Sempena Sambutan Pesta
Sungai dan Pantai Negeri
Melaka Tahun 2012, Pejabat
Daerah dan Tanah Alor Gajah
dengan kerjasama Persatuan
Dayung dan Keno Negeri
Melaka telah menganjurkan
Pertandingan Kembara Kayak
Terbuka Melaka pada 23 Jun
2012 (Sabtu). Pertandingan ini
melibatkan kembara menyusuri
Sungai Melaka bermula dari
Sungai Pengkalan, Alor Gajah
dan tamat di Taman Rempah,
Melaka. Sebanyak 68 peserta
telah menyertai pertandingan
tersebut terdiri daripada Negara
Brunei Darussalam, Negeri Johor,
Selangor, Terengganu dan pasukan
PDRM. Sebanyak dua (2) kategori
telah dipertandingkan iaitu kategori
bergu belaki dan bergu wanita.
Hadiah bagi tempat pertama
berjumlah RM1,300.00, kedua
RM900.00, ketiga RM700.00,
keempat RM500.00 dan kelima
RM300.00. Hadiah saguhati berupa
hamper bagi tempat keenam hingga
tempat ke-10. Pasukan daripada
Negeri Johor telah menjuarai acara
bagi kategori bergu lelaki
manakala pasukan daripada
Negeri Terengganu telah
menjuarai acara bergu
wanita. Majlis Penyampaian
Hadiah telah disempurnakan
oleh YBhg. Datuk Hj. Idrus bin
Md Jani, Pegawai Daerah Alor
Gajah.
Pertandingan Kembara Kayak Terbuka Negeri Melaka 2012
Hari Terbuka 5S PDTAG
Hari Terbuka 5S yang julung
kali diadakan ini adalah ilham
daripada Jawatankuasa
Pemandu 5S yang ingin
memberikan kelainan yang
belum pernah dilakukan
sebelum ini. Program ini
mendapat sambutan yang
menggalakkan daripada
kakitangan jabatan di sekitar
Daerah Alor Gajah dan juga
orang ramai. Seramai 30
orang pelawat yang terdiri
daripada 15 jabatan tidak
termasuk orang perseorangan
telah hadir pada Hari Terbuka
5S PDTAG. Ianya telah
diadakan pada 19 Jun 2012
(Selasa) mulai jam 9.00 pagi
hingga 12.00 tengah hari.
Tujuan program ini diadakan
adalah untuk berkongsi mak-
lumat dan pandangan tentang
pelaksanaan dan impak 5s di
PDTAG selain mendapatkan
maklumbalas mengenai
pelaksanaannya.
SIDANG REDAKSI
PENASIHAT
YBhg. Datuk Hj. Idrus bin Md Jani
PENYELARAS PENERBITAN
En. Ikraam bin Rosli
KETUA PENGARANG
En. Saiful Ridzuan bin Mohammad
SETIAUSAHA
En. Abd Rahim bin Hamzah
GRAFIK
En .Ghafar bin Ngah
Pn. Noor Fazlina bte Duanam
JURUGAMBAR
Cik Norhidayah bte Ab. Rasip
Pn. Suryati bte Mkod Anuar
PENGARANG
Pn. Hjh Jamiah bte Baba
En. Norazmar bin Jais
Pn. Siti Badariah bte Othman
En. Abdul Musid bin Abd Manaf
Pn. Nornajirah bte Mohd Salleh
Buletin PDTAG
P E J A B A T D A E R A H D A N T A N A H A L O R G A J A H
M E I & J U N
E D I S I 3
TAHUKAH ANDA?
