SEKOLAH KEBANGSAAN KEMENTAH, KUALA LUMPURLAPORAN TAHUNAN PANITIA SAINS
2014
1. PENDAHULUAN
Panitia Sains SK Kementah berperanan dalam memastikan pengajaran dan pembelajaran subjek sains sama ada di
dalam atau di luar bilik darjah berjalan dengan lancar. Pelbagai aktiviti yang telah dirancang telah dilaksanakan
sebaik mungkin. Kerjasama antara ahli Panitia adalah perkara yang amat penting bagi memastikan kelancaran setiap
program yang dirancang berjalan dengan lancar dan sempurna.
2. VISI
Melahirkan murid yang celik Sains, mengaplikasi Kemahiran Proses Sains dan Kemahiran Manipulatif Sains,
merealisasikan amalan nilai-nilai murni dan sikap saintifik dan kesanggupan menyumbang terhadapkemajuan Sains
dan Teknologi dengan masa yang sama memelihara keseimbangan alam untuk kesejahteraan generasi akan datang.
3. MISI
Mewujudkan murid yang berilmu berpengetahuan Sains dan progresif dalam mengaplikasikan Sains dalam
kehidupan bagi menyelesaikan masalah seharian dengan mengamalkan nilai –nilai murni dalam menyumbang ke
arah kemajuan Sains dan teknologi.
4. OBJEKTIF
1. Memantau dan menganalisis setiap kelemahan dan kekuatan setiap aktiviti yang dilaksanakan dalam jadual
Panitia Sains.
2. Mengurus matapelajaran Sains bagi Tahap 1 dan Tahap 2.
3. Menambaik mutu dan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran Sains.
4. Merancang pelan strategik, kaedah dan teknik yang inovatif yang sesuai dengan kebolehan murid dan
perkembangan pendidikan semasa yang boleh mewujudkan murid yang berjiwa sains dan mengaplikasi
Sains dalam kehidupan seharian.
5. Mewujudkan semangat kerjasama diantara ahli -ahli Panitia Sains dan antara ahli dengan ahli panitia yang
lain bagi merealisasikan peningkatan akademik bagi matapelajaran Sains.
5. CARTA ORGANISASI PANITIA SAINS
6. DATA GURU PANITIA SAINS 2014
CARTA ORGANISASI PANITIA SAINS 2014
PENGERUSITN.HJ HAMID BIN MASDEWI
GURU BESAR
NAIB PENGERUSIPN. HJH NOORZEHAN BT. HJ MOHAMAD
GPK TADBIR DAN KURIKULUM
KETUA PANITIAPN. IKA LIANA BT. HJ KHALID
SETIAUSAHAEN. AHMAD MAHYUDDIEN BIN MAHMUD
AJKSEMUA GURU YANG MENGAJAR SAINS
BILIK SAINS 1PN. IKA LIANA BT HJ KHALID
BILIK SAINS 2EN. AHMAD MAHYUDDIEN BIN MAHMUD
BILIK SAINS 3PN NURLIYANA BT SARIP
BIL NAMA OPSYEN GRED JAWATANPENGALAMAN
MENGAJAR1 Ika Liana Bt Khalid Sains DG 44 10 Tahun
2 Ahmad Mahyuddien Bin Mahmud Sains DG 44 9 Tahun
3 Nurliyana Bt Sarip Sains DG 41 3 Tahun
4 Akmarizan Bt Ahmad BM / Sains DG 41 1 Tahun
7. ANALISA PEPERIKSAAN TERKINI
PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN ANALISIS MATA PELAJARAN
TAHUN 2014
DUNIA SAINS DAN TEKNOLOGI
SEKOLAH : SK KEMENTAHTAHUN / TINGKATAN : TAHUN 1
Bil Kelas Bil Calon GRED A GRED B GRED C GRED D GRED E Menguasai
