Terbitan: Unit Integriti
BULETIN INTEGRITI SIRI 2/2017
P E N Y E L A R A S / P E N G A R A N G
SIDANG
REDAKSIP E N A S I H A T
Unit Integriti
Kementerian Pendidikan Malaysia
Aras 4, Blok E12
Kompleks Kerajaan Parcel E
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62604 Putrajaya
T E R B I T A N
Nazli Rasyid bin Haji Sulong
03 - 8884 7982
03 - 8884 7922
http://www.moe.gov.my
2
S U M B A N G A N K A R Y A
• Kami mengalu-alukan sebarang sumbangan karya bertema integriti (rencana, artikel, berita, cerpen,
sajak dan lain-lain yang bersesuaian) untuk dikongsi bersama pembaca Buletin Integriti.
• Hantarkan karya anda ke [email protected].
• Karya yang terpilih akan menerima sumbangan cenderahati daripada penganjur.
• Abdul Majid bin Abdul Rahim
• Mustapa bin Daud
• Shahriman bin Ali Pitchay
• Anuar bin Hazmi
• Siti Azeana binti Zulkifli
• Wan Muhamad bin Wan Junoh
• Norquyyum binti Mohd Noor
3
Sehubungan dengan itu, saya
berpandangan bahawa integriti
sewajibnya menjadi pegangan
kukuh setiap daripada kita.
Integriti ini bukan sahaja wajar
menjadi amalan dan pakaian
kita secara peribadi, sebaliknya
mesti diamalkan oleh setiap
individu di dalam organisasi.
Sebagai penjawat awam juga, kita perlu sedar bahawa nilai
integriti adalah tidak terhad kepada sesuatu perkara sahaja. Kita
perlu sentiasa mencerminkan nilai integriti
dalam semua tindakan kita sama ada melalui penampilan,
sikap dan sebarang keputusan yang diambil sentiasa dinamik dan
fleksibel serta mempunyai nilai integriti yang tinggi ketika
menjalankan tugas seharian.
Akhir sekali, saya ingin
mengucapkan tahniah kepada
semua warga kerja KPMkerana menunjukkan sokongan padu
terhadap semua usaha yang
dilaksanakan khususnya dalam
konteks peningkatan tahap integriti
dan terus menjadi penggerak melalui
pelbagai aspek terutamanya daripada
segi kualiti perkhidmatan kita.
Sekian.
Penekanan terhadap integriti
adalah amat penting bagi memastikan
kita dapat menerapkan dan
membudayakan integriti dalam
melaksanakan peranan dan
tanggungjawab ke arah menjayakan
transformasi negara.
adalah
semua sifat positif dalam menghadapi
semua orang pada sebarang keadaan.
Besarlah harapan saya sekiranya
seluruh warga pendidik khususnya
dan warga KPM umumnya berazam
serta mengotakan janji dengan
membudayakan integriti sebagai salah
satu daripada etika dalam
menjalankan tugas seharian. Dengan
mengambil kira perubahan
persekitaran kerja yang kompleks
pada masa kini, dan bagi mengharungi
cabaran yang mendatang maka sudah
tentulah kita amat memerlukan
warga kerja yang komited dalam
menjalankan tugas seharian dan
kreatif untuk melakukan perubahan
serta meningkatkan lagi mutu
perkhidmatan kepada warga KPM.
Alhamdulillah, segala puji dan syukur yang
setulusnya, lantaran di bawah lembayung rahmat dan keredaan-Nya, saya
diberikan ruangan ini sebagai media perhubungan untuk menyampaikan
amanat dalam penerbitan Buletin Integriti Siri 2 Tahun 2017 bertemakan
“Azam & Janji”.
Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia
Secara etimologi, ikrar berasal daripada perkataan
Arab ”(iqrar)إقرار“ yang bererti pengakuan
atau janji yang sungguh-
sungguh, biasanya disertai dengan sumpah. Ikrar
boleh dilakukan secara bertulis, lisan atau dengan isyarat.
