Download pdf - DARURAT

Transcript

1.0 PENDAHULUAN Definisi darurat mengikut Kamus Dewan boleh ditakrifkan sebagai keadaan yang mencemaskan atau menyusahkan (biasanya yang berlaku secara tiba-tiba atau dengan tidak disangka-sangka) seperti bahaya, kekurangan makanan dan lain-lain. Selain itu, darurat juga membawa maksud keadaan yang serba sulit seperti mencetuskan huru-hara, tidak aman, dan sebagainya yang disebabkan oleh ancaman musuh dalam peperangan dan lain-lain. Konsep darurat ini adalah sah dan diiktiraf dalam semua negara dan sistem undang-undang. Undang-undang darurat pula boleh dijelaskan sebagai undang-undang yang digubal dan dikuatkuasakan ketika berlaku darurat sahaja. Selain daripada negara Malaysia, antara negara-negara lain yang menyediakan peruntukan mengenai perisytiharan darurat dalam perlembagaan mereka ialah India, Amerika Syarikat dan juga United Kingdom. Walaupun negara tersebut tidak mempunyai perlembagaan bertulis, tetapi terdapat suatu akta iaitu Akta Parlimen yang memberi kuasa kepada pihak pemerintah untuk mengisytiharkan darurat sekiranya berlaku sesuatu situasi yang boleh mengancam keselamatan dan ketenteraman dalam negara dan darurat juga boleh diisytiharkan sekiranya kejadian-kejadian yang buruk dijangka berlaku. Hal ini bermaskud, pengisytiharan darurat tidak semestinya menunggu sesuatu kejadian berlaku yang boleh mengancam keselamatan dalam negara kerana ianya boleh diisytiharkan terlebih dahulu. Di Malaysia, perisytiharan darurat hanya dibawah kebenaran atau diisytiharkan oleh Yang di-Pertua Agong (YDPA), iaitu Ketua Negara Malaysia. Dalam konteks Malaysia, beberapa perisytiharan darurat telah dibuat dalam negara setelah dikenal pasti mengancam keselamatan negara. Perisytiharan darurat yang pertama telah dibuat pada tahun 1948 ketika negara sedang berhadapan dengan ancaman komunis dan pada waktu ini, negara masih lagi ditadbir oleh pihak Inggeris. Perisytiharan darurat pertama ini telah di tarik balik kemudiannya pada tahun 19601. Selain itu, perisytiharan darurat yang seterusnya pula dibuat pada tahun 1964 apabila Malaysia berhadapan dengan konfrontasi dari Republik Indonesia yang dipimpin oleh Presiden Sukarno. Perisytiharan darurat yang ketiga pula diisytiharkan pada tahun 1966 yang hanya melibatkan Negeri Sarawak.1

Abdul Aziz Abdul Aziz Bari, 2008. Perlembagaan Malaysia: Asas-asas dan Masalah. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, hlm 191 dan 192.

1

Perisytiharan ini dibuat bagi menyelesaikan konflik politik di negeri tersebut ekoran daripada krisis politik yang melibatkan Ketua Menteri pada waktu itu iaitu, Datuk Stephen Kalong Ningkan yang dikatakan tidak lagi dipercayai oleh ahli-ahli Dewan Undangan Negeri tersebut. Pengisytiharan darurat yang terakhir dibuat ialah pada tahun 1977 di negeri Kelantan kerana krisis politik dan ketidaktentuan yang timbul dalam kerajaan negeri. Masalah poiltik yang berlaku di Kelantan adalah sama dengan krisis politik yang melanda Sarawak pada tahun 1966. Seterusnya, akan dibincangkan dengan lebih jelas mengenai beberapa peristiwa darurat yang pernah berlaku di Malaysia.

2.0 ANCAMAN KOMUNIS DAN PENGISYTIHARAN DARURAT Selepas beberapa bulan pembentukan Persekutuan Tanah Melayu, negara menghadapi suatu ancaman besar iaitu ancaman komunis sehingga menyebabkan kerajaan mengisytiharkan darurat bagi keselamatan negara. Parti Komunis Malaya (PKM) telah ditubuhkan pada bulan April 1930 yang kuasanya diletakkan di bawah kuasa Pan Pacific Trade Union Secretariat di Shanghai. Walaupun PKM tidak berkembang dengan begitu pesat, parti ini dapat bergerak dalam dua aktiviti penting iaitu pertama, melalui rusuhan-rusuhan kaum atau golongan buruh pada tahun 1936 dan 1937. Selain itu, Parti Komunis Malaya ini juga telah berjaya mempergunakan kemelesetan ekonomi dunia ke atas kaum buruh di Malaya dengan menubuhkan jawatankuasa-jawatankuasa untuk menganjurkan mogok. Tunjuk perasaan terbesar yang pernah diadakan adalah pada bulan Mac 1937 di Batu Arang dan pihak British telah menahan mereka yang terlibat dengan kegiatan PKM atau sekutunya. Parti Komunis Malaya telah merancang untuk menguasai seluruh Tanah Melayu melalui tiga peringkat. Peringkat yang pertama ialah, menubuhkan kawasan bebas di bahagian terpencil Tanah Melayu yang akan dijadikan sebagai pusat pangkalan untuk menjalankan latihan dan memperkukuhkan kekuatan gerila. PKM telah melatih askaraskar mereka dengan cara menanam makanan sendiri dan mengatur langkah-langkah strategik yang lain. Selain itu, PKM juga memaksa pegawai-pegawai kerajaan dan peladang-peladang serta pelombong Eropah meninggalkan tempat mereka di luar bandar dan menetap di bandar-bandar besar dengan cara melancarkan serangan yang terus2

menerus. Langkah ini akan memaksa kerajaan untuk menarik balik tenteranya yang berada di luar bandar. Langkah yang terakhir atau ketiga yang dilakukan oleh PKM ialah dengan melancarkan perjuangan terakhir terhadap kerajaan di bandar-bandar dan pertempuran ini berlaku secara terbuka. Pemberontakan secara besar-besaran telah dilancarkan oleh PKM pada bulan Jun 1948 setelah usaha mereka untuk mengambil alih kuasa melalui perlembagaan gagal. Pemberontakan ini adalah berdasarkan ketetapan yang dibuat dalam Kongres Pemuda Komunis Asia anjuran Komintern yang diadakan di Calcutta pada bulan Februari 1948. Kongers ini telah mengarahkan parti-parti komunis di Asia Tenggara supaya melakukan pemberontakkan bersenjata. Antara dasar-dasar yang diambil oleh PKM dalam memulakan revolusi bersenjata di Tanah Melayu ialah dengan melumpuhkan ekonomi di Semenanjung Tanah Melayu, iaitu dengan memusnahkan sumber-sumber ekonomi seperti lombong bijih timah dan ladang getah. Selain itu, pihak PKM juga telah menubuhkan wilayah-wilayah bebas yang diletakkan di bawah kuasa PKM dan membentuk pasukan Tentera Pembebasan Rakyat Malaya yang akan menyatukan wilayah-wilayah bebas2. Parti Komunis Malaya juga telah berjaya mempengaruhi kesatuan kerja dan melancarkan permogokan bagi mencapai cita-cita dan hasrat mereka. Mogok secara besar-besaran telah berlaku di Singapura pada bulan Mei 1948 serta menggunakan militan untuk menyerang pekerja-pekarja lombong dan ladang getah yang dianggap tidak menyokong dan memberi kerjasama kepada perjuangan PKM. Keganasan PKM dapat dilihat apabila pekerja-pekerja getah Singapura telah membakar kilang getah Ben Seng. Selain itu, PKM juga telah melancarkan revolusi bersenjata dengan menggunakan senjata yang telah disembunyikan ketika pendudukan Jepun. Kemudian, pada tahun 1948 Gua Musang telah di tawan oleh Tentera Pembebasan Rakyat Tanah Melayu yang telah ditubuhkan oleh PKM. Namun begitu, hasrat PKM untuk menawan Kajang tidak tercapai apabila dihalau oleh tentera British. Kemuncak keganasan PKM berlaku apabila terjadinya peristiwa pembunuhan di Segamat, Johor yang melibatkan tiga orang pemimpin Kuomintang terbunuh pada 11 Jun2

Sheela Ab Raham, 1993. Sejarah Perkembangan Negara. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, hlm. 155.

