PSZ 19:16 (Pind. 1/97)
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS
JUDUL: PEMBANGUNAN MODUL PENGAJARAN PENGETAHUAN
PEDAGOGI KANDUNGAN DAN MODEL KONSTRUKTIVISME
5 FASA BAGI TAJUK TEKANAN MATA PELAJARAN FIZIK
KBSM TINGKATAN EMPAT
SESI PENGAJIAN:2009/2010
Saya NURUL AIMI BINTI MOHD SHAH
(HURUF BESAR)
mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di perpustakaan
Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut:
1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia
2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan
Pengajian sahaja.
3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara
Institusi pengajian tinggi.
4. ** Sila tandakan ( )
(Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau
SULIT kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam
AKTA RAHSIA RASMI 1972)
SULIT (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan
oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan)
TIDAK TERHAD
Disahkan oleh,
(TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA)
Alamat Tetap: PROF MADYA AZIZ BIN NORDIN
Batu 15 ½ Jalan Muar, Nama Penyelia
84900 Tangkak Johor.
Tarikh: 20 April 2010 Tarikh: 20 April 2010
CATATAN: * Potong yang tidak berkenaan.
** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD sila lampirkan surat daripada pihak
berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini
perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD
Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara
Penyelidikan, atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan, atau
Laporan Projek Sarjana Muda (PSM).
√
“Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini
adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan Ijazah
Sarjana Muda Sains serta Pendidikan (Fizik).”
Tandatangan :
Nama Penyelia : PROF. MADYA AZIZ BIN NORDIN
Tarikh : 20 April 2010
PEMBANGUNAN MODUL PENGAJARAN PENGETAHUAN PEDAGOGI
KANDUNGAN DAN MODEL KONSTRUKTIVISME 5 FASA BAGI
TAJUK TEKANAN MATA PELAJARAN FIZIK KBSM TINGKATAN
EMPAT
NURUL AIMI BINTI MOHD SHAH
Tesis ini dikemukakan
sebagai memenuhi sebahagian syarat
penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains serta Pendidikan
(Fizik)
Fakulti Pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia
2010
“Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya kecuali nukilan dan ringkasan yang tiap-
tiap satunya telah saya perjelaskan sumbernya”
Tandatangan :
Nama Penyelia : NURUL AIMI BINTI MOHD SHAH
Tarikh : 20 April 2010.
DEDIKASI
Teristimewa buat ayahandaku MOHD SHAH BIN MOHD LAYA,
Yang amat kusayangi buat bondaku HAMIDAH BINTI ABDULLAH,
Untuk adik-beradikku MOHD ASYRAF SHAH, MOHD AZRUL, MUHAMMAD
IRFAN.
Pengorbanan yang kalian berikan terlalu tinggi nilainya,
Terima kasih di atas nasihat dan doronganmu,
Yang sentiasa mendoakan kejayaanku.
Ribuan terima kasih dan sanjungan buat PROF. MADYA AZIZ BIN NORDIN,
Di atas segala tunjuk ajar dan kesabaranmu,
Tidak terbalas budi baikmu itu.
Tidak lupa untuk rakan-rakan seperjuangan,
Terima kasih banyak-banyak,
Berjaya jua kita akhirnya di puncak kejayaan……
Alhamdulillah….
ABSTRAK
Permasalahan proses pengajaran dan pembelajaran dalam kalangan pelajar
dan guru dapat diminimumkan dengan penggunaan bahan pengajaran yang
bersesuaian dan efektif. Tujuan kajian ini adalah untuk membangunkan Modul
Pengajaran sebagai satu penemuan idea baru dalam mewujudkan proses pengajaran
dan pembelajaran yang efektif. Pembangunan dua Modul Pengajaran bagi tajuk
Forces and Pressure dalam topik Applying Archimedes’ Principle dan
Understanding Bernoulli’s Principle adalah memenuhi Huraian Sukatan Pelajaran
Fizik KBSM Tingkatan Empat. Pembangunan Modul Pengajaran ini bertujuan untuk
dijadikan sebagai panduan kepada guru-guru latihan mengajar, guru-guru baru dan
guru-guru yang bukan opsyen Fizik dalam proses pengajaran bagi konsep Daya dan
Gerakan. Pengkaji telah membangunkan Model Pengajaran ini dengan
menggabungkan dua model iaitu Model RELAD dan Model Jerrold and Kemp.
