Download pdf - Bicara Edisi Khas

Transcript
Page 1: Bicara Edisi Khas
Page 2: Bicara Edisi Khas

M ajlis Syura Muslimun (MSM) ataupun dulunya dikenali dengan nama Is-lamic Representative Council (IRC) bukanlah satu nama yang asing bagi

pelajar-pelajar yang sedang atau pernah menjejak-kan kaki di bumi United Kingdom (UK) dan Eire. Pastinya usia 35 tahun tentunya banyak pengala-man ditimba dan banyak sejarah ditempa. Bagaimanapun, mungkin tidak ramai yang menge-tahui sejarah awal penubuhan dan perkembangan MSM. Kajian sejarah ini bertujuan untuk menying-kap dan mengupas sedikit sebanyak latar belakang MSM dari peringkat awal penubuhan, perkem-bangan sehingga kepada perkembangan mutakhir. Sejarah Awal Kedatangan pelajar Malaysia di UK Sejarah Awal Kedatangan pelajar Malaysia di UK Sejarah Awal Kedatangan pelajar Malaysia di UK Sejarah Awal Kedatangan pelajar Malaysia di UK dan Eiredan Eiredan Eiredan Eire Kesan daripada peristiwa 13 Mei 1969 dan antara langkah penyelesaian kerajaan terhadap peristiwa tersebut, menjelang digubalnya Dasar Ekonomi Baru (DEB) atau New Economic Model (NEP), kera-jaan telah menghantar secara beramai-ramai pela-jar Bumiputera ke seberang laut. Tempat utama adalah United Kingdom untuk melanjutkan pelaja-ran di sana. Pada masa itu pelajar Bumiputera yang dihantar adalah pelajar-pelajar beragama Islam. Sehubungan itu, para pelajar ini terdedah kepada budaya dan tatacara hidup yang asing bagi mereka. Culture Shock atau kejutan budaya pada masa tersebut merupakan salah satu cabaran besar yang harus mereka hadapi. Ramai yang mula terikut-ikut dengan budaya songsang ini. Budaya-budaya kufar dan jahiliyyah ini dikhuatiri meresap masuk jauh ke dalam pemikiran dan tatacara hidup pelajar Melayu ketika itu. Sebaliknya, fenomena ini juga turut menyedarkan sebahagian yang mahu kembali kepada ajaran Islam yang asal. Mereka berkesempatan untuk terlibat dalam Islamic Societies di universiti masing-masing. Pelajar-pelajar ini juga terdedah kepada buku-buku terjemahan hasil karya Sayyid Abul Ala Al-Mawdudi dan Sayyid Qutb. Pelajar-pelajar ini Berjaya menubuhkan satu jaringan dan penyusu-nan tidak rasmi di kalangan mereka untuk bergerak dalam Islamic Societies dan juga FOSIS di United Kingdom. Di Malaysia pula, para pelajar di institusi pengajian tinggi mula berkecimpung di dalam usaha-usaha dakwah dan lahirnya kesatuan bekas mahasiswa, PKPIM dan seterusnya ABIM. Di sudut politik tanah air, peristiwa 13 Mei juga mencetuskan perihal

