies, Chair, University Library Committee, Xavier University – Ateneo de Cagayan Integrating eLearning System and Digital Materials Using Reverse Proxy: The Xavier University Experience
Chair: Hsueh-hua Chen, Univer-
sity Librarian and Profes-
sor of Library and Infor-
mation Science, National
Taiwan University
11:30 – 12:00 Hong Kong Peter Sidorko, University Librarian, The University of Hong
Kong Connie Lam, Cataloguing Librarian (Western & E-
Resources), The University of Hong Kong Cataloguing for the world: Motivation, method and mad-
ness.
12:00 – 12:30 Taiwan Shu-hsien Tseng, Director General, National Central Library Preservation, Sharing, and Cooperation of Cultural Herit-
age at the National Central Library
12:30 – 14:00 Lunch
11
14:00 – 14:30 China Professor Deng Jingkang, Director, University Library Tsinghua University Impact of OCLC Information Services on Teaching and Research of Universities in China
Chair: Makoto Nakamoto, Ad-
ministrative Director,
Waseda University
14:30 – 15:00 Korea Jeong-Hwan Kim Director, Korean Electronic Site License Initiative (KESLI) Usage Patterns and Perception toward E-books
15:00 – 15:30 Japan Naoko Harai, Counsellor, Acquisitions & Bibliography Department, National Diet Library NDL’s Digital Collection & Service for Information Access
15:30 – 16:00 Afternoon tea
16:00 – 16:15 Report from OCLC Asia Pacific Regional Council Chair: Peter Sidorko, University
Librarian, The University of
Hong Kong
16:15 – 16:45 Open Forum
16:45 – 16:50 16:50 - 17:00
Congratulatory Notes Tony Ferguson, OCLC Board Member Closing Remarks
17:00 – 18:30 Tour of Kasetsart University Library and Sripathum University Library
Persidangan OCLC ini menjadi platform yang sangat baik untuk berjumpa, berbincang dan mem-
bina rangkaian dengan pustakawan dan pengurus maklumat daripada berbagai institusi ilmu luar
negara. Perkongsian ilmu dengan para pustakawan dan ilmuan memberi lebih pencerahan dalam
meningkatkan ilmu pengetahuan, terutama menimba ilmu baharu dan mengetahui perkembangan
terkini sains maklumat dan ICT. Ini dapat membantu dalam perkembangan perkhidmatan dan
kemudahan kepada semua pengguna perpustakaan. Era teknologi digital masa kini memerlukan
pustakawan yang lebih berpengetahuan dalam semua bidang perkara untuk menjadi pengurus
maklumat dan pembimbing kepada pengguna dan masyarakat bagi merealisasikan pembelajaran
sepanjang hayat.
Di dalam kesibukan mencari ilmu pustakawan dan rombongan dari Malaysia sempat juga berkun-
jung ke beberapa tempat di Bangkok sambil membeli-belah . Destinasi yang diminati ramai adalah
Asiatique dan pasar Chatuchak yang menjual berbagai hasil kraftangan, kain baju, perabut, buah-
buahan dan makanan Thai.
Rakan pustakawan dari Bangkok menjadi teman serta ‘tourist guide’ yang membangkitan kenangan
terindah dan meriah dengan keramahan budi bahasa mereka.
Jumpa lagi di persidangan OCLC akan datang!
12
SEMINAR TRANSFORMASI, INOVASI DAN KREATIVITI
DI PERPUSTAKAAN
Bertempat di Auditorium IDFR, Jalan Wisma Putra,
pada tanggal 8 Julai 2013, satu Seminar Transfor-
masi, Inovasi dan Kreativiti di Perpustakaan telah
diadakan.
Seminar yang dianjurkan dengan kerjasama Per-
pustakaan IDFR ini telah dihadiri oleh seramai 75
orang peserta dari perlbagai institusi awam dan
Di antara objektif Seminar ini ialah sebagai satu plat-
form perkongsian maklumat dengan perpustakaan
yang telah melakukan inovasi, mengenalpasti amalan
terbaik yang boleh diadaptasi serta meluaskan jarin-
gan di kalangan peserta.
PANEL PEMBENTANG:
1. Encik Azahar M. Noor, Ketua Pustakawan—Pusat
Sumber Petroleum, PETRONAS;
2. Pn. Mazmin M. Akhir, Pemangku Ketua Pustaka-
wan—Perpustakaan Tuanku Syed Faizuddin Putra,
Universiti Malaysia Perlis (UNIMAP);
3. Pn. Shukriah Hj. Yon, Pengarah—Perbadanan Per-
pustakaan Awam Pulau Pinang (PPAPP);
4. Encik Shahril Effendi Ibrahim, Pustakawan Kanan,
Perpustakaan Digital Tan Sri Dr. Abdullah Sanusi,
Open University Malaysia.
