PSZ 19:16 (Pind. 1/97)
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA CATATAN : * Potong yang tidak berkenaan
BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS
JUDUL : PERSEPSI IBU BAPA PELAJAR TERHADAP RANCANGAN
MAKANAN TAMBAHAN (RMT) DI SEKOLAH KEBANGSAAN
SESI PENGAJIAN : 2007/2008 Saya NOR IZWANI BINTI DAUD
(HURUF BESAR) mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut :
1. Tesis ini adalah hak milik Universiti Teknologi Malaysia. 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara institusi pengajian tinggi. 4. ** Sila tandakan ( √ )
SULIT
(Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972)
TERHAD
(Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh organisasi / badan di mana penyelidikan dijalankan
TIDAK TERHAD
__________________________ (TANDATANGAN PENULIS) Alamat Tetap 9A, Jalan Behor Pulai, Kg.Sg. Bakong, 01000 Kangar, Perlis Tarikh : 24 APRIL 2008
____________________________________
(TANDATANGAN PENYELIA)
USTAZ AHMAD PUHAD ALIM ( NAMA PENYELIA )
Tarikh : 24 APRIL 2008
√
** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD
Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan, atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan, penyelidikan atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM)
“Saya mengakui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya
ini memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan Ijazah Sarjana
Muda Sains serta Pendidikan (Pengajian Islam)”
Tandatangan : ……………………………...
Nama Penyelia : Ustaz Ahmad Puhad bin Alim
Tarikh : ……………………………… 24 APRIL 2008
iii
PERSEPSI IBU BAPA PELAJAR TERHADAP RANCANGAN MAKANAN TAMBAHAN (RMT) DI SEKOLAH KEBANGSAAN.
NOR IZWANI BINTI DAUD
Laporan ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat
penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains serta Pendidikan
(Pengajian Islam)
Fakulti Pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia
APRIL, 2008
iv
“ Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan
yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya”
Tandatangan : ...........................................
Nama Penulis : NOR IZWANI BINTI DAUD
Tarikh : 24 April 2008
v
DEDIKASI
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang
Tuhanku
Ampunkan hambaMu ini
Kusyukuri setiap anugerah pemberianMu
Redhakan kehidupanku dunia dan akhirat
Rasulku
Selawat dan salam ku mahkotakan buatmu
Syafaatkan umatmu wahai Rasul penunjuk jalan
Ayahda dan Bonda tercinta
Daud bin Shaari & Chik binti Omar
Terima kasih atas doa dan restu yang sentiasa mengiringiku hingga ke akhir hayat ini
Tidak lupa juga pengorbananmu yang tiada bernoktah
Kasih sayang dan semangat yang kalian titipkan amat ku hargai...
Semoga sentiasa di bawah rahmatNya
Abang, kakak dan adik-adik tersayang,
Amirul, Hafidawati, Nor Aniza dan Mohd Hanif
Teruskan usaha kalian menuju jalan kebenaran
Dorongan & semangat yang ditabur
tidak terbalas dengan ungkapan kata-kata
Guru, Pensyarah
Terima kasih atas segala didikan
Juga halalkan segala ilmu yang dicurahkan
insan teristimewa .. Mohamad Rizwan bin Sarpan
Pengorbanan, kesabaran dan kesetianmu
Tidak akan ku lupakan hingga ke akhir hayat
Buat teman-teman seperjuangan
Terima kasih di atas segalanya
Moga ukhuwah Islamiyyah yang terjalin dapat diteruskan hingga ke
penghujungnya....Amin
vi
PENGHARGAAN
Alhamdulillah, segala puji bagi Allah S.W.T yang Maha Pemurah kerana dengan
limpah kurnia inayah dan izinNya, diberi saya kekuatan dan semangat untuk
melaksanakan kajian ini. Selawat dan salam buat junjungan mulia nabi Muhammmad
S.A.W, ahli keluarga baginda, sahabat baginda, serta para mujahidin. Setinggi-tinggi
penghargaan diucapkan kepada ibu bapa dan keluarga yang tidak jemu-jemu memberi
sokongan yang amat membantu dalam menyiapkan kajian ini. Semoga Allah
memberikan kebahagian buat kalian.
Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan ribuan terima kasih diucapkan buat
penyelia saya yang dihormati Al-Fadhil Ustaz Ahmad Puhad bin Alim atas segala tunjuk
ajar, pandangan, nasihat dan dorongan yang diberikan. Tidak lupa juga kepada dua
orang penilai saya Dr. Arieff Salleh bin Rosman dan Ustazah Akmaliza binti Abdullah
yang membantu saya dalam pemurnian kajian ini.
Terima kasih juga diucapkan kepada kakitangan Fakulti Pendidikan UTM, Pusat
Pengajian Islam dan Pembangunan Sosial (PPIPS), Perpustakaan Sultanah Zanariah
UTM, Perpustakaan Tun Seri Lanang UKM dan Perpustakaan Al-Ghazali (ILIM) atas
segala bantuan yang diberikan sepanjang saya mendapatkan bahan-bahan rujukan.