3

1948. Selain itu, peristiwa pembunuhan juga telah berlaku di Sungai Siput, Perak yang melibatkan tiga orang pengurus ladang getah Eropah, pada 15 Jun 1948. Peristiwa pembunuhan ini telah memaksa pengisytiharan darurat terpaksa dilakukan oleh Sir Edwart Gent iaitu Pesuruhjaya Tinggi British di Perak dan Johor pada 18 Jun 1948 dan seluruh semenanjung Tanah Melayu pada 19 Jun 1948. Parti Komunis Malaya telah diharamkan selepas pengisytiharan darurat dilakukan dan mengikut peraturan-peraturan darurat, kerajaan mempunyai kuasa yang tidak terhad untuk menahan orang-orang yang disyaki terlibat dalam kegiatan komunis tanpa bicara. Undang-undang darurat yang telah diluluskan pada 7 Julai 1948 telah memberikan kuasa kepada kerajaan untuk bertindak seperti mengharamkan parti-parti atau pertubuhan yang berhaluan kiri untuk menghalang mereka daripada terlibat dalam kegiatan komunis. Selain itu, kerajaan juga boleh membuang negeri kepada sesiapa sahaja yang dianggap mengganggu atau merosakkan keamanan negeri dan menjatuhkan hukuman mati ke atas sesiapa yang bersubahat dengan komunis, membawa senjata haram, menakutkan orang ramai dan membantu pihak komunis.

3.0 KONFRONTASI INDONESIA Malaysia menghadapi darurat seterusnya dalam tahun 1964 apabila negara ini berhadapan dengan ancaman konfrontasi dari Republik Indonesia. Keadaan ini berlaku dipermulaan penubuhan negara Malaysia. Penentangan Indonesia terhadap gagasan Malaysia dikenali sebagai konfrontasi yang bermula secara rasmi pada bulan Februari 1963. Konfrontasi ini berlaku disebabkan oleh Indonesia yang tidak berminat terhadap gagasan Malaysia kerana pembentukan negara ini tidak melibatkan wilayah-wilayah milik Indonesia3. Pada peringkat awal konfrontasi yang dilakukan oleh Indonesia melibatkan penentangan dalam bidang ekonomi. Kemudiannya konfrontasi ini juga meliputi ketenteraan, apabila tentera Indonesia menyerang Sabah, Sarawak dan Semenanjung Tanah Melayu. Indonesia telah meningkatkan bantahannya terhadap pembentukan Malaysia selepas kegagalan pemberontakan Parti Rakyat Brunei. Sebelum itu, Indonesia telah terlibat dengan memberi latihan ketenteraan kepada Ahli Parti Rakyat3

Syed Ibrahim, 2009. Malaysia Kita. Selangor: International Law Book Services, hlm. 123.

4

Brunei yang telah memberontak pada 8 Disember 1962. Peristiwa ini telah dijadikan alasan oleh Indonesia untuk menentang penubuhan Malaysia. Selain itu, tindakan Indonesia ini juga diikuti oleh Filipina yang juga tidak bersetuju dengan penubuhan Malaysia. Hal ini kerana, bagi Filipina, Sabah adalah sebahagian daripada Filipina. Kerajaan Filipina telah membuat tuntutan bagi menuntut Sabah pada tahun 1962 hingga 1963 tetapi tuntutan tersebut telah ditolak oleh pihak British yang pada waktu itu berkuasa di Sabah. Selepas penubuhan Malaysia pada 16 September 1963, Indonesia dan Filipina tidak mengiktiraf kewujudan Malaysia sehingga menyebabkan hubungan diplomatik antara Malaysia dengan Indonesia dan Filipina terputus. Konfrontasi terhadap Malaysia berterusan dari tahun 1963 hingga 1966. Namun begitu, Filipina tidak menggunakan kuasa ketenteraannya dan konfrontasi mereka berakhir dengan lebih awal daripada Indonesia iaitu pada Mei 1966, manakala konfrontasi Indonesia berakhir pada Ogos 1966. Sebelum konfrontasi ini tamat, beberapa usaha telah dijalankan untuk memulihkan hubungan antara Malaysia, Filipina dan Indonesia4. Antara usaha yang dijalankan adalah mengadakan Sidang Kemuncak antara Presiden Filipina, Diosdado Macapagal, Sokarno selaku Presiden Indonesia dan Tunku Abdul Rahman iaitu Perdana Menteri Malaysia yang pertama. Ketiga-tiga buah negara ini cuba mencari penyelesaian bagi menyelesaikan masalah yang berkaitan dengan penubuhan Malaysia dan persetujuan telah dicapai apabila ketiga-tiga buah negara bersetuju dengan penubuhan MAPHILINDO. MAPHILINDO ialah gabungan antara Malaysia, Filipina dan Indonesia yang dianggap sebagai penyatuan semula rumpun Melayu, yang salah satu tujuannya adalah untuk menyelesaikan masalah bantahan Indonesia dan Filipina terhadap Malaysia secara aman. Namun begitu, penyelesaian tidak dapat dicapai dan MAPHILINDO terbubar dengan pembentukan Malaysia pada 16 September 1963. 4.0 PERISTIWA 13 MEI 1969

4

Zainal Abidin Abdul Wahid, 1996. Malaysia:Warisan dan Perkembangan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, hlm. 424.

5

Peristiwa 13 Mei 1969 merupakan satu peristiwa hitam yang tercatat dalam lipatan sejarah negara. Hal ini kerana, peristiwa ini melibatkan rusuhan kaum yang tercetus daripada pilihan raya yang diadakan pada tahun 1969 sehingga diisytiharkan darurat dalam negara. Pilihan raya telah dijalankan pada 10 Mei bagi semenanjung tetapi bagi Sabah dan Sarawak pengundian telah dilakukan beberapa hari kerana kesulitan perjalanan di kawasan pendalaman5. Keputusan daripada pilihan raya menunjukan keputusan yang mengejutkan yang mana parti perikatan mengalami kekalahan teruk terutamanya MCA. Perikatan hanya memenangi sebanyak 66 daripada 104 kerusi yang dipertandingkan walaupun mempunyai majoriti yang cukup untuk membentuk kerajaan persekutuan kerana dalam pilihan raya yang dilangsungkan pada 1964, parti perikatan memenangi 89 kerusi. Parti pembangkang bukan Melayu seperti Gerakan dan DAP telah meraikan kemenangan mereka pada kali ini lebih daripada yang berpatutan. Hal ini kerana, di Kuala Lumpur satu perarakan telah diadakan oleh parti pembangkang untuk meraikan kemenangan mereka pada 11 dan 12 Mei seolah-oleh mereka berjaya membentuk kerajaan. Parti pembangkang ini telah berarak dengan menggunakan lori dan motokar dan memasuki kawasan-kawasan yang mempunyai penduduk Melayu untuk menyuruh penduduk Melayu ini keluar daripada Kuala Lumpur dan pulang ke kampung halaman masing-masing kerana mereka mendakwa Kuala Lumpur telah menjadi hak milik mereka. Simbol yang digunakan oleh parti pembangkang sebagai tanda pengusiran orang Melayu ialah dengan menggunakan penyapu yang diikatkan pada lori serta mengeluarkan kata-kata kesat kepada orang Melayu. Perarakan yang dilakukan oleh pembangkang ini telah mencetuskan perasaan marah sebahagian daripada orang Melayu yang menetap di Kuala Lumpur terutamanya di Kampung Baru. Sementara itu, beberapa pemimpin masyarakat Melayu di sekitar Selangor merasakan perlunya diadakan perarakan balas kerana bagi mereka pihak bukan Bumiputera telah melampaui batas. UMNO Selangor telah menyeru ahli-ahlinya untuk berkumpul di perkarangan rumah Menteri Besar Selangor pada petang 13 Mei 1969 bagi mengadakan perarakan balas sebagai isyarat menunjukan bahawa mereka masih lagi kuat dan berazam untuk mempertahankan maruah diri. Kemucak kepada tercetusnya5

