Download docx - Dasar Alam Sekitar

Transcript

http://ww1.utusan.com.my/utusan/Rencana/20130912/re_02/PPPM-Persiapan-hadapi-alaf-21Pendidikan Era Abad ke-2101:36No comments

Sebagai sebuah negara membangun, Malaysia menghadapi cabaran dan tekanan besardalam mendepani persaingan abad ke-21. Menjelang tahun 2020, Malaysia berhasratmenjadi sebuah negara maju mengikut acuan sendiri, iaitu mencapai kemajuan seimbangdaripada segi ekonomi, politik, sosial, kerohanian dan kebudayaan. Malaysia berhasratmenjadi sebuah negara yang masyarakatnya bersatu padu dan mempunyai keyakinanyang tinggi, berpegang teguh kepada nilai agama, moral dan etika serta menikmatikehidupan yang demokratik, liberal dan bertolak ansur, perkongsian ekonomi yang adildan saksama, progresif dan makmur, serta menguasai ekonomi yang mampu bersaing,dinamik, tangkas serta berdaya tahan. Dalam usaha mencapai matlamat tersebut, Malaysia telah melakukan satu anjakan besar untuk membangunkan satu sistempendidikan yang berkualiti. Sistem pendidikan Malaysia diterajui oleh dua kementerianiaitu Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) yang bertanggungjawab dalampentadbiran dan pengurusan sistem pendidikan kebangsaan di peringkat sekolah yangmeliputi pendidikan prasekolah, pendidikan rendah, pendidikan menengah danpendidikan lepasan menengah; dan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) yangbertanggungjawab ke atas Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dan InstitusiPengajian Tinggi Swasta (IPTS). Dalam usaha memantap dan meningkatkan kualitisistem pendidikan kebangsaan di peringkat sekolah, KPM telah merangka danmelaksanakan satu perancangan strategik iaitu Pelan Induk Pembangunan Pendidikan(PIPP) yang memberikan fokus kepada enam teras strategik iaitu membina negarabangsa, membangunkan modal insan, memperkasakan sekolah kebangsaan, merapatkanjurang pendidikan, memartabatkan profesion keguruan dan melonjakkan kecemerlanganinstitusi pendidikan. Selaras dengan itu KPT juga telah menyediakan Pelan StrategikPendidikan Tinggi ke arah meningkatkan daya saing Malaysia di peringkat globalmelalui penyampaian pendidikan dan latihan yang berkualiti, berkesan, relevan danmempunyai komitmen yang tinggi kepada pembelajaran sepanjang hayat denganmembangunkan Institusi Pengajian Tinggi (IPT) melalui dua pendekatan iaitupendidikan dan latihan yang berjalan secara bersepadu. Pertama, memperkukuhpembelajaran yang berteraskan pengetahuan, menjalankan penyelidikan yang memberiimpak kepada dunia akademia-industri menerusi konsep elitis serta memberikanperkhidmatan kepada masyarakat yang berterusan. Kedua, membuka laluan pengajiantinggi yang bersifat terbuka dan sepanjang hayat melalui institusi pengajian sepertiuniversiti terbuka, politeknik, dan kolej komuniti. Selain daripada IPTA, IPTS sepertiOpen University Malaysia juga telah berkembang pesat dan memainkan peranan yangpenting dan merupakan supplementary dan complementary kepada institusi pendidikandi Malaysia. 2

1.0 PENGENALANSejarah pendidikan tidak formal negara Malaysia bermula sejak tertubuhnya kerajaanKesultanan Melayu Melaka. Dalam tempoh beberapa abad, pendidikan di Malaysia telahmengalami perubahan demi perubahan dan setiap perubahan mempunyai ciri-ciri yangtersendiri. Secara amnya, perubahan pendidikan ini mengikut kehendak masyarakat padamasa itu contohnya di zaman Kerajaan Melayu Melaka di mana masyarakat Melayu telahberubah daripada zaman hindu kepada zaman kegemilangan Islam. Zaman pemerintahanPortugis sekitar tahun 1511 sehingga tahun 1641 dan Belanda tidak banyak membawaperubahan terutamanya dalam bidang pendidikan kepada penduduk peribumi sehinggakedatangan Inggeris pada tahun 1786. Inggeris telah memulakan era baru dalam bidangpendidikan kepada anak peribumi waktu itu. Walau bagaimanapun kejayaan tenteraJepun menawan Tanah Melayu pada tahun 1941 dan memerintah sehingga tahun 1945telah membantutkan perkembangan pendidikan Malaysia. Pada tahun 1946 TanahMelayu telah diambil alih oleh kerajaan Inggeris sekali lagi, dan Inggeris mula mencorakpendidikan di tanah jajahannya sehingga pada 31 Ogos 1957 apabila negara TanahMelayu mendapat kemerdekaan daripada penjajah Inggeris.Selepas Kemerdekaan, Malaysia terus melangkah untuk membina sistem pendidikannegara yang beracuan Malaysia. Misi dan Matlamat dibina untuk mewujudkan perpaduandi kalangan rakyat, masyarakat yang saintifik dan progresif, masyarakat yang mempunyaidaya perubahan yang tinggi dan memandang ke hadapan, yang bukan sahaja menjadipengguna teknologi tetapi juga menyumbang kepada tamadun saintifik dan teknologimasa depan.

2.0 HALA TUJU SISTEM PENDIDIKAN MALAYSIAPada awal abad ke-21, beberapa perubahan dan perkembangan dalam sistem pendidikanMalaysia telah berlaku disebabkan oleh cabaran yang dihadapi akibat kesan globalisasi,liberalisasi, dan perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi. Cabaran negaraMalaysia waktu ini adalah untuk membangunkan ekonomi berasaskan pengetahuan atauK-ekonomi bagi menghadapi persaingan dengan negara lain. Ini menuntut negaraMalaysia membangunkan sumber tenaga manusia yang berketerampilan tinggi dalampelbagai bidang dan berdaya saing. Sejak tahun 2004, sistem pendidikan Malaysiaditerajui oleh dua kementerian iaitu Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) yangbertanggungjawab dalam pentadbiran dan pengurusan sistem pendidikan kebangsaan diperingkat primary dan secondary iaitu di peringkat sekolah yang meliputi pendidikanprasekolah, pendidikan rendah, pendidikan menengah dan pendidikan lepasan menengah;dan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) yang bertanggungjawab ke atas pendidikanperingkat tertiary iaitu pada peringkat Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) danInstitusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS). Dalam menentukan hala tuju sistempendidikan, KPM telah menggubal misi pendidikan sebagai fokus yang ingin dicapaidalam mengangkat martabat Malaysia dalam dunia global. Misi pendidikan Malaysiaialah;

Membangunkan sistem pendidikan yang berkualiti bertarafdunia bagi memperkembangkan potensi individu sepenuhnya danmemenuhi aspirasi negara Malaysia. Misi Pendidikan Malaysia

Selaras dengan misi tersebut Malaysia telah menetapkan matlamat pendidikan negarabagi;Bagi mencapai matlamat tersebut, sistem pendidikan Malaysia adalah bertunjangkankepada Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK).

3.0 HARAPAN, ASPIRASI DAN HALA TUJU PENDIDIKAN MALAYSIASebagai sebuah negara membangun, Malaysia menghadapi cabaran dan tekanan besardalam mendepani persaingan abad ke-21. Menjelang tahun 2020, Malaysia berhasratmenjadi sebuah negara maju mengikut acuan sendiri, iaitu mencapai kemajuan seimbangdaripada segi ekonomi, politik, sosial, kerohanian dan kebudayaan. Malaysia berhasratmenjadi sebuah negara yang masyarakatnya bersatu padu dan mempunyai keyakinan diriyang tinggi, berpegang teguh kepada nilai agama, moral dan etika serta menikmatikehidupan yang demokratik, liberal dan bertolak ansur, perkongsian ekonomi yang adildan saksama, progresif dan makmur, serta menguasai ekonomi yang mampu bersaing,dinamik, tangkas serta berdaya tahan.Membangunkan sistem pendidikan yang berkualiti bertarafdunia bagi memperkembangkan potensi individu sepenuhnya danmemenuhi aspirasi negara Malaysia.Misi Pendidikan MalaysiaPendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arahmemperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruhdan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang danharmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmaniberdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usahaini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu,bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraandiri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dankemakmuran masyarakat dan negara.

Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) Melahirkan bangsa Malaysia yang taat setia dan bersatu padu. Melahirkan insan yang beriman, berakhlak mulia, berilmu,berketerampilan dan sejahtera. Menyediakan sumber tenaga manusia untuk keperluankemajuan negara, dan Memberi peluang-peluang pendidikan kepada semuawarganegara Malaysia.

Matlamat Pendidikan MalaysiaMalaysia kini berada pada peringkat pertengahan dan sedang memasuki fasa 15 tahunyang kedua ke arah mencapai Wawasan 2020. Sepanjang fasa 15 tahun pertama, banyakkemajuan telah dicapai dalam pelbagai bidang. Namun, perubahan pesat dunia hari inimenuntut Malaysia untuk segera berubah agar mampu melonjak ke tahap maju. Fasatersebut juga telah mengetengahkan bidang pendidikan yang masih memerlukanpenambahbaikan dan perhatian khusus agar dapat melakukan lonjakan terakhir untukmencapai status negara maju yang dicita-citakan dalam Wawasan 2020.Dalam usaha mencapai negara maju, pembentukan Negara Bangsa menjadi semakinmencabar terutama dalam era globalisasi. Globalisasi bukan sahaja berkuasamenggerakkan modal, barangan dan manusia, tetapi juga berupaya mengubah gagasan,budaya, nilai dan jati diri secara transnasional. Gagasan, budaya, nilai dan jati dirisesebuah Negara Bangsa akan lenyap begitu sahaja sekiranya bangsa tersebut lalai danmenerima sewenang-wenangnya segala yang dibawa oleh arus globalisasi. PembentukanNegara Bangsa Malaysia yang maju dan bersatu padu bukan sahaja perlu berasaskanekonomi yang berdaya tahan tetapi juga kepada pengagihan kekayaan yang lebih adil dansaksama. Di samping pertumbuhan dan kedinamikan ekonomi yang perlu dicapai,ketidakseimbangan peluang ekonomi dan sumber pendapatan tidak harus dibiarkanberlarutan sehingga menggugat pembangunan negara.Justeru, Malaysia berazam dan berusaha untuk menjadi sebuah negara maju yang teguh,bersatu dan kekal utuh walaupun menghadapi pelbagai cabaran dan rintangan.Sehubungan itu, Malaysia telah memperkenalkan rangka kerja pelaksanaan baru, iaituMISI NASIONAL bagi mencapai wawasan dan matlamat negara dalam jangka masa 15tahun akan datang. Misi Nasional memberikan penekanan tinggi ke atas pembangunanmodal insan minda kelas pertama dan bina upaya sebagai pendekatan utama bagimelonjak ke status negara maju. Bagi mencapai prestasi yang tinggi dan impakmaksimum daripada pembangunan nasional, Misi Nasional telah menggariskan lima terasutama iaitu;

Teras Misi NasionalTeras 1 Meningkatkan ekonomi dalam rantaian nilai lebih tinggiTeras 2 Meningkatkan keupayaan pengetahuan dan inovasi negara serta memupukminda kelas pertamaTeras 3 Menangani masalah ketidakseimbangan sosioekonomi yang berterusansecara membina dan produktifTeras 4 Meningkatkan tahap dan kemampanan kualiti hidupTeras 5 Mengukuhkan keupayaan institusi dan pelaksanaanPeranan pendidikan amat penting dalam menjayakan kelima-lima teras Misi Nasional.

