1.0 Pendahuluan
Di Malaysia, guru atau pendidik merupakan penjawat awam
yang terpenting dalam bidang pendidikan. Perkhidmatan seseorang
guru amat penting bagi merealisasikan aspirasi negara. Guru
memiliki ciri-ciri istimewa sama ada terbina secara semulajadi atau
dilatih.
Cabaran abad ke dua puluh satu ini memerlukan guru-guru
atau para pendidik memperlengkapkan diri dengan cabaran baru
yang sedang dihadapi oleh pelajar yang amat rencam dan kompleks.
Para guru perlu lebih memiliki ketrampilan diri sebagai
pendidik sempurna dengan memiliki pelbagai ilmu tradisional dan
moden, kefahaman dasar dan aspirasi negara dengan jelas dan
mantap, bersahsiah tinggi, beretika cemerlang, pelbagai kemahiran
pengajaran dan pembelajaran dan kaedah pengurusan terkini.
Guru hari ini perlu bergerak pantas sepantas
perkembangan dan
kehendak dunia masa kini terutama di bidang pendidikan selaras
perkembangan zaman sains dan teknologi, zaman komputer, zaman
ledakan ilmu teknologi maklumat, zaman langit terbuka dan
sebagainya.
Namun begitu aspek asas yang terpenting ialah guru-
guru perlu
memiliki, memahami, menghayati dan mengamalkan nilai, norma
dan etika perkhidmatan yang cemerlang. Guru yang mengamalkan
etika perkhidmatan cemerlang sudah pasti menjamin organisasi
1
sekolah dan negara mencapai hasrat Falsafah Pendidikan
Kebangsaan dan Wawasan 2020.
2.0 Falsafah Pendidikan Kebangsaan
Matlamat pendidikan di Malaysia amat jelas melalui Falsafah
Pendidikan Kebangsaan yang menyatakan:
…suatu usaha berterusan ke arah lebih memperkembangkan
potensi
individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan
yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan
jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan.
Usaha ini adalah bertujuan untuk melahirkan warganegara Malaysia
yang berilmu
pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia bertanggungjawab
dan berkeupayaan mencapi kesejahteraan diri serta memberikan
sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga,
masyarakat dan negara.
Manakala misi Kementerian Pelajaran Malaysia pula berhasrat
Membangunkan sistem pendidikan yang berkualiti bertaraf dunia
bagi memperkembangkan potensi individu sepenuhnya dan
mematuhi aspirasi Negara Malaysia.
Sesungguhnya Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang
diwujudkan di Malaysia merupakan sesuatu yang perlu dan penting
2
untuk mencerminkan dan memperjuangkan cita-cita dan keunggulan
Negara (Md Fiah, 2004).
Falsafah tersebut menjadi teras dan dasar kepada semua
penggubalan program dan aktiviti yang dipikul di bahu para guru di
sekolah untuk menjamin jenis insan yang akan dilahirkan melalui
sistem pendidikan negara.
3.0 Nilai dan Etika Perkhidmatan Awam
Menurut Kamus Dewan Edisi Tiga;
Nilai bermaksud darjat, kualiti, mutu, taraf atau sifat
ketinggian dalam
pemikiran, agama, kemasyarakatan dan lain-lain.
Norma bermaksud ukuran untuk menentukan sesuatu atau
peraturan
atau ketentuan yang telah menjadi kebiasaan yang dijangka
akan
dipatuhi oleh setiap anggota masyarakat.
Adab bermaksud tingkah laku serta tutur kata yang halus
(sopan),
berbudi bahasa , budi pekerti yang halus dan kesopanan.
Etika bermaksud prinsip moral atau akhlak atau nilai-nilai
akhlak yang
menjadi pegangan seseorang individu atau sesuatu kumpulan,
persatuan atau pekerjaan dan lain-lain .
3
Nilai dan Etika Kerja Perkhidmatan Awam di Malaysia ialah
dasar kerajaan yang memberi panduan tingkah laku kepada
penjawat awam berlandaskan nilai-nilai akhlak yang mulia untuk
mencapai matlamat sebuah negara yang bertamadun, bermaruah
dan berakhlak. Kefahaman dan penghayatan nilai dan etika ini akan
mengubah pemikiran, tindakan dan tingkah laku anggota
perkhidmatan awam agar bertanggung jawab dan amanah,
membuat sumbangan kepada pembangunan tamadun dan
merealisasikan standard mutlak bagi mendorong anggota
perkhidmatan awam berkhidmat dengan ikhlas dan berkesan.
4.0 Tonggak Dua Belas
4.1 Latar belakang Tonggak Dua Belas
Tonggak Dua Belas lahir sebagai inovasi pelancaran Nilai
dan Etika Dalam Perkhidmatan Awam pada 16 Ogos 1991
dirasmikan oleh Tan Sri Dato’ Seri Ahmad Sarji Bin Abdul
Hamid, Ketua Setiausaha Negara di Seminar Nilai dan Etika
Perkhidmatan Awam di Hotel Pan Pasific, Kuala Lumpur.
Tonggak Dua Belas merangkumi dua belas nilai murni teras
dalam Etika Perkhidmatan Awam.