Ibid, hlm. 386.

6

pergaduhan antara orang Melayu dan orang Cina ini apabila terdapat sekumpulan orang Melayu dari Gombak telah diserang oleh orang Cina ketika melalui Setapak. Berita mengenai serangan terhadap orang Melayu tersebut telah disampaikan oleh kumpulan orang Melayu yang berjaya ke rumah Menteri Besar. Kemudian, tindakan mereka berkumpul ini telah menyebabkan mereka melakukan tindak balas sehingga berlakunya pergaduhan antara kaum yang dikenali sebagai peristiwa 13 Mei 1969. Rusuhan kaum ini telah menyebabkan berlakunya kematian, kebakaran rumah dan bangunan serta kemusnahan harta benda pada tahap yang tidak terkawal. Peristiwa pergaduhan ini dengan pantas merebak ke kawasan lain di Kuala Lumpur sehingga memaksa darurat diisytiharkan pada 16 Mei dan tentera telah mengambil alih tugas mengawal keamanan daripada pihak polis6. Peristiwa ini juga memaksa pilihan raya di Sabah dan Sarawak ditangguhkan manakala parlimen terpaksa digantung. Selain itu, tugas pemerintahan negara pula telah diambil alih oleh MAGERAN atau Majlis Gerakan Negara yang pada waktu itu diberi kuasa untuk mengendalikan kerajaan dalam keadaan darurat. Selain itu, Majlis Perundingan Negara (MPN) juga ditubuhkan sebagai menggantikan parlimen yang dianggotai oleh wakil-wakil dari semua parti politik kecuali DAP dan orang kenamaan. Parti-parti pembangkang seperti PAS, Gerakan dan PPP bersetuju untuk menyertai MPN kecuali DAP.

5.0 DARURAT DI SARAWAK (1966) DAN KELANTAN (1977) Hanya pengisytiharan darurat di Sarawak dan Kelantan sahaja tidak melibatkan seluruh Malaysia. Pengisytiharan darurat di Sarawak adalah disebabkan oleh pertikaian awal yang berlaku antara Kerajaan Negeri dengan Kerajaan Persekutuan berhubung dengan perlantikan Yang Dipertua Negeri Sarawak, diketahui umum Malaysia dalam proses penubuhan7. Datuk Stephen Kalong Ningkan iaitu Ketua Menteri Sarawak dan parti Perikatan Sarawak pada waktu itu menginginkan Jugah Anak Barieng yang merupakan seorang berketurunan Dayak dan merupakan ketua salah satu parti Dayak6

Abdul Rahman Haji Ismail, 2000. Malaysia: Sejarah Kenegaraan dan Politik. Kuala Lumpur: Dewan

Bahasa dan Pustaka, hlm. 348.7

Abdul Rauf Mohd Napis dan Ramal Muhamad, 1992. Politik dan Kerajaan di Malaysia. Kuala Lumpur:

Dewan Bahasa dan Pustaka, hlm. 129.

7

dalam Perikatan Sarawak menjadi Yang Dipertua Negeri. Namun begitu, cadangan daripada Datuk Stephen Kalong Ningkan ini tidak dipersetujui oleh Perdana Menteri Persekutuan kerana mendakwa mereka terikat dengan persetujuan dahulu, iaitu sekiranya Ketua Menteri seorang Dayak (Datuk Ningkan seorang Dayak) maka yang Dipertua Negeri mestilah seorang Melayu atau Melanau8. Pertikaian ini berlaku disebabkan pilihan kedua bagi Ketua Menteri Sarawak ialah seorang Melanau tetapi sekiranya beliau di pilih dari segi imbangan kaum, Temenggung Jugah boleh dilantik sebagai Yang Dipertua Negeri. Namun begitu, bagi Kerajaan Persekutuan imej Temenggung bagi mereka mungkin kurang moden untuk menjadikan beliau Yang Dipertua Negeri. Kerajaan Persekutuan telah mengisytiharkan darurat di Sarawak pada september 1966 dan mengubah perlembagaan negeri. Darurat yang diisytiharkan di Sarawak, menandakan hubungan yang paling buruk antara kerajaan negeri dengan kerajaan Persekutuan. Rakyat Sarawak telah menentang penggunaan kuasa darurat untuk membolehkan kerajaan mengubah Perlembagaan Sarawak. Selan itu, isu pegawai dagang, bahasa dan pendidikan yang dimainkan turut menambahkan lagi ketegangan dan ditambah dengan sikap tegas Ketua Menteri iaitu Datuk Stephen Kalong Ningkan. Keadaan menjadi bertambah rumit apabila terdapat bahagian-bahagian dalam pelbagai parti dalam Perikatan Sarawak dan dipengaruhi oleh pengaruh wang daripada konsesi balak. Bagi negeri Kelantan pula darurat diisytiharkan atas sebab yang hampir sama dengan situasi di Sarawak. Darurat yang berlaku di Kelantan pada tahun 1977 adalah disebabkan perasaan tidak puas hati penyokong PAS terhadap Menteri Besar Kelantan pada waku itu, Dato Haji Muhammad Nasir yang dikatakan mahu mengidentifikasikan dirinya sebagai Menteri Besar Barisan Nasional. Selain itu, keadaan ini juga berlaku apabila Menteri Besar tersebut menjadikan Tengku Razaleigh (Barisan Nasional) sebagai tempat rujukan. Oleh sebab hal demikian, pihak atau penyokong PAS Kelantan tidak mempunyai pilihan lain, Kecuali memaksa Menteri Besar berkenaan meletakkan jawatan melalui undi tidak percaya di Dewan Undangan Negeri pada Oktober 1977. Kekacauan yang berlaku di Kelantan disebabkan ketidakstabilan politik menyebabkan Kerajaan

8

Ibid.

8

Persekutuan mengisytiharkan darurat di Kelantan pada tahun berkenaan. Dengan ini, perlaksanaan Undang-undang Darurat di Kelantan beroperasi.