pentingnya bukan sahaja penstrukturan semula politik negara. Formula politik komunal telah dapat dirundingkan ke arah wujudnya Barisan Nasional di bawah pimpinan Tun Razak. 1970197019701970----1975: Pelbagai golongan pelajar1975: Pelbagai golongan pelajar1975: Pelbagai golongan pelajar1975: Pelbagai golongan pelajar Manakala di UK, para pelajar Islam Malaysia boleh dikategorikan kepada tiga golongan. Pertama ialah mereka yang pada asalnya terdiri daripada pelajar-pelajar lepasan Institut Teknologi Kebangsaan (ITK) Malaysia atau kini lebih dikenali sebagai Universiti Teknologi Malaysia (UTM). Sewaktu di Malaysia mereka didedahkan kepada Lujnah Kerja Dakwah yang dipimpin oleh seorang da’ie yang mempunyai pendedahan dengan dakwah dan perjuangan Mas-jumi, Majlis Sjura Muslimin, Indonesia dan pemikiran tokoh agung Islam nusantara, Pak Natsir. Golongan kedua adalah pelajar-pelajar di serata UK yang terdedah kepada tarbiyyah sahabat-sahabat Arab yang bermastautin di UK akibat daripada pergolakan yang berlaku di Timur Tengah dan mereka ini didedahkan kepada fikrah atau kefahaman Ikhwanul Muslimin. Golongan yang ketiga pula adalah para pelajar di Brighton, Selatan UK, yang diperkenalkan kepada fikrah (pemikiran) daripada sahabat-sahabat Jama’ati Islami yang berasal dari Pakistan yang bermastautin ataupun menuntut di UK pada ketika itu. Sementara itu, terdapat juga pelajar yang tidak termasuk dalam mana-mana kelompok tadi. Pertemuan dan PenubuhanPertemuan dan PenubuhanPertemuan dan PenubuhanPertemuan dan Penubuhan Pada tahun 1972, mereka ini bersetuju untuk bertemu dan duduk semeja bagi membincangkan perihal penubuhan satu badan dakwah di UK. Usaha ini memperlihatkan pertembungan fikrah di kalangan mereka yang didedahkan kepada fikrah Ikhwanul Muslimin dengan mereka yang dididik dengan fikrah Jama’ati Islami. Pertembungan ini dilihat sebagai pertembungan yang sihat yang menyaksikan tertubuhnya satu badan dakwah kemudiannya. Selepas perhimpunan Musim Sejuk FOSIS pada 1974, satu pertemuan khusus diadakan di ka-langan wakil-wakil daripada Brighton, sahabat-sahabat MISG, pelajar-pelajar lepasan ITK dan pelajar-pelajar lainnya di Brighton. Pertemuan ini bertujuan membincangkan lebih lanjut idea asal penubuhan satu badan dakwah yang mula terbit pada tahun 1972 bagi menjadikan ia satu ken-yataan.

SEJARAH MSM (sumber

2

Page 3: Bicara Edisi Khas

24 Disember 1974 menjadi titik pertemuan pela-jar-pelajar tersebut di satu mesyuarat yang di-anjurkan khususnya untuk membincangkan perkara tersebut. Lanjutan daripada mesyuarat ini, pertemuan ketiga dirancang dan diadakan pada cuti Easter universiti pada musim bunga bulan Mac 1975. Daripada pertemuan inilah nama Islamic Representative Council (IRC) atau-pun Majlis Syura Muslimun (MSM) dipilih. Akhirnya pada perhimpunan musim panas FOSIS pada bulan Jun 1975, seramai 6 orang ahli syura telah dilantik bagi membentuk majlis syura tertinggi pertubuhan ini. Majlis syura ini diberi mandat untuk menguruskan pejalanan organisasi dan memilih wakil-wakil pelajar Islam Malaysia dan membentuk badan dakwah yang menumpukan tenaga kepada usaha pengislahan pelajar-pelajar Islam Malaysia di UK. Pada era 1970an dan 1980an, IRC merupakan antara badan dakwah yang giat menjalankan program-program pentarbiyyahan intensif. Winter dan Summer gatherings mampu mengumpulkan beratus-ratus peserta yang sanggup bersederhana demi menjalani bulan-bulan program. Para murab-bi daripada pelbagai latarbelakang mengisi pro-gram tarbiyyah sama ada fikrah, rohani mahupun jasmani. Usaha-usaha dakwah pada era ini berbeza den-gan sekarang. Istilah usrah dan daulah merupakan istilah yang janggal di kalangan kebanyakan pelajar. Malah fahaman sosialis turut menular di kalangan pelajar. Siri-siri debat terbuka merupakan agenda yang lazim untuk berhadapan dengan fikrah-fikrah ’Jahiliyyah’ ini. Tidak dinafikan wujudnya konflik sesama kumpulan Islam. Dakwah yang berkembang pesat ini telah berjaya melahirkan ramai aktivis yang mula kembali ke tanah air dan mula bergerak di dalam medan amal yang baru. Perlu dinyatakan bahawa fenomena kebangkitan pelajar Islam ini tidak hanya berlaku di UK mahupun Malaysia. Pendek kata, di mana ada para pelajar Melayu, maka di situlah seruan dakwah ini dirasai. Pada tahun 1991, IRC telah memutuskan untuk berdaftar di bawah Jabatan Penuntut Malaysia dengan menggunakan nama Majlis Syura Muslimun atau singkatannya MSM UK dan Ireland. Ini sekaligus mewujudkan kerjasama dengan JPM dan badan-badan yang berpayung di bawah JPM. Alhamdulillah, sehingga ke hari ini