GPMPDaftar Ambil TH Bil % Bil % Bil % Bil % Bil % Bil %
1 BESTARI 39 39 0 37 94.87 2 5.13 0 0.00 0 0.00 0 0.00 39 100.00 1.05
2 HARAPAN 25 24 1 0 0.00 6 25.00 16 66.67 0 0.00 2 8.33 22 91.67 2.92
3 KREATIF 37 37 0 21 56.76 15 40.54 1 2.70 0 0.00 0 0.00 37 100.00 1.46
4 MAJU 38 38 0 22 57.89 14 36.84 2 5.26 0 0.00 0 0.00 38 100.00 1.47
5 TEKUN 36 36 0 15 41.67 17 47.22 3 8.33 1 2.78 0 0.00 35 97.22 1.72
Jumlah 175 174 1 95 54.60 54 31.03 22 12.64 1 0.57 2 1.15 171 98.28 1.63
PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN ANALISIS MATA PELAJARAN
TAHUN 2014
DUNIA SAINS DAN TEKNOLOGI
SEKOLAH : SK KEMENTAHTAHUN / TINGKATAN : TAHUN 2
Bil Kelas Bil Calon GRED A GRED B GRED C GRED D GRED E Menguasai
GPMPDaftar Ambil TH Bil % Bil % Bil % Bil % Bil % Bil %
1 BESTARI 32 32 0 30 93.75 2 6.25 0 0.00 0 0.00 0 0.00 32 100.00 1.06
2 HARAPAN
25 25 07 28.00 15 60.00 3 12.00 0 0.00 0 0.00 25 100.00 1.84
3 KREATIF 35 35 0 29 82.86 6 17.14 0 0.00 0 0.00 0 0.00 35 100.00 1.17
4 MAJU 33 33 0 19 57.58 11 33.33 3 9.09 0 0.00 0 0.00 33 100.00 1.52
5 TEKUN 30 30 0 15 50.00 13 43.33 2 6.67 0 0.00 0 0.00 30 100.00 1.57
Jumlah 155 155 0 100 64.52 47 30.32 8 5.16 0 0.00 0 0.00 155 100.00 1.41
PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN ANALISIS MATA PELAJARAN
TAHUN 2014
DUNIA SAINS DAN TEKNOLOGI
SEKOLAH : SK KEMENTAHTAHUN / TINGKATAN : TAHUN 3
Bil Kelas Bil Calon GRED A GRED B GRED C GRED D GRED E Menguasai
GPMPDaftar Ambil TH Bil % Bil % Bil % Bil % Bil % Bil %
1 BESTARI 37 37 0 27 72.97 10 27.03 0 0.00 0 0.00 0 0.00 37 100.00 1.27
2 KREATIF 35 35 0 4 11.43 20 57.14 10 28.57 1 2.86 0 0.00 34 97.14 2.23
3 MAJU 28 28 0 1 3.57 10 35.71 14 50.00 2 7.14 1 3.57 25 89.29 2.71
Jumlah 100 100 0 32 32.00 40 40.00 24 24.00 3 3.00 1 1.00 96 96.00 2.01
PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN ANALISIS MATA PELAJARAN
TAHUN 2014
SAINS
SEKOLAH : SK KEMENTAHTAHUN / TINGKATAN : TAHUN 4
Bil Kelas Bil Calon GRED A GRED B GRED C GRED D GRED E Menguasai
GPMPDaftar Ambil TH Bil % Bil % Bil % Bil % Bil % Bil %
1 BESTARI 31 31 0 7 22.58 15 48.39 8 25.81 1 3.23 0 0.00 30 96.77 2.10
2 KREATIF 28 28 0 2 7.14 15 53.57 10 35.71 1 3.57 0 0.00 27 96.43 2.36
3 MAJU 26 26 0 0 0.00 1 3.85 20 76.92 4 15.38 1 3.85 21 80.77 3.19
Jumlah 85 85 0 9 10.59 31 36.47 38 44.71 6 7.06 1 1.18 78 91.76 2.52
PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN ANALISIS MATA PELAJARAN
TAHUN 2014
SAINS
SEKOLAH : SK KEMENTAHTAHUN / TINGKATAN : TAHUN 5
Bil Kelas Bil Calon GRED A GRED B GRED C GRED D GRED E Menguasai
GPMPDaftar Ambil TH Bil % Bil % Bil % Bil % Bil % Bil %
1 BESTARI 40 40 0 0 0.00 7 17.50 33 82.50 0 0.00 0 0.00 40 100.00 2.83