Tidak dilupakan juga kepada guru-guru Sekolah Kebangsaan Seri Perlis dan
Sekolah Kebangsaan Seri Pulai yang telah membantu saya dalam mendapatkan
responden dan maklumat dan para responden yang telah memberikan kerjasama semasa
menjawab soal selidik. Begitu juga terima kasih diucapkan buat sahabat seperjuangan
yang banyak berkongsi idea dalam melaksanakan kajian ini. Akhir sekali, ucapan terima
kasih kepada semua yang terlibat sama ada secara langsung atau tidak bagi
menyempurnakan kajian ini. Semoga Allah memberkati dan membalas dengan kebaikan
jua.
vii
ABSTRAK
Kajian ini dilakukan untuk melihat persepsi ibu bapa pelajar terhadap Rancangan
Makanan Tambahan (RMT). Sekolah yang terlibat dengan program RMT dalam kajian
ini ialah Sekolah Kebangsaan Seri Perlis. Seramai 37 orang ibu bapa pelajar yang
terlibat dalam kajian ini. Proses penyelidikan kajian ini menggunakan soal selidik yang
mengandungi 37 item soalan sebagai instrumen kajian. Borang soal selidik tersebut
terbahagi kepada 4 bahagian iaitu bahagian A yang berkaitan dengan latar belakang
responden dan juga bahagian B,C dan D yang mengandungi item-item berkaitan
persoalan kajian. Data-data yang diperolehi menerusi kajian ini dianalisis menggunakan
perisian “Statistical Packages For Social Sciences” (SPSS) 13.0 for windows. Data
yang diperoleh dianalisis secara deskriptif menggunakan kaedah kekerapan, peratusan
dan min. Nilai kebolehpercayaan alat kajian adalah α = 0.918. Secara keseluruhannya,
hasil kajian menunjukkan persepsi ibu bapa pelajar terhadap RMT bagi aspek yang
dikaji adalah tinggi iaitu dengan min 4.02. Didapati majoriti ibu bapa pelajar bersetuju
supaya program RMT diteruskan perlaksanaannya pada masa hadapan.
viii
ABSTRACT
This study is conducted to determine the perception of School Food Programmes
(SFP) among parents. The school that involves with SFP in this research is Sekolah
Kebangsaan Seri Perlis. A set of questionnaires consists of 37 items as a part of
instrument for this study which of questionnaires were distributed to 37 respondent. The
questionnaires are further divided into four part. Part A is to seek respondents
background. While B, C and D contain questions on research by the used of likert scales.
The accumulated data are analyzed by using Statistical Package for Social Science
(SPSS) for Windows version 13.0. The data which have been collected is further
analyzed in descriptive form and the expression of frequency, percentage and min were
calculated. Realibility value of the instrument was α = 0.918. As the whole, the
perception of SFP among parents was at high level with mean of response 4.02. This
study also showed that majority of the parents seems to agree to the implementation of
SFP in the future.
ix
KANDUNGAN
BAB PERKARA MUKA SURAT
PENGESAHAN STATUS TESIS i
PENGESAHAN PENYELIA ii
JUDUL iii
PENGAKUAN iv
DEDIKASI v
PENGHARGAAN vi
ABSTRAK vii
ABSTRACT viii
KANDUNGAN ix
SENARAI JADUAL xv
SENARAI RAJAH xviii
SENARAI SINGKATAN xix
SENARAI LAMPIRAN xx
BAHAGIAN SATU
PENGENALAN
BAB 1 PENGENALAN
1.1 Pengenalan 1
1.2 Latar Belakang Masalah 5
x
1.3 Penyataan Masalah 9
1.4 Objektif Kajian 10
1.5 Persoalan Kajian 10
1.6 Kepentingan Kajian 11
1.7 Batasan Kajian 11
1.8 Definisi / Istilah 12
1.9 Kesimpulan 13
BAHAGIAN DUA
SOROTAN KAJIAN
BAB 2 SOROTAN KAJIAN
2.1 Pendahuluan 14
2.2 Pelaksanaan Rancangan Makanan Tambahan
(RMT)
2.2.1 Sejarah Pelaksanaan Rancangan 15
Makanan Tambahan (RMT)
2.2.2 Kriteria Pemilihan Pelajar untuk 17
Menerima Rancangan Makanan
Tambahan (RMT)
2.2.3 Aktiviti Pendidikan yang Disemai Melalui 18
Rancangan Makanan Tambahan (RMT)
2.3 Pemakanan Menurut Perspektif Islam 19
2.4 Pemilihan Makanan yang Baik 22
2.4.1 Makanan yang Halal dan Makanan Haram 23
2.4.2 Makanan yang Baik dan Berkhasiat serta 25
Seimbang
2.5 Pemakanan untuk Keluarga 28
2.6 Kedudukan Luar Bandar dan Penduduk Luar Bandar 29
xi
2.7 Keracunan Makanan 30
2.7.1 Punca-punca Keracunan Makanan 31
2.8 Kajian Lepas 32
2.9 Kesimpulan 36
BAHAGIAN TIGA
METODOLOGI KAJIAN
BAB 3 METODOLOGI KAJIAN
3.1 Pendahuluan 37
3.2 Reka bentuk Kajian 38
3.3 Tempat Kajian 38
3.4 Populasi Dan Sampel Kajian 38