Dua daripada lima teras tersebut, teras kedua dan teras ketiga telah menyatakan perananpendidikan secara langsung

http://arigatousensei.blogspot.com/p/isu-3-penguasaan-guru-dalam-ict.html

PENGUASAAN GURU DALAM ICT

MEMARTABATKAN PROFESION PERGURUANKUCHING: Kerajaan bakal menambah jumlah sekolah teknik dan vokasional di Sarawak dalam usaha melahirkan ramai tenaga kerja berkemahiran tinggi sesuai permintaan pasaran tenaga kerja pada masa akan datang.Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata Pendidikan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) perlu dibangunkan setelah mengambil kira pelbagai kepentingan.Sebenarnya dalam tempoh beberapa tahun lalu, kita tidak memberi penekanan kepada TVET. Atau boleh dikatakan kita agak ketinggalan berbanding negara lain seperti Perancis, Jerman malah Indonesia dan Singapura, katanya.Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan pada Majlis Perjumpaan Khas Tan Sri Muhyiddin Yassin Bersama Warga Institusi Pendidikan Negeri Sarawak di sini semalam.Muhyiddin menjelaskan, keperluan serta kepentingan tenaga kerja memiliki kemahiran TVET sangat tinggi kerana negara menuju ke aras perindustrian.Dan, dalam konteks ini, Sarawak tidak terkecuali terutama dalam memenuhi pembangunan Koridor Tenaga Boleh Diperbaharui Sarawak (SCORE) sekarang, ujarnya.Hadir sama pada majlis itu Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Adenan Satem, Timbalan Ketua Menteri, Datuk Patinggi Tan Sri Alfred Jabu, Timbalan Menteri Pendidikan (I) Datuk Mary Yap, Menteri Kebajikan, Wanita dan Pembangunan Keluarga Datuk Fatimah Abdullah, Setiausaha Kerajaan Negeri Tan Sri Datuk Amar Mohamad Morshidi Abdul Ghani, serta pegawai-pegawai kanan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).Muhyiddin juga Menteri Pendidikan berkata, peratusan pelajar mengikuti pendidikan teknikal dan vokasional masih terlalu rendah iaitu sekitar lima peratus sedangkan di negara lain sekitar 60 peratus.Mungkin ketika itu, kita termasuk ibu bapa tidak menekankan pendidikan vokasional dan menganggap ia pilihan kedua. Sebab itu, berlakunya kekosongan begitu luar biasa sekarang.Justeru, dalam belanjawan tahun ini, Perdana Menteri memperuntuk RM1.2 bilion untuk membangunan TVET negara termasuk di Sarawak, jelasnya.Perdana Menteri juga mengisytihar lebih RM100 juta khusus untuk kementerian memberi tempat di sektor swasta, kolej swasta menawarkan bidang pengajian dikehendaki pasaran pekerjaan semasa.Sebagai contoh katanya antara negeri begitu maju dengan industri SCORE bermula dengan Tokoyama, syarikat pertama melabur modal di kawasan perindustrian Samalaju dengan jumlah pelaburan RM8 bilion dan kini mencecah hampir RM24 bilion.Cabaran besar bagi kita ialah, di manakah kita hendak melahir kumpulan ini jika tidak melalui sistem pendidikan negara kita. Dan TVET adalah jawapannya, kata Muhyiddin.Dalam perkembangan lain, beliau memberitahu Sarawak antara negeri yang sentiasa mendapat peruntukan pembangunan tinggi setiap tahun di bawah Rancangan Malaysia Ke-10 (RMK10)Pada tahun 2014, katanya sebanyak 22 projek merangkumi projek pembinaan baharu, gantian sepenuhnya, ubah suai, naik taraf bangunan sekolah telah dilulus oleh Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri.Di bawah RMK10 sehingga kini sebanyak 650 projek pembangunan fizikal institusi pelajaran di Sarawak telah siap manakala sebanyak 83 projek pula sedang dalam pembinaan, katanya.Bagi tahun 2015, peruntukan pembangunan khusus bagi Sarawak ialah sejumlah RM235.2 juta. Selain itu, di bawah Belanja Pembangunan, KPM menyediakan peruntukan bagi pembinaan sekolah baharu terutama di pedalaman.Di bawah Pelan Transformasi Luar Bandar, tiga sekolah baharu dibina iaitu dua sekolah K9 iaitu Sekolah Kebangsaan (SK) Tegulang, Belaga dan SK Song, tambah Muhyiddin

Sekolah teknik, vokasional akan ditambahPosted onFebruary 13, 2015, FridayOleh Patricia Gari //Kerajaan mahu lahir lebih ramai pekerja mahir selaras permintaan pasaran kerja: TPMTan Sri Mahyuddin berkata:

Kejayaan pendidikan di Malaysia perlu diukur bukan hanya kepada pencapaian dalam bidang akademik semata-mata, tetapi perlu ada definisi baru kepada kejayaan tersebut iaitu melalui bidang teknikal serta vokasional. Ini kerana kadar purata enrolmen pelajar aliran teknikal dan vokasional di peringkat menengah atas bagi negara Pertubuhan Kerjasama Ekonomi dan Pembangunan (OECD) adalah 44 peratus berbanding hanya 10 peratus di Malaysia.Anggaran jumlah pekerja asing di negara kita melebihi 2 juta orang, satu jumlah yang cukup membimbangkan.Bila kerajaan melakukan program pemutihan, jumlahnya menjangkau sehingga 4 juta orang. Oleh itu, jumlah pekerja asing telah membentuk 15% daripada penduduk negara kita.

Pekerja asing terdiri dari kalangan tenaga mahir dan separuh mahir yang mengisi kekurangan tenaga kerja tempatan dalam bidang-bidang kemahiran seperti perkhidmatan, pembinaan, pembuatan, pertanian, perkapalan dan bidang-bidang lain.Bolehkah kita tetapkan pekerja asing yang dibenarkan bekerja di sini tidak melebihi 5% sahaja pada masa akan datang, maka perancangan yang rapi mesti dilakukan dari sekarang.

Hasrat menjadi negara maju mesti seiring dengan perancangan yang rapi

Di Jerman, 60 - 70% pelajar di peringkat menengah memasuki sekolah aliran vokasional dan teknikal. Pelajar dilatih dalam 340 bidang pekerjaan dan kerajaan berjaya mengurangkan kadar pengangguran dan meningkatkan pendapatan rakyat. Begitu juga di Jepun dan Korea Selatan, 50 60% pelajar di sana mengikuti aliran vokasional dan teknikal. Mereka berpendapat hanya 30%-40% sahaja pelajar yang akan mengikuti bidang akademik sementara 60% pelajar lain layak mengisi bidang kemahiran.

Bidang pendidikan vokasional dan teknikal yang sedia ada terhad kepada 19 bidang (berbanding di Jerman ada 340 bidang), iaitu:1. Kerajaan bercadang menambah 10 bidang lagi pada tahun 2015, menjadikannya 29 bidang. Bidang baharu itu merangkumi aliran berikut:

Kerajaan boleh memikirkan untuk menawarkan bidang-bidang lain selaras dengan pasaran pekerjaan semasa dan akan datang.

CADANGAN BAGI MEMPERKASA PENDIDIKAN VOKASIONAL DAN TEKNIKAL

1.CADANGAN PENAMBAHAN BIDANG VOKASIONAL DAN TEKNIKAL

Cadangan pertama ialah supaya bidang kemahiran vokasional dan teknikal sedia ada ditambah lagi 41 bidang, menjadikannya 70 bidang pada tahun 2015, dan perlu ditambah dari semasa ke semasa. Bidang-bidang kemahiran vokasional dan teknikal amat penting bagi mengisi pasaran pekerjaan sedia ada.

Bidang-bidang kemahiran ini amat berkait rapat dengan dunia keusahawanan dan dengan itu subjek ini perlu diajar serentak dengan bidang kemahiran tersebut. Antara bidang baharu yang dicadangkan ialah:

2.CADANGAN MULAKAN SEKOLAH VOKASIONAL DARI TINGKATAN SATU

Cadangan kedua ialah supaya pendidikan vokasional dan teknikal dimulakan sejak tingkatan satu, bukan tingkatan 4 5 seperti sekarang kerana ia agak lewat. Seperti yang dinyatakan sebelum ini, 60% daripada pelajar tidak meminati bidang akademik, sebaliknya berpotensi dan lebih berminat dalam bidang non-akademik. Pelajar yang berpotensi gagal dalam bidang akademik ini sepatutnya awal-awal lagi disalurkan ke bidang vokasional dan teknikal.

Untuk itu, mereka perlu digilap lebih awal, iaitu semasa di tingkatan satu lagi. Sistem persekolahan di peringkat rendah sepatutnya sudah berjaya mengenalpasti potensi pelajar, sama ada perlu disalurkan ke bidang akademik dan profesional, ataupun ke bidang vokasional dan teknikal. Dengan itu, kita tidak perlu lagi memaksa pelajar yang tidak sesuai di bidang akademik belajar perkara-perkara yang tidak diminati. Sebaliknya mereka terus disalurkan ke bidang kemahiran yang sesuai dengan potensi dan minat mereka.

Kaedah yang paling baik ialah dengan menukar 50% sekolah menengah menjadi sekolah vokasional dan teknikal. Ini memang memerlukan perancangan yang rapi, khususnya di peringkat latihan perguruan. Bagaimanapun, ia tidaklah memakan masa yang terlalu lama. Terdapat banyak graduan dalam bidang profesional yang berkait-rapat dengan bidang vokasional dan teknikal ini (seperti bidang kejuruteraan dan sains) yang boleh dilatih semula menjadi tenaga pengajar mahir dalam bidang tertentu.

Ini akan mengurangkan pengangguran graduan dan sekaligus mengurangkan keciciran pelajar dalam bidang akademik.

Jika langkah melahirkan guru-guru vokasional dan teknikal ini dapat dimulakan pada tahun 2013, 50% daripada sekolah menengah dapat diubah menjadi sekolah menengah vokasional dan teknikal pada tahun 2015.

Bajet yang diperlukan tentulah bertambah. Bagi mengubahsuai sekolah menengah biasa kepada sekolah vokasional dan teknikal, belanjanya tentulah besar. Bagaimanapun, pelaburan besar dalam bidang pendidikan vokasional dan teknikal ini amat diperlukan dan berbaloi bagi mereformasikan pendidikan negara. Kita boleh mulakan daripada bidang yang mudah dahulu dan kemudian beransur-ansur kepada bidang yang lebih berat dan memerlukan belanja yang lebih besar.