6.0 PERKARA 150 PERISYTIHARAN DARURAT9 Undang-undang darurat termaktub dalam perkara 150, bahagian 11 Perlembagaan Malaysia. Menurut perlembagaan, undang-undang diisytiharkan sekiranya (1) Yang diPertuan Agong berpuas hati bahawa suatu darurat besar yang sedang berlaku dan keselamatan, atau kehidupan ekonomi, atau ketenteraman awam dalam Persekutuan atau mana-mana bahagiannya adalah terancam oleh kerananya, maka Yang diPertuan Agong boleh mengeluarkan suatu Perisytiharan Darurat dengan membuat dalamanya pengumuman yang bermaksud demikian. Fasal 2 dalam perkara 150, Perisytiharan Darurat menyatakan bahawa, Perisytiharan Darurat di bawah Fasal (1) boleh dikeluarkan sebelum sebenarnya berlaku kejadian yang mengancamkan keselamatan, atau kehidupan ekonomi, atau ketenteraman awam dalam Persekutuan atau mana-mana bahagiannya jika Yang diPertuan Agong berpuas hati bahawa ada kemungkinan yang hamper akan berlakunya kejadian yang mengancamkan itu. Dalam pada itu, mengikut perkara 150, fasal (2A) merujuk kepada kuasa yang diberi kepada Yang diPertuan Agong oleh perkara ini hendaklah termasuk kuasa mengeluarkan Perisytiharan yang berlainan atas alasan-alasan yang berlainan atau dalam hal-hal keadaan yang berlainan, sama ada suatu Perisytiharan atau Perisytiharanperisytiharan telah pun dikeluarkan atau tidak oleh Yang diPertuan Agong di bawah Fasal (1) dan Perisytiharan atau Perisytiharan-perisytiharan itu ada berkuatkuasa. Fasal (2B) menyatakan bahawa jika pada bila-bila masa semasa Perisytiharan darurat berkuatkuasa, kecuali apabila kedua-dua Majlis Parlimen bersidang serentak Yang diPertuan Agong berpuas hati bahawa ada hal-hal keadaan tertentu yang menyebabkan perlu baginya mengambil tindakan segera, maka Yang diPertuan Agong boleh mengisytiharkan apa-apa ordinan sebagaimana Yang diPertuan Agong berpendapat adalah dikehendaki oleh halhal keadaan.

9

Lembaga Penyelidikan Undang-undang, 2010. Perlembagaan Persekutuan (Hingga 20 Januari 2010). Selangor: International Law Book Services, hlm. 107.

9

Seterusnya adalah Fasal (3) iaitu Perisytiharan Darurat dan apa-apa ordinan yang diisytiharkan di bawah Fasal (2B) hendaklah dibentangkan dalam kedua-dua Majlis Parlimen dan, jika tidak terlebih dahulu dibatalkan, hendaklah terhenti berkuatkuasa jika ketetapan diluluskan oleh kedua-dua Majlis itu membatalkan Perisytiharan atau ordinan itu, tetapi dengan tidak menyentuh apa-apa yang dilakukan dahulunya menurut Perisytiharan atau ordinan itu atau dengan tidak menyentuh kuasa Yang diPertuan Agong mengeluarkan suatu Perisytiharan baharu di bawah Fasal (1) atau mengisytiharkan apaapa ordinan di bawah Fasal (2B). Manakala dalam Fasal (4) dalam perkara 150 menyatakan semasa Perisytiharan Darurat berkuatkuasa kuasa pemerintah Persekutuan adalah, walau apa pun peruntukan dalam Perlembagaan ini, meliputi apa-apa perkara di dalam kuasa perundangan sesuatu Negeri dan adalah termasuk memberi arahan-arahan kepada kerajaan sesuatu Negeri atau kepada mana-mana pegawai atau pihak berkuasa Negeri itu. Menurut Fasal (5) dalam perkara 150 Perlembagaan Persekutuan, menyatakan bahawa tertakluk kepada Fasal (6A), semasa Perisytiharan Darurat berkuatkuasa , Parlimen boleh, walau apa pun peruntukan dalam perlembagaan ini,( lihat pindaan sementara, s. 3(1) (a) Akta 68/1966), mebuat undang-undang berkenaan dengan apa-apa perkara, jika Parlimen berpendapat bahawa undang-undang itu adalah dikehendaki oleh sebab darurat itu; dan Perkara 79 tidaklah dipakai bagi suatu Rang Undang-undang untuk sesuatu undang-undang itu atau bagi sesuatu pindaan kepada sesuatu Rang Undangundang itu, dan juga tidaklah dipakai bagi apa-apa peruntukan Perlembagaan ini atau apa-apa peruntukan mana-mana undang-undang bertulis yang menghendaki apa-apa kebenaran atau persetujuan bagi meluluskan sesuatu undang-undang atau apa-apa rundingan mengenai undang-undang itu, atau yang menyekat perjalanan atau kuatkuasa sesuatu undang-undang selepas undang-undang itu diluluskan atau yang menyekat sesuatu Rang Undang-undang daripada diserahkan kepada Yang diPertuan Agong untuk persetujuannya. Fasal (6), perkara 150 Perlembagaan Persekutuan merujuk kepada Fasal (6A), tiada apa-apa peruntukan sesuatu ordinan yang diisytiharkan di bawah perkara ini, dan tiada apa-apa peruntukan sesuatu Akta Parlimen yang diluluskan semasa Perisytiharan Darurat berkuatkuasa dan yang menyatakan bahawa undang-undang itu adalah , pada 10

pendapat parlimen dikehendaki oleh sebab darurat, boleh terbatal atas alasan bahawa ia adalah berlawanan dengan mana-mana peruntukan Perlembagaan ini(Lihat pindaan sementara s. 3(1) (a) Akta 68/1966). Dalam Fasal (6A), Fasal (5) tidak boleh memperluaskan kuasa Parlimen bekenaan dengan apa-apa perkara mengenai hokum syarak atau adat istiadat Melayu atau berkenaan dengan apa-apa perkara mengenai undang-undang atau adat istiadat bumiputera di sesuatu Negeri Borneo; dan juga Fasal (6) tidak boleh mengesahkan mana-mana peruntukan Perlembagaan ini berhubung dengan apa-apa perkara itu atau berhubung dengan ugama, kewarganegaraan, atau bahasa. Fasal seterusnya adalah Fasal (7) iaitu apabila habis tempoh enam bulan dari tarikh Perisytiharan Darurat itu terhenti berkuatkuasa, apa ordinan yang diisytiharkan menurut Perisytiharan itu dan apa-apa undang-undang yang dibuat semasa Perisytiharan itu berkuatkuasa, iaitu setakat mana ianya tidak mungkin dapat dibuat dengan sah jika tidak kerana Perkara ini,hendaklah terhenti berkuatkuasa, kecuali mengenai perkaraperkara yang telah dilakukan atau tidak dilakukan sebelum habis tempoh enam bulan yang disebut itu. Seterusnya adalah merujuka kepada Fasal (8) dalam Perkara 150 menyatakan, walau apa pun yang terkandung dalam perlembagaan ini iaitu dalam fasal 8(a) adalah puas hati Yang diPertuan Agong yang disebut dalam Fasal (1) dan (2B) adalah terakhir dan muktamad dan tidak boleh dicabar atau dipersoal dalam mana-mana mahkamah atau apa-apa alasan. Merujuk kepada fasal 8(b) pula menyatakan bahawa tiada sesuatu mahkamah pun boleh mempunyai bidangkuasa untuk melayan atau memutuskan apa-apa permohonan, persoalan atau perbicaraan, dalam apa jua bentuk, atas apa-apa alasan, mengenai sahnya iaitu (i) Perisytiharan di bawah Fasal (1) atau pengumuman yang dibuat dalam Perisytiharan itu yang bermaksud sebagaimana dinyatakan dalam Fasal (1), (ii) pula menyatakan tentang kuatkuasa berterusan Perisytiharan itu, (iii) merujuk kepada apa-apa ordinan yang diisytiharkan di bawah Fasal (2B); atau (iv) tentang penerusan kuatkuasa mana-mana ordinan itu. Fasal terakhir dalam perkara 150 Perlembagaan Persekutuan iaitu Fasal (9) pula menyatakan tentang bagi maksud Perkara ini Majlis-majlis Parlimen hendaklah dianggap sebagai bersidang hanya jika ahli tiap-tiap satu Majlis itu masing-masingnya berhimpun bersama dan menjalankan urusan Majlis itu. Situasi ini merujuk kepada 11

sebarang perhimpunan yang dibuat dan melakukan urusan tersebut maka keadaan ini dinyatakan sebagai satu bentuk persidangan.