sambutan daripada para pelajar amat menggalakkan. Pada 27 Disember 2010, MSM UK dan Ireland menukilkan satu lagi catatan baru dalam lipatan sejarah selama 35 tahun penubuhannya. Pada tarikh keramat ini belakunya proses penukaran nama Majlis Syura Muslimun UK dan Ireland kepada Pertubuhan IKRAM UK dan Ireland. Proses transformasi MSM kepada IKRAM ini bakal memberikan satu lonjakan besar kepada misi menyampaikan dakwah dan tarbiyah dengan lebih lancar dan laju. PenutupPenutupPenutupPenutup Cabaran dakwah masa kini menuntut semua badan dakwah untuk mewujudkan kerjasama erat. Terlalu banyak ruang-ruang amal yang belum diterokai. Justeru, tidak layak wujud sikap mendabik dada sesama badan-badan dakwah. Apatah lagi, sikap tidak boleh menerima kewujudan pihak lain. Tentunya Islam tidak untung dengan sikap ini. As-Syahid Hassan al-Banna pernah mengatakan “Impian semalam adalah realiti hari ini, dan impian hari ini adalah realiti hari esok.” Apa yang kita impikan pada hari ini tentulah kembali tertegaknya kalimah Allah di muka bumi ini. Pokoknya, matlamat kita jelas dalam mengejar impian ini segala usaha-usaha kita ditumpukan kea rah tercapainya matlamat ini. Dakwah ini ada penjaganya iaitu Allah. Sejarah membuktikan pelbagai usaha untuk menyekatnya tetapi ini adalah kesanggupan yang sia-sia sahaja. Seperti mana firman Allah “Dan mereka ingin memadamkan cahaya Allah (agama Islam) dengan mulut-mulut mereka. Tetapi Allah akan menyempurnakan cahayaNya walaupun orang-orang kafir membencinya.”

(As-Saff:8)

Wallahua’lam

SEJARAH MSM (sumber: Majalah Furqan 2000)

3

Page 4: Bicara Edisi Khas

4

P akcik Mahfuzh Safiee merupakan mantan Ameer Majlis Syura Mus-limun UK & Ireland pada

sesi 2001 sehingga 2004. Berikut sedikit pesanan beliau kepada generasi muda yang mewarasi perjuangan Ar-Rasul SAW serta pandangan beliau tentang penub-uhan IKRAM UK & Ireland. Dua pesanan utamaDua pesanan utamaDua pesanan utamaDua pesanan utama Pakcik Mahfuzh: Pesanan kepada generasi muda. Ada dua pesanan utama yang ana ingin sampaikan. Pertamanya ialah dari segi ilmu kita. Seha-rusnya kita tidak bergantung penuh kepada program-program usrah dan juga program-program MSM untuk kita mendalami ilmu. Umpamanya ilmu kita dalam bi-dang Al-Quran dan dalam bidang Hadis. Dalam bidang Al-Quran, kita seharusnya memperbanyak-kan pengkajian kita sendiri. Di samping itu kita mentelaah Al-Quran ini sebaiknya secara berguru dengan mana-mana guru yang ’available’. Kalaulah ada di kalangan ahli MSM, alhamdulillah. Tapi kalaulah kebetulan tidak ada guru di kalangan ahli MSM di ka-

