Transcript
Page 1: Buku Pengurusan Prasekolah

PRASEKOLAH LESTARI

SEK. KEB. SAHABAT 2

PETI SURAT 61700,91125

LAHAD DATU, SABAH.

BUKU PENGURUSAN PRASEKOLAH 2012

Page 2: Buku Pengurusan Prasekolah

PENGENALAN

Buku pengurusan prasekolah disediakan adalah untuk memberi kepada semua

tentang hal-hal pengurusan,pengendalian dan pengelolaan kelas prasekolah

dari semua aspek.

Antara aspek-aspek yang dikemukakan adalah falsafah, matlamat,objektif

pendidikan prasekolah,kurikulum prasekolah,hal-hal pengurusan kanak-kanak

program pendidikan prasekolah, perancangan aktiviti sepanjang tahun,

organisasi prasekolah, pemilihan kanak-kanak prasekolah, rekod dan penilaian

kanak-kanak, urusan kewangan, organisasi prasekolah, gambaran fizikal kelas

prasekolahdan lain-lain lagi.

Page 3: Buku Pengurusan Prasekolah

Buku pengurusan prasekolah ini juga menjadi panduan kepada guru prasekolah

dalam melaksana dan menjayakan program pendidikan prasekolah.

KATA-KATA ALUAN GURU BESAR

Alhamdulillah, syukur saya ke hadrat Allah s.w.t kerana dengan limpah izinNya, Buku pengurusan prasekolah untuk tahun 2012 telah dapat disiapkan dengan jayanya.

Saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang terlibat khususnya Jawatankuasa Prasekolah di atas inisiatif merancang dan menyiapkan buku ini dalam masa yang ditetapkan.

Buku Pengurusan Prasekolah adalah sebuah buku rujukan yang mengandungi maklumat prasekolah dan juga rangka program yang dirancang untuk dilaksanakan sepanjang tahun 2012. Adalah diharapkan Buku pengurusan ini dapat memberi pendedahan sepenuhnya kepada semua pihak tentang maklumat-maklumat Prasekolah yang ingin diperolehi dan diketahui.

Akhir kata sekali lagi saya mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dan saya berharap agar buku ini dapat dimanafaatkan dalam memantapkan lagi proses pengurusan dan pendidikan Prasekolah di sekolah ini khususnya.

Sekian, terima kasih;

Page 4: Buku Pengurusan Prasekolah

SELAMAT MAJU JAYA

……………………………….

(Tn. Hj. Rajid B. Ab. Rashid)

Guru Besar,

PRINSIP RUKUN NEGARA

BAHAWASANYA NEGARA KITA MALAYSIA

Mendukung cita-cita hendak

Mencapai perpaduan yang lebih erat

Dikalangan seluruh masyarakatnya

Memelihara satu cara hidup demokratik

Mencapai satu masyarakat yang adil di mana

Kemakmuran Negara akan dinikmati

Bersama secara adil dan saksama

Menjamin satu cara liberal terhadap tradisi-tradisi

Kebudayaan yang kaya dan berbagai corak

Membina satu masyarakat progresif yang akan

Menggunakan sains dan teknologi moden

MAKA KAMI rakyat Malaysia, berikrar akan

Menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami

Untuk mencapai cita-cita tersebut berdasarkan

atas prinsip-prinsip yang berikut:-

Page 5: Buku Pengurusan Prasekolah

Kepercayaan Kepada Tuhan

Kesetiaan kepada Raja dan Negara

Keluhuran perlembagaan

Kedaulatan undang-undang

Kesopanan dan Kesusilaan

FALSAFAH PENDIDIKAN NEGARA

Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha yang berterusan kea rah

memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan

bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari

segi INTELEK, ROHANI, JASMANI, EMOSI dan SOSIAL. Berdasarkan

kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah untuk

melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan,

berketrampilan bertanggungjawab, berakhlak mulia serta

berkeupayaan mencapai kesejahteraandiri serta memberi

sumbangan terhadap keharmoniaan dan kemakmuran keluarga,

masyarakat dan Negara.

Page 6: Buku Pengurusan Prasekolah

KONSEP DAN MATLAMAT PENDIDIKAN PRASEKOLAH

KONSEP

Pendidikan Prasekolah adalah satu program yang menyediakan

pengalaman pembelajaran kanak-kanak yang berumur 4-6 tahun dalam

jangkamasa satu tahun atau lebih sebelum masuk ke tahun satu di

sekolah formal.

MATLAMAT

Pendidikan Prasekolah bertujuan menyuburkan potensi kanak-kanak

dalam semua aspek perkembangan,menguasai kemahiran asas dan

memupuk Sikap positif sebagai persediaan untuk masuk ke sekolah

Page 7: Buku Pengurusan Prasekolah

rendah.

VISI PRASEKOLAH

MENYEDIAKAN PENGALAMAN PEMBELAJARAN YANG BERMAKNA

KEPADA SEMUA KANAK-KANAK SECARA

ADIL DAN SAKSAMA

DEMI MENYAHUT IDEA FALSAFAH PENDIDIKAN NEGARA

MISI PRASEKOLAH

MENYEDIAKAN PENGALAMAN PEMBELAJARAN YANG BERMAKNA

KEPADA KANAK-KANAK

UNTUK MENYUBURKAN POTENSI

DALAM SEMUA ASPEK PERKEMBANGAN

MENGUASAI KEMAHIRAN ASAS

DAN

MEMUPUK SIKAP POSITIF KANAK-KANAK

SEBAGAI PERSEDIAAN KE ARAH MELAHIRKAN GENERASI

BERWAWASAN

DALAM MEMENUHI ASPIRASI DAN KEHENDAK

AGAMA, BANGSA DAN NEGARA.

