Terbitan: Unit Integriti
BULETIN INTEGRITI SIRI 4 TAHUN 2018
INTEGRITI TERASKECEMERLANGAN PENDIDIKAN
PENASIHAT Fazli bin Said
Mohd. Fairuz Azizi bin Abdullah
Wan Muhamad bin Wan Junoh
Haji Osman bin Toroh
Dr. Ibrahim bin Mohamed Zin
Gobbi Nathan A/L Jayaraman
Paridah binti Ali
Foziman bin Rosman
PENYELARAS / PENGARANG
Unit Integriti
Kementerian Pendidikan Malaysia
Aras 4, Blok E12
Kompleks Kerajaan Parcel E
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62604 Putrajaya
03 - 8884 7982
03 - 8884 7922
http://www.moe.gov.my
TERBITAN
S U M B A N G A N K A R Y A
• Kami mengalu-alukan sebarang sumbangan karya bertema integriti
(rencana, artikel, berita, cerpen, sajak dan lain-lain) untuk dikongsi bersama
pembaca Buletin Integriti.
• Hantarkan karya anda ke [email protected].
2
3
DATO’ DR. MOHD GAZALI ABAS
KETUA SETIAUSAHA
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
Assalamualaikum WBT / Selamat Sejahtera.
ebagai Pegawai Awam kita wajib menyedari
bahawa kita pernah membuat janji (berjanji) dengan
Kerajaan Malaysia bahawa kita dengan sesungguhnya
akan mematuhi peruntukan Peraturan-peraturan
Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib 1993),
Perintah-perintah Am, Pekeliling serta apa-apa
peraturan dan arahan lain yang dikeluarkan dan dikuat
kuasa oleh Kerajaan dari semasa ke semasa sepanjang
tempoh perkhidmatan kita dengan Kerajaan Malaysia.
Maka dengan itu, saya dengan ini ingin mengingatkan
dan menyeru supaya kita semua sebagai warga
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) yang prihatin
dan bertanggungjawab untuk memuhasabah diri
tentang sembilan (9) perkara utama yang kita telah
mengakuinya melalui tandatangan surat Aku Janji iaitu:
(i) akan sentiasa taat kepada Yang di-Pertuan Agong, negara dan kerajaan;
(ii) akan sentiasa melaksanakan tugas saya sebagai pegawai dengan cermat, bersungguh-sungguh, cekap, jujur,
amanah dan bertanggungjawab;
(iii) tidak akan membelakangkan tugas awam demi kepentingan peribadi saya;
(iv) tidak akan berkelakuan dengan cara yang mungkin menyebabkan kepentingan peribadi saya bercanggah dengan
tugas awam saya;
(v) tidak akan berkelakuan dengan cara yang boleh menimbulkan syak yang munasabah bahawa saya telah
membiarkan kepentingan peribadi saya bercanggah dengan tugas rasmi saya sehingga menjejaskan kebergunaan
saya sebagai pegawai;
(vi) tidak akan menggunakan kedudukan saya sebagai pegawai bagi faedah diri saya sendiri;
(vii) tidak akan berkelakuan dengan cara yang boleh memburukkan atau mencemarkan nama perkhidmatan awam;
(viii) tidak akan membawa atau cuba membawa sebarang bentuk pengaruh atau tekanan luar untuk menyokong atau
memajukan tuntutan saya atau tuntutan pegawai lain yang berhubungan dengan perkhidmatan awam; dan
(ix) tidak akan ingkar perintah atau berkelakuan dengan cara yang boleh ditafsirkan sebagai ingkar perintah.
Mengambil maksud peribahasa Melayu “Jika kerbau dipegang pada talinya, jika manusia
dipegang pada janjinya”, yang bermaksud, janji yang dilakukan oleh manusia
mestilah ditepati. Oleh itu, saya amat berharap setiap daripada kita yang bergelar Pegawai Awam untuk terus
menghayati Aku Janji yang telah dimeterai.
Semoga segala perkongsian melalui buletin ini dapat memberi manfaat kepada semua ‘Keluarga Besar KPM’.
Sekian, terima kasih.
PERUTUSANK e t u a S e t i a u s a h a K P M
4
Pada tahun 2018, Sambutan
Hari Integriti dan
Anugerah Tokoh
Teladan Integritimerupakan program kali ketiga yang
telah dilaksanakan secara bersama-
sama di peringkat KPM sejak tahun
2016.
Pelaksanaan kedua-dua program ini
amat wajar dilaksanakan di peringkat
KPM pada setiap tahun kerana dapat
memberi peluang kepada seluruh
warga KPM untuk lebih dekat dan
mesra dengan budaya integriti.