Dari segi undang-undang Islam, ikrar yang sah lahir daripada
orang yang baligh, berakal dan tanpa paksaan.
Ikrar bukanlah perkara yang asing dalam sejarah dan
peradaban kita. Sejak alam persekolahan lagi, para pelajar
telah dididik untuk melafazkan ikrar taat setia terhadap
prinsip Rukun Negara. Selain ikrar Rukun Negara, ada juga
ikrar sekolah, ikrar pelajar, ikrar persatuan dan ikrar-ikrar
lain yang diamalkan mengikut keperluan di sekolah masing-
masing.
IKRAR RUKUN NEGARA
Rukun Negara telah diisytiharkan oleh Yang di-
Pertuan Agong keempat pada 31 Ogos 1970 iaitu semasa
negara menyambut ulang tahun kemerdekaan yang ke-13.
Rukun Negara merupakan inisiatif Majlis Gerakan Negara
(MAGERAN) yang pada masa itu menjalankan pemerintahan
negara apabila sistem kerajaan berparlimen digantung
ekoran rusuhan kaum yang dikenali sebagai Peristiwa 13 Mei
1969.
Rukun Negara adalah
ikrar, janji dan sumpah setia
kita sebagai rakyat Malaysia.
Dalam konteks Malaysia sebagai sebuah negara berbilang
kaum, Rukun Negara memainkan peranan yang amat
I KRAR
Ikrar Rukun Negara
Bahawasanya, negara kita Malaysia mendukung
cita-cita hendak:
(i) Mencapai perpaduan yang lebih erat di
kalangan seluruh masyarakatnya
(ii) Memelihara satu cara hidup demokratik
(iii) Mencipta satu masyarakat yang adil di
mana kemakmuran negara akan dinikmati
bersama secara adil dan saksama
(iv) Menjamin satu cara yang liberal terhadap
tradisi-tradisi kebudayaannya yang kaya
dan berbagai corak
(v) Membina satu masyarakat progresif yang
akan menggunakan sains dan teknologi
moden
Maka kami rakyat Malaysia berikrar akan
menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami
untuk mencapai cita-cita tersebut berdasarkan
atas prinsip-prinsip yang berikut:
(i) Kepercayaan kepada Tuhan
(ii) Kesetiaan kepada Raja dan Negara
(iii) Keluhuran Perlembagaan
(iv) Kedaulatan Undang-Undang
(v) Kesopanan dan Kesusilaan
iaitu sebagai falsafah kebangsaan yang dijadikan pegangan
dalam usaha menyuburkan semangat perpaduan,
patriotisme, jati diri dan perasaan saling hormat
menghormati dalam kalangan segenap lapisan masyarakat
demi menjaga keharmonian negara yang kita cintai.
Oleh: Abdul Majid bin Abdul Rahim, UI KPM
4
Ikrar Bebas Rasuah
Saya [nama] No. Kad Pengenalan [no. k.p.] adalah
dengan sesungguhnya dan suci hati berikrar bahawa
sepanjang perkhidmatan saya dengan [nama jabatan];
(i) Saya akan mematuhi sepenuhnya undang-undang,
peraturan, prosedur serta dasar-dasar negara yang
berkaitan dengan pencegahan jenayah rasuah dan
salah guna kuasa;
(ii) Saya akan membenci dan menolak sebarang
bentuk jenayah rasuah dan salah guna kuasa, serta
memberikan kerjasama sepenuhnya kepada
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia dalam
mencegah sebarang perlakuan jenayah rasuah dan
salah guna kuasa;
(iii) Saya tidak akan melibatkan diri dalam sebarang
bentuk jenayah rasuah dan salah guna kuasa, sama
ada secara langsung atau tidak langsung, dengan
mana-mana pihak yang berurusan dengan [nama
jabatan];
(iv) Saya akan memastikan kakitangan-kakitangan di
bawah seliaan saya tidak akan melibatkan diri dalam
sebarang bentuk jenayah rasuah dan salah guna kuasa
dalam apa-apa jua urusan berkaitan dengan [nama
jabatan]; dan
(v) Saya akan melaporkan kepada Suruhanjaya
Pencegahan Rasuah Malaysia, dengan seberapa
segera, sebarang bentuk perlakuan jenayah rasuah
dan salah guna kuasa yang melibatkan saya atau
kakitangan-kakitangan di bawah seliaan saya.