Encik Azahar M. Noor
Pn. Mazmin M. Akhir
Pn. Shukriah Hj. Yon Encik Shahril Effendi Ibrahim
Peserta-peserta Seminar
13
PUSTAKAWAN PERLU JANGKA KEPERLUAN PENGGUNA PUSTAKAWAN-KREATIF
KUALA LUMPUR, 8 Julai (Bernama) -- Golongan pustakawan disaran memahami kehendak pengguna
perpustakaan bagi memastikan sistem penyampaian dapat disediakan secara lebih kreatif dan inovatif.
Yang Dipertua Persatuan Pustawakan Malaysia (PPM) Prof Madya Dr Mohd Sharif Mohd Saad ketika
membuat saranan itu, berkata pendekatan itu akan memudahkan pustakawan mewujudkan lebih ban-
yak transformasi di perpustakaan. Ia termasuk memaksimumkan penggunaan teknologi dalam pen-
yampaian ilmu pengetahuan dan sumber maklumat, katanya.
"Pustawakan perlu mengetahui dan memahami keperluan pengguna seterusnya menyediakan keper-
luan itu sebelum diminta.
"Ini akan dapat memberi kepuasan kepada mereka (pengguna) dan menarik lebih ramai pengguna
menggunakan perkhidmatan di perpustakaan sama ada secara fizikal atau maya," katanya kepada Ber-
nama ketika ditemui pada Seminar Transformasi, Inovasi dan Kreativiti di Perpustakaan di sini hari ini.
Seminar anjuran bersama Jawatankuasa Tetap Perpustakaan Khusus, Persatuan Pustakawan Malaysia
dan Institut Diplomasi dan Hubungan Luar Negeri (IDFR) itu bertujuan berkongsi maklumat melibatkan
transformasi, inovasi dan kreativiti untuk memantapkan lagi sistem penyampaian perpustakaan.
Seminar itu dirasmikan Ketua Pengarah IDFR Datuk Ku Jaafar Ku Shaari.
Mohd Sharif berkata perubahan dalam sistem penyampaian di perpustakaan juga perlu seiring
dengan perkembangan semasa dan jangkaan perubahan yang berlaku dalam industri itu untuk tempoh
lima tahun akan datang perlu direncana bagi memastikan kualiti dapat dipertingkatkan.
Beliau berkata cabaran bagi pustawakan ketika ini ialah bagaimana teknologi seperti internet, CD-
ROM, jurnal dalam bentuk elektronik, perpustakaan digital dan virtual dapat diaplikasi sepenuhnya untuk
memastikan keselesaan dan tarikan kepada orang ramai ke perpustakaan.
"Kita (pustakawan) perlu berada di hadapan untuk lebih berdaya saing dan kita perlu tahu bagaima-
na mentransformasikan setiap ilmu pengetahuan dan sumber maklumat ke dalam bentuk yang lebih in-
teraktif," katanya.
-- BERNAMA
RBN KHY SN
Keratan Berita mengenai Seminar Transformasi, Inovasi dan Kreativiti di Perpustakaan
Sumber : Bernama News
14
JELAJAH PENANDAARASAN SIRI 6
PERPUSTAKAAN JABATAN PEGUAM NEGARA
Jelajah Penandaarasan Siri 6 diteruskan ke
Perpustakaan Abu Yusuf Yaqub Al-Khindi, Jabatan
Peguam Negara, Putrajaya pada 12 September
2013. Perpustakaan Undang-Undang Jabatan
Peguam Negara Malaysia (AGC) ini telah di
tubuhkan pada pertengahan tahun 1948, dan
merupakan sebuah perpustakaan undang-undang
yang tertua dan terulung di negara ini.
Seramai 19 pustakawan dari pelbagai insti-
tusi seperti Bank Negara Malaysia, Perpustakaan
Negara Malaysia, Universiti Multimedia, Infra, Univer-
siti Tenaga Nasional, Yayasan Kepimpinan Perdana,
Kolej Sains Perubatan, Petronas dan Bernama telah
menyertai jelajah ini. Melalui jelajah ini, pelbagai
perkongsian ilmu yang menarik turut dibincangkan.