Pengisian yang diadakan bersempena
Sambutan Hari Integriti Peringkat
KPM telah dapat memberi
pendedahan secara langsung kepada
warga KPM terhadap isu-isu integriti
dan mendapat penjelasan yang lebih
jelas serta lebih berkesan.
Pelaksanaan Program Anugerah
Tokoh Teladan Integriti KPM adalah
untuk mengiktiraf warga KPM yang
telah berkhidmat dengan cemerlang,
terutama dalam aspek kerja
berintegriti, berdisiplin tinggi dan
mempamerkan nilai-nilai keutuhan
peribadi unggul yang boleh dijadikan
contoh suri teladan.
Sambutan Hari Integriti Nasional merupakan
manifestasi komitmen kerajaan untuk meningkatkan kesedaran,
kefahaman serta penghayatan integriti dalam kalangan masyarakat.
Sepanjang Bulan November setiap tahun, pelbagai program dan aktiviti
akan dilaksanakan bersempena Sambutan Hari Integriti
Nasional.
Selaras dengan dasar kerajaan hari ini yang mengutamakan
pengukuhan integriti dalam tadbir urus negara,
Hari Integriti disambut sebagai acara tahunan di kebanyakan
kementerian, di peringkat negeri, jabatan dan agensi-agensi kerajaan di
seluruh negara.
Objektif:
Memupuk budaya kerja berintegriti
dalam kalangan warga KPM dan
mengangkat agenda integriti ke
peringkat yang lebih tinggi.
Oleh: Wan Muhamad bin Wan Junoh, UI KPM
5
6
ANUGERAH
Objektif:
Mengiktiraf warga KPM yang telah
menunjukkan kecemerlangan dalam
aspek kerja berintegriti, berdisiplin tinggi
dan mempamerkan keutuhan nilai-nilai
peribadi unggul yang boleh dijadikan
contoh ikutan yang baik.
Bagi tujuan memelihara kualiti penganugerahan, Garis
Panduan Pencalonan Anugerah Tokoh Teladan
Integriti KPM yang sedia ada telah dikekalkan dan
ditambah baik, serta pemilihan penerima anugerah
tersebut juga dibuat melalui Mesyuarat Jawatankuasa
Panel Pemilihan dan Perakuan Anugerah Tokoh
Teladan Integriti KPM Tahun 2018 yang
dipengerusikan oleh Ketua Setiausaha KPM.
Bagi tahun 2018, mengambil kira
faktor saiz keluarga KPM telah
menjadi satu keluarga yang lebih
besar, kedua-dua kategori ini
telah dicadangkan untuk
dikekalkan dan dipersetujui
dengan penambahan bilangan
penerima anugerah kepada dua
(2) orang penerima bagi setiap
kategori, menjadikan penerima
anugerah ini adalah seramai
empat (4) orang pada tahun
2018.
Penglibatan dan sokongan
daripada Ketua Jabatan melalui
pelaksanaan inisiatif-inisiatif
seperti ini merupakan langkah
yang amat tepat dalam memberi
tanggapan yang positif terhadap
kerajaan dan membina imej
kementerian selari dengan usaha
memerangi rasuah,
memantapkan tadbir urus dan
sistem penyampaian kerajaan
yang telus dan berkesan.
Pada tahun 2016, Sambutan Hari Integriti
Peringkat KPM dan Program Tokoh
Teladan Integriti KPM telah diadakan
buat julung-julung kalinya serta berjaya
diteruskan pelaksanaannya pada tahun 2017.
Pelaksanaan kedua-dua program ini telah
mendapat sokongan dan sambutan yang
menggalakkan serta maklum balas positif daripada
pelbagai peringkat warga kerja KPM.
Kategori:
1. Anggota Kumpulan Pelaksana; dan
2. Pengurusan dan Profesional.
Oleh: Wan Muhamad bin Wan Junoh, UI KPM
TOKOH TELADAN INTEGRITI KPMTAHUN 2018
7
1) DR. IBRAHIM BIN MOHAMED ZIN
2) GOBBI NATHAN A/L JAYARAMAN
3) PARIDAH BINTI ALI
4) FOZIMAN BIN ROSMAN
8
Gobbi Nathan A/L JayaramanTokoh Teladan Integriti KPM 2018
(Pengurusan dan Profesional)
Dr. Ibrahim bin Mohamed ZinTokoh Teladan Integriti KPM 2018
(Pengurusan dan Profesional)
Tinta Hikmah
Saya sentiasa berpegang teguh kepada kata-
kata Mahatma Gandhi:
“Integriti dan nilai-nilainya
tidak hanya diamalkan
semasa di khalayak. Ianya
perlu menjadi pegangan
walaupun tiada yang
melihat perbuatan kita”.
