Cara Penubuhan Syarikat
Sesiapa yang ingin mendaftarkan syarikat tempatan mestilah memajukan dokumen-
dokumen yang diperlukan berserta bayaran kepada Suruhanjaya.
Syarikat hendaklah mempunyai:
sekurang-kurangnya dua pengarah (pengarah dan pengasas boleh terdiri
daripada orang yang sama); dan
seorang setiausaha syarikat yang terdiri daripada ahli badan profesional yang
telah ditetapkan oleh Menteri atau yang telah dilesenkan oleh Pendaftar
Syarikat.
Pengarah-pengarah dan setiausaha syarikat mestilah mempunyai tempat
bermastautin utama atau tempat tinggal hanya di Malaysia.
Tatacara Penubuhan
Sebelum mencadangkan nama untuk menubuhkan syarikat, carian nama hendaklah
dibuat untuk menentukan sama ada nama yang dipilih boleh digunakan untuk
mendaftarkan syarikat berkenaan. Caranya:-
Lengkapkan Borang 13A
Bayar RM30 untuk setiap nama yang dipohon. Jika diluluskan, nama itu akan
disimpan selama tiga bulan dari tarikh kelulusan
Dalam tempoh tiga bulan, majukan dokumen-dokumen yang dinyatakan di
bawah:
a) Memorandum dan Perkara-perkara Persatuan (Artikel)
i) Salinan asal disetemkan sebanyak RM100 pada Memorandum dan RM100 lagi
pada Artikel Persatuan di mana-mana pejabat setem.
ii) Pengarah dan setiausaha syarikat pertama hendaklah dinamakan dalam
Memorandum atau Artikel Persatuan.
iii) Memorandum dan Artikel Persatuan hendaklah ditandatangani oleh dua orang
atau lebih pengasas syarikat di hadapan seorang saksi.
Sesebuah syarikat yang mempunyai modal syer boleh diperbadankan sebagai
syarikat sendirian jika Memorandum dan Artikel Persatuan
menghadkan hak untuk memindah milik syer;
menghadkan tidak lebih daripada lima puluh bilangan ahli-ahlinya;
melarang apa-apa pelawaan kepada awam untuk memohon beli apa-apa
syer atau debentur syarikat; dan
iv) melarang apa-apa pelawaan kepada awam supaya mendeposit wang dengan
syarikat untuk tempoh yang ditetapkan.
b) Borang 48A – Akuan Berkanun sebelum dilantik menjadi pengarah atau pengasas
syarikat. Akuan berkanun ini adalah sebagai perakuan bersumpah oleh setiap
pengarah atau pengasas bahawa dirinya bukanlah seorang bankrap; dan dirinya
tidak pernah disabitkan kesalahan dan dijatuhkan hukuman oleh Mahkamah.
Perakuan ini hendaklah ditandatangani di hadapan orang-orang yang diberi kuasa
seperti berikut:
Pesuruhjaya Sumpah;
Yang Di Pertuan Mahkamah Majistret; atau
Mereka yang diberi kuasa di bawah Akta Perakuan Berkanun 1960 (Statutory
Declaration Act 1960)
c)Borang 6 – Akuan Pematuhan. Akuan Pematuhan ini menyatakan segala
peruntukan di bawah Akta Syarikat 1965 telah dipatuhi. Akuan ini mesti
ditandatangani oleh setiausaha syarikat yang dinamakan dalam Memorandum atau
Artikel Persatuan yang bertanggungjawab ke atas pendaftarannya.
d) Borang 13A yang asal
e) Salinan surat kelulusan nama syarikat
f) Salinan kad pengenalan pengarah dan setiausaha syarikat.
Perakuan Pemerbadanan
Apabila dokumen-dokumen di atas telah dimajukan dan didapati sempurna untuk
didaftarkan, sijil Perakuan Pemerbadanan Syarikat seperti di bawah dikeluarkan:
Borang 8 – Sijil pemerbadanan untuk syarikat awam
Borang 9 – Sijil pemerbadanan untuk syarikat sendirian
Setiap perniagaan yang dijalankan perlu didaftarkan dengan Suruhanjaya.
Tatacara Pendaftaran
Berikut adalah tatacara untuk pendaftaran perniagaan:
a. Terlebih dahulu dapatkan kelulusan nama perniagaan yang dicadangkan daripada
Suruhanjaya.
b. Lengkapkan Borang A (Pendaftaran Perniagaan) dan kembalikan dalam tempoh
21 hari dari tarikh kelulusan nama perniagaan. Isi maklumat berikut dalam Borang A:
Maklumat mengenai pemohon
Tarikh perniagaan bermula
Cawangan perniagaan
Jenis perniagaan
c. Setiap pemilik mesti menandatangani Borang A yang lengkap di hadapan pegawai
pengesahan yang disebut dalam borang.
Panduan Am
Berikut adalah panduan am untuk pendaftaran perniagaan:
a. Warganegara dan penduduk tetap berumur 18 tahun ke atas boleh mendaftar
perniagaan.
b. Daftarkan perniagaan dalam tempoh 30 hari dari tarikh perniagaan dimulakan.
c. Perniagaan yang didaftar tidak menyalahi undang-undang.
d. Kemukakan kelulusan khusus seperti permit, lesen, surat kebenaran atau
sokongan apabila mendaftar perniagaan yang memerlukan persetujuan khas atau
kebenaran.