Dengan itu, kita boleh mensasarkan 50% daripada lepasan sekolah menegah pada tahun 2020 adalah terdiri daripada tenaga mahir yang terlatih dan diiktiraf. Ini pasti akan dapat menyumbang kepada pembangunan negara dengan lebih pesat. Satu hari nanti kita mungkin boleh mengeksport tenaga mahir kita ke luar negara, dan dengan itu, pendapatan mereka akan meningkat.

3.CADANGAN WUJUDKAN SUBJEK KEMAHIRAN MERENTAS KURIKULUM

Cadangan ketiga ialah supaya diwujudkan subjek-subjek yang merentas kurikulum. Ia penting bagi memberikan keseimbangan pembelajaran supaya para pelajar tidak ketinggalan dan buta ilmu dalam mengharungi kehidupan bermasyarakat dan bernegara kelak. Antaranya ialah:

4.CADANGAN SUPAYA PLKN DITUKAR KEPADA PROGRAM LATIHAN KEMAHIRAN NASIONAL

Sementara kita melaksanakan sistem pendidikan vokasional dan teknikal mulai tahun 2015, sesuatu harus dilakukan sekarang supaya kohort pelajar tahun 2013 2016 tidak ketinggalan.

Kerajaan sudah berbelanja sebanyak RM4.38 billion bagi melatih 652,052 pelajar lepasan menengah mengikuti Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) sejak tahun 2004. Bagaimanapun, keberkesanannya masih menjadi tandatanya hingga ke hari ini.

Jika diukur daripada semangat patriotisme, ia nyata tidak berkesan kerana sepanjang sebulan perayaan kemerdekaan dan Hari Malaysia, tidak ramai yang mengibarkan bendera Malaysia. Jika program itu bertujuan untuk memenangi hati anak muda mengundi parti pemerintah, ia juga gagal. Ini ditambah lagi dengan sijil PLKN yang tidak laku di pasaran pekerjaan.

Oleh itu, PLKN ini perlu diubah atau diberi nafas baharu. Ia mungkin boleh ditukar menjadiProgram Latihan Kemahiran Negara.Bagi matlamat melahirkan tenaga separuh mahir, mulai tahun 2013 PLKN baru ini boleh dilaksanakan dengan memberikan kursus jangka pendek selama 6 bulan dalam semua bidang yang dikenalpasti berpotensi dan bersesuaian dengan industri, di samping penerapan semangat patriotisme dan nilai-nilai spiritual. Terdapat sebanyak 150 jenis kursus vokasional yang boleh ditauliahkan sebagai Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) tahap 1.

Strategi pelaksanaan ialah dengan menggunakan semua 201 institusi teknikal dan vokasional yang sedia ada, gunakan 86 kem PLKN sedia ada, gunakan 50 premis IPTA, IPTS & kolej swasta sedia ada, gunakan 100 pusat latihan bertauliah sedia ada, gunakan 50 buah kem Biro Tatanegara dan kem-kem bina semangat sedia ada. Jumlahnya sekitar 500 buah dan ia mencukupi untuk sasaran berikut: 150,000 x 2intake= 300,000 peserta setahun (60% daripada keseluruhan pelajar).

Tumpuan peserta ialah kepada pelajar yang dijangka tidak dapat memasuki mana-mana institusi pendidikan tinggi dan kemahiran. Kita mungkin memerlukan peruntukan khas RM2 billion setahun untuk tujuan ini, tetapi pelaburan ini amat berbaloi kerana para pelatih akan mendapat sijil kemahiran tertentu yang laku di pasaran kerja.5.WUJUDKAN SEKOLAH VOKASIONAL DAN TEKNIKAL AGAMA

Satu lagi cadangan yang patut dipertimbangkan ialah mewujudkan sekolah vokasional dan teknikal agama. Ini kerana banyak sekolah agama baik di bawah kerajaan negeri mahupun pusat sedang dijuruskan ke bidang integrasi tahfiz dan sains. Ia bertujuan untuk melahirkan tenaga akademik dan professional seperti jurutera, doktor dan professional lain yang boleh menghafaz al-Quran.

Bagaimanapun, usaha menyeimbangkannya dengan dengan lulusan vokasional dan teknikal perlu dilaksanakan. Bukan semua pelajar agama mampu mencapai keputusan cemerlang dan menjadi orang akademik dan professional. Oleh itu, sekolah vokasional agama yang dapat melahirkan tenaga mahir yang beriman dan bertaqwa juga amat sesuai dilaksanakan. Tenaga mahir yang beragama amat penting dalam melahirkan pekerja yang jujur dan amanah bagi pembangunan negara.

Pendidikan teknik dan vokasional mesti diperkasakan bagi mencapai status negara maju. Transformasi pendidikan negara sememangnya diharapkan akan dapat merealisasikan "kebolehkerjaan" dalam kalangan lepasan institusi kemahiran negara.

http://abdmunblog.blogspot.com/2012/12/pendidikan-teknik-dan-vokasional.html

Read more:http://www.theborneopost.com/2015/02/13/sekolah-teknik-vokasional-akan-ditambah/#ixzz3UqOY9FamRead more:http://www.theborneopost.com/2015/02/13/sekolah-teknik-vokasional-akan-ditambah/#ixzz3UqONbHLZTransformasi 1.2 juta penuntut IPT0PUTRAJAYA: Kementerian Pendidikan mengenal pasti empat cabaran utama sebagai wadah penting meningkatkan kualiti pendidikan bagi melahirkan modal insan untuk memacu Malaysia menjadi sebuah negara maju.Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, keempat-empat cabaran itu jelas menuntut agar generasi masa hadapan dididik dengan ilmu pengetahuan, kemahiran dan nilai-nilai murni bagi mencapai matlmat melahirkan rakyat yang mampu menghadapi cabaran masa kini dan masa hadapan."Kita bukan sahaja perlu lahir insan yang berpengetahuan tinggi tetapi insan yang berguna dan warga yang baik yang boleh menyumbang sesuatu yang bermanfaat kepada masyarakat dan negara," katanya.Muhyiddin yang juga Menteri Pendidikan berkata demikian ketika menyampaikan perutusan Tahun Baharu Kementerian Pendidikan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di sini hari ini.Beliau menggariskan cabaran pertama iaitu perkembangan ekonomi Asean yang bakal menjadikan rantau Asean sebagai blok ekonomi yang kelima terbesar di dunia selepas Amerika Syarikat, China, Jepun dan India.Muhyiddin berkata, perkembangan itu pastinya akan merangsang perniagaan dan perdagangan dalam negeri dan antara negara Asean, dan Malaysia perlu bersedia menghadapi persaingan ekonomi, keselamatan dan kebudayaan yang lebih terbuka."Dengan pelaksanaan Komuniti Asean tahun ini, sektor pengajian tinggi boleh turut memainkan peranan dengan merangka satu perancangan strategik untuk menangani cabaran mobiliti tenaga kerja mahir dalam pasaran pekerjaan serantau yang lebih terbuka," jelasnya.Bagi cabaran kedua, Muhyiddin berkata warga kementerian perlu sentiasa peka terhadap perubahan dan kemajuan di peringkat antarabangsa serta ketidakpastian pada masa akan datang.Menyedari keperluan untuk sektor pendidikan berkembang seiring dengan perkembangan pendidikan dunia, beliau berkata kementerian komited untuk melaksanakan jaringan kerjasama antarabangsa dalam penyelidikan, latihan pra dan dalam perkhidmatan untuk tenaga pengajar, program penandaarasan dan mobiliti pelajar."Malaysia akan terus memainkan peranan penting dalam menerajui pembangunan pengkomersilan khususnya pembelajaran sepanjang hayat, pendidikan keusahawan dan penyelidikan serta inovasi sebagai usaha kolaboratif dalam kalangan negara anggota Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC)," katanya.Dalam pada itu, Muhyiddin berkata, Malaysia akan menerajui penubuhan OIC Collaborative Efforts in Commercialisation and Entrepreneurship Education (OIC-CECE) yang akan menjadi pusat rujukan bagi negara-negara anggota OIC.Bagi cabaran ketiga pula, timbalan perdana menteri berkata kementerian dipertanggungjawabkan peranan penting untuk menghasilkan Modal Insan Minda Kelas Pertama yang mampu menggunakan pengetahuan secara proaktif, kreatif dan inovatif dalam pelaksanaan Rancangan Malaysia ke-11 (RMK-11)."Modal insan yang dilahirkan oleh sistem pendidikan kita perlu berupaya menangani persekitaran global yang sentiasa berubah, meningkatkan kualiti hidup serta menyumbang kepada kesejahteraan dan kekayaan negara," katanya.Di samping itu, beliau berkata program-program yang dilaksanakan mestilah berimpak tinggi, berpelaksanaan cepat dan bertransformasi dalam RMK-11.Muhyiddin turut menggariskan cabaran keempat kepada kepesatan teknologi yang kini menghasilkan perubahan pada corak, cara dan gaya hidup manusia yang menyebabkan dunia menjadi semakin kecil dan kompetitif."Jelasnya, pembangunan dalam bidang teknologi ini walaupun banyak mempunyai kelebihan tetapi banyak juga cabaran yang perlu dihadapi khususnya dalam mendidik insan supaya menjadi pengguna teknologi yang bertanggungjawab," katanya.Justeru, Muhyiddin mengingatkan warga kementerian, adalah menjadi tanggungjawab bersama untuk menyediakan landasan terbaik bagi rakyat menikmati kehidupan yang lestari di masa hadapan. - BERNAMAhttp://www.bharian.com.my/node/29648http://blogbmspm.blogspot.com/2012/05/manfaat-teknologi-maklumat-dan.html MANFAAT TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI Teknologi maklumat merupakan agenda baharu yang mendapat tempat dalam sanubari segenap lapisan masyarakat. Kerajaan telah mengambil langkah yang serius untuk menerapkan budaya teknologi maklumat kepada masyarakat. Berbagai-bagai kempen dijalankan untuk menjelaskan kepada masyarakat tentang pentingnya teknologi maklumat. Sejumlah peruntukan yang besar telah dilaburkan untuk tujuan itu. Berdasarkan usaha dan iltizam kerajaan yang tinggi itu, nyatalah bahawa bidang teknologi maklumat mempunyai manfaat yang sangat besar kepada masyarakat dan negara ini.

Teknologi maklumat mampu menjadikan masyarakat negara ini sebagai sebuah masyarakat yang sentiasa peka dengan perkembangan dan pergolakan dunia. Melalui kemajuan dalam bidang penyebaran maklumat, masyarakat negara ini tidak ketinggalan untuk mengikuti perkembangan. Maklumat yang disalurkan amat pantas. Hanya dengan memiliki sebuah komputer peribadi yang disambung dengan perkhidmatan internet, masyarakat boleh mendapatkan maklumat dari seluruh dunia. Mereka hanya perlu menggerakkan tetikus untuk mendapatkan maklumat terkini dalam sesuatu bidang. Contohnya masyarakat Malaysia boleh mengikuti pergolakan politik di Timur Tengah melalui skrin komputer mereka. Oleh itu penguasaan teknologi maklumat mampu menjadi masyarakat Malaysia sebagai masyarakat berinformasi.

