PENGENALAN
Ciri-ciri iklim Malaysia ialah mempunyai suhu yang seragam, kelembapan yang
tinggi dan hujan yang banyak. Angin pada amnya lemah. Malaysia yang terletak di
kawasan doldrum khatulistiwa amat jarang sekali mempunyai keadaan langit tidak
berawan langsung meski pun pada musim kemarau teruk. Malaysia juga jarang sekali
mempunyai satu tempoh beberapa hari dengan tidak ada langsung cahaya matahari
kecuali pada musim monsun timur laut.
Malaysia juga mempunyai pelbagai faktor yang mempengaruhi iklim di Malaysia.
Antara faktor – faktor iklim ini akan dibincangkan sepanjang topik atau di dalam tugasan
ini
1
DEFINISI CUACA
Cuaca adalah istilah yang digunakan untuk menghuraikan semua fenomena yang
banyak dan pelbagai yang boleh berlaku dalam atmosfera planet. Istilah ini biasanya
digunakan untuk memaksudkan aktiviti fenomena ini selama tempoh masa yang
pendek, biasanya tidak lebih dari beberapa hari panjangnya. Purata keadaan atmosfera
untuk tempoh yang lebih panjang dikenali sebagai iklim. Penggunaan dua istilah ini
selalu bertindih dan konsep ini jelas berhubungkait rapat.
DEFINISI METEOROLOGI
Meteorologi atau kajicuaca merupakan pengajian saintifik tentang keadaan atmosfera
terutamanya berkenaan cuaca dan ramalannya. Cuaca memainkan peranan penting
dalam mencorakkan cara hidup kita. Ia digolongkan dengan klimatologi,
Meteorologi juga mengkaji interaksi atmosfera Bumi dengan Lautan. Kajian meteorologi
membolehkan ahli sains meramal cuaca dan membekalkan maklumat penting untuk
bidang-bidang ketenteraan, penjanaan tenaga, pertanian, perkapalan dan pembinaan.
Ahli meteorologi mengkaji arah dan halaju angin, suhu, tekanan, wap air dan interaksi
pemboleh ubah ini, dan bagaimana mereka berubah dengan masa. Di Malaysia,
meteorologi tidak begitu menonjol jika dibandingkan dengan cabang ilmu sains yang
lain. Hakikatnya, bertitik tolak dari meteorologi, ia menghasilkan pelbagai kajian sains
seperti climatology (kajian tentang iklim), hidrologi, strata vegetasi, botani, zoologi dan
biogeografi.
2
IKLIM DAN CUACA
Secara mudah, cuaca adalah satu pergabungan kejadian di atmosfera dan Iklim pula
adalah cuaca yang dialami sepanjang satu jangkamasa di sesuatu lokasi.
Tidak ada suatu batas pemisah tepat antara apa yang dikatakan iklim dan apa yang
dikatakan Cuaca. Ia bergantung kepada kegunaan. Umpamanya, fenomena El Nino
adalah satu fenomena cuaca untuk segolongan pemerhati, tetapi untuk segolongan
yang lain, ia suatu ciri perubahan iklim.
Bila konsep iklim sebagai satu purata sistem cuaca dikemukakan pada akhir kurun ke–
19, jangkamasa 30 tahun merupakan satu jangkamasa yang munasabah. Tetapi,
dengan adanya perolehan arah aliran cuaca bagi satu jangkauan masa yang panjang
meliputi rekod-rekod suhu, hujan dan sebagainya, keupayaan mendapatkan takrifan
yang menyeluruh untuk “iklim” menjadi lebih sukar kerana dalam jangkamasa 30 tahun
tersebut, purata suhu, taburan hujan dan sebagainya boleh berubah, dan dalam satu
jangkamasa singkat, perolehan statistik kurang stabil.
Untuk sesuatu lokasi geografi, iklim tidak berubah semasa hayat seseorang insan.
Dalam jangkamasa geologi (jutaan tahun), iklim boleh berubah untuk sesuatu lokasi.
Antara faktor yang mempengaruhi iklim dan cuaca ialah:
3
1) Mekanisme asas
Fenomena cuaca terhasil akibat dari perbezaan suhu seluruh dunia, yang timbul
sebahagian besarnya kerana kawasan yang lebih dekat kepada tropika, di sekitar
khatulistiwa, menerima lebih tenaga dari Matahari berbanding bahagian utara dan
selatan, lebih dekat kepada kutub Bumi.
Sebab kedua perbezaan suhu pada Bumi adalah kelainan permukaan tempat (seperti
air lautan, tanah berhutan, dan kepingan ais) mempunyai kebolehpantulan berbeza
(albedo), dan dengan itu menyerap dan menyinarkan kadar berbeza tenaga suria yang
diterima.
Perbezaan suhu permukaan mengakibatkan arus angin menegak. Permukaan panas
akan memanaskan udara di atasnya, menyebabkan ia mengembang dan naik ke atas,
menurunkan tekanan udara dan menarik udara yang lebih sejuk ke tempat tersebut.
Udara panas yang mengembang dan naik itu akan kehilangan haba dan menyejuk,
yang menyebabkannya mengecut dan turun ke bawah, meningkatkan tekanan udara
dan menggantikan udara yang berada di bawahnya.
Arus angin melintang terbentuk di sempadan kawasan yang berbeza kepanasan dan
boleh menjadi-jadi jika terdapat permukaan cerun. Sistem ringkas ini boleh
menimbulkan tingkah laku yang menghasilkan sistem yang lebih rumit dan demikian
semua fenomena cuaca. Contoh skala besar proses ini boleh dilihat di sel Hadley dan
bentuk lain peredaran atmosfera. Contoh kecilan pula dalah seperti bayu laut. Kesan
Coriolis penting dalam menjadi punca putaran besar asing yang dikenali sebagai siklon.
Jadi punca asas cuaca adalah suhu permukaan, dan boleh juga ketinggian.
4
Oleh kerana paksi Bumi miring sedikit (tidak berserenjang dengan satah orbitnya),
cahaya matahari sampai pada sudut yang berbeza pada waktu yang berbeza dalam
setahun. Semasa Jun, Hemisfera Utara condong ke arah matahari, jadi pada mana-
mana latitud cahaya matahari akan jatuh lebih menegak berbanding pada Disember
(lihat kesan sudut matahari pada iklim). Ini menghasilkan musim. Sebarang liukan
dalam orbit planet akan mengubah jumlah tenaga yang diterima di suatu tempat
sepanjang tahun dam mungkin mempengaruhi pola cuaca jangka panjang.