Penyampaian, strategi dan aktiviti pengajaran dibina berdasarkan Model
Konstruktivisme Lima Fasa dan menekankan aspek Pengetahuan Pedagogi
Kandungan (PPK) dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Tujuh orang guru
berpengalaman dilibatkan dalam pembangunan dan penilaian modul ini. Antara
aspek yang dinilai dalam Modul Pengajaran ini adalah isi kandungan dan reka
bentuk, strategi pengajaran, penggunaan media pengajaran dan penilaian pengajaran.
Secara keseluruhannya, Modul Pengajaran yang dibangunkan ini bersesuaian sebagai
bahan pengajaran dan pembelajaran yang boleh digunakan dalam kalangan guru di
sekolah.
ABSTRACT
Problems in teaching and learning process among teachers and students can
be minimized using suitable and effective teaching aids. The objective of this
research is to develop a teaching module to create effective teaching and learning
process. The developments of two teaching modules for two subtopics which are
Applying Archimedes Principle and Understanding Bernoulli’s Principle which are
under the topic of “Forces and Pressure” fulfill the Form Four KBSM Physics
Syllabus. This teaching module can serve as guidance for trainee teachers, new
teachers and non Physics major teachers in teaching of Force and Pressure’s
concepts. This teaching module is developed by combining two modules which are
RELAD and Jerrold and Kemp models. Delivering, strategies and teaching activities
are built based on Five Phase Constructivist Model and emphasized the concept of
Pedagogical Content Knowledge (PCK). Seven senior teachers were involved in the
development and assessment for this module. The aspects being assessed in this
teaching module are contents and design, teaching strategies, teaching media and
teaching assessment. But overall, this teaching module is suitable as teaching and
learning aid which can be used among the teachers in school.
KANDUNGAN
BAB PERKARA MUKA SURAT
PENGESAHAN i
PENGAKUAN PENYELIA ii
JUDUL iii
PENGAKUAN PENULIS iv
DEDIKASI v
PENGHARGAAN vi
ABSTRAK vii
ABSTRACT viii
KANDUNGAN ix
SENARAI GAMBAR RAJAH xv
SENARAI SINGKATAN xvi
SENARAI LAMPIRAN xvii
1 PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan 1
1.2 Latar Belakang Masalah 3
1.2.1 Pendekatan Bahan
Pengajaran
4
1.2.2 Pengetahuan Pedagogi
Kandungan
5
1.2.3 Pengetahuan Terhadap
Isi Kandungan
6
1.3 Pernyataan Masalah 7
1.4 Objektif Kajian 7
1.5 Rasional Kajian 8
1.6 Kepentingan Kajian 8
1.7 Skop Kajian 9
1.8 Pengertian Istilah 9
1.9 Rumusan 12
2 SOROTAN PENULIS
2.1 Pengenalan 13
2.2 Pengajaran dan Pembelajaran 13
2.3 Kaedah-Kaedah Pengajaran 14
2.3.1 Kaedah Eksperimen 14
2.3.2 Kaedah Perbincangan 15
2.3.3 Kaedah Projek 15
2.3.4 Kaedah Koperatif 15
2.3.5 Kaedah Simulasi 16
2.4 Model Jerrold and Kemp
(1994)
16
2.4.1 Rasional Penggunaan
Model Jerrold and
Kemp (1994)
18
2.5 Kajian-Kajian Lepas Tentang
Pendekatan Konstruktivisme
dalam Pengajaran dan
Pembelajaran
19
2.5.1 Aplikasi Model
Pengajaran
Konstruktivisme Lima
Fasa dalam Modul
Pengajaran bagi Tajuk
Tekanan
20
2.6 Pengetahuan Pedagogi
Kandungan (PPK)