3.5 Instrumen Kajian 39
3.5.1 Pengumpulan Data Primer 39
3.5.2 Pengumpulan Data Sekunder 41
3.6 Tatacara kajian 42
3.7 Kajian Rintis 43
3.8 Kajian Sebenar 44
3.9 Jangka Masa Kajian 44
3.10 Analisis Data 45
3.11 Kesimpulan 46
BAHAGIAN EMPAT
DAPATAN KAJIAN
BAB 4 DAPATAN KAJIAN
4.1 Pendahuluan 47
xii
4.2 Analisis Data : Bahagian A
(Latar Belakang Responden)
4.2.1 Latar Belakang Responden Mengikut 48
Umur
4.2.2 Latar Belakang Hubungan Responden 49
dengan Pelajar
4.2.3 Latar Belakang Responden Mengikut 49
Bangsa
4.2.4 Latar Belakang Responden Mengikut 49
Tempat Tinggal
4.2.5 Latar Belakang Pekerjaan Responden 50
4.2.6 Latar Belakang Pendapatan Responden 50
4.2.7 Bilangan Anak Responden 51
4.2.8 Latar Belakang Pendidikan Responden 51
4.3 Analisis Data : Bahagian B
(Maklum Balas Responden)
4.3.1 Analisis Data Berhubung Pengetahuan 52
Responden terhadap Rancangan Makanan
Tambahan (RMT)
4.3.2 Analisis Data Berhubung Persepsi Responden 58
terhadap Rancangan Makanan Tambahan
(RMT)
4.3.3 Analisis Data Berhubung Penerimaan 65
Responden terhadap Rancangan Makanan
Tambahan (RMT)
4.4 Analisis Keseluruhan
4.4.1 Rumusan Dapatan Kajian Pengetahuan Ibu Bapa 71
xiii
Pelajar Terhadap Rancangan Makanan Tambahan
(RMT) di Sekolah Kebangsaan
4.4.2 Rumusan Dapatan Kajian Persepsi Ibu Bapa 73
Pelajar Terhadap Rancangan Makanan Tambahan
(RMT) di Sekolah Kebangsaan
4.4.3 Rumusan Dapatan Kajian Penerimaan 75
Ibu Bapa Pelajar Terhadap Rancangan
Makanan Tambahan (RMT) di Sekolah
Kebangsaan
4.5 Kesimpulan 76
BAHAGIAN LIMA
PERBINCANGAN, RUMUSAN DAN CADANGAN
BAB 5 PERBINCANGAN RUMUSAN DAN CADANGAN
5.1 Pendahulun 77
5.2 Perbincangan
5.2.1 Maklumat Demografi Responden 78
5.2.2 Pengetahuan Responden terhadap 80
Rancangan Makanan Tambahan (RMT)
5.2.3 Persepsi Responden terhadap 83
Rancangan Makanan Tambahan (RMT)
5.2.4 Penerimaan Responden terhadap 86
Rancangan Makanan Tambahan (RMT)
5.3 Rumusan 89
5.4 Cadangan
5.4.1 Ibu bapa 91
5.4.2 Pengusaha kantin 91
5.4.3 Pihak Sekolah 91
xiv
5.4.4 Kementerian Pelajaran Malaysia 92
5.5 Cadangan Kajian Lanjutan 93
5.6 Kesimpulan 93
BIBLIOGRAFI
LAMPIRAN
A Borang Soal Selidik
B Surat akuan dari Fakulti Pendidikan
C Surat akuan daripada PPIPS
D Surat Kelulusan daripada KPM
E Surat Kelulusan daripada JPN
F Menu Rancangan Makanan Tambahan SK. Seri Perlis
xv
SENARAI JADUAL
NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT
1.1 Kronologi Keracunan Makanan di sekolah sepanjang Januari 7
hingga Februari 2008
3.1 Klasifikasi soalan dalam bahagian B,C dan D 40
3.2 Skor berdasarkan Skala Likert 41
3.3 Skala Pemeringkatan Likert Untuk Min 46
3.4 Tahap Skor Min 46
4.1 Taburan Responden Mengikut Umur 48
4.2 Taburan Responden Mengikut Hubungan 49
dengan Pelajar
4.3 Taburan Responden Mengikut Bangsa 49
4.4 Taburan Responden Mengikut Tempat Tinggal 49
4.5 Taburan Responden Mengikut Pekerjaan 50
4.6 Taburan Responden Mengikut Pendapatan Keluarga 50
4.7 Taburan Responden Mengikut Bilangan Anak 51
4.8 Taburan Responden Mengikut Taraf Pendidikan 51
4.9 Kekerapan, Peratus dan Min bagi item 1 52
4.10 Kekerapan, Peratus dan Min bagi item 2 53
4.11 Kekerapan, Peratus dan Min bagi item 3 53
4.12 Kekerapan, Peratus dan Min bagi item 4 54
xvi
4.13 Kekerapan, Peratus dan Min bagi item 5 54
4.14 Kekerapan, Peratus dan Min bagi item 6 55
4.15 Kekerapan, Peratus dan Min bagi item 7 55
4.16 Kekerapan, Peratus dan Min bagi item 8 56
4.17 Kekerapan, Peratus dan Min bagi item 9 56
4.18 Kekerapan, Peratus dan Min bagi item 10 57
4.19 Kekerapan, Peratus dan Min bagi item 11 57
4.20 Kekerapan, Peratus dan Min bagi item 12 58
4.21 Kekerapan, Peratus dan Min bagi item 13 58
4.22 Kekerapan, Peratus dan Min bagi item 14 59
4.23 Kekerapan, Peratus dan Min bagi item 15 59
4.24 Kekerapan, Peratus dan Min bagi item 16 60
4.25 Kekerapan, Peratus dan Min bagi item 17 60
4.26 Kekerapan, Peratus dan Min bagi item 18 61
4.27 Kekerapan, Peratus dan Min bagi item 19 61
4.28 Kekerapan, Peratus dan Min bagi item 20 62
4.29 Kekerapan, Peratus dan Min bagi item 21 62
4.30 Kekerapan, Peratus dan Min bagi item 22 63
4.31 Kekerapan, Peratus dan Min bagi item 23 63
4.32 Kekerapan, Peratus dan Min bagi item 24 64