Lihat kitaran Milankovitch.
(Kewujudannya juga disumbangkan oleh kerana perubahan orbit bumi mengelilingi matahari)
2) Cuaca bumi
Awan kumulus humilis
Di Bumi, fenomena cuaca yang sering berlaku termasuklah angin, awan, hujan, salji,
kabus dan ribut pasir. Perkara lain yang lebih jarang termasuklah bencana alam seperti
5
puting beliung, ribut taufan dan ribut ais. Hampir semua fenomena cuaca di Bumi terjadi
di troposfera (bahagian bawah atmosfera). Ada juga yang berlaku di stratosfera dan
mempengaruhi cuaca di troposfera, namun mekanismanya masih belum difahami.
Atmosfera Bumi adalah satu sistem The Earth's atmosphere is one large chaotic system
yang pertukaran kecil pada satu bahagian mampu memberi kesan besar dikawasan
yang lain. Ini menjadikan ia sukar bagi mejangka dengan tepat pertukaran cuaca jangka
pendek lebih dari beberapa hari awal, sungguhpun kajian cuaca terus meningkatkan
had ini melalui sains kajian cuaca, Meteorologi.
Teori Chaos menjelaskan bahawa terdapat pemboleh ubah infiniti yang mampu
memberi pengaruh kepada cuaca. Perbezaan kecil pada pergerakan sebarang molekul
di udara memberi kesan kepada keadaan atmospherik. Perbezaan kecil mampu
memberi kesan kepada troposphere cukup untuk mendorong kepada keadaan berbeza
sepenuhnya. Dengan itu ia tidak mungkin untuk menjangka dengan tepat.
3) Penentu iklim
Dalam satu jangka masa yang lama, terdapat beberapa pembolehubah statik yang
menentukan iklim, seperti latitud dan altitud, nisbah darat berbanding permukaan air,
gunung-ganang dan jarak ke kawasan laut berdekatan. Penentu iklim yang lain lebih
dinamik: aliran lautan yang mengagihkan tenaga haba antara kawasan-kawasan
khatulistiwa dan kutub, dan juga agihan haba antara laut dan bumi di peringkat
tempatan, yang dipengaruhi oleh lain-lain aliran laut. Darjah liputan tumbuh-tumbuhan
juga menjejaskan darjah penerapan haba suria, pengekalan serapan air, dan juga
kadar hujan di peringkat serantau. Perubahan pada tahap gas-gas atmosfera,
6
khususnya gas rumah hijau mempengaruhi suhu dan jumlah tenaga suria yang ditahan
di atmosfera, dan membawa kepada pemanasan sejagat secara perlahan.
Pembolehubah yang menentukan iklim terlalu banyak, dan satu perubahan
pembolehubah akan mengakibatkan interaksi yang amat kompleks dan menyeluruh.
Jika Amerika Syarikat enggan mengurangkan pengeluaran gas "rumah hijau"
khususnya sisa daripada kenderaan bermotor, kesannya bukan hanya terhadap iklim di
sana sahaja, tetapi mempengaruhi keadan iklim seluruh dunia.
4) Indeks iklim
Pengkaji iklim menggunakan indeks iklim dalam percubaan mereka mencirikan dan
memahami dengan lebih mendalam mengenai iklim, khususnya mekanisme yang
mempengaruhi kebolehan kita membuat ramalan cuaca setiap hari. Seperti indeks
bursa saham, indeks iklim digunakan untuk mewakilkan naik turun unsur-unsur penting
yang mempengaruhi iklim. Indeks iklim dirumus dengan objektif berkembar: mudah dan
sempurna. Mengikut fitrahnya, indeks adalah mudah dan menggabungkan banyak
butiran iklim ke dalam satu keterangan umum dan menyeluruh bagi atmosfera ataupun
lautan boleh digunakan untuk mencirikan faktor-faktor yang mempengaruhi sistem
cuaca secara sejagat. Oleh kerana iklim indeks umumnya ditentukan dari pengukuran-
pengukuran dibuat dalam kawasan setempat, ia boleh memberi kesan di kawasan lain
sekitar dunia, melalui proses kadangkala dipanggil hubungan jauh ataupun
teleconnection.
5) Iklim mikro
7
Iklim mikro merujuk kepada keadaan iklim bagi suatu kawasan kecil atau iklim
tempatan. Iklim satu lokasi adalah satu rantaian kepada sistem iklim yang lebih besar,
maka perubahan dalam sesuatau iklim akan mengakibatkan perubahan kepada sistem
iklim yang lebih besar.
- Iklim Malaysia
Ciri - ciri iklim Malaysia ialah mempunyai suhu yang seragam, kelembapan yang tinggi
dan hujan yang banyak. Angin pada amnya lemah. Malaysia yang terletak di kawasan
doldrum khatulistiwa amat jarang sekali mempunyai keadaan langit tidak berawan
langsung meski pun pada musim kemarau teruk. Malaysia juga jarang sekali
mempunyai satu tempoh beberapa hari dengan tidak ada langsung cahaya matahari
kecuali pada musim monsun timur laut
Gambar satelit menunjukkan sistem cuaca sekitar Malaysia, gambar Jabatan Kajicuaca
Malaysia
6) Angin
8
Walaupun angin di Malaysia pada amnya lemah dan arahnya berubah-ubah, terdapat
perubahan bertempoh dalam corak tiupan angin. Berdasarkan kepada perubahan ini,
empat musim boleh dibezakan iaitu monsun barat daya, monsun timur laut dan dua
musim peralihan monsun yang lebih pendek.