HARGAI MASA BEKERJA
“Masa itu emas”. 8 jam bekerja, masa untuk keluarga,
berehat dan seumpamanya. Imbangkan masa untuk
kepentingan peribadi dan kepentingan organisasi.
Wujudkan diri sentiasa bersama tugas yang diamanahkan,
merancang dengan teliti supaya terisi penuh berkualiti. Jujur,
masa digunakan secara optimum untuk menyumbang
kepada kebaikan dan kecemerlangan organisasi, daripada
membazir masa melakukan tugas-tugas selain tugas hakiki, ini
merugikan. Iltizam kita harusnya mengamalkan nilai dan etika
“kerja esok, siap hari ini” dan tingkatkan ilmu untuk
penambahbaikan sepanjang masa.
AMANAH DALAM PEKERJAAN
“Saya yang menjalankan amanah”. Gambaran pegawai
kerajaan melaksana dan menunaikan amanah rakyat.
Laksanakan amanah. Seseorang tidak akan mengambil
sesuatu bukan haknya walaupun ada kesempatan. Murid bagi
guru di sekolah juga amanah untuk dididik dan dibimbing bagi
melahirkan insan yang baik. Sifat amanah tanpa mengira
pangkat, pemimpin atau pengikut, kita mampu
berubah ke arah yang lebih berintegriti dan tiada
penyelewengan serta salah guna kuasa dalam apa juga bidang
pekerjaan kita.
Sekian.
9
Foziman bin RosmanTokoh Teladan Integriti KPM 2018
(Anggota Kumpulan Pelaksana)
SELAMAT SEJAHTERA
aya mengucapkan ribuan terima kasih di atas
Anugerah Tokoh Teladan Integriti KPM 2018.
Anugerah ini adalah satu penghargaan yang besar dan
amat bermakna kepada diri saya secara peribadi dan
Akademi Kepimpinan Pendidikan Tinggi (AKEPT).
Sebagai penjawat awam, kita seharusnya sentiasa
positif sama ada pemikiran mahupun
tindakan, berdisiplin, menepati masa, jati
diri tinggi dan sentiasa memperkukuhkan
keimanan serta menjaga silaturahim
serta ukhuwah sesama insan.
Semoga dengan penghargaan yang diberikan kepada
saya ini akan menjadi pendorong dan inspirasi kepada
rakan-rakan lain untuk melakukan yang lebih
baik dalam merealisasikan tema hari
integriti KPM 2018 iaitu "Integriti Teras
Kecemerlangan Pendidikan".
Sekian, terima kasih.
Paridah binti AliTokoh Teladan Integriti KPM 2018
(Anggota Kumpulan Pelaksana)
Tinta Hikmah
وبركاتهالسالم عليكم ورحمة هللا
S
S
Integriti. Di Manakah Kita?
ebagai Penjawat awam kita perlu mengamalkan
kejujuran dan menjaga amanah dalam apa jua bentuk.
Pelengkap kepada kejayaan melaksanakan amanah
adalah kejujuran. Beruntunglah penjawat awam yang
sentiasa mengambil ingatan dan pengajaran daripada
Surah al-Anfal ayat 27, Allah SWT (maksudnya): “..Dan
janganlah kamu mengkhianati amanat-amanat yang
dipercayakan kepada kamu sedang kamu mengetahui”.
Islam melarang penganutnya untuk melakukan sesuatu
perkara yang sia-sia dan yang boleh membawa kepada
kemusnahan. “Dan tolong-menolonglah kamu dalam
mengerjakan kebajikan dan takwa, janganlah tolong-
menolong dalam berbuat dosa dan perlanggaran.” -
(Surah al-Maidah: Ayat 2)
Membentuk diri menjadi individu berintegriti bukanlah
perkara mudah. Namun, setiap individu perlu
mencarinya bagi kelangsungan kehidupan yang
cemerlang pada masa hadapan kerana akhirnya
seseorang itu akan dipertanggungjawabkan di hadapan
Tuhannya.
“..integrity without knowledge is weak and useless,
and knowledge without integrity is dangerous and
dreadful”. - Albert Einstein.