4.33 Kekerapan, Peratus dan Min bagi item 25 64
4.34 Kekerapan, Peratus dan Min bagi item 26 65
4.35 Kekerapan, Peratus dan Min bagi item 27 65
4.36 Kekerapan, Peratus dan Min bagi item 28 66
4.37 Kekerapan, Peratus dan Min bagi item 29 66
4.38 Kekerapan, Peratus dan Min bagi item 30 67
4.39 Kekerapan, Peratus dan Min bagi item 31 67
4.40 Kekerapan, Peratus dan Min bagi item 32 68
4.41 Kekerapan, Peratus dan Min bagi item 33 68
4.42 Kekerapan, Peratus dan Min bagi item 34 69
xvii
4.43 Kekerapan, Peratus dan Min bagi item 35 69
4.44 Kekerapan, Peratus dan Min bagi item 36 70
4.45 Kekerapan, Peratus dan Min bagi item 37 70
4.46 Rumusan Dapatan Kajian Pengetahuan Ibu Bapa Pelajar 71
Terhadap Rancangan Makanan Tambahan (RMT)
di Sekolah Kebangsaan
4.47 Rumusan Dapatan Kajian Persepsi Ibu Bapa Pelajar 73
Terhadap Rancangan Makanan Tambahan (RMT)
di Sekolah Kebangsaan
4.48 Rumusan Dapatan Kajian Penerimaan Ibu Bapa Pelajar 75
Terhadap Rancangan Makanan Tambahan (RMT)
di Sekolah Kebangsaan
xviii
SENARAI RAJAH
NO. RAJAH TAJUK MUKA SURAT
2.1 Piramid Makanan 26
xix
SENARAI SINGKATAN
RMT Rancangan Makanan Tambahan
KPM Kementerian Pelajaran Malaysia
IMR Institute of Medical Research
SPSS Statistical Package for Social Science
WHO Pertubuhan Kesihatan Sedunia
KKM Kementerian Kesihatan Malaysia
SWT Subhanahu Wa Ta’ala
DEB Dasar Ekonomi Baru
SPBT Skim Pinjaman Buku Teks
SBP Sekolah Berasrama Penuh
PSS Program Susu Sekolah
KWAPM Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin
JPNK Jabatan Pelajaran Negeri Kelantan
BPPDP Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Pendidikan
FELDA Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan
AMP Rancangan Amalan Makanan dan Pemakanan
ILO Pertubuhan Buruh Antarabangsa
FPP Fakulti Pengajian Pendidikan
xx
SENARAI LAMPIRAN
LAMPIRAN TAJUK
A Borang Soal Selidik
B Surat akuan dari Fakulti Pendidikan
C Surat akuan daripada PPIPS
D Surat Kelulusan daripada KPM
E Surat Kelulusan daripada JPN
F Menu Rancangan Makanan Tambahan SK. Seri Perlis
BAB 1
Pendahuluan
1.1 Pengenalan
Rancangan Makanan Tambahan (RMT) yang sedang dilaksanakan di sekolah-
sekolah rendah di seluruh Malaysia pada hari ini merupakan salah satu usaha murni
pihak Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) dalam membantu meningkatkan taraf
pemakanan dan kesihatan pelajar-pelajar sekolah rendah. Rancangan ini bertujuan untuk
memberi makanan percuma kepada pelajar-pelajar sekolah rendah terutamanya dari luar
bandar dan dari golongan berpendapatan rendah secara imbuhan. Rancangan ini buat
sementara waktu adalah untuk memperbaiki taraf pemakanan dan kesihatan mereka
sebagai satu usaha yang selaras dengan Dasar Pembangunan Negara. Menurut Aziz
Ibrahim (1997) dalam Buletin Institut Penyelidikan Perubatan (IMR), rancangan ini
sebenarnya tidak bermaksud untuk mengambil alih tugas ibu bapa dalam memberi
makanan kepada anak-anak mereka tetapi ianya adalah sekadar membekalkan 25%
hingga 33% daripada keperluan kalori harian kanak-kanak tersebut
(http://ilmusvr:imr.gov.my 20 Ogos 2007).
Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) sentiasa memberi perhatian utama
terhadap tahap kesihatan warga sekolah. Amalan penjagaan kesihatan menerusi aktiviti
yang terancang, teratur serta mencapai piawai yang ditentukan dapat menjamin
2
kesihatan warga sekolah pada tahap optimum. Kementerian sentiasa menjalankan
pelbagai usaha untuk mempertingkatkan tahap pencapaian pendidikan negara
(Muhammad Ikmal Opat Abdullah. Pendidik, 2006: 14).
Di samping itu, program ini juga dirangka dengan beberapa objektif khusus iaitu:
i. Untuk memberikan makanan tambahan yang berzat dan dapat
mengimbangi pengambilan zat-zat makanan harian pelajar-pelajar
terbabit,
ii. Menyelenggarakan pendidikan kesihatan dan pemakanan secara tidak
langsung,
iii. Untuk mengendalikan tabiat sopan santun, disiplin, timbang rasa serta
amalan-amalan yang diingini berkaitan dengan kebersihan diri,
kebersihan makanan dan kebersihan alam sekitar dan
iv. Untuk menggalakkan penglibatan dan penyertaan masyarakat dalam
usaha-usaha sekolah mengelolakan RMT (http://ilmusvr:imr.gov.my 20
Ogos 2007).