2 KREATIF 33 32 1 0 0.00 1 3.13 9 28.13 18 56.25 4 12.50 10 31.25 3.78
Jumlah 73 72 1 0 0.00 8 11.11 42 58.33 18 25.00 4 5.56 50 69.44 3.25
PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN ANALISIS MATA PELAJARAN
TAHUN 2014
SAINS
SEKOLAH : SK KEMENTAHTAHUN / TINGKATAN : TAHUN 6
Bil Kelas Bil Calon GRED A GRED B GRED C GRED D GRED E Menguasai
GPMPDaftar Ambil TH Bil % Bil % Bil % Bil % Bil % Bil %
1 BESTARI 29 29 0 15 51.72 14 48.28 0 0.00 0 0.00 0 0.00 29 100.00 1.48
2 KREATIF 28 28 0 0 0.00 20 71.43 8 28.57 0 0.00 0 0.00 28 100.00 2.29
3 MAJU 21 21 0 0 0.00 8 38.10 11 52.38 2 9.52 0 0.00 19 90.48 2.71
Jumlah 78 78 0 15 19.23 42 53.85 19 24.36 2 2.56 0 0.00 76 97.44 2.10
8. LAPORAN AKTIVITI
BIL
PERKARA HASIL PENAMBAHBAIKAN
1 Tajuk Program : Pembinaan Modul SainsTarikh : Mei 2014Sasaran : Murid Tahun 6Aktiviti yang dijalankan:
Pembinaan Modul Hebat Sains UPSR
94.87% calon UPSR lulus Peperiksaan Percubaan UPSR 2014
Penggunaan Modul Hebat Sains bermula awal tahun kepada semua calon UPSR 2015
2 Tajuk Program : Nota Ringkasan Buku TeksTarikh : April 2014Sasaran : Murid Tahun 6Aktiviti yang dijalankan:
Membuat ringkasan buku teks Sains tahun 4,5 dan 6
78 murid Tahun 6 dapat menyiapkan ringkasan buku teks Tahun 4, 5 dan 6
Setiap murid diberi pinjam buku teks Sains Tahun 4 dan 5
3 Tajuk Program : Teknik Menjawab Kertas Sains Bahagian B
Tarikh : Februari – Mac 2014Sasaran : Murid Tahun 5 dan 6Aktiviti yang dijalankan:
Teknik Menjawab Kertas Sains Bahagian B bagi murid Tahun 6 di FRIM, Kepong
Teknik Menjawab Kertas Sains Bahagian B bagi murid Tahun 5 dalam sesi PdP
97.47% calon UPSR lulus Ujian Prestasi 1
86.57% murid tahun 5 lulus Ujian 1
Perbanyakkan latih tubi dan contoh-contoh soalan klon UPSR
BIL
PERKARA HASIL PENAMBAHBAIKAN
4 Tajuk Program : Kelas Tambahan Tahun 6Tarikh : Februari - Ogos 2014Sasaran : Murid Tahun 6Aktiviti yang dijalankan:
Kelas Tambahan Sabtu Kelas Tambahan Cuti Sekolah Kelas Tambahan Isnin & Selasa
94.87% calon UPSR lulus Peperiksaan Percubaan UPSR 2014
Kelas tambahan perlu diteruskan pada tahun hadapan
5 Tajuk Program : Minggu Panitia SainsTarikh : 21 – 25 April 2014Sasaran : Murid Tahun 1 - 6Aktiviti yang dijalankan:
Program “Earth Minute” Mini Karnival Sains Pertandingan Kuiz Sains Kuiz Sains Pagi Aktiviti Nota Untuk Bumi
Semua murid Tahun 1 hingga 6 terlibat dan mendapat pengetahuan Sains dalam bentuk aktiviti diluar kelas
Membuat pertandingan Rekacipta Bahan Terbuang
6 Tajuk Program : Aktiviti Selepas UPSRTarikh : Oktober 2014Sasaran : Murid Tahun 6Aktiviti yang dijalankan:
Lumba Kereta Belon Binaan Kacang Kuda
78 murid Tahun 6 dapat menjalankan aktiviti dengan jayanya.
