PROPOSAL KAJIAN TINDAKAN
Tajuk Kajian: Penggunaan “Roda Impian Saya” bagi meningkatkan kemahiran
mengeja dan menulis abjab kecil dan besar a-z.
1.0 PENDAHULUAN
1.1 PENGENALAN
Saya sedang menjalankan praktikum selama tiga bulan di Sekolah Kebangsaan Sungai
Duri, Seberang Perai Selatan. Pada minggu pertama praktikum, saya telah berpeluang
untuk menjadi guru ganti bagi kelas 6 Islah. Saya telah meminta murid untuk membaca
petikan yang terdapat dalam buku teks. Saya dapat mengenalpasti terdapat beberapa
orang murid yang mengalami kesukaran semasa membaca. Saya sangat sedih apabila
mendapat tahu perkara seperti ini masih wujud bagi murid tahun enam yang bakal
menduduki peperiksaan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR).
Bagi mendapatkan pengesahan tentang perkara yang berlaku, saya telah
membuat sesi temu bual dengan guru pemulihan. Berdasarkan keterangan yang
diberikan, saya mendapat maklumat bahawa terdapat pelajar yang masih tidak dapat
membaca dengan lancar. Selain itu, terdapat juga pelajar yang tidak dapat menjalankan
pengiraan matematik dengan betul. Mereka sukar untuk menyelesaikan soalan
matematik yang mudah.
Pada pendapat saya, masalah ini timbul ekoran daripada pelajar tidak dapat
menguasai kemahiran asas dalam bacaan dan pengiraan. Oleh itu, suatu penyelesaian
yang sesuai perlu dicari bagi membantu pelajar-pelajar yang bermasalah ini.
Melalui beberapa sumber literitur yang telah diambil sebagai rujukan kajian,
seperti jurnal yang telah dihasilkan oleh Abdul Rahim bin Hamdan dan Hayazi bin Mohd
1
Yasin (2011) yang menerangkan bahawa “Dalam Proses pengajaran dan
pembelajaran, ransangan dari pelbagai sumber penting bagi membina daya kreativiti
dan inovasi pelajar. Bahan-bahan terkini perlu disediakan agar dapat membantu pelajar
memahami konsep yang diajar dan sebagai penyokong kepada pengajaran guru itu
sendiri”. Melalui jurnal ini, saya mula menyedari bahawa “ Rangsangan dari pelbagai
sumber” bermaksud bahan bantu mengajar yang pelbagai yang mana banyak melibat
deria pelajar seperti sentuhan, pendengaran, dan penglihatan.
Berdasarkan pengetahuan ini, saya telah membuat satu inovasi baru dengan
membentuk satu bahan bantu mengajar yang dinamakan sebagai “Roda Impian Saya”.
Penggunaan “Roda Impian Saya” memerlukan pelajar menggabungkan ketiga-tiga
deria terbesar mereka semasa melakukan aktiviti pembelajaran.
1.1 REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
Pertama sekali saya ingin nyatakan perasaan yang begitu sedih dan tidak berpuas hati
terhadap diri sendiri kerana tidak memberikan tunjuk ajar yang betul kepada anak-anak
didik saya. Sering kali terdengar perkataan.....saya lupa la cikgu....lepas huruf ini huruf
apa ya cikgu?....begitu sinonim sekali setiap kali pembelajaran pemulihan Bahasa
Melayu. Setiap kali perkataan ini keluar dari mulut mereka, saya merasa sedih kerana
saya seakan-akan gagal mendidik mereka. Saya tidak mahu menyalahkan mereka
dengan perkara yang berlaku, bagi saya, saya yang memainkan peranan besar bagi
mencorak anak didik sehingga berjaya.
Bagi saya, latar belakang keluarga yang miskin, kurangnya perhatian daripada ibu bapa
serta tidak mempunyai kemudahan pembelajaran yang mencukupi menjadi faktor
utama pelajar gagal untuk menunjukkan prestasi yang baik dalam pembelajaran.