7.0 KEBERKESANAN UNDANG-UNDANG DARURAT Undang-undang darurat merujuk kepada undang-undang yang digunakan dan dikuatkuasakan semasa berlakunya darurat. Kuasa mengisytiharkan darurat terletak pada YDPA dan darurat akan diisytiharkan apabila adanya keperluan kepada itu seperti wujudnya ancaman dari aspek keselamatan, ketenteraman, kehidupan ekonomi serta kenteraman awam sama ada di dalam Persekutuan mahupun bahagian-bahagian di dalam Persekutuan. Darurat juga merujuk kepada soal kelaparan, gempa bumi, banjir dan wabak. Undang-undang darurat akan diguna pakai apabila berlakunya perkara yang kritikal yang mendesak supaya masalah itu diselesaikan dengan efisien dan cepat. Apabila sesuatu darurat diisytiharkan, kuasa eksekutif akan mengambil alih tampuk pentadbiran walaupun pada dasarnya negeri itu di kuasai oleh kuasa lain. Sebagai contoh kes yang berlaku semasa darurat di Sarawak pada tahun 1966, dimana sebelum darurat diisytiharkan, Sarawak dipimpin oleh Datuk Stephen Kalong Ningkan dan apabila berlaku konflik maka kerajaan Persekutuan akan mengambil alih. Kes seterusnya juga berlaku sama seperti di Sarawak iaitu pada tahun 1977 di Kelantan, apabila berlakunya krisis politik dalam Kerajaan Negeri, Menteri Besar, Datuk Mohamad Nasir mendapat undi tidak pecaya oleh ahli politiknya dan apabila darurat diisytiharkan serta undangundang darurat diguna pakai maka pentadbiran negeri akan diambil alih oleh Kerajaan Pusat. Darurat merupakan suatu penyelesaian yang dilakukan oleh Kerajaan bagi menyelesaikan masalah-masalah yang berlaku supaya masalah itu tidak terus merebak dan menjadi lebih buruk lagi. Tambahan lagi, darurat diisytiharkan kerana perkataan darurat adalah satu keadaan yang mengizinkan sesuatu yang pada masa lain tidak boleh dilakukan. Pada tahun 1948 sehingga 1960 berlaku ancaman penganas komunis di Tanah Melayu, dan pada masa itu undang-undang darurat telah diisytiharkan bagi membendung keganasan daripada terus merebak. Setelah darurat diisytiharkan, Parti Komunis Malaya

12

telah diharamkan dan dalam pada itu melalui kuasa yang termaktub dalam undangundang darurat yang telah memberi kuasa kepada kerajaan. Dengan kuasa itu, kerajaan telah bertindak dengan mengharamkan parti-parti dan pertubuhan-pertubuhan yang berhaluan kiri. Selain itu, melalui undang-undang darurat, kerajaan boleh mengambil tindakan buang negeri kepada sesiapa sahaja yang dianggap menganggu ataupun sesiapa yang merosakkan keamanan negeri dan boleh dijatukan hukuman mati ke atas sesiapa yang bersubahant dengan komunis, membawa senjata, menakutkan orang ramai serta membantu pihak komunis10. Melalui kuasa Undangundang darurat maka ancaman dari penganas komunis akhirnya dapat dibendung daripada terus merebak walaupun jangka masa untuk mengawalnya mengambil masa yang agak lama. Justeru itu, wajarlah dikatakan bahawa undang-undang darurat yang diguna pakai berkesan dalam membendung anasir komunis daripada terus merebak. Setelah pengisytiharan darurat pada tahun 1948 sehinggan 1960, negara meghadapi Konfrotasi pada tahun 1964 dan pada tahun itu jugalah darurat diisytiharkan. Undang-undang darurat turut diguna pakai pada ketika itu bagi meredakan suasana keadaan ketika itu. Jawatankuasa Muhibah telah digunakan untuk mengekang konfrotasi yang berlaku antara Indonesia dan Malaysia. Namun begitu, ekoran daripada ketidak berkesanan jawatankuasa ini, maka polis telah diarahkan untuk mencari jalan menyelesaikan dan kesan daripada itu, kerajaan telah meningkatkan bilangan Tentera Wataniah, Pasukan-pasukan Kawalan dan Pasukan Pertahanan untuk mengelak konfrotasi bertambah buruk. Justeru itu, tindakan undang-undang yang dilaksanakan membuahkan hasil apabila konfrontasi itu berjaya ditamatkan pada Ogos 1966. Pada tahun 1966, krisis politik telah berlaku dan mencetuskan konflik yang melibatkan ketua Menteri Sarawak iaitu Datuk Stephen Kalong Ningkan. Konflik tercetus apabila Ketua Menteri Sarawak itu dikatakan tidak lagi dipercayai oleh ahli-ahli Dewan Undangan Negerinya. Oleh itu, bagi meredakan kekecohan tersebut, darurat telah diisytiharkan oleh Kerajaan Persekutuan sebagai penyelesaian terhadap konflik tersebut. Apabila darurat diisytiharkan maka Kerajaan Persekutuan akan mengambil alih pemerintahan di negeri. Dalam pada itu, pengisytiharan darurat dilihat sebagai sesuatu yang sengaja atau pun satu agenda politik kerana ianya lebih melibatkan keinginan10

Zainal Abidin Abdul Wahid, 1996. Malaysia:Warisan dan Perkembangan. Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka, hlm. 327.