IKRAR BEBAS RASUAH
Ikrar Bebas Rasuah (IBR) merupakan inisiatif yang
diperkenalkan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah
Malaysia. IBR menekankan ikrar serta janji yang dibuat oleh
para pemimpin dan warga organisasi secara
sukarela atas kapasiti sebagai
individu, bertujuan untuk memastikan setiap
individu yang menandatangani ikrar ini menjunjung
tanggungjawab untuk menghindari diri daripada terlibat
dengan sebarang gejala rasuah dan salah guna kuasa
sepanjang melaksanakan tugas.
Sejak dilaksanakan mulai Januari 2017 sehingga 31 Mei
2017, IBR telah dilaksanakan oleh lebih 100 organisasi di
seluruh negara mencakupi sektor awam, syarikat berkaitan
kerajaan, syarikat swasta, persatuan dan pertubuhan bukan
kerajaan.
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) merupakan
kementerian ke-3 dan antara organisasi terawal yang
menandatangani IBR. Majlis menandatangani IBR melibatkan
Pengurusan Tertinggi KPM telah diadakan pada 15 Mac 2017
disusuli dengan pelaksanaannya di peringkat Bahagian /
Jabatan, antaranya Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Selangor
(26 April), JPN Negeri Sembilan (3 Mei), Bahagian Sukan (12
Mei), Bahagian Pembangunan Kurikulum (26 Mei), JPN Pulau
Pinang (29 Mei), Pejabat Pendidikan Daerah Timur Laut (31
Mei) dan JPN Melaka (2 Jun).
Objektif IBR:
• Mendapatkan komitmen pimpinan organisasi dalam usaha pembanterasan rasuah
• Memastikan organisasi tidak terlibat dengan jenayah rasuah
• Menanamkan perasaan benci kepada jenayah rasuah dalam warga organisasi
• Memberi mesej kepada mereka yang berurusan dengan organisasi agar tidak melakukan perbuatan rasuah
5
Beriman dan mengambil inspirasi daripada sabda baginda Rasulullah SAW semasa peperangan Khandak inilah yang
membakar semangat dan jiwa Muhammad al-Fatih setiap kali matanya terpandang Kota Constantinople. Sultan yang ke-7
dalam Empayar Uthmaniyyah ini turut membina keazamannya dengan meneladani kekuatan roh jihad Abu Ayyub al Ansari
(sahabat Rasulullah SAW) yang gugur syahid dan jasadnya disemadi di Benteng Kota Constantinople sewaktu percubaan
pertama tentera Islam di bawah pimpinan Yazid bin Mu’awiyah (empayar ‘Umayyah).
Meskipun usaha pembebasan Constantinople (ibu kota
kerajaan Kristian Timur Byzantium) melalui jalan buntu
menerusi lima siri kempen pembebasannya pada era
‘Umayyah, satu kempen pada era ‘Abbasiyyah dan dua
kempen pada era Uthmaniyyah, namun tidak sedikit pun
membantutkan keazaman Sultan Muhammad al Fatih untuk
meneruskan kesinambungan perjuangan dan terbukti kira-
kira 800 tahun kemudian Sultan Muhammad al-Fatih muncul
membenarkan hadis Rasulullah SAW.
Memang tidak dapat dinafikan keazaman yang
membuak-buak antara faktor tercetusnya usaha dan gerakan
penawanan kota Constantinople, namun harus diingat
bahawa rahsia atau formula kejayaan Sultan Muhammad al-
Fatih dan pasukan tentera pimpinannya menewaskan ‘super
power’ tersebut adalah berbekalkan ketaqwaan iaitu
dengan mentaati Syari’atullah dan menepati Sunnatullah.