10
idak ada di dunia ini satu sistem yang
dapat membekalkan umat yang sedang
membangun dengan bekalan yang diperlukan,
bekalan yang berupa sistem, kaedah, semangat
dan perasaan sebagaimana Islam membekalkan
kepada umat-umat Islam yang membangun. Jika
umat Islam mengikut petunjuk-petunjuk yang
diberikan oleh Islam itu mereka mencapai apa-
apa yang dikehendaki.
Dalam Islam sebenarnya tidak ada pemisahan
antara nilai-nilai rohani dan jasmani, antara
moral dan material kerana kedua-duanya adalah
merupakan dua unsur yang sepadu dan
kewujudannya merupakan kewujudan yang
mutlak yang tidak dapat dipisah-pisahkan antara
satu sama lain.
Oleh yang demikian, pemisahan antara rohani
dan jasmani dan lebih jauh daripada itu
pemisahan antara urusan Agama dan urusan
hidup adalah amat bertentangan dengan prinsip
Islam dan berlawanan dengan dasar kejadian
manusia sendiri yang dicipta oleh Allah SWT
atas dasar sepadu antara roh dan jasad, rohani
dan jasmani, moral dan material, zahir dan batin.
Manusia tidak dihalangi memenuhi segala
keperluan hidupnya, bahkan Islam mengatur
segala keperluan hidup itu. Tidak pernah Islam
melarang manusia daripada memenuhi tuntutan
jasmaninya, tidak pernah menganjurkan agar
manusia menjauhkan diri daripada kebendaan.
Islam hanya menggariskan jalan untuk
mengangkat kerohanian iaitu selalu bertakwa
kepada Allah SWT dalam segala kehidupannya
bukannya dengan cara melenyapkan segala
kehendak dan tuntutan kehidupan duniawi.
“Di antara mereka (manusia) ada yang berkata: “Wahai Tuhan
Kami, Berikanlah di dunia ini kebaikan, dan di akhirat juga
kebaikan, dan jauhkan kami dari azab neraka. Mereka itulah
orang-orang yang mendapat kebahagiaan dari apa yang mereka
usahakan dan Allah sangat cepat perhitungannya”.
(Surah al-Baqarah; 201-202)
Perhatikan bagaimana al-Quran menyifatkan orang-orang yang
berhasil dapat menikmati pemberian Allah yang banyak
selama hidup di dunia ini.
“Katakanlah: Siapakah yang mengharamkan akan perhiasan dari
Allah yang telah dikeluarkan-Nya kepada hamba-hamba-Nya dan
(siapakah pula yang mengharamkan) rezeki yang baik?
Katakanlah: semua itu (disediakan) bagi orang-orang beriman dan
(orang-orang yang tidak beriman) dalam kehidupan dunia ini
semata-mata bagi orang-orang beriman dalam kehidupan di
Akhirat nanti. Demikianlah kami jelaskan ayat-ayat bagi orang
yang mengetahuinya.”
(Surah al-A’raf: 32)
Islam tidak membatas atau membezakan kepentingan rohani
dan jasmani, kebendaan dan kejiwaan dalam kehidupan
manusia tetapi diselaraskan antara kehendak atau keperluan
kerohanian dan jasmani.
Penderitaan oleh manusia kerana menekankan hanya salah
satu bahagian dari material atau spiritual (rohani atau jasmani)
seperti yang terjadi dalam agama-agama lain. Ada antaranya
keterlaluan mementingkan kerohanian, mengabaikan sama
sekali akan kepentingan duniawi, bahkan memandang dunia ini
sebagai suatu fatamorgana dan bangkai yang mesti dijauhi.
Golongan lain pula terlalu mementingkan kebendaan (dunia)
dengan mengetepikan sama sekali akan urusan keakhiratan
(rohani) dan menganggap bahawa soal metafizik (kerohanian)
tidak penting. Akhirat itu sebagai dongeng dan mimpi dan
khurafat semata-mata. Manusia yang berpendirian demikian,
iaitu yang hanya mementingkan kerohanian sahaja. Kedua-
duanya sudah menghadapi kegagalan dan kesengsaraan.
Mereka sudah kehilangan pegangan dalam hidup sehingga
sudah hilang lenyap perasaan aman, senang dan ketenangan.
“Bahaya yang tersembunyi yang dihadapi dunia yang diselubungi
oleh faham kebendaan sekarang ini ialah kekosongan atau
ketiadaan keseimbangan antara keperluan rohani dan jasmani,
kerana diketepikan terus akan masalah-masalah kerohanian dan
yang pentingkan adalah kebendaan semata-mata”.
