BULETIN ICT
Bengkel SPMP Modul iKamsis
Lawatan Penandaaras ke IPG Teknik
Projek Penambahan AP Wifi di Blok Asrama
Projek Digital Signage
Projek Pemasangan Sistem Kehadiran Biometrik
Bengkel TOT CIDOS Modul ‘Communication’
Team ICT & UIDM Pelajar Latihan Industri
EDISI 4/2014
Bengkel SPMP Modul iKamsis
P ada 20 Oktober 2014 yang lalu, Unit ICT telah mengadakan Bengkel SPMP bagi Modul iKamsis untuk pengurusan Asrama.
Penceramah oleh En Azizie Bin Ibrahim. Bengkel ini diadakan di Bilik Perbincangan Unit ICT. Ia dihadiri oleh Ketua Warden, Penyelia Asrama dan Pekerja Singkat Harian. Bengkel ini diadakan untuk memberi latihan secara ‘hand on’ berkaitan Modul iKamsis kepada Unit Pengurusan Asrama yang baru.
EDISI 4/2014 BULETIN ICT
Lawatan Penandaaras ke IPG Kampus Teknik
P ada 23 Oktober 2014 yang lalu, Unit ICT dan Unit Pusat Sumber telah mengadakan lawatan penandaaras ke IPG Teknik Bandar
Enstek. Lawatan ini diadakan bagi mendapatkan maklumat berkenaan Sistem VoIP dan sistem pengurusan/pengendalian kerja yang telah digunapakai oleh IPG Kampus Teknik.
EDISI 4/2014 BULETIN ICT
Projek Penambahan AP Wifi di
Blok Asrama
P rojek penambahan AP Wifi telah selesai dilaksanakan melalui
Peruntukan Pembangunan RMK10. Sebanyak 3 AP Wifi ditambah di setiap blok asrama iaitu asrama Jati, Asrama Meranti dan Asrama Cengal. Oleh yang demikian, Jumlah AP Wifi keseluruhan setiap blok asrama sebanyak 9 unit iaitu merangkumi 8 unit adalah jenis ‘indoor’ dan 1 unit jenis ‘outdoor’. Setiap AP dipasang dengan pelindung keselamatan bagi mengelakkan sebarang pencerobohan fizikal kepada peralatan AP Wifi tersebut.
EDISI 4/2014 BULETIN ICT
Projek Pemasangan ‘Digital
Signage’
P rojek pemasangan Digital Signage telah dilaksanakan melalui peruntukan RMK10. Sebagai projek perintis, hanya 6 tempat
sahaja yang dipasang ‘Digital Signage’ iaitu di Unit ICT, Jabatan Perdagangan, Unit Pentadbiran, Unit HEP, Unit Pusat Sumber dan Jabatan Kejuruteraan Mekanikal. Digital Signage ini bertujuan untuk memudahkan penyebaran maklumat seperti pengumuman, berita dan ucapan melalui paparan TV. Projek ini akan diperluaskan ke semua tempat yang telah dipasang TV dan mengikut kepada peruntukan kewangan untuk tahun 2015.
EDISI 4/2014 BULETIN ICT
Projek Pemasangan Sistem
Kehadiran Biometrik
P ada 25 November, projek Sistem Kehadiran Biometrik telah selesai
dibuat pemasangan. Kursus berkaitan dengan sistem ini telah dibuat oleh pihak kontraktor kepada Unit ICT dan Unit Pentadbiran. Unit Pentadbiran bertanggungjawab terhadap perlaksanaan dan pengurusan sistem ini. Unit ICT pula bertanggungjawab membantu Unit Pentadbiran dari segi teknikal terhadap sistem ini. Terminal sistem ini telah dipasang di tujuh (7) lokasi iaitu Unit ICT, Unit Pentadbiran, Unit Pembangunan & Penyelenggaraan, Jabatan Pengajian Am, Jabatan Perdagangan, Jabatan Matematik, Sains & Komputer, Jabatan Kejuruteraan Mekanikal dan Jabatan Agroteknologi & Bio-Industri. Perlaksanaan sistem ini akan berkuatkuasa pada 1/1/2015.
EDISI 4/2014 BULETIN ICT
Bengkel TOT CIDOS Modul
‘Communication’
B engkel telah diadakan pada 19/12/2014 di Makml Komputer, Pusat Sumber. Bengkel ini telah dirasmikan oleh Pn Siti Jariah
selaku Pegawai e-Learning PNS. Penceramah bagi bengkel ini ialah En Azizie Bin Ibrahim dan Pn Norhayati Binti Jais. Bengkel ini telah dihadiri oleh seramai 24 orang yang meliputi semua jabatan akademik. Bengkel ini bertujuan memberi latihan modul ‘Communication’ di dalam CIDOS bagi memenuhi kriteria ‘Blended Learning’.
EDISI 4/2014 BULETIN ICT
TEAM ICT & UIDM Pelajar Latihan Industri
EDISI 4/2014 BULETIN ICT
Fatin Syahirah Binti Ahsram Shah
Natasha Dayana Binti Zulkefli
Muhamad Faiz Safwan Bin Mohd Fadzil
Haresh A/L Krishnamuthi
Prasath A/L Ellapan
Muhammad Naim Bin Razali
Ditempatkan di Unit UIDM