7/27/2019 Daya Tahan Otot (1)
1/9
1
1.0 DEFINISI DAYA TAHAN OTOT
Daya tahan otot adalah komponen kecergasan fizikal berlandaskan kesihatan selain daripada
kekuatan otot, kelembutan, kelenturan, komposisi lemak badan dan daya tahan
kardiovaskular. Daya tahan otot merupakan keupayaan otot atau kumpulan otot dalam
melakukan penguncupan untuk mengatasi sesuatu rintangan dalam masa yang lama. Daya
tahan otot dibahagikan kepada dua bahagian iaitu dinamik dan statik. Ianya adalah berkaitan
dengan kebolehan otot untuk mengulangi pergerakan submaximal rintangan atau tekanan
untuk mengekalkan darjah ketegangan mengatasi masa. Menurut Corbin dan Lindsey (1985),
daya otot ialah keupayaan otot atau sekumpulan otot melakukan penguncupan untuk
mengatasi sesuatu rintangan secara berterusan dalam jangka masa yang panjang.
i. Daya tahan otot statik
Kebolehan otot menampung beban kerja pada kedudukan yang tepat pada satu jangka masa.
ii. Daya tahan otot dinamik
Kebolehan otot menguncup dan relaks secara berulang-ulang. Daya tahan otot diukur
berdasarkan ulangan yang mampu dilakukan pada satu jangka masa.
2.0 TUJUAN DAN KEPENTINGAN UJIAN DAYA TAHAN OTOT
Satu prosedur dan teknik yang digunakan untuk mendapat maklumat daya ketahanan otot dari
individu yang diuji.
7/27/2019 Daya Tahan Otot (1)
2/9
2
3.0 JENIS-JENIS UJIAN DAYA TAHAN OTOT
1) Ujian Bangkit Tubi Satu Minit
Objektif :
Ujian ini menilai daya tahan otot abdomen dan dijalankan selama satu minit.
Peralatan dan kemudahan :
Jam randik, tilam latihan, pembantu.
Prosedur :
i. Peserta berbaring di atas tilam latihan dengan lutut dibengkokkan pada 90.ii. Tangan peserta disilang pada dada dan tapak tangan mendakap bahu
yang bertentangan. Pembantu akan memegang pergelangan kaki peserta semasa ujian
dijalankan.
iii. Apabila isyarat mula diberikan, peserta bangkit dari kedudukan baring hingga sikumencecah paha dan kembali ke posisi asal.
iv. Peserta mestilah kembali ke kedudukan baring dengan scapula menyentuh lantaisebelum bangkit semula.
v. Pengiraan satu ulangan lengkap ialah dari kedudukan baring, naik dan kembali semulake kedudukan asal.
7/27/2019 Daya Tahan Otot (1)
3/9
3
2) Ujian Tekan Tubi Tanpa Henti
Objektif :
Ujian ini menilai daya tahan otot trisep dan otot deltoid dan ujian ini memerlukan peserta
melakukan tekan tubi sehingga peserta tersebut sendiri berhenti.
Peralatan dan kemudahan :
Tilam,kawasan lapang,jam randik
Prosedur :
i. Mula dengan kedudukan meniarap dengan berat badan disokong oleh tangan yanglurus dan jari-jari kaki. Badan diluruskan.
ii. Turunkan badan dengan membengkokkan siku sehingga dada hampir mencecahlantai.
iii. Satu ulangan lengkap ialah dari kedudukan mula, turun ke bawah dan naik semula kekedudukan asal.
iv. Ujian tamat apabila peserta berhenti atau rehat seketika.v. Ulangan tidak dikira jika peserta tidak turun sehingga dada mencecah lantai.
vi. Catat jumlah lakuan.
7/27/2019 Daya Tahan Otot (1)
4/9
4
3) Ujian Wall Sit
Objektif :
Ujian ini menilai ketahanan otot bahagian bawah tubuh terutamanya otot kuadrisep.
Peralatan dan kemudahan :
Dinding, jam randik.
Kelebihan :
Ujian yang kurang menggunakan peralatan, mudah dijalankan dan boleh dijalankan dalam
bilangan peserta yang banyak.