Sultan Muhammad al Fatih sangat berhati-hati dan teliti
dalam mematuhi kedua-dua hukum tersebut. Baginda sangat
memelihara diri, keluarga dan pegawai-pegawainya daripada
melanggar hak Allah SWT. Baginda juga sangat
membenci rasuah, penyelewengan
dan pembaziran harta. Baginya, harta itu
amanah Allah SWT untuk diagihkan kepada rakyat yang
memerlukan. Oleh sebab itu, tidak hairanlah baginda
sentiasa dikelilingi oleh orang yang mematuhi syariat sama
ada daripada kalangan pegawai-pegawainya, para sarjana dan
ulama atau penasihat.
Namun, mematuhi syari’atullah sahaja belum cukup
untuk mencapai darjat ketakwaan. Baginda juga sangat
menepati sunnatullah. Dengan kata lain, persiapan
kerohanian perlu disepadukan dengan persiapan fizikal,
strategi dan material.
6
Sultan Muhammad Al-Fatih
Justeru itu, baginda dan pasukan tentera pimpinannya
diiktiraf sebagai sebaik-baik raja dan tentera kerana memiliki
dua ciri unggul yang digariskan dalam al-Quran iaitu al-Amin
kerana mentaati syari’atullah dan al-Qawiy kerana menepati
sunnatullah.
Firman Allah SWT yang bermaksud:
“Sesungguhnya sebaik-baik orang yang
diberikan pekerjaan (tugasan) adalah orang
yang kuat (al-Qawiy) lagi amanah (al-
Amin)”.(2). Sayyidina Ali r.a melalui ungkapannya
yang masyhur turut mengingatkan: “Kebenaran
yang tidak tersusun akan ditewaskan oleh
kebatilan yang tersusun”.
Oleh: Shahriman bin Ali Pitchay, UI KPM
“Aspirasi dan cita-cita yang besar mampu mengecilkan permasalahan yang dihadapi. Perjuangan yang sukar akan menjadi mudah apabila diharungi dengan
jiwa yang besar dan berbekalkan tekad serta keazaman yang mantap.”
D e m i k i a n l a h k e a z a m a n
d a n s e m a n g a t j u a n g y a n g t i n g g i
t e l a h d i b u k t i k a n m e n e r u s i d a y a
u s a h a y a n g b e r s u n g g u h - s u n g g u h
d e n g a n b e r t u n j a n g k a n
k e t a q w a a n k e p a d a A l l a h S W T ,
p a s t i a k a n d i g a n j a r i d e n g a n
k e m e n a n g a n d a n k e j a y a a n .
Benarlah janji Allah SWT yang bermaksud:
“Dan mereka yang berjihad
(bersungguh-sungguh) untuk (mencari
keredhaan) Kami, benar-benar akan
Kami tunjukkan kepada mereka jalan-
jalan Kami dan sesungguhnya Allah
bersama orang-orang yang berbuat
kebaikan”. (3)
Rujukan :
(1) Imam Ahmad Ibn Hanbal (Al-Musnad 4/335) dan al Hakim (al Mustadrak no. 8300)
(2) Al-Qasas 28: 26
(3) Al-‘Ankabut 29: 69
Ali Muhammad Muhammad al-Sallabi, al Sultan Muhammad al-Fatih: Fatih al-Qustantiniyyah
Bagi menembusi Kota Constantinople yang kebal
kerana kedudukannya dikelilingi dengan tujuh buah bukit
secara semula jadi di tambah dengan kelengkapan senjata
yang pelbagai, seorang panglima yang berfikiran strategik,
bijak dan kreatif sangat diperlukan bagi memimpin angkatan
perang.
