PENGHARGAAN
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Bersyukur ke hadrat ilahi kerana
dengan limpah kurnianya dapat kami meneruskan pengajian kami pada semester
ini. Kursus EDU 3107, Bimbingan dan Kaunseling merupakan satu kursus yang
wajib diambil oleh guru-guru pelatih.
Kursus ini adalah berkenaan dengan teori–teori dalam memberi bimbingan
dan kaunseling di samping menunjukkan kepada guru pelatih tentang bagaimana
atau cara–cara yang boleh digunakan oleh guru pelatih untuk mengajar di dalam
kelas.
Selepas mengikuti kursus ini, guru pelatih akan dapat mempraktikkan cara
yang betul dan efisien dalam mengurus masalah murid khususnya murid sekolah
rendah. Melalui tugasan yang perlu disempurnakan bagi kursus ini, ia banyak
membantu guru pelatih dalam memahami apa yang telah dipelajari.
Ucapan ribuan terima kasih kami ucapkan kepada Ketua Jabatan Ilmu
Pendidikan kerana memberi peluang ini serta menyusun atur subjek EDU3107
kepada kami untuk kami mendalami ilmu tentang bimbingan dan kaunseling
kanak–kanak. Tidak lupa ucapan ribuan terima kasih kami ucapkan kepada
pensyarah pembimbing kami, En Hatim Aiziwir Zaadun Zabir kerana telah banyak
membimbing kami sepanjang kami mengikuti kursus ini. Jasa baik encik tidak akan
kami lupakan. Terima kasih juga kepada rakan-rakan yang banyak membantu
secara langsung atau tidak langsung serta murid-murid yang terlibat sebagai
sampel tugasan kami.
Disini kami lampirkan hasil dapatan kami sepanjang mengikuti kursus ini
dan laporan kajian dan proses bimbingan dan kaunseling yang telah kami
laksanakan keatas sampel kajian kami iaitu murid sekolah kebangsaan kundang
patah.
Pengenalan
Kebelakangan ini tingkah laku bermasalah menjadi topik perbincangan di
kalangan masyarakat umum. Nampaknya tingkah laku bermasalah boleh
menyebabkan ketidakseimbangan di antara emosi dan aktiviti kehidupan seharian
individu. Tingkah laku bermasalah juga memberi kesan yang buruk dalam aktiviti
pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Umumnya , sekolah rendah merupakan
tapak utama asas pendidikan. Dari sini, kanak-kanak dibentuk mengikut acuan
yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia. Guru memainkan
peranan utama membentuk keperibadian tingkah laku murid-murid semasa berada
di sekolah. Selain dari tanggungjawab ibu bapa, guru adalah orang yang penting
dalam menghasilkan insan yang sempurna dalam pendidikan. Dengan
bertambahnya bilangan anggota masyarakat yang berpendidikan moden, sikap
yang tidak mementingkan kanak-kanak ini telah beransur berubah.
Kanak-kanak pada hari ini telah diberikan perhatian serius secara
keseluruhan dari segi emosi, jasmani dan rohani. Ibu bapa sudah mula pandai
melayan pertanyaan anak-anak, membawa mereka makan bersama, berbincang
serta memberi peluang kepada anak-anak memberi pendapat dan pandangan dan
memberi mereka kebebasan memilih atau membuat keputusan asalkan tidak
memudaratkan diri dan keluarga. Perkembangan sikap ini telah memberikan kesan
positif dalam dunia kehidupan kanak-kanak supaya ia dapat menghasilkan satu
generasi yang lebih aktif, berani dan mahu tampil ke hadapan untuk bertanding
lebih gigih dalam kehidupan masyarakat.
Pengenalan Tugasan
Tugasan kali ini berkaitan dengan pengurusan satu sesi bimbingan dan kaunseling
yang perlu dilaksanakan oleh para guru pelatih semasa melaksanakan praktikum
fasa 3.
Objektif tugasan ini adalah berkaitan dengan kaedah menjalankan satu sesi
bimbingan dan kaunseling bagi mengatasi masalah murid semasa proses
pengajaran dan pembelajaran berlangsung. Masalah murid adalah tidak
dikhususkan dan guru pelatih bebas untuk menjalankan satu sesi bimbingan dan
kaunseling mengikut masalah murid sama ada masalah tingkah laku atau masalah
pembelajaran.
