DUB1012-PENGAJIAN MALAYSIATAJUK
SEMANGAT PERPADUAN KAUM
NAMA PENSYARAH:CIK ASNUURIEN NAJMA BINTI AHMAD
DISEDIAKAN OLEH:
NAMA NO. MATRIKMUHAMMAD AIMAN BIN MOHAMED DON 14DKA15F1026
MUHAMMAD NURWAFIY BIN NORDIN 14DKA15F1017
MUHAMAD NOOR AIMAN BIN ABDUL MUTALIB 14DKA15F1133
MUHAMMAD DANISH AQIL BIN ZULKAFLI 14DKA15F1090
Objektif Berpeluang untuk mengkaji dan mengetahui
dengan lebih baik mengenai satu perayaan tradisi kaum di Malaysia.
Dapat mengajar saya betapa penting dan bermaknanya setiap sambutan perayaan bagi rakyat Malaysia.
Mengenal pasti kesan kepelbagaian perayaan terhadap pembentukan perpaduan di Malaysia .
Mengenalpasti kebaikan perayaan dalam membentuk semangat perpaduan kaum.
Mengesan keburukan sambutan perayaan dalam mecapai perpaduan kaum.
Mengenalpasti langkah-langkah untuk mencapai perpaduan melalui sambutan perayaan.
Pengenalan “Kalau kita satukan kekuatan kita,
satukan peranan dan hala tuju kita, maka ia akan jadi satu kekuataan dalam proses membina sebuah negara tercinta”(Dato Seri Najib Tun Razak, 23Mei 2009)
Malaysia merupakan sebuah Negara yang unik kerana mempunyai pelbagai kaum, agama, budaya dan perayaan. Di Malaysia, penduduknya dapat dibahagikan kepada tiga kaum terbesar iaitu kaum Cina, kaum India dan kaum Melayu.
Di Malaysia terdapat juga pelbagai jenis perayaan utama yang dirayakan oleh kaum-kaum yang ada di Malaysia ini seperti Hari Raya Aidilfitri dirayakan oleh kaum Melayu, Tahun Baru Cina oleh kaum Cina, Deepavali oleh kaum India, dan Krismas penganut ajaran Kristian.
Isi-isi penting
Perayaan dapat merapatkan perpaduan kaum dengan jayanya.
Melalui Majlis rumah terbuka ini, sifat muhibah dan semangat bermasyarakat dapat lahir dengan sendirinya. Semasa perayaan berlangsung, kita dapat melihat bagaimana kaum-kaum yang menyambut perayaan ini melayani tetamu mereka dengan baik walaupun berlainan bangsa dan agama.
Perkara ini dapat mencerminkan bahawa mereka adalah insan atau masyarakat yang berakhlak dan berbudi pekerti mulia. Melalui perayaan ini akan lahir nilai hormat menghormati terhadap sesebuah kaum. Sebagai rakyat Malaysia, kita mesti menyokong Konsep 1 Malaysia yang dinyatakan oleh Perdana Menteri Malaysia yang disanjungi iaitu Dato’ Seri Najib Bin Abdul Razak.
Faedah perayaan kepada perpaduan di Malaysia
Pergaulan tidak terbatas
Dapat menjalinkan hubungan
dengan lebih baik
Dapat memahami budaya sesuatu
bangsa dengan lebih baik
Perpaduan dapat dikecapi secara
semulajadi
Kesan perayaan kepada perpaduan kaum
Masyarakat di Malaysia dapat beramah mesra dengan kaum lain sepanjang masa tanpa mengira bangsa mahupun kaum seseorang itu.
Perayaan kaum akan lebih mudah dicapai kerana perayaan akan disambut setiap tahun.
Dapat mengeratkan lagi hubungan antara satu kaum dengan kaum yang lain.
Dapat menambah ilmu pengetahuan mengenai budaya sesebuah kaum seperti adat resam yang diamalkan.
Kelemahan perayaan untuk mewujudkan perpaduan kaum Seseorang yang berlainan bangsa akan merasa terasing di
dalam sesebuah majlis perayaan kaum lain kerana tidak biasa bercampur dengan kaum tersebut.
Kesukaran untuk berkomunikasi jika sesebuah kaum menggunakan bahasa ibunda mereka tanpa menghiraukan kaum lain yang tidak memahami bahasa tersebut.
Malu untuk pergi ke sebuah majlis perayaan kaum lain kerana kurang ilmu pengetahuan tentang perayaan kaum lain seperti adat resam yang dilakukan oleh kaum tersebut.
Langkah-langkah bagi memastikan perpaduan kaum dapat dicapai melalui sambutan perayaan
Di dalam sebuah majlis perayaan kita mestilah menggunakan bahasa yang di fahami oleh semua kaum agar dapat berinteraksi dengan tetamu yang berlainan kaum.
Selain itu seseorang itu haruslah tahu serba sedikit tentang majlis yang dikunjungi agar tidak menimbulkan sebarang masalah dengan tidak sengaja.
Sebagai tuan rumah sesebuah majlis sepatutnya beramah mesra dengan tetamu yang hadir agar majlis akan kelihatan lebih meriah dan ikatan perpaduan menjadi lebih erat
KesimpulanSambutan hari perayaan di negara ini meliputi
perayaan Hari Raya Puasa buat orang Islam, Tahun Baru Cina buat orang Cina dan perayaan Deepavali buat orang India. Ketika perayaan ini disambut suasananya pasti dengan kegembiraan dan sedikit hidangan makanan. Semua rakyat negara ini menanti-nanti setiap perayaan dengan penuh debaran dan semangat tinggi. Oleh itu memang ada banyak kebaikan jika sambutan perayaan ini dilaksanakan di negara ini.
Kalau semua perayaan ini disambut bersama-sama sudah pasti akan berlaku interaksi antara kaum dan hubungan erat akan terjalin. Perayaan di negara ini mempunyai konsep rumah terbuka yakni setiap perayaan akan diadakan majlis melawat rumah orang yang menyambut sesuatu perayaan itu. Lawatan yang diadakan sudah pasti akan menyebabkan berlakunya interaksi antara kaum. Oleh itu, perayaan memang mampu meningkatkan perpaduan antara kaum.
L A M P I R A N
R U J U K A N
http://www.nurfarinaabdullah.com/2012/03/perkhawinan-campur-dan-pembinaan-negara.html
https://www.google.com/search?q=perayaan+di+malaysia&espv=2&biw=1366&bih=643&source=lnms&tbm=isch&sa=X&ved=0CAYQ_AUoAWoVChMI0-Ok8oCTyAIVFEyOCh2N_w6k#imgrc=_
https://cikguletshometuition.wordpress.com/tag/penghargaan/