Menambah aktiviti seperti Buku Skrap
7 Tajuk Program : Aktiviti EKSA Bilik Sains 1Tarikh : November 2014Aktiviti yang dijalankan:
Mengecat dinding dan siling luar Bilik Sains 1
Mural Buruj Banner dinding
Dinding dan siling Bilik Sains 1 telah dicat hitam dan dalam proses meletakkan maklumat
Mengecat dinding Bilik Sains 2 dan 3
8 Tajuk Program : Kelab Sains dan RekaciptaTarikh : Sepanjang tahunSasaran : Murid tahun 3 – 6Aktiviti yang dijalankan:
Binaan straw Harmonica straw Rekacipta logo alam sekitar Magika Jus Sayuran Tayangan Video Sains Nyanyian lagu Hijau Rekacipta LEGO
Semua ahli kelab mendapat maklumat Sains daripada aktiviti diluar skop mata pelajaran Sains sekolah rendah
Menambah aktiviti yang mencabar seperti berkebun atau membuat kolam ikan
BIL
PERKARA HASIL PENAMBAHBAIKAN
9 Tajuk Program : Lawatan Sambil BelajarTarikh : 30 September 2014Sasaran : Murid tahun 4 – 6Aktiviti yang dijalankan:
Lawatan ke Putrajaya iaitu Taman Warisan, Menara Alaf Baru, Tasik Cruise dan Kilang Coklat Beryl’s
78 orang murid Tahun 4 hingga 6 dapat menyertai lawatan ini
Lawatan ke ladang lembu di Semenyih, Selangor pada tahun hadapan
10 Tajuk Program : Peta Pemikiran I-ThinkTarikh : September-Oktober 2014Sasaran : Murid tahun 5Aktiviti yang dijalankan:
Peta I-Think mengikut tajuk yang sesuai bagi Tahun 5 untuk ditampal di sudut I-Think di dalam kelas
Semua murid Tahun 5 dapat menyiapkan 5 tajuk dan 3 jenis peta iaitu peta alir, peta bulatan dan peta pokok.
Perbanyakkan tajuk termasuk tajuk Tahun 4
9. LAMPIRAN Minit Mesyuarat Gambar Aktiviti
Disediakan oleh, Disemak oleh,
……………………………….. …………………………………..IKA LIANA BINTI KHALID HJH NOORZEHAN BINTI MOHAMADKetua Panitia Sains GPK Tadbir dan KurikulumSK Kementah, Kuala Lumpur. SK Kementah, Kuala Lumpur.
LAMPIRANMINIT MESYUARAT PANITIA SAINS
SK Kementah, Kem Kementah, Jalan Laksamana,54200 Kuala Lumpur.
MINIT MESYUARAT PANITIA SAINS BIL 1/TAHUN 2014
Tarikh : 24 Disember 2013
Masa : 10.00 pagi
Tempat : Bilik Sains 1, SK Kementah
Pengerusi : Ketua Panitia Sains SK Kementah
Kehadiran : 1. Pn. Hjh Noorlela Bt Aris (GPK KO-Kurikulum)
2. Pn. Ika Liana Bt Khalid (Ketua Panitia)
3. En. Amad Mahyuddien Bin Mahmud (Setiausaha)
4. Pn. Nurliyana Bt Sarip (AJK)
Tidak Hadir : 1. Pn. Nur Shahazliza Bt Hamdan (Cuti Sakit)
1. PERUTUSAN PENGERUSI1.1 Pn. Ika Liana selaku Pengerusi Mesyuarat Panitia Sains memulakan mesyuarat dengan meminta
semua yang hadir untuk membaca Al-Fatihah.