Melalui kajian ini, dapat kita lihat sejauh mana pemahaman guru pelatih
tentang bimbingan dan kaunseling untuk kanak–kanak. Bagi kajian ini, kami telah
menjalankan kajian terhadap murid tahun 1 dan 3 yang menunjukkan masalah
tingkah laku negatif iaitu Murid suka mengganggu rakan semasa belajar, suka
keluar kelas semasa sesi pengajaran dan pembelajaran dan masalah suka
membuat kerja sendiri.
Maksud tingkah laku bermasalah
Kanak-kanak yang menghadapi masalah tingkahlaku tidak boleh
menyesuaikan dirinya dengan kelakuan-kelakuan yang diterima oleh masyarakat
dan selalunya keadaan ini menjejaskan keadaan pelajarannya, keupayaan untuk
belajar dan perhubungannya dengan orang lain. Di dalam bahasa Inggeris, tingkah
laku bermasalah disebut sebagai ‘ abnormal behavior ‘ iaitu tingkah laku yang
terkeluar dari nilai dan norma masyarakat. Konsepnya bertentangan dengan
tingkah laku normal yang lazimnya dipersepsi, dirasai, dilakukan dan dialami oleh
kebanyakan orang dalam masyarakat.
Mohd Nazar Mohamad ( 1990 ) mentakrifkan tingkah laku bermasalah
individu sebagai tingkah laku yang menggangu perjalanan kehidupannya.
Menurut Robert H Woody di dalam bukunya berjudul ‘ The School and the
Behaviour Problem Child ‘ menyatakan semua tingkah laku di sekolah dapat
diperlihatkan dalam berbagai bentuk dan ragam. Kanak-kanak tidak dapat
menyesuaikan diri mereka dengan keadaan dan suasana pembelajaran. Keadaan
begini selalu menjejaskan pelajaran dan keupayaan mereka untuk belajar dan
berhubung dengan orang lain.
Dalam konteks pendidikan, tingkah laku bermasalah merujuk kepada
sebarang tingkah laku pelajar yang boleh menjejaskan kelicinan atau
keberkesanan pengajaran dan pengajaran khasnya di dalam bilik darjah.
Tingkah laku bermasalah boleh berupa negatif atau positif. Yang pastinya
tingkah laku bermasalah ini boleh membawa kesan yang tidak baik atau
memudaratkan proses pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah. Oleh
yang demikian, adalah menjadi tanggungjawab seorang guru mengenalpasti
murid-murid yang bertingkah laku bermasalah di dalam kelasnya agar strategi atau
teknik tertentu dapat digunapakai bagi memastikan keberkesanan aktiviti
pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah dapat berjalan dengan lancar
serta berkesan.
Tingkah laku Bermasalah dapat dikategorikan kepada dua bahagian iaitu :-
1. Tingkah laku Bermasalah Negatif
Tingkah laku bermasalah negatif merangkumi :-
Tingkah laku yang menghalang ( bergantung ) : Tingkah laku ini
merupakan tingkah laku yang boleh membahayakan diri.
Kebimbangan – sentiasa berasa takut, menunjukkan reaksi
bimbang, tiada keyakinan diri.
Pergantungan lebihan – terlalu mengharapkan pertolongan
atau bantuan dari orang lain terutama ibu bapa atau orang
yang rapat dengannya, terlalu manja, tidak boleh berdikari
Pengunduran diri – malu untuk menunjukkan kebolehan,
teragak-agak memberi pendapat atau idea, tidak yakin pada
kebolehan diri, sering menggangap orang lebih baik dari
dirinya
Pengasingan diri – tidak suka bergaul atau berkomunikasi
dengan kawan-kawan, sikap rendah diri yang terlalu tinggi,
perasaan malu pada kawan-kawan
Tingkah laku yang mengganggu ( disruptif ) : Tingkah laku ini
merupakan tingkah laku yang boleh membahayakan orang lain.
Hiperaktif – kelakuan atau bertingkah laku yang tersangat agresif
Kelakuan nakal – suka menggangu kawan-kawan, membuli atau
menyakat kawan-kawan sekelas.
Bising – menganggu ketenteraman bilik darjah, banyak bercakap .
Bergerak sesuka hati – suka keluar masuk kelas tanpa
kebenaran, berjalan-jalan di dalam kelas semasa sesi
pembelajaran berlaku, melakukan aktiviti yang disukai bila-bila
masa.