Cukai tanah hendaklah dijelaskan
sebelum atau pada 31 Mei setiap
tahun sebagaimana Seksyen 95
KTN 1965
Peserta Kembara Kayak
bergambar bersama
Pegawai Daerah Alor Gajah
Peserta kembara kayak gigih berusaha untuk merebut hadiah
lumayan yang ditawarkan
SENARAI URUSAN DAN BAYARAN
UNIT PENDAFTARAN
EN. IKRAAM BIN ROSLI
20.6.1983
EN. RIDZUAN BIN MOHAMAD RIPIN
6.6.1969
PN. IDAYU BINTI SAHAT
29.6.1986
PN. SAMSIAH BINTI JAAMAT
24.6.1985
EN. MOHD ZAINI BIN ABD KAHAR
18.6.1981
PN. HEMEIRA BINTI MUSTAFA KAMAL
3.6.1982
EN. NAZARUDDIN BIN MD DAIB
1.6.1983
EN. HASRIZAL BIN ATAN
11.6.1986
EN. ZULKIFLI BIN JAAFAR
15.6.1959
EN. ZAINAL ABIDIN BIN AHMAD
4.6.1975
EN. ISMAIL BIN ABU BAKAR
24.6.1967
JUN MEI
EN. MOHD FAIZAL BIN MUSA
8.5.1978
TUAN HJ .ZULKIFLI BIN MOHD TAHIR
18.5.1958
EN. ROSLAN BIN ABU HASSAN
14.5.1960
PN. ROZIATI BINTI SIMPAN
16.5.1978
PN. JAMALIAH BINTI ABD RAHMAN
20.5.1957
EN. FAIRUZ ZAFRY BIN MD SHAH
3.5.1984
PN. MASTURA BINTI HASIM
29.5.1979
EN. MOHD SHAFIQ BIN ABDUL RASHID
31.5.1985
EN. AZIZI BIN MOHAMED
13.5.1970
EN. NORDIN BIN AYIM
23.5.1964
EN. KHAIRUL NIZAM BIN ABU KASIM
6.5.1985
EN. MOHD SHARIF BIN MOHAMAD
10.5.1984
SELAMAT HARI LAHIR
WARGA KERJA PDTAG
M U K A S U R A T 4
MELAYU (MALAY) CINA (CHINESE) TAMIL (TAMIL)
Warga Kerja PDTAG perlu mengekalkan
amalan persekitaran berkualiti di tempat
kerja
PDTAG yuan gong xu yao zai gong zuo
chang suo bao chi you zhi huan jing
PDTAG wargathinan aluvalagathil tara-
mane sutru sulalai uruvaakka vendum
Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan
ke-55 Huan Qin 55 Zhou Nien Guo Qin Re
55-tham Aandu Suthantira Hina Vaal-
thukkal
Amalan Hijau Budaya Warga Kerja
PDTAG
Li Se Dong Li PDTAG Yuan Gong zi wen
wen hua
Pachai pasumai enbathu PDTAG war-
gathinarin uruthikolaagum
MARI BELAJAR BAHASA `1 MALAYSIA`
BIL URUSAN KADAR (RM)
1. Pindahmilik Tanah
Nilai Tanah kurang RM50,000.00
RM50.00
2. Gadaian
Pinjaman kurang RM50,000.00
Pinjaman lebih RM50,000.00
Pinjaman lebih RM10,000,000.00
RM50.00
0.1% daripada pinjaman
RM10,000.00
3. Melepaskan Gadaian RM40.00/perserahan
4. Perintah Pesaka Kecil RM30.00/lot
5. Perintah Perletakhakkan RM100.00/lot
6. Perintah Mahkamah Atas Kematian
Grant Probate
Letter of Administration
RM40.00/lot
RM40.00/lot
7. Pajakan Tanah 0.1% daripada nilai pajakan
8. Perintah Mahkamah RM100.00/lot
9. Tukar Nama RM40.00/lot
10. Akuan Berkanun Tukar Nama (KTN 380) RM100.00/lot
11. Kaveat RM100.00/lot
12. Tarik Balik Kaveat RM100.00/lot
13. Memotong Kaveat RM50.00/lot
14. Surat Kuasa Wakil (P.A) RM100.00/lot
15. Filing Dokumen
Akuan Berkanun
Surat Kebenaran
Surat Pemegang Amanah
RM40.00/akuan
RM40.00/lot
RM60.00/lot
16. Carian Persendirian RM20.00/lot
17. Carian Rasmi RM50.00/lot
18. Tukar Alamat RM40.00/nama
Puan Zahiah binti Zulkifli dan Encik
Hasrizal bin Atan daripada Unit
Pembangunan Tanah dan Pelupusan
telah mendeklamasikan sajak pada
perhimpunan berkenaan. Penganjur
perhimpunan bulanan seterusnya bagi
bu l an J un 2012 i a l ah Un i t
Pembangunan Masyarakat.