Semasa menjalankan sesi pengajaran dan pembelajaran (P&P) bagi mata pelajaran
Bahasa Melayu Pemulihan, saya mendapati terdapat pelajar yang tidak mengenal
huruf-hurur abjab. Bagi saya, ini merupakan faktor utama pelajar tidak dapat membaca
perkataan dengan lancar.
2
Mengeja dan menulis abjab a-z merupakan kemahiran asas yang paling penting
jika seseorang murid ingin menguasai kemahiran membaca. Gabungan beberapa abjab
akan membentu suku kata dan gabungan suku kata akan membentuk perkataan. Oleh
itu, murid perlu menguasai kemahiran mengeja dan menulis abjab terlebih dahulu
sebelum melangkah kepada kemahiran-kemahiran lain yang lebih sukar.
Menurut Kamus Dewan, mengeja ialah perbuatan “Membunyikan (menulis)
huruf-huruf secara berturut-turut dalam sesuatu perkataan”. Hal ini bermaksud, murid
perlu mengeja abjab secara berturut-turut bagi membunyikan suku kata. Manakala,
gabungan bunyi suku kata akan menghasilkan bunyi perkataan.
Berdasarkan definisi yang diberikan oleh kamus dewan, saya dapat merasakan
bahawa pelajar mempunyai masalah pada peringkat yang paling asas iaitu pada
peringkat huruf-huruf abjab. Masalah yang dihadapi pada peringkat mengenal huruf-
huruf abjab menyebabkan pelajar tidak berupaya menggabungkan huruf-huruf abjab
untuk menjadi suku kata dan seterusnya perkataan.
2.0 FOKUS KAJIAN / ISU KEPRIHATIAN
2.1 TINJAUAN MASALAH
Kajian ini memfokuskan kepada murid pemulihan tahun lima dan enam yang
mempunyai masalah dalam mengeja dan menulis huruf abjab. Berdasarkan
pemerhatian saya, murid ini mempunyai tahap pembacaan yang amat kritikal. Setelah
membuat beberapa penilaian yang mendalam saya mendapati bahawa murid ini
menghadapi masalah mengeja dan menulis abjab. Bagi saya, masalah ini merupakan
3
faktor penyebab murid tidak dapat menguasai kemahiran membaca dan menulis pada
tahap kemahiran yang lebih tinggi walaupun telah mencecah umur 11 dan 12 tahun.
Antara masalah yang dihadapi oleh murid ialah:
a) Tidak dapat mengeja huruf atau abjab dari “a” hingga “z”.b) Tidak dapat menulis huruf atau abjab dari “a” hingga “z”.c) Keliru huruf kecil dan besar.
Suatu pendekatan pengajaran yang sesuai perlu dilaksanakan dengan segera
supaya masalah ini dapat diatasi. Hal ini kerana, terdapat di antara murid-murid ini yang
akan menduduki Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR). Kegagalan membaca dan
menulis akan menyebabkan murid tersebut gagal mendapat keputusan yang baik
setelah peperiksaan dijalankan.
Saya telah memilih untuk menggunakan bahan bantu mengajar yang dipanggil
“Roda Impian Saya”. Bahan bantu mengajar ini mengaplikasikan kaedah multi sensori
atau kaedah pelbagai sensori iaitu sensori penglihatan (visual), pendengaran (auditori),
pergerakan (kinestatik)dan sentuhan (taktil) ataupun VAKT untuk membantu mengatasi
masalah murid.
