BULETIN 2/2016
Bahagian Pengurusan Latihan | Kementerian Kesihatan Malaysia | Aras 6, Menara Prisma |
No.26 Persiaran Perdana Presint 3 | 62675 Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan Putrajaya |
Tel : 0388850600 | Faks : 0388850748/747/746/750/720
MAJLIS PERSADA INOVASI PERKIDMATAN AWAM KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA
Unit Khidmat Pengurusan, Bahagian Pengurusan Latihan (BPL) telah
menganjurkan Majlis Persada Inovasi
Perkhidmatan Awam, Kementerian Kesihatan Malaysia Tahun 2016 yang telah
berlangsung di Hotel Regency, Kuala
Lumpur pada 5 hingga 8 September 2016.
Seramai 350 orang peserta dan ketua-
ketua bahagian di KKM telah menghadiri
majlis ini yang telah dirasmikan oleh YBhg.
Dato’ Seri Dr. Chen Chaw Min. Pada tahun
ini sebanyak 24 kumpulan telah dipilih dari
49 kumpulan melalui saringan peringkat awal. Penyertaan ini adalah dari
semua Jabatan Kesihatan Negeri (JKN).
Sumber : Unit Pengurusan
MAJLIS TILAWAH AL-QURAN & PERTANDINGAN NASYID ILKKM
Majlis Tilawah Al-Quran dan Pertandingan Nasyid
ILKKM Peringkat Kebangsaan telah diadakan pada
30-31 Mei 2016 di Dewan Institut Latihan Perindustrian Marang, Terengganu. Majlis ini bertujuan untuk
melahirkan pelatih yang bukan sahaja cemerlang dalam bidang akademik tetapi juga seimbang dari segi
fizikal, jasmani dan emosi melalui aktiviti kokurikulum yang mampu memantapkan kendiri insaniah serta
mengukuhkan akhlak dalam diri pelatih.
Sumber : Unit Pelatih
MAJLIS KONVOKESYEN ILKKM 2016
Zon Semenanjung
Majlis Konvokesyen ILKKM 2016 zon semenanjung telah
diadakan di KSKB Sultan Azlan Shah, Ulu Kinta, Perak pada
22 – 25 Oktober 2016. Majlis melibatkan seramai 8,340 orang pelatih daripada 26 buah ILKKM di Semenanjung
Malaysia.
Sumber : Unit Pelatih
Kementerian Kesihatan Malaysia | Bahagian Pengurusan Latihan
Disember BULETIN EDISI 2/2016
Kandungan
01 Majlis Persada Inovasi Perkhidmatan Awam KKM; 02 Majlis Tilawah Al-Quran dan Pertandingan Nasyid ILKKM; 03 Majlis Konvokesyen ILKKM 2016, Zon Semenanjung, Sabah
& Sarawak;04 Taklimat Pelupusan Dokumen Kewangan BPL & ILKKM
2016; 05 Persidangan Saintifik Pengajar ILKKM Tahun 2016; 06 Kursus ICT BPL dan ILKKM; 07 Kursus Urusan Pengambilan & Teknik Temu Duga; 08 Maklumat Pengambilan Pelatih Pra Perkhidmatan di
ILKKM, 2016; 09 Majlis Penyampaian Sijil Perakuan Akreditasi Bagi
Program Diploma Lanjutan Pengimejan Perubatan (Pengimejan Payudara)
10 Lawatan College Of Public Health Administration (CPHA), Ministry Of Public Health, Thailand 11 Lawatan Kerja Daripada The Ministry Of Health, Nutrition
& Indigenous Medicine, Sri Lanka Ke Bahagian Pengurusan Latihan, KKM
BULETIN 2/2016
Bahagian Pengurusan Latihan | Kementerian Kesihatan Malaysia | Aras 6, Menara Prisma |
No.26 Persiaran Perdana Presint 3 | 62675 Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan Putrajaya |
Tel : 0388850600 | Faks : 0388850748/747/746/750/720
Zon Sabah
Majlis Konvokesyen ILKKM 2016 bagi Zon Sabah telah diadakan di Pusat Kebudayaan
Penampang, Sabah pada 6 Oktober 2016. Majlis ini melibatkan seramai 1,374 orang
pelatih daripada tiga (3) buah ILKKM iaitu KSKB Kota Kinabalu, Kolej Jururawat Masyarakat Tawau dan Kolej Kejururawatan Sandakan.