4.2 Nilai Murni dalam Tonggak Dua Belas
4.2.1 Menghargai Masa (The Value of Time)
4.2.2 Ketekunan Membawa Kejayaan (The Success of
4
Perseverance)
4.2.3 Keseronokan Bekerja (The Pleasure of Working)
4.2.4 Kemuliaan Kesederhanaan (The Dignity of
Simplicity)
4.2.5 Ketinggian Peribadi (The Worth of Character)
4.2.6 Kekuatan Sifat Baik Hati (The Power of Kindness)
4.2.7 Pengaruh Teladan (The Influence 0f Examples)
4.2.8 Kewajipan Menjalankan Tugas (The Obligation of
Duty)
4.2.9 Kebijaksanaan Berhemat (The Wisdom of
Economy)
4.2.10 Keutamaan Kesabaran (The Virtue of Patience)
4.2.11 Peningkatan Bakat (The Improvement of Talent)
4.2.12 Nikmat Mencipta (The Joy of Originating)
5.0Kepentingan Tonggak Dua Belas
Menurut Kamus Dewan Edisi Ketiga;
“Tonggak membawa maksud asas, dasar, panduan
dan pokok kepercayaan“
Ini bermakna tonggak merupakan unsur, elemen atau ciri
dalaman terpenting untuk menguat atau mengukuhkan sesuatu
bangunan atau binaan. Dalam erti perkhidmatan, tonggak
merupakan kekuatan dalaman yang meliputi nilai dan amalan positif
5
bagi menggerakkan individu, pasukan atau organisasi untuk
mencapai sesuatu hasrat dan tindakan.
5.1 Tonggak Dua Belas yang menjadi teras dalam Nilai dan
Etika Perkhidmatan Awam di Malaysia oleh semua penjawat
awam di Malaysia mampu menggerakkan secara dalaman dan
luaran tindakan individu, pasukan atau organisasi bagi
mengwujudkan perkhidmatan awam yang cekap, berdedikasi,
produktif dan berkualiti. Amalan-amalan murni dalam Tonggak
Dua Belas menjadi pendorong dalaman dan benteng
pertahanan yang kuat bagi membina peribadi mulia dan terpuji
dan seterusnya berupaya mempengaruhi pembentukan dan
perkembangan sesebuah organisasi.
5.2 Menerusi nilai Menghargai Masa, penjawat awam
menyedari kepentingan masa dalam segala urusan
perkhidmatan. Jika cekap mengurus masa maka cekaplah
sesuatu perkhidmatan. Penjawat awam perlu sentiasa
menepati masa, berperancangan, menyegerakan tugas,
kreatif, produktif dan berkualiti. Amalan menghargai masa ini
juga dapat membasmi sikap suka membuang masa, kurang
perancangan, suka bertangguh, tidak siap kerja dan memberi
hasil yang tidak berkualiti.
5.3 Nilai Ketekunan Membawa Kejayaan pula berupaya
membina tumpuan atau fokus kerja yang berganda ke tahap
kejayaan dan kesempurnaan dalam perkhidmatan. Penerapan
nilai usaha, gigih, sabar, tabah, berdisiplin, berdedikasi,
6
bersemangat waja, cekal dan sebagainya merupakan ramuan
terpenting bagi meletakkan pencapaian organisasi ke tahap
yang terbaik. Amalan Ketekunan Membawa Kejayaan akan
melenyapkan budaya bertangguh, cepat bosan, sentiasa ingin
bertukar kerja, pasif, membazir dan berpandangan negatif
dalam kalangan penjawat awam.
5.4 Kerja sebagai ibadah. Inilah yang diharapkan menerusi
nilai Keseronokan Bekerja dalam Tonggak Dua Belas. Amalan
positif nilai ini akan melahirkan penjawat awam yang
berdedikasi, ikhlas dan bertanggungjawab. Mereka bangga
dengan kerja berpasukan. Mereka menerima kejayaan dan
kegagalan secara bersama. Mereka mempunyai komitmen
tinggi, semangat berpasukan, mesra dan mementingkan
organisasi daripada kepentingan peribadi. Budaya seronok di
tempat kerja akan mencetuskan idea yang kreatif dan inovatif
dalam kalangan pemimpin organisasi untuk merancang,
mengurus dan melaksanakan iklim yang kondusif di tempat
kerja.
5.5 Bersederhana dalam semua perkara merupakan
perbuatan terpuji. Begitulah nilai Kemuliaan Kesederhanaan
dalam Tonggak Dua Belas. Kesederhanaaan dalam penampilan
diri, pertuturan, pengurusan rumah tangga, pengurusan
tempat kerja, pergaulan dan sebagainya berupaya
menerapkan nilai budi pekerti mulia, jujur, disenangi,
merendah diri dan berhemah tinggi dalam kalangan penjawat
7
awam. Kesederhanaan dalam segala perkara akan
mengelakkan penjawat awam bersikap sombong, membazir,
tidak amanah, cuai dan sebagainya.
