Transcript
Page 1: Buku ini kepunyaan - uim.edu.my2.1. CS boleh diluluskan dengan syarat tidak melebihi 20 hari setahun untuk kes-kes pesakit luar dan kes-kes kemasukan ke dalam wad. Untuk kes atas sebab-sebab
Page 2: Buku ini kepunyaan - uim.edu.my2.1. CS boleh diluluskan dengan syarat tidak melebihi 20 hari setahun untuk kes-kes pesakit luar dan kes-kes kemasukan ke dalam wad. Untuk kes atas sebab-sebab
Page 3: Buku ini kepunyaan - uim.edu.my2.1. CS boleh diluluskan dengan syarat tidak melebihi 20 hari setahun untuk kes-kes pesakit luar dan kes-kes kemasukan ke dalam wad. Untuk kes atas sebab-sebab

Bu k u in i k ep u n y a a n :

Nama: ……………………………………………………………………

Jawatan: …………………………………………………………………

Tandatangan: …………………………………………………………...

Page 4: Buku ini kepunyaan - uim.edu.my2.1. CS boleh diluluskan dengan syarat tidak melebihi 20 hari setahun untuk kes-kes pesakit luar dan kes-kes kemasukan ke dalam wad. Untuk kes atas sebab-sebab

2

Perkara Muka Surat

TAKRIFAN………………………………………………………………………………………………3

GLOSARI…………………………………………………………………………………………………4

GARIS PANDUAN UMUM………………………………………………………………………….5

1. Cuti Rehat Tahunan …………………………………………………………………………….7

2. Cuti Sakit……………………………………………………………………………………………..9

3. Cuti Bersalin………………………………………………………………………………………..12

4. Cuti Haji……………………………………………………………………………………………….13

5. Cuti Sabatikal/ Berceramah…………………………………………………………………14

6. Cuti Tanpa Rekod…………………………………………………………………………………15

6.1. Cuti Bersalin Paterniti……………………………………………………………….15

6.2. Cuti Kematian Keluarga Terdekat…………………………………………….15

6.3. Cuti Peperiksaan/ Kursus………………………………………………………….16

6.4. Cuti Saksi Mahkamah…………………………………………………………………16

6.5. Cuti Mewakili Dalam Acara……………………………………………………….17

6.6. Cuti Kuarantin……………………………………………………………………………17

6.7. Cuti Gantian……………………………………………………………………………….18

7. Cuti Separuh Gaji…………………………………………………………………………………19

8. Cuti Tanpa Gaji…………………………………………………………………………………….20

Page 5: Buku ini kepunyaan - uim.edu.my2.1. CS boleh diluluskan dengan syarat tidak melebihi 20 hari setahun untuk kes-kes pesakit luar dan kes-kes kemasukan ke dalam wad. Untuk kes atas sebab-sebab

3

A. TAKRIFAN

A.1. Personel merujuk kepada anggota atau kakitangan UIM yang masih

berkhidmat samada bertaraf Percubaan (“Probation”), Secara Tetap,

Kontrak, Sementara atau Sambilan. Perkhidmatan yang diberi kepada UIM

atas kapasiti Kontrak UIM dengan mana-mana syarikat atau Bekerja Bebas

(“Freelance”), atau sebagai Penuntut Praktikal (“Intern”) tidak ditakrif

sebagai Personel.

A.2. Cuti bermaksud sebarang tempoh seseorang personel yang masih

berkhidmat di UIM dibenarkan meninggalkan tugasnya tanpa dianggap

sebagai putus perkhidmatan atau berhenti kerja.

A.3. Kategori cuti yang digunapakai di UIM adalah seperti berikut:

1. Cuti Rehat Tahunan

2. Cuti Sakit

3. Cuti Bersalin

4. Cuti Haji

5. Cuti Sabatikal/ Berceramah

6. Cuti Tanpa Rekod

6.1. Cuti Peperiksaan/ Berkursus

6.2. Cuti Kematian Keluarga Terdekat

6.3. Cuti Paterniti

6.4. Cuti Saksi Mahkamah

6.5. Cuti Mewakili Dalam Acara

6.6. Cuti Kuarantin

6.7. Cuti Gantian

7. Cuti Separuh Gaji

8. Cuti Tanpa Gaji

Page 6: Buku ini kepunyaan - uim.edu.my2.1. CS boleh diluluskan dengan syarat tidak melebihi 20 hari setahun untuk kes-kes pesakit luar dan kes-kes kemasukan ke dalam wad. Untuk kes atas sebab-sebab