Page 8: Buku Pengurusan Prasekolah

PIAGAM PELANGGAN PRASEKOLAH

Demi mengisi dan menjayakan Wawasan Pendidikan, kami dari Unit Prasekolah LESTARI SEK. KEB. SAHABAT 2 berikrar;

Melaksanakan amanah untuk mendidik, membimbing, membantu dan memberi perkhidmatan terbaik kepada semua kanak-kanak.

Meningkatkan kemahiran kanak-kanak dalam aspek jasmani, emosi, rohani, dan sosial

Menepati waktu dalam semua aspek pengurusan dan pengajaran dan pembelajaran.

Berkerjasama dengan semua pihak untuk mempertingkatkan mutu pendidikan

Mengamalkan sifat yang mulia dalam proses keceriaan diluar dan di dalam kelas prasekolah.

Menjaga nama baik sekolah. Berdisiplin dan amanah teras kejayaan.

PELAN INDUK PEMBANGUNAN

Page 9: Buku Pengurusan Prasekolah

PENDIDIKAN (PIPP)

6 TERAS STRATEGIK

1.MEMBINA NEGARA BANGSA

2.MEMBANGUNKAN MODAL INSAN

3.MEMPERKASAKAN SEKOLAH KEBANGSAAN

4.MERAPATKAN JURANG PENDIDIKAN

5.MEMARTABATKAN PROFESION KEGURUAN

6.MELONJAKKAN KECEMERLANGAN INSTITUSI PENDIDIKAN

Page 10: Buku Pengurusan Prasekolah

PENDEKATAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN PRASEKOLAH

1. Pendekatan belajar sambil bermain2. Pendekatan bertema3. Pendekatan bersepadu4. Teknologi maklumat dan komunikasi

PENGELOLAAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN PRASEKOLAH

1. Aktiviti kelas2. Aktiviti kumpulan3. Aktiviti individu

ALIRAN AKTIVITI HARIAN PRASEKOLAH

Rutin pagi

10 Minit

Perbualan

10 Minit

Permainan Luar

20 Minit

Aktiviti kelas

30 Minit

Aktiviti kelas

30 Minit

Rehat

30 Minit

Aktiviti kumpulan

60 Minit

Aktiviti penamat

10 Minit

Page 11: Buku Pengurusan Prasekolah

KURIKULUM PRASEKOLAHPendidikan prasekolah merupakan pengalaman awal yang penting

dalam dunia persekolahan kepada seseorang kanak-kanak. Pengalaman persekolahan dan pembelajaran yang berkesan, bermakna dan mengembirakan dapat membekalkan mereka dengan kemahiran,keyakinan diri dan sikap positif sebagai persediaan untuk memasuki alam persekolahan formal dan pendidikan sepanjang hayat.

Peluang pendidikan prasekolah diberi kepada semua kanak-kanak tanpa mngira latar belakang sosial,agama,lokasi,tempat tinggal,keadaan kesihatan mental dan fizikal kanak-kanak serta perkembangan intelek mereka.Bagi kanak-kanak mereka diberi peluang khas untuk belajar dalam kelas biasa atau kelas khas sesuai dengan keadaan dan keperluan mereka.

Program pendidikan prasekolah hendaklah sesuai dengan tahap perkembangan kanak-kanak supaya dapat merangsang pemikiran, membina sikap positif dan akhlak yang mulia, meningkatkan kecergasan dan kesihatan kearah penyuburan potensi yang optimum.

Oleh itu, kurikulum pendidikan prasekolah member fokus kepada perkembangan kanak-kanak secara menyeluruh seimbang dan bersepadu. Pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang fleksibel dalam suasana pembelajaran yang selesa, selamat dan ceria,menggalakan naluri ingin tahu,suka meneroka dan menjelajah serta memberi pengalaman baru kepada kanak-kanak.

Dengan ini adalah diharapkan program pendidikan prasekolah dapat menjadi asas untuk melahirkan murid yang berilmu pengetahuan,berakhlak mulia,mempunyai keyakinan diri,cita-cita tinggi, daya tahan, semangat juang dan gigih berusaha, sihat dan cergas serta kreatif dan ekspresif. Asas yang dibina dalam diri ini akan menyumbang kepada kesejahteraan diri mereka sendiri, kemajuan keluarga, masyarakat, bangsa dan negara.

Page 12: Buku Pengurusan Prasekolah

PROGRAM PENDIDIKAN PRASEKOLAH

Objektif program pendidikan prasekolah ialah bertujuan untuk menyuburkan potensi kanak-kanak dalam semua pertumbuhan diri yang seimbang supaya mereka menjadi individu yang sangat berguna, bermunafaat, berfaedah kepada diri sendiri, keluarga dan masyarakat berlandaskan hukum agama.

Program pendidikan prasekolah adalah bertujuan membolehkan kanak-kanak

1. Membina sahsiah dan perwatakan yang sempurna untuk menjadi ahli keluarga dan warganegara yang baik dan bermanfaat serta berfaedah berlandaskan falsafah pendidikan Negara dan selaras dengan rukun Negara.

2. Mengamalkan nilai-nilai kerohanian dan moral yang sensitif dalam kehidupan seharian berlandaskan falsafah pendidikan negara.

3. Menghormati dan menggunakan Bahasa Malaysia sebagai Bahasa Kebangsaan.

4. Mengamalkan nilai-nilai keislaman dalam kehidupan seharian khusus untuk kanak-kanak yang beragama Islam.

5. Membentuk keyakinan diri dan dapat mengawal serta menguasai keupayaannya dan mempraktikkan amalan kesihatan dan keselamatan yang positif.

6. Membentuk konsep kendiri yang positif bergaul dan menghargai hak dan kebolehan orang lain serta dapat menunjukan semanagat faham memahami di dalam bekerja, hormat menghormati serta sikap toleransi.