5.6 Negara memerlukan penjawat awam yang beradab dan
berbudi pekerti tinggi. Nilai Ketinggian Peribadi dalam Tonggak
Dua Belas menuntut individu antara lain memiliki keperibadian
yang mulia, luhur lagi terpuji dalam menguruskan
perkhidmatan. Keperibadian tinggi terserlah menerusi watak,
sikap, perilaku dan gaya. Penjawat awam yang memiliki
Ketinggian Peribadi akan membawa organisasinya kepada
mesra pelanggan, peningkatan motivasi berkerja dan
peningkatan mutu kerja.
5.7 Sifat baik hati merupakan sifat terpuji dan disukai ramai.
Nilai Kekuatan Sifat Baik Hati dalam Tonggak Dua Belas
menjamin penjawat awam bukan sahaja memiliki peribadi
terpuji malah mengawal sifat mementingkan diri sendiri. Sifat
ini mendorong individu menjalankan kewajipan dengan lebih
adil, saksama, waras, wajar dan bertimbang rasa. Menjadikan
nilai ini sebagai amalan dalam perkhidmatan awam akan
mengwujudkan budaya saling menghormati, menerima kritikan
membina, amanah dan berjiwa murni.
5.8 Setiap dari kita adalah pemimpin. Pemimpin mesti
memberi contoh atau teladan yang terpuji. Teladan yang baik
akan mempengaruhi orang yang dipimpin. Begitulah hasrat
nilai Pengaruh Teladan dalam Tonggak Dua Belas. Kejayaan
8
organisasi dipimpin oleh pemimpin yang mempunyai pengaruh
yang hebat. Pemimpin bukan sahaja mencorakkan
organisasinya malah berganding bahu bersama orang yang
dipimpin menerusi ilmu, kemahiran dan pengalaman
pemimpin. Aspek ini lebih berkesan jika seseorang pemimpin
dapat memimpin menerusi teladan yang baik. Penjawat awam
yang memiliki nilai ini akan sentiasa menjauhi nilai negatif
seperti hasad dengki, adu domba, mencipta alasan, lupa
budaya, pendek akal dan mementingkan emosi.
5.9 Menjalankan tugas merupakan amanah dan kewajipan
yang mesti dilakukan sebaik dan sesempurna mungkin oleh
penjawat awam. Nilai ini adalah Kewajipan Menjalankan Tugas
dalam Tonggak Dua Belas. Menjiwai nilai ini dalam kalangan
penjawat awam akan membina gaya kerja yang lebih cekap,
cepat, berkesanan dan sempurna. Penjawat awam akan
sentiasa menambah ilmu dan kemahiran bagi
mempertingkatkan mutu kerja masing-masing. Amalan
menjiwai nilai Kewajipan Menjalankan Tugas juga berupaya
mengelak penjawat awam bekerja sambil lewa, malas, ingkar
perintah, menyalahgunakan harta kerajaan, boros dan
menunggu kerja .
5.10 Tabiat berhemat juga merupakan amalan mulia.
Berhemat lawannya boros. Orang yang boros selalu rugi dan
susah dalam kehidupan. Inilah yang disemai melalui nilai
Kebijaksanaan Berhemat dalam Tonggak Dua Belas. Nilai ini
9
membawa mesej berhemat dari segi kewangan, masa, bahan
komunikasi, bekalan utiliti dan sebagainya. Pengamalan nilai
ini merupakan tindakan bijaksana bagi semua penjawat awam
dalam memajukan kerjaya dan matlamat organisasi.
Oleh itu nilai tersebut meyakinkan bahawa sifat boros,
bermewah, berbelanja tanpa kawalan, bakhil, kurang peka,
kurang maklumat dan sebagainya merupakan amalan negatif
yang menghalang kecemerlangan kerjaya dan organisasi.
5.11 Sabda Rasulullah (s.a.w) bermaksud “ Sabar itu salah satu
dari cabang iman “ .
Sabar itu sifat terpuji yang tinggi kedudukannya.
Menerusi nilai Keutamaan Kesabaran dalam Tonggak Dua
Belas dapat menjamin keupayaan yang tinggi di kalangan
penjawat awam agar sentiasa tabah, bersemangat, cekal,
berpandangan jauh, tenang, lapang dada, dan menerima
takdir dalam urusan menjalankan kewajipan. Kehebatan nilai
ini juga mengelak penjawat awam dari cepat berputus asa,
mengalah, menyalahkan orang lain, lemah daya tahan dan
berpandangan sempit.
5.12 Bakat merupakan anugerah Tuhan yang perlu digilap dan
dipertingkatkan dari masa ke semasa. Bakat mendorong
kepada penciptaan, inovasi dan penyelesaian masalah. Pekerja
yang berbakat menjadi aset penting dalam sesebuah
organisasi. Inilah yang dipentingkan oleh Nilai Peningkatan
Bakat dalam Tonggak Dua Belas. Organisasi yang sentiasa
10
berjaya selalu memberi tumpuan kepada pemikiran baru, cara
baru, watak baru dan kerja berbudaya.