- Dr. De Broqbi
T
Oleh: Haji Osman bin Toroh, JNJK Kedah
11
IBADAH Dan Pekerjaan
PEKERJAAN harian akan dianggap SEBAGAI
IBADAH dan orang yang melakukannya akan
mendapat pahala sekiranya pekerjaan itu dapat
memenuhi syarat-syarat SEPERTI BERIKUT:
a) PEKERJAAN itu mesti pekerjaan yang
HALAL dikerjakan menurut syariat Islamiah
(diredai Allah SWT). Bukan kerja-kerja yang
haram seperti perusahaan minuman keras, judi
dan sebagainya, atau bekerja sehingga tidak
dapat menunaikan solat.
b) Pekerjaan yang disertakan dengan NIAT
YANG BAIK, iaitu yang mengandungi objektif
yang baik yang diredai Allah, seperti mencari
rezeki yang halal bertujuan untuk mengelakkan
kemiskinan diri sendiri dan tanggungnya juga
supaya hidupnya sekeluarga tidak akan
bergantung kepada orang lain dan tidak menjadi
beban kepada masyarakat. Tujuan pekerjaan
yang ditumpukan semata-mata untuk
mengumpul kekayaan dan kemakmuran yang
berlebihan dari keperluan diri sendiri adalah
terkeluar dari prinsip Islam dalam mencari rezeki
atau mengumpul harta.
c) Pekerjaan yang DILAKSANAKAN dengan
TEKUN dan CEKAP. Dalam hal ini, seseorang
pekerja seharusnya bersungguh-sungguh
melaksanakan kerja dan tugasnya dalam
lingkungan kepakaran dan kecekapannya.
“Sesungguhnya Allah ‘Azza Wa Jal kasih apabila
seseorang daripada kamu melakukan sesuatu
amalan hendaklah buat secara tekun”.
- HR Imam al-Thabarani (al-Mu’jam al-Awsath)
d) Bekerja IKHLAS kerana Allah adalah satu
perhambaan kepada-Nya (ibadah). Bekerja ialah
berusaha bersungguh-sungguh, berpenat lelah
dan produktif dalam segala perkara. Orang Islam
seharusnya menjalankan kerjanya dengan
bersungguh-sungguh dan berlipat ganda kerana
Allah menyebut di dalam al-Quran supaya
hamba-hambanya bekerja kerana pekerjaannya
akan dilihat oleh Allah, dan oleh orang-orang
yang beriman seluruhnya.
e) Penglibatan pekerjaan BERDASARKAN
prinsip-prinsip SYARIAH. Tujuan syarat ini
agar segala kerja yang dilaksanakan berasaskan
kepada prinsip-prinsip syariah, seperti amanah,
adil, syura dan seterusnya. Kerja-kerja yang
diusahakan di atas dasar penipuan, penindasan,
kezaliman dan sebagainya sudah pastilah tidak
termasuk dalam kerja yang dikira sebagai ibadah
kepada Allah.
f) Pekerjaan yang TIDAK MENGHALANG
pekerjanya daripada MENUNAIKAN
KEWAJIPANNYA kepada Allah. Dalam
bahagian ini termasuklah segala pekerjaan yang
dilakukan oleh para pekerja sehingga melupakan
Allah dan melupakan kewajipan terhadapnya.
Penyusunan giliran kerja sehingga melalaikan
para pekerja atau menghalang daripada ibadah
wajib adalah satu perkara yang bertentangan
sama sekali dengan syarat ini.
“Orang-orang yang tidak dapat dilalaikan oleh
perniagaan dan perdagangan dari mengingati
Allah”.
(Surah an-Nur: 37)
“Wahai orang-orang yang beriman, janganlah harta
kamu dan anak-anak kamu, melalaikan kamu
daripada mengingati Allah, dan sesiapa yang
berlaku begitu, maka mereka adalah orang-orang
yang rugi.”