2.2 ANALISIS TINJAUAN MASALAH
Pertama sekali saya ingin nyatakan perasaan yang begitu sedih apabila mendapat
tahu murid yang sedang saya didik mempunyai masalah dalam bacaan. Mereka adalah
pelajar pemulihan dari kelas 6 Islah. Saya telah menjalankan sesi pertemuan dengan
kesemua pelajar ini di dalam kelas mereka sendiri, sebelum saya asingkan mereka ke
dalam kelas pemulihan. Semasa menjalankan ujian diagnostik terhadap mereka
semasa berada di dalam kelas biasa, saya dapat melihat mereka lebih cenderung untuk
4
bertanya kepada rakan-rakan yang lain bagaimana untuk menulis huruf yang telah saya
sebutkan. Rakan-rakan mereka akan membantu memberikan jawapan dengan
menunjukkan huruf-huruf abjad yang telah tertampal pada dinding. Mereka juga
memberikan jawapan dengan menggunakan pergerakan jari bagi menunjukkan bentuk
sesuatu abjad.
Saya tidak berpuas hati dengan ujian yang telah saya jalankan ini kerana murid-
murid pemulihan telah dibantu oleh rakan-rakan mereka yang lebih pandai di dalam
kelas arus perdana. Ekoran daripada itu, saya menjalankan ujian diagnostik untuk kali
yang kedua bagi mengesahkan ujian yang diagnostik yang pertama. Hasil daripada
ujian yang telah dijalankan, saya dapat membuat rumusan bahawa murid pemulihan
terbabit mempunyai masalah dalam mengenal huruf besar kan kecil. Saya
beranggapan bahawa masalah mengenal huruf besar dan huruf kecil ini menjadi faktor
utama kenapa murid-murid terbabit menghadapi masalah dalam bacaan.
Antara kesalahan-kesalahan yang telah dilakukan oleh pelajar adalah mereka
sering tertukar di antara huruf besar dan huruf kecil. Mereka kelihatan keliru mengenai
fungsi penggunaan huruf besar dan huruf kecil. Kesalahan ini juga wujud apabila
mereka tidak dapat mengingat bentuk huruf besar dan huruf kecil dengan tepat.
Kesannya, mereka terus menulis tanpa mengambil kira betul atau salah penggunaan
huruf tersebut.
Di samping itu, kesalahan lain yang wujud adalah pelajar tidak dapat
menyenaraikan secara sepenuhnya huruf yang bermula dari huruf “a” sehingga huruf
“z”. Mereka kelihatan termenung dengan lama bagi menulis huruf yang telah disebut
oleh saya. Terdapat juga huruf yang ditulis salah berbanding dengan apa yang disebut
oleh saya.
Selain itu, mereka juga tidak dapat memadankan huruf besar dan huruf kecil
dengan tepat. Sebagai contoh huruf kecil “g” dipadankan dengan huruf besar “Q”,
5
manakala huruf kecil “q” dipadankan dengan huruf besar “G”. Berdasarkan masalah ini
saya dapat melihat pelajar hanya meneka jawapan berpandukan bentuk abjab yang
hampir sama, bukannya bentuk abjab yang tepat.
Berdasarkan masalah yang timbul ini, saya telah membuat keputusan untuk
menggunakan bahan bantu mengajar yang memerlukan pelajar menggunakan pelbagai
deria. Bagi saya penggunaan pelbagai deria ini mampu menerapkan konsep “belajar
sambil bermain”. Konsep belajar sambil bermain akan membantu pelajar belajar
dengan cara yang lebih berkesan dengan menggunakan deria sentuhan, pendengaran,
dan penglihatan. Mereka akan lebih mudah untuk mengingat, dan dapat memahami
sesuatu pelajaran dengan cepat dan bermakna.
Berdasarkan konsep belajar sambil bermain saya telah memilih untuk membina
bahan bantu mengajar yang dipanggil “Roda Impian Saya”. “Roda Impian Saya”
mempunyai pecahan-pecahan bahagian yang mana pecahan bahagian tersebut
mempunyai aktiviti pelajaran yang pelbagai. Sebagai contoh bahagian aktiviti deria
sentuhan yang memerlukan pelajar bermain permainan membina huruf dengan
menggunnakan doh. Bahagian yang kedua pula adalah bahagian deria penglihatan dan
pendengaran dimana aktiviti yang akan dijalankan adalah pelajar akan menonton video
nyanyian tentang huruf-huruf abjab. Melalui bahagian ini juga pelajar akan dapat
melihat slide-slide abjad yang menarik. Bahagian yang ketiga pula adalah bahagian
psikomotor halus dan kasar, yang mana pelajar akan menjalankan aktiviti membentuk
huruf dengan menggunakan jari, badan dan pergerakan-pergerakan ringkas.