Pelaksanaan program Rancangan Makanan Tambahan ini juga adalah usaha bagi
meningkatkan taraf kesihatan dan pemakanan pelajar-pelajar sekolah. Menurut Wan
Nudri dan Aminah (1996), keperluan pemakanan dalam kalangan pelajar-pelajar sekolah
rendah adalah lebih tinggi berbanding dengan kanak-kanak di peringkat pra-sekolah, ini
disebabkan oleh pertambahan saiz badan dan aktiviti fizikal pada usia enam hingga dua
belas tahun adalah amat ketara. Pelajar-pelajar yang mendapat zat makanan yang
secukupnya dan dalam keadaan persekitaran yang baik akan berpeluang untuk mencapai
tumbesaran yang optimum. Sebaliknya pelajar-pelajar yang mendapat kurang zat
3
makanan akan mengalami gangguan pertumbuhan fizikal dan mental, keletihan, kurang
penumpuan terhadap pelajaran dan kemerosotan pencapaian dalam pelajaran di sekolah
(Kajian Taraf (Pola) Pemakanan Di Kalangan Pelajar Melayu Tahun Enam Sekolah
Rendah Di Kawasan Keramat, Kuala Lumpur.)
(http://members.tripod.com/onedin/INTAN.htm 14 Julai 2007).
Menurut Kementerian Kesihatan Malaysia, faktor-faktor yang mempengaruhi
pemakanan adalah amat penting dan berguna jika ianya dikaji secara terperinci dan
berterusan terutamanya bagi memastikan kesinambungan wujudnya generasi yang sihat
secara berterusan di negara ini. Isu-isu berkaitan dengan makanan dan pemakanan
adalah melibatkan interaksi budaya, sosial, ekonomi dan psikologi yang kompleks.
Pada tahun 1988, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mendakwa terdapat bukti-bukti
yang kukuh menunjukkan bahawa tabiat atau amalan makan yang buruk merupakan
salah satu faktor penting yang meningkatkan penyakit-penyakit kronik dengan begitu
cepat (Kementerian Kesihatan Malaysia, 1996).
Baik buruknya taraf pemakanan seseorang juga berpunca daripada tabiat makan
yang diamalkannya. Tabiat makan seseorang menggambarkan pengambilan makanan
yang sering diamalkan oleh seseorang individu. Tabiat makan yang buruk boleh
membawa kepada keadaan yang tidak sihat seperti kegemukan atau berkemungkinan
meningkatkan risiko terhadap beberapa penyakit seperti penyakit jantung, diabetis,
tekanan darah tinggi, karies gigi dan beberapa jenis kanser. Berdasarkan isu-isu
tersebut, adalah penting bagi setiap individu mempunyai pengetahuan yang cukup
mengenai makanan, tabiat makan dan penyakit-penyakit yang berkaitan dengannya
untuk membolehkan mereka mengamalkan tabiat atau amalan makan yang sihat serta
membolehkan mereka hidup sihat dan memiliki kehidupan yang berkualiti (Kajian Taraf
(Pola) Pemakanan Di Kalangan Pelajar Melayu Tahun Enam Sekolah Rendah Di
Kawasan Keramat, Kuala Lumpur).
4
Pengetahuan pemakanan dan amalan makan yang sihat perlu diberi penekanan
lebih awal kepada setiap individu iaitu bermula di peringkat sekolah rendah lagi.
Pelajar-pelajar dalam usia ini perlu diberi pendedahan kepada perkara tersebut bagi
mewujudkan generasi yang mempunyai taraf pemakanan yang baik iaitu sihat dari segi
rohani, jasmani dan mental. Seterusnya bebas daripada risiko penyakit yang berbahaya
seperti diabetis, tekanan darah tinggi dan beberapa jenis kanser. Selain daripada itu,
pendedahan awal ini juga akan dapat memberikan kesedaran awal kepada mereka
mengenai kepentingan menjaga kesihatan diri supaya sentiasa berada pada tahap yang
optimum.
Dalam konteks kehidupan manusia, apa sahaja yang dilakukan oleh manusia itu
adalah memperlihatkan suatu cara hidup dan ianya mesti berlandaskan dengan syariat
yang telah digariskan oleh Islam. Allah S.W.T telah mensyariatkan supaya manusia
makan dan minum benda-benda yang bersih dan halal. Firman Allah:
$ yγ •ƒ r'̄≈ tƒ â¨$̈Ζ9$# (#θ è= ä. $ £ϑÏΒ ’ Îû ÇÚö‘ F{$# Wξ≈ n= ym $ Y7Íh‹sÛ Ÿω uρ (#θ ãè Î6 ®Ks? ÏN≡uθ äÜäz Ç⎯≈ sÜø‹¤±9$# 4 …çμ ¯ΡÎ)
öΝä3s9 Aρ ߉tã î⎦⎫Î7•Β ∩⊇∉∇∪
Maksudnya: Wahai sekalian manusia! Makanlah dari apa yang ada di bumi, yang halal lagi baik, dan janganlah kamu ikut jejak langkah syaitan; kerana sesungguhnya syaitan itu ialah musuh yang terang nyata bagi kamu.
(al-Baqarah: 168)
Pemilihan makanan dan minuman yang bersih serta halal amat penting dan
sangat dititikberatkan dalam Islam yang bertujuan untuk memastikan makanan dan
minuman itu tidak memudaratkan manusia. Islam mengajar manusia untuk menjaga
kesihatan tubuh badan dan dalam perkara ini Islam menumpukan kepada cara dan bahan
makanan.
5
Setiap makanan yang dimakan bukan sahaja dapat membina pertumbuhan
fizikal, malah turut mempengaruhi pembentukan spiritual manusia (Rozlin Farid 1998).
Ibu bapa bertanggungjawab memastikan anak-anak mereka diberi makan dan minuman
yang halal dan baik malah suci kerana benda-benda yang dimakan itu akan menjadi
daging tubuh badan yang mempengaruhi tingkah laku dan akhlak seseorang. Rasulullah
s.a.w bersabda:
أو لى به فالنارآل لحم نبت من حرام Maksudnya:
“Setiap daging yang tumbuh daripada makanan yang haram, maka api nerakalah yang lebih utama untuknya.”