7. Menyemaikan sikap ingin tahu dan kesediaan belajar semasa berinteraksi.

8. Mengembangkan penggunaan bahasa dan komunikasi.

Page 13: Buku Pengurusan Prasekolah

9. Mengembangkan bakat serta potensi di dalam mengeluarkan idea-idea yang dapat melahirkan kanak-kanak yang aktif dan kreatif.

TUNJANG

KURIKULUM STANDARD PRASEKOLAH

KEBANGSAAN

TUNJANG BAHASA & KOMUNIKASI- Bahasa Malaysia- Bahasa Inggeris

TUNJANG PENDIDIKAN ISLAM

TUNJANG KETRAMPILAN- Sosioemosi

TUNJANG FIZIKAL DAN ESTETIKA- Perkembangan Fizikal dan Penjagaan Kesihatan

TUNJANG FIZIKAL DAN ESTETIKA- Kreativiti

TUNJANG SAINS DAN TEKNOLOGI

- Awal Sains dan Awal Matematik

TUNJANG KEMANUSIAAN

Page 14: Buku Pengurusan Prasekolah

PERANCANGAN TEMA TAHUNAN

MINGGU TEMA CATATAN1. Minggu orientasi

2. Diri Saya (perihal Diri Saya)

3. Diri Saya (Anggota Badan)

4. Diri Saya (Keluarga saya)

5. Diri Saya (Sekolah Saya)

6. Diri Saya (Kawan Saya)

7. Diri Saya (Jiran Saya)

8. Diri Saya (Kebersihan Diri )

9. Diri Saya ( Keselamatan Diri)

10. Diri Saya (Rumah Saya)

11. Diri Saya (Emosi Saya)

12. Alam Bahan (Makanan)

13. Alam Bahan (Minuman)

14. Alam Bahan (Air)

15. Alam Bahan (Pasir)

16. Alam Bahan (Pakaian)

17. Alam Bahan (Alatulis)

18. Alam Bahan (Alatan Dalam Kelas)

19. Alam Bahan (Alatan Dapur)

Page 15: Buku Pengurusan Prasekolah

20. Alam Bahan (Alatan Sukan)

21. Alam Hidupan (Haiwan Liar)

22. Alam Hidupan (haiwan Peliharaan)

23. Alam Bahan (serangga)

24. Alam Hidupan (sayur-sayuran)

25. Alam Hidupan (Pokok Berbunga)

26. Alam Hidupan (Pokok Berbuah)

27. Alam Sekitar (Sayangi ALam Sekitar)

28. Alam Fizikal (Cuaca)

29. Alam Fizikal (Cakerawala)

30. Dunia Teknologi (Kenderaan Darat)

31. Dunia Teknologi (Kenderaan Air)

32. Dunia Teknologi (Kenderaan Udara)

33. Dunia Teknologi (Kemudahan Awam)

34. Dunia Teknologi (Perkhidmatan Awam)

35. Dunia Teknologi (Perkhidmatan Awam)

36. Dunia Teknologi (Pembinaan)

37. Negara Saya (Perayaan Di Malaysia)

38. Negara Saya (Kemerdekaan)

39. Negara Saya (Lagu dan Muzik Tradisional)

40. Negara Saya (Seni, Kraf, Alat Tradisional)

Page 16: Buku Pengurusan Prasekolah

SEJARAH RINGKAS PENUBUHAN PRASEKOLAH LESTARI

SK SAHABAT 2

Kelas Prasekolah yang pertama iaitu kelas Bijak Sekolah Kebangsaan Sahabat 2 mula ditubuhkan dan beroperasi pada Januari 2006. Kemudian setelah Kementerian Pelajaran Malaysia memperkenalkan Program Perluasan kelas prasekolah di beberapa buah sekolah pada tahun 2007, kelas kedua dibuka pada Januari 2007 dan kelas ini dinamakan kelas Intelek.

Antara tenaga pengajar dan pembantu pengurusan murid yang pernah berkhidmat di kelas prasekolah ini ialah:

Kelas Bijak

Tenaga pengajar di kelas ini ialah:

1. Pn. Kasni (01.01.2006 – 01.03.2006)

2. Pn. Suhartini (01.03.2006 – 31.12.2006)

3. En. Mazlan B Abdul Wahab (05.01.2007- 20.10.2007)

4. Pn. Shahrina Bt. Charo (04.01.2008 – Jun 2009)

5. Pn. Nurazillah Bt Mohd Shafie ( 03. 01.2010 – November 2011)

6. Pn. Rabiah Bt. Husen (02.01.2012 hingga sekarang)

Manakala Pembantu pengurusan murid pula ialah :

1. Pn Sahlija Bt Jalilul (01.01.2006 hingga 01.01.2007)

2. Pn. Fatimah Bt Usman (02.01.2007 hingga 01.07.2011)

3. Pn. Maslihah Bt Abdul Rahman (02.07.2011 hingga sekarang)

Kelas Intelek

Page 17: Buku Pengurusan Prasekolah

1. Pn. Juliayana Bt Joldi (01.01.2007 hingga 20.03.2007)

2. Pn. Tasaka Bt Ambotang (21.03.2007 hingga sekarang)

Manakala pembantu pengurusan murid pula ialah:

1. Pn. Sahlija Bt Jalilul (01.01.2007- 01.01.2010)

2. Pn. Salma Bt Abdul Salam (Januari 2010 hingga sekarang

Page 18: Buku Pengurusan Prasekolah

CARTA ORGANISASI PRASEKOLAH LESTARI

Page 19: Buku Pengurusan Prasekolah
Page 20: Buku Pengurusan Prasekolah

PERATURAN UMUM DI KELAS PRASEKOLAH

1. Beratur di hadapan kelas sebelum belajar

2. Beratur di hadapan kelas sewaktu hendak pulang

3. Membaca doa sebelum memulakan pelajaran

4. Membaca doa sebelum dan selepas makan

5. Mematuhi arahan

6. Jangan membuat bising

7. Meminta izin untuk membuat sesuatu

8. Berkongsi alatan

LANGKAH-LANGKAH KESELAMATAN DIKELAS PRASEKOLAH

Page 21: Buku Pengurusan Prasekolah

1. KESELAMATAN DI DALAM KELAS

1.1Kanak-kanak akan diberi taklimat / demontrasi pada minggu suaikenal tentang keselamatan di dalam kelas prasekolah.