5.13 Sudah menjadi lumrah bahawa manusia akan berasa
puas jika segala usaha yang dicurahkan mendatangkan
kejayaan. Apatah lagi usaha itu diperolehi melalui hasil cipta
atau hasil reka sendiri. Oleh itu nilai Nikmat Mencipta dalam
Tonggak Dua Belas memberi ruang kepada penjawat awam
berkarya dan berinovasi mencabar keintelektualan dalam
mencetus idea dan kaedah baru dalam kerjaya. Nikmat
mencipta ini bukan sahaja memberi impak kepada pereka
tetapi juga memberi kepuasan kepada pengguna atau
pelanggan. Nilai ini juga akan mengikis sifat cepat berpuas
hati, tidak suka pembaharuan, takut kepada perubahan dan
sebagainya.
6.0 Pengamalan Tonggak Dua Belas di Sekolah
Memandangkan tugasan yang di beri kepada penulis untuk
memilih lima nilai dalam Tonggak Dua Belas, maka penulis memilih
lima nilai yang dikenalpasti.
Penulis merupakan seorang Pengetua di sekolah menengah
luar bandar yang terletak di kawasan FELDA. Sekolah ini di buka
pada 1 Januari 2003. Ketika ini sekolah mempunyai kelayakan guru
seramai 44 orang, 24 bilik kelas dan bilangan murid sekitar 730
orang dari tingkatan 1 hingga tingkatan 5.
11
Penulis memilih lima nilai dalam Tonggak Dua Belas untuk
penghuraian bagaimana nilai ini diamalkan di sekolah ini. Nilai–nilai
tersebut ialah:-
a. Menghargai Masa
b. Ketekunan Membawa Kejayaan
c. Keseronokan Bekerja
d. Pengaruh Teladan
e. Kewajipan Menjalankan tugas
6.1 Menghargai Masa
6.1.1Menepati Masa
Budaya dan amalan menepati masa adalah budaya
mulia. Masa itu lebih berharga dari emas. Guru-guru
diterapkan budaya menepati masa melalui pengurusan
berikut: -
a. Menepati masa persekolahan sekolah. Waktu
persekolahan bermula jam 7.30 pagi hingga jam 2.00
petang. Guru dan murid dikehendaki datang awal ke
sekolah dan mula diurus dengan mencatat kehadiran
mereka.
b. Sekolah dipasang dengan siren. Bunyi siren
menandakan waktu pembelajaran bermula, berakhir
atau pertukaran mata pelajaran seperti yang terdapat
dalam jadual waktu persekolahan. Guru mengamalkan
12
budaya menepati masa apabila masuk dan keluar pada
waktu sesi pengajaran dan pembelajaran.
c. Budaya menepati masa juga meliputi aktiviti
lain seperti aktiviti kelas tambahan, aktiviti kokurikulum
dan aktiviti bina insan. Kakitangan sekolah juga
mengamalkan aktiviti menepati masa dalam menyiapkan
tugasan untuk sekolah, PPD, JPN, KPM dan organisasi
lain. Guru diterapkan budaya “sense of emergency” dan
“sense of urgency”. Sebagai langkah kawalan senarai
semak tugasan yang melibatkan keakuran menepati
masa disediakan seperti Buku Surat Masuk, Buku Surat
Kkeluar, Papan Kenyataan Pergerakan Guru dan
sebagainya.
d. Sebagai membina watak sekolah, guru–guru
dan kakitangan sekolah dinasihati agar menepati masa
semasa menghadiri mesyuarat, kursus, bengkel dan
sebagainya yang dianjurkan oleh mana-mana pihak.
Nasihat ini bertujuan agar warga sekolah ini
berketrampilan dalam menepati masa dan membina sifat
terpuji sebagai penjawat awam yang baik.
6.1.2 Merancang Pengurusan Masa
Sesi persekolahan setahun mengambil masa tidak
kurang dari 205 hari. Masa yang diberi amat singkat
untuk menguruskan perancangan kerja tahunan. Masa
yang diberi harus diurus dengan baik agar sasaran kerja
13
tahunan dan sasaran kerja tambahan dapat dicapai.
Langkah berikut diambil agar warga sekolah berjaya
mengamalkan budaya merancang pengurusan masa
iaitu :
a. Merancang takwim tahunan sekolah pada
awal tahun. Takwim tersebut meliputi takwim kurikulum,
takwim kokurikulum, takwim peperiksaan dalaman dan
awam, takwim sukan dan permainan, takwim kewangan
dan audit, takwim bimbingan dan kaunseling, takwim
program PIBG dan NGO dan sebagainya.
b. Unit-unit kecil di sekolah juga dibimbing
untuk mengurus masa dengan bijak melalui pendekatan
“yang utama diutamakan dahulu“, memiliki senarai
semak, sentiasa peka kepada “target date“ dan
sebagainya. Sebagai contoh guru mata pelajaran perlu
melihat kapasiti huraian sukatan pelajaran, kebolehan
murid, jadual peperiksaan dan masa yang diperuntukkan
untuk menjamin hasil yang cemerlang pada hujung
tahun.