Perhimpunan Bulanan Bersama
Pegawai Daerah Alor Gajah telah
diadakan pada 22 Mei 2012 di
Dataran PDTAG. Perhimpunan bagi
bulan tersebut telah dianjurkan oleh
Unit Pembangunan Tanah dan Pelu-
pusan. YBhg. Datuk Hj. Idrus bin Md
Jani, Pegawai Daerah Alor Gajah telah
menyampaikan ucapan dan amanat
kepada warga kerja PDTAG dan
seterusnya membuat penyampaian
hadiah dan saguhati bagi ulang tahun
kelahiran, kakitangan yang menimang
cahaya mata, anak kakitangan yang
cemerlang dalam peperiksaan SPM,
kakitangan yang baru melangsungkan
p e rk ahw in an dan p emenan g
pertandingan dalaman 5s.
Perhimpunan Bulanan Bersama Pegawai Daerah,
Pejabat Daerah dan Tanah Alor Gajah Bulan Mei 2012
Gambar
Warga Kerja PDTAG berbaris
semasa Perhimpunan Bulanan
Pasukan Koir PDTAG
bagi setiap lot dan setelah permohonan diluluskan, bayaran kelulusan akan
dikenakan antara RM50.00 hingga RM248.00 bergantung kepada keluasan
yang diluluskan oleh Pihak Berkuasa Negeri. Tempoh kelulusan adalah
selama tiga (3) tahun dan lesen perlu diperbaharui selewat-lewatnya pada
31 Disember setiap tahun.
Tatacara Permohonan Lesen Pendudukan Sementara (LPS)
Permohonan Tanah Kerajaan secara Lesen Pendudukan
Sementara (LPS) di bawah Seksyen 65 Kanun Tanah Negara,
1965 boleh dipohon di PDTAG dengan mengisi borang
permohonan serta menyertakan bersama salinan pelan
lokasi, salinan Borang 24, Borang 49 dan Memorandam and
Articles of Association bagi syarikat jika permohonan dibuat
atas nama syarikat. Bayaran permohonan adalah RM50.00
SEKITAR PROGRAM DAN AKTIVITI ANJURAN PDTAG
Lawatan Kerja 5s daripada Jabatan Ukur
dan Pemetaan (JUPEM) Melaka pada
14 Jun 2012 dan Pejabat Daerah
Kemaman, Terengganu pada 25 Jun 2012.
Mesyuarat Focus Group Daerah Alor
Gajah Bil. 4/2012 di DUN Taboh Naning
pada 22 Mei 2012. Turut telah melawat ke
tapak perusahaan kambing di DUN
berkenaan.
Program Jelajah Janji Ditepati (JJD) dengan
kerjasama Media Prima Berhad telah diadakan
di DUN Lendu, Masjid Tanah pada 21 Jun
2012. Program yang dijalankan ialah gotong-
royong membaikpulih rumah dan penyampaian
sumbangan.
Program Pemimpin Turun Padang oleh YAB Ketua Menteri Melaka di DUN Tanjung Bidara
pada 12 Jun 2012, DUN Gadek dan DUN Rembia pada 15 Jun 2012 dan DUN Machap
pada 20 Jun 2012.
Lawatan Panel Penilai Pertandingan
Aungerah Inovasi Ketua Menteri (AIKM) ke
PDTAG pada 26 Jun 2012. Tujuan lawatan
ialah untuk menilai inovasi yang dipraktikkan
di PDTAG.
Solat Jumaat bersama TYT Yang di-Pertua
Negeri Melaka di Masjid Hutan Percha
pada 4 Mei 2012, di Masjid Durian Tunggal
pada 18 Mei 2012 dan di Masjid UTeM
pada 22 Jun 2012.
PDTAG telah mengadakan lawatan ke
Klinik Cure & Care (CNC), Tampin pada
10 Mei 2012. Tujuan lawatan ialah untuk
meninjau perjalanan klinik berkenaan.
Lawatan telah diketuai oleh Pegawai
Daerah Alor Gajah.
M U K A S U R A T 3 B U L E T I N P D T A G
MAJLIS ‘AG NITE’ KETUA-KETUA
JABATAN DAERAH ALOR GAJAH
PDTAG telah menganjurkan Majlis ‘AG Nite’ Ketua-
ketua Jabatan Daerah Alor Gajah pada 1 Jun 2012 di
Tanjung Bidara Beach Resort. Hampir 200 orang
warga kerja jabatan / agensi di Daerah Alor Gajah
telah menyertai majlis tersebut seperti MPAG, JKR,
KEMAS, PDRM dan lain-lain. Antara acara yang telah
diatur adalah seperti jamuan makan malam, cabutan
bertuah dan persembahan daripada jabatan / agensi.