1.2Guru dan pembantu akan sentiasa mengawasi kanak-kanak membuat aktiviti yang menggunakan peralatan seperti gunting, lidi dan lain-lain alat yang tajam.

1.3Kanak-kanak akan diberi penerangan cara penggunaan peralatan permainan seperti bongkah, lego dan lain-lain. Begitu juga dengan penggunaan ruang dan pusat yang terdapat di prasekolah.

1.4 Kanak-kanak tidak dibenarkan sama sekali membawa alatan/bahan/benda dari rumah kecuali dengan arahan guru.

2. KESELAMATAN DI LUAR KELAS

2.1Kanak-kanak akan sentiasa diawasi oleh guru dan pembantu semasa Menjalankan aktiviti luar kelas.

2.2Kanak-kanak akan dijelaskan tentang penggunaan setiap alat-alat permainan luar dari masa ke semasa.

2.3Kanak-kanak dikehendaki memakai pakaian sukan yang lengkap semasa menjalankan aktiviti permainan luar dan aktiviti perkembangan fizikal yang melibatkan luar kelas.

2.4Peralatan permainan luar yang rosak atau tidak boleh digunakan akan dimusnahkan.

2.5Guru Besar/ guru prasekolah akan memastikan kawasan permainan luar berada dalam keadaan baik dan terurus.

2.6Semua kanak-kanak digalakkan menyertai skim perlindungan diri.2.7Dilarang sama sekali menjalankan aktiviti sukan / permainan luar di

tempat lapang semasa hujan.2.8Sebarang kemalangan / kecederaan yang berlaku akan disiasat dan

dilaporkan kepada guru besar dengan segera dan direkodkan.

3. KESELAMATAN DI DAPUR

Page 22: Buku Pengurusan Prasekolah

3.1Kanak-kanak tidak dibenarkan sma sekali ke dapurkecuali dengan kebenaran guru dan diawasi pembantu.

3.2Beratur ketika hendak mengambil makanan.3.3Dilarang menggunakan benda tajam/ pemetik api.3.4Menyimpan dan mengemas kembali peralatn yang digunakan

semasa di dapur.3.5Benda/ barangan yang berada di dapur tidak dibenarkan di bawa

keluar dari bilik tersebut kecuali dengan arahan guru / pembantu.

LANGKAH-LANGKAH KESELAMATAN (LATIHAN KEBKARAN) Murid-murid prasekolah juga terlibat dalam aktiviti latihan kebakaran peringkat sekolah. Oleh itu latihan kebakaran telah didedahkan di peringkat sekolh. Ini bertujuan supaya kanak-kanak mendapat pendedahan lebih awal dan tidak panik atau takut untuk menghadapi kemungkinan yang berlaku terutamanya kebakaran.

Panduan Latihan

1. Apabila siren atau loceng dibunyikan berpanjangan, murid-murid akan berlari ke luar kelas menggunakan pintu 2 dengan kawalan guru kelas.

2. Murid-murid hanya perlu menyelamatkan diri dan tidak perlu membawa sebarang peralatan atau barang.

3. Murid-murid akan berlari terus melalui koridor bangunan yang sama ke padang sekolah.

4. Murid-murid membuat barisan dan memastikan bilangan murid sama dengan jumlah kehadiran pada hari tersebut.

PERANAN DAN TUGAS GURU PRASEKOLAH

1. Mendaftar dan menyimpan rekod kanak-kanak.2. Memeriksa dan mengemaskini senarai semak peralatan.

Page 23: Buku Pengurusan Prasekolah

3. Menyediakan suasana yang selesa, selamat dan mengembirakan bagi merangsang proses pengajaran dan pembelajaran.

4. Merangsang dan meningkatkan motivasi kanak-kanak prasekolah bersedia untuk belajar.

5. Mewujud dan merangsang naluri ingin tahu, minat untuk meneroka dan menjelajah.

6. Memilih dan merangsang bahan-bahan serta peralatan yang sesuai dengan keperluan, kesediaan dan perkembangan kanak-kanak.

7. Mengawas dan menjaga keselamatan, kesihatan dan keselesaan kanak-kanak semasa di dalam dan di luar kelas semasa kanak-kanak di bawah jagaannya.

8. Menyediakan aktiviti terancang berpandukan kurikulum prasekolah.

9. Menyediakan menu terancang.10. Merancang dan merekod penggunaan wang makan

minum.11. Merancang penggunaan wang berkapita.

TUGAS-TUGAS PEMBANTU PENGURUSAN MURID

1.Pengurusan Kelas

1.1 Bilik Darjah

Page 24: Buku Pengurusan Prasekolah

Menyapu lantai sebelum dan selepas pengajaran & pembelajaran.

Mop lantai sekurang-kurang 2 kali seminggu. Mengelap tingkap dengan kain lembap

sekurang-kurangnya 3 kali seminggu. Membersih habuk pada rak, perabot dan

peralatan kelas. Menyusun dan menyimpan semula peralatan

kelas. Susun atur dan kemas meja selepas selesai

aktiviti pembelajaran. Membuang sampah basah dan kering setiap

hari serta membersihkan bakul sampah mengikut keperluan.

1.2 Ruang Dapur

Mop lantai dapur setiap hari selapas digunakan.