22
2.7 Kajian Lepas Tentang
Pemahaman Pelajar Berkaitan
Konsep Tekanan
24
2.8 Kajian-Kajian Tentang
Pengetahuan Pedagogi
Kandungan (PPK) Tentang
Mata Pelajaran Fizik
26
2.9 Rumusan 28
3 METODOLOGI
3.1 Pengenalan 29
3.2 Kandungan Modul 29
3.2.1 MP I: Applying
Archimedes’
Principle
30
3.2.2 MP II: Understanding
Bernoulli’s
Principle
30
3.3 Reka Bentuk Modul 31
3.3.1 Analisis (Analysis) 34
3.3.2 Reka Bentuk (Design) 35
3.3.2.1 Pembentukan
Matlamat dan Objektif
sebagai Keperluan
Pembelajaran
36
3.3.2.2 Objektif
Pembelajaran
36
3.3.2.3 Kandungan
Pengajaran
36
Mengikut
Sukatan
3.3.2.4 Perancangan
Aktiviti
Pengajaran
36
3.3.2.5 Perancangan
Sumber
Pengajaran
37
3.3.2.6 Pengajaran
Memenuhi
Ciri-ciri
Pelajar
37
3.3.2.7 Penilaian 37
3.3.2.8 Rujukan 37
3.3.3 Pembangunan
(Development)
38
3.3.4 Penilaian (Evaluate) 38
3.4 Rangka Kerja Keseluruhan 39
3.5 Rumusan 39
4
PEMBANGUNAN MODUL
4.1 Pengenalan 40
4.2 Penggunaan Modul 40
4.3 Reka Bentuk Modul 41
4.3.1 Muka Depan 42
4.3.2 Keperluan 44
Pembelajaran
4.3.3 Ciri-Ciri Pelajar 45
4.3.4 Isi Kandungan 46
4.3.5 Objektif Pembelajaran 47
4.3.6 Aktiviti Pengajaran 48
4.3.7 Sumber Pengajaran 50
4.3.8 Penilaian Pengajaran 51
4.3.9 Rujukan 56
4.4 Rumusan 59
5 PERBINCANGAN, KESIMPULAN
DAN CADANGAN
5.1 Pengenalan 60
5.2 Perbincangan Pembangunan
Modul
60
5.2.1 Penyampaian
Pengajaran
61
5.2.2 Pemilihan dan
Perlaksanaan Reka
Bentuk
62
5.2.3 Kekurangan Sumber
tentang Pengetahuan
Pedagogi Kandungan
(PPK)
62
5.2.4 Kekurangan Masa 63
5.3 Perbincangan Penilaian Modul 63
5.4 Cadangan Mengatasi Masalah 64
5.5 Cadangan Kajian Pada Masa
Hadapan
65
5.6 Kesimpulan 66
5.7 Rumusan 67
RUJUKAN 68
LAMPIRAN 73
SENARAI GAMBAR RAJAH
NO. RAJAH TAJUK MUKA SURAT
2.1 Model Konstruktivisme Lima Fasa 21
3.1 Model RELAD 31
3.2 Model Model Jerrold and Kemp 32
3.3 Ubahsuai Model Jerrold and Kemp 33
3.4 Fasa Analisis 34
3.5 Reka Bentuk Modul 35
3.6 Rangka Kerja Keseluruhan 39
4.1 (a) Muka Depan Modul I 42
4.1 (b) Muka Depan Modul II 43
4.2 Keperluan Pembelajaran 44
4.3 Ciri-Ciri Pelajar 45
4.4 Isi Kandungan 46
4.5 Objektif Pembelajaran 47
4.6 (a) Eksperimen 48
4.6 (b) Aktiviti Pengukuhan 49
4.7 Pembentangan “Power Point” 50
4.8 (a) Penilaian Pengajaran (Peta Konsep) 51
4.8 (b) Penilaian Pengajaran (Isi Tempat Kosong) 52
4.8 (c) Penilaian Pengajaran (Melabel) 53
4.8 (d) Penilaian Pengajaran (Teka Silang Kata) 54
4.8 (e) Penilaian Pengajaran (Permainan) 55
4.9 (a) Penyampaian Pengajaran 56
4.9 (b) Perancangan Pengajaran 57
4.9 (c) Jawapan Penilaian 58
SENARAI SINGKATAN
NO. SINGKATAN KETERANGAN
1. MP Modul Pengajaran
2. KBSM Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah
3. P&P Pengajaran dan Pembelajaran
4. PPK Pengetahuan Pedagogi Kandungan
SENARAI LAMPIRAN
LAMPIRAN PERKARA MUKA SURAT
A Soal Selidik 73
Penilaian Modul Pengajaran 77
B Surat Kebenaran Meminta 85
Maklumat
BAB 1
PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan
Dalam melangkah ke era modenisasi, gah berdirinya sesebuah negara itu
adalah bersandarkan kepada sistem pendidikannya sama ada berkualiti ataupun tidak.