Selain itu,teknologi maklumat dapat meningkatkan mutu pendidikan negara kita. Kerajaan telah mengambil inisiatif untuk mewujudkan sekolah-sekolah bestari yang menjadikan teknologi maklumat sebagai teras pendidikan. Apabila terlaksana kelak, sumber rujukan yang utama bagi pelajar bukan lagi guru mereka. Guru akan dianggap sebagai pemudah cara. Segala proses pembelajaran dan pengajaran akan dikendalikan oleh komputer. Sumber rujukan pula adalah dari sumber-sumber multimedia. Pelajar perlu memiliki kemahiran untuk mengendalikan komputer dan mereka sendiri yang akan meneroka segenap bidang ilmu yang dipelajari oleh mereka. Malah seseorang pelajar boleh melanjutkan pelajaran sehingga ke peringkat tertinggi menggunakan media komputer. Contohnya penubuhan Universiti Tun Abdul Razak merupakan satu langkah ke arah penerokaan ilmu di ruang siber tanpa menghadiri kuliah secara lumrah. Dengan penubuhan universiti maya ini, mutu pendidikan negara meningkat setahap lagi ke arah kemajuan. Teknologi maklumat juga mampu meletakkan negara kita setanding dengan negara-negara maju.Dalam zaman ini kemajuan sesebuah negara diukur dengan pencapaian dalam bidang teknologi. Oleh yang demikian sebagai sebuah negara yang ingin mencapai status negara maju, Malaysia mestilah menitikberatkan bidang ini dan menjadikan kitaduduk sama rendah berdiri sama tinggidengan negara-negara maju. Oleh sebab itulah negara kita mengeluarkan belanja yang banyak untuk meningkatkan segenap aspek yang berkaitan dengan teknologi maklumat. Contohnya negara kita telah melancarkan satelit telekomunikasi kita sendiri yang dikenali dengan nama MEASAT 1 dan MEASAT 11. Baru-baru ini pula saintis Malaysia berjaya menghasilkan satelit ringan yang dikenali sebagai Tiongsat-1. Dengan pelancaran satelit-satelit ini, kita mampu menempatkan diri setanding dengan negara-negara maju dalam bidang telekomunikasi. Jadi, jelaslah teknologi maklumat menjadikan negara kita setanding dengan negara maju.

Penekanan dalam kemajuan teknologi maklumat akan menggalakkan pemindahan teknologi secara langsung dan tidak langsung.Pembinaan Koridor Raya Multimedia telah membuka peluang pelaburan kepada syarikat-syarikat antarabangsa untuk beroperasi di sini. Dengan ini mereka akan memindahkan teknologi canggih ini untuk dipelajari oleh rakyat negara kita. Kerajaan tidak perlu membelanjakan wang yang banyak untuk menghantar pegawai untuk berkursus di luar negara. Selain itu, dengan pemindahan teknologi ke negara kita lebih banyak pihak yang mendapat manfaat. Selain kerajaan mendapat hasil cukai, peluang pekerjaan telah disediakan untuk dimanfaatkan oleh penduduk tempatan. Oleh yang demikian, kemajuan teknologi dapat menggalakkan pemindahan teknologi ke negara kita.

Teknologi maklumat juga dapat meningkatkan ekonomi negara.Perniagaan hari ini dijalankan melalui kaedah e-dagang atau perdagangan elektronik. Melalui kaedah ini peniaga tidak lagi perlu menyediakan ruang niaga yang besar dan memerlukan kos yang tinggi. Hal ini kerana pasaran dapat diperluas melalui internet. Pembeli dari dalam dan luar negara dapat melihat produk dengan hanya menekan tetikus, di samping membuat pesanan. Perdagangan cara ini ternyata lebih berkesan kerana menjimatkan masa dan tenaga pembeli. Peniaga pula hanya perlu meneliti skrin komputer untuk menjual barangan mereka. Contohnya Amazon.com merupakan sebuah syarikat penjualan bahan bacaan yang sangat terkenal dan telah membuktikan kejayaan dalam e-dagang ini. Natijahnya, teknologi maklumat dapat meningkatkan ekonomi negara.

Kesimpulannya, kita tidak harus ketinggalan untuk menguasai kemahiran teknologi maklumat kerana bidang ini akan terus berkembang dari semasa ke semasa. Sistem hidup manusia masa depan akan lebih bergantung kepada kemajuan dalam bidang ini. Malah pada masa ini pun, pergantungan manusia terhadap teknologi maklumat sememangnya tidak dapat dinafikan. Oleh itu, untuk memastikan wawasan negara untuk menjadi sebuah negara maju boleh direalisasikan dengan penguasaan dalam bidang teknologi maklumat. Sebagai rakyat Malaysia, kita perlu menyokong usaha ini di samping menyediakan diri untuk mempelajari pengetahuan baru berkaitan teknologi maklumat agar kita tidak dianggapseperti katak di bawah tempurung.

http://www.bernama.com/bernama/v8/bm/bu/newsbusiness.php?id=1118654http://www.sinarharian.com.my/ultras/liga-antarabangsa/malaysia-hong-kong-perkukuh-hubungan-pendidikan-1.348325PUTRAJAYA - Setiausaha Hong Kong bagi Pendidikan (SED), Eddie Ng Hak-kim hari ini mengunjungi Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin di pusat pentadbiran Kerajaan Persekutuan di sini. Pertemuan selama 30 minit antara Muhyiddin, yang juga Menteri Pendidikan, dan Eddie Ng Hak-kim di Kementerian Pendidikan di sini bertujuan untuk mengukuhkan hubungan dalam bidang pendidikan. Eddie Ng Hak-kim diiringi enam pegawai termasuk pengarah Pejabat Perdagangan Ekonomi Hong Kong (HKETO), Fong Ngai dan Penolong Setiausaha Biro Pendidikan (Pengajian Tinggi), Elsa Hung Pui Ling. Menurut kenyataan media yang disiarkan dalam laman sesawang kerajaan Hong Kong semalam, lawatan Eddie Ng Hak-kim selama dua hari di Malaysia yang bermula hari ini bertujuan untuk mengukuhkan hubungan pendidikan. Semasa berada di Malaysia, Eddie Ng Hak-kim dijadual menemui para pegawai kanan pendidikan bagi membincangkan isu-isu kepentingan bersama terutama kemungkinan meningkatkan kerjasama pendidikan antara Hong Kong dan Malaysia. Menurut kenyataan itu, beliau juga akan menemui presiden/naib presiden institusi pengajian tinggi utama di Malaysia untuk bertukar pandangan tentang kerjasama akademik dan pertukaran pelajar antara sektor pengajian tinggi kedua-dua pihak. - Bernama

Taklimat Pelan Pendidikan Malaysia (Pengajian Tinggi) yang disampaikan oleh Ketua Pengarah Pengajian Tinggi Profesor Dr Asma Ismail di Universiti Sains Malaysia (USM) baru-baru ini yang memberikan fakta proses pendidikan di negara kita adalah amat menarik sekali.Taklimat dalam sesi pendengaran awam yang diadakan di seluruh negara itu sewajarnya memberikan senario jelas mengenai sektor pengajian tinggi negara terutamanya Pelan Pendidikan Tinggi Malaysia (Pengajian Tinggi) 2015-2025 yang disediakan oleh anak tempatan sepenuhnya membabitkan 14 bahagian pasukan penulis, 20 penulis utama dan 42 penulis yang mengemukakan 10 anjakan untuk masa hadapan pengajian tinggi negara sebagai sebahagian proses evolusi sistem pendidikan yang berteraskan rentak global.Hakikatnya ialah dalam tempoh 10 tahun kebelakangan ini, akses kepada pengajian tinggi dalam kalangan rakyat negara ini bertambah 70 peratus, enam kali ganda peningkatan dalam pengajian ijazah sarjana muda (1990-2010) dan 10 kali ganda peningkatan dalam penghasilan siswazah sarjana dan doktor falsafah, dengan Malaysia kini menduduki tempat ketiga dalam kalangan negara ASEAN.Peningkatan ketara penyelidikanBegitu juga berlaku peningkatan amat ketara dalam usaha penyelidikan dalam tempoh lima tahun kebelakangan ini, terutamanya dengan adanya Universiti Penyelidikan.Berlaku lebih tiga kali ganda peningkatan penghasilan penerbitan berkualiti antara tahun 2007- 2012 yang adalah tertinggi di dunia, empat kali ganda peningkatan sitasi, 70 peratus penerbitan dihasilkan melalui Universiti Penyelidikan, peningkatan 11 peratus paten yang meletakkan Malaysia pada kedudukan ke-28 dunia pada tahun 2011, serta RM1.25 bilion nilai pendapatan yang diperoleh Universiti Penyelidikan sebagai penyedia penyelesaian kepada industri, agensi, pertubuhan sukarela dan sebagainya.Malah, kata Asma, universiti tempatan berada pada kedudukan ke-151 - 700 ranking dunia termasuk Universiti Teknologi MARA (UiTM) dan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), di samping berada pada kedudukan ke-151 terbaik dalam kalangan Pertubuhan Negara Islam Sedunia (OIC), dengan UIAM diiktiraf sebagai 'Premier International Islamic Research University by ISESCO' dalam tahun 2015.Ini adalah antara sumbangan besar institusi pengajian tinggi negara kita yang mungkin jarang mendapat perhatian selama ini. Universiti kita juga berada pada kedudukan yang tinggi dalam ranking subjek, misalnya USM yang menduduki tempat ke-28 dalam Sains Persekitaran.Mengambil kira penghasilan siswazah ijazah pertama dan ijazah tinggi yang begitu besar jumlahnya, universiti kita saban tahun berjaya menjimatkan perbelanjaan negara dalam memberikan pendidikan tinggi kepada anak muda kita yang sebelum ini terpaksa dihantar ke pelbagai negara luar, terutamanya untuk mengikuti pengajian ijazah tinggi.Hasilkan masyarakat berilmuUsaha seterusnya ialah bagaimana untuk menukar persepsi terhadap pengajian tinggi dan mendidik masyarakat memahami peranannya dalam pembangunan negara dan proses pembinaan bangsa yang berdaulat dan merdeka dengan nilai jati diri yang kuat. Misalnya, untuk memastikan pada masa hadapan siswazah kita bukan sahaja yang mencari pekerjaan tetapi juga mampu membangunkan peluang pekerjaan baharu, serta bagaimana menghasilkan anak muda dan masyarakat berilmu yang bermentaliti keusahawanan dan kesukarelawanan yang tinggi dalam membangunkan negara.Usaha Kementerian Pendidikan mempromosikan usaha meningkatkan bilangan pelajar yang memasuki pengajian dalam kategori TVET atau 'Technical and Vocational Education and Training' yang lebih menumpukan kepada kemahiran dengan peluang pekerjaan yang terbuka luas berbanding pengajian akademik konvensional yang sedia ada, perlu difahami dan disokong.TVET yang menjadi tumpuan beberapa buah universiti adalah penting dalam memastikan anak muda kita berdikari dan membangunkan ekonomi negara dalam pembangunan yang lestari dengan proses pendidikan yang merangkumi secara formal dan tidak formal dengan mendedahkan mereka kepada dunia pekerjaan teknikal pada masa hadapan.Yang perlu terus dilaksanakan ialah memperkasakan pengajian tinggi dalam kalangan siswazahnya sebagai satu tenaga besar bakat berilmu yang dapat menyumbang kepada proses pembinaan negara bangsa yang berpegang teguh kepada nilai hidup yang menghargai kepelbagaian yang ada.Sumbangan kira-kira 50,000 siswazah dan sukarelawan dari pelbagai universiti bekerja bersama-sama dalam satu kapasiti tanpa entiti yang khusus ketika banjir besar di negara kita pada hujung tahun lalu, membuktikan bahawa kekuatan yang ada sepatutnya diperkukuhkan, bukan hanya dalam kalangan pelajar tetapi juga dalam kalangan warga lainnya untuk berkongsi kekuatan sebagai satu entiti universiti Malaysia yang terus cemerlang.Penulis ialah Pengarah Pusat Media dan Perhubungan Awam Universiti Sains Malaysiahttp://www.bharian.com.my/node/36215