Prosedur :
i. Berdiri dalam keadaan yang selesa dengan kaki dibuka seluas bahu dan berdirimembelakangkan dinding.
ii. Secara perlahan-lahan badan diturunkan ke bawah dengan keadaan lututdibengkokkan dan berada dalam sudut 90.
iii. Masa dimulakan apabila salah satu kaki diangkat naik sedikit dan bertahan selamayang boleh.
iv. Masa akan dihentikan apabila peserta tidak dapat kekal dalam posisinya dan kakitelah dijatuhkan ke atas lantai.
7/27/2019 Daya Tahan Otot (1)
5/9
5
v. Peserta diberi rehat seketika dan diuji dengan kaki yang sebelah lagi.vi. Dua kali percubaan diberikan dan catatan masa terbaik akan diambil.
4) Ujian Gayut Tangan
Objektif :
Ujian ini menilai daya ketahanan otot bahagian atas tubuh.
Peralatan :
Jam randik, horizontal overhead bar.
Kelebihan :
Peralatan sedia ada dan ujian mudah dilakukan serta dapat dibuat dalam masa yang
singkat.
Kekurangan :
Berat badan peserta mempunyai kesan yang mendalam terhadap keputusan ujian ini.
7/27/2019 Daya Tahan Otot (1)
6/9
6
Prosedur :
i. Genggam dan bergayut pada bar sama ada secara overhand grip (tapak tanganmenghala ke luar badan) atau underhand grip (tapaktangan menghala ke arah
badan).
ii. Badan dibiarkan dalam posisi dengan tangan dalam keadaan fleksi dan dagu berada dibahagian atas bar.
iii. Bahagian dada peserta perlulah hampir kepada bar dan kaki dibiarkan dalam keadaanlurus.
iv. Peserta perlu bergayut dalam posisi ini seberapa lama yang terdaya dan masa akandihentikan apabila dagu peserta menyentuh atau berada di bawah paras bar. Jenis
genggaman yang digunakan perlu direkod juga.
v. Tiga kali percubaan diberi kepada peserta dan catatan masa yang paling lama akandiambil.
5) Ujian lompat lutut separuh bengkok(split jump)
Objektif :
Diakhir ujian penyelidik dapat mengukur daya tahan otot kaki.
Peralatan :
Penanda, kawasan lapang
7/27/2019 Daya Tahan Otot (1)
7/9
7
Prosedur :
i. Pelaku berdiri tegak, gunakan sebatang kayu, meja atau kerusi yang boleh digunakansebagai penanda. Penanda sepatutnya berada pada paras di bawah lutut.
ii. Kedua belah tangan berada di belakang kepala, mata memandang ke hadapan danlangkah sebelah kaki sedikit ke hadapan.
iii. Lompat setinggi yang boleh dan mendarat dengan satu kaki berada di hadapan danyang satu lagi berada di belakang. Kedudukan lutut adalah bengkok dalam keadaan
lebih kurang 90 darjah.
iv. Ulangi lompatan sehingga letih.
Pengukuran : Kiraan dibuat pada tiap-tiap ulangan yang dibuat dengan betul. Lompatan
tidak boleh disambung jika berhenti.
6) Ujian Double Leg Rise
Objektif :
Ujian ini menilai daya ketahanan otot bahagian perut dan bahagian bawah belakang.
7/27/2019 Daya Tahan Otot (1)
8/9
8
Peralatan :
Jam randik, tilam.
Kelebihan :
Peralatan sedia ada dan ujian mudah dilakukan kerana menggunakan berat badan bahagian
kaki.
Prosedur
i. Berbaring dengan bahagian belakang di atas tilam.ii. Kaki diluruskan dan lutut dibengkokkan sedikit.Tangan berada dibahagian sisi badan.
iii. Kemudian naikkan kedua-dua belah kaki secara seiring pada sudut 90 darjah daripadabahagian badan dengan pantas.
iv. Lakukan ulangan sehingga penat.v. Jumlah lakuan dicatatkan.
7/27/2019 Daya Tahan Otot (1)
9/9
9
RUJUKAN
1. Johnson, B. L., & Nelson, J. K. (1986), Practical Measurement for Evaluation inPhysical Education, (4th ed.). Minneapolis, Minnesota: Burgess Publishers Co.
2. Corbin, C. B., & Lindsey, R. (1985). Concepts of Physical Fitness withLaboratories. (6th ed). Dubuque, Iowa: Wm. C. Brown Publishers.