wasan tempatan, maka kita cuba-lah mendalaminya dengan men-cari guru lain yang dapat menyam-paikan ilmu Al-Quran kepada kita. Begitulah juga dengan ilmu hadis. Ini adalah dua ilmu utama yang kita mesti dalami selaku ahli jemaah, selaku seorang yang ingin menjalani jalan dakwah ini. Kerana tidaklah wajar kita menyampaikan Islam kepada orang lain sedangkan ilmu Al-Quran dan ilmu Hadis kita tid-aklah sedalam mana. Dan kita seperti yang dinyatakan tadi, see-loknya kita tidak bergantung penuh kepada usrah dan kepada program MSM sahaja. Bergurulah dengan sesiapa sahaja yang dapat menyampaikan ilmu-ilmu ini dengan baik. Pesanan yang kedua ialah dalam kita menjalani jalan dakwah ini, kita hendaklah ada nafas pan-jang. Kita bergiat dalam dakwah bukan hanya sewaktu di UK saha-ja, sewaktu kita di peringkat ‘degree’ sahaja tetapi selepas ini juga kita perlu melibatkan diri dengan dakwah dalam pelbagai bentuk sebab untuk berdakwah ni bukanlah satu cara sahaja tetapi pelbagai cara dan bersesuaian dengan bakat dan minat kita. Jadi dakwah ini hendaklah dilakukan

PESANAN MANTAN AMEER M

Page 5: Bicara Edisi Khas

5

PESANAN MANTAN AMEER MSM UNTUK GENERASI MUDA

sewaktu kita bekerja, selepas kita berkahwin dan hinggalah ke akhir hayat kita. Bukan semata-mata di waktu UK sahaja kerana dalam pengalaman lepas kita lihat ramai di kalangan ahli MSM, mereka aktif di peringkat universiti sahaja tapi bila mana mereka pulang ke tanahair mereka bekerja, mereka berkahwin, tidak ada lagi istilah dakwah dalam hidup. Ini berlaku bukan sahaja di UK tetapi di tanahair juga yang mana kita lihat pelajar-pelajar peringkat universiti, mereka mengalami pengalaman y a n g s a m a d a n m e r e k a

mengalami masalah yang sama.

Penubuhan IKRAM UK & IrelandPenubuhan IKRAM UK & IrelandPenubuhan IKRAM UK & IrelandPenubuhan IKRAM UK & Ireland

Pakcik Mahfuzh:

S e t e r u s n y a a l h a m d u l i l l a h sekarang ini di tanahair pun telah wujud IKRAM, IKRAM telah dirasmikan dan alhamdulillah MSM terus menggabungkan diri dengan IKRAM dan memanglah

layak, memanglah sesuai untuk MSM menukarkan nama kepada IKRAM UK untuk menyelaraskan program di kedua-dua peringkat organisasi kerana MSM kini, itu nama lama kan, kini IKRAM UK, mereka merupakan sebahagian, s daripada IKRAM di tanahair. Kita tidaklah menafikan bahawa sesungguhnya MSM dengan IKRAM di tanahair, mereka mempunyai fikrah yang sama, mereka mempunyai identiti yang sama. Cuma yang bezanya ialah dari segi geografi. Tapi dengan kita merasmikan MSM ini menjadi IKRAM UK, itu akan mengeratkan lagi hubungan di antara IKRAM UK dengan IKRAM di tanahair nanti,

inshaAllah.