6.1.3Menyegerakan tugas
Hari ini banyak tugasan perlu disiapkan segera dan
mestilah berkualiti. Sekolah mengambil langkah berikut
agar budaya menyegerakan tugas berjaya diamalkan di
sekolah:
14
a. Menyediakan segala kemudahan asas
komunikasi dan alat bantu kerja yang secukupnya di
sekolah seperti komputer, telefon, mesin faks, internet.,
mesin pendua dan sebagainya sebagai kemudahan asas
untuk menyegerakan tugas.
b. Latihan dalaman juga dilakukan agar semua
warga sekolah mahir menggunakan segala kemudahan
yang disediakan untuk menyiap dan menyegerakan
tugasan.
c. Warga sekolah juga dinasihati menyimpan
segala rekod atau maklumat pengurusan dalam sistem
yang disediakan seperti Sistem Fail, Rekod Panitia, Data
EMIS, Data SSDM dan sebagainya agar masa yang
singkat diperlukan jika maklumat ini diperlukan semula,
ditambah dan untuk tindakan seterusnya.
6.2 Ketekunan Membawa Kejayaan
Ishak (2003) menegaskan pengetua sekolah ialah orang
yang terpenting kerana mereka merupakan ketua, pengurus
dan pemimpin. Mereka haruslah mempunyai keupayaan untuk
mempengaruhi guru-guru untuk melaksanakan tugas-tugas
sekolah secara suka rela. Kenyataan ini boleh direalisasikan
menerusi nilai Ketekunan Membawa Kejayaan dalam Tonggak
Dua Belas melalui pendekatan aktivit berikut di sekolah.
15
6.2.1Menjayakan visi, misi , prinsip dan target
sekolah.
a. Visi dan misi sekolah dibina bersama. Warga
sekolah bergerak bersama komuniti bagi merealisasikan
misi dan visi ini dengan tekun dan gigih.
b. Sekolah membina prinsip dan target agar
hasrat visi dan misi tercapai. Antaranya seperti prinsip
semua murid berpotensi lulus dalam peperiksaan, target
pencapaian 100%, peningkatan prestasi peperiksaan
setiap tahun, kekuatan kerja berpasukan, kehebatan
karisma dan sebagainya mencetus situasi mencabar
dalam kalangan warga sekolah yang menuntut amalan
gigih, tabah, berusaha kuat, dedikasi, sanggup
berkorban demi kejayaan sekolah.
c. Kejelasan dan penghayatan perkara di atas
juga menuntut warga sekolah menambah ilmu,
kemahiran dan perubahan sikap. Ketekunan warga
sekolah memulakan proses dengan pengumpulan segala
data, menyusun maklumat, membina ilmu dan
kebijaksanaan, mengatur strategi, melaksana program
dan melakukan penilaian menjadi proses penting untuk
mencapai visi, misi dan target sekolah.
6.2.2Membudayakan Pemuafakatan, Penglibatan
dan Kesepunyaan.
16
a. Ketekunan dan kegigihan melakukan sesuatu
kerja boleh membina pasukan kerja. Kehebatan
pencapaian sekolah terserlah jika memiliki pasukan
kerja yang tekun dan gigih. Permuafakatan bermakna
melakukan kerja secara bersama-sama. Penglibatan
bermaksud semua individu terlibat dan penting.
Kesepunyaan bermaksud segala yang berlaku adalah
milik bersama. Semua warga sekolah disemai budaya ini.
Warga sekolah begitu tekun dan bersemangat
melaksanakan sebarang aktiviti daripada aktiviti kecil
seperti menguruskan skuad bolasepak, sembahyang
Zohor berjemaah di surau sekolah, menubuhkan pasukan
pantun, hari keluarga, sukan tahunan sekolah,
mesyuarat agung PIBG hinggalah aktiviti besar seperti
program prestasi untuk PMR dan SPM, Dasar 60:40,
PPSMI, pengurusan hal ehwal murid, program bersama
PPD, JPN dan KPM.
6.2.3Mencetuskan semangat “Tiada Kejayaan
Tanpa Pengorbanan“
a. Guru-guru baru dibimbing bersama guru
lama dalam berkongsi segala pengalaman, kepakaran
dan komitmen kerja. Sebagai contoh guru-guru baru
dilantik sebagai pembantu kepada guru lama dalam
setiap program atau projek. Mereka bekerjasama untuk
mencapai target sekolah. Secara tidak langsung budaya
17
kerja ketekunan membawa kejayaan berjaya diterap
kepada guru baru.
b. Budaya “in house training” turut diamalkan
di sekolah. Melalui pendekatan ini penyebaran dan
perkongsian ilmu berlaku. Guru perlu kaya dengan
maklumat baru dan memiliki pelbagai kemahiran dalam
menangani masalah murid. Guru juga perlu memiliki
pelbagai pilihan proses untuk mencapai matlamat.
Melalui usaha ini diharap warga sekolah sentiasa
mempertingkatkan ilmu dan kemahiran serta berpeluang
menggunakan berbagai–bagai cara mengatasi masalah.
Sebagai contoh guru tidak boleh patah semangat andai
usaha untuk meningkatkan penguasaan Bahasa Inggeris
dalam kalangan murid belum berjaya. Guru perlu tekun
mencuba berbagai– bagai kaedah dan pendekatan untuk
memastikan matlamat tercapai. Ketekunan dan
kegigihan inilah yang menghasilkan mutu kerja
cemerlang selaras dengan hasrat pencapaian hari esok
adalah lebih baik daripada hari ini dan pencapaian hari
ini adalah lebih baik daripada hari semalam.