13

penguasaan kuasa. Kesan konflik tersebut, Ketua Menteri itu telah berjaya digulingkan. Situasi ini hampir sama berlaku di Kelantan dimana darurat turut diisytiharkan ekoran berlakunya krisis dalaman di Kelantan. Daripada situasi tersebut, benarlah bahawa daurat merupakan suatu undang-undang yang mempunyai pro dan kontranya kerana kuasa mengisytiharkan darurat adalah terletak kepada YDPA atas nasihat Perdana Menteri. Kesemua yang berlaku bergantung kepada kuasa Eksekutif sesebuah negeri. Peristiwa 13 Mei 1969 merupakan satu rusuhan kaum yang berlaku antara kaum Cina dan kaum Melayu. Pada tahun itu juga darurat telah di isytiharkan bagi mententeramkan negara daripada terus lumpuh. Hal ini adalah kerana, rusuhan ini menyebabkan ekonomi negara terjejas dan hubungan antara kaum turut terjejas. Oleh itu, untuk menjamin keselamatan dan perjalanan ekonomi negara supaya tidak musnah, YDPA telah mengisytiharkan satu lagi darurat pada 15 Mei 1969 di bawah Perkara 150 Perlembagaan dan serentak itu di bawah Fasal (2) perkara tersebut dimana baginda telah mengisytiharkan Ordinan (Kuasa-kuasa Perlu) Darurat 1969 yang memberi baginda kuasa luas untuk menjamin keselamatan awam, pertahanan Malaysia, penyelenggaraan ketenteraman awam dan bekalan serta perkhidmtan perlu untuk kehidupan masyarakat. Melalui peruntukan dalam ordinan tersebut dimana kuasa diberi untuk menahan orang-orang yang disyaki dalam rusuhan itu. Ordinan ini memberi kuasa kepada polis untuk menangkap dan Manahan tanpa waran sementara mananti siasatan. Penahanan itu memperlihatkan bagaimana seseorang yang ditahan dan ditangkap dibawah seksyen ini juga boleh ditahan dalam jagaan Polis selama tempoh tidak lebih daripada enam puluh hari tanpa perintah tahanan dibuat mengenai orang itu di bawah seksyen 4(1) dengan beberapa syarat.11 Juateru itu, daripada darurat-darurat yang berlaku dapat di lihat bagaimana undang-undang digunakan bagi melindungi masyarakat dan negera daripada diancam anasir-anasir yang mengancam negara serta perkara yang memudaratkan masyarakat. Ordinan darurat merupakan undang-undang yang termaktub dalam undangundang darurat dan darurat tidak hanya merujuk kepada situasi ataupun peristiwa yang besar sahaja namun turut melibatkan jenayah-jenayah yang biasa berlaku di sekeliling. Sebagai contoh peragut di tahan di bawah Syeksen Ordinan Darurat. Dua pemuda yang11

International Law Book Services,1997. Undang-undang Am Malaysia Jilid III (Hingga 30 Jun 1997) . Kuala Lumpur: Golden Books Centre Sdn. Bhd. hlm. 32.

14

terlibat dalam 300 kes ragut di sekitar Lembah Klang kini ditahan selama 60 hari mengikut Seksyen 3(1) Ordinan Darurat 1969. Situasai ini memperlihatkan bagaimana Ordinan darurat telah diguna pakai bagi menyelesaikan masaah itu. Justeru itu tidak dapat dinafikan, bahawa undang-undang darurat yang diguna pakai sebenarnya memberi keberkesan dalam mewujudkan ketenteraman dan kestabilan ekonomi. Namun sebaliknya berlaku sekiranya wujudnya pihak yang tidak bertanggungjawab menggunakan undangundang sebagai salah satu peluang untuk menguasai kuasa.

8.0 PERATURAN-PERATURAN LAIN YANG BOLEH MEMBANTU UNDANGUNDANG DARURAT. Semasa darurat, Undang-undang Darurat dikuatkuasa. Bagi membantu undangundang ini mengawal keadaan huru-hara, perang, rusuhan, atau kekejaman dalam negara, akta, peraturan, ordinan atau badan-badan keselamatan yang berkait telah diguna pakai. Perkara-perkara ini biasanya termaktub dalam perlembagaan atau undang-undang Malaysia, serta di persetujui oleh Yang di-Pertuan Agong (YDPA). Selepas berlakunya peristiwa 13 Mei 1969, berbagai-bagai peraturan yang mempunyai kuatkuasa undangundang telah dibuat oleh YDPA. Di antara peraturan-peraturan ini adalah Peraturanperaturan Perlu (Kes-kes Keselamatan) pada tahun 1975. Peraturan ini dianggap perlu, kerana terdapat ancaman besar yang ditimbulkan oleh anasir-anasir subversif (anasir-anasir yang bertujuan untuk melemahkan atau memusnahkan sesuatu sistem politik, kerajaan, agama dll12) dan anti-nasional (pihak yang menentang negara13) terhadap keselamatan dan ketenteraman negara. Antara Mei 1969 dan Disember 1978, kerajaan mengalami kerugian sebanyak RM12,287,66914, akibat daripada perbuatan mengkianat dan keganasan yang dilakukan oleh pengganaspengganas komunis dan anasir-anasir subversif bawah tanah, semasa darurat. Kerugian yang dialami ini berpunca daripada kemusnahan atau kerosakan jentera-jentera, kereta api, dan Markas Briged Tengah Pasukan Polis Hutan di Jalan Pekeliling, yang bernilai12 13

Kamus Dewan Edisi Keempat, 2007. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, hlm. 1531. Ibid: hlm. 68. 14 Ucapan Y.B Menteri Undang-undang di Dewan Rakyat, disunting oleh Murtadza Mohd. Kasim, 1979. Undang-undang Darurat (Kuasa-Kuasa Perlu), Kuala Lumpur: Jabatan Penerangan Malaysia, Kementerian Penerangan, hlm. 12.

15

jutaan ringgi. Selain itu, balai-balai polis yang terpencil, pondok-pondok polis serta sekatan jalanraya yang diadakan oleh polis juga telah diserang atau disabotaj atau dikhianati oleh pengganas-pengganas ini. Perlakuan ini adalah salah satu sebab YDPA terpaksa mengggubal Peraturanperaturan Perlu (Kes-kes Keselamatan) 1975. Peraturan ini merupakan suatu acara khas yang boleh digunakan untuk perbicaraan yang berkait dengan kes-kes yang berlaku semasa darurat, atau kes-kes ini akan berada dibawah Peraturan-peraturan Perlu. Dalam kes sebegini, sebarang perbicaraan-perbicaraan yang berkait dengan keganasan yang berlaku semasa darurat, tidak akan ada penyiasatan awal di hadapan seorang Majistret dan yang dituduh tidak akan dibicara oleh seorang hakim dengan dibantu oleh para juri di Semenanjung Malaysia atau oleh seorang hakim dengan dibantu oleh pengapit hakim di Sabah dan Sarawak, tetapi tertuduh akan dibicarakan dengan seorang hakim sahaja15. Hal ini kerana, sekiranya yang dituduh itu dibicarakan oleh seorang hakim yang dibantu oleh para juri atau pengapit, hakim itu mungkin mengalami perasaan takut kerana kemungkinan diugut terutama sekali jika yang dituduh itu seorang anasir subversif atau penjenayah kejam. Dalam peraturan ini juga terdapat peruntukan khas supaya seorang saksi pendakwa yang takut dirinya dikenali, boleh membuat keterangan mengikut suatu cara tertentu supaya dirinya tidak dicam. Daripada penggubalan Peraturan-peraturan Perlu (Kes-kes Keselamatan) 1975 ini, sebarang anasir jahat, atau keganasan yang akan membawa kepada darurat dapat dikawal, dan sekiranya berlakunya darurat, peraturanperaturan ini dapat mendakwa sesiapa sahaja yang terlibat atau menjadi punca berlakunya darurat, serta sebarang saksi yang terlibat mendapat jaminan keselamatan di bawah peraturan-peraturan ini. Semasa bermulanya darurat pada 1969, yang menyaksikan keadaan huru-hara di Malaysia, akibat rusuhan kaum, YDPA juga telah membuat beberapa Peraturan-peraturan Perlu di bawah Ordinan (Kuasa-kuasa perlu) Darurat 1969 (rujuk Lampiran), yang terus berkuatkuasa di bawah Fasal (3) Perkara 150 Perlembagaan. Selain itu, Peraturan-peraturan Perlu (Kes-kes Keselamatan) 1975 juga digunakan untuk membantu Undang-undang Darurat bagi memulihkan dan menjaga keamanan serta keselamatan masyarakat awam.15

Ibid.

