Baca dialog tersebut dengan sebutan yang jelas.
Auni: Hai, apa khabar Mia?
Mia : Khabar baik. Adakah awak tahu tentang pencemaran alam sekitar?
Auni: Ya, sudah tentu saya tahu, pencemaran berlaku di sana sini dan pelbagai jenis pencemaran seperti udara, air dan bunyi.
Mia: Betul. Justeru, saya ingin mengajak awak menyertai kempen alam sekitar. Adakah awak setuju dengan pelawaan saya ini?
Auni: Saya amat berminat dengan pelawaan awak. Walau bagaimanapun, saya perlu mengetahui aktiviti-aktiviti yang akan dijalankan dalam kempen tersebut terlebih dahulu.
Mia: Pelbagai aktiviti yang menarik akan dijalankan sepanjang kempen itu. Antaranya ialah gotong-royong, ceramah alam sekitar dan aktiviti menanam pokok hiasan di sekitar taman.
Auni: Baiklah Auni. Saya bersetuju untuk menyertai kempen alam sekitar ini.
Mia: Nanti saya akan daftarkan nama awak sebagai peserta kempen ini. Selamat tinggal, Auni.Auni : Selamat tinggal.
Lengkapkan ayat di bawah dengan penanda wacana yang betul.
Bumi ialah anugerah Tuhan yang amat bernilai kepada kita. ____________ bumi menjadi habitat kepada semua hidupan seperti manusia, haiwan dan tumbuh-tumbuhan. ____________ bumi kini semakin tercemar. Manusia dengan rakus telah merosakkan bumi. ______________ banyak haiwan dan tumbuh-tumbuhan pupus. Ketamakan manusia telah merosakkan bumi dan keindahannya. ___________________telah menyebabkan pelbagai pencemaran yang berlaku. _______________ kita perlulah prihatin dan bertanggungjawab untuk menjaga keindahan bumi. Oleh ituNamun demikianSelain ituSeterusnyaJusteru