4

B. GLOSARI

BSM Bahagian Sumber Manusia

CB Cuti Bersalin (Materniti)

CG Cuti Gantian

CH Cuti Menunaikan Ibadat Haji

CK Cuti Kecemasan (EL)

CRT Cuti Rehat Tahunan (AL)

CS Cuti Sakit (ML)

CBC Cuti Berceramah

CSG Cuti Separuh Gaji

CSK Cuti Sakit Kecederaan

CTG Cuti Tanpa Gaji

CTR-B Cuti Bersalin Kebapaan (Paterniti)

CTR-M Cuti Kematian Keluarga Terdekat

CTR-P Cuti Peperiksaan

CTR-S Cuti Saksi di Mahkamah

CTR-W Cuti Mewakili Dalam Acara

SS Sijil Sakit (MC)

THB Tidak Hadir Bekerja

Jadual 1 Glosari Singkatan

Page 7: Buku ini kepunyaan - uim.edu.my2.1. CS boleh diluluskan dengan syarat tidak melebihi 20 hari setahun untuk kes-kes pesakit luar dan kes-kes kemasukan ke dalam wad. Untuk kes atas sebab-sebab

5

C. GARIS PANDUAN UMUM

C.1. Pekeliling ini merupakan garis panduan untuk digunapakai di UIM sehingga

kemaskinian seterusnya. Semua keputusan bersabit cuti personel secara

umum atau khusus, adalah budibicara dan hak mutlak pengurusan UIM.

C.2. Tiada istilah ”cuti separuh hari” di UIM. Mana-mana cuti yang kurang

daripada satu hari akan digenapkan kepada 1 hari.

C.3. Personel boleh memohon pelepasan keluar pejabat (“Time-off”) untuk

sebab-sebab tertentu dengan mendapatkan pengesahan Ketua Jabatan/

Bahagian tanpa perlu memohon sebarang cuti, selagi tidak melebihi 3 jam.

C.4. Personel yang tidak hadir bekerja bagi suatu tempoh berdasarkan rekod

dalam sistem kehadiran samada gagal memaklumkan kepada pegawai

atasannya atau tanpa sebab yang munasabah atau tanpa permohonan yang

lengkap, tidak berhak mendapat apa-apa gaji dan lain-lain imbuhan bagi

tempoh tidak hadir bekerja (THB) itu serta boleh dikenakan tindakan

tatatertib. Perkiraan amaun pemotongan THB adalah:

[amaun Gaji Asas campur Imbuhan sebulan bahagi 30 hari dalam sebulan]

darab Bilangan Hari THB.

Bagaimanapun, personel yang mengemukakan sebab-sebab THB yang

manasabah akan dikecualikan daripada pemotongan THB.

C.5. Kelulusan Presiden UIM dengan Perakuan Pendaftar adalah mencukupi bagi

memotong gaji dan imbuhan secara pro-rata bagi tempoh THB seseorang

personel.

C.6. Personel bertaraf Kontrak dan Sambilan perlu memohon sebarang cuti

terus daripada Presiden.

Page 8: Buku ini kepunyaan - uim.edu.my2.1. CS boleh diluluskan dengan syarat tidak melebihi 20 hari setahun untuk kes-kes pesakit luar dan kes-kes kemasukan ke dalam wad. Untuk kes atas sebab-sebab

6

C.7. Cuti yang diambil tanpa permohonan awal akan dikategorikan sebagai Cuti

Kecemasan (CK). Bilangan CK direkod dalam fail personel.

C.8. Ketidakpatuhan terhadap mana-mana terma atau prosedur di bawah ini

boleh membatalkan permohonan cuti personel serta mengakibatkan

kemungkinan tindakan tatatertib.

C.9. Sebarang pertanyaan atau cadangan mengenai cuti boleh dikemukakan

kepada Bahagian Sumber Manusia di alamat e-mail [email protected].