1.2 Beliau juga mengucapkan terima kasih kerana guru dapat hadir pada masa yang telah ditetapkan.
1.3 Pn. Ika Liana turut mengucapkan terima kasih atas kesudian pihak pentadbir, iaitu Pn. Hjh
Noorlela untuk bersama-sama menghadiri mesyuarat kali ini.
Tindakan: Makluman
2. BICARA AKADEMIK
2.1 Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM)
2.1.1 Pn. Ika Liana menerangkan serba ringkas mengenai PPPM. Menurutnya terdapat 11 anjakan
dalam PPPM 2013-2025. Antaranya ialah menyediakan kesamarataan akses kepada pendidikan
berkualiti bertaraf antarabangsa, memastikan setiap murid profisien dalam B. Malaysia dan B.
Inggeris, melahirkan rakyat yang menghayati nilai dan lain-lain lagi. Beliau mencadangkan
untuk pemahaman lebih lanjut, guru-guru boleh melayari laman web moe.gov.my
Tindakan: Makluman
2.2 Pengurusan Fail Panitia
2.2.1 Fail panitia akan dikemaskini mengikut Prosedur Kualiti Pengurusan Panitia (PK01) yang
terbaru di bawah Sistem Pengurusan Sekolah Kualiti (SPSK).
2.2.2 Semua guru Sains telah diberikan salinan Prosedur Kualiti Pengurusan Panitia
2.2.3 Borang maklumat guru terkini jadual guru terkini perlu diisi oleh semua guru Sains.
2.2.4 Jadual penggunaan Bilik Sains akan dibuat dan perlu diletakkan di papan kenyataan setiap Bilik
Sains.
Tindakan: Makluman2.3 PEKA
2.3.1 Masih diteruskan bagi murid Tahun 5 dan 6.
2.3.2 Tempoh perlaksanaan adalah dari bulan Februari hingga Jun.
2.3.3 Julai akan hantar keputusan.
Tindakan: Guru Tahun 5 dan 6
2.4 PBS/ KSSR 2.4.1 Masih diteruskan untuk murid Tahun 1,2, dan 3.
2.4.2 Fail masih digunakan dan eviden adalah mengikut guru.
Tindakan : Guru Tahun 1,2 dan 3
2.5 Peperiksaan Pra PKSR dan PKSR
2.5.1 Soalan Pra PKSR dan PKSR dibuat sendiri oleh guru Sains Tahun 5 dan 6.
2.5.2 Tarikh peperiksaan mengikut Takwim Sekolah.
2.5.3 Jadual pembuat soalan telah disediakan.
Tindakan: Guru Tahun 5 dan 6
2.6 Analisa PKSR 2 dan Analisa UPSR 2013
2.6.1 Secara keseluruhannya, peratus lulus kertas Sains PKSR 2 adalah 70.5% dan yang gagal ialah
29.5%.
2.6.2 Secara keseluruhan, peratus lulus kertas Sains UPSR 2013 adalah 90.5% dan yang gagal ialah
9.5%.
Tindakan: Makluman
2.7 Program Kecemerlangan Sains
2.7.1 Bilik Sains 3 akan dibuka dan Pn Nurliyana adalah penyelaras bagi Bilik Sains 3.
Tindakan: Makluman
2.7.2 Papan kenyataan di luar Bilik Sains perlu dikemaskini setiap bulan dengan info terkini sains.
Tindakan: Semua guru Sains
2.7.3 Bengkel Teknik Menjawab Soalan Sains Tahun 6 akan dibuat dua kali sebulan antara bulan Feb
hingga Ogos.