Ketawa kuat – ketawa dengan suara yang nyaring dan kuat tanpa
menghiraukan orang yang berada di sekelilingnya
Agresif secara lisan / fizikal – menggunakan kata-kata kasar,
lucah, kurang ajar, tidak sopan
Mengikut Despert ( 1965 ), kanak-kanak yang mempunyai masalah emosi ‘
neurotic ‘ atau ‘ psychotic dapat dikenali melalui gaya kelakuannya yang jahat,
selalu membuat salah, melawan, ingkar, tidak dapat dibentuk dan tidak stabil.
Tingkah laku anti sosial ( distruktif ) : Tingkah laku ini merupakan
tingkah laku yang boleh membahayakan diri, sekolah dan
masyarakat.
Permusuhan nyata – suka bergaduh, berlawan, bertumbuk,
mencari pasal dengan mana-mana murid terutama rakan
sebaya.
Vandalisme – suka merosakkan harta benda awam seperti
menconteng dinding menggunakan pen, pensil, marker atau
tapak kaki, mematahkan alat pengepam tandas, memecahkan
kerusi atau meja di dalam bilik darjah, menggores atau
menconteng meja.
Kumpulan liar – terlibat dengan kumpulan tidak bermoral
Klik – mempunyai hubungan dengan beberapa orang yang
mempunyai perangai atau tabiat yang sama tetapi lebih
kepada tingkah laku tidak baik
Geng – menubuhkan kumpulan tertentu di dalam sekolah,
kumpulan yang ditakuti atau digeruni oleh murid-murid lain,
bertindak membuli atau menakut-nakutkan murid-murid lain.
Tingkah laku anti-sosial lebih menjurus kepada masalah tingkah laku
berbentuk jenayah. Di dalam sebuah sekolah, ia lebih difokuskan kepada masalah
disiplin. Tingkah laku murid sebegini harus diberi perhatian khusus oleh guru-guru
rendah kerana bibit-bibit jenayah pada peringkat ini jika dibiarkan akan menular
dan merebak dan menjadi masalah besar pada peringkat akan datang.
Menurut Duke ( 1980 ) menyatakan bahawa setiap individu bertanggungjawab
terhadap perlakuannya sendiri. Murid-murid berkemungkinan menjadi tidak
berdisiplin kerana mengikut kehendak-kehendak diri mereka sendiri tanpa
sebarang pengaruh dari luar.
2. Tingkah laku bermasalah Positif
Tingkah laku bermasalah positif merangkumi :-
Tingkah laku ingin tahu – sikap ingin tahu yang tinggi terhadap
sesuatu perkara yang dilihat
Tingkah laku cepat belajar – cepat menangkap atau ‘ catch up ‘
sesuatu perkara yang baru dipelajari, dapat mempelajari sesuatu yang
baru dengan cepat
Tingkah laku pintar cerdas – sentiasa cepat dan pantas apabila
menggunakan otak dan berfikir
Tingkah laku proaktif – sentiasa menunjukkan kesungguhan atau sikap
maju ke depan berbanding kawan-kawan yang lain
Tingkah laku merujuk kepada perbuatan yang dilakukan oleh seseorang. Selain
dari tingkah laku bermasalah yang diterangkan di atas, terdapat beberapa ciri-ciri
kanak-kanak yang bermasalah dalam tingkah laku seperti di bawah :
Suka menakut-nakutkan kanak-kanak yang lebih kecil atau lebih muda dari
mereka.
Mencederakan kanak-kanak atau rakan sebaya mereka
Suka mencari gaduh atau pasal dengan kawan-kawan
Sering bercakap bohong atau bercakap besar
Melakukan kegiatan negatif seperti mencuri, menghisap rokok
Suka menyakiti hati kawan-kawan
Menjahanamkan harta benda
Tidak duduk diam
Suka terjerit-jerit dan menjerit apabila bercakap
Tidak mendengar arahan atau kata dari orang tua
Panas baran
Tidak menyiapkan kerja rumah atau tugasan yang diberi
( Robert H Woody : The school and the behaviour problem child )
Menurut Hussein Mahmood dan Kamaruddin Abd. Rahman ( 1995 ) di
dalam artikelnya bertajuk “Beberapa Pandangan dan Pendapat Berkaitan Punca-
punca Timbul Masalah Tingkah Laku” . :Jurnal Kementerian Pendidikan
Malaysia,menyatakan antaranya adalah seperti berikut :-
Faktor Diri Murid
Menurut Duke ( 1980 ) menyatakan bahawa setiap individu
bertanggungjawab terhadap perlakuannya sendiri. Murid-murid berkemungkinan
menjadi tidak berdisiplin kerana mengikut kehendak-kehendak diri mereka sendiri
tanpa sebarang pengaruh dari luar, iaitu apa yang dikatakannya sebagai “ the
potential influence of student’s free will “.