6.3 Keseronokan Bekerja
Menurut Ainon Mohd (2003) bagi menolong semangat
kerja yang lebih tinggi dan meningkatkan produktiviti pekerja,
pihak pengurusan hendaklah menjadikan kerja lebih
18
menyeronokkan mereka yang menjalankan kerja-kerja itu.
Antara berikut beberapa contoh aktiviti yang diambil oleh
pihak sekolah untuk menerapkan amalan Keseronokan Bekerja.
6.3.1Mengganggap Kerja Sebagai Ibadah
a. Warga sekolah disemai kesedaran dan
kefahaman menganggap kerja sebagai ibadah.
Permulaan kerja mereka dimulakan dengan niat. Niat itu
adalah target (Hj Sobirin, 2002). Nilai diterap melalui
perjumpaan guru, mesyuarat, pembengkelan dan
majlis–majlis ilmu. Budaya membaca doa, bacaan Asma
Al Husna, bacaan Al Quran, sembahyang hajat,
sembahyang berjemaah, majlis membaca Yassin dan
majlis-majlis kesyukuran yang diadakan di sekolah
antara lain bertujuan tidak memisahkan kerja dengan
ibadah. Warga sekolah menyedari bahawa mereka pasti
berusaha bersungguh-sungguh dan mereka redha
dengan ketentuan Tuhan.
6.3.2Mengwujudkan budaya berilmu dan berfikir
a. Warga sekolah digalakkan meneroka ilmu
pendidikan terkini melalui pembacaan, seminar,
menghadiri kursus dan “in house training”. Sekolah
membeli buku–buku pendidikan, menyebar luas naskah-
naskah pendidikan, menghantar guru berkursus
19
mengikut agihan tugas dan mengadakan “in house
training” pada hari Sabtu.
b. Menggalakkan perkongsian ilmu, kemahiran
dan pengalaman dalam aktiviti panitia melalui
perbincangan, mesyuarat dan kajian kes.
c. Menggalakkan guru-guru meyumbang idea
dan kepakaran melalui penulisan kertas kerja, laporan
aktiviti, perkongsian pintar dan lain-lain.
6.3.3Mengwujudkan iklim kondusif
a. Membina kawasan sekolah yang kondusif
seperti selamat, bersih dan ceria.
b. Mengwujudkan komunikasi yang berkesan
seperti penyebaran maklumat dengan cepat, jelas dan
mudah difahami. Berlaku perkongsian maklumat dan
penyegeraan kepada tindak balas kepada maklumat.
6.3.4 Menyediakan kemudahan asas dan kebajikan
a. Meningkatkan kemudahan asas sekolah
seperi padang permainan, aktiviti sukan dan permainan,
bilik komputer, bilik guru dan kantin sekolah.
b. Kebajikan warga sekolah diberi perhatian
seperti rumah guru dan peningkatan kerjaya guru.
6.3.5 Menjadikan kerja sebagai cabaran
a. Memberi peluang dan kebebasan kepada
guru untuk membuktikan kebolehan seperti guru baru
20
mengajar di kelas peperiksaan, jurulatih baru olahraga,
setiausaha PIBG dan sebagainya.
b. Meningkatkan taraf profesionalisme guru-
guru dengan penggunaan maklumat yang berinovasi
seperti analisis data, borang potensi pencapaian murid,
Folio A, Folio B, Target, Nilai Mula, Program Utama,
Program Sokongan, Program Sampingan, Gred Purata,
Pensijilan Terbuka dan sebagainya.
6.3.6Menjadikan “Sekolah Ku Rumah Ku“
a. Mengadakan Hari Keluarga, Sambutan Hari
Raya, Majlis Korban, Majlis Perpisahan dan sebagainya di
sekolah.
b. Mengadakan persatuan guru seperti Kelab
Guru dan Kakitangan Sekolah untuk aktiviti sosial,
agama dan kebajikan.
c. Sekolah bersedia menjadi penganjur
program PPD, JPN, NGO dan sebagainya sebagai usaha
promosi sekolah dan membina watak sekolah.
d. Mengwujudkan hubungan yang akrab antara
ibu bapa dengan komuniti yang lain.
6.4 Pengaruh Teladan
6.4.1Menerapkan Kepimpinan Melalui Teladan
a. Pengetua dan Guru Penolong Kanan sebagai
pemimpin sekolah menjadi contoh dan teladan kepada
21
warga sekolah. Pemimpin sekolah sebagai model
penjawat awam yang baik dengan mengamalkan nilai-
nilai murni, berpegang teguh kepada agama, berakhlak,
beretika dan mendukung dasar-dasar negara. Sebagai
contoh pemimpin sekolah sentiasa menepati masa,
pembersih, mementingkan perpaduan, mengutamakan
pelanggan dan mementingkan keselamatan.
b. Pemimpin sekolah mengamalkan amalan-
amalan murni seperti yang tercatat dalam Nilai dan Etika
Perkhidmatan Awam dan Tonggak Dua Belas dan
berusaha menerapkannya dalam kalangan warga
sekolah.
c. Pemimpin sekolah sentiasa bersungguh-
sungguh mencapai visi dan misi sekolah. Usaha ini
menggambarkan pihak sekolah bercita-cita besar untuk
menjadi sekolah cemerlang. Semua jentera sekolah
digerakkan menuju visi dan misi sekolah. Warga sekolah
disemai kecenderungan meningkatkan standard prestasi
yang tinggi. Hasrat ini bertujuan melahirkan warga
sekolah berprestasi tinggi, berinspirasi dan berkualiti.