Sumber : Unit Pelatih
Zon Sarawak
Majlis Konvokesyen ILKKM 2016 bagi Zon Sarawak telah diadakan di Universiti Malaysia
Sarawak (UNIMAS) pada 12 Oktober 2016. Majlis ini melibatkan seramai 1,272 orang
pelatih daripada empat (4) buah kolej iaitu KSKB Kuching, Kolej Jururawat Masyarakat
Serian, Kolej Kejururawatan Sibu dan Kolej Kesihatan Awam Kuching. Sumber : Unit Pelatih
TAKLIMAT PELUPUSAN DOKUMEN KEWANGAN BPL & ILKKM 2016
Satu taklimat Pelupusan Dokumen Kewangan BPL & ILKKM 2016 telah diadakan
pada 21 - 23 September 2016 bertempat di Kolej Jururawat Masyarakat Port
Dickson. Seramai 68 orang peserta terlibat dalam taklimat ini. Penceramah terdiri
daripada pegawai dari Jabatan Akauntan Negara Malaysia dan Jabatan Arkib Negara Malaysia. Taklimat ini bertujuan untuk memberi pengetahuan tentang prosedur
pelupusan dokumen kewangan bagi memastikan dokumen kewangan dilupuskan mengikut prosedur-prosedur yang telah ditetapkan.
Sumber : Unit Kewangan & Pembangunan
PERSIDANGAN SAINTIFIK PENGAJAR ILKKM TAHUN 2016
Persidangan Saintifik Pengajar ILKKM tahun 2016 yang diadakan di KSKB Johor Bahru
pada 13 - 15 Disember 2016 susulan daripada Mesyuarat Pra Pembentangan Persidangan yang telah diadakan di Kolej Jururawat Masyarakat Port Dickson pada Julai 2016 yang
lalu. Persidangan ini telah dianjurkan bersama oleh KSKB JB dan Unit Pembangunan Pengajar, BPL yang dihadiri oleh 370 pengajar dari ILKKM seluruh negara.
Sebanyak 24 kertas kajian telah dibentangkan dan tiga sesi
plenari sepanjang persidangan ini. Di samping itu, diadakan juga
sesi bersama dua penceramah jemputan iaitu Dr Maziah binti Marzuki
dan Dr Tahir Aris.
Sumber : Unit Pengajar
BULETIN 2/2016
Bahagian Pengurusan Latihan | Kementerian Kesihatan Malaysia | Aras 6, Menara Prisma |
No.26 Persiaran Perdana Presint 3 | 62675 Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan Putrajaya |
Tel : 0388850600 | Faks : 0388850748/747/746/750/720
KURSUS ICT BPL DAN ILKKM
Kursus ICT BPL ILKKM telah dianjurkan oleh Unit Pengurusan Maklumat pada
28 – 30 November 2016 bertempat di Hotel Mandarin Court, Kuala Lumpur.
Seramai 42 staf KKM yang terdiri daripada 6 staf Unit Pengurusan Maklumat BPL dan 36 staf ILKKM telah menghadiri kursus ini yang dikendalikan oleh dua
orang penceramah jemputan daripada JKN Selangor dan Bahagian Pengurusan
Maklumat (BPM). Objektif kursus adalah untuk memantapkan pengetahuan dan kecekapan pegawai dalam pengurusan perkhidmatan ICT di BPL dan ILKKM
serta membantu pegawai menangani isu-isu berkaitan ICT di pejabat masing-masing dengan lebih baik dan berkesan.
KURSUS URUSAN PENGAMBILAN & TEKNIK TEMUDUGA
Kursus Urusan Pengambilan & Teknik Temuduga yang telah diadakan pada 8-10 Disember 2016 bertempat di Cheringin Hills
Convention & Spa Resort, Janda Baik ini merupakan anjuran bersama Unit Latihan Pra Perkhidmatan dan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA). Seramai 62 orang peserta dari pelbagai skim perkhidmatan di KKM telah menghadiri kursus ini
yang bertujuan untuk: i) Meningkatkan kefahaman berkaitan urusan pengambilan yang dilaksanakan oleh SPA.
ii) Memberi pendedahan dan latihan teknik-teknik temu duga berasaskan kompetensi (Competency Based Interview-CBI) iii) Mewujudkan keseragaman kemahiran menemuduga di kalangan panel temu duga yang melaksanakan sesi pengambilan
pelatih Latihan Separa Perubatan.