Rombongan jelajah sangat teruja dengan
kehebatan Perpustakaan Abu Yusuf Yaqub Al-
Khindi dalam mengangkat serta menaikkan na-
manya sebagai sebuah pusat maklumat yang
unggul. Terdapat beberapa perkhidmatan yang
ditawarkan iaitu Coffee/Tea Corner yang bertujuan
menggalakkan pembacaan dan diskusi. Selain itu,
bilik digital serta ruang mesyuarat yang disediakan
juga amat selesa. Speker’s Corner dan
Skyview@eleven juga adalah antara perkhidmatan
yang mencetuskan idea di kalangan rombongan
jelajah dalam menawarkan perkhidmatan yang
baru di mana ruang ini mempunyai persekitaran
kondusif dengan permandangan yang menarik
untuk bersanta. Perpustakaan ini turut menjalankan
sesi “Informal Talks” yang turt diadakan bertujuan
memberi pendedahan kepada kakitangan
mengenai isu-isu semasa.
15
Antara penambahbaikan yang dijalankan ialah sistem A-PEL yang mempunyai fungsi penting rekod
pembacaan sebenar 'learning time' bagi
tujuan penjanaan laporan jumlah jam
bacaan oleh setiap pegawai atau ka-
kitangan AGC. AGC Platform for E-Learning
(A-PEL) telah dibangunkan secara in-house
oleh Seksyen Perpustakaan bersama Seksyen
Teknologi Maklumat untuk menggalakkan
budaya membaca dan perkongsian ilmu
bagi melahirkan warga AGC yang berilmu
dan berfikiran kritikal, inovatif dan kreatif.
agak unik dan mempunyai kelainannya
tersendiri. Terdapat juga beberapa aktiviti
yang dijalankan dalam meningkatkan kemu-
dahan kepada pengguna. Berikut adalah an-
tara aktiviti-aktiviti yang dijalankan; Program
AGC 2Youth , Bengkel serta Kursus dijalankan
untuk PUU Negeri dan Jabatan Luar, Al-Khindi
2U, E-Books(Review) .
Sebagai sebuah perpustakaan yang berperan-
an menyalurkan maklumat, Perpustakaan Abu
Yusuf Yaqub Al-Khindi telah memainkan peran-
annya dalam mempelbagaikan aktiviti yang
bertujuan mencapai matlamat serta me-
nyokong Jabatan Peguam Negara dalam
menguruskan rekod-rekod mereka dan menye-
diakan maklumat yang berkaitan bagi mem-
bantu kakitangan AGC untuk mengakses
maklumat yang diperlukan dengan mudah
dan cepat.
16
PROGRAM KORBAN PPM DI KEMBOJA 15 OKTOBER 2013
Oleh Hasnita Hj. Ibrahim
Persatuan Pustakawan Malaysia (PPM) telah melaksanakan tanggungjawab sosial sambil beramal melalui
program ibadah korban dan aqiqah di Kemboja sempena Hari Raya Aidildha 1434H. Negara Kemboja
dipilih memandangkan minoriti saudara Islam yang sebahagian besarnya terdiri daripada etnik Melayu
Champa.
Pihak HALUAN (Pertubuhan Himpunan Lepasan Institusi Pendidikan Malaysia) telah membantu
melaksanakan program ini. Seramai sembilan (9) orang ahli PPM, termasuk Majlis PPM yang diketuai oleh
Yang DiPertua PPM, Dr. Mohd Sharif Mohd Saad, telah berangkat ke Phnom Penh, Kemboja pada jam 3.20
petang di Hari Raya Aidiladha pada 15 Oktober 2013. 13 buah kotak hasil sumbangan ahli PPM serta war-
ga perpustakaan seluruh Malaysia termasuk tudung, telekong, kopiah serta minyak wangi (attar) di bawa
ke sana.
Lapangan Terbang Phnom Phen walaupun kecil tetapi moden. Malah Bandar Phnom Phen juga sedang
membangun dengan pelbagai kedai jenama yang terkemuka di dunia kelihatan di bandar tersebut. Ter-
dapat ramai pelabur dan mereka yang sudi membantu tetapi oleh kerana tahap pendidikan yang masih
rendah dan tidak mewajibkan persekolahan maka
kemajuan pembangunan mereka adalah perlahan.
Rombongan menginap di Hotel Holiday Villa. Pada
sebelah malam pula, ahli rombongan melaksanakan
aktiviti pembungkusan barang-barang sumbangan.
Barangan tersebut diisi ke dalam beg PPM untuk di-
agihkan kepada penduduk kampung.
17
Pada keesokan harinya, pihak rombongan bertolak
ke Perkampungan Jrey Ondet yang terletak 30 kilo-
meter dari Phnom Penh dan merupakan perkampun-
gan nelayan Sungai Mekong yang mempunyai 170
buah keluarga menetap di kampung ini.
Pihak rombongan berhenti seketika di Perkampungan
Chrang Chomreh untuk menyaksikan barangan sum-
bangan dimuat turun ke dalam perahu. Kami perlu
menaiki perahu ke Perkampungan Jrey Ondet
kerana jalan darat dilitupi air disebabkan banjir.