(H.R Tirmidzi)
1.2 Latar Belakang Masalah
Pelaksanaan Dasar Ekonomi Baru (DEB, 1970-1990) bermatlamat untuk
mengukuhkan perpaduan negara melalui pembasmian kemiskinan di kalangan semua
kaum dan penyusunan semula masyarakat. Dalam tempoh ini, pendidikan diberikan
keutamaan untuk menangani masalah ketidakseimbangan dalam masyarakat dengan
menyediakan peluang pendidikan yang sama untuk semua kaum (Pelan Induk
Pembangunan Pendidikan 2006-2010:17).
Sehubungan dengan itu, pada tahun 1980-an, peluang pendidikan untuk
warganegara ditingkatkan dengan menambahkan kemudahan fizikal dan infrastruktur
terutama di luar bandar untuk mengurangkan jurang perbezaan peluang pendidikan
antara golongan kaya dengan golongan miskin, program sokongan pendidikan seperti
Skim Pinjaman Buku Teks (SPBT), Televisyen Pendidikan, Sekolah Berasrama Penuh
(SBP), asrama desa dan asrama harian, biasiswa, Rancangan Makanan Tambahan
6
(RMT) dan program kesihatan dipertingkatkan (Pelan Induk Pembangunan Pendidikan
2006-2010:18).
“Kita percaya bahawa program sokongan sekolah dan bantuan boleh
meningkatkan kadar penyertaan dan mengurangkan keciciran di kalangan pelajar
miskin. Oleh itu, program sokongan dan bantuan seperti Kumpulan Wang Amanah
Pelajar Miskin (KWAPM), Skim Baucer Tuisyen, Rancangan Makanan Tambahan
(RMT), Program Susu Sekolah dan Skim Pinjaman Buku Teks akan terus diperluas. Kita
akan lebih telus dalam urusan pemilihan dan pengagihan dengan memperkemaskan lagi
prosedur dan proses di semua peringkat.”, petikan ucapan Y.B Dato’ Sri Hishammuddin
Tun Hussein, Menteri Pelajaran Malaysia, dalam ucapan beliau semasa Perhimpunan
Bulanan Kementerian Pelajaran Malaysia pada 3 April 2006 di Autorium Parcel D,
Putrajaya.
Kebelakangan ini kita dapat lihat bahawa kejadian keracunan makanan di
sekolah sering dilaporkan di media tempatan dan melibatkan ramai pelajar. Antara
punca keracunan tersebut adalah daripada makanan yang dijual di kantin-kantin sekolah,
asrama dan daripada program pemakanan seperti Rancangan Makanan Tambahan(RMT)
dan Program Susu Sekolah (PSS). Kes terbaru yang dilaporkan oleh akhbar Kosmo
(Nuzulsham Shamsuddin, 23 April 2008) berkenaan kes keracunan makanan di Sekolah
Kebangsaan Taman Datuk Harun, Petaling Jaya yang melibatkan kira-kira 100 orang
murid mengalami muntah dan sakit perut dipercayai selepas makan di kantin sekolah.
Sementara itu, di Tanah Merah Kelantan, 64 murid Sekolah Rendah Kebangsaan Nik
Daud di Jakar dikejarkan ke klinik akibat cirit-birit selepas memakan roti dan air soya di
kantin sekolah. Kejadian melibatkan murid tahun satu hingga tahun enam ketika
bersarapan pada pukul 7.30 pagi di bawah Rancangan Makanan Tambahan (RMT).
Di samping itu, hal ini juga dapat dilihat berdasarkan kronologi kejadian
keracunan makanan di sekolah sepanjang Januari hingga Februari 2008.
7
Jadual 1.1: Kronologi Keracunan Makanan di sekolah sepanjang Januari hingga
Februari 2008
Tarikh Kes 5 Januari 10 pelajar dan guru sekolah swasta
di Sekyen 7 Shah Alam, Selangor. 23 Januari 33 orang murid Sekolah Rendah
Kebangsaan Jambu Bongkok, Mercang dan SK Padang Mengkuang, Bukit Payong, Terengganu.
30 Januari 33 murid Sekolah Kebangsaan Seremban Jaya, Negeri Sembilan.
31 Januari 2 guru bersama 53 murid Sekolah Kebangsaan Seri Ampangan Muda, Kedah. (RMT)
3 Februari 60 pelajar perempuan Sekolah Menengah Seri Nering, Besut, Terengganu.
4 Februari 39 pelajar sekolah Kebangsan Kota Kuala Muda, Sungai Petani, Kedah.(.RMT)
5 Februari 41 pelajar Sekolah Kebangsaan Pasir Gebu, Penaga, Pulau Pinang.
Sumber: Md. Zan Saari, 2008. http://www.yadim.com.my/Kesihatan/KesihatanFull 26 Mac 2008
Selain itu, sebanyak 18 kes keracunan berlaku di Kedah iaitu kes yang
melibatkan 1,237 orang pelajar yang terbabit sepanjang tempoh 16 Januari sehingga 12
Julai 2007 . Kes keracunan yang berlaku di Baling membabitkan lebih 80 orang pelajar
Sekolah Menengah Kebangsaan Agama di Batu 42 (Safuri Kamarudin. Berita Harian, 3
Ogos 2007:20).