Sultan Muhammad al-Fatih, pasukan tentera serta
armada lautnya membuat persiapan fizikal dan material
selama tiga tahun, bertempur selama 53 hari dengan penuh
keberanian. Dicatatkan dalam lembaran sejarah kira-kira
150,000 orang tentera terlatih al-Fatih terlibat dalam
pertempuran tersebut dengan diiringi kekuatan 120 buah
kapal untuk menguasai laluan di Selat Bosphorus dan Golden
Horn. Kota Constantinople yang akhirnya berjaya ditawan
pada 29 Mei 1453 Masihi. Raja yang ke-95 memerintah
Constantinople terbunuh dan nama Constantinople ditukar
kepada Istanbul.
Sultan Muhammad al-Fatih melakukan sujud syukur dan
melumurkan mukanya dengan tanah sebaik memasuki Hagia
Sophia (asalnya sebuah gereja kemudian dijadikan masjid
sebelum ditukar menjadi muzium hingga kini di Istanbul)
sebagai tanda kerendahan hatinya. Solat Jumaat yang
pertama didirikan di Constantinople dengan dipimpin oleh
baginda di masjid Hagia Sophia menyaksikan bahawa
kemenangan yang diraih merupakan suatu yang mahal untuk
diperolehi dan tidak mustahil berlaku. Segalanya dengan izin
Allah SWT.
7
Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:
“Constantinople akan dibuka.
Rajanya adalah sebaik-baik raja
dan tenteranya adalah sebaik-
baik tentera”.(1)
Pelan Pembangunan Pendidikan
Malaysia (PPPM) gelombang kedua
(2016-2020) merupakan salah satu ciri penting
bagi merealisasikan hasrat negara meningkatkan
profesion dan kualiti pendidik dalam mencapai
keberhasilan pelajar. Untuk itu, pelbagai
inisiatif perlu didedahkan kepada pendidik bagi
membentuk profesion pendidik yang sesuai
dengan revolusi pembelajaran masa kini bagi
memantapkan sistem pendidikan negara.
INTEGRITI MENGHADAPI
TRANSFORMASI PENDIDIKAN
Transformasi dalam pendidikan menyebabkan
Kementerian Pelajaran Malaysia membuat
perubahan terhadap sistem pendidikan negara
kepada Kurikulum Standard Sekolah Rendah
(KSSR). Sistem ini adalah relevan dan holistik
ke arah melahirkan modal insan yang seimbang,
berfikiran kreatif, kritis dan berinovatif.
Kajian keberkesanan sekolah (school effectiveness) mendapati prestasi
pelajar dipengaruhi dua komponen utama iaitu kualiti kepimpinan dan
kualiti pendidik. Kualiti dalam sistem pendidikan tidak boleh diperolehi
tanpa kualiti pendidik dan prestasi yang tinggi adalah bergantung kepada
keberhasilan pelajar yang berjaya. Oleh itu, keberhasilan pelajar ini perlu
signifikan dengan peningkatan kualiti pendidik yang dapat dilahirkan
melalui integriti pendidik yang tinggi terhadap semua perubahan dan
penambahbaikan dalam memenuhi keperluan pendidikan semasa.
INTEGRITI PENDIDIK MENGHASILKAN
BUDAYA KERJA CEMERLANG
Kerajaan telah menyarankan budaya kerja berasaskan prestasi dengan
menggunakan Petunjuk-Petunjuk Prestasi Utama ( KPI ) yang diterapkan
dalam perkhidmatan awam bagi meningkatkan kualiti perkhidmatan.
Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) sarat dengan KPI yang
perlu dicapai oleh warga Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM). Sistem
pengukuran prestasi menggunakan KPI di sekolah adalah penting dan
perlu dilaksanakan kerana tuntutan terhadap sekolah dalam
kecemerlangan akademik, kokurikulum, disiplin, penpendidiksan,
kepimpinan, kompetensi pendidik dan lain-lain.
Oleh: Norfarahin binti Mohd Zamri, Asmirul Faisal bin Ariffin;
& Saraswathy Ramasundrum - SK Bukit Jelutong SBT, Shah Alam
8
ERKUALITI
Melalui tuntutan itu, sekolah memerlukan
strategi dan amalan pendidikan berasaskan
prestasi bagi menambahbaik sistem serta
budaya kerja cemerlang di sekolah.