Monsun barat daya biasanya bermula pada setengah terakhir bulan Mei atau awal
bulan Jun dan tamat pada akhir September. Angin lazim pada amnya dari arah barat
daya dengan kelajuan yang lemah iaitu di bawah 15 knot. Monsun timur laut biasanya
bermula pada awal November dan berakhir pada Mac. Semasa musim ini, angin lazim
adalah dari arah timur atau timur laut dengan kelajuan antara 10 dan 20 knot. Negeri--
negeri pantai timur Semenanjung Malaysia lebih terjejas dengan tiupan angin ini di
mana kelajuannya boleh mencapai 30 knot atau lebih semasa luruan kuat udara sejuk
dari utara (luruan sejuk). Semasa musim-musim peralihan monsun, angin pada amnya
berkelajuan lemah dan arahnya berubah-ubah. Pada kedua-dua musim ini, palung
khatulistiwa merentangi Malaysia. Perlu juga dinyatakan di sini bahawa dalam tempoh
dari April hingga November bila mana taufan kerap kali terbentuk di barat Pasifik dan
bergerak ke arah barat merentasi Filipina, angin barat daya di kawasan barat laut pantai
Sabah dan kawasan Sarawak menjadi lebih kuat dan boleh mencapai 20 knot atau
lebih.
Sebagai negara dikelilingi laut, kesan bayu laut dan bayu darat ke atas corak tiupan
angin adalah besar terutamanya semasa hari tidak berawan. Pada keadaan petang
yang terang cahaya matahari, bayu laut dengan kelajuan antara 10 dan 15 knot
selalunya terjadi dan bayu ini boleh mencapai beberapa puluh kilometer ke dalam
9
kawasan pendalaman. Dalam keadaan malam langit terang, proses sebaliknya berlaku
di mana bayu darat yang lebih lemah kelajuannya boleh terjadi di kawasan pantai.
7) Taburan Hujan
Corak tiupan angin bermusim bersama sifat topografi lokal menentukan corak taburan
hujan di Malaysia. Semasa musim timur laut, kawasan yang terdedah seperti kawasan
Pantai Timur Semenanjung Malaysia, kawasan Sarawak Barat dan kawasan pantai
timur laut Sabah mengalami beberapa tempoh hujan lebat. Sebaliknya, kawasan
pendalaman atau kawasan yang dilindungi banjaran gunung adalah secara relatifnya
bebas dari pengaruh ini. Adalah lebih baik taburan hujan di Malaysia diterangkan
mengikut musim.
8) Sejatan
Di antara kesemua faktor-faktor yang mempengaruhi kadar sejatan, keadaan berawan
dan suhu adalah merupakan dua faktor terpenting yang saling berkait. Hari yang
berawan bermakna kurangnya cahaya matahari seterusnya kurang sinaran matahari
menyebabkan suhu menjadi rendah. Ujian daripada data-data sejatan menunjukkan
bahawa bulan-bulan berawan atau hujan mempunyai kadar sejatan yang rendah
sementara bulan kering adalah bulan yang mempunyai kadar sejatan yang tinggi.
Stesen Senai , salah satu dari stesen yang letaknya di tanah rendah mempunyai purata
sejatan terendah dalam sehari iaitu 2.6mm dalam bulan November, sementara Kota
Kinabalu pula mempunyai purata sejatan tertinggi iaitu 6.0mm sehari dalam bulan April.
Bagi kawasan tanah tinggi seperti Cameron Highlands di mana suhu udaranya adalah
rendah, kadar sejatannya juga rendah. Sementara kawasan tanah rendah mempunyai
10
purata sejatan tahunan 4mm hingga 5mm sehari, Cameron Highlands mempunyai
kadar yang hanya lebih kurang 2.5mm sehari
9) Taburan suhu
Sebagai sebuah negara yang terletak di khatulistiwa, Malaysia mengalami suhu yang
sekata sepanjang tahun. Perbezaan tahunan suhunya adalah kurang daripada 2oC
kecuali bagi kawasan pantai timur Semenanjung Malaysia yang kerap dipengaruhi oleh
luruan angin sejuk dari Siberia semasa monsun timurlaut. Walaubagaimana pun
perubahan suhu tahunannya kurang daripada 3oC.
Julat suhu harian adalah besar, 5oC hingga 10oC bagi stesenstesen berhampiran pantai
dan antara 8oC hingga 12oC bagi stesenstesen dipendalaman tetapi suhu harian yang
tinggi seperti yang terdapat di kawasan benua tropika tidak pernah dialami. Walaupun
siang selalunya panas, tetapi di waktu malam ianya sejuk di manamana.
Walaupun perubahan bermusim dan bertempat suhu secara perbandingan adalah kecil,
tetapi dalam beberapa hal ia dapat ditentukan. Bagi Semenanjung Malaysia, terdapat
perubahan suhu yang jelas semasa monsun dan ini terdapat di kawasan pantai timur.
Bulan April dan Mei adalah bulan di mana suhu purata bulanan adalah paling tinggi
sementara Disember dan Januari pula adalah bulan di mana suhu purata bulanannya
paling rendah.
Purata suhu harian dikebanyakan daerah di timur Banjaran Besar adalah rendah
berbanding dengan daerah di barat. Perubahanperubahan nilai ini adalah disebabkan
suhu harian yang rendah yang dialami di kawasan daerah timur semasa monsun timur-
laut hasil daripada hujan dan litupan awan yang luas. Di Kuala Terengganu, sebagai
11
contoh semasa monsun timurlaut suhu pada waktu siang jarang mencapai 32oC dan
kerapkali tidak mencapai 27oC. Beberapa keadaan telah direkodkan di mana suhu tidak
melebihi 24oC iaitu suhu terendah dicapai pada waktu malam dikebanyakan tempat.
Purata suhu pada waktu malam biasanya di antara 21oC hingga 24oC. Tetapi nilai suhu
dihampir semua stesen boleh menurun jauh lebih rendah daripada suhu tersebut ,
malam yang sejuk biasanya diikuti dengan siang yang panas.
10)Kelembapan bandingan
Seperti yang diperkatakan, Malaysia mempunyai kelembapan yang tinggi. Purata
kelembapan bandingan bulanannya adalah diantara 10% hingga 90%, berubah
mengikut tempat dan bulan. Bagi sesuatu kawasan yang khusus, julat purata
kelembapan bandingannya berubah dari minimum 3% (Bintulu) ke maksimum lebih
kurang 5% (Alor Star). Di Semenanjung Malaysia, julat minimum terdapat di Sitiawan di
mana purata kelembapan bandingan berubahubah dari nilai serendah 80% dalam bulan
Februari ke setinggi hanya 88% dalam bulan Februari.