Tindakan: Ketua Panitia
2.8 Minggu Panitia Sains
2.8.1 Minggu Panitia Sains akan diadakan pada bulan April.
2.8.2 Karnival Sains akan diteruskan pada tahun hadapan.
Tindakan: Makluman
3. HAL-HAL LAIN
3.1 Pn Hjh Noorlela mencadangkan supaya melibatkan murid tahun 5 untuk program Teknik Menjawab Sains.
Tindakan: Ketua Panitia
4. PENUTUP
Mesyuarat diakhiri dengan ucapan terima kasih dari Pengerusi. Mesyuarat tamat pada jam 10.45 pagi.
Disediakan oleh,
………………………………(AHMAD MAHYUDDIEN BIN MAHMUD)Setiausaha Panitia Sains,SK Kementah, Kuala Lumpur.
Tarikh : 26 Disember 2013
SK Kementah, Kem Kementah, Jalan Laksamana,54200 Kuala Lumpur.
MINIT MESYUARAT PANITIA SAINS BIL 2/TAHUN 2014
Tarikh : 3 April 2014
Masa : 1.15 petang
Tempat : Bilik Sains 1, SK Kementah
Pengerusi : Ketua Panitia Sains SK Kementah
Kehadiran : 1. Pn. Ika Liana Bt Khalid (Ketua Panitia)
2. En. Ahmad Mahyuddien Bin Mahmud (Setiausaha)
3. Pn. Nurliyana Bt Sarip (AJK)
4. Pn. Nur Shahazliza Bt Hamdan (AJK)
Tidak Hadir : Tiada
1. PERUTUSAN PENGERUSI
1.1 Pn. Ika Liana selaku Pengerusi Mesyuarat Panitia Sains memulakan mesyuarat dengan meminta
semua yang hadir untuk membaca Al-Fatihah.
1.2 Beliau juga mengucapkan terima kasih kerana guru dapat hadir pada masa yang telah ditetapkan.
Tindakan: Makluman
2 PENGESAHAN MINIT MESYUARAT
2.1 Pn Nurliyana mencadangkan minit mesyuarat Panitia Sains Bil 1/2014 disahkan dan disokong
sebulat suara.
Tindakan: Makluman
3 PERKARA BERBANGKIT
3.1 En Ahmad Mahyuddien Bin Mahmud selaku Setiausaha Panitia Sains memaklumkan bahawa
fail panitia Sains telah dikemaskini.
3.2 Pn Ika Liana Bt Khalid selaku guru Sains tahun 5 dan 6 memaklumkan bahawa PEKA telah
mula dijalankan bagi tahun ini.
3.3 Pn Ika Liana Bt Khalid memaklumkan bahawa ujian Pra PKSR 1 telah dijalankan pada 4 Mac
hingga 6 Mac 2014 bagi murid Tahun 5 dan Ujian Prestasi 2 bagi murid Tahun 6.
3.4 Pn Nurliyana Bt Sarip selaku Penyelaras Bilik Sains 3 memaklumkan Bilik Sains 3 masih lagi
tidak dapat digunakan kerana kerusi makmal digunakan pada bilik seni.
3.5 Pn Ika Liana Bt Khalid selaku Ketua Panitia Sains memaklumkan bahawa Minggu Panitia Sains
akan diadakan pada 21 April sehingga 25 April 2014.
3.6 Pn Ika Liana Bt Khalid memaklumkan bahawa Teknik Menjawab Soalan Sains bagi murid
Tahun 5 telah diadakan di dalam kelas.
Tindakan: Makluman
4 ANALISA UJIAN PRA PKSR (1) BAGI TAHUN 5 DAN 6
4.1 Pn Ika Liana Bt Khalid membentangkan analisa Ujian Pra PKSR (1) yang hanya diduduki oleh
murid Tahun 5 dan 6 sahaja. Secara keseluruhan keputusan Sains Tahun 5 ialah 4.5% mendapat
A, 37.3% mendapat B, 44.8 mendapat C, 10.5% mendapat D dan 3% mendapat E. Nilai GPMP
keseluruhan ialah 2.70. Secara keseluruhan keputusan Sains Tahun 6 ialah 21.5% mendapat A,
49.4% mendapat B, 26.6% mendapat C, 2.5% mendapat D dan tiada murid yang mendapat E.