M U K A S U R A T 2 B U L E T I N P D T A G
Program ‘Sentuhan Adat Membawa
Berkat’ Sempena Sambutan Melaka 750
Tahun anjuran bersama Pejabat Daerah
dan Tanah Alor Gajah dan Majlis
Perbandaran Alor Gajah telah diadakan
pada 5 Mei 2012 (Sabtu) jam 8.00 malam
di Dataran Keris, Alor Gajah.
Program ini merupakan satu program yang
menyatukan adat-adat lama Melayu dan
masyarakat Daerah Alor Gajah serta
bertujuan meraikan anak-anak dan
keluarga KIR Miskin. Program ini turut
diceriakan dengan pertandingan membuat
bunga telur tradisional paling kreatif,
pertandingan memasak dan mewarna
untuk kanak-kanak dari kalangan KIR
Miskin. Kemuncak program ini adalah pada
sebelah malam apabila YB Datuk Wira Hj.
Othman bin Muhamad, Speaker Dewan
Undangan Negeri Melaka bersama-sama
YBhg. Tuan Pegawai Daerah, Yang
Dipertua Majlis Perbadaran Alor Gajah
dan Ketua-Ketua Jabatan diarak daripada
MPAG ke Dataran Keris Alor Gajah
dengan menaiki beca berhias dan
seterusnya menyempurnakan acara
memotong jambul anak-anak KIR Miskin
daripada 9 DUN di Daerah Alor Gajah
serta acara makan beradat secara bersila.
Program ‘Sentuhan Adat Membawa Berkat’
Sempena Sambutan Melaka 750 Tahun
Antara tetamu kenamaan yang menghadiri majlis
Mini Hari Keluarga PDTAG
Kelab Sukan dan Kebajikan PDTAG telah menganjurkan Program Mini Hari
Keluarga PDTAG pada 16 Jun 2012 di Teratak Rehat Atie Ira Calet D’
Pantai, Pengkalan Balak. Program yang dianjurkan ini adalah bertujuan untuk
merapatkan hubungan silaturahim antara pegawai dan kakitangan PDTAG.
Selain itu, warga kerja PDTAG diberi peluang untuk bersama keluarga di
samping merehatkan fizikal setelah penat bekerja seharian. Pelbagai program
telah diadakan antaranya acara sukaneka yang melibatkan penyertaan kanak-
kanak dan orang dewasa. Hampir 170 orang warga kerja PDTAG bersama
ahli keluarga telah menyertai program tersebut. YBhg. Datuk Hj. Idrus bin
Md Jani, Pegawai Daerah Alor Gajah turut telah melapangkan masa menyer-
tai program berkenaan.
Daerah Alor Gajah turut memperingatkan
semula peranan dan tanggungjawab JKKK.
Majlis diakhiri dengan sesi dialog antara
JKKK dan jabatan / agensi lain yang turut
dijemput pada majlis tersebut
PDTAG telah menyelaras Perjumpaan
Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamtan
Kampung (JKKK) Daerah Alor Gajah ber-
sama Pegawai Daerah Alor Gajah pada
30 Mei 2012 di Dewan Japerun Kuala
Linggi. Perjumpaan yang melibatkan
Pengerusi dan Setiausaha JKKK ini
bertujuan untuk mengeratkan interaksi
antara Jabatan Kerajaan dan jawatankuasa
di peringkat kampung. Dalam ucapan
YBhg. Datuk Hj. Idrus bin Md Jani, Pegawai
Perjumpaan JKKK Bersama Pegawai Daerah
Pegawai Daerah Alor Gajah menyampaikan hadiah
cabutan bertuah kepada pemenang
Antara acara sukaneka
yang telah diadakan
semasa Mini Hari
Keluarga PDTAG
Antara jabatan / agensi yang hadir ke
Perjumpaan JKKK Bersama
Pegawai Daerah
Bengkel Kumpulan Inovasi dan Kreatif
telah diadakan pada 7-8 Jun 2012 di Bilik
Mesyuarat Dol Said. En Mohd Rashid Bin
Kanchil daripada IDEAS Training And
Consultancy telah menyampaikan taklimat
kepada wakil daripada setiap bahagian /
unit di PDTAG.