6
PERMAINAN DOH
MENONTON VIDEO/ SLIDE
PERGERAK-AN BEBAS
Rajah 1: Bahan Bantu Mengajar “Roda Impian Saya”.
2.3 TINJAUAN LITERITUR
Membaca merupakan salah satu sumber pengetahuan dan asas pembentukan
jati diri ke arah memperoleh ilmu pengetahuan. Tujuan membaca bagi memahami teks
yang dibaca dan kandungan teks memberi makna kepada pembaca (Yahya, 2005).
Membaca merupakan satu kemahiran yang amat bernilai dan merupakan proses yang
dinamik, iaitu memerlukan komunikasi yang aktif dan bemakna antara pembaca dan
penulis. Hal ini bermaksud, melalui pembacaan pembaca dapat mengetahui mesej
penting yang ingin disampaikan oleh penulis. Selain itu, membaca juga ditakrifkan
sebagai keupayaan seseorang mengecam bentuk visual dan menghubungkan antara
bentuk dan bunyi dan melalui pengalaman serta berupaya mentafsirkan maksudnya
( Abdul Rasid Jamian, 2011). Bentuk visual termasuklah simbol-simbol setiap abjab,
dan gabungan simbol bagi membentuk perkataan.
Sementara itu, kemahiran menulis pula merupakan suatu budaya intelek yang
saling melengkapi antara kemahiran membaca dan menulis. Keupayaan menulis
merupakan proses penyaluran maklumat yang bersifat mekanikal dan disalurkan secara
bersistem iaitu mengambil kira matlamat, penggunaan bahasa, audiens dan gaya
penulisan ( Abdul Rasid Jamian, 2011). Hal ini bermaksud, bagi menyampaikan
sesuatu maklumat seseorang boleh menggunakan penulisan dan bagi mendapatkan
maklumat tentang sesuatu yang telah ditulis kemahiran membaca diperlukan.
7
Sehubungan itu, keupayaan membaca dan menulis merupakan suatu kemahiran yang
menjadi punca atau asas dalam proses pengajaran dan pembelajaran yang berkesan
dalam pelbagai disiplin ilmu di sekolah. Pencapaian dan kebolehan yang tinggi dalam
kemahiran membaca dan menulis pasti dapat meningkatkan penguasaan pembelajaran
murid dalam Bahasa Melayu dan mata pelajaran tertentu.
Campbell (1989) menggunakan Teori Kecerdasan Pelbagai sebagai teknik bagi
menarik perhatian murid-murid dalam P&P dalam bilik darjah. Hasil daripada kajian
beliau mendapati murid-murid menunjukkan kemajuan yang baik dalam pembelajaran
termasuklah dari segi kemahiran dan disiplin. Selain daripada membantu murid-murid
belajar, Campbell telah dapat memperkembangkan pelbagai kemahiran murid.
Kajian yang dijalankan oleh Campbell (1989), Ribot (2004) dan Mohd Izzat bin
Ismail (2012) menunjukkan satu keputusan yang positif terhadap peningkatan
pencapaian murid. Sebagai contoh, kajian yang telah dijalankan oleh Mohd izzat bin
Ismail (2012) untuk mengesan keberkesanan bahan mengajar yang menggunakan
kaedah multisensori telah menunjukkan kesan yang baik dalam prestasi pencapaian
pelajar. Beliau menyatakan dalam kajiannya “ Keputusan ujian pos menunjukkan
terdapat peningkatan pencapaian murid dalam mengenali huruf-huruf antara huruf “a”
hingga “z” dan mengeja suku kata suku kata tertutup dan terbuka berbanding
keputusan ujian pra (iaitu sebelum kaedah multi-sensori digunakan). Hal ini
menunjukkan bahawa penggunaan alat bantu mengajar berdasarkan penggunaan
multisensori dapat membantu meningkatkan kemahiran mengeja muird.