Pendidikan yang berkualiti dan cemerlang merupakan aset penting dalam
membangunkan dan memajukan sesebuah negara. Masalah, kritikan dan perdebatan
dalam dunia pendidikan sering kali dibahaskan. Oleh itu, idea-idea bernas perlu
dicanang dan seterusnya dilaksanakan demi menangani cabaran dan kesukaran dalam
bidang pendidikan yang ditempuh setiap tahun.
Matlamat sistem pendidikan negara adalah melahirkan insan kamil yang
seimbang dan harmoni dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek, dan sahsiah (JERIS)
– selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Falsafah Pendidikan Negara.
Falsafah ini sukar dicapai dan menjadi kenyataan sekiranya Kurikulum Bersepadu
Sekolah Rendah (KBSR) dan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM)
tidak dilaksanakan secara menyeluruh dan sistematik di mana relevan dengan
keperluan, keupayaan dan potensi pelajar serta sejajar dengan peredaran zaman.
Begitu juga dengan matlamat Falsafah Pendidikan Sains Negara yang
menekankan tentang perkembangan seseorang individu. Matlamat tersebut adalah
seperti berikut :
“Selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan, pendidikan sains di Malaysia
memupuk budaya Sains dan Teknologi dengan memberi tumpuan kepada
perkembangan individu yang kompetitif, dinamik, tangkas dan berdaya tahan serta
dapat menguasai ilmu sains dan keterampilan teknologi,”
(Pusat Perkembangan Kurikulum, 2003)
Sukatan Pelajaran Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah Fizik
mengatakan bahawa Fizik adalah bidang ilmu yang mengkaji tentang jirim dan
tenaga serta hubung kait antaranya. Ia merangkumi konsep dan prinsip yang perlu
difahami pelajar supaya boleh diaplikasikan dalam kehidupan seharian. Kebanyakan
pelajar hanya menghafal rumus, konsep dan jalan penyelesaian masalah Fizik tanpa
memahami pengetahuannya dengan betul. Natijahnya, para pelajar gagal dalam
meningkatkan pencapaian akademik mereka dalam mata pelajaran Fizik serta tidak
menguasai sesuatu konsep secara menyeluruh.
Guru bertanggungjawab dalam mewujudkan proses pengajaran dan pembelajaran
yang efektif dengan memperkayakan gaya pengajaran serta pembelajaran. Guru
yang mempunyai sifat kreatif dan kritis serta sentiasa meneroka kaedah-kaedah baru
dalam perancangan dan pengajaran amat diperlukan dalam menjamin kecemerlangan
institusi pendidikan negara. Dengan mempelbagaikan teknik pengajaran iaitu tidak
terikat dengan satu kaedah pengajaran sahaja dapat mengelakkan kebosanan dalam
kalangan pelajar. Guru perlu memastikan perancangan pengajaran bersesuaian
dengan kehendak pelajar supaya dapat memberi kesan positif kepada pembelajaran
pelajar.
Menurut Emeliana (2009), penyediaan bahan P&P yang sesuai, cekap dan
berkesan yang melibatkan penglibatan aktif pelajar amat penting dalam
mengembangkan potensi individu pelajar. Kaedah dan teknik perbincangan, soal
jawab dan latih tubi berupaya untuk mewujudkan pembelajaran yang maksimum
dalam kalangan pelajar. Bahan P&P yang digunakan seharusnya merangkumi
pendekatan, kaedah, dan teknik pengajaran yang selaras dengan objektif dan
matlamat di samping aktiviti yang berkaitan dengan pengajaran.
Adakah guru sekarang menjalankan proses P&P mengikuti strategi dan
prosedur yang betul? Sekiranya guru gagal dalam mewujudkan proses P&P yang
berkesan, pelajar juga gagal untuk menerima dan memahami pengajaran guru.
Modul Pengajaran ini dirancang sebagai panduan kepada guru dalam mewujudkan
proses P&P yang berkesan dengan menggunakan bahan P&P yang bersesuaian
dengan isi kandungan dan aktiviti pengajaran. Dengan kehadiran Modul Pengajaran
(MP) ini, guru boleh mengajar pengajaran dengan teratur dan sistematik malah ia
akan mengasah guru untuk mahir semasa proses P&P.