Mengikut Rabven ( 1977 ) apabila murid-murid tidak berminat dalam mata
pelajaran tertentu dan guru pula tidak menarik minat mereka maka murid-murid
tersebut akan hilang semangat belajar dan akan melakukan apa jua yang telintas
dalam fikiran mereka.
Faktor Keluarga
Mengikut Parsona ( 1964 ) bahawa rumah adalah kilang menghasilkan
peribadi manusia. Jika ibu bapa gagal memproses anak-anak mereka di kilang ini
maka hasilnya ialah anak-anak yang tidak bermoral.
Kajian-kajian Sandstorm ( 1968 ), Maslow, Combs, Kelly dan Rogers ( 1962 ) dan
Bee ( 1975 ) menunjukkan bahawa perasaan ketegangan akan terluah sebagai
perlakuan salah penyesuaian yang dilakukan di rumah dan di sekolah.
Menurut Hussein Mahmood ( 1980 ) mendapati bahawa masalah besar
yang dihadapi oleh pelajar-pelajar adalah masalah-masalah yang berkaitan
dengan rumah dan keluarga.
Kajian Harbans Kaur ( 1982 ) dan K Kandiah ( 1982 ) mengenai “ Jevenile
Delinquency ‘ mengesahkan bahawa hasil dari kajian mendapati pesalah laku
bermasalah datangnya dari rumahtangga yang serba kekurangan.
Faktor Masyarakat
Thrasher ( 1963 ) dan Whyte ( 1943 ) mengatakan apabila salah laku itu
sudah menjadi kebudayaan kecil ( sub-culture ) di sesuatu kawasan itu maka
individu-individu di dalamnya akan menyesuaikan diri dengan keadaan itu.
Faktor Sekolah
Marimuthu ( 1980 ) menjelaskan terdapat perhubungan rapat di antara
keadaan keluarga yang kucar kacir dengan perlakuan-perlakuan salah laku di
kalangan generasi muda.
Saiz sekolah juga memberi kesan kepada murid. Sekolah yang besar atau
keadaan bersesak-sesak mempunyai pertalian yang disignifikan dengan masalah
tidak berdispilin
( Balley, 1971 dan Reynolds, 1977 )
Masalah tingkah laku bukan lisan di dalam kelas.
SK Kundang Patah
Situasi 1 : Murid suka mengganggu rakan semasa belajar
Sepanjang pemerhatian saya di kelas tahun 3 SK Kundang Patah, terdapat
seorang murid yang menarik perhatian saya kerana perlakuannya yang pada saya
memberi masalah kepada murid lain. Nama murid tersebut terpaksa saya
rahsiakan dan disini saya akan gelarkannya sebagai F. F merupakan seorang
murid yang aktif dan berani. Namun begitu sikapnya yang terlalu aktif mengganggu
tumpuan murid lebih-lebih lagi semasa sesi pengajaran dan pembelajaran.
Sebagai contoh, kejadian ini berlaku dihadapan mata saya sendiri yang mana F
memukul rakan sebelahnya hanya kerana sedikit perselisihan faham antara
mereka. Kesannya, murid yang dipukul tadi mengadu kepada saya dan murid lain
turut bersuara menyokong tindakan F dan ada yang membantah tindakan F. Hal
itu menyebabkan kelas menjadi huru hara dan sesi pengajaran dan pembelajaran
tidak dapat dijalankan dengan baik kerana pergaduhan yang telah berlaku tadi.
Sebagai guru yang bertugas pada masa itu, saya menegur perbuatan si F yang
kurang tepat untuk beliau lakukan. Untuk seketika, si F mendengar teguran saya
namun selepas itu, beliau mengulangi perbuatan beliau setelah saya mengalihkan
pandangan ke arah murid lain. Situasi ini bukan hanya berlaku sekali namun
berkali-kali sehinggakan saya terpaksa memberi mereka sedikit denda iaitu
dengan menggunakan pembaris panjang untuk menghukum mereka.