Membasuh lantai dapur seminggu sekali. Membersih dapur setiap kali selepas memasak. Membersih dan mengemas peralatan dapur

selepas digunakan. Membersih peti sejuk sekali seminggu. Menyimpan bahan-bahan memasak dengan

kemas dan tertutup. 1.3 Luar Bilik Darjah

Membersih tandas setiap kali selepas kelas. Membersihkan kaki lima prasekolah. Menyiram pokok bunga dan taman sekitar

prasekolah.

2.Pentadbiran

2.1 Membantu guru mngemaskini sistem maklumat dan

pendaftaran murid.

Fail/ folio murid Membuat anggaran makanan setahun

Page 25: Buku Pengurusan Prasekolah

Mengemaskini bil dan resit-resit berkaitan. Mencatat inventori peralatan kelas. Mengwal keselamatan kanak-kanak semasa datang,

pulang dan semasa aktiviti dijalankan. Mencatat tugasan yang telah dijalankan sepanjang

hari. Mengemas kelas dan pralatan sebelum cuti penggal. Mengenalpati kelas bersih, dapur bersih dan selamat

sebelum sesi persekolahan (selepas cuti penggal). 3.Kurikulum

3.1 Membantu guru Memilih dan menyediakan bahan bantu mengajar

dan belajar. Membaik pulih alatan. Mengawal murid semasa ketiadaan guru. Membantu guru mengatasi murid-murid bermasalah. Membantu merangsang dan meningkatkan motivasi

murid. Memberi kerjasama kepada pihak sekolah. Menyertai aktiviti yang dijalankan oleh pihak sekolah.

4.Pengurusan Sekolah

4.1 Merancang Menu yang sesuai dan sistem pemakanan yang

seimbang. Menentukan jenis bahan – bahan makanan

selaras dengan menu dan keperluan harian.

4.2 Menyedia dan menghidang Menghidangkan makanan kepada murid-murid. Menetapkan murid bertugas harian. Mengawal murid makan, dan wajibkan setiap

murid membaca doa sebelum dan selepas makan.

4.3 Kawalan murid Mengawal murid semasa membersihkan

tangan dan mengambil makanan.

Page 26: Buku Pengurusan Prasekolah

Mengawasi dan membimbing murid membaca doa sebelum dan selepas makan.

4.4 Pengurusan kebersihan diri murid. Mengawasi murid mengambil berus gigi. Mengawasi murid menggunakan berus gigi. Mempastikan murid menggunakan tuala

tangan untuk tujuan membersihkan tangan/mulut.

Menyediakan tuala tangan bagi tujuan di atas setiap hari dan membersihkannya.

5.Tugas am5.1 Melaksanakan tugas-tugas khas yang ditetapkan dari

semasa ke semasa untuk kepentingan program pendidikan prasekolah.

5.1 Mematuhi arahan perkhidmatan yang berkuatkuasa sekarang.

KANDUNGAN- Pengenalan- Kata-kata aluan Guru Besar- Rukunegara- Falsafah Pendidikan Kebangsaan- Konsep, Matlamat dan Objektif Pendidikan Prasekolah- Visi, Misi dan Piagam Pelanggan Prasekolah- Perincian Hari Persekolahan

Page 27: Buku Pengurusan Prasekolah

A. PENGURUSAN KURIKULUM- Matlamat & Objektif Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan- Tunjang KSPK- Kurikulum Transformasi- Rekabentuk Kurikulum- Peruntukan masa seminggu - Perancangan tema setahun- Jadual waktu prasekolah- Rancangan Tahunan

B. PENGURUSAN AM- Sejarah ringkas penubuhan Prasekolah SK Sahabat 2- Carta Organisasi Prasekolah- Perancangan aktiviti tahunan Prasekolah- Pelan kedudukan Bangunan Prasekolah - Pelan bilik darjah- Peraturan umum di prasekolah- Langkah-langkah keselamatan di Prasekolah & langkah kebakaran- Pelan latihan kebakaran- Peranan dan tugas guru prasekolah- Tugas-tugas pembantu pengurusan murid- Catatan tugasan harian pembantu pengurusan murid

C. BIODATA- Biodata Guru Prasekolah- Biodata Pembantu Pengurusan Murid- Biodata Murid-murid Prasekolah

D. PENGURUSAN KEWANGAN- Menu harian Prasekolah- Buku / Kad Menu A - T- Perancangan Menu Bulanan- Tuntutan dan Terimaan Wang Makan Minum Prasekolah- Pendapatan- Perbelanjaan- Tuntutan tahunan wang makan minum & perkapita- Anggaran perbelanjaan wang makan minum prasekolah

Page 28: Buku Pengurusan Prasekolah

- Borang tuntutan wang makan minum- Perancangan penggunaan / pembelian peruntukan wang

perkapita- Rekod penggunaan / pembelian wang perkapita- Penyata kewangan tahunan

E. PENGURUSAN STOK- Daftar Inventori- Daftar Harta Modal- Daftar Stok Bekalan Pejabat

F. PENGURUSAN PEMILIHAN KEMASUKAN KE PRASEKOLAH- Iklan permohonan- Contoh borang permohonan- Jawatankuasa pemilihan prasekolah- Dasar pemilihan, Kriteria permarkahan pemilihan- Surat panggilan mesyuarat pemilihan- Senarai murid terpilih

G. PENGURUSAN REKOD MURID- Rekod Peribadi- Rekod Fizikal- Rekod Kesihatan- Rekod Kemajuan Individu- Rekod Anekdot- Rekod Berterusan- Maklumat murid prasekolah

Page 29: Buku Pengurusan Prasekolah

Matlamat dan Objektif Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan 2010

Kurikukum Standard Prasekolah Kebangsaan 2010 (KSPK)

Pendidikan prasekolah bertujuan memperkembangkan potensi kanak-kanak berumur empat hingga enam tahun secara menyeluruh dan bersepadu dalam aspek jasmani, emosi, intelek dan soasial melalui persekitaran pembelajaran yang selamat, menyuburkan serta aktiviti yang menyeronokkan, kreatif dan bermakna. Ini adalah untuk meningkatkan kemahiran, menanam keyakinan dan membentuk konsep kendiri yang positif pada diri kanak-kanak agar mereka Berjaya dalam persekitaran sedia ada dan bersedia untuk menangani cabaran dan tanggungjawab di sekolah rendah kelak.