Page 9: Buku ini kepunyaan - uim.edu.my2.1. CS boleh diluluskan dengan syarat tidak melebihi 20 hari setahun untuk kes-kes pesakit luar dan kes-kes kemasukan ke dalam wad. Untuk kes atas sebab-sebab

7

1. Cuti Rehat Tahunan (CRT)

1.1. Kelayakan cuti rehat tahunan (CRT) semua personel UIM adalah 25 hari.

1.2. Seseorang personel layak memperolehi CRT hanya apabila telah

berkhidmat di UIM selama sebulan atau lebih.

1.3. Bilangan CRT yang layak pada satu-satu masa dinisbahkan secara pro-rata

mengikut bilangan bulan perkhidmatan bergaji seseorang personel.

Perkiraannya:

Bilangan Hari CRT Yang Layak = [Bilangan Bulan Perkhidmatan Bergaji]

bahagi 12 darab 25.

1.4. Sekiranya masih berbaki, CRT untuk tahun semasa akan dibawa ke tahun

seterusnya secara otomatik. Bilangan CRT maksimum yang dibawa di awal

tahun semasa tidak boleh melebihi 2 kali Kelayakan CRT (tidak termasuk

kelayakan tahun semasa mengikut 1.3 di atas).

1.5. Amalan terbaik adalah merancang CRT untuk memudahkan semua pihak.

1.5.1. CRT yang berbentuk kecemasan (CK) akan direkodkan dalam

fail personel.

1.6. Personel perlu memaklumkan secara terus (melalui panggilan telefon,

sms, e-mail atau faks) dan seberapa segera dalam tempoh tidak melebihi

2 jam dari bermulanya waktu pejabat pada hari pertama CK kepada

pegawai atasannya.

Page 10: Buku ini kepunyaan - uim.edu.my2.1. CS boleh diluluskan dengan syarat tidak melebihi 20 hari setahun untuk kes-kes pesakit luar dan kes-kes kemasukan ke dalam wad. Untuk kes atas sebab-sebab

8

1.7. Cuti rehat untuk ke luar negara perlu mendapat kelulusan Presiden UIM

dengan mengisi borang khas.

1.8. Permohonan CRT yang lengkap mesti dikemukakan untuk kelulusan

melalui saluran-saluran yang telah ditetapkan pada borang dan dihantar

ke BSM tidak kurang 3 hari bekerja dari tarikh mula CRT.

Page 11: Buku ini kepunyaan - uim.edu.my2.1. CS boleh diluluskan dengan syarat tidak melebihi 20 hari setahun untuk kes-kes pesakit luar dan kes-kes kemasukan ke dalam wad. Untuk kes atas sebab-sebab

9

2. Cuti Sakit (CS)

2.1. CS boleh diluluskan dengan syarat tidak melebihi 20 hari setahun untuk

kes-kes pesakit luar dan kes-kes kemasukan ke dalam wad. Untuk kes

atas sebab-sebab kecederaan semasa tugasan rasmi (CSK), sila rujuk

2.10 di bawah.

2.2. CS diberi berdasarkan sijil sakit (MC) yang dikeluarkan oleh Klinik Panel

UIM, klinik Bukan-Panel yang diiktiraf atau Klinik Kerajaan sahaja.

Pendaftar boleh menolak mana-mana MC yang dikeluarkan oleh pihak

yang tidak diiktiraf.

2.3. Cuti atas sebab kecemasan (CK) yang tidak disertai dengan MC personel

akan dikira sebagai CRT. Personel perlu mengemukakan borang

permohonan CRT kepada Ketua Jabatan/ Bahagian serta BSM sekembali

dari cuti.

2.4. Pengeluaran MC separuh hari akan dianggap sebagai MC 1 hari penuh.

2.5. Sekiranya seseorang personel itu masih disahkan tidak sihat setelah

menghabiskan CS sebanyak 20 hari:

2.5.1. Pendaftar UIM boleh memberinya lanjutan CS tidak melebihi

60 hari.

2.5.2. Sekiranya masih disahkan tidak sihat, Presiden UIM boleh

melanjutkan CS tidak melebihi 60 hari lagi.

2.5.3. Sekiranya masih disahkan tidak sihat, UIM boleh memberikan

personel tersebut apa-apa CRT yang masih berbaki.

2.5.4. Sekiranya CRT telah digunakan sepenuhnya, gaji personel

beserta imbuhan akan ditolak mengikut formula di perenggan

C(iii) di atas.