(Surah al-Munafiquna: 9)
NYATALAH bahawa kerja-kerja yang
dilakukan oleh seseorang di dalam
proses pembangunan Negaranya adalah
dihitung sebagai pekerjaan yang
berpahala, kerana pekerjaan-pekerjaan yang
dilakukannya adalah dikira sebagai sebahagian daripada
ibadah umum yang sudah pasti akan memperolehi
ganjaran kebaikan daripada Allah SWT. Ini sudah tentu
akan mendorong umat Islam bekerja dengan lebih
tekun dan baik. Jauh daripada penipuan, ponteng kerja,
rasuah dan sebagainya. Malah, dengan sikap dan
semangat berjiwakan Islam akan melahirkan pekerja-
pekerja yang jujur, amanah, dedikasi dan tekun sesuai
dengan hasrat dan semangat ‘khidmat cemerlang’ yang
sering dilaungkan oleh Negara.
a)
b)
c)
d)
e)
f)
Oleh: Haji Osman bin Toroh, JNJK Kedah
12
Islam Dan Akhlak
Mana-mana bangsa yang ingin membangun sangat perlu
akhlak yang tinggi dan mulia. Perlu kepada jiwa yang
tinggi besar dan bersemangat, kerana bangsa itu akan
berdepan dengan tuntutan zaman baharu, yang tidak
akan dicapai kecuali dengan akhlak baik dan kukuh.
Hanya dengan Islam dapat membentuk jiwa yang
sempurna ini. Islam akan menjadikan keharmonian jiwa
dan kebaikannya sebagai asas pembangunan.
Mengimbau sejarah, kita difahamkan dengan Bangsa
Arab adalah bangsa yang tidak bertamadun, kejam dan
tertindas dan kemudian menjadi bangsa yang bijak dan
berkuasa. Ini ialah kerana oleh tenaga yang dibekalkan
oleh Islam melalui kitab suci al-Quran sebagai alat
untuk membangun mereka daripada selimut kejahilan.
Kita melihat bagaimana di saat-saat yang genting, Islam
telah muncul sebagai penyelamat yang Agong yang
mengubahkan seluruh kecelakaan yang menimpa
manusia kepada segala macam bentuk kebaikan idaman
manusia. Islam telah tersebar dan membangunkan umat
manusia dan akhirnya mempersembahkan kebahagiaan
kepada mereka.
Ciri-ciri pembangunan yang diusahakan oleh Islam
untuk kepentingan masyarakat manusia bersifat
material dan spiritual bergerak sama seiring dan
senada, menuju ke arah kebahagiaan.
1. Tapi yang perlu kita perhatikan ialah tentang
bagaimana Islam memulakan gerakan
pembangunan itu. Oleh kerana Islam
memandang bahawa segala rupa kegiatan hidup
di tengah-tengah masyarakat manusia itu oleh
tindakan manusia itu sendiri, maka
keperibadian manusia itu mestilah
dibangunkan terlebih dahulu.
2. Akhlak yang mulia menjadi titik tolak
kepada pembangunan yang sejati. Pekerti
yang mulia pernah disifatkan sebagai pekerti
semula jadi manusia. Kegagalan dan kekejaman
hidup yang pernah dialami oleh manusia adalah
disebabkan kerana kehilangan pekerti itu
daripada kehidupan manusia. Justeru itu, umat
Islam perlu memilikinya. Andainya Islam yang
seharusnya menjadi panduan peribadi manusia
sejagat itu berjaya dibangunkan di dalam diri
manusia. Maka dengan sendirinya pembangunan
masyarakat yang benar-benar bahagia itu akan
turut ditegakkan seiring dengan pembangunan
peribadi.
3. Manusia yang pada mulanya tidak mengenal erti
halal dan haram, sentiasa mengikut dorongan
hawa nafsunya berubah menjadi manusia yang
selalu ingin kepada kesucian zahir dan batin,
jasmani dan rohani. Apabila terlanjur
melakukan kesalahan, mereka dengan
rela hati dan bersedia menerima
hukuman untuk mengharapkan
keampunan dan keredaan Allah SWT.
4. Diceritakan oleh Muslim bin Hajjaj bahawa
seorang lelaki bernama Maiz bin Malik Al-aslami
datang berjumpa Rasulullah SAW.
“Wahai Rasulullah, aku sudah menganiaya diri saya
dengan melakukan zina, maka sudilah engkau
menghukum aku supaya bersih daripada dosa”.
Rasulullah menolak untuk menghukumkannya.
Esoknya dia datang lagi, juga ditolak oleh
Rasulullah SAW. Sampai tiga kali dengan
sungguh-sungguh, Maiz mengatakan,
“Sesungguhnya aku benar telah berzina, wahai
Rasulullah”.
Maka Rasulullah menanyakan kepada kaumnya,
“Adakah Maiz tidak waras atau sakitkah ia?
Mereka mengatakan, Maiz adalah sihat dan
waras. Pada kali keempatnya Maiz datang sekali
lagi dengan permintaan yang sama. Maka, barulah
Rasulullah menyuruh menggali lubang dan
direjamnya sampai mati. Maiz menerimanya
dengan tenang dan puas hati.