4 kata kekunci

Menyuburkan (Enriching)Aktif Penglibatan (Engaging)

Page 30: Buku Pengurusan Prasekolah

Selamat (Safe)Seronok (Fun)

Objektif KSPK

Kurikulum Prasekolah Kebangsaan menyediakan peluang kepada murid berumur 4 – 6 tahun untuk mencapai objektif berikut :

Jasmani :

Mempunyai tubuh badan yang sihatMempunyai kecergasan dan kemahiran fizikal asasMempraktikkan amalan kesihatan yang baikMempraktikkan langkah-langkah menjaga keselamatanMenguasai kemahiran psikomotor asas- kemahiran motor halus dan motor kasar

Emosi :

Mempunyai konsep kendiri yang positifMempunyai keyakinan diriMempunyai jati diriBerani mencubaMempunyai kematangan emosiMenghormati perasaan dan hak orang lainBoleh bekerja secara bersendirian dan juga bekerja secara kumpulan

Intelek :

Berkomunikasi dengan baik (membaca, menulis dan bertutur) menggunakan bahasa MalaysiaBerkomunikasi dengan menggunakan bahasa InggerisBerkomunikasi dengan baik untuk bahasa cina (untuk yang berkenaan)Berkomunikasi dengan baik menggunakan bahasa Tamil (untuk yang berkenaan)Memperolehi kemahiran proses sains asasMemperolehi kemahiran matematik asasMemperolehi kemahiran berfikiran asas, kemahiran menaakulMemperolehi kemahiran asas dalam menyelesaikan masalah dalam kehidupan seharian muridMempunyai daya kreatif dan estetika

Page 31: Buku Pengurusan Prasekolah

Menghargai keindahan alam dan warisan budaya

Rohani :

Mengamalkan nilai murniMengamalkan nilai-nilai Islam dalam kehidupan seharian untuk murid beragama Islam

Sosial:

Berkebolehan berkomunikasi yang mantapMembentuk perhubungan yang positif dengan orang dewasa dan rakan sebayaMenyuarakan pandangan dan perasaanBekerjasama dengan orang lain

Rekabentuk kurikulum

Kurikulum berasaskan standard

Kurikulum berbentuk modular

Kurikulum berasaskan Standard

Standard KandunganPenyataan spesifik tentang perkara yang murid patut ketahui dan boleh lakukan dalam suatu tempoh persekolahan merangkumi aspek pengetahuan, kemahiran dan nilai.Standard PembelajaranSatu penetapan kriteria atau indikator kualiti pembelajaran dan pencapaian yang bolah diukur bagi setiap standard kandungan.

Justifikasi Penggunaan Standard

Tujuan utama penetapan standard adalah untuk ekuiti dan kualitiEkuiti membawa maksud semua murid diberi peluang pendidikan yang samaKualiti membawa maksud bahawa semua murid perlu diberi pendidikan yang berkulitiLantaran matlamat kurikulum berasaskan standard adalah untuk memberi pendidikan berkualiti yang sama kepada semua murid.

Justifikasi Penggunaan Standard

Page 32: Buku Pengurusan Prasekolah

Kebertanggungjawabayn (Accountability) guru dan pentadbirMemastikan SEMUA murid melepasi piawai standard yang ditetapkanMemastikan semua prasekolah awam dan swasta mematuhi keperluan dalam Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan.Skema dan piawai pengukuranPenetapan ilmu , kemahiran dan nilai yang perlu diukur dengan jelas untuk tujuan meningkatkan tahap pembelajaran muridMengenal pasti strategi penambahbaikan (assessment for learning) Pelaksanaan pentaksiran berasaskan sekolah

Kurikulum Berbentuk Modular

Kurikulum yang berbentuk modular merupakan satu kurikulum yang kandungannya diorganisasikan dan seterusnya diisampaikan dalam bentuk bahagian atau unit bahagian atau unit unut ini dinamakan modul.

7 jenis modul

Modul Teras AsasModul Bertema

Modul Teras Asas

Bahasa MalaysiaBahasa InggerisBahasa Cina / Bahasa TamilPendidikan Islam/ pendidikan MoralMatematikAktiviti di Luar(Outdoor activity)

Modul Bertema

Modul Bertema merupakan modul bersepadu yang merangkumi unsur –unsur dalam keenam – enam tunjang dan juga unsure kreatif, kritis dan inovatif.Modul Bertema dibina menggunakan isu kehidupan / peristiwa seharian kanak –kanak.

Peruntukan Masa bagi Prasekolah

BIDANG PEMBELAJARAN

SLOTJUMLAH

MINITBIDANG

PEMBELAJARANSLOT

JUMLAH MINIT

RUTIN 10MX3 (BM), 50 BAHASA INGGERIS 60M X 1, 30M X 1 40

Page 33: Buku Pengurusan Prasekolah

10MX3 (BI),

PERBUALAN PAGI20M X 3 (BM), 20M

X 3 (BI)100 PEN.ISLAM / MORAL 40M X 3 120

REHAT30M X 3 (BM), 30M

X 3 (BI)150 PERMAINAN LUAR

40M X 1(BM), 40M X 1 (BI)

20

REFLEKSI10M X 3 (BM), 10M

X 2 (BI)50 MATEMATIK 40M X 1 40

BAHASA MALAYSIA 60M X 1 , 20M X 1 40 MODUL TEMA

BM= 40 X 1, 30M X 5

BI= 40M X2, 30M X 11

430

DASAR PEMILIHAN KANAK-KANAK PRASEKOLAHPERINGKAT SEKOLAH

1.Mengutamakan dasar yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan.2.Had pemilihan ialah seramai 25 orang sahaja. Jika permohonan kurang dari 25 orang, semua permohonan adalah layak masuk ke kelas prasekolah.3.Permohonan yang dibuat hendaklah menggunakan borang yang dikeluarkan oleh pihak sekolah.4.Permohonan (murid) hendaklah berumur 5 tahun dan telah berdaftar untuk memasuki tahun satu di sekolah kerajaan.5.Status ekonomi keluarga rendah (berpendapatan rendah) dan kadar tanggungan tinggi.6. Anak yatim perlu mendapat keutamaan.