Julat maksimum pula terdapat di kawasan baratlaut Semenanjung (Alor Star) di mana
purata kelembapan bandingan berubahubah dari 72% hingga 87% pada bulan Februari.
Adalah diperhatikan bahawa di Semenanjung Malaysia, kelembapan bandingan
minimum biasanya terdapat pada bulan Januari dan Februari kecuali bagi negerinegeri
pantai timur iaitu Kelantan dan Trengganu di mana kelembapan bandingan
minimumnya adalah pada bulan March. Kelembapan bandingan maksimum pula
lazimnya adalah pada bulan November.
12
Seperti dalam kes suhu, perubahan harian kelembapan bandingan adalah lebih besar
berbanding dengan perubahan tahunan. Purata minimum hariannya boleh serendah
42% semasa bulanbulan kering dan menghampiri setinggi 70% semasa bulan - bulan
lembab. Bagaimanapun purata harian maksimumnya pula tidak banyak berubah dari
tempat ke setempat iaitu melebihi 94%.Ia mungkin mencapai setinggi 100%. Negeri-
negeri di baratlaut iaitu Kedah dan Perlis mempunyai perubahan kelembapan
bandingan harian terbesar
11)Cahaya dan sinaran matahari
Sebagai sebuah negara yang dikelilingi laut dan terletak berhampiran khatulistiwa,
Malaysia secara semulajadi menerima cahaya matahari yang banyak dan seterusnya
sinaran matahari. Bagaimanapun adalah jarang terdapat dalam sepanjang hari tidak
diliputi awan langsung walaupun ketika tempoh kemarau. Litupan awan dapat
mengurangkan kandungan cahaya matahari dan seterusnya sinaran matahari. Secara
purata, Malaysia menerima sebanyak 6 jam cahaya matahari sehari.
Walau bagaimana pun, terdapat perbezaan mengikut musim dan tempat jumlah cahaya
matahari yang diterima. Secara purata, Alor Star dan Kota Bharu menerima lebih
kurang 7 jam cahaya matahari sehari sementara kuching menerima hanya secara
purata 3.7 jam sehari dalam bulan Januari.
Sementara Alor Star secara purata menerima nilai maksima sebanyak 8.7 jam sehari
pada bulan yang sama. Sinaran matahari adalah berkaitan rapat dengan tempoh
cahaya matahari. Perubahan bermusim dan bertempatnya adalah lebih kurang sama
dengan cahaya matahari.
13
PERUBAHAN HUJAN BERMUSIM
-Di Semenanjung Malaysia
Perubahan hujan bermusim di Semenanjung Malaysia boleh dibahagikan kepada tiga
jenis utama:
(a) Bagi negeri-negeri di pantai timur Semenanjung Malaysia, November, Disember dan
Januari merupakan bulan yang mempunyai hujan maksimum manakala Jun dan Julai
merupakan bulan kering di kebanyakan negeri.
(b) Kawasan selain kawasan pantai barat daya Semenanjung Malaysia, corak hujan
menunjukkan terdapatnya dua tempoh hujan maksimum dengan dipisahkan oleh dua
tempoh hujan minimum. Maksimum primer biasanya berlaku pada bulan Oktober-
November manakala maksimum skunder berlaku pada bulan April-May. Di kawasan
barat laut, minimum primer berlaku pada bulan Januari-Februari manakala minimum
skunder berlaku pada bulan Jun-Julai. Di lain-lain tempat, minimum primer berlaku pada
bulan Jun-Julai manakala minimum skunder berlaku pada bulan Februari.
(c) Corak hujan di kawasan pantai barat daya Semenanjung Malaysia lebih dicorakkan
oleh kejadian 'Sumatras' pagi pada bulan Mei Ogos di mana corak maksima dan
minima berganda tidak wujud. Oktober dan November adalah bulan yang mempunyai
hujan maksimum manakala Februari adalah bulan yang mempunyai hujan minimum.
Maksimum Mac-April-Mei dan minimum Jun-Julai tidak wujud atau kurang jelas
14
- Di Sabah Dan Sarawak
Perubahan hujan bermusim di Sabah dan Sarawak boleh dibahagikan kepada lima
jenis utama:
(a) Kawasan pantai Sarawak dan timur laut Sabah mengalami regim corak hujan satu
maksimum dan satu minimum. Kedua-dua kawasan mengalami hujan maksimum pada
bulan yang sama iaitu Januari manakala hujan minimum pada bulan yang berbeza. Di
kawasan pantai Sarawak, hujan minimum berlaku pada bulan Jun atau Julai manakala
kawasan timur laut pantai Sabah hujan minimum berlaku pada bulan April. Di bawah
regim ini, kebanyakan hujan diterima pada bulan-bulan monsun timur laut iaitu
Disember hingga Mac. Sesungguhnya, lebih dari separuh dari hujan tahunan diterima di
kawasan barat Sarawak.
(b) Kawasan pendalaman Sarawak pada amnya mengalami taburan hujan tahunan
yang agak sekata. Walau pun begitu, agak kurang sedikit hujan diterima semasa
tempoh Jun hingga Ogos sesuai dengan kejadian angin lazim barat daya. Perlu di
nyatakan di sini bahawa hujan tahunan tertinggi di Malaysia berlaku di cerun bukit
kawasan pendalaman Sarawak. Longgo kan menerima hujan tahunan purata melebihi
5000 mm.
(c) Kawasan barat laut pantai Sabah mengalami regim corak hujan dua maksima dan
dua minima. Maksimum primer berlaku pada bulan Oktober dan maksimum skunder
berlaku pada bulan Jun. Minimum primer berlaku pada bulan Februari manakala
minimum skunder berlaku pada bulan Ogos. Walau pun perbezaan jumlah hujan yang
diterima pada dua bulan maksimum adalah kecil, namun perbezaan jumlah hujan yang
15
diterima pada minimum primer adalah jelas lebih rendah berbanding skunder minimum.
Di sesetengah tempat, perbezaan mencapai setinggi empat kali ganda.
(d) Di kawasan tengah Sabah di mana keadaannya berbukit dan terlindung oleh
banjaran gunung, hujan yang diterima adalah lebih rendah secara relatif berbanding
dengan kawasankawasan lain serta taburannya agak sekata. Akan tetapi, dua maksima
dan dua minima boleh diperhatikan. Pada amnya, dua minima berlaku pada bulan
Februari dan Ogos manakala dua maksima berlaku pada bulan Mei dan Oktober.