16

Bagi mengelakkan berlakunya darurat dan penggunaan Undang-undang Darurat, serta mengawal daripada rusuhan kaum dan mengekalkan perpaduan negara, Peraturanperaturan Perlu (Majlis Perpaduan Negara) 1972 telah dibuat. Peraturan-peraturan ini pula di bantu oleh Perintah Perlu (Pendaftaran Penghuni (Pemakaian) 1971 yang dibuat dengan tujuan memudahkan pihak kerajaan atau anggota keselamatan mengesan anasiranasir subversif atau anti-national yang berada dirumah-rumah dalam kawasan bandar. Di samping itu juga, Peraturan-peraturan Perlu (Kawalan Bekalan Beras) 1974 telah dibuat untuk memastikan pembekalan beras berjalan dengan lancar tanpa gangguan semasa darurat atau berlakunya kekacauan di dalam negaran. Peraturan ini telah dibuat kerana, makanan utama rakyat Malaysia adalah beras. Dalam tahun 1975, Peraturan-peraturan Perlu (Rukun Tetangga) 1975 telah dibuat untuk memberi kuasa bagi menubuhkan Unit-unit Rukun Tetangga. Rancangan rukun tetangga dilaksanakan supaya orang ramai atau masyarakat Malaysia yang pelbagai kaum, agama, adat resam dan budaya, berkerjasama melibatkan diri dalam sebarang aktiviti kemasyarakatan untuk memupuk semangat perpaduan dan integrasi nasional bagi mencegah daripada tercetusnya perasaan tidak puas hati antara kaum yang boleh menyebabkan darurat. Penggubalan dan perlaksanaan Peraturan-peraturan Perlu (Kes-kes Keselamatan) 1975 dan Peraturan-peraturan Perlu lain dapat membantu Undang-undang Darurat, serta dapat mengawal keadaan masyarakat majmuk Malaysia supaya tidak tercetusnya detik darurat. Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960 juga dapat membantu Undang-undang Darurat sewaktu berlakunya darurat atau semasa berlakunya tahanan. Hal ini termaktub dalam Ordinan Darurat (Ketenteraman Awam dan Mencegah Jenayah), 1960 (Ordinanan 5) iaitu seksyen 7 Kuasa memerintah tahanan, yang bermaksud Kaedah-kaedah Keselamatan Dalam Negeri (Orang Tahanan), 1960 akan diguna pakai bagi setiap tahanan dan tempat tahanan di bawah Ordinan Darurat ini sekiranya seksyen 4(1), (2), (3) tidak digunakan. Selain itu, seksyen 5 Surat rayuan terhadap perintah rayuan juga meyatakan bahawa Kaedah-kaedah Keselamatan Dalam Negeri (Lembaga Orang Tahanan), 1964 hendaklah diguna pakai bagi membuat surat rayuan dibawah seksyen ini. Seksyen 8 Pemakaian pula menyatakan bahawa Peraturan-peraturan Darurat (Orang Tahan Bukan Warga Negara), 1965, sebagaimana dipinda oleh seksyen 5 Ordinan 17

Darurat (Keselamatan Dalam Negeri) (Mengubahsuai Undang-undang)1969 boleh digunakan bagi terhadap orang-orang tahanan semasa darurat di bawah seksyen 4(1), iaitu sekiranya Menteri ingin mencegah perbuatan yang memudaratkan ketenteraman awan atau beliau perlu menghapuskan kekerasan, keganasan atau ingin mencegah jenayah, Menteri boleh mengarahkan seseorang yang disyaki itu ditahan selama sesuatu tempoh asalkan tidak melebihi dua tahun. Justeru Akta Keselamatan Dalam Negeri ini digunakan dalah Ordinan Darurat bagi mengawal ketenteraman. Bahkan akta ini mampu menahan sesiapa sahaja yang disyaki ingin merosakan negara Malaysia atau akan melakukan kekecohan atau berbahaya kepada kerajaan dan negara. Selain itu, institusi keselamatan seperti anggota polis dan tentera juga memainkan peranan penting dalam menjayakan penguatkuasaan Undang-undang Darurat. Semasa darurat berlaku pada tahun 1948 hingga tahun 1960, kerajaan telah menggunakan khidmat pasukan polis untuk mengatasi masalah-masalah yang ditimbulkan oleh buruh yang dikuasai oleh Parti Komunis Malaya (PKM). Di samping itu, dalam masa yang sama pasukan polis juga telah digunakan sepenuhnya dalam memerangi keganasan bersenjata komunis sejak Jun 1948 iaitu sejak pengisytiharan darurat seluruh Tanah Melayu. Kebangkitan kuasa komunis telah menjejaskan keselamatan dalam negeri sehingga berlakunya situasi darurat. Oleh itu, telah menjadi tanggungjawab pasukan polis menerajui gerakan memerangi komunis yang begitu hebat membunuh, melakukan sabotaj, menyerang balai-balai polis, mengugut orang ramai dan melakukan berbagai bentuk kezaliman lain. Khidmat anggota polis ini juga digunakan semasa peristiwa 13 Mei, darurat di Sarawak dan Kelantan, rusuhan oleh Hindraf (Barisan Bertindak Hak Asasi Hindu) serta rusuhan-rusuhan lain. Kuasa anggota polis menahan atau mententeramkan kekecohan atau keadaan huru-hara atau darurat telah termaktub dalam Ordinan Darurat (Ketenteraman Awam dan Mencegah Jenayah), 1969, Seksyen 3: Kuasa menahan orangorang yang disyaki (rujuk Lampiran). Di bawah Seksyen ini menyatakan bahawa polis diberi kuasa menahan mana-mana individu yang melakukan perbuatan atau sedang melakukan perbuatan yang boleh memudaratkan ketenteraman awam. Melalui seksyen ini, polis dapat menjalankan tugasnya sebagai anggota keselamatan tanpa didakwa oleh

18

orang ramai atau pengganas sekiranya berlaku penahanan. Tugas anggota polis ini merupakan salah satu faktor keredaan situasi darurat. Selain anggota polis, anggota tentera juga merupakan anggota keselamatan yang dapat mengawal keadaan darurat dan membantu Undang-undang Darurat. Hal ini kerana, pengisytiharan darurat perlu disusuli dengan langkah-langkag lain atau peraturanperaturan lain untuk mempercepatkan keredaan huru-hara, peperangan, atau rusuhan daripada terus berlaku. Sebagai contoh, kerajaan British telah menambah anggota tentera sehingga ada kalangan tentera didatangkan dari Fiji, Kenya, Nepal, Australia dan New Zealand16, bagi mengawal dan menangani isu komunis yang mengakibatkan darurat pada tahun 1948. British telah memperbesarkan anggota tentera udara dengan menambah satu pasukan penggempur dan tentera udara pula turut membantu dalam operasi pengeboman ke atas kawasan-kawasan strategik komunis. Semasa darurat ini juga, Angkatan Tentera Laut ditugas memerangi komunis di kawasan-kawasan sungai. Bagi memperkuatkan lagi pertahanan British telah mewujudkan Pengawal Kampung (Home Guard) yang ditubuhkan di kawasan yang menjadi ancaman komunis. Tugas-tugas Pengawal Kampung ini termasuklah melindungi dan mengawal kampung, mengawal kawasan strategi, dan membantu polis membuat pemeriksaan.