Sumber : Latihan Pra Perkhidmatan
Maklumat Pengambilan Pelatih Pra Perkhidmatan di ILKKM, 2016
Bil. Bilangan Keseluruhan Pengambilan Januari Julai Jumlah
2,710 2,684 5,394
1 Diploma Kejururawatan 842 642 1,484
2 Diploma Pembantu Perubatan 855 691 1,546
3 Diploma Pembantu Farmasi 107 107 214
4 Diploma Kesihatan Persekitaran 118 142 260
5 Diploma Teknologi Makmal Perubatan 83 92 175
6 Diploma Radiografi & Radioterapi 44 45 89
7 Diploma Fisioterapi (Anggota) 43 47 90
8 Diploma Jurupulih Perubatan (Carakerja) 48 47 95
9 Diploma Jururawat Pergigian 0 88 88
10 Diploma Teknologi Pergigian 0 56 56
11 Sijil Jururawat Masyarakat 0 0 0
12 Sijil Pembantu Pembedahan Pergigian 160 173 333
13 Sijil Pembantu Kesihatan Awam 76 73 149
14 Diploma Kejururawatan (KPSL/ PSL) 334 372 706
15 Lain-lain Program (KPSL) 0 109 109
BULETIN 2/2016
Bahagian Pengurusan Latihan | Kementerian Kesihatan Malaysia | Aras 6, Menara Prisma |
No.26 Persiaran Perdana Presint 3 | 62675 Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan Putrajaya |
Tel : 0388850600 | Faks : 0388850748/747/746/750/720
MAJLIS PENYAMPAIAN SIJIL PERAKUAN AKREDITASI BAGI PROGRAM DIPLOMA LANJUTAN PENGIMEJAN
PERUBATAN (PENGIMEJAN PAYUDARA) ILKKM
Unit Perancangan dan Penilaian (P&P), BPL selaku penyelaras aktiviti akreditasi di ILKKM
telah menganjurkan Majlis Penyampaian Sijil Perakuan Akreditasi Bagi Program Diploma
Lanjutan Pengimejan Perubatan (Pengimejan Payudara) ILKKM yang telah
disempurnakan oleh SUB (PL). Majlis ini telah diadakan pada 4 Oktober 2016 di Bilik
Mesyuarat Refflesia, BPL dan dihadiri oleh 40 orang pegawai dari KKM yang terlibat dalam
pembangunan kurikulum dan akreditasi Program Diploma Lanjutan Pengimejan
Perubatan (Pengimejan Payudara).
Sijil Perakuan Akreditasi bagi Program Diploma Lanjutan Pengimejan Perubatan (Pengimejan Payudara) melayakkan credit
transfer bagi anggota KKM yang melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi.
LAWATAN COLLEGE OF PUBLIC HEALTH ADMINISTRATION (CPHA), MINISTRY OF PUBLIC HEALTH, THAILAND
Seramai 40 orang pelawat dari College Of Public Health Administration (CPHA), Ministry Of Public Health, Thailand telah mengadakan
lawatan ke BPL pada 2 September 2016. Lawatan ini diadakan bagi mempelajari perkara berkaitan pengurusan latihan khususnya
Program Kesihatan Awam di KKM.
LAWATAN KERJA DARIPADA THE MINISTRY OF HEALTH, NUTRITION & INDIGENOUS MEDICINE, SRI LANKA KE BPL
The Ministry of Health, Nutrition & Indigenous Medicine, Sri Lanka melalui The High Commission of the Democratic Sosialist Republic of Sri Lanka
telah mengadakan satu lawatan kerja ke BPL, KKM pada 20 Disember 2016
bertempat di Bilik Mesyuarat Rafflesia. Delegasi lawatan kerja ini adalah terdiri daripada Prof. Gunapala Nanayakkara dan Dr. Dileep De Silva dari
Ministry of Health, Nutrition & Indigenous Medicine, Sri Lanka. Tujuan utama lawatan kerja tersebut adalah untuk mempelajari perkara-perkara
berkaitan pembangunan kurikulum untuk ILKKM.