Page 12: Buku ini kepunyaan - uim.edu.my2.1. CS boleh diluluskan dengan syarat tidak melebihi 20 hari setahun untuk kes-kes pesakit luar dan kes-kes kemasukan ke dalam wad. Untuk kes atas sebab-sebab

10

2.6. Personel yang sakit semasa Cuti Tanpa Gaji (CTG) tidak layak mendapat

CS.

2.7. Personel yang sakit semasa CRT layak mendapat CS selama masa

diperakui oleh Klinik Panel sebagai tidak sihat untuk bertugas. Sebarang

baki cuti rehat yang belum dihabiskannya itu boleh disambungnya

selepas cuti sakit itu dengan syarat bahawa dia boleh dipanggil bertugas

jika diperlukan oleh UIM.

2.8. Personel yang telah menghabiskan CS selama 140 hari dan juga telah

menghabiskan baki CRT, boleh diberi cuti sakit lanjutan dengan

perakuan Panel Perubatan seperti berikut:

2.8.1. Cuti separuh gaji (CSG) sehingga had maksimum 90 hari;

2.8.2. Diikuti dengan cuti tanpa gaji sehingga had maksimum selama

90 hari dan dalam tempoh ini, dengan atas budi bicara Presiden

UIM boleh memberi Elaun bersamaan separuh gaji pokok.

2.8.3. Kemudahan ini boleh diulangi dalam tahun kedua, selepas

tempoh tersebut jika personel masih belum sembuh, personel

berkenaan boleh ditamatkan perkhidmatan.

2.9. Personel boleh mendapatkan CS tidak melebihi 3 hari setahun setiap

kategori untuk urusan sakit tenat/ kronik ahli keluarga terdekat iaitu:

o Kategori 1 - ibu bapa/ ibu bapa mertua

o Kategori 2 - suami atau isteri

o Kategori 3 - anak kandung/ anak tiri/ anak angkat di bawah umur 18

tahun.

MC yang menjelaskan keadaan tenat/ kronik ahli keluarga tersebut

mesti dikemukakan kepada pegawai atasan.

Page 13: Buku ini kepunyaan - uim.edu.my2.1. CS boleh diluluskan dengan syarat tidak melebihi 20 hari setahun untuk kes-kes pesakit luar dan kes-kes kemasukan ke dalam wad. Untuk kes atas sebab-sebab

11

2.10. Personel yang tercedera ketika sedang menjalankan tugas rasmi

termasuk pergi dan balik ke pejabat mengikut laluan yang munasabah,

akan dibenarkan cuti sakit kecederaan (CSK) tidak melebihi 90 hari.

2.10.1. Sekiranya CSK telah habis, personel boleh diberi tambahan cuti

bergaji penuh tidak melebihi 90 hari dengan perakuan Panel

Perubatan untuk pulih semula.

2.10.2. Sekiranya masih belum pulih, personel hendaklah menggunakan

CRT yang berbaki.

2.10.3. Sekiranya selepas itu masih belum pulih semula atau tiada

harapan untuk pulih dengan perakuan Panel Perubatan,

personel akan diberi tambahan cuti bergaji penuh ke tarikh

penamatan perkhidmatan di UIM, oleh UIM, dengan kuasa

tertentu.

2.11. Personel perlu memaklumkan secara terus atau berwakil (melalui

panggilan telefon, sms, e-mail atau faks) kepada pegawai atasannya,

seberapa segera dalam tempoh tidak melebihi 2 jam dari bermulanya

waktu pejabat pada hari pertama CS atau CSK.

Page 14: Buku ini kepunyaan - uim.edu.my2.1. CS boleh diluluskan dengan syarat tidak melebihi 20 hari setahun untuk kes-kes pesakit luar dan kes-kes kemasukan ke dalam wad. Untuk kes atas sebab-sebab

12

3. Cuti Bersalin (CB)

3.1. Seseorang personel wanita layak mendapat cuti bersalin bergaji penuh

tidak melebihi 90 hari setiap kelahiran dan maksimum 300 hari di

sepanjang tempoh perkhidmatan.

3.2. Cuti bersalin bermula pada tarikh pegawai bersalin. Namun personel boleh

memilih untuk menggunakan cuti bersalin lebih awal dari tarikh bersalin

iaitu pada pada bila-bila masa dalam tempoh 14 Hari dari tarikh dijangka

bersalin.