3.0 OBJEKTIF KAJIAN / SOALAN KAJIAN
3.1 OBJEKTIF UMUM
Objektif umu kkajian ini adalah untuk meningkatkan keupayaan mengeja dan menulis
abjab kecil dan besar dengan menggunakan “ Roda Impian Saya”.
3.2 OBJEKTIF KHUSUS
8
1) Meningkatkan kebolehan mengeja abjad dengan menggunakan “ Roda Impian
Saya”.
2) Meningkatkan kebolehan menulis abjad dengan menggunakan “ Roda Impian
Saya”.
3) Mengenalpasti sama ada “ Roda Impian Saya” dapat menarik minat pelajar
untuk mempelajari kemahiran mengeja dan menulis abjad.
3.3 SOALAN KAJIAN
1) Adakah penggunaan “Roda Impian Saya” dapat meningkatkan kemahiran
mengeja dengan tepat?
2) Adakah penggunaan “Roda Impian Saya” dapat meningkatkan kemahiran
menulis dengan betul ?
3) Adakah penggunaan “Roda Impian Saya” dapat menarik minat murid untuk
mempelajari kemahiran mengeja dan menulis abjad?
4.0 KUMPULAN SASARAN
Kajian melibatkan seorang orang pelajar murid tahun 6 Islah. Pemilihan pelajar
tahun enam sebagai subjek kajian kerana pelajar ini akan menduduki Ujian Penilaian
Sekolah Rendah (UPSR). Nama pelajar ini ialah Hariz Fahmi bin Hasmam. Bagi saya
pelajar ini perlu diutamakan untuk diberikan bantuan yang sewajarnya dalam aspek
pembelajaran kerana pelajar ini berada pada tahap yang cukup rendah dan amat
9
ketinggalan berbanding rakan-rakan yang lain. Tanpa bantuan yang diberikan, pelajar
ini mungkin sukar untuk mendapat keputusan yang baik dalam UPSR. Kegagalan
dalam peperiksaan yang penting ini boleh menyebabkan pelajar ini terus gagal dalam
kehidupannya. Oleh itu, saya sebagai guru yang telah mengajarnya amat bersimpati
dengan pelajar ini, dan akan cuba sedaya upaya untuk membantunya sehingga
berjaya.
Hariz Fahmi bin Hasmam tidak mempunyai masalah dari segi fizikal. Dia
kelihatan seperti pelajar-pelajar normal yang lain. Dia mampu membuat aktiviti-aktiviti
fizikal yang dijalankan oleh saya dengan baik. Bagi saya, pelajar ini masih boleh
dibantu tetapi melalui cara dan kaedah yang sesuai dengan tahap keupayaan yang dia
miliki.
5.0. PERANCANGAN TINDAKAN
Saya akan membuat penilaian terlebih dahulu terhadap pelajar sebelum saya
menggunakan “Roda Impian Saya” dalam sesi pengajaran dan pembelajaran. Hal ini
penting bagi melihat keberkesanan penggunaan kad timbul yang akan digunakan.
Antara penilaian yang akan saya buat sebelum menggunakan kad timbul adalah, saya
akan meminta pelajar membaca huruf yang saya tunjukkan di papan putih dengan
betul. Setiap jawapan pelajar sama ada betul atau salah akan direkodkan sebagai
dokumen penilaian.
Di samping itu, saya juga akan melakukan ujian menulis abjad kepada pelajar
berkenaan. Penilaian ini dilakukan bagi melihat sama ada pelajar mampu membuat
diskriminasi bagi setiap abjad. Langkah-langkah ujian tersebut adalah saya akan
menyebut satu abjab, seterusnya meminta pelajar menulis abjad yang telah disebutkan.
Jawapan pelajar akan disemak dan disimpan sebagai bahan penilaian.