Peranan & Sumbangan Malaysia dalam ASEANhttp://nuribtis.blogspot.com/2013/07/peranan-sumbangan-malaysia-dalam-asean_2763.html

3.1 Peranan Dan Strategi Malaysia Dalam Membantu Meningkatkan Ekonomi Dikalangan Negara-Negara ASEAN.Ianya merangkumi subsektor automotif, aeroangkasa dan pembinaan kapal dan pembaikan kapal. Subsektor automotif adalah yang terbesar dalam industri ini yang meliputi pengilangan atau pemasangan kenderaan bermotor (termasuk motor beroda dua), pemulihan semula / pemasangan semula / pembinaan semula / pengubahan kenderaan bermotor dan pengilangan bahagian dan komponen, termasuk koc dan badan kenderaan.

Dalam menggalakkan usaha ke arah teknologi hijau, Dasar Automotif Nasional (NAP) 2010 telah menghasilkan peningkatan dalam pelaburan bagi pengeluaran kenderaan hibrid/ elektrik kepada RM792.4 juta pada tahun 2012. Ia juga telah peningkatkan pelaburan dalam pengilangan bahagian dan komponen yang kritikal dan bernilai ditambah tinggi kepada RM262 juta pada tahun 2012. Menuju kehadapan, NAP akan dikaji semula untuk terus menekankan kepada kenderaan cekap tenaga berteknologi tinggi (EEV). Fokus berkemungkinan akan memberi tumpuan kepada meneruskan liberalisasi ke atas subsektor automotif bagi menggalakkan pelaburan di kalangan pengeluar komponen automotif berteknologi tinggi untuk bersaing dengan industri motor ASEAN dari segi pertumbuhan dan jumlah eksport.[2]Berikut adalah jadual kenderaan bermotor dalam ekonomi utama ASEAN:0GASEAN Jadi Contoh Perkembangan Ekonomioogle +0Oleh Rosyahaida Abdullah

[email protected]

Pembentukan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) (Pendidikan Tinggi/PT) 2015-2025 dijangka mampu memperkukuh keberkesanan transformasi pendidikan negara bagi melahirkan bakat cemerlang akademik dan sahsiah hingga ke peringkat pengajian tinggi.Meneruskan kesinambungan Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara (PSPTN) yang dilancarkan pada 2007, PPPM (PT) kini lebih bersifat pemacuan hasil (outcome-driven) berbanding pemacuan proses (process-driven).Perunding PPPM (PT) Sektor Pendidikan Tinggi Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) Profesor Dato Ir Dr Mohd Saleh Jaafar berkata, keperluan PPPM (PT) selaras pelancaran PPPM dua tahun lalu yang dilaksanakan di peringkat prasekolah hingga lepas menengah.Menurut beliau, enam aspirasi murid serta lima aspirasi sistem PPPM dijajarkan ke dalam PPPM (PT) bagi memastikan konsistensi matlamat untuk direalisasikan menjelang 10 tahun akan datang.Hasil penambahbaikan PSPTN, maka terbentuklah pelan ini. Ia lebih holistik, bukan semata-mata transformasi untuk 1.2 juta (anggaran) penuntut institusi pengajian tinggi (IPT) di negara ini.Sektor pendidikan tinggi juga harus bersedia dengan pendidikan berbeza pada masa kini di mana generasi sekarang lebih ke depan dalam Internet dan teknologi jadi penstrukturan PPPM (PT) perlulah menepati keperluan itu,katanya.Mengulas lanjut, Dr Mohd Saleh berkata, KPM tidak mahu usaha yang dimulakan di peringkat prasekolah menerusi PPPM terhenti setakat lepas menengah saja.Oleh itu, peranan PPPM (PT) akan memastikan setiap modal insan yang berjaya diasuh bersandarkan PPPM ditambahkan kecemerlangannya di peringkat pendidikan tinggi pula.Pelan ini juga seiring hasrat KPM untuk memberi lebih autonomi kepada IPT dalam menentukan kaedah terbaik mengecapi objektif yang ditentukan dalam PPPM (PT) mengikut inovasi dan kreativiti masing-masing,katanya.Sementara itu, Pengarah Pejabat Pengurusan Program PSPTN KPM Prof Madya Dr Norhayati Mohamed berkata, ketika ini pihak KPM sedang menjalankan sesi pendengaran awam bagi mendapatkan maklum balas awam berhubung penambahbaikan sektor pendidikan tinggi negara.Jelasnya, proses mengemas kini kandungan pelan dianggar sudah mencapai 90 peratus membabitkan hampir 6,000 maklum balas sebelum diperinci dan dimuatkan dalam PPPM (PT) yang bakal dilancarkan pada bulan depan.Maklum balas masih dikumpul daripada semua pihak baik ahli akademik, lembaga pengarah IPT, badan bukan kerajaan, ibu bapa, malah pelajar bagi diambil kira dalam penyediaan pelan.Pada 9 Disember lalu, kita juga melancarkan saluran di laman web rasmi KPM bagi membolehkan sesiapa saja mengemukakan pandangan serta saranan mengenai sebarang penambahbaikan yang boleh dilakukan dalam sektor pendidikan tinggi, katanya.Terdapat 10 lonjakan yang ditetapkan dalam PPPM (PT) antaranya Graduan Holistik, Keusahawanan dan Seimbang (lonjakan utama) dan Ekosistem Inovasi (lonjakan pembolehupaya).Jika dalam PSPTN, kita tetapkan Mempergiatkan Pengantarabangsaan sebagai satu daripada lonjakan, kini lonjakan itu ditambahbaik dan lebih outcome-driven dikenali sebagai Kesohoran Global, kata Dr Norhayati.Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 15 Februari 2015 @ 5:32 AM- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/31028#sthash.kw6bZo0k.dpuf1.0Pengenalan

Guru bererti mereka yang mendidik, mengajar,mengasuh, menunjuk arah dan sebagainya. Guru mengajar murid kemahiran asas iaitu menulis, membaca, mengira dan menaakul. Menurut Wikipedia,Teachers may provide instruction in literacy and numeracy, craftsmanship or vocational training, the arts, religion, civics, community roles, or life skills.Daripada kata-kata tersebut, guru merupakan orang yang mendidik jasmani, rohani,mental dan emosi murid dengan ilmu, kemahiran dan ketrampilan dalam melahirkan insan yang bakal menjadi warga yang berguna kepada agama, bangsa dan negara. Para pendidik hari ini juga memainkan peranan penting dalam usaha merealisasikan aspirasi negara.Para pendidik hari ini juga memainkan peranan penting dalam usaha merealisasikan aspirasi negara, mewujudkan perpaduan kaum bagi menjamin keamanan dan kesejahteraan. Guru merupakan agen kepada keberkesanan pendidikan. Kejayaan dan keberkesanan para guru terhadap tanggungjawab melengkapkan ilmu dan keluhuran peribadi mereka. Perpaduan kaum dapat disemai apabila guru menerapkan nilai-nilai murni, seperti saling menghormati antara satu sama lain tanpa mengira bangsa dan agama.Sesuatu profesion yang sebenar adalah satu bidang yang mempunyai ciri-ciri seperti kepentingan kemahiran intelek, latihan iktisas yang mencukupi, khidmat yang diperlukan masyarakat, menikmati autonomi individu dan kumpulan, mementingkan mutu perkhidmatan, mempunyai tatasusila perkhidmatan atau kod etika dan mempunyai organisasi tersendiri untuk menguruskan soal-soal yang berkaitan dengan pendidikan.Menurut Kamus Dewan, profesion ialah suatu bidang pekerjaan khasnya yang memerlukan pendidikan dan kecekapan serta kemahiran tinggi dan latihan khas. Contohnya, perundangan, perubatan, perguruan dan lain-lain. Berdasarkan ciri-ciri profesion, Mok Song Sang (1996) merumuskan secara ringkas konsep profesionalisme sebagai satu pekerjaan yang khusus dan dijalankan oleh orang yang mempunyai kelulusan dan latihan iktisas yang cukup bermutu, bersikap jujur, dedikasi, bertanggungjawab dan bermoral tinggi, mempunyai autonomi bertugas serta mematuhi kod etika yang ditentukan oleh organisasinya untuk dipatuhi demi mengawal kualiti dan nilai tara perkhidmatan. Nilai tara perkhidmatan menjadi panduan dalam usaha memastikan tingkah laku dipatuhi oleh setiap ahlinya.Sebagai seorang pendidik yang bertanggungjawab, guru perlu menyedari bahawa tugas dan amanah yang diberikan adalah untuk mendidik generasi yang akan datang menerajui negara ini. Oleh itu, kemahiran dan pengetahuan mengenai kaedah-kaedah pendidikan harus diperkemaskan dari masa ke semasa. Untuk mengharungi cabaran dan tuntutan daripada perubahan-perubahan kurikulum berkenaan, guru haruslah melengkapkan diri dengan strategi-strategi pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah. Sehubungan dengan kehendak tersebut, guru harus mengikuti kursus-kursus pendidikan yang dianjurkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia, Jabatan Pelajaran Negeri dan Pejabat Pelajaran Daerah. Kursus-kursus tersebut penting bagi seseorang guru untuk mempertingkatkan keupayaan dan prestasi dalam profesion pendidikan.2.0Memartabatkan Profesion PerguruanDalam usaha untuk meningkatkan akses, ekuiti dan kualiti pendidikan dalam Rancangan Malaysia ke Sembilan, Kementerian Pelajaran Malaysia memberi tumpuan kepada empat agenda utama. Pertama memperkasakan Sekolah Kebangsaan agar menjadi pilihan utama rakyat. Kedua ialah membangunkan system pendidikan bertaraf dunia agar generasi yangdilahirkan mampu bersaing dalam persaingan sengit era globalisasi. Ketiga, merapatkan jurang pendidikan, yang merangkumi jurang di antara bandar dan luar bandar, jurang di antara yang miskin dengan yang kaya, jurang digital dan jurang di antara mereka yang normal dengan mereka yang berkeperluan khas.Ini bertujuan agar tidak ada sebarang golongan yang tercicir dari arus perkembangan negara. Keempat ialah memartabatkan profesion perguruan agar profesion ini dihormati dan dipandang tinggi sesuai dengan amanah yang dipikulnya sebagai profesion yang berada di barisan paling hadapan dalam pembinaan generasi masa hadapan negara.Sepanjang tempoh RMK 9, tumpuan diberikan kepada usaha untuk melahirkan guru-guru yang berkualiti tinggi, iaitu mereka yang benar-benar memahami hasrat dan matlamat negara,mempunyai semangat tinggi sebagai pejuang yang akan menentukan keutuhan agama, bangsa dan negara, mempunyai berbagai kemahiran dari segi pedagogi, psikologi mahupun interpersonal serta mempunyai keperibadian mulia dan daya kepimpinan yang cemerlang.Dalam usaha untuk memartabatkan profesion keguruan, Kementerian Pelajaran telah merangka empat strategi utama. Pertama, memantapkan latihan perguruan. Kedua, menambah baik kerjaya guru. Ketiga, memperbaiki persekitaran kerja. Keempat, memperkasa kerjaya perguruan.