Seterusnya menyumbang kepada
keberkesanan sekolah mencapai tahap
Sekolah Wawasan, Sekolah Kluster
Kecemerlangan dan Sekolah Berprestasi
Tinggi.
INTEGRITI MENJADI AGEN
PELAKSANA KURIKULUM
Keberkesanan dalam sesuatu pelaksanaan kurikulum
adalah dengan kesediaan agen pelaksana dari segi
pengetahuan, kemahiran dan sikap yang positif.
Proses pengajaran dan pembelajaran yang berkesan
berhubung rapat dengan kebijaksanaan pendidik
dalam memilih kaedah yang sesuai dengan tahap dan
kebolehan pelajar. Antaranya ialah pelaksanaan
Komuniti Pembelajaran Profesional / Professional
Learning Community (PLC) yang merupakan
perkongsian visi, kerja dan usaha secara kolaboratif
bagi menghasilkan kemahiran, pengetahuan pendidik
secara maksimum. Keseluruhan strategi PLC
membolehkan pendidik berkongsi pelbagai
pengetahuan, kemahiran, strategi, kaedah, bahan,
sumber, pengalaman dan sebagainya bagi memenuhi
keperluan kepelbagaian pelajar dengan cara yang
sistematik.
Ini adalah selari dengan penyebaran Modul Komuniti
Pembelajaran Berkesan telah dilaksanakan oleh
Kementerian Pendidikan Malaysia sebagai salah satu
usaha dalam Program Transformasi Kerajaan
(GTP1.0) yang melibatkan pendidikan dalam salah
satu Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA).
Fokus adalah untuk membolehkan semua pelajar
mendapat akses kepada pendidikan yang berkualiti
dan mampu menguasainya dengan baik.
KESIMPULAN
Kesimpulannya, pendidik merupakan satu entiti
penting dalam organisasi pendidikan yang mampu
membentuk pendidikan berkualiti bertaraf dunia.
Pendidik juga merupakan medium dalam
merealisasikan pendidikan murid dalam mengharungi
cabaran dan kurikulum pada masa kini di tahap yang
lebih tinggi. Oleh itu, tugas, komitmen dan
akauntabiliti pendidik perlu diperbaharui dan
diperbaiki dari semasa ke semasa bagi mencapai
kecemerlangan pendidikan secara keseluruhannya.
Pendidik perlu mempunyai kesedaran diri yang tinggi
dalam mencapai pendidik berintegriti agar dapat
menjadi penyebar ilmu yang berkemahiran
professional.
Tanya dirimu..
Adakah kau guru
Yang mengajar seikhlas hati
Yang berusaha dari hati
Atau....
Hanya mengharapkan gaji
Hadirnya pagi baliknya tengah hari
Kata-kata guru didengari
Perwatakan guru disayangi
Perbuatan guru dicontohi
Menjadi inspirasi pada cahaya
Yang bakal menyinari nanti
Luaran guru itu biasa-biasa
Dalamannya luar biasa
Akhiran itu yang diharapkan
Agar ada yang iringkan
Untuk hidupan disana
Selagi kerjanya guru
Ajari..tunjukilah yang benar
Yang salah diperbaiki
Yang benar dipersetujui
Biar tidak didendang di bumi
Moga kita didendang akhirat sana.
Oleh: Siti Azeana binti Zulkifli, UI KPM
9
Setiap kali kita ingin menikmatimakanan dan minuman, kita berdoa kepadatuhan agar di berikan barakah dari rezeki yangakan kita santapi. Setiap kanak-kanak muslimjuga dididik sejak dari tadika lagi untuk berdoasebelum makan. Barakah dari rezeki itulahyang kita hajatkan.
Manusia telah menghabiskan sebahagian besar dari
waktu dan umur untuk mencari rezeki. Dalam usaha
mencari rezeki, niat yang ikhlas dan dengan cara secara
halal, ia dikira sebagai ibadah kepada Allah SWT. Tuhan
sentiasa memudahkan hambanya dalam usaha mencari
rezeki. Oleh itu, janganlah kita lupa kepada apabila kita
telah mendapat rezeki (nikmat) dari-Nya.