9.0 KESIMPULAN Darurat yang membawa maksud, keadaan huru-hara, kecemasan, kekacauan, kemudaratan dan peperangan telah empat kali berlaku di Tanah Melayu atau Malaysia. Akibat keadaan ini, YDPA dan Kerajaan Persekutuan telah membuat perisytiharan darurat ke seluruh Negara atau seluruh negeri. Darurat yang diisytiharkan di seluruh negeri adalah darurat yang berlaku pada tahun 1966 di Sarawak dan tahun 1977 di Kelantan. Kedua-dua ini adalah disebabkan masalah atau krisis politik yang boleh16

Mohd Isa Othman, 2002. Sejarah Malaysia (1800 1963). Selangor: Utusan Publications & Distribitors Sdn. Bhd., hlm. 316.

19

dikatakan masing-masing cuba merampas kuasa dengan pelbagai tektik. Manakala, darurat yang diisytiharkan di seluruh Tanah Melayu atau Malaysia adalah darurat yang berlaku pada tahun 1948 dan pada tahun 1969. Darurat 1948 adalah akibat pemberontakan Parti Komunis Malaya (PKM) yang banyak melakukan kemusnahan dan pembunuhan serta kekacauan di Tanah Melayu sehingga masyarakat ketika itu berada dalam ketakutan. Darurat yang berlaku pada tahun 1969 pula, disebabkan oleh hubungan yang renggang antara masyarakat majmuk di Malaysia. Namun begitu, kemuncak tercetusnya peristiwa yang menyebabkan darurat pada tahun ini juga disebabkan politik atau pilihanraya pada 10 Mei 1969, dimana kedudukan pihak kerajaan yang mencemaskan di Selangor dan Perak apabila hilang majoriti dua per tiga di parlimen. Perarakan besarbesaran penyokong parti pembakang (Gerakan dan DAP) terutamanya orang bukan Melayu pada 11, 12, 13 Mei menyebabkan perasaan tercabar orang Melayu melatus dan berlakulah perarakan balas yang akhirnya membawa kepada rusuhan, pergaduhan, peperangan dan pembunuhan pada 13 Mei 1969. Dengan hal yang demikian, pada 16 Mei 1969, darurat telah diisytiharkan. Pada dasarnya, pergaduhan antara kaum ini adalah timbul daripada perasaan tidak puas hati antara kaum, terutamanya penduduk asal Malaysia yang berasa tercabar kerana dipinggirkan oleh pihak penjajah, kerajaan dan kaum-kaum bukan Melayu. Melalui keadaan darurat ini, Undang-undang Darurat telah digunapakai untuk mengawal keadaan darurat dan untuk membela atau menahan atau mendakwa orangorang yang berkenaan. Selain itu, pelbagai cara, peruntukan, persatuan, pertubuhan atau akta yang dilaksanakan, dibuat, dibina atau digubal dengan tujuan untuk membantu keberkesanan undang-undang ini, contohnya, Peraturan-peraturan Perlu (Kes-kes Keselamatan) 1975, Peraturan-peraturan Perlu (Majlis Perpaduan Negara) 1972, Perintah Perlu (Pendaftaran Penghuni (Pemakaian) 1971, penguatkuasaan dari anggota keselamatan, polis dan tentera, penubuhan MAGERAN (Majlis Gerakan Negara) yang ditubuhkan pada 14 Mei 1969 bagi mengawal rusuhan kaum 13 Mei 1969, penubuhan Kerajaan Ala-Mageran di Kelantan semasa darurat 1977 dan Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960 (ISA). Kesemua pelaksanaan ini bertujuan membantu undang-undang darurat atau mencegah, mengawal dan meredakan keadaan darurat. 20

Kesimpulannya, Undang-undang Darurat yang diperuntukan boleh dilaksanakan semasa berlakunya darurat. Pengisytiharan darurat ini hanya dibuat oleh YDPA atas nasihat Perdana Menteri. Sebelum berlakunya darurat untuk sekali lagi, masyarakat perlu bekerjasama mencegahnya dan menghindarinya. Hal ini kerana, keadaan darurat dapat mengancam keselamatan manusia atau masyarakat. Darurat bukan sahaja tertumpu kepada rusuhan, pembunuhan, kekacauan dan huru hara, namun darurat juga boleh berlaku melalui persekitaran yang tidak sihat akibat tindak-tanduk manusia seperti jerebu yang berada ditahap buruk, dan penyakit yang berbahaya. Justeru, selain mencegah atau menghindari daripada amalan pemakanan yang tidak sihat yang boleh memudaratkan masyarakat sekeliling, atau perbuatan yang boleh memusnahkan alam sekitar, masyarakat juga perlu menghindari daripada menyentuh isu sensitiviti kaum-kaum lain, terutamanya melalui parti-parti politik, kerana Malaysia didiami oleh masyarakat majmuk yang berbilang kaum, budaya, agama, dan adat resam.

BIBLIOGRAFI International Law Book Services (1997). Undang-undang Am Malaysia Jilid III (Hingga 30 Jun 1997) . Kuala Lumpur: Golden Books Centre Sdn. Bhd. Lembaga Penyelidikan Undang-undang (2010). Perlembagaan Persekutuan (Hingga 20 Januari 2010). Selangor: International Law Book Services. Kamus Dewan Edisi Keempat (2007). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Zainal Abidin Abdul Wahid (1996). Malaysia:Warisan dan Perkembangan. Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka 21

Sheela Ab Raham (1993). Sejarah Perkembangan Negara. Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka Syed Ibrahim (2009). Malaysia Kita. Selangor. International Law Book Services Abdul Aziz Bari (2008). Perlembagaan Malaysia: Asas-asas dan Masalah. Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka. Abdul Rahman Haji Ismail (2007). Malaysia: Sejarah Kenegaraan dan Politik. Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka. Abdul Rauf Mohd Napis dan Ramal Muhamad (1992). Politik dan Kerajaan di Malaysia. Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka. Mohd Isa Othman (2002). Sejarah Malaysia (1800 1963). Selangor: Utusan Publications & Distribitors Sdn. Bhd. Barbara Watson Andaya dan Leonard Y. Andaya (1983). Sejarah Malaysia (Edisi Bahasa Melayu). Kuala Lumpur: Macmillan Publishers. Kumar Rama Krishna (2002). Emergency Propaganda The Winning of Malayan Heart and Minds 1948-1958. Curzon Press: Rishmond, Surrey. Dr. Leong Chee Who (2010). Bicara Sejarah Darurat Bersama Datuk Dr. Leong Chee Who 16 Julai 2010 (Jumaat). Kuala Lumpur: Anjuran Arkib Negara Malaysia. Tunku Abdul Rahman (1964). Kita dan Darurat (Ucapan Perdana Menteri Malaysia, Y.T.M Tunku Abdul Rahman, Putra, Al-Haj). Petaling Jaya: Jabatan Penerangan Malaysia. Ucapan Y.B Menteri Undang-undang di Dewan Rakyat, disunting oleh Murtadza Mohd. Kasim (1979). Undang-undang Darurat (Kuasa-Kuasa Perlu), Kuala Lumpur: Jabatan Penerangan Malaysia, Kementerian Penerangan. Hassan Yusuf Ph.D (1997). Komunis/Darurat. Dalam Jurnal Malaysia dari Segi Sejarah, bil. 25: Perpustakaan Arkib Negara Malaysia. Azman Abdul Manaf (2001). Sejarah Sosial Masyarakat Malaysia. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd. Mohd Ali Kamarudin (2004). Penaungan dalam Kepimpinan Politik Melayu UMNO Kelantan 1946-90. Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.

22