Utusan Malaysia Online (16 Julai 2007) melaporkan seramai 40 orang pelajar
Sekolah Kebangsaan Alor Pongsu, Bagan Serai dikejarkan ke Hospital Parit Buntar
selepas sakit perut, pening dan muntah dipercayai keracunan makanan selepas memakan
makanan termasuk nasi lemak, sandwich, nasi dan gulai daging di kantin sekolah.
8
Gejala keracunan makanan yang melibatkan pelajar di seluruh negara seakan-
akan tiada noktahnya dan dipercayai berterusan selagi pihak yang bertanggungjawab
tidak serius menjaga soal kualiti makanan di sekolah. Pelajar-pelajar sekolah yang rata-
ratanya berusia 10-12 tahun mengadu mengalami sakit perut, pening dan muntah-
muntah selepas menikmati makanan dan minuman di kantin yang juga menyediakan
Rancangan Makanan Tambahan (RMT). Menurut Pengarah Hospital Parit Buntar, Dr.
Narimah Yusof, pelajar-pelajar yang dibawa ke hospital adalah dalam keadaan lemah
dengan mengalami muntah selain mengadu sakit perut (Utusan Malaysia Online:16 Julai
2007).
Dalam Berita mStar Online (6 Julai 2007), Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr.
Chua Soi Lek berkata pemeriksaan kesihatan adalah meliputi kebersihan tempat
simpanan makanan dan kesihatan diri pengusaha kantin bagi memastikan ia menepati
piawai kesihatan untuk seseorang pengendali makanan. Kementerian Kesihatan
memandang serius kes keracunan makanan di kalangan pelajar sekolah yang semakin
menjadi-jadi terutamanya di Kedah dan kementerian akan membuat pemeriksaan
menyeluruh terhadap pengusaha kantin sekolah. Kementerian akan menghantar pasukan
penguatkuasa dari Jabatan Kesihatan untuk melancarkan operasi dan mengambil
tindakan terhadap mereka yang didapati tidak menjaga kesihatan tempat mengendali
makanan atau kebersihan diri. Keracunan makanan selalunya berpunca daripada
kekotoran yang menyebabkan makanan di kantin sekolah dijangkiti kuman
(http://www.mStar.com)
Menurut Ketua Unit Sektor Kemanusiaan Jabatan Pelajaran Negeri Kelantan
(JPNK), Dr Ahmad Yani Mohamad berkata kebanyakan bahan mentah seperti cili boh,
santan, susu dan sos yang telah rosak dan mudah dijangkiti bakteria adalah menjadi
penyebab utama berlakunya kes keracunan makanan. Pemantauan yang telah dibuat
mendapati bahawa ada antara pengusaha kantin dan asrama sekolah yang tidak
mengambil berat tentang bahan mentah yang digunakan untuk memasak. Malah tidak
menutup semula bekas cili boh, santan atau sos sehingga menyebabkan bahan itu rosak
akibat terdedah kepada udara. Pengusaha makanan tersebut hanya mementingkan
9
keuntungan sahaja tanpa mengambil kira kepentingan kebersihan makanan yang
disediakan (http://www.mStar.com: 28 Jun 2007).
Keracunan makanan bukanlah perkara yang remeh dan tidak boleh diambil
ringan. Jika tidak ditangani segera, ia boleh memudaratkan mangsa malah mungkin
mengakibatkan maut, lebih-lebih lagi kanak-kanak. Penyediaan makanan perlu diteliti
untuk memastikan pelajar-pelajar sekolah mendapat cukup zat makanan untuk
menjalankan aktiviti semasa di sekolah.
Melihat kepada beberapa permasalahan yang timbul, penyelidik berminat untuk
mengkaji apakah persepsi ibu bapa berhubung Rancangan Makanan Tambahan yang
diberikan kepada anak-anak mereka.
1.3 Penyataan Masalah
Sekolah seharusnya selamat untuk pertumbuhan dan perkembangan pelajar.
Persekitaran sekolah yang selamat dan selesa dapat menjana proses Pengajaran dan
Pembelajaran (P&P) yang berkesan. Isu keracunan makanan yang serius berlaku
kebelakangan ini turut melibatkan pelajar sekolah yang mengikuti program Rancangan
Makanan Tambahan (RMT). Keadaan yang berlaku ini akan menimbulkan pelbagai
tanggapan dan kebimbangan terutamanya pihak ibu bapa pelajar. Ibu bapa yang prihatin
tentu tertanya-tanya apakah kesudahannya bagi permasalahan yang berlaku.
Sehubungan daripada penyataan-penyataan tersebut, maka kajian deskriptif ini
diketengahkan untuk melihat apakah persepsi ibu bapa pelajar terhadap Rancangan
Makanan Tambahan (RMT) di sekolah. Di samping itu, kajian ini akan mengkaji tentang
pengetahuan dan penerimaan ibu bapa pelajar terhadap rancangan tersebut.
10
1.4 Objektif Kajian
Beberapa objektif kajian telah digariskan bagi melicinkan pelaksanaan kajian
iaitu:
i. Untuk mengenalpasti pengetahuan ibu bapa pelajar terhadap Rancangan
Makanan Tambahan (RMT).
ii. Untuk mengenalpasti persepsi ibu bapa pelajar terhadap Rancangan Makanan
Tambahan(RMT).
iii. Untuk mengenalpasti penerimaan ibu bapa pelajar terhadap Rancangan Makanan
Tambahan(RMT).
1.5 Persoalan Kajian
Dalam mencapai objektif kajian yang ditetapkan, beberapa persoalan kajian perlu
dijawab bagi membolehkan kajian ini mencapai seperti apa yang telah dirancang.