(e) Kawasan selatan Sabah mengalami taburan hujan sekata. Jumlah hujan tahunan
yang diterima boleh diperbandingkan dengan bahagian tengah Sabah. Februari hingga
April adalah tempoh agak kering berbanding bulan-bulan lain
KESAN PERUBAHAN CUACA DUNIA
Manusia, Iklim dan Cuaca
Unsur-unsur cuaca dan iklim boleh dibahagikan kepada dua kumpulan, iaitu unsur-
unsur ‘positif’ dan unsur-unsur ‘negatif’. Ciri-ciri positif cuaca dan iklim lazimnya
dipanggil ‘sumber alam’, sementara ciri-ciri yang negatif lebih dikenali sebagai ‘ bahaya
alam’. Interaksi antara manusia dengan sistem bumi atmosfera, khasnya yang
melibatkan cuaca dan iklim, telah banyak membawa kepada pertambahan bahaya alam
berbanding dengan sumber-sumber alam. Misalnya, kepadatan penduduk,
perindustrian dan kenderaan yang padat di kawasan bandaraya telah mengakibatkan
pencemaran udara yang membawa kepada perubahan unsur – unsur cuaca dan iklim.
16
Selain itu, unsur-unsur yang positif pada suatu masa di suatu tempat mungkin juga
akan berubah menjadi unsur yang negatif pada masa dan tempat yang lain. Contohnya,
hujan lebat di kawasan gurun adalah suatu sumber yang amat penting, tetapi jika ianya
berlaku di kawasan lembab seperti kawasan monsun yang membawa kepada banjir,
maka ianya dikelaskan sebagai bahaya alam. Manusia di bandar mahupun di
pendalaman telah berinteraksi dengan udara semulajadi untuk menghasilkan kejadian-
kejadian bahaya alam seperti udara kotor, jerebu, hujan asid, kenaikan suhu dan lain-
lain perubahan cuaca dan iklim. Oleh hal yang demikian, kenyataan yang mengatakan
bahawa kejadian banjir, tanah runtuh dan seumpamanya yang disebabkan oleh
keadaan semulajadi adalah tidak benar, kerana dalam bencana yang sebegini tiada
bencana alam yang boleh dikatakan benar-benar semulajadi melainkan elemen
manusia turut terlibat dan memainkan peranan penting di dalam setiap kejadian
bencana tersebut.
Udara, Cuaca Dan Iklim
Sehingga dekad kebelakangan ini, unsur-unsur cuaca dan iklim jarang dianggap
sebagai sumber semulajadi. Kebanyakan unsur yang menjadikan cuaca dan iklim dilihat
sebagai sumber yang tidak terhad dan oleh itu sering disalah-tafsirkan. Hakikatnya,
udara yang dinikmati selama ini boleh dicemari dan kadar pencemaran udara semakin
meningkat di merata tempat didunia ini. Pencemaran udara, pemanasan global,
penipisan dan pembocoran lapisan ozon, jerebu, hujan asid, banjir tanah runtuh, taufan
dan lain-lain bahaya alam yang berpunca dari unsur-unsur cuaca dan iklim telah
mengancam hidupan flora, fauna, alam sekitar dan manusia sendiri. Kesan dari
17
keadaan tersebut telah banyak membawa kepada pemupusan dan kemusnahan
banyak spesis hidupan flora dan fauna dalam biosfera. Mengenai cuaca dan iklim, al-
Quran juga tidak ketinggalan memberikan penerangan tentang perubahan-perubahan
yang berlaku di mukabumi disebabkan oleh faktor-faktor seperti perubahan angina,
peranan air dan awan seperti yang dinyatakan dlam surah al-Baqarah, ayat 164;
“Sesungguhnya dalan penciptaan langit dan bumi, silih bergantinya malam dan siang,
kapal yang belayar di laut membawa apa yang berguna bagi manusia, dan apa yang
Allah turunkan dari langit berupa air, lalu dengan air itu Dia hidupkan bumi sesudah
matinya (kering), dan Dia sebarkan di bumi itu segala jenis haiwan, dan pengisaran
angin dan awam yang dikendalikan antara langit dan bumi, sungguh terdapat tanda-
tanda Keesaan dan Kebesaran Allah bagi kaum yang memikirkan,”
APAKAH PERUBAHAN CUACA DUNIA?
Perubahan cuaca dunia biasanya dikaitkan dengan peningkatan suhu dunia atau lebih
dikenali sebagai pemanasan global. Pemanasan global merupakan satu indikasi atau
tanda-tanda meningkatnya suhu permukaan baik di atas daratan, lautan, ataupun
kombinasi keduanya secara menyeluruh. Pemanasan global berpunca daripada
pembakaran bahan api fosil seperti arang batu, minyak dan gas menyebabkan
peningkatan mendadak gas rumah hijau seperti karbon dioksida, metana dan
klorofluorokarbon (CFC) dalam atmosfera. Gas rumah hijau yang terkumpul tidak dapat
dibebaskan dan terperangkap dalam atmosfera menyebabkan bumi menjadi lebih
panas.
18
ANCAMAN PERUBAHAN CUACA DAN IKLIM DUNIA
Perubahan cuaca dunia merupakan ancaman yang mungkin tidak disedari dan kurang
diberi perhatian oleh masyarakat kini. Di Malaysia, masih terdapat segelintir masyarakat
yang memandang mudah permasalahan ini. Perubahan cuaca dunia biasanya dikaitkan
dengan peningkatan suhu dunia yang merupakan satu proses kompleks serta
memakan masa yang panjang.
Namun begitu, fenomena kesan perubahan cuaca dunia semakin jelas dan dapat
dirasai oleh masyarakat dunia rentetan berlakunya peningkatan suhu dunia.
Peningkatan suhu dunia atau lebih dikenali sebagai pemanasan global merupakan satu
ancaman baru kepada keselamatan rakyat dan negara malahan dikatakan boleh
menjadi lebih dahsyat daripada senjata pemusnah masa. Ini adalah kerana fenomena
pemanasan global tidak mengenal warna kulit dan sempadan negara.