ALASAN- ALASAN TIDAK TERPILIH

1.Berpendapatan tinggi dan tanggungan rendah (kurang)2.Kelewatan menghantar borang dari tarikh yang ditetapkan.3.Borang permohonan yang dihantar tidak lengkap dan tidak disahkan.4.Ibu bapa tidak memberi kerjasama dengan pihak sekolah.5.Anak (murid) yang belum didaftarkan di sekolah kerajaan.6.Warganegara asing.

KRITERIA PEMARKAHAN PEMILIHAN PRASEKOLAH

1. PENDAPATAN : 50%

Page 34: Buku Pengurusan Prasekolah

2. TANGGUNGAN : 30%3. SUMBANGAN KEPADA SEKOLAH : 20%

PENDAPATAN (RM)

200 - 300 301 - 400 401 - 500 501 - 600 600 >50% 40% 30% 20% 10%

TANGGUNGAN (ORANG)

9 -10 7 - 8 5 - 6 3 - 4 1 - 230% 25% 20% 15% 10%

SUMBANGAN : SUMBANGAN IBUBAPA BERGANTUNG KEPADA PANEL MESYUARAT

SEKOLAH KEBANGSAAN SAHABAT 2, PETI SURAT 61700,91125, LAHAD DATU, SABAH.

Minit Mesyuarat Jawatankuasa Pemilihan Prasekolah

Tarikh: 20.09.2010 (Isnin)Masa : 11.30 tghTempat : Bilik Gerakan SK Sahabat 2.Kehadiran :

1. Tn. Hj Rajid B. Abd Rashida (Guru besar)2. En. Hamidi Sahat (PK HEM)3. En. Abdul Mubarak B. Abd. Ghani )PK 1)4. En. Jalhari B. Nassari5. Pn. Tasaka Bt. Ambotang6. Pn. Rabiah Bt. Husen7. Pn. Rohana Bt. Kaldoh8. Pn. Hamidah Bt Maisug9. Pn. Tina Sanusi10. Pn. Rosita Abd Rahman11. En. Noor Eddie B Aliuddin

AGENDA:

BIL

PERKARA TINDAKAN

1. Ucapan Pengerusi Majlis1.1 GB mengalukan – alukan kedatangan

Penolong Kanan dan semua ahli Jawatankuasa prasekolah.

1.2 Majlis dimulai dengan bacaan Ummul kitab Al- Fatihah.

1.3 Ucapan terima kasih sekali lagi kerana semua jawatankuasa sudi menghadiri

GB

Page 35: Buku Pengurusan Prasekolah

2.

3.

1.

mesyuarat.1.4 Pengerusi menegaskan tujuan diadakan

mesyuarat pada hari ini ialah untuk melaksanakan proses pemilihan murid-murid prasekolah sesi persekolahan 2013.

1.5 Pengerusi menegaskan tentang kriteria pemilihan dan jumlah murid yang akan dipilih hanyalah seramai 50 orang.

Proses pemilihan2.1 Makluman oleh GB bahawa; - Borang permohonan mula dibuka dan boleh didapati di kelas prasekolah mulai 01 Mac 2012 hingga 31.07.2012 pada waktu pejabat. - Tarikh tutup permohonan adalah pada 31.07.2012 .2.2 Pengerusi memaklumkan bahawa hanya sebanyak 34 borang permohonan yang diterima sehingga tarikh tutup permohonan.2.3 Oleh yang demkian semua permohonan diterima berdasarkan Pemilihan dijalankan dengan mengambilkira kriteria-kriteria yang telah ditetapkan.

Keputusan Pemilihan3.1 Jawatankuasa pemilihan prasekolah telah memutuskan 34 permohonan dipilih untuk mengikuti kelas prasekolah sesi persekolahan 2013.Namun demikian permohonan masih dibuka bagi memenuhi kuota 50 orang.

GBJawatankuasa

Pemilihan

Guru BesarJawatankuasa

Pemilihan

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 1.15 tengahari dengan bacaan surah Al asr.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

……………………….. ……………………… (PN. Tasaka Bt Ambotang) (Tn. Hj Rajid B. Abd Rashid)

Page 36: Buku Pengurusan Prasekolah

Setiausaha, Guru Besar Jawatankuasa Prasekolah, Sek.Keb.Sahabat 2 Sekolah Kebangsaan Sahabat 2. Lahad Datu

SEKOLAH KEBANGSAAN SRI CHIKU 01,18300 GUA MUSANG,

KELANTANTEL / FAX : 09-9285035

TARIKH : 1 NOVEMBER 2010

Kepada,…………………………………………….…………………………………………….

Tuan / puan,Tawaran Kemasukan Ke Prasekolah Tahun 2011

Dengan segala hormatnya perkara di atas dirujuk.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa pihak sekolah telah mengadakan mesyuarat pemilihan murid-murid prasekolah dan telah memutuskan bahawa anak tuan/puan ……………………………………….telah DITERIMA untuk memasuki prasekolah pada tahun 2011.