Mereka merupakan pemimpin masa depan.
d. Pemimpin sekolah sentiasa menyokong dan
turun padang bersama warga sekolah yang lain dalam
melaksanakan sebarang aktiviti seperti latihan sukan,
22
perkhemahan unit pakaian seragam, projek keceriaan
sekolah dan sebagainya.
6.4.2Menerapkan Kepimpinan Instruksional
Ishak (2003) menekankan kepimpinan intruksional
ialah memberi penekanan kepada keberkesanan proses
pengajaran dan pembelajaran.
Shimniok dan Schmoker (1992) mengatakan
kepimpinan instruksional masih dan tetap penting dalam
organisasi sekolah kerana “core busines“ sekolah ialah
pengajaran dan pembelajaran. Sehubungan itu
pemimpin sekolah bertindak memberi contoh dan
teladan kepada sekolah melalui kepimpinan intruksional
menerusi aktiviti berikut:-
a. Memberi bimbingan aspek pengajaran dan
pembelajaran melalui aktiviti penyeliaan.
b. Membantu guru menjalankan kajian
terhadap potensi murid melalui siri ujian dan
peperiksaan yang dijalankan.
c. Berkongsi ilmu, kemahiran dan pengalaman
antara pemimpin sekolah dengan guru atau antara guru
dengan guru.
d. Sentiasa memupuk budaya membaca,
belajar sepanjang hayat dan perkongsian bijak dalam
kalangan warga sekolah serta meningkatkan tahap
profesionalisme guru-guru melalui kursus, bengkel dan
23
seminar yang dianjurkan oleh Panitia Daerah, PPD, JPN,
KPM dan sebagainya.
e. Sentiasa meniupkan semangat, motivasi dan
galakan kepada guru dengan mengadakan perbincangan
mengenai potensi murid, prestasi murid, nilai mula,
targert, latihan murid, buku teks, format peperiksaan
dan pentafsiran, “home learning” dan sebagainya.
f. Memupuk iklim sekolah yang kondusif untuk
keberkesanan aktiviti pengajaran dan pembelajaran
seperti bilik darjah kondusif, alat bantu mengajar,
penggunaan komputer, kelengkapan alatan sains dan
kemahiran hidup, pusat sumber sekolah dan
sebagainya.
6.5 Kewajipan Menjalankan Tugas.
Mengikut Stenhouse dan Fink (1986), guru yang baik
ialah guru yang boleh membuat pertimbangan profesional
tersendiri. Mereka tidak perlu diberitahu apa yang perlu
dilakukan. Mereka tidak menolak nasihat, sokongan atau
perundingan kerana mereka tahu bahawa idea ini menyerap
dan menjadi pertimbangan guru itu sendiri. Namun, di dalam
bilik darjah hanya guru yang boleh menentukan dan
membentuk pengajaran yang baik.
6.5.1Menyemai sikap professional dan cekap
24
a. Memupuk kesedaran memahami dasar
melalui visi dan misi sekolah. Sebagai contoh, hasrat
sekolah mencapai target 100% lulus dalam peperiksaan
awam bertujuan menjamin semua pelajar berpotensi
lulus peperiksaan, tiada keciciran, tiada defisit
pembelajaran dan sebagainya.
b. Membina budaya kerja proaktif, kreatif dan
inovatif. Tindakan yang dibuat bukan berdasarkan
andaian tetapi melalui kajian, pemerhatian, penyelidikan
dan sebagainya. Pembetulan segera perlu dibuat di
setiap proses. Sebagai contoh gejala ponteng sekolah
ditangani bermula dari maklumat amaran awal hinggalah
kepada sifar ponteng. Proses ini memerlukan kemahiran
prosfesional yang tinggi dan menuntut kecekapan
individu-individu yang terlibat.
c. Menggalakkan cetusan idea dan membina
keputuasan bersama dalam kalangan warga sekolah.
Kaedah ini akan memberi kebebasan kepada warga
sekolah memilih alternatif terbaik bagi melaksanakan
sesuatu kerja. Kefahaman yang jelas dan memahami
prosedur yang ditetapkan akan menimbulkan minat yang
mendalam untuk menjalankan kewajipan.
6.5.2Mengagihkan tugas mengikut kecenderungan
dan kemahiran
25
a. Warga sekolah lebih selesa jika tugas yang
diberi bersesuaian dengan minat dan kemahiran.
Tugasan diberi mengikut kekananan, opsyen,
pengalaman, “track record”, kepakaran dan sebagainya.