Pakcik Mahfuzh Safiee Ameer MSM 2001 - 2004

“Tidaklah wajar kita menyampaikan Islam kepa-

da orang lain sedangkan ilmu Al-Quran dan ilmu Hadis

kita tidaklah sedalam ma-

Page 6: Bicara Edisi Khas

6

TAHUN 1980 TAHUN 1979

TAHUN 1988 TAHUN 1985

Page 7: Bicara Edisi Khas

7

TAHUN 1990

TAHUN 2000

Edisi terakhir TAHUN 1999

TAHUN 1996

Page 8: Bicara Edisi Khas

8

I slam adalah deen yang da-tangnya dari Allah SWT, dia-nugerahkan kepada umat manusia melalui rasul-rasul

yang diketahui dan tidak diketahui. Islam datang dengan mesej yang jelas untuk membawa petunjuk dan rah-mat kepada seluruh alam termasuk bintang-bintang dan cakerawala. Semua ini jelas melalui kitab-kitab-Nya yang diutuskan melalui rasul-rasul yang dipilih oleh Allah SWT. Pertembungan antara al-haq dan batil telah pun berlaku dan akan terus ber-laku sehingga hari Qiamat. Al-haq dipelopori oleh nabi dan rasul mana-kala al-batil dipelopori oleh iblis serta kuncu-kuncunya dari kalangan jin dan manusia. Islam dating untuk memba-wa perubahan yang menyeluruh dari akar tunjangnya iaitu system ke-percayaan hinggalah ke seluruh bi-dang kehidupan. Namun apa yang dapat kita saksikan ialah Islam yang dapat kita lihat hari ini ini hanyalah sebahagian dari cebisan pengertian seluruh ajaran Islam yang diturunkan oleh Allah SWT. Malangnya perubahan yang berlaku saban waktu kini dipelopori oleh ke-batilan. Iblis dan kuncu-kuncunya terus-terusan berani membawa peru-bahan. Ianya bukanlah perubahan kea rah kebenaran dan taqwa tetapi perubahan yang menjahanamkan seluruh ruang lingkup kemanusiaan dan alam ini. Satu demi satu system hidup yang ganjil dipaksakan dan

dicipta untuk kita. Berbagai bentuk order dunia baru yang dipelopori oleh barat berkecamuk dalam hidup kita seharian. Satu demi satu negara yang dipimpin oleh pemimpin masyarakat menganut semua ideologi karut ini dan dipaksakan ke atas umat manu-sia lainnya. Inilah bencana alam yang sangat he-bat dari segala macam bencana alam kerana ianya bukan sahaja alam seki-tar, mencederakan haiwan atau bi-natang, namun membawa perubahan ideology, aqidah ke atas umat manu-sia sehingga akhirnya mereka lupa akan kekuasaan yang paling agung iaitu Allah SWT yang menjadi tuan dan raja bagi seluruh alam. Segala ajaran kitab Allah ditinggalkan mana-kala segala ciptaan makhluk diagung-agungkan. Inilah akibat yang telahpun melanda seluruh umat manusia kini tak terkecuali turut sama dirasakan di tanahair kita. Sebahagian hukum Allah SWT diambil dan dicedok buat penyedap rasa go-longan tertentu manakala sebahagian

ISLAM & PERUBAHAN (Petikan Majalah FURQAN Oktober 1996)

Page 9: Bicara Edisi Khas

9

hagian lagi ditinggalkanapatah lagi untuk dilaksanakan dan dipertahan-kan. Inilah mehnah yang paling besar dalam abad ini, penolakan kitab Allah dalam ruang lingkup kehiudapan manusia. Jadilah manusia yang serba kerdil ini namun sombong lagi takbur dengan kekuasaan yang ada pada mereka menindas golongan beriman dan terus-terusan berani menolak ajaran Allah SWT. Oleh yang demikian, adalah menjadi satu tanggungjawab setiap muslim sama ada dia itu cerdik atau tidak,

sama ada dia kuat atau lemah, bangun dari kelenaan dan terus kem-bali merangkul semula ajaran Allah SWT yang mulia lagi suci ini dengan penuh rasa tanggungjawab dan penuh keimanan. Inilah satu bukti yang kita benar-benar memahami akan syaha-dah yang sering kita ucapkan dalam solat. Setiap dari kita sememangnya mempunyai tanggungjawab duniawi untuk mencari makan dan mengisi perut, namun janganlah lupa bahawa itu sahaja bukan tujuan kita dicip-takan. Kita diciptakan untuk menyem-bah Allah SWT dengan erti kata