3. Sehubungan dengan itu pihak sekolah akan mengadakan taklimat kepada pihak tuan/puan kepada ketetapan berikut:

TARIKH : 8 NOVEMBER 2010 (ISNIN)

MASA: 9.00 PAGI

TEMPAT: KELAS PRASEKOLAH IBNU SINA

4. Kerjasama dan kehadiran tuan/ puan terlebih dahulu diucapkan ribuan terima kasih.

Page 37: Buku Pengurusan Prasekolah

Sekian, terima kasih.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Yang Menurut Perintah

………………………………….(MAT ZIN B. YAHYA)Pen. Kanan PentadbiranSek Keb. Sri Chiku 0118300, Gua Musang,Kelantan.SEKOLAH KEBANGSAAN SRI CHIKU 01,18300 GUA MUSANG,KELANTAN.TEL / FAX : 09-9285035

Ruj. Kami :SKSCI 02/04/003( )Tarikh : 9/11/2010

Kepada,……………………………………

……………………………………

Tuan/ Puan,

Majlis Graduasi Prasekolah Tahun 2010

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2. Dengan ini dimaklumkan bahawa majlis Graduasi Prasekolah Tahun 2010 akan diadakan pada ketetapan berikut:

TARIKH : 10 NOVEMBER 2010 (RABU)

MASA : 9.00 PAGI

TEMPAT : DEWAN SKSC 01

3. Sehubungan dengan itu, tuan/puan dijemput hadir bagi memeriahkan lagi majlis tersebut. Kerjasama dari pihak tuan/ puan terlebih dahulu diucapkan berbanyak terima kasih.

Sekian, terima kasih.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Page 38: Buku Pengurusan Prasekolah

Saya yang menurut perintah,

…………………………………….(PN. NURAZIAH BT ABU BAKAR)Setiausaha,Guru Prasekolah,Sek Keb. Sri Chiku 01,18300 Gua Musang,Kelantan.

REKOD PERIBADI KANAK-KANAK PRASEKOLAH

Nama penuh murid : …………………………………………………………………………………………………

Jantina : ……………………………… Bangsa : ………………………………….. Agama : ……………………….

Tarikh Lahir : ………………………………….. No. Surat Beranak : ………………………………………….

Tempat Lahir : …………………………………………………………………………………………………………………..

Tarikh masuk ke Prasekolah : ………………………………………………………………………………………………

Bilangan adik- beradik : ………………………………………………… Murid ini anak ke : …………………….

Nama bapa / penjaga : ……………………………………………………………………………………………………….

No. KP bapa / penjaga : ……………………………………………………………………………………………………..

Pekerjaan bapa / penjaga : …………………………………………………………………………………………………..

Jumlah Pendapatan bapa / penjaga : RM ………………………………….(sebulan)

Nama ibu : ……………………………………………………………………………………………………………………………

No. KP ibu : …………………………………………………………………………………………………………………………

Pekerjaan ibu : ……………………………………………………………………………………………………………………

Jumlah pendapatan ibu : RM ……………………………………… (sebulan)

Jarak rumah dengan sekolah : ………………………………………..(km)

Alamat rumah : …………………………………………………………………………………………………………………….

……………………………………………………………………………………………………………………..

No. telefon : ……………………………………………………..

Page 39: Buku Pengurusan Prasekolah

JUMLAH TANGGUNGAN BAPA / PENJAGA

BIL Nama anak Umur Drj/ Ting Sekolah / universiti

REKOD KESIHATAN KANAK-KANAK

1. Nama kanak-kanak : ………………………………………………………………………………………………..…..

2. Tarikh Lahir : …………………………………………..llllllllllll……………………………………………..

3. Umur : ………………………………………………………………..

Adakah anak ini menugidap : Ya Tidak Jika ada nyatakan bila

a Lelah : ……………. ………………… ………………………………………

b Sawan : ……………. ………………... ……………………………………..

c Cacar air : ……………. ………………… ………………………………………

d Campak : ……………. ………………... ………………………………………

f Jantung berl ubang : ……………. ………………… ……………………………………….

g Alahan : ……………. …………………. ………………………………………

h Kidal : ……………. …………………. ……………………………………….

i Adakah dulu dia jatuh teruk : ……………. …………………… ……………………………………….

J Lain-lain : ……………. …………………... ………………………………………

Catatan : …………………………………………………………………………………………………………………………………..

…………………………………………………………………………………………………………………………………..

Page 40: Buku Pengurusan Prasekolah

Pengakuan ibu bapa / penjaga

Semua maklumat yang diberi adalah benar

………………………………………………….. Tarikh : ………………………………

Nama : ………………………………………………………..

REKOD FIZIKAL KANAK-KANAK

Butir-butir Januari Jun/ Julai Okt/Nov

Tinggi (cm)

Berat (kg)

Gigi Baik

Perlu perhatian

Pengamatan Baik

Perlu perhatian

Penglihatan Baik

Perlu perhatian

Pendengaran Baik

Perlu perhatian

Pertuturan

Baik

Gagap

Perlu perhatian

Cergas

Page 41: Buku Pengurusan Prasekolah

Kecergasan Kurang Cergas

Terlalu Cergas

Catatan Lain : ……………………………………………………………………………………………………………………………

……………………………………………………………………………………………………………………………

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIABORANG PERMOHONAN MEMASUKI KELAS PRASEKOLAH

NOTA : Borang ini hendaklah diisi dalam satu salinan Untuk kegunaan rasmi sahaja

(isi mana ruangan yang berkenaan)

BAHAGIAN A

1. Butiran dir murid:

a. Nama penuh : …………………………………………………………………………….

b. Jantina : ……………………………… c. No. Surat beranak : ………………………

c. Tarikh Lahir : ………………………………. e. Tempat Lahir : ………………………

d.