Suatu hari Nabi Sulaiman a.s. bertanya kepada
seekor semut tentang berapa banyak makanan yang
diperlukannya untuk hidup dalam setahun. Semut
menjawab, ia hanya perlukan makanan sebesar sebutir
gandum. Lalu Nabi Sulaiman a.s. memasukkan semut
tersebut di dalam sebuah botol dengan diletakkan
bersamanya gula sebesar sebutir gandum. Botol itu
kemudiannya ditutup (diberi lubang sikit untuk udara
masuk ke dalamnya).
Cukup tempoh setahun, botol itu pun dibuka
semula oleh Nabi Sulaiman a.s. Anehnya, baginda dapati
hanya separuh sahaja daripada gula sebesar sebutir
gandum itu yang habis dimakan oleh semut tersebut.
Nabi Sulaiman bertanya, mengapa hanya separuh
makanan sahaja yang dihabiskan sedangkan semut pernah
berkata ia perlukan makanan sebesar sebutir gandum?
Sang semut menjelaskan bahawa jika diluar botol
rezekinya dijamin sepenuhnya oleh Allah SWT dan dia
yakin tuhan pasti akan mencukupkan rezekinya. Sebab itu
dia tidak perlu risau dengan hakikat itu.
Tetapi apabila dikurung oleh manusia (Nabi
Sulaiman a.s), dia mengambil langkah berjaga-jaga dan
berjimat cermat kerana tidak yakin dengan keprihatinan
manusia. Mana tahu jika manusia itu terlupa lalu
mengurungnya terlebih daripada tempoh satu tahun?
Apa akan jadi padanya?
Pengajaran yang boleh diperolehi daripada kisah ini
adalah semut lebih yakin dengan jaminan rezeki daripada Allah
SWT berbanding jaminan manusia. Untuk menghadapi
kemungkinan itulah ia mengambil langkah berjimat cermat,
supaya apabila berlaku sesuatu di luar jangkaan dia masih
mampu bertahan. Masih ada makanan yang boleh digunakan.
Setiap manusia yang diciptakan oleh Allah SWT telah
ditetapkan rezeki untuknya. sejak di dalam kandungan ibunya
lagi. Kita perlu yakin dengan sepenuh hati bahawa setiap anak
yang lahir ke dunia, tuhan telah menetapkan rezeki untuknya.
Tuhan yang Maha Pemurah dan Maha Penyayang telah
menjamin rezeki untuk semua makhluknya, dari sekecil-kecil
makhluk hinggalah sebesar-besarnya dan tidak dikurangkan
sedikit pun daripadanya.
Manusia diminta untuk berusaha, berdoa dan bertawakal
nescaya ia akan mendapat rezeki yang telah disediakan oleh
Allah SWT di muka bumi ini.
Firman Allah SWT yang bermaksud:
“Barang siapa yang bertakwa kepada Allah, maka Allah
akan menunjukkan kepadanya jalan keluar daripada
kesusahan, dan diberikan-Nya rezeki dari jalan yang
tidak disangka-sangka, dan barang siapa yang
bertawakal kepada Allah, nescaya Allah mencukupkan
keperluannya”. (Surah At-Talaq ayat 2-3)
Allah SWT akan membantu orang-orang yang bertakwa.
Segala kesulitan, kemiskinan dan apa-apa saja masalah hidup
yang dihadapinya, akan terbentang luas jalan keluar diberikan
oleh Allah SWT. Bukan setakat ini saja, malahan Allah SWT
akan memberikan rezeki yang tiada disangka-sangka malahan
yang jauh didekatkan, yang sedikit diperbanyakkan dan yang
banyak dipermudahkan.