Perasaan gementar tanpa jaket keselamatan dirasai
oleh kami untuk merentasi sungai Tongle’ Sap yang
besar dan dalam, ditambah pula perahu ini dikemudi
oleh penduduk kampung yang masih di bawah
umur .
Sesampainya kami di lokasi tersebut, kami disambut
meriah oleh penduduk kampung dengan penuh
meriah. Keadaan rumah mereka memang seperti
tahun 70an di Malaysia dengan kemudahan yang
sangat terhad dan majoritinya penduduknya miskin
serta mempunyai bilangan ahli keluarga yang
ramai.
Taklimat dan suai kenal diadakan dengan bantuan
seorang penduduk kampung dan kami mengagih-
agihkan bungkusan peralatan menulis serta ma-
kanan ringan seperti gula-gula dan coklat kepada
kanak-kanak.
Ibadah korban terus dilaksanakan iaitu sebanyak
lima (5) ekor lembu disitu. Selebihnya sebanyak 13
ekor lembu dan serta enam (6) ekor kambing
(aqiqah) telah diagihkan ke kampung lain yang
mana terdapat lebih dari 500 perkampungan di
Kemboja.
Menyusuri sungai dan memunggah barang sumbangan
Persiapan rapi dibuat ke Jrey Ondet
18
Kami berhajat untuk mengadakan pertandingan mewarna tetapi disebabkan kesuntukan masa, kami
terpaksa membatalkan niat tersebut dan memberikan semua peralatan mewarna dan hadiah yang
disediakan kepada guru sekolah agar mereka boleh menjalankan aktiviti tersebut selepas ini.
Sebagai aktiviti penutup sumbangan yang diba-
wa diagih-agihkan kepada penduduk kampung.
Meraka mengucapakn berterima kasih dan ter-
pancar kegembiraan di wajah mereka. Kami pun
beramah mesra dan bergambar dengan mereka.
Kami merasa sungguh terharu dan berazam akan
terus membantu mereka mana yang termampu.
Keadaan ini menambahkan keinsafan kami.
Setelah selesai acara penyembelihan dan pem-
berian sumbangan, kami dihidang dengan ma-
kanan tengahari yang ringkas tetapi terasa sangat
diraikan. Oleh kerana faktor masa yang sangat ter-
had dan ditambah pula hari sudah gelap yang me-
nandakan tanda untuk hujan, maka kami bergegas
pulang dengan menaiki sampan sekali lagi. Cuaca
yang bertambah gelap dan aliran sungai yang de-
ras menambahkan kebimbangan tetapi alhamdulil-
lah kami semua selamat sampai semula ke hotel dengan penuh kepuasan bercampur perasaan ter-
haru.
Kami berpeluang melawat tempat bersejarah iaitu
Toul Sleng Genocide Museum. Ini merupakan pen-
jara yang terbesar dikenali sebagai S21 (Security Of-
fice 21) yang mempunyai penjara, alat untuk me-
nyiksa, senarai banduan, foto mangsa/askar dan
pelbagai jenis barangan serta dokumen berkaitan
yang pada asalnya adalah Tuol Svay Prey High
Sechool. Kami juga mengambil kesempatan untuk
membeli cenderahati di Central Market, Russian Market, Grand Palace tempat kediaman Raja No-
rodom Sihamoni, berkesempatan menaiki bot cruise pada sebelah malam tetapi kami tidak berpelu-
ang menikmati antara hidangan makanan tempatan yang terkenal iaitu Kor Lang Phnom (lembu naik
bukit).
19
Pada hari ke tiga rombongan berpeluang untuk melawat Universiti DiRaja Kemboja iaitu Perpustakaan
Pannasatra University of Cambodia. PPM juga telah membawa kutipan wang. Sumbangan wang tunai
tersebut telah diserahkan kepada Mufti Kemboja, Okhna SOS Kamry Hj Kamaruddin Yusof pada sebelah
malamnya.
Rombongan PPM pulang ke Malaysia pa-
da hari Jumaat, 18 Oktober. PPM ingin
merakamkan ucapan penghargaan
kepada semua penyumbang, mereka
yang menyertai ibadah korban dan
membantu menjayakan program ini bagi
merapatkan hubungan ukhuwah di ka-
langan ahli PPM dengan masyarakat
muslim Kemboja. Aktiviti seumpama ini
telah dapat meningkatkan keinsafan diri
kami sebagai rakyat Malaysia. Harapan
kami semoga lebih ramai ahli PPM tampil memberi sokongan dan sumbangan terhadap aktiviti seumpa-
ma ini.
Sekitar foto di Jrey Ondet, Kemboja
Sesi bertemu Mufti Kemboja