Di Malaysia, tanda-tanda perubahan cuaca akibat pemanasan global dapat dilihat
menerusi beberapa kejadian bencana dan juga simptom-simptom yang melanda
beberapa kawasan di seluruh negara seperti kenaikan paras air laut, jerebu,
banjir,tanah runtuh dan kekurangan sumber air. Perubahan cuaca yang berlaku tidak
hanya melibatkan Malaysia sahaja, malah ia merupakan permasalahan global yang
harus ditangani secara bersama oleh semua negara di dunia.
19
PUNCA DAN FAKTOR PENYUMBANG KEPADA PERUBAHAN CUACA
Sememangnya punca dan faktor sebenar yang menyumbang kepada perubahan cuaca
dunia masih menjadi pertikaian sesetengah pihak. Namun hakikatnya, apa yang jelas
bukti menunjukkan bahawa perubahan cuaca berpunca daripada aktiviti dan cara hidup
manusia sendiri. Kerakusan manusia menjadi punca utama kepada perubahan cuaca
dunia. Pembangunan, pemusnahan hutan, perindustrian, perkilangan dan
pengangkutan merupakan antara aktiviti yang menyumbang kepada perubahan cuaca
dan iklim sejagat.
Perubahan cuaca dunia yang berlaku adalah kesan peningkatan mendadak gas rumah
hijau di atmosfera yang disebabkan oleh kepesatan dalam industri perkilangan,
pembalakan, pertanian, pengangkutan dan industri lain di dunia tanpa adanya
keseimbangan dengan alam sekitar. Ini seterusnya telah menyumbang kepada
pertambahan gas-gas tersebut dan secara langsung meningkatkan suhu bumi.
Peningkatan gas karbon dioksida di atmosfera berlaku kesan daripada pembakaran
bahan api fosil seperti penggunaan petrol, arang batu dan gas.
Menerusi Laporan Penilaian Ke-4 (Perubahan Iklim 2007) Panel Antara Kerajaan
Perubahan Iklim (IPCC), menunjukkan 98 peratus daripada kenaikan suhu bumi kini
disebabkan oleh pembebasan gas karbon dioksida. Konsentrasi karbon dioksida di
atmosfera meningkat daripada 280 bahagian sejuta (ppm) yang dicatat pada kurun ke-
18 (sebelum era revolusi perindustrian) kepada 379 ppm pada 2005. Pada 2099,
sekiranya manusia masih mengekalkan momentum penggunaan bahan api fosil
sepertimana sekarang, kepekatan gas ini di atmosfera dijangka meningkat sebanyak
20
700 ppm. Keadaan ini akan mengakibatkan persekitaran bumi tidak lagi sesuai untuk
didiami oleh manusia. Secara relatifnya, pembebasan gas rumah hijau oleh Malaysia
masih kecil berbanding beberapa negara lain di dunia. Negara maju seperti Jepun dan
Amerika Syarikat merupakan antara penyumbang utama kepada pembebasan gas
rumah hijau. Namun begitu, satu sistem kawalan diperlukan bagi mengurangkan
pelepasan gas rumah hijau ke atmosfera.
Pembebasan gas rumah
hijau oleh negara-
negara terpilih
Sumber: Malaysia Initial National Communication (INC), 2000
21
Negara Tahun Pembebasan gas rumah hijau (juta tan)
Malaysia 1990
1994
138.0
144.0
Thailand 1990 225.0
Australia 1990 572.0
Jepun 1990
1994
1,215.9
1,276.1
Amerika Syarikat 1990
1994
5,895.9
6130.
IMPAK/KESAN PERUBAHAN CUACA DUNIA
KIRA-KIRA 160,000 manusia mati setiap tahun akibat kesan sampingan kepanasan
dunia disebabkan penyakit seperti malaria sehingga kurang khasiat dengan jangkaan
jumlah itu akan meningkat dua kali ganda menjelang 2020, kata sekumpulan saintis.
Kajian oleh saintis-saintis di Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dan London School
of Hygiene and Tropical Medicine menyatakan kanak-kanak di negara sedang
membangun merupakan golongan paling teruk terjejas.
``Kami menjangka perubahan cuaca telah menyebabkan kira-kira 160,000 kematian
setahun,’’ kata Professor Andrew Haines of the London School of Hygiene and Tropical
Medicine pada persidangan perubahan cuaca di Moscow.
Banyak penyakit merebak disebabkan oleh masalah perubahan cuaca yang ketara dan
jumlahnya akan meningkat dua kali ganda menjelang 2020. Kebanyakan kematian
direkodkan di negara-negara sedang membangun seperti Afrika, Amerika LAtin dan
Asia Tenggara disebabkan oleh masalah kekurangan makanan berkhasiat, cirit-birit dan
malaria yang mempunyai kesan daripada masalah kepanasan. Penduduk yang
mendapat iklim yang sederhana sejuk seperti di Eropah dan Amerika Utara
sememangnya dapat menjalani kehidupan lebih selesa, bagaimanapun musim panas
melampau yang melanda Eropah baru-baru ini telah menyebabkan kira-kira 15,000
kematian di Perancis. Haines berkata, perubahan cuaca ada juga memberi kesan
kebaikan seperti peningkatan dalam hasil tuaian di sesetengah kawasan tetapi ia juga
boleh menyebabkan peningkatan kadar merebaknya penyakit. Rusia baru-baru ini
mengadakan persidangan perubahan cuaca dunia bagi membincangkan bagaimana
mengawal kadar pencemaran gas seperti karbon oksida dari kilang dan kenderaan
22
yang dikatakan punca peningkatan suhu dunia. Jika dahulu, kita tahu bila musim panas
mahupun musim hujan akan turun dan hadir menjelma. Ketetapan dan konsistensi
taburan mengikut jadual yang diramalkan. Namun, ketidaktentuan cuaca kini melanda
dengan hebat sekali hingga membawa bencana besar yang menggerunkan dan
memusnahkan kawasan setempat.
Perubahan cuaca dunia yang ketara telah menimbulkan bencana alam seperti angin
kencang, ribut taufan yang ganas, banjir kilat akibat hujan lebat dan kemarau yang
berpanjangan sehingga kering kontang. Fenomena peralihan cuaca yang
mengakibatkan suhu, lembapan, tekanan, udara dan sebagainya menurun atau
meningkat dengan keadaan tiba-tiba, dan seterusnya iklim dunia juga mengalami dan
menerima kesan perubahan yang amat ketara sekali.