5. Seorang wanita daripada Bani Amir yang telah
melakukan zina sehingga melahirkan anak. Beliau
juga dengan jujur dan ikhlas datang berkali-kali
menemui Rasulullah SAW supaya beliau
dihukum. Kali pertama dia datang. Rasulullah
menyuruhnya balik. Kali kedua, Rasulullah
menyuruh pulang dahulu, tunggu sehingga
kandungan dilahirkan. Kali ketiga, Rasulullah
menyuruhnya balik dan susukanlah dulu sehingga
bayi itu pandai makan. Sesudah kanak-kanak itu
berhenti menyusu, kira-kira usianya dua tahun
barulah Rasulullah menghukum perempuan itu
dengan direjam.
Oleh: Haji Osman bin Toroh, JNJK Kedah
13
Sesuai dengan ajaran Islam bahawa hidup di dunia akan
bersambung kait dengan alam akhirat. Konsep ini
berbeza sekali dengan sembarangan anggapan bahawa
kesejahteraan manusia di dunia tunduk kepada
peraturan-peraturan dunia yang lahir daripada
pengalaman dan kebijaksanaan manusia dan
kesejahteraan (hasanah) manusia di akhirat tunduk
kepada tuntutan-tuntutan kepada rohaniah yang dipisah
daripada tuntutan jasmaniah. Anggapan ini pada
dasarnya, menolak kesepaduan dan kesatuan antara
nilai-nilai kebendaan.
Rujukan:
1) Al-Quran al-Karim
2) Al-Taftazani, Abu al-Wafa.1997. Sufi dari Zaman ke
Zaman. Bandung: PT. Pustaka.
3) Bey Ariffin. 1977. Kami Pilih Islam. Pustaka Nasional
Singapura
4) Dr. Mohd Kamal Hassan. 1984. Nilai-Nilai Universal
Islam Tentang Kesejahteraan Masyarakat. Kementerian
Pelajaran Malaysia
5) Dr. Ismail Ibrahim. Ibadah Dan Pembangunan
6) Dr. Yusuf Nor, 1976. Konsep Pembangunan Menurut
Islam Peranan Ulama Di Dalamnya. Muktamar Ulama’
Malaysia
7) Drs. Roosdi, A.S. 1965. Diagnosa Khutbah. Penerbit
Ramadhani, Yogyakarta
8) Hamid Ismail.1991. Masyarakat dan Budaya Melayu.
Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka
9) Risalah JAKIM.2001. Fardhu Kifayah Dalam Konteks
Pembangunan Ummah. Kuala Lumpur: Jabatan
Kemajuan Islam Malaysia
10) Risalah JAKIM.2003. Ke arah Melahirkan Muslim
Berwawasan. Kuala Lumpur: Jabatan Kemajuan Islam
Malaysia
11) Syukur, Amin. 2002. Menggugat Tasawuf. Yogyakarta:
Pustaka Pelajar
Kaedah yang memenuhi tuntutan persepaduan nilai-
nilai rohani dan jasmani di dunia dan sekali gus
memperolehi kebahagiaan di akhirat disebut dalam al-
Quran sebagai ‘Al-Falah’. Perkataan ini membawa
maksud kejayaan, keuntungan, kesejahteraan dan
kemakmuran. Bagi orang-orang Islam perkataan ‘Al-
Falah’ ini tidak asing lagi kerana bagi pendengaran
orang-orang Islam, sekurang-kurangnya lima (5) kali
sehari mereka dapat mendengar perkataan
(dilaungkan) ini bagi menandakan bahawa masuknya
waktu solat.
Kejayaan (Al-Falah)Dunia dan Akhirat
6. Ketika tentera muslim menduduki negeri Madain
selepas menang di dalam peperangan. Banyak
harta-harta rampasan perang dikumpulkan.
Seorang tentera membawa kotak diisi permata-
permata yang sangat berharga dan menyerahkan
kepada tentera yang menguruskan pungutan
harta-harta rampasan itu dengan berkata
“Semua harta rampasan ini tidak seberapa
harganya jika dibandingkan dengan isi kotak
ini”. Ditanya kepada tentera itu, adakah engkau
mengambil sebahagiannya dan siapa namamu?.
Jawabnya “Demi Allah, jika tidak kerana
Allah sesungguhnya aku tidak akan
membawanya ke sini dan demi Allah aku
tidak akan memberitahu siapa namaku
biarlah aku diuji Allah, dan aku hanya ingin
pahalanya semata-mata”.