10
Setelah ujian sebelum penggunaan bantu mengajar yang menggunakan “Roda
Impian Saya” dilakukan, saya akan merancang aturan pengajaran yang sistematik bagi
mengendalikan sesi pengajaran dengan lebih berkesan dengan menggunakan “Roda
Impian Saya”. Pada permulaan sesi pengajaran, saya akan meminta pelajar membuat
pusingan “Roda Impian Saya”. Pelajar dikehendaki melaksanakan tugasan apabila roda
yang telah berpusing terhenti pada tempat pelaksanaan aktiviti.
Bagi menilai keberkesanan penggunaan “Roda Impian Saya” terhadap prestasi
pembelajaran pelajar. Saya akan mengulangi ujian yang telah dilakukan sebelum bahan
tersebut digunakan bagi membuat perbandingan diantara dua keputusan yang telah
diperoleh.
Kelebihan bahan bantu mengajar ini adalah pelajar akan menggunakan lebih
banyak deria dan akan melibatkan aktiviti permainan yang mana dapat membantu
mereka membina pengetahuan melalui aktiviti yg dilakukan.
6.0 MENGUMPUL DATA
Antara teknik yang akan saya gunakan bagi mengumpulkan data adalah
pemerhatian, temubual dan senarai semak. Bagi teknik pemerhatian saya akan melihat
bagaimana pelajar dapat menggunakan bahan bantu mengajar itu dengan teknik yang
11
betul supaya menjurus kepada kemahiran yg diinginkan oleh saya. Saya akan melihat
keupayaan pelajar sebelum penggunaan bahan bantu mengajar dan keupayaan pelajar
selepas menggunakan bahan bantu mengajar. Saya memilih untuk melakukan
pemerhatian secara tidak formal kerana ianya lebih santai berbanding pemerhatian
formal. Pemilihan ini juga disebabkan oleh sikap murid pemulihan yang malu, merasa
diri seorang yang lemah, dan tidak mahu menonjolkan diri. Oleh itu, pemerhatian
secara tidak formal adalah yang paling sesuai.
Bagi mendapatkan maklumat yang lebih jelas tentang keupayaan pelajar, saya
akan menjalankan temu bual dengan pelajar semasa pemerhatian dilakukan. Semasa
sesi temubual saya boleh mengajukan soalan kepada pelajar, sebagai contoh; “Adakah
kamu suka belajar dengan menggunakan “Roda Impian Saya” ini?”, “Adakah kamu rasa
“Roda Impian Saya” ini dapat menjadikan kamu lebih memahami tentang perkara yang
telah saya ajarkan?”.
Di samping itu, semasa pemerhatian dilakukan juga, saya akan membuat
senarai semak yang mana ianya membantu saya melihat aspek-aspek peningkatan
kemahiran pelajar dengan lebih jelas. Sebagai contoh, saya akan menandakan “betul”
jika pelajar mampu menyebut abjab yang telah diarahkan untuk membaca, dan
“pangkah”, jika jawapannya adalah sebaliknya. Penggunaan senarai semak dilakukan
sebelum dan selepas penggunaan “Roda Impian Saya”, ini penting bagi melihat
keberkesanan penggunaan kad timbul kepada pelajar.
6.0 ANALISIS DATA
Saya akan melakukan analisis data bermula dengan tahap pra-analisis, di mana
segala nota lapangan yang telah saya baca akan disemak, ditingkatkan dan dilabelkan
12
menurut jenisnya. Setelah itu, segala data yang telah diperoleh akan ditranskripsikan
dalam perisian pemprosesan data sebagai contoh perisian “microsof excel”.
Langkah yang seterusnya adalah, segala maklumat akan dipamerkan dalam
bentuk jadual, lembaran tanda (Tally) dan graph kemajuan pelajar dengan
menggunakan perisian yang sama. Semua prosedur analisis data yang telah disusun
membawa kepada rumusan kajian menjadi lebih tepat.