3.3. Permohonan CB yang lengkap mesti dikemukakan untuk kelulusan melalui

saluran-saluran yang telah ditetapkan tidak kurang 30 hari bekerja dari

tarikh mula CB.

3.4. Personel yang telah diluluskan CB harus melaksanakan prosedur serah-

tugasan kepada pegawai lain yang dikenalpasti dalam jangkamasa yang

munasabah sebelum tarikh mula CB.

3.5. Personel atau wakil mesti memaklumkan tarikh kelahiran bayi kepada

Ketua Jabatan dan BSM.

Page 15: Buku ini kepunyaan - uim.edu.my2.1. CS boleh diluluskan dengan syarat tidak melebihi 20 hari setahun untuk kes-kes pesakit luar dan kes-kes kemasukan ke dalam wad. Untuk kes atas sebab-sebab

13

4. Cuti Haji (CH)

4.1. Presiden UIM boleh meluluskan permohonan cuti Haji bergaji penuh

selama 45 Hari termasuk cuti hujung minggu dan hari kelepasan am

kepada personel yang beragama Islam, sekali dalam perkhidmatan.

4.2. CH hanya boleh diluluskan tertakluk kepada syarat bahawa personel itu

berjawatan Tetap dan telah disahkan jawatan. Presiden juga boleh

menimbang cuti haji kepada personel yang bukan berjawatan tetap.

4.3. Permohonan CH yang lengkap mesti dikemukakan untuk kelulusan

melalui saluran-saluran yang telah ditetapkan tidak kurang 30 hari

bekerja dari tarikh mula CH.

4.4. Personel yang telah diluluskan CH harus melaksanakan prosedur serah-

tugasan kepada pegawai lain yang dikenalpasti dalam jangkamasa yang

munasabah sebelum tarikh mula CH.

4.5. Presiden boleh memberi personel terbabit apa-apa CRT yang masih

berbaki jika tempoh CH perlu ditambah. Jika CRT telah digunakan

sepenuhnya, gaji personel beserta imbuhan akan ditolak mengikut

perenggan C(iii) di atas.

Page 16: Buku ini kepunyaan - uim.edu.my2.1. CS boleh diluluskan dengan syarat tidak melebihi 20 hari setahun untuk kes-kes pesakit luar dan kes-kes kemasukan ke dalam wad. Untuk kes atas sebab-sebab

14

5. Cuti Berceramah (CBC)

5.1. Personel yang dipilih atau diperakui oleh UIM untuk membentangkan

kertas kerja, berkursus, berceramah atau kajian, boleh diberi cuti (CBC)

bagi jangkamasa berikut:

5.1.1. Bagi tempoh yang diperakui sah oleh pegawai atasan untuk

berkursus/berceramah tersebut;

5.2. Permohonan CBC yang lengkap mesti dikemukakan untuk kelulusan

melalui saluran-saluran yang telah ditetapkan tidak kurang 30 hari

bekerja dari tarikh mula CBC.

5.3. Laporan kursus, pembentangan, kajian atau seumpamanya perlu

dikemukakan sekembalinya personel dari CBC.

Page 17: Buku ini kepunyaan - uim.edu.my2.1. CS boleh diluluskan dengan syarat tidak melebihi 20 hari setahun untuk kes-kes pesakit luar dan kes-kes kemasukan ke dalam wad. Untuk kes atas sebab-sebab

15

6. Cuti Tanpa Rekod

Cuti Tanpa Rekod (CTR) boleh diluluskan kepada personel bagi urusan kematian

keluarga terdekat, cuti isteri bersalin, peperiksaan atau berkursus, menghadiri

mahkamah sebagai saksi, mewakili universiti atau negara dalam sesuatu acara,

cuti kuarantin dan cuti gantian.

6.1. Cuti Bersalin Paterniti (CTR-B)

6.1.1. Personel lelaki boleh diberi kemudahan cuti CTR-B selama 6 hari

mulai tarikh isteri mereka bersalin.

6.1.2. Personel yang menggunakan kemudahan CTR-B ini hendaklah

mengemukakan salinan bukti atau sijil lahir anak kepada BSM

untuk tujuan pengesahan.