Kadangkala seseorang pernah bertanya pada diri sendiri,
“Kenapa rezekiku sempit? Buat berbagai usaha tetapi masih
gagal mencapai matlamat? Perniagaan merosot, puas berdoa
dan minta pertolongan Allah tetapi masih tidak dimakbulkan-
Nya?”
Perlu diingati, Allah SWT Maha Mengetahui apa akan
berlaku kepada para hamba-Nya. Kita perlu sentiasa berbaik
sangka dengan-Nya. Sentiasa berdoa dan tidak berputus asa.
Cepat atau lambat dikabulkan doa, itu adalah urusan tuhan
Yang Maha Esa.
Rujukan:
1. Ustaz Basir bin Mohamed Al Azhari, https://nursyirah.wordpress.com/2011/04/23/yakinilah-janji-allah-bahawa-setiap-
manusia-telah-ada-rezeki-untuknya/
Oleh: NorQuyyum binti Mohd Noor, UI KPM
Kesimpulannya, dalam usaha mencari rezeki di dunia ini, jangan sampai menjauhkan kita daripada beribadah dan mengingati
Allah SWT. Kita mesti berusaha dan berikhtiar tetapi meletakkan pergantungan sepenuhnya kepada-Nya. Jika dapat apa
yang kita inginkan, bersyukurlah. Jika sebaliknya, bersabarlah dan bersangka baik dengan-Nya. Yang penting, kita
mesti tahu meletakkan kepentingan antara dunia dan akhirat. Yakinlah dengan janji tuhan di atas qada dan qadarnya.
10
Pokok kelapa bercabang tiga
Dikerat orang memakai gergajiSaya cuma hendak mendugaSejauh mana sumpah dan janji
Anak ayam di atas pagarTurun ke tanah memakan padiKalau hutang wajib dibayarKalau janji wajib ditepati
Benang bertaliAnak putu dikasi makanTeguh-teguh memegang janjiSeperti paku lantak di papan
Apa guna tanam keranjiKalau tidak manis menggulaApa guna janji-janjiKalau kata tidak dikota
Buluh aur jangan dibelah
Titi dibuat berikat akarTeguh setia tidak berubahJanji ikrar jangan bertukar
Angkut-angkut hinggap di bukitMembuat sarang di pokok rendingWalau tertangkup bumi dan langitJanji tidak saya uraikan
Orang Jawa hilir ke kualaBeli kain selepas BaliAdik suka abangpun sukaBoleh kita mengikat janji
Sumber: Kurik Kundi Merah Saga
Oleh: Juarina binti Hassan, BTP Negeri Sembilan
Bahasa Integriti
Menuntut untuk dibaca sepenuh hati
Diungkapkan morfologi dengan telus
Diucapkan fonologi dengan tegas
Dibicarakan diksi dengan amanah
Disuarakan konotasi dengan benar
Bahasa integriti
Bukan sekadar untuk difahami
Bukan sekadar untuk dihayati
Bahasa integriti menyerlahkan identiti
Membentuk peribadi
Mulia dan diamalkan
Bahasa integriti.
11
KURSUS INTEGRITI KPM SIRI 1/201727-30 Mac 2017 | PLGDP Seri Tualang Temerloh Pahang
PENGISIAN:
Pemerkasaan Disiplin & Tatatertib
Penjawat Awam
Psikologi & Kaunseling Dalam
Integriti
Integriti Pengurusan Kewangan
Gaya Hidup Sihat
Pelan Integriti Nasional & Aku
Janji
Rasuah, Penyelewengan & Salah
Guna Kuasa
Integriti Keluarga & Komuniti
Pre & Post Test
12
P R O G R A M W A C A N A I N T E G R I T IS I R I 2 / 2 0 1 7 | 4 MEI 2017 | DEWAN SERBAGUNA, ARAS 9, E12, PUTRAJAYA
ANJURAN BERSAMA : UNIT INTEGRITI & PUSPANITA, KPM
YBhg. Dato’ Hj. Abdul Samat bin KasahPengarah Bahagian Pendidikan Masyarakat, SPRM
13
14
15
16