Justeru itu, diharapkan (MP) ini akan membantu guru Fizik mengajar dengan
lebih terancang dengan elemen-elemen yang diterapkan dalam modul ini seperti
penentuan objektif, penyampaian isi kandungan, penilaian berterusan pembelajaran
pelajar dan bahan pengajaran P&P. Seterusnya, pencapaian pelajar dalam mata
pelajaran Fizik juga dapat ditingkatkan.
1.2 Latar Belakang Masalah
Guru perlu peka dengan setiap masalah yang melibatkan pembelajaran
pelajar. Pemilihan bahan dan kaedah P&P yang relevan dengan pelajar amat penting
kepada pelajar untuk menerima dan memahami pengajaran dengan mudah.
Tanpa bahan dan kaedah P&P yang sesuai, pembelajaran dalam kalangan
pelajar sukar berlaku. Antara faktor-faktor yang menyebabkan masalah dalam proses
P&P yang dikaji pengkaji adalah pendekatan bahan pengajaran, pengetahuan
pedagogi kandungan, dan pengetahuan terhadap isi kandungan pengajaran.
1.2.1 Pendekatan Bahan Pengajaran
Dewasa ini, buku rujukan dan buku latihan muncul dan memenuhi di pasaran
seperti cendawan tumbuh selepas hujan. Tetapi, adakah bilangan bahan pengajaran
dan pembelajaran yang melimpah-ruah di pasaran menjamin kualiti bahan tersebut?
Kualiti sesuatu bahan rujukan semakin hilang dari segi isi kandungan yang kurang
menarik, tidak mengikuti huraian sukatan pelajaran, teks yang bersifat hafalan, dan
sebagainya.
Persembahan isi kandungan kurang menarik dan kurang memberi peluang
berfikir secara bebas (Nor Rahimah, 2003). Kebanyakan bahan pengajaran di
pasaran tidak menggalakan pelajar berfikir secara kreatif dan kritis. Syarikat
pemasaran dan penerbitan hanya memikirkan keuntungan semata-mata daripada
menghasilkan produk yang sepatutnya relevan dengan pelajar.
Mohd Ali & Shaharom (2003) mengatakan bahawa pendekatan pengajaran dan
pembelajaran yang terkini kurang memberi perhatian kepada bidang kognitif yang
tinggi. Apabila pelajar berhadapan dengan soalan yang lebih sukar dan mencabar,
mereka tidak dapat menyelesaikan masalah tersebut. Ini disebabkan, bahan
pembelajaran yang berada di pasaran tidak menepati kriteria yang sepatutnya ada.
Buku teks yang dibina secara ringkas dan umum memberi masalah kepada
pelajar untuk memahami mata pelajaran Fizik dengan lebih mendalam. Ini akan
menyebabkan pelajar menghadapi masalah dalam menyelesaikan masalah. Ini
sekaligus akan mengakibatkan pelajar menganggap mata pelajaran Fizik sebagai satu
mata pelajaran yang sukar.
Oleh itu, guru, pelajar dan ibu bapa haruslah bijak dalam membeli bahan
pengajaran dan pembelajaran supaya tidak tertipu dengan syarikat penerbitan yang
memikirkan keuntungan semata-mata.
1.2.2 Pengetahuan Pedagogi Kandungan
Pengetahuan Pedagogi Kandungan (PPK) adalah keupayaan guru untuk
menafsirkan dan menterjemahkan isi kandungan mata pelajaran selaras dengan
pengetahuan sedia ada pelajar, minat dan kebolehan pelajar. Ini bertujuan agar isi
kandungan itu mudah dikuasai semua pelajar.
Peranan guru bukan sahaja perlu mempunyai kefahaman yang menyeluruh
tentang sesuatu konsep atau teori, malah guru yang baik perlulah memahami cara-
cara membentuk pemahaman pelajar. Guru haruslah mengetahui dan mengkaji cara-
cara memahamkan pelajar tentang sesuatu konsep atau mata pelajaran. PPK adalah
meliputi pengetahuan cara mengajar dan pengetahuan konseptual mata pelajaran.
