Download pptx - diksi & metafora

Transcript
Page 1: diksi & metafora

GAYA BAHASA, DIKSI & METAFORA

Disediakan oleh:AMIRA SHAHIRAH BT LOKMANALEXANDRA JOACHIMABDUL WAFI BIN ABD. HALIM

Page 2: diksi & metafora

APAKAH ITU GAYA BAHASA?Gaya bahasa merupakan ungkapan kata-kata yang

melibatkan pengolahan idea. -Ismail Ahmad

Gaya bahasa ialah penggunaan bahasa seseorang dalam pertuturan atau penulisan dengan penggunaan ragam

tertentu dalam bahasa tulisan secara sengaja untuk menimbulkan kesan tertentu atau ciri penggunaan

bahasa sekelompok penulis. -Kamus Linguistik

Page 3: diksi & metafora

FUNGSI GAYA BAHASA

Page 4: diksi & metafora

Digunakan dalam penulisan.– Contoh; penulisan kreatif.– Menghasilkan keindahan bunyi perkataan atau

ungkapan atau frasa dalam karya dan menimbulkan kesegaran dan keberkesanan karya kepada pembaca atau pendengar. - Maniyamin Hj Ibrahim

Digunakan dalam komunikasi(Gaya Bahasa Percakapan)

Page 5: diksi & metafora

CIRI-CIRI PENGGUNAAN GAYA BAHASA YANG EFEKTIF

• Jelas dalam struktur ayat dan bahasa.• Selaras dengan fakta yang diungkapkan

melalui kata-kata atau ayat tadi;• Jelas dalam pengolahan idea secara logik;• Jelas dalam penggunaan kiasan dan

perbandingan.

Page 6: diksi & metafora

DIKSI

Page 7: diksi & metafora

• Diksi ialah pemilihan dan penggunaan kata yang tepat dan berkesan untuk mengungkapkan idea secara lisan dan bertulis.

• Nilai diksi yang baik terletak pada ketepatan

pemilihan perkataan sesuai dengan maksud yang hendak disampaikan.

• Setiap perkataan yang dipilih juga hendaklah dapat memberikan gambaran peristiwa yang berlaku dengan jelas dan berkesan.

Page 8: diksi & metafora

• Pemilihan Perkataanpemilihan perkataan selalunya terbahagi kepada dua iaitu:

konkrit: minum, sepak, jahit, dan lompatabstrak: sayang, rindu, benci, geram, marah

• Dalam penciptaan puisi, pemilihan perkataan yang

baik akan menghasilkan bait-bait puisi yang puitis. • Diksi kebiasaannya digunakan dalam puisi, cerpen,

esei dan artikel.

Page 9: diksi & metafora

Contoh Perkataan Diksi dan Penggunaannya

Page 10: diksi & metafora

• Sinonim: cantik = menawanContoh ayat: Anak gadis Pak Rahman sangat cantik dan menawan.

• Antonim: panjang dan pendekContoh ayat: Aisyah mempunyai dua ekor kucing bernama Miko dan Melo. Miko mempunyai ekor yang panjang manakala Melo mempunyai ekor yang pendek.

• Kata Ganda: kitab-kitab, ulama-ulama

Contoh ayat: “..sebahagian kecil daripada senarai panjang ulama-ulama yang banyak mewariskan ilmunya berupa kitab-kitab yang ditulis tanpa..”

Page 11: diksi & metafora

• Kata Penegas: juga, jua, lagi, sekalipunContoh ayat: “..mereka ini sekalipun tidak mendapat pendidikan formal..”

• Kata Pinjaman: mujahadah

Contoh ayat: “adanya kesungguhan dan mujahadah dari ulama-ulama itu sendiri.”

• Kata Arkaik (penggunaan perkataan klasik untuk

mengindahkan penulisan): maka, alkisah, hattaContoh ayat: “Maka apabila dibawalah akan mereka itu ke penghadapan Tajul Muluk, demi terpandang akan anak si peladang itu..”

Page 12: diksi & metafora

• Perkataan yang bersesuaian dengan konteks ayat dan maksud yang hendak disampaikan.

i. Contoh ayat: (Katakan cerita tentang perjuangan seorang tentera)Dia menggalas rifel dan melakukan serangan hendap di garisan hadapan platun itu.

ii. Contoh ayat: (Katakan cerita tentang keagamaan)Malam itu dia mendengar usrah daripada ustazah. Bibit bibit nur menjelma di jiwanya.

Page 13: diksi & metafora

METAFORA

Page 14: diksi & metafora

• Perkataan metafora dikatakan berasal dari perkataan Greek, iaitu meta yang bermaksud “atas” manakala pherein bermakna ”diangkat”. Oleh itu, metafora merujuk kepada sesetengah karakteristik sesuatu subjek “diangkat ke atas” atau dipindahkan kepada objek lain.

• Metafora bermaksud “perbandingan sesuatu dengan yang lain secara langsung tanpa menggunakan kata bandingan iaitu seperti, bak, umpama dan sebagainya.

• Umumnya metafora dilihat sebagai satu alat yang menggambarkan imaginasi puitis.

Page 15: diksi & metafora

• CONTOH PENGGUNAAN METAFORA DALAM AYAT

• Rambut puteri itu mayang mengurai dan cantik sekali.

• Suaranya lantang guruh sambut menyambut.• Merah darah mengalir di tubuhku. • Sang ratu malam telah muncul di ufuk timur.• Jantung hatinya menghilang tanpa berita.

Page 16: diksi & metafora

• CONTOH PENGGUNAAN METAFORA DALAM PUISI

• Bumi ini perempuan jalang, • Yang menarik laki-laki jantan dan pertapa.• Perahu itu menggergaji ombak,• Mobilnya batuk-batuk sejak tadi pagi,• Pemuda-pemudi adalah bunga bangsa.

Page 17: diksi & metafora

SEKIAN, TERIMA KASIH.