6.2. Cuti Urusan Kematian Ahli Keluarga Terdekat (CTR-K)

6.2.1. CTR-K diberi sebanyak 3 hari, bertujuan membolehkan personel

menguruskan urusan pengkebumian dan perasaan yang

dikaitkan dengan kematian ahli keluarga yang terdekat iaitu:

o ibu bapa/ ibu bapa mertua

o suami atau isteri

o anak kandung/ anak tiri/ anak angkat (dengan sijil)

o ibu angkat/ datuk nenek/ penjaga (sebelum umur 18 tahun).

6.2.2. CTR-K dianggap terlunas pada tarikh kematian ahli keluarga

terdekat atau pada hari berikutnya jika ahli keluarga berkenaan

meninggal dunia selepas waktu pejabat.

Page 18: Buku ini kepunyaan - uim.edu.my2.1. CS boleh diluluskan dengan syarat tidak melebihi 20 hari setahun untuk kes-kes pesakit luar dan kes-kes kemasukan ke dalam wad. Untuk kes atas sebab-sebab

16

6.2.3. Personel yang melunaskan CTR-K ini hendaklah mengemukakan

salinan bukti kematian ahli keluarga terdekat kepada BSM untuk

tujuan pengesahan dalam tempoh 3 hari.

6.3. Cuti Peperiksaan/ Kursus (CTR-P)

6.3.1. Kemudahan CTR-P diberikan untuk membolehkan personel

memasuki sebarang peperiksaan atau menghadiri kursus yang

dianggap boleh memperbaiki prestasi personel tersebut.

6.3.2. CTR-P dihadkan kepada hari yang diperlukan bagi peperiksaan

atau kursus itu sahaja.

6.3.3. Personel yang menggunakan kemudahan CTR-P ini hendaklah

mengemukakan salinan bukti menduduki peperiksaan atau

kursus kepada pegawai atasan.

6.4. Cuti Menghadiri Mahkamah Sebagai Saksi (CTR-S)

6.4.1. Personel yang disapina untuk hadir di mahkamah sebagai saksi

pihak kerajaan atau bukan kerajaan boleh diberi pelepasan

meninggalkan pejabat bagi tempoh diperlukan jika menghadiri

mahkamah.

6.4.2. Tambahan CTR-S sehari sebelum dan selepas bagi maksud

perjalanan boleh diluluskan jika personel menghadiri

mahkamah di luar kawasan.

6.4.3. Personel yang menggunakan kemudahan CTR-S ini hendaklah

mengemukakan salinan bukti kehadiran sebagai saksi kepada

pegawai atasan untuk tujuan pengesahan.

Page 19: Buku ini kepunyaan - uim.edu.my2.1. CS boleh diluluskan dengan syarat tidak melebihi 20 hari setahun untuk kes-kes pesakit luar dan kes-kes kemasukan ke dalam wad. Untuk kes atas sebab-sebab

17

6.5. Cuti Mewakili Di Dalam Acara/ Badan Profesional/ Olahraga/(CTR-W)

6.5.1. Personel yang diplih untuk mewakili UIM atau Malaysia atau

badan profesional dalam acara atau perjumpaan samada di

peringkat tempatan maupun antarabangsa, boleh diberi cuti

tanpa rekod.

6.5.2. CTR-W hanya diberi bagi hari yang betul-betul diperlukan

mengambil bahagian dalam acara tersebut sahaja tetapi tidak

melebihi 10 hari dan tidak melebihi 2 acara dalam setahun.

6.5.3. Personel perlu memaklumkan hasrat menggunakan kemudahan

CTR-W kepada Ketua Jabatan/Bahagian dan BSM.

6.6. Cuti Kuarantin (CQ)

6.6.1. Personel yang dalam perjalanan balik ke Malaysia dari

luarnegara atau di dalam negara atau berada di mana-mana

kawasan di dalam negara, yang ditahan di stesen kuarantin atau

rumah oleh pihak berkuasa kesihatan kerana berlaku wabak

penyakit, mesti mengambil Cuti Kuarantin (CQ).

6.6.2. Tempoh penahanan seseorang personel (di pusat

kuarantin/rumah) yang diisytiharkan oleh pihak berkuasa

kesihatan, dikira sebagai CQ dengan gaji penuh.

6.6.3. CQ mesti disokong dengan surat pihak berkuasa kesihatan dan

tidak ditolak dari kelayakan CRT.

6.6.4. Personel perlu memaklumkan status CQ dari semasa ke semasa

kepada Ketua Jabatan/ Bahagian dan BSM.