7. Demikianlah contoh keperibadian tentera Islam.
Keperibadian yang tidak sanggup
menanggung dosa dalam diri dan bersedia
menyerahkan nyawanya untuk menebus
dosa, dan bagaimana sifat jujur dan amanah
menjiwai kehidupan seseorang menjadi model
di dalam pembentukan masyarakat Islam yang
membina dan mengangkat darjat umat manusia
sejak 15 abad yang lalu.
8. Dewasa ini, mampukah kita mengikut jejak akhlak
seperti mereka itu?. Jawabnya, terserah pada diri
kita, sejauh mana kita mempersiapkan diri ke arah
itu? Walau bagaimanapun, pada hakikatnya tidak
ada yang mustahil, asalkan kita berusaha dan ikhlas.
Penerimaan balasan yang kekal abadi dan hakikat kesejahteraan yang hakiki adalah apabila manusia
itu dimasukkan ke dalam syurga. Segala penderitaan di dunia akan lenyap dengan hanya sekelip mata
manusia menikmati nikmat syurga. Segala nikmat kebahagiaan yang dinikmati di dunia akan lenyap
dari ingatan hanya dengan sekelip mata manusia merasai azab neraka.
14
Oleh: Wan Muhamad bin Wan Junoh, UI KPM
erja..
Banyak, susah, sekejap, lama,
Bukan itu yang difikirkan,
Bukan suatu permasalahan,
Bagi jiwa yang suka bekerja,
Mengelak daripada awal tempat baharu,
Mahu belajar hingga bertukar-tukar,
Begitu adat sikapnya hingga ditamatkan,
Apa sebenar yang difikirkan?
Hanya sen yang diharap,
Hingga lupa berkat yang hilang,
Jika tiada jiwa bekerja,
Semua kerja ada susah,
Semua kerja bermasalah,
Baginya tiada yang boleh buat,
Yang mudah ditangguh berkulat,
Kesedaran perlu disemat,
Lebih tinggi pangkat diangkat,
Lebih tinggi yang dijawat,
Lebih tinggi pendapatan dihasrat,
Tinggi lagi tanggungjawab wajib ingat!
Bersedia, bertanggungjawab, amanah,
Tugas lebih besar, lebih berat, banyak,
Itu semua adalah kadarnya,
Sekufu apa yang perlu dan dapat,
Mahu tidak mahu usahakan,
Kita hanya lakukan,
Alang-alang menyeluk pekasam kan,
Biar sampai ke pangkal lengan,
Niat dibetulkan, muhasabah sendiri,
Usaha, rajinkan, ikhlaskan diri,
Sesungguhnya keberkatan menanti,
Walau di sini tidak diadili,
Di sana keadilan itu pasti,
Apa lagi yang ingin dikhuatiri?
Formula sangat mudah difahami,
Apabila tiada, dia sangat dirasai,
Apabila ketiadaannya sangat dirindui,
Malah akan ditangisi,
Itulah si pekerja berintegriti,
Azam dan berjanji seikhlas hati,
Sukalah, berbahagialah kerja ini,
Buat pilihan pada diri,
Pilihan benar kejayaan menanti,
Jika tersalah kegagalan menemani,
Wahai si pekerja kuatkan diri,
Usah gusar, gundah, tidak puas hati,
Sekembali ke halaman asal nanti,
Yang Maha Esa pasti tepati janji,
Keadilan Maha Adil diberi,
Tidak terkurang terlebih sedikit inci,
Semua dukacita akan diubati,
Tika itu tiada lagi kepedihan dirasai,
Hanya nikmat yang tiada ditandingi.
Nukilan:
Wan Muhamad bin Wan Junoh, UI KPM
Puisi
K
Mesej Integriti KPM
Siri 11/2018
Pegawai Awam Dalam
PEGAWAI yang INGKARdengan larangan ini akan
DIKENAKAN TINDAKAN
TATATERTIB di bawah Peraturan-
Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan
Tatatertib) 1993 atau peraturan-
peraturan lain yang berkuat kuasa.
KETUA JABATAN
BERTANGGUNGJAWAB
untuk MEMANTAU pegawai di
bawah penyeliaannya dan melaporkan
sebarang ketidakpatuhan kepada Pihak
Berkuasa Tatatertib untuk tindakan
sewajarnya.
KemPendidikan kpmsptofficial KPMSPT kpm_pendidikantinggi KPMSPT
Oleh : Unit Integriti,Kementerian Pendidikan Malaysia
E-mel: [email protected]
Tel : 03 - 8884 7924 / 7958Faks : 03 - 8884 7922
15
“ ”
16