Situasi 2 : Suka keluar kelas semasa sesi pengajaran dan pembelajaran
Masalah tingkah laku bukan lisan yang kedua adalah sikap murid yang suka
keluar dari kelas semasa sesi pengajaran dan pembelajaran berlangsung. Masalah
ini dikesan berlaku pada murid tahun 1 SK Kundang Patah. Apa yang berlaku ialah
mereka selalu meminta izin keluar kelas untuk ke tandas, ke koperasi malah ada
yang mahu keluar kelas untuk berjumpa adik beradik mereka di kelas lain. Kali
pertama ia berlaku saya tidak begitu mempedulikannya kerana say mengganggap
mereka benar-benar memerlukannya namun setelah ia berlaku berkali-kali saya
mula berasa syak wasangka. Jadi saya menyoal kepada murid-murid lain apa
sebab mereka suka keluar kelas. Jawapannya adalah mereka berasa bosan
terhadap sesi pengajaran dan pembelajaran. Selain itu, mereka juga telah terbiasa
dengan cara pengajaran dan pembelajaran di pra sekolah dahulu yang lebih
menitikberatkan pendekatan permainan dan nyanyian semasa belajar. Dan setelah
mereka masuk ke tahun satu, mereka jarang melakukan aktiviti tersebut dan
akibatnya mereka mengalami sedikit kejutan budaya dan mula bertindak mengikut
kebiasaan mereka. Ini menimbulkan masalah kepada guru dan murid itu sendiri
kerana semasa mereka keluar dari kelas mereka terlepas apa yang telah diajarkan
oleh guru kerana guru tidak boleh menangguhkan sesi pengajaran hanya semata-
mata ingin menunggu murid tersebut masuk semula ke kelas disamping masa
pengajaran di kelas yang begitu terhad. Pada masa yang sama juga guru tidak
boleh selalu menghalang mereka keluar dari kelas kerana bimbang sekiranya
mereka benar-benar perlu keluar dari kelas seperti keperluan untuk ke tandas. Ini
pernah berlaku pada murid kelas saya yang saya tidak benarkannya ke tandas dan
akhirnya murid tersebut muntah di dalam kelas semasa waktu terakhir sesi
persekolahan.
Situasi 3 : Masalah suka membuat kerja sendiri
Masalah seterusnya adalah masalah murid yang suka membuat kerja
sendiri. Masalah ini terdapat boleh dikatakan pada semua kelas di SK Kundang
Patah namun hanya sebahagian murid sahaja yang berkelakuan sebegitu.
Sepanjang pemerhatian saya, saya mendapati murid suka membuat kerja sendiri
atas sudut negatif dan positif. Dari sudut negatif adalah kerana mereka terlupa
untuk menyiapkannya di rumah dan dari sudut positif pula mereka ingin
menyiapkannya di sekolah agar mereka dapat melakukan aktiviti lain di rumah
nanti. Walaupun terdapat sebab positif namun ia tetap dianggap negatif kerana ia
mengganggu sesi pengajaran dan pembelajaran yang lain. Situasi yang sama
pernah berlaku di dalam kelas saya dan apabila saya menegur murid untuk
menyiapkan kerja mereka pada masa yang lain, mereka mematuhi arahan saya
namun mereka tidak memberi kerjasam yang baik semasa sesi pengajaran seperti
tidak menumpukan perhatian, curi-curi menyiapkan tugas dan ada yang tidak
mengendahkan arahan dan terus membuat kerja mereka.
Interprestasi Tingkah Laku Bermasalah
Pengenalan
Pengawalan kelas merupakan salah satu aspek penting yang perlu diberi
perhatian oleh sesuatu guru sebaik sahaja melangkah masuk ke dalam kelas.
Guru pastinya tidak dapat lari daripada menyentuh hal berkaitan soal displin
murid-murid disebabkan perkaitannya yang sangat rapat dengan pengawalan
kelas. Dalam hal ini, Omardin Ashaari ( 1999 ) berpendapat bahawa kaedah yang
paling berkesan dalam mengawal kelas dan lazimnya digunakan oleh guru lain
ialah menggunakan kekuatan dan ketegasan yang ada pada diri meraka sendiri.
Misalnya, terdapat ramai guru yang melantangkan suara mereka menyuruh murid-
murid diam apabila masing-masing sibuk berbual ketika berbual ketika beliau
sedang mengajar dan ketika ketiadaan kelas mula sukar dikawal.
Murid-murid di dalam sesebuah kelas umumnya mempunyai pelbagai
perbezaan latar belakang dan sikap yang tersendiri sama ada positif atau negatif.