Dalam setiap pengajaran, guru perlulah mengaplikasikan kemahiran mengajar
yang berkesan dengan menggunakan pelbagai teknik pengajaran, menyediakan bahan
yang sesuai serta mempunyai perancangan masa yang baik. Perancangan dan
pemilihan kaedah perlulah mengambil kira tahap keupayaan pelajar dan keadaan
kelas. Dari segi penyediaan bahan, pemilihan sumber perlu dirancang dengan teliti
dan bijak memaksimumkan penggunaan sumber yang dipilih. Kepelbagaian
penggunaan alat bantu mengajar seperti LCD, komputer, OHP, CD dan sebagainya
berupaya menjadikan pengajaran guru tidak membosankan. Perancangan masa bagi
setiap aktiviti pengajaran perlu munasabah dan mencapai objektif.
Tambahan lagi, proses komunikasi yang baik antara guru dan pelajar
merupakan salah satu aspek penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
Komunikasi yang wujud ini member ruang interaksi yang membolehkan proses
penyampaian ilmu dilakukan dengan berkesan dan pembelajaran dilakukan secara
komprehensif (Norasliza & Zaleha, 2008).
Daripada semua pernyataan di atas, guru Fizik haruslah bersifat kreatif dan
inovatif dalam mencipta kelainan semasa proses pengajaran agar dapat mewujudkan
pembelajaran yang berkesan di kalangan pelajar.
1.2.3 Pengetahuan Terhadap Isi Kandungan
Pengetahuan terhadap sesuatu isi kandungan yang hendak diajar perlulah
secara menyeluruh dan maksimum. Guru perlu menguasai ilmu pengetahuan lantas
dapat merangsang dan meluaskan skop pemikiran pelajar sekaligus memupuk minat
terhadap usaha meneroka ilmu yang bersifat tiada sempadan. Jika guru tidak dapat
menguasai pengetahuan sepenuhnya, sudah tentu objektif pengajaran tidak tercapai.
Pelajar juga sukar faham dengan isi pengajaran sekaligus akan menyebabkan pelajar
tidak berminat terhadap mata pelajaran yang dipelajarinya.
Bagi guru yang bukan opsyen Fizik, mereka mengalami masalah dalam
menyelesaikan masalah-masalah Fizik dan sukar mengaitkan konsep Fizik dalam
kehidupan seharian. Ini akan memberi masalah kepada pelajar untuk memahami
mata pelajaran Fizik yang abstrak sekiranya guru gagal menyampaikan pengetahuan
dengan efektif. Dalam dunia pendidikan ini, keberkesanan pengajaran dan
penyampaian ilmu pengetahuan kepada pelajar itu mencerminkan kecemerlangan
seseorang guru.
1.3 Pernyataan Masalah
Kajian yang dijalankan adalah untuk membangunkan Modul Pengajaran bagi
mata pelajaran Fizik Tingkatan Empat yang bertajuk Daya dan Tekanan sebagai
bahan P&P bagi sekolah menengah. Ini adalah salah satu usaha untuk mengatasi
masalah P&P di mana ia boleh digunakan kepada guru praktikal, guru baru dan guru
bukan opsyen Fizik. Modul yang dilengkapi dengan aspek teknik penyampaian, isi
kandungan pengajaran dan kemahiran pedagogi.
1.4 Objektif Kajian
Setiap bahan pengajaran yang dibina mestilah menepati kehendak Huraian
Sukatan Pelajaran Malaysia. Pembangunan Modul Pengajaran ini bertujuan untuk
kegunaan dan rujukan kepada guru praktikal Fizik, guru baru Fizik dan guru bukan
opsyen Fizik yang mengajar mata pelajaran Fizik Tingkatan Empat.
Antara objektif kajian ini:
1. Membangunkan dua Modul Pengajaran bagi mata pelajaran Fizik Tingkatan
Empat bagi tajuk Daya dan Tekanan dengan menggunakan pendekatan Model
Konstruktivisme Lima Fasa iaitu
MP I : Archimedes’ Principle
MP II : Bernoulli’s Principle
2. Membangunkan dua Modul Pengajaran bagi mata pelajaran Fizik Tingkatan
Empat bagi tajuk Daya dan Tekanan berasaskan pengetahuan pedagogi
kandungan iaitu :
MP I : Archimedes’ Principle
MP II : Bernoulli’s Principle