2.1Memantapkan Latihan PerguruanPemilihan calon-calon guru haruslah bukan sahaja dari kecemerlangan akademik dan sahsiah, malah juga perlu memiliki cirri-ciri keguruan, bersungguh-sungguh ingin menjadi guru, bangga dengan profesionnnya dan yakin dengan kebolehannya untuk memikul amanah, memupuk generasi yang boleh diletakkan sebaris dengan bangsa-bangsa lain.Kriteria pemilihan wajar merangkumi maklumat bakal guru berasaskan data penilaian taksiran sahsiah, bakat kecerdasan dan pencapaian akademik dalam peperiksaan awam. Dalam hal ini, pengenalpastian cirri dan kriteria berkenaan boleh dilakukan dengan mengenalpasti amalan-amalan utama oleh pendidik guru serta amalan-amalan oleh guru yang dipilih sebagai guru cemerlang atau master teacher.Bagi memastikan calon-calon berkualiti dipilih menyertai profesion keguruan, kerajaan telah mengetatkan lagi syarat pengambilan guru mulai tahun 2004. KPM telah memperkenalkan M-test untuk menguji sikap dan keupayaan analitikal bakal guru bagi pengambilan KPLI. Memperkenalkan program IJazah Sarjana Muda pendidikan untuk melhirakn guru yang lebih berkualiti dan menubuhkan IPG. Menaiktaraf maktab pertguruan terus dipertingkatkan bagi mempersiapkan guru dengan segala kemahiran yang benar-benar menepati keperluan pendidikan. Memantapakan latihan perguruan dengan membaiki system latihan perguruan dari segi kurikulum dan ko-kurikulum.

2.2Menambah Baik Kerjaya GuruKPMberusaha menambahbaik kerjaya guru dengan menyediakan peluang kenaikan pangkat secara, time base. Mempercepatkan kenaikan pangkat guru-guru serta mewujudkan jawatan guru cemerlang yang member peluang guru dinaikkan pangkat secara fast track. Selai8nitu, KPM bercadang melaksanakan system attachment dengan menghantar guru-guru cemerlang ke luar negara. Mengenalpasti pengetua-pengetua terbaik untuk mengawal selia supaya mereka juga menjadi yang terbaik dan cemerlang. Seterusnya, menyediakan peluan-peluang pelajaran kepada guru ke peringkat sarjana dan kedoktoran. Guru yang memiliki ijazah wajar diberikan insentif yang lebih baik bagi mengelakkan guru-guru yang berpelajaran tinggi meninggalkan bidang keguruan untuk menceburi sector swasta atau ke institusi pengajian tinggi kerana menawarkanpeluang menaikkan pangkat yang lebih baik.Bagi menggalakkan guru-guru melanjutkan pelajaran supaya member inspirasi kepada pelajar-pelajar untuk mencontohi guru mereka. Ini menjadikan guru sebagai idola dalam usaha dalam membantu pelajar melakar masa depan bersandarkan ilmu pengetahuan. Hal ini, secara tidak langsung akan dapat mengangkat martabat guru pada pandangan masyarakat.2.3Memperbaiki Persekitaran Kerja Bagi menjamin kualiti perkhidmatan guru, KPM telah menjalankan kajian bebantugas guru pada tahun 2004 bagi mendapatkan maklum balas dalam menangani beban tugas guru. Dalam belanjawan RMK9, kementerian pelajaran Malaysia telah membaiki untuk membaik pulih dalam menaik taraf sekolah yang daif dan membina bnyak rumah guru. Ini menjamin kebajikan guru, kerajaan juga telah meluluskan dasar skim pinjaman buku teks kepada anak-anak guru samada yang telah bersara atau yang telah meninggal duni. Dasar init e;ah melibatkan peruntukan kira-kira RM 19 juta.Seterusnya, usaha membaiki persekitaran tempat kerja guru dimana, bilik guru dilengkapkan dengan kemudahan-kemudahan yang sesuai dan mempunyai ruang kerja yang selesa. Mewujudkan hubungan yang baik di kalangan warga sekolah, guru-guru pelajar dan pentadbir. Ini mweujudkan suasana tempat kerja yang selesa dan kondusif bagi seorang guru untuk menjalankan tugas dan tanggungjawab dengan lebih berkesan. Bagi menghargai dan menjamin kebajikan guru yang bertugas di kawasan pedalaman, wajar diperuntukkan skim insuran khas untuki guru-guru yang terpaksa mengharungi perjalanan yang jauh dan berbahaya untuk ke sekolah khususnya di pedalaman Sabah dab Sarawak.Dengan adanya skim tersebut, guru akan merasakan pengorbanan mereka dihargai seterusnya menjadi pendorong untuk mereka menjalanakan tugas dengan penuh yakin dan bersemangat tinggi.

2.4Memperkasa Kerjaya PerguruanUntuk mengiktiraf kemampuan guru sebagai pendidik yang berwibawa, dicadangkan agar guru diberi kuasa (empowerment) dan kebebasan dalam membuat keputusan untuk melakukan yang terbaik kerana guru lebih mengetahui apa yang berlaku di bilik darjah. Penerununan kuasa ke peringkat sekolah akan melahirkan perasaan tanggungjawab dan komitmen tinggi dalam kalangan guru. Langkah ini akan member keselesaan kepada guru untuk bertindak di bilik darjah tanpa sebarang tekanan.

3.0KesimpulanBidang pendidikan sentiasa bergerak maju ke hadapan. Perubahan-perubahan yang berlaku adalah untuk memenuhi kehendak negara merealisasikan hasrat wawasan 2020. Setiap perubahan yang dilakukan dalam kurikulum pendidikan menjadi satu cabaran kepada profesion keguruan. Oleh itu,sewajarnya guru sentiasa berusaha mempertingkatkan kecekapan kemahiran serta menjaga etika profesion keguruan. Isu memartabatkan profesion keguruan perlu ditangani secara serius kerana kejayaan sesebuah masyarakat dan negara berteraskan kepada kegigihan golongan pendidik yang berilmu dan beriltizam tinggi serta menjadi contoh pengamal ilmu yang terbaik. Pengiktirafan masyarakat terhadap golongan guru adalah bergantung kepada guru itu sendiri. Usaha pihak kerajaan menjadikan profesion keguruan sebagai profesion yang unggul dan disegani ramai tidak akan berjaya sekiranya guru itu sendiri tidak berusaha bersungguh-sungguh untuk merealisasikannya. Bidang pendidikan juga merupakan pelaburan terpenting bagi sesbuah negara, dan gurulah pemankin utama yang menjadi tonggak dalam memastikan segala hasrat kerajaan tercapai. Komitmen dan dedikasi guru membawa perubahan kepada msyarakat seterusnya memacu negara menacapai matlamat wawasan 2020 iaitu menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara yang maju.

1.0PENGENALANSebuah artikel bertajuk Penguasaan Guru dalam ICT diutamakan TPM telah diterbitkan oleh Utusan Online bertarikh 13 Januari 2010. Memetik daripada petikan tersebut,Malaysia yakin penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) dalam proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah-sekolah mudah dilaksanakan dengan penumpuan kepada penguasaan di kalangan guru-guru. Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, pendedahan melalui kursus berterusan kepada pentadbir sekolah, pengetua dan guru-guru dalam mewujudkan golongan celik komputer telah menunjukkan kesan ketara kepada perkembangan ICT di Malaysia.Petikan tersebut jelas menyatakan tentang pentingnya seorang warga pendidik menguasai bidang teknologi maklumat dan komunikasi.Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat Teknologi Maklumat dan Komunikasi ialah teknologi yang berkaitan dengan pemerolehan, penyimpanan, pem-prosesan dan penyebaran maklumat melalui penggunaan teknologi komputer dan tele-komunikasi.ICT adalah singkatan daripada Information and Communication Technology (Teknologi Maklumat dan Komunikasi) yang bermaksud merupakan teknologi yang diperlukan untuk pemprosesan data yang berkaitan dengan segala aspek dalam pengurusan dan pemprosesan maklumat.Ruang lingkup tajuknya sangat luas berkenaan segala aspek dalam pengurusan dan pemprosesan maklumat.Secara tepat dan mudah penggunaan komputer dan perisian untuk mengubah, menyimpan, melindungi, memproses, memindah, melihat, dan mendapatkan maklumat tanpa mengira tempat dan waktu.Manakala menurut Senn (1998) dalam Norasiah (2009) menyatakan teknologi maklumat dan komunikasi mengandungi tiga komponen iaitu komputer, komunikasi dan tahu-guna.Gabungan ketiga-tiga komponen ini mencipta peluang kepada manusia dan organisasi untuk lebih produktif, berkesan dan berjaya. Jika dilihat pada sekeliling kita, TMK tidak lagi digunakan sebagai penyebar maklumat malah dalam semua bidang seperti pengiklanan, pengangkutan, perubatan, perniagaan keselamatan dan sebagainya.Sebenarnya teknologi maklumat tidak tertumpu hanya kepada internet dan komputer tetapi merangkumi televisyen, telefon, telefon mudah alih, faks, telegram, PDA dan sistem satelit dalam menyampaikan maklumat.Dapat dilihat pelbagai manfaat dan faedah yang boleh diperoleh dalam penggunakan kemudahan ICT.Guru seharusnya mengambil kesempatan menggunakan teknologi maklumat dan komunikasi secara optimum dalam proses pengajaran dan pembelajaran seharian. Menurut Mok Soon Sang (1996), penggunaan komputer dalam bidang pendidikan membawa satu reformasi serta perkembangan baharu dalam bidang pendidikan. Ini khasnya dalam teknologi pendidikan, teori pendidikan, teori-teori pengajaran-pembelajaran, pengurusan sekolah, sistem pentadbiran pendidikan serta kemahiran dan latihan guru.Seperti yang kita lihat pada hari ini, Perkembangan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) telah mencapai suatu tahap di mana pengaruhnya dapat dilihat dalam kehidupan manusia terutamanya di kawasan bandar. Kemudahan teknologi telah menjadi sebahagian daripada cara hidup contohnya kemudahan telekomunikasi (telefon bimbit), perkhidmatan bank (e-banking. Kad ATM), dan sebagainya.Masyarakat juga diharapkan mampu menangani kehidupan di era teknologi maklumat sehingga pada satu tahap teknologi tersebut menjadi sebahagian daripada amalan biasa tanpa kita sedari.Namun begitu cabaran yang paling besar ialah mendidik masyarakat agar menggunakan teknologi secara berfaedah dan bermanfaat.Oleh itu, profesion keguruan harus memperlengkapkan diri secara global dalam perkembangan penggunaan teknologi maklumat dalam kurikulum di sekolah.