IMPAK/KESAN PERUBAHAN CUACA DUNIA KEPADA NEGARA
Perubahan cuaca dunia dilihat mengancam keselamatan manusia dan negara iaitu dari
aspek fizikal dan psikologi. Gabungan keduanya sudah tentu menimbulkan krisis
kepada kesejahteraan rakyat, keselamatan/ketenteraman awam, kestabilan politik dan
keutuhan ekonomi sekiranya tidak diuruskan dengan baik.
Antara kesan fizikal perubahan cuaca dunia kepada negara adalah seperti berikut:-
a) Bencana Alam
Perubahan arah tiupan angin monsun, peningkatan paras air laut, kadar taburan hujan
yang tidak menentu merupakan antara fenomena perubahan iklim. Suhu bumi yang
kian meningkat mengakibatkan kehidupan manusia menghadapi satu ancaman besar
berikutan berlakunya bencana alam lebih kerap dengan tempoh yang semakin meluas.
23
Taufan, banjir, kemarau dan wabak penyakit berkaitan alam sekitar merupakan antara
bencana alam yang berlaku kesan perubahan iklim yang semakin sukar dijangka.
Dengan 9% daripada kawasan daratan di Malaysia (29,000 sq.km) terdedah kepada
fenomena banjir, sejumlah 2.7 juta masyarakat negara ini mungkin menjadi mangsa.
Keadaan cuaca yang tidak menentu mengakibatkan negara berhadapan dengan
kejadian bencana. Contoh terbaik adalah kejadian bencana banjir yang melanda Johor,
pada Januari 2007 telah melumpuhkan kegiatan ekonomi dan sosial masyarakat
setempat dan mengakibatkan kemusnahan yang besar.
b) Sumber air
Pembangunan pesat proses urbanisasi dan industri meningkatkan permintaan terhadap
sumber air terutamanya bagi sektor perindustrian, pertanian dan juga kegunaan isi
rumah. Perubahan iklim telah mengakibatkan dua kemungkinan berlaku iaitu Malaysia
mengalami peningkatan taburan hujan dan penurunan taburan hujan. Peningkatan
taburan hujan bermakna Malaysia terdedah kepada fenomena banjir yang
mengakibatkan kemusnahan infrastruktur, harta benda dan kehilangan nyawa.
Dalam pada itu, Malaysia turut terkesan dengan penurunan taburan hujan yang
mengakibatkan kekurangan sumber air bersih bagi kegunaan isi rumah, sektor
pertanian dan industri.
c) Ekonomi
Kesan perubahan cuaca dunia sudah pasti memberi kesan kepada ekonomi negara.
Kerugian yang dialami oleh negara akibat daripada fenomena banjir misalnya
dianggarkan berjumlah RM 100 juta setiap tahun. Ini sudah tentu mengakibatkan
kegawatan serta menjejaskan kegiatan ekonomi masyarakat.
24
Dalam pada itu, aktiviti ekonomi dalam negara akan turut terjejas dan mencalarkan imej
negara. Kegagalan menguruskan bencana alam dan persekitaran yang tidak kondusif
untuk kegiatan ekonomi akan menyebabkan negara berhadapan dengan kesukaran
menarik minat para pelabur asing untuk melabur di negara ini.
d) Kesihatan
Kesan perubahan iklim dan pemanasan global turut mengancam keselamatan dan
kesihatan manusia. Menurut WHO, perubahan cuaca dunia secara langsung atau tidak
langsung menyebabkan kira-kira 77,000 kematian setiap tahun di rantau Asia Pasifik.
Walaupun negara tidak terkesan secara jelas, namun rakyat negara ini terdedah
kepada ancaman lain yang turut mengancam nyawa manusia.
Tekanan cuaca panas mengakibatkan rakyat negara ini terdedah kepada penyakit
katarak dan kanser kulit. Malah, perubahan cuaca yang ekstrem kesan daripada
perubahan iklim menyebabkan pertambahan kes wabak penyakit yang berpunca
daripada haiwan pembawa ataupun vektor seperti malaria dan denggi. Perubahan
suhu turut menyebabkan heatwave di beberapa tempat dan ini mengakibatkan
penduduk terutamanya warga tua mudah mengalami heatstroke yang boleh
mengakibatkan kematian.
e) Ekosistem
Peningkatan aras laut pula mampu menghasilkan gelombang ganas yang mengancam
garis pantai dan struktur hakisan pantai serta memusnahkan zon penampan paya
bakau yang mengakibatkan kerosakan habitat asli serta kehidupan akuatik. Kelemahan
urus tadbir sumber hutan negara turut mempercepatkan lagi kesan perubahan iklim
terhadap ekosistem. Pembalakan haram, pemusnahan hutan dan pembukaan kawasan
25
baru bagi tujuan pembangunan merupakan antara kegiatan yang menjejaskan kitaran
karbon yang merupakan proses semulajadi pengurangan karbon dioksida di atmosfera.
Ini kerana tumbuhan hijau berperanan sebagai perangkap dan pengguna utama karbon
dioksida bagi proses fotosintesis. Penjejasan kepada ekosistem akibat kerakusan
manusia akhirnya akan memakan diri dan membawa bencana kepada manusia sendiri.
Tanah runtuh, banjir lumpur dan kekurangan sumber merupakan antara kesan
penjejasan ke atas ekosistem dan tidak mustahil pada masa akan datang negara
berhadapan dengan krisis yang lebih besar. Kegiatan harian dan penempatan manusia
terganggu. Pemindahan zon-zon iklim dan gerakan air laut serta kejadian banjir boleh
menjejaskan kegiatan manusia misalnya aktiviti penangkapan ikan dan haiwan akuatik
lain.
Bencana alam seperti ribut dan kemarau juga mengakibatkan gangguan bekalan
elektrik. Ini secara tidak langsung memberi kesan kepada manusia bagi menjalankan
rutin harian mereka. Penempatan penduduk di kawasan rendah turut terjejas sekiranya
berlaku peningkatan aras air laut yang mungkin akan menghakis dan menenggelamkan
kawasan pinggir pantai. Fenomena ini tidak mustahil akan mengakibatkan beberapa
kawasan pinggir pantai negara akan hilang daripada peta Malaysia dalam tempoh 50
akan datang.