Persoalan kajian ini adalah:
i. Apakah pengetahuan ibu bapa pelajar terhadap Rancangan Makanan Tambahan
(RMT).
ii. Apakah persepsi ibu bapa pelajar terhadap Rancangan Makanan Tambahan
(RMT).
11
iii. Apakah penerimaan ibu bapa pelajar terhadap Rancangan Makanan Tambahan
(RMT).
1.6 Kepentingan Kajian
Kajian yang dijalankan ini mempunyai beberapa kepentingan yang dirasakan
perlu bagi menyumbang kepada pihak-pihak tertentu. Data, maklumat, respon serta hasil
rumusan kajian ini diharap dapat membantu sedikit sebanyak pihak-pihak yang
berkaitan dalam usaha mereka menjayakan matlamat dan objektif masing-masing.
Antara kepentingan kajian ini adalah:
i. Memberi sedikit informasi kepada ibu bapa pelajar dan mengetahui persepsi
sebenar ibu bapa pelajar tentang Rancangan Makanan Tambahan (RMT).
ii. Pihak sekolah dapat memberi perhatian serius dan mengambil langkah-langkah
tegas dalam mengawal dan mencegah kejadian keracunan makanan di sekolah-
sekolah.
iii. Membantu Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) bagi mengadakan tindakan
susulan dan merangka strategi yang efektif bagi memantapkan lagi Rancangan
Makanan Tambahan (RMT) agar program ini benar-benar membantu murid dan
bukannya menimbulkan masalah serta bebanan.
1.7 Batasan Kajian
Kajian ini dijalankan di Sekolah Kebangsaan Seri Perlis, Kangar Perlis. Kajian
ini terhad kepada ibu bapa pelajar tahun satu hingga tahun lima sahaja yang mendapat
sumbangan Rancangan Makanan Tambahan. Kajian ini tidak melibatkan pelajar tahun
12
enam. Penyelidik tidak digalakkan melibatkan kelas-kelas peperiksaan di dalam
penyelidikan. Hal ini disebabkan oleh peringatan yang telah diberikan oleh pihak
Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM), Bahagian Perancangan dan Penyelidikan
Pendidikan (BPPDP) kepada mana-mana penyelidik yang ingin menjalankan
penyelidikan di institusi di bawah KPM. Salah seorang sahaja yang akan menjawab soal
selidik yang diedarkan sama ada ibu atau bapa atau penjaga. Penemuan dan kajian hanya
terbatas terhadap populasi kajian yang dikaji. Skop kajian hanya tertumpu kepada
persepsi, pengetahuan dan penerimaan ibu bapa pelajar terhadap Rancangan Makanan
Tambahan (RMT).
Kebolehpercayaan data yang dikumpulkan adalah jawapan daripada responden
semasa menjawab soal selidik yang diedarkan dan ia juga dipengaruhi oleh peristiwa
dan suasana yang terjadi semasa kajian dijalankan, di mana ia mungkin tidak dapat
memberi gambaran sebenar persepsi ibu bapa pelajar yang menerima RMT di sekolah
yang lain.
1.8 Takrifan Istilah
1.8.1 Persepsi
Menurut Kamus Dewan (2000: 1193) ‘Persepsi’ bermaksud gambaran atau
bayangan dalam hati atau fikiran tentang sesuatu, pandangan menerusi pancaindera,
tanggapan, kekuatan imaginasi dan kepekaan. ‘Persepsi’ juga ditakrifkan sebagai
tanggapan atau gambaran yang terkandung di dalam pemikiran individu atau kelompok
tertentu terhadap sesuatu keadaan atau situasi. Kebiasaannya ia dipengaruhi oleh
penglihatan, pendengaran, pengetahuan dan pengalaman yang sedia ada. Ia juga boleh
dipengaruhi oleh pihak-pihak lain dan persekitaran. Maka dalam kajian ini, ‘persepsi’
adalah merangkumi pendapat, sikap dan penilaian ibu bapa pelajar Rancangan Makanan
Tambahan (RMT) terhadap isu yang diketengahkan.
13
1.8.2 Ibu bapa
Ibu bapa merujuk kepada penjaga bagi pelajar yang mendapat bantuan
Rancangan Makanan Tambahan (RMT) di Sekolah Kebangsaan Seri Perlis.
1.8.3 Rancangan Makanan Tambahan
Rancangan Makanan Tambahan(RMT) dilaksanakan sebagai satu program yang
bertujuan membantu meningkatkan taraf pemakanan serta kesihatan pelajar sekolah
rendah. Program ini pada asalnya dikendalikan oleh Jabatan Perdana Menteri
diperluaskan pelaksanaannya menurut pengesyoran dalam Laporan Jawatankuasa
Kabinet Mengkaji Pelaksanaan Dasar Pelajaran 1979 (Surat Perkeliling Kewangan Bil.7
tahun 2002 RMT di Sekolah Rendah).
1.9 Kesimpulan
Keseluruhan bab ini menerangkan secara ringkas tentang kajian tentang
“Persepsi Ibu Bapa Pelajar terhadap Rancangan Makanan Tambahan (RMT) di Sekolah
Kebangsaan” yang akan dilaksanakan oleh penyelidik. Tajuk yang dipilih amat
bertepatan dengan isu-isu terkini yang sering belaku dan dipaparkan di dada-dada akhbar
yang menimbulkan kebimbangan banyak pihak terutamanya ibu bapa pelajar.
Pemakanan yang baik perlu untuk kesihatan bagi membolehkan manusia hidup
dan menjalani segala kegiatan atau aktiviti, baik urusan pekerjaan atau ibadah.
Pemilihan makanan dan minuman yang bersih serta halal amat penting dan sangat
dititikberatkan dalam Islam.