Senarai Jawatan Kuasa Sekolah dikeluarkan pada awal
tahun meliputi jawatan kuasa kurikulum, kokurikulum,
keceriaan, bina insan dan sebagainya yang dianggotai
oleh guru-guru dari pelbagai aras kecenderungan dan
kelayakan.
b. Pengagihan tugas ini juga berupaya
membina pasukan kerja yang berwibawa. Mereka bekerja
dengan semangat pemuafakatan, keterlibatan dan
kesepunyaan. Sebagai contoh, Jawatankuasa Panitia
Bahasa Melayu bertindak mengatasi masalah 3M dengan
menggembeleng semua ahli panitia bersama program
yang telah dipersetujui.
c. Sekolah mempamerkan hasil kerja dan
pencapaian semasa individu atau pasukan kerja sekolah.
Langkah ini akan memberi maklumat, berkongsi
maklumat dan bertindak mengikut maklumat. Individu
atau pasukan yang belum mencapai prestasi yang
diharapkan akan terus berusaha meningkatkan
kewajipan mereka. Maklumat yang dipamerkan itu
seperti prestasi ujian bulanan, senarai murid cemerlang
atau potensi cemerlang, rekod pencapaian atlit olahraga
26
sekolah, taburan murid ponteng mengikut kelas, lokasi
dan sebagainya.
7.0Penutup
Pelbagai usaha telah dilaksanakan oleh pihak kerajaan bagi
memastikan mutu perkhidmatan awam berada pada tahap yang
cemerlang. Usaha ini bukan sahaja melibatkan penyediaan pelbagai
prasarana bahkan pengenalan pelbagai nilai dan etika perkhidmatan
yang perlu dipatuhi dan disemai dalam diri penjawat awam. Oleh
yang demikian, Tonggak Dua Belas dilihat sebagai usaha murni bagi
meningkatkan produktiviti dan kualiti perkhidmatan anggota-
anggota perkhidmatan awam. Penjawat awam perlu menjadikan
nilai-nilai yang dibincangkan dalam kertas kerja ini sebagai
pegangan asas bagi melahirkan budaya kerja yang gemilang dan
memastikan tahap perkhidmatan awam di negara ini setanding
dengan perkhidmatan yang diberikan oleh kakitangan-kakitangan
sektor lain.
Sewajarnya tanggapan masyarakat bahawa mutu
perkhidmatan awam di negara ini yang masih lemah, tidak cekap
dan sering lewat dengan karenah birokrasi perlu diubah. Penjawat
awam seharusnya memberikan usaha yang terbaik dalam setiap
pekhidmatan mereka dan bukan hanya sekadar “melepaskan batuk
di tangga” kerana berasa selesa dengan kedudukan mereka pada
hari ini. Mereka tidak boleh lagi bersikap sambil lewa kerana cabaran
yang menanti pada abad ke dua puluh satu ini semakin mencabar.
27
Hal ini juga tidak terkecuali bagi perkhidmatan pendidikan.
Kecemerlangan yang dicapai oleh para pelajar dalam semua bidang
banyak bergantung kepada mutu perkhidmatan yang diberikan oleh
guru-guru. Pengetua selaku ketua pemimpin sewajarnya memastikan
guru-guru sentiasa mempertingkatkan mutu perkhidmatan dengan
mempersiapkan diri dengan ilmu dan mempunyai nilai keperibadian
yang tinggi bagi memastikan wadah pendidikan yang sempurna
kepada pelajar dapat dicapai. Hal ini bertepatan dengan Falsafah
Pendidikan Kebangsaan untuk melahirkan insan seimbang dan
harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani.
Rujukan :
1. Akta Pendidikan Malaysia 1996.
2. Nilai dan Etika Perkhidmatan Awam , (1991). INTAN
3. Tonggak Dua Belas, (1992). INTAN
4. Standard Kualiti Pendidikan Malaysia–Sekolah, (2003).
Jemaah Nazir Sekolah, Kementerian Pelajaran Malaysia.
5. PKKP, (2002 ). Jabatan Pelajaran Pahang.
6. Hasan Langgulung,(1997). Asas-asas Pendidikan Islam.
KL:DBP
7. Ibrahim bin Mamat , (2001). Pengetua Sekolah
Menangani Isu dan Cabaran Kepimpinan. KL: Kumpulan
Budiman Sdn . Bhd.
28
8. Ainon Mohd, (2005 ).Teori dan Teknik KEPIMPINAN
Panduan dan Aplikasi di Tempat Kerja. Penang: PTS
Proffesional.
9. Ainon Mohd,(2003). Bagaimana Hendak Mendorong
Semangat Kerja.Selangor: PTS Publications & Distributors
Sdn. Bhd.
10. Md. Fiah bin Md Jamin, (2005). “Kepimpinan Berinspirasi”
dalam Jurnal Pendidikan PKPSM. Muka surat 6 – 24.
11. Hj Zakaria Awang, (2005). “Etika Kerja Guru Cemerlang”
dalam Jurnal Pendidikan PKPSM. Muka surat 42 – 54
12. Hjh.Norizan bt Abd Latif dan Hjh. Anisah bt Abdullah,
(2005). “Guru Efektif Penjana Kecemerlangan” dalam
Jurnal Pendidikan PKPSM. Muka surat 89 -100 .
13. Mohamad Yazam bin Sharif, (2001). Asas Pengurusan
Sumber Manusia. KL: Utusan Publications & Distributors
Sdn . Bhd.
14. Robiah Sidin , ( 1994 ) . Pendidikan Di Malaysia. KL : PFB
29
Recommended