2.0PROFESION DAN PROFESIONALISME KEGURUAN

Setiap tahun permohonan kemasukan Kursus Pendidikan Lepasan Sijil Pelajaran Malaysia meningkat dari semasa ke semasa.namun begitu tempat yang ditawarkan amatlah terhad. Merujuk Utusan Online bertarikh 17 Ogos 2012 hanya 1,138 orang shaja terpilih untuk mengikuti KPLSPM ambilan Jun 2012.Bagi memastikan profesionalisme pendidikan guru berada di landasan yang betul dan dijamin kualitinya, pihak Kementerian Pendidikan telah menyediakan pelbagai kemudahan dan mewajibkan bakal guru serta guru terlatih menjalani pelbagai kemahiran baharu sesuai dengan arus globalisasi.Para guru pelatih dipastikan menguasai bidang teknologi maklumat dan komunikasi terutamanya. Kebanyakan tugasan yang diberikan juga mengkehendaki guru pelatih menggunakan kemudahan ICT contohnya pembentangan tutorial Power Point, tugasan 'Independent Self Learning (ISL) dan tugasan projek.Dalam melaksanakan tugasan-tugasan ini, para guru pelatih digalakkan mencari bahan dalam pelbagai sumber terutamanya di internet, merupakan sebuah sumber bahan yang tidak terhad.Malah syarat untuk memperolehkeputusan cemerlang dalam menjalani praktikum di sekolah ialah, menerapkan TMK dalam proses pengajaran dan pembelajaran.Selain itu para guru pelatih juga diwajibkan mengambil subjek EDU 3106, Teknologi dalam Pengajaran dan Pembelajaran. Usaha-usaha ini adalah penting bagi memastikan para guru pelatih bukan sahaja menguasai bidang Teknologi Maklumat dan komunikasi(TMK) , malah mengaplikasiannya dalam bidang pendidikan terutamanya semasa proses pengajaran dan pembelajaran dijalankan.

Artikel yang bertajuk Penguasaan Guru dalam ICT diutamakanturut menyelitkan kata-kata Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam usaha meningkatkan kesedaran dan kreativiti dalam kalangan guru dan murid dalam penguasaan ICT. Berikut kenyataan yang dikeluarkan oleh beliau.

Menurutnya, kajian British Commonwealth Group (BCG) 2008 dengan kerjasama Unit Perancang Ekonomi (EPU) berkaitan Koridor Raya Multimedia (MSC) Malaysia menunjukkan wujudnya peningkatan kesedaran dan kreativiti di kalangan guru dan murid dalam penguasaan ICT.

Kenyataan oleh Timbalan Perdana Menteri tersebut menunjukkan usaha-usaha kerajaan dalam memastikan hasrat Malaysia untuk mencapai taraf negara maju menjelang tahun 2020 dapat dicapai.Buktinya kerajaan telah membangunkan teknologi maklumat Koridor Raya Multimedia (MSC) yang telah menjadi pusat telekomunikasi dan penyiaran serantau. Hal yang sama juga berlaku dalam kurikulum pendidikan di negara ini, apabila komputer dijadikan satu kurikulum di sekolah. Penubuhan sekolah bestari yang berteraskan penggunaan komputer merupakan salah satu bentuk kurikulum yang memerlukan profesion keguruan mengetahui dan menguasai teknologi maklumat.Seperti yang kita lihat kurikulum KBSR telah dikaji lalu menggantikan kurikulum yang baru iaitu KSSR bermula dari darjah 1 tahun 2011. Kurikulum ini telah dikaji agar ianya bersifatholistik dan sentiasa relevan bagi melahirkan modal insan seimbang yang dapat menangani cabaran semasa dan masa depan. Oleh yang demikian, tema Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) telah dimasukkan di dalam KSSR.Hal ini penting supaya murid bukan sahaja menunjukkan penguasaan dalam kemahiran 3M dan menaakul, malah turut menguasai kemahiran asas dalam TMK.Malaysia mempunyai banyak inisiatif termasuk video pendidikan melalui web, EduWeb TV, dengan 9,331 sekolah mempunyai akses kepada lapan saluran projek School-Net melalui jalur lebar bagi mengurangkan jurang digital antara penduduk luar bandar dan bandar.Berdasarkan petikan di atas dapat diketahui pelbagai langkah telah diambil oleh pihak kerajaan bagi menerapkan penggunaan ICT dalam pendidikan.Hal inimemastikan masyarakat Malaysia tidak ketinggalan dalam arus pemodenan selaras dengan perkembangan dunia teknologi yang semakin pesat.Guru seharusnya berkemahiran dalam mengendalikan kemudahan-kemudahan ICT yang telah disediakan di sekolah. Oleh itu, guru yang profesional seharusnya peka terhadap segala perkembangan dalam bidang pendidikan.Craft (2002) dalam Ismail dan Subki (2010) menyarankan seseorang yang pendidik yang profesional,seseorang guru perlu peka terhadap insiatif pendidikan yang terkni.Mok Soon Sang (2007), menegaskan guru hendaklah melengkapkan diri dengan menguasai kemahiran menggunakan Internet untuk memperoleh maklumat tentang perkembangan pedagogi pengajaran masa kini di samping membimbing murid menggunakan Internet sebagai bahan dalam P&P. Guru profesional perlulah mengaplikasikan teknologi maklumat ICT di dalam bilik darjah melalui program SLE (Smart Learning Environment) yang bertujuan meningkatkan pengetahuan guru terhadap penggunaan ICT. Menurut Ragbir Kaur a/p Joginder Sigh (2007), antara aplikasi yang boleh digunakan ialahword processing, spredsheet, database, desktop publishing, dan graphing.

3.0PERKEMBANGAN PROFESIONALISME GURU

Setelah menamatkan pengajian di Institut Perguruan, universiti atau institusi pendidikan yang berkaitan, para guru seharusya tidak menganggap mereka tidak perlu lagi proses pembelajaran dan penyediaan guru telah sempurna. Ini kerana, pendidikan praperkhidmatan keguruan adalah satu proses awal penyediaan diri dengan ilmu dan kemahiran yang menjadi prasyarat profesion keguruan. Kejayaan serta kelestarian seseorang guru dalam kerjayanya antara lain bergantung kepada kesediaan guru berkenaan untuk terus memajukan diri dan profesionalisme melalui pelbagai aktiviti dan program pendidikansama ada secara formal, informal mahupun informalmahupun nonformal. Guru akan berhadapan sama ada pelbagai bentuk perubahan sama ada di dalam atau di luar profesionnya. Antara tuntutan dalaman ialah kesediaan guru untuk mencuba pelbagai teknik, kaedah serta pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang efektif di samping menghadapi perubahan dari segi istilah, kandungan kurikulum serta penggunaan teknologi baharuIsmail dan Subki (2010) menyenaraikan 9 Perkembangan Profesionalime guru; Pembelajaran Sepanjang Hayat. Akses maklumat pelbagai sumber merupakan salah satu perkembangan yang disenaraikan.Terdapat pelbagai langkah dalam menarik minat murid untuk menerima ilmu. Guru boleh mendorong mereka dengan menjadikan masa belajar sebagai masa yang penuh keseronokan dengan memberi peluang kepada murid untuk akses maklumat dari pelbagai sumber supaya pembelajaran menjadi lebih menarik dan kondusif. Hal ini jelas membuktikan bahawa disamping menguasai isi kandungan sesuatu mata pelajaran guru juga mesti berusaha memantapkan dirinya dengan menguasai perisian-perisian komputer dan mengaplikasikannya semasa pengajaran pembelajaran demi untuk meningkatkan kualiti pendidikan bagi menjana modal insan di sekolah.

Menurut Timbalan Perdana Menteri lagi, makmal komputer juga dibina di 6,633 sekolah.Pusat akses Internet sekolah dengan konsep kafe siber diwujudkan bagi kemudahan murid mencari maklumat di 3,029 sekolah di luar Bandar.

Kewujudan makmal makmal komputer ini memberi lebih banyak peluang dan ruang kepada guru untuk mendapatkan bahan-bahan yang sesuai. Guru yang cemerlang akan berusaha menjadikan bahan-bahan ini sebagai tutor dan demonstrasi semasa pengajaran dan pembelajaran.Selaras dengan pembestarian sekolah, aktiviti pengajaran dan pembelajaran seharusnya membolehkan murid akses kepada pelbagai sumber pembelajaran. Kebolehan akses kepada pelbagai sumber pembelajaran akanmembolehkan seseorang murid dilibatkan secara langsung untuk berinteraksi dan bermuafakat dengan rakannya demi mencapai perkembangan maksimum mengikut potensinya.Guru perlu mempelbagaikan sumber pembelajaran supaya murid dapat melaksanakan setiap aktiviti pembelajaran dengan lebih berkesan. Antara aktiviti yang boleh dilakukan dalam situaasi pengajaran dan pembelajaran ialah:

i.Mengenal pasti pelbagai sumber pengetahuan yang dicapai dalam sekolah bestari. ii.Mempertingkatkan kelemahan dan kekuatan sumebr pembelajaran yang dikenal pasti.Berdasarkan kriteria yang dikenal pasti, terdapat pelbagai sumber yang boleh digunakan oleh guru untuk membolehkan murid mendapatkan maklumat yang berkaitandengan pembelajaran yang sedang diikutinya.Antara sumber pembelajaran yang sesuai dan boleh diakses oleh murid ialah sumber berasaskan komputer.