Nilai GPMP keseluruhan ialah 2.10.
5 PERANCANGAN AKTIVITI MINGGU PANITIA SAINS 2014
5.1 Pn Ika Liana Bt Khalid memaklumkan bahawa Minggu Sains akan berlangsung selama lima
hari. Aktiviti-aktiviti telah dirancang iaitu program “Earth Minute”, Kuiz Sains Tahun 1 hingga
3 semasa perhimpunan pagi setiap hari kecuati Isnin, Mini Karnival Sains, Pertandingan Kuiz
Sains bagi Tahun 5 dan 6, Pertandingan Bahan Kitar Semula bagi Tahun 4 dan Program Nota
Kepada Bumi.
5.2 Pn Ika Liana Bt Khalid juga memaklumkan bahawa PIBG bersetuju untuk memberikan
sumbangan sebanyak RM300 untuk Minggu Panitia Sains 2014.
6 HAL-HAL LAIN
6.1 Pn Ika Liana Bt Khalid mengharapkan supaya guru-guru Sains menjaga kebersihan bilik Sains
dan berusaha untuk mencantikkannya.
7 PENUTUP
Mesyuarat diakhiri dengan ucapan terima kasih dari Pengerusi. Mesyuarat tamat pada jam 2.00 petang.
Disediakan oleh,
………………………………(AHMAD MAHYUDDIEN BIN MAHMUD)Setiausaha Panitia Sains,SK Kementah, Kuala Lumpur.
Tarikh : 5 April 2014
SK Kementah, Kem Kementah, Jalan Laksamana,54200 Kuala Lumpur.
MINIT MESYUARAT PANITIA SAINS BIL 3/TAHUN 2014
Tarikh : 24 Jun 2014
Masa : 1.10 petang
Tempat : Bilik Sains 1, SK Kementah
Pengerusi : Ketua Panitia Sains SK Kementah
Kehadiran : 1. Pn. Ika Liana Bt Khalid (Ketua Panitia)
2. En. Ahmad Mahyuddien Bin Mahmud (Setiausaha)
3. Pn. Nurliyana Bt Sarip (AJK)
4. Pn. Akmarizan Bt Ahmad (AJK)
Tidak Hadir : Tiada
1. PERUTUSAN PENGERUSI
1.1 Pn. Ika Liana selaku Pengerusi Mesyuarat Panitia Sains memulakan mesyuarat dengan meminta
semua yang hadir untuk membaca Al-Fatihah.
1.2 Beliau juga mengucapkan terima kasih kerana guru dapat hadir pada masa yang telah ditetapkan.
Tindakan: Makluman
2. PENGESAHAN MINIT MESYUARAT
2.1 En Ahmad Mahyuddien mencadangkan minit mesyuarat Panitia Sains Bil 2/2014 disahkan dan
disokong oleh Pn Nurliyana.
Tindakan: Makluman
3. PERKARA BERBANGKIT
3.1 Pn Nurliyana memaklumkan bahawa terdapat kebocoran pada paip Bilik Sains 2.
3.2 En Ahmad Mahyuddien memaklumkan bahawa pembesar suara dalam Bilik Sains 2 juga tidak
berfungsi.
Tindakan: Ketua Panitia
4. BICARA AKADEMIK
4.1 Analisa Ujian Peperiksaan Pertengahan Tahun (PPT)
4.1.1 Pn Ika Liana Bt Khalid membentangkan analisa Ujian Peperiksaan Pertengahan Tahun (PPT)
bagi tahun 1 hingga 6. Analisa peperiksaan adalah seperti di dalam lampiran dibelakang.