7.0 ANGGARAN PERUNTUKAN
BIL. BAHAN UNIT HARGA
SEUNIT
JUMLAH
1 KAD BOARD 1 RM 4.50 RM 4.50
2 GAM 1 RM 3.50 RM 3.50
3 CAT WARNA 1 RM 15.00 RM 15.00
4 BENANG 5 RM 1.50 RM 7.50
JUMLAH RM 30.50
8.0 REFLEKSI
Pertama sekali saya amat bersyukur kerana mendapat bimbingan daripada Dr
Suah See Ling. Saya amat bertuah kerana banyak perkara yang baru yang telah saya
13
pelajari daripada beliau. Beliau banyak memberikan bimbingan dan bantuan ketika saya
menghadapi masalah semasa membuat kertas cadangan kajian tindakan ini. Saya telah
berusaha dengan sedaya upaya untuk menghasilkan satu kertas cadangan kajian yang
terbaik dan saya amat beruntung kerana mendapat seorang pensyarah pembimbing
yang amat dedikasi dengan amanah yang dipikul oleh beliau. Beliau sering memberi
teguran yang membina. Beliau sentiasa mengingatkan kami ketika kami alpa terhadap
tugasan yang diberikan. Di samping itu, beliau juga banyak memberikan bahan-bahan
rujukan yang bermanfaat kepada kami sebagai rujukan dan panduan dalam
menghasilkan kertas cadangan yang berkualiti tinggi.
Pelbagai usaha yang telah saya lakukan bagi menghasilkan satu kertas
cadangan yang terbaik, seperti merujuk kajian-kajian tokoh-tokoh yang telah mencuba
kajian seperti yang telah saya buat. Banyak maklumat-maklumat yang penting yang
telah saya dapat semasa proses membuat rujukan, seperti tahap keberhasilan bahan-
bahan bantu mengajar yang telah digunakan oleh tokoh-tokoh tersebut sehingga proses
pengajaran dan pembelajaran dapat dijalankan dengan baik, proses penggunaan
bahan bantu mengajar yang berkesan dan juga cara untuk menilai keberkesanan bahan
bantu mengajar.
Di samping itu, saya juga banyak berbincang dengan rakan-rakan untuk
menghasilkan satu bahan bantu mengajar yang berkesan yang sesuai dengan tahap
pencapaian pelajar. Pemilihan bahan bantu mengajar yang sesuai adalah penting
kerana ianya akan membantu pelajar yang bermasalah dapat dibantu dan dipulihkan
dengan kadar yang segera. Saya merasa sungguh beruntung kerana dikelilingi oleh
sahabat-sahabat yang sentiasa membantu ketika menghadapi masalah.
Guru pembimbing juga banyak memberikan tunjuk ajar yang amat berguna
dalam menyiapkan tugasan. Beliau telah memberikan banyak maklumat mengenai
subjek kajian. Beliau memberikan cadangan-cadangan pembinaan bahan bantu
mengajar dan cara pengajaran yang berkesan bagi membantu pelajar yang bermasalah
14
itu. Bagi saya, pandangan dari guru pembimbing adalah penting kerana beliau
merupakan guru yang pernah mengajar pelajar terbabit dan sudah tentu beliaulah yang
lebih mengetahui menganai pelajar terbabit.
Kesimpulannya, saya amat berterima kasih kepada semua pihak yang banyak
membantu dalam proses menyiapkan kertas cadangan kajian tindakan ini. Saya amat
terharu dengan segala sumbangan yang telah diberikan. Saya amat berharap kertas
cadangan ini akan diterima oleh pensyarah penilai dan mendapat sokongan yang
sepenuhnya oleh mereka. Pada semester akan datang saya akan cuba memastikan
kertas cadangan ini direalisasikan dalam kelas pemulihan yang sebenar. Yang lebih
penting lagi, pelajar yang telah saya jadikan sebagai subjek kajian mampu
meningkatkan keupayaan ke tahap yang lebih tinggi, akhirnya memperoleh keputusan
yang cemerlang dalam Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR).
15