Download doc - Blended Learning Notes Bm

Transcript

BLENDED LEARNING

BLENDED LEARNING

Definisi

Menurut Harding ( 2005 ) , Blended Learning pendekatan pembelajaran yang mengintergrasikan pembelajaran tradisional bersemuka dan pembelajaran jarak jauh yang menggunakan sumber belajar online dan pelbagai jenis komunikasi yang dapat digunakan oleh guru.

Blended Learning sesuai digunakan bagi mengatasi kekurangan pendekatan tradisional. Blended Learning dapat meningkatkan potensi dan bakat murid. Kementerian Pelajaran menggalakkan dan menggunakan pelbagai strategi pembelajaran yang boleh di manfaatkan. Blended Learning adalah strategi pembelajaran yang lebih efektif dan sistem pembelajaran yang lebih luas Ciri-Ciri Pengajaran Blended LearningSewaktu PdP guru bersemuka dengan murid dengan menggunakan bahan bahan yang tersedia di internet.

Model Pengajaran dan Pembelajaran Blended Learning memerlukan guru mengakses internet, mengintergrasi teknologi komputer. Contohnya memuat turun video dan simulasikan di dalam kelas sewaktu PdP.

Murid mencari bahan-bahan di internet dan membentangnya di dalam kelas.

Guru memperluaskan BBM ( media dan bahan bahan yang boleh di akses di internet).

Guru mengoptimakan penggunaan email ( email kumpulan ) sebagai wahana perbincangan dengan murid bagi tujuan mengumpulkan pelbagai bahan.

Guru boleh menggabungkan pembelajaran bersemuka dengan meningkatkan penggunaan e-Learning sebagai strategi pembelajaran gabungan. Penggabungan strategi pembelajaran ini akan dapat meningkatkan mutu pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu dan juga akan menarik minat murid untuk belajar.

Kelebihan Strategi Pembelajaran Gabungan( Blended Learning )

Manfaat Blended LearningProses belajar mengajar tidak hanya tatap muka tetapi menambah waktu pembelajaran dengan memanfaatkan teknologi dunia maya.

Mempermudah dan mempercepat proses komunikasi non-stop antara guru dan murid.

Meningkatkan Kemahiran ICT pelajar dan guru.

Membantu mempercepatkan proses pengajaran.

Murid dapat belajar dengan lebih efektif dan menyeronokkan.

Pembelajaran secara kendiri (individu) lebih berkesan.

Rajah 1 : Manfaat Blended LearningManfaat Blended Learning

memanfaatkan

teknologi

maya

proses komunikasi lebih cepat dan mudah

Murid dan guru bersama-sama belajar

murid belajar dengan lebih efektif

proses pengajaran lebih cepat

pembelajaran kendiri