Tindakan: Semua guru Sains
4.2 Penggubalan Soalan Ujian Peperiksaan Akhir Tahun (PAT)
4.2.1 Pn Ika Liana Bt Khalid membuat pembahagian penggubalan soalan PAT iaitu
Tahun 1 : Pn Nurliyana Bt SaripTahun 2 : Pn Akmarizan Bt AhmadTahun 3 : Pn LiyanaBt SaripTahun 4 : En Ahmad Mahyuddien Bin MahmudTahun 5 : Pn Ika Liana Bt KhalidTahun 6 : Pn Ika Liana Bt Khalid
Tindakan: Semua guru Sains
4.3 Taklimat Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT)
Pn Ika Liana memberikan taklimat ringkas tentang KBAT. Beliau memaklumkan supaya
menulis sekurang-kurangnya satu soalan KBAT di dalam buku rekod pada setiap kali
pengajaran.
Tindakan: Semua guru Sains
4.4 Taklimat Peta I-Think
Pn Ika Liana membuat pembahagian kepada guru-guru Sains untuk membuat peta I-Think
mengikut tahun yang diajar. Peta yang telah siap nanti akan dikumpul dan diberikan kepada
semua guru sebagai rujukan guru-guru untuk sesi pengajaran dan pembelajaran pada tahun
hadapan.
Tahun 1 : Pn Nurliyana Bt SaripTahun 2 : Pn Akmarizan Bt AhmadTahun 3 : En Ahmad Mahyuddien Bin MahmudTahun 4 : Pn Ika Liana Bt Khalid
Tindakan: Semua guru Sains
4.5 Penetapan Nilai Band Atau Tahap Penguasaan Untuk Pentaksiran
Pn Ika Liana membuat penetapan band atau tahap penguasaan mengikut tahun supaya tidak
bertindan.
Tahun 1 1 Bestari - Tahap 4 hingga 51 Kreatif - Tahap 4 hingga 51 Maju - Tahap 3 hingga 51 Tekun - Tahap 1 hingga 51 Harapan - Tahap 1 hingga 3
Tahun 2 2 Bestari - Tahap 4 hingga 52 Kreatif - Tahap 4 hingga 52 Maju - Tahap 3 hingga 52 Tekun - Tahap 2 hingga 42 Harapan - Tahap 1 hingga 3
Tahun 3 3 Bestari - Tahap 5 hingga 63 Kreatif - Tahap 4 hingga 53 Maju - Tahap 2 hingga 5
Tahun 4 4 Bestari - Tahap 4 hingga 64 Kreatif - Tahanp 3 hingga 54 Maju - Tahap 1 hingga 4
Tindakan: Semua guru Sains5. HAL-HAL LAIN
5.1 Pn Ika Liana Bt Khalid mengharapkan supaya guru-guru Sains dapat membuat ulangkaji untuk
ujian akhir tahun.
6. PENUTUP
Mesyuarat diakhiri dengan ucapan terima kasih dari Pengerusi. Mesyuarat tamat pada jam 2.10 petang
Disediakan oleh,
………………………………(AHMAD MAHYUDDIEN BIN MAHMUD)Setiausaha Panitia Sains,SK Kementah, Kuala Lumpur.
Tarikh : 26 Jun 2014
LAMPIRANGAMBAR AKTIVITI PANITIA SAINS 2014
GAMBAR AKTIVITI PANITIA SAINS 2014
PEMBINAAN MODUL HEBAT SAINS
RINGKASAN BUKU TEKS TAHUN 4,5 DAN 6
TEKNIK MENJAWAB KERTAS SAINS BAHAGIAN B DI FRIM, KEPONG
PROGRAM “EARTH MINUTE”
MINI KARNIVAL SAINS
MINI KARNIVAL SAINS
PERTANDINGAN KUIZ SAINS TAHUN 5 DAN 6
KUIZ SAINS PAGI
AKTIVITI NOTA UNTUK BUMI
PERASMIAN DAN PENUTUP MINGGU PANITIA SAINS 2014
BINAAN KACANG KUDA DAN KERETA BELON(AKTIVITI SELEPAS UPSR)
REKACIPTA STRAW HARMONIKA STRAW
MAGIKA JUS SAYURAN(AKTIVITI KELAB SAINS DAN REKACIPTA)
LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE PUTRAJAYA
MEMBINA PETA PEMIKIRAN I-THINK
Recommended