Berdasarkan Rajah 1, terdapat 5 sumber berasaskan komputer. Sumber-sumber ini amat fleksibel dan mudah untuk dikemaskinikan.Penggunaan sumber ini melibatkan multimedia.Jaringan bahan adalah tidak terhad dan melibatkan sumber yang canggih.Sumber juga bersifatuser friendly. Bahan beraskan komputer atau teknologi maklumat boleh dikemaskinikanpada bila-bila masa mengikut keperluan

1.0KEBAIKAN DAN KEPENTINGAN TEKNOLOGI DALAM PENDIDIKANKehadiran teknologi maklumat merupakan anugerah istimewa kepada dunia pendidikan dan profesion keguruan. Menurut Norhashim (1996) dalam Syed Ismail (2010), penggunaan TMK dalam bidang pendidikan memberi kesan besar dan bermakna terhadap kualiti pembelajaran seperti memudahkan penghasilan bahan-bahan pengajaran secara lebih efisien, membenarkan pendidikan menyediakan pendekatan pengajaran baru yang lebih efektif, memudahkan penggunaan pelbagai teknik pengajaran dan pembelajaran seperti multimedia, simulasi serta membuat aktiviti kumpulan menerusi aplikasi sistem rangkaiannya.Selain itu, tugas mendidik menjadi mudah, cepat dan berkesan dengan adanya teknologi maklumat.Seluruh dunia telah menjadi seolah-olah sebuah kampung elektronik dengan adanya teknologi ini.Keupayaan menghantar, menerima dan memproses maklumat telah dapat diperluas.Penerimaan ilmu tidak lagi melalui perantaraan antara guru dengan pelajar sahaja, malah dilakukan dengan menggunakan komputer dan bilik darjah bukan lagi disempadani batu-bata dan kayu, sebaliknya alam maya. Contohnya, cara hidup di Cyberjaya yang disiarkan melalui iklan di surat khabar menjelaskan hakikat ini. Iklan tersebut berbunyi, Jika anda sakit dan tidak dapat menghadiri sekolah, kami akan menghantar guru ke rumah anda!Iklan tersebut memaparkan gambar seorang budak yang sakit menggunakan komputer untuk meneruskan pelajarannya tanpa perlu pergi ke sekolah.Begitulah kelebihan teknologi maklumat dalam bidang pendidikan.Dengan adanya TMK juga, pendidikan jarak jauh dibolehkan dengan wujudnya rangkaian pendidikan yang lengkap. Pembelajaran jarak jauh dapat digunakan sebagai salah satu cara yang lebih efektif untuk mengatasi masalah yang wujud akibat pendidikan secara konvensional. Melalui pembelajaran ini, pelajar hanya perlu berhubung melalui teknologi atau saluran online yang disediakan oleh pihak kampus tersebut.Pembelajaran secara online ini memerlukan pelajar berhubung dan berinteraksi dengan pengajar dan pelajar dengan pelajar dalam sebuah kumpulan yang kecil.Pembelajaran ini memerlukan pelajar memberi komitmen, kerjasama, perhatian yang sepenuhnya terhadap segala kemudahan dan bentuk pembelajaran yang dsediakan.Tenaga pengajar dan pelajar boleh berkomunikaasi mengikut kesesuaian masa mereka dengan menggunakan media elektronik.Antara media yang boleh digunakan dalam pendidikan jarak jauh ialah televisyen, Internet, siding video, chatting dan forum elektronik. Menurut Ismail dan Subki (2010), terdapat lima cara pengendalian pembelajaran jarak jauh, antaranya adalah seperti berikut:i.Pengedaran bahan melalui pos.ii.Menduduki peperiksaan di pusat tempatan.iii.Mengendalikan proses pembelajaran melalui pelbagai alat penghantaran.iv.Pengedaran bahan dalam bentuk bercetak rakaman, disket ke pusat-pusat sumber untuk dipinjam oleh murid.v.Mengadakan sidang video dan menggunakan Internet untuk berkomunikasi.Berdasarkan langkah pembelajaran jarak jauh yang dinyatakan di atas tadi, jelaslah bahawa penggunaan TMK amat bermanfaat dalam pembelajaraan seseorang murid. Justeru itu, sistem pendidikan perlu membekalkan kemahiran interaksi asas pada awal persekolahan dan pada masa yang sama menggunakan teknologi maklumat untuk menjayakan pembelajaran mereka. Hal ini adalah penting supaya murid mempunyai kemahiran lebihan dan pilihan untuk menggunakan teknologi maklumat atau cara konvensional sesuai dengan keadaan tertentu. Namun begitu, kita tidak harus bergantung sepenuhnya kepada komputer dan melahirkan golongan yang tidak mampu berinteraksi tanpa komputer.Di samping itu,Teknologi Maklumat dan komunikasi (TMK) dapat membantu pengurus pendidikan dalam membuat keputusan, menyesuaikan diri dengan perubahan dan selanjutnya dapat meningkatkan komunikasi dalam organisasinya. Hakikatnya TMK sangat membantu dan menolong mereka (pengurus sekolah) untuk berfungsi dengan lebih cekap, berkesan, mudah, cepat dan membuat keputusan yang baik yang melibatkan maklumat, proses dan kerja seperti pendaftaran pelajar, pelbagai rekod, kawalan inventori, jadual waktu, opsyen guru, bilangan waktu mengajar, hal yang berkaitan peperiksaan, pembelian stok dan sebagainya. Ini bersesuaian dengan pendapat Laudon dan Laudon (1997) yang menyatakan sistem maklumat dan komunikasi adalah komponen-komponen yang bersepadu yang mengumpul dan menyimpan maklumat bagi membantu organisasi membuat keputusan, merancang, mengawal dan menganalis.Dalam proses pengajaran pula, TMK dapat dilihat sebagai alat pengajaran yang digunakan untuk membantu guru dalam menyampaikan isi pelajaran kepada muridnya. Melalui TMK, ianya dapat membantu guru dalam pengajarannya sekali gusdapat membantu murid di dalam proses pengajaran dan pembelajaran untuk memperoleh ilmu. Ia bukan sahaja merupakan penghubung antara guru dan murid, malah ia juga penghubung antara murid dan murid. Menurut Kamaruddin dan Siti Hajar (2004), bahan-bahan sokonganyang hendak digunakan itu janganlah terhad kepada kapur dan papan tulis sahaja. Konsep peralatan mengajar sangat luas. Selain bahan-bahan bercetak dan elektronik yang telah sekian lama digunakan, guru harus mengorak langkah ke satu era baru dengan menggalakkan kemudahan penggunaan internet, ICT, webcity, email dan sebagainya yang merupakan cara-cara yang lebih maju dan lebih berkesan. Penggunaan pelbagai alat ini dapat membantu mendorong pemahaman dan minat murid di dalam pembelajaran mereka kerana ia merupakan penghubung antara semua orang yang terlibat dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

2.0KESIMPULAN

Oleh kerana ICTbegitu memberi kesan kepada bidang pendidikan dan profesion keguruan, maka sebagai seorang guru, kita perlulah menguasai kemahiran tersebut.Keperluan perkembangan profesional guru dalam ICT haruslah dipertingkat dari semasa ke semasa.Selain itu, sebagai tenaga pengajar dan agen perubahan di sekolah dan alam pendidikan, para guru perlu memainkan peranan sebagai pengajar, pembimbing dan inventor yang positif dan berkesan bagi menjayakan pelaksanaan sistem teknologi maklumat dan komunikasi di sekolah.Guru-guru mesti membuat persediaan yang rapi baik dari segi mental (berfikiran terbuka, positif dan sanggup menerima perubahan serta cabaran), sikap (ingin tahu dan belajar, berkeyakinan diri, kreatif dan inovatif) mahupun dari segi fizikal (penggunaan ABM dengan pengetahuan dan kemahiran TMK). Ini sejajar dengan nasihat yang diberikan oleh Tuan Haji Hussin bin Haji Harun, Tuan Pengarah Pelajaran Perak, dalam Pendidik Bestari: Bicara Bestari (2008): Keperluan tenaga abad ke 21 dicerakin dan dilaksanakan melalui pembangunan potensi kemanusiaan secara bersepadu, memahami aspirasi dan agenda nasional, menguasai sepenuhnya bidang ICT, mengamalkan pembangunan penyelidikan (R&D), teknologi tinggi (high tech) dan pengurusan kewangan mapan. Perlu juga dipersiapkan generasi ketiga yang berdisiplin, berhemah tinggi, mempunyai jati diri, memiliki ciri-ciri kreatif, inovatif, responsif, proaktif, progresif dan produktif, dalam menghadapi proses dan cabaran globalisasi, menterjemah dalam bentuk realiti sebuah negara Malaysia yang maju dalam acuan sendiri.Sistem pendidikan sekolah di Malaysia hari ini dikatakan dapat menyediakan pelajar-pelajar yang serba boleh bagi menghadapi masa depan yang lebih mencabar. Dari semasa ke semasa, kerajaan akan sentiasa mencari jalan supaya pendidikan di Malaysia dapat dipertingkatkan. Dalam keghairahan menggunakan teknologi maklumat dalam pendidikan, kita harus berwaspada terhadap bahaya dan kesan negatif akibat penggunaan yang tidak terkawal. Walau apapun pandangan kita, penggunaan teknologi maklumat dalam pengajaran dan pembelajaran sedikit sebanyak sudah pasti akan mengubah corak pendidikan masa depan dan tingkah laku murid. Oleh itu, pengawalan dan pengawasan yang rapi harus diberikan kepada murid semasa menggunakan teknologi canggih ini.Didikkan awal dan penerapan nilai-nilai murni juga adalah penting untuk melahirkan generasi bermaklumat yang bermoral. Sekiranya didikan nilai-nilai murni telah ditanam di jiwa pelajar-pelajar, tidak akan berlaku kesalahan atau jenayah komputer yang membimbangkan generasi akan datang.

DASAR ALAM SEKITARKementerian telah mengenal pasti 11 anjakan yang perlu dilakukan bagi menghasilkan perubahan yang dihasratkan oleh semua rakyat Malaysia. Setiap anjakan perlu memberi impak kepada sekurangkurangnya satu daripada lima keberhasilan sistem, iaitu akses, kualiti, ekuiti, perpaduan, dan kecekapan. Kualiti menjadi fokus utama merentasi semua anjakan kerana kualiti merupakan dimensi penting yang perlu diberikan perhatian segera. Sebahagian daripada anjakan ini merupakan perubahan strategi dan hala tuju pendidikan. Anjakan yang lain merupakan perubahan pelaksanaan dalam cara Kementerian dan sekolah melaksanakan dasar sedia ada. Sama ada perubahan bersifat strategi atau pelaksanaan, semuanya menggambarkan anjakan daripada amalan semasa.

Anjakan 3: Melahirkan rakyat yang menghayati nilai Mengapakah perlu?: Murid hari ini akan mewarisi dunia yang penuh dengan cabaran hebat, daripada kemusnahan alam sekitar hinggalah kepada konflik bersenjata. Untuk berjaya mengharungi segala cabaran ini murid bukan sahaja perlu memiliki kemahiran memimpin, tetapi juga nilai murni sejagat seperti integriti, belas kasihan, adil, dan altruisme yang dapat membimbing mereka dalam membuat keputusan beretika. Pada masa yang sama, pembangunan warganegara yang global perlu diimbangi dengan pembangunan identiti nasional yang kukuh. Apakah bentuk kejayaan?: Setiap murid meninggalkan alam persekolahan sebagai seorang warga global yang telah dipupuk dengan nilai teras sejagat dan memiliki identiti nasional yang utuh. Nilai yang telah dipelajari akan diamalkan dalam kehidupan harian, yang seterusnya menghasilkan tingkah laku sivik, seperti peningkatan dalam aktiviti sukarela; penerimaan individu berlainan bangsa, agama dan etnik; menghindari perbuatan rasuah dan jenayah serta menunjukkan tingkah laku amanah dan berintegriti. Selain itu, setiap murid yang tamat persekolahan bersedia menjadi pemimpin bagi diri dan keluarga mereka, atau sebagai sebahagian daripada komuniti yang lebih besar, serta negara.