Page 20: Buku ini kepunyaan - uim.edu.my2.1. CS boleh diluluskan dengan syarat tidak melebihi 20 hari setahun untuk kes-kes pesakit luar dan kes-kes kemasukan ke dalam wad. Untuk kes atas sebab-sebab

18

6.7. Cuti Gantian (CG)

6.7.1. Personel yang diarahkan Ketua Jabatan/ Bahagian datang

bertugas selepas jam 6 petang hari bekerja, atau pada hari cuti

umum atau cuti hujung minggu, boleh diberikan cuti gantian

(CG).

6.7.2. Personel gred UP6 ke bawah mempunyai pilihan samada

mengambil CG atau upah kerja lebihmasa (OT).

6.7.3. Bagi setiap 8 jam tugasan lebih masa yang disahkan dengan

bukti rekod kehadiran, personel layak menuntut CG 1 hari.

6.7.4. CG boleh dilunaskan pada bila-bila masa dalam tahun semasa

sahaja.

6.7.5. Personel perlu memaklumkan hasrat melunaskan CG kepada

Ketua Jabatan/ Bahagian dan BSM.

Page 21: Buku ini kepunyaan - uim.edu.my2.1. CS boleh diluluskan dengan syarat tidak melebihi 20 hari setahun untuk kes-kes pesakit luar dan kes-kes kemasukan ke dalam wad. Untuk kes atas sebab-sebab

19

7. Cuti Separuh Gaji (CSG)

7.1. Presiden UIM boleh meluluskan cuti separuh gaji kepada personel atas

sebab kesihatan kronik ahli keluarga terdekat iaitu suami/ isteri, anak

kandung/ tiri/ angkat, ibubapa dan ibubapa mertua.

7.2. Kadar cuti separuh gaji yang boleh diluluskan ialah sebanyak 30 hari bagi

tiap-tiap tahun genap perkhidmatan tetapi tidak boleh melebihi 180

hari.

7.3. CSG tidak boleh diberi kepada personel wanita atas sebab-sebab bersalin

(sila rujuk maklumat di atas untuk kelayakan CB)

Page 22: Buku ini kepunyaan - uim.edu.my2.1. CS boleh diluluskan dengan syarat tidak melebihi 20 hari setahun untuk kes-kes pesakit luar dan kes-kes kemasukan ke dalam wad. Untuk kes atas sebab-sebab

20

8. Cuti Tanpa Gaji (CTG)

8.1. Presiden UIM boleh meluluskan Cuti Tanpa Gaji (CTG) kepada personel

bertaraf Tetap atas sebab-sebab yang munasabah.

8.2. CTG di dalam atau di luar Malaysia boleh diluluskan bila personel itu

telah genap berkhidmat tidak kurang daripada 6 bulan dan telah

mengambil semua CRT yang ia berkelayakan.

8.3. Jumlah CTG yang boleh diluluskan ialah sebanyak 30 hari bagi tiap-tiap

genap tahun perkhidmatan tetapi tidak melebihi 360 hari.

8.4. Permohonan CTG yang lengkap mesti dikemukakan untuk kelulusan

melalui saluran-saluran yang telah ditetapkan tidak kurang 30 hari

bekerja dari tarikh mula CTG.

8.5. Personel yang telah diluluskan CTG harus melaksanakan prosedur serah-

tugasan kepada personel lain yang dikenalpasti dalam jangkamasa yang

munasabah sebelum tarikh mula CTG.

8.6. CTG hendaklah digunakan atas sebab-sebab yang telah diluluskan

semasa memohon. Sekiranya disyaki atau didapati CTG disalahgunakan,

Presiden UIM berhak menamatkan kelayakan CTG dan tindakan

tatatertib boleh diambil.

Disediakan oleh: Pejabat Pendaftar

Page 23: Buku ini kepunyaan - uim.edu.my2.1. CS boleh diluluskan dengan syarat tidak melebihi 20 hari setahun untuk kes-kes pesakit luar dan kes-kes kemasukan ke dalam wad. Untuk kes atas sebab-sebab

21

Page 24: Buku ini kepunyaan - uim.edu.my2.1. CS boleh diluluskan dengan syarat tidak melebihi 20 hari setahun untuk kes-kes pesakit luar dan kes-kes kemasukan ke dalam wad. Untuk kes atas sebab-sebab

22