beriman, menghayati, mempertahan-kan dan memperjuangkan agar se-luruh ajaran Islam ini dapat dihayati dan dilaksanakan di muka bumi ini. Akal yang serba canggih kalau digunakan sekadar mencari makan dan minum, maka haiwan ternakan kadangkala lebih pandai dari kita da-lam hal mencari makan. Kalau seka-dar badan yang kuat sudah tentu gajah lebih kuat untuk mematahkan kayu balakdan kalaulah hanya untuk beranak-pinak maka haiwan seperti ayam itik lebih banyak anaknya dari manusia. Ingatlah tujuan kita dilahirkan ke atas dunia ini ialah sebagai wakil dan duta Allah SWT. Tugas kita adalah untuk memastikan ajaran-Nya dilaksanakan dan menjadi agen perubahan ke arah taqwa, rahmat dan membawa petun-juk kepada seluruh umat manusia. Inilah tugas kita dan marilah kita sa-ma-sama berganding bahu bagi mere-alisasikan tanggungjawab yang besar lagi berat ini dengan keyakinan baha-wa Allah SWT akan membalas segala amal kita dengan Jannatul Firdaus yang dihiasi dengan bidadari yang tidak pernah terusik, makanan yang sedap dan buah-buahan yang mudah dipetik serta minuman dari air sungai yang bersih lagi tidak memabukkan. Itulah ganjaran buat kita semua sekiranya kita sedar dan menunaikan tugas yang besar ini. Oleh: Ustaz Shamsul Ma’arif Hj Ismail

ISLAM & PERUBAHAN (Petikan Majalah FURQAN Oktober 1996)

“Pertembungan antara al-

haq dan batil telah pun ber-

laku dan akan terus berlaku

sehingga hari Qiamat.”

Page 10: Bicara Edisi Khas
Page 11: Bicara Edisi Khas
Page 12: Bicara Edisi Khas

AMEER MSM UK & IRELANDAMEER MSM UK & IRELANDAMEER MSM UK & IRELANDAMEER MSM UK & IRELAND

1. Dr Dzulkefly Ahmad

2. Prof Dr Badlishah Sham Baharin

3. Prof Dr Azahari Salleh

4. Prof Madya Dr Omar Yaakob

5. Prof Dr Abdul Latiff Mohamed

6. Hasan Husin

7. Mohd Husni Abdul Shukor

8. Mahfuzh Safiee

9. Prof Dr Mohd Fauzi Abdul Rani

10. Dr Mohd Hafizal Mohd Yunus

11. Dr Mohd Isa Hamzah

12. Azman Abdul Rashid

13. Abdul Azim Ismail

TEMA PERHIMPUNAN MUSIM SEJUKTEMA PERHIMPUNAN MUSIM SEJUKTEMA PERHIMPUNAN MUSIM SEJUKTEMA PERHIMPUNAN MUSIM SEJUK

1992: “Pengukuhan Peribadi Muslim”

1993: “Peribadi Muslim Membina Ummah”

1994: “Menyumbang Ke Arah Kesinambungan Risalah”

1995: “Muslim Sejati, Pencorak Peradaban Dunia”

1996: “Mendokong Risalah Membina Ummah, Tsabat Menuju Abad ke-21”

1997: “Penjanaan Duat Pembinaan Ummat”

1998: " dan persiapkanlah diri untuk menghadapi mereka dengan kekuatan apa saha-

ja yang kamu mampu ..."

1999: “ Hanya dengan mengingati Allah sahaja, hati akan menjadi tenang tenteram”

2001: “Di Bawah Naungan Al-Quran”

2002: “Insan Soleh Wa Musleh: Peneraju Kegemilangan Islam”

2004: “A Journey to Become Rawahil”

2005: “In the Footsteps of the Quranic Generation”

2006: “Magnificence of the Ummah – One Appreciation, One Inspiration, One Mission”

2007: “Ctrl + Shift + Enter”

2008: “Experience the Difference”

2009: “What’s Next”

2010: “Revival of a Rhythm”


Recommended