26
KESAN BURUK AKIBAT PERUBAHAN CUACA DAN IKLIM DUNIA KEPADA
NEGARA
Kesan perubahan iklim global turut memberi kesan psikologi kepada masyarakat
negara ini. Fenomena kesan perubahan iklim sudah pasti menjejaskan kehidupan dan
keselamatan manusia dan tidak terkecuali turut menimpa masyarakat negara ini.
Krisis dan bencana alam yang berlaku kesan perubahan iklim harus ditangani dengan
sewajarnya kerana ia merupakan elemen penting menguruskan keresahan rakyat.
Perkara ini jika tidak ditangani akan mengundang permasalahan yang lebih besar.
Tidak mustahil kegagalan menangani krisis dan bencana mungkin mengakibatkan
kepada keruntuhan dan menimbulkan kegawatan kepada institusi keluarga, masyarakat
seterusnya melemahkan sistem pentadbiran negara.
Kejadian bencana alam yang berlaku sudah pasti mengundang krisis kemanusiaan
yang serius. Kehilangan nyawa, kemusnahan harta benda dan tempat tinggal serta
kehilangan mata pencarian secara tidak langsung memberi kesan psikologi kepada
masyarakat.
Dalam pada itu, tekanan psikologi yang dihadapi oleh masyarakat akan mengundang
kepada permasalahan lain antaranya pengangguran, gejala sosial dan turut
menjejaskan perkembangan pendidikan penduduk.Tekanan yang dihadapi sedikit
sebanyak akan menjejaskan kitaran sosial masyarakat dalam menjalani aktiviti dan
kehidupan seharian.
27
CABARAN-CABARAN YANG DIHADAPI
Secara global, cabaran yang dihadapi amat besar kerana ancaman perubahan cuaca
dunia adalah masalah sejagat dan usaha menangani secara berkesan perlu
membabitkan komuniti antarabangsa, penduduk dunia dan Kerajaan, terutamanya
melibatkan negara maju yang menjadi pengeluar utama gas rumah hijau. Negara maju
seperti Amerika Syarikat (AS) yang merupakan pengeluar gas rumah hijau utama
dengan sumbangan melebihi 36 peratus jumlah pengeluaran dunia dilihat tidak komited
dan enggan menandatangani Protokol Kyoto bagi mengekang tahap pengeluaran gas
rumah hijau.
Ternyata negara maju seperti AS bimbang pengehadan pengeluaran gas rumah hijau
akan mendatangkan mudarat kepada ekonomi mereka. Malangnya, impak pemanasan
global akan lebih mendatangkan mudarat kepada negara dunia ketiga yang miskin
seperti negara di Benua Afrika, Bangladesh dan negara di Asia Tenggara.
Sememangnya ada pihak yang berpengaruh terus menafikan bahawa ancaman
perubahan iklim itu datang daripada penggunaan bahan api yang membebaskan
karbon dioksida ke udara.
Pengaruh inilah yang menyebabkan selama ini AS tidak menerima Protokol Kyoto
hingga melewatkan tindakan menghadapi ancaman perubahan iklim ini. Mereka
berbuat demikian kerana tidak mahu menjejaskan perkembangan industri masing-
masing.
28
Bagi Malaysia, cabaran utama dalam menghadapi kesan perubahan iklim adalah untuk
memperkenalkan langkah adaptasi dalam sektor-sektor tertentu bagi mengurangkan
kesan jangka panjang fenomena ini. Di samping itu, terdapat keperluan untuk
menyedarkan rakyat diperingkat akar umbi tentang ancaman perubahan iklim menerusi
program dan aktiviti kerana sukar untuk meyakinkan rakyat mengenai ancaman
perubahan iklim. Sebagaimana diketahui kesan perubahan iklim tidak dapat dilihat
dengan mata kasar dan perubahan berlaku secara begitu perlahan.
29
KESIMPULAN
Kesedaran manusia untuk melindungai alam sekitar yang melibatkan udara, cuaca,
iklim dan semua unsur-unsurnya adalah sangat penting. Lebih-lebih lagi, kesedaran ini
akan menimbulkan dalam diri manusia sifat cintakan alam dan kefahaman tentang
‘kerapuhan’ sistem semulajadi jika diganggu oleh manusia dengan sesuka hati.
Manusia perlu berusaha bersungguh-sungguh untuk melindungi dan memelihara
keadaan semulajadi atmosfera dan segala unsur-unsur yang terkandung di dalamnya.
Islam juga telah mengingatkan kita supaya sentiasa menjaga alam sekitar. Perkara ni
sering diberi peringatan dalam bentuk mengajak manusia berfikir akan kejadian alam
dan dikaitkan dengan apakah kesudahan yang akan menimpa manusia di kemudian
hari, seperti yang terdapat dalam surah al-A’raf, ayat 57;
“Dan Dialah yang meniupkan angin sebagai berita gembira sebelum kedatangan
rahmat-Nya (hujan), hingga apabila angin itu telah membawa awan mendung, Kami
halau ke suatu daerah yang tandus, lalu Kami turunkan hujan di daerah itu, maka Kami
keluarkan dengan sebab hujan itu pelbagai macam buah-buahan, Seperti itulah Kami
membangkitkan orang-orang yang telah mati, mudah-mudahan kamu mengambil
pelajaran.”
Di samping itu setiap negara perlu bekerjasama di dalam usaha mengurangkan impak
aktiviti manusia terhadap sistem atmosfera bumi. Semua pihak, baik pada skala global,
nasional, tempatan, mahupun individu perlu memainkan peranan masing-masing untuk
menjamin sistem atmosfera bumi tidak dimusnahkan pada masa akan datang.
Atmosfera dan segala unsur yang terkandung didalamnya mestilah diambil-kira sebagai
komponen penting yang perlu dipelihara didalam setiap projek pembangunan.
30
RUJUKAN
1. Laman Web Jabatan Meteorologi Malaysia
2. Wikipedia Bahasa Melayu
3. Risalah Pusat Angkasa Banting Selangor
4. Buku rujukan Geografi SPM terbitan Preston Publisher
31
Recommended