Sumber : Unit Penilaian
Program Latihan
Sumber : Unit Pengurusan Dasar & Korporat
Sumber : Unit Pengurusan Dasar & Korporat
BULETIN 2/2016
Bahagian Pengurusan Latihan | Kementerian Kesihatan Malaysia | Aras 6, Menara Prisma |
No.26 Persiaran Perdana Presint 3 | 62675 Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan Putrajaya |
Tel : 0388850600 | Faks : 0388850748/747/746/750/720
TERIMA KASIH…
Sepanjang Tahun 2016, terdapat seramai 11 orang penjawat awam dari BPL yang
telah bersara wajib. Senarai nama Pegawai yang telah manamatkan perkhidmatan mereka di BPL adalah seperti berikut:
En. Roslee bin Anuar, TSUB (DL), 23 Februari 2016
Tn. Hj. Mohd Zulkifli bin Mohd Tahir, KPSU K, 19 Mei 2016
En. Nordin bin Abd. Aziz, KPSU, 1 Mac 2016
En. Ariffin bin Sutan, Pengajar (Pen. Peg. Farmasi), 16 Mac 2016
Pn. Masnah binti Martu, Pengajar (Jururawat), 29 Jun 2016
Pn. Tuan Rahimah bt. Tuan Mat, Pengajar (Jururawat),
3 Februari 2016
Pn. Suriyakumari A/P Sinnadurai, Pengajar (Jururawat), 6 September 2016
Pn. Bastiah bt. Mohd Nasir, Pengajar (Jururawat), 31 Oktober 2016
Pn. Aulaiyah bt. Hj Abdullah, Penolong Pegawai Tadbir, 12 Mei 2016
Pn. Suryati bt. Mokhtar Daiman, Penolong Akauntan Kanan, 9 April 2016
Pn. Maheran bt. Abdullah, Pembantu Tadbir Kanan, 1 Disember 2016
Ketua Editor : Rozana Zahrol, KPSU PDK
Editor :
Maryam Baba Johaibe Bujang
Grafik :
Mastika Muhammad Nurfaizatul Ashikin Mokhtar Mohd Hadzrik Nor Osman
Fatin R.Azmee
Hubungi Kami: Unit Pengurusan Dasar dan Korporat
Bahagian Pengurusan Latihan Kementerian Kesihatan Malaysia
Aras 6, Menara Prisma No. 26 Persiaran Perdana
62675 Putrajaya WP Putrajaya
Tel : 03 – 8885 0600
Website : www.latihan.moh.gov.my
Penaung
En. Ellam Endin Nom Setiausaha Bahagian | Bahagian
Pengurusan Latihan | KKM
Penasihat En. Mohamad Yatim bin Nawawi Timb. Setiausaha Bahagian | Cawangan Perancangan Tenaga Manusia dan Dasar Latihan | Bahagian Pengurusan Latihan |
Bahagian Pengurusan Latihan | KKM
BULETIN 2/2016
Bahagian Pengurusan Latihan | Kementerian Kesihatan Malaysia | Aras 6, Menara Prisma |
No.26 Persiaran Perdana Presint 3 | 62675 Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan Putrajaya |
Tel : 0388850600 | Faks : 0388850748/747/746/750/720
Minum Segelas air sebelum makan
Makan hidangan sederhana 3x sehari
Makan perlahan-lahan sehingga lumat
Bersenam sekurang-kurangnya 3x sminggu
Banyakkan makan buah-buahan sebagai snek
Menjaga kedudukan badan ketika duduk dengan betul
Jangan tinggal sarapan pagi
Sentiasa lakukan push-up
Jangan amalkan makanan segera dan berkarbonat
KATA-KATA PUJANGGA PROFESSOR UNGKU AZIZ Rajin Bercakap, Rajin Bekerja – Bagus
Rajin Bekerja, Malas Bercakap – Kena Buli
Malas Bekerja, Rajin Bercakap – Wayang Cina
Malas Bekerja, Malas Bercakap – Tak Guna
Malas Bekerja, Selalu Ponteng – Baik Berhenti
Malas Bekerja, Selalu Menyibuk – Baik Mati