Perbezaan tersebut kadang kala membawa kepada tingkah laku bermasalah dan
guru seharusnya peka serta berempati terhadap murid-murid tersebut. Cabaran
yang biasanya dihadapi oleh guru-guru di sekolah ialah bagaimana hendak
mengenal pasti tingkah laku bermasalah seterusnya merancang serta
melaksanakan strategi dan teknik yang sesuai bagi memodifikasi tingkah laku yang
tidak diingini agar hal tersebut tidak menjejaskan kelicinan atau keberkesanan
proses pengajaran dan pembelajaran demi menjaga iklim bilik darjah yang
kondusif.
Tingkah laku bermasalah
Menurut Atkinson (1990), tingkah laku bermasalah adalah
merupakan tingkah laku yang terkeluar daripada kehendak, noma-noma dan nilai
sesuatu masyarakat. Tingkah laku bermasalah boleh merangkumi tingkah laku
destruktif, tingkah laku desruptif, pergantungan berlebihan, tingkah laku
kebimbangan, tingkah laku pengunduran diri dan tingkah laku pengasingan diri.
Tingkah laku bermasalah ini akan menjadi lebih berbahaya sekiranya ianya
melibatkan klik yang mana akhirnya akan mengakibatkan keganasan sekiranya
tidak dibendung dengan lebih awal. Manakala Mok Soon Sang (2003) merujuk
tingkah laku bermasalah dari konteks pendidikan sebagai sebarang tingkah laku
murid yang boleh menjejaskan kelicinan dan keberkesanan pengajaran dan
pembelajaran, khasnya di bilik darjah.
Tingkah laku bermaslah di kalangan murid-murid bukan sahaja merujuk
kepada tingkah laku bermasalah negatif semata-mata tetapi juga merangkumi
tingkah laku bermasalah positif iaitu seperti tingkah laku ingin tahu, cepat belajar,
pintar cerdas dan proaktif. Walaubagaimanapun, di dalam tugasan ini, fokus
diberikan kepada tingkah laku bermasalah negatif yang merangkumi tingkah laku
disruktif( anti social ), distruptif ( mengganggu) dan bergantung termasuklah
hiperakif, bimbang, murung, pengunduran diri dan pengasingan diri.
Situasi 1 : Murid suka mengganggu rakan semasa belajar
Menurut Mok Soon Sang (2003), tingkah laku disruptif merupakan tingkah
laku yang mengganggu dan membahayakan orang lain seperti hiperaktif, kelakuan
nakal, bising, bergerak sesuka hati, ketawa kuat dan agresif sama ada secara lisan
atau fizikal. Manakala Kerr & Nelson (1998) dalam Nora Mislan (2007) pula
menyatakan perlakuan disruptif sebagai apa sahaja perlakuan yang mengganggu
proses pembelajaran yang sedang berlangsung di dalam bilik darjah. Cara-cara
tingkah laku disruptif ini termasuklah untuk mendapat perhatian tidak kira positif
atau negatif, mengelak dari melakukan tugasan, berkelakuan agresif dan kasar.
Tiwi Kamidin (2004) menjelaskan bahawa individu yang mempunyai tingkah laku
disruptif akan sentiasa mengganggu dan menjejaskan kelicinan perjalanan
pengajaran dan pembelajaran.
Tingkah laku ini bukan sahaja berlaku semasa sesi pengajaran malah di
luar sesi pengajaran seperti waktu rehat dan sesi tasmik. Sekiranya ia dibiarkan, ia
akan berlanjutan menjadi lebih buruk sehingga menyebabkan pergaduhan dan
akan menyebabkan kecederaan fizikal dan mental murid itu sendiri.
Sebagai guru yang bertanggungjawab untuk memelihara kemaslahatan
murid, amat penting bagi seorang guru memerhatikan tingkah laku murid. Jangan
sekali-kali menganggap remeh hal yang berlaku antara murid kerana hal yang
remeh pada pandangan guru mungkin merupakan sesuatu yang besar bagi murid.
Pernah berlaku satu kes yang mana ibu bapa datang menyerang pihak sekolah
kerana anak mereka cedera akibat bergaduh dengan murid lain dan dalam hal ini
pihak sekolah dipersalahkan kerana tidak menjaga murid dengan baik.
Contoh yang kita dapat lihat dalam situasi ini ialah semasa guru sedang
mengajar subjek pendidikan islam tahun 3, murid yang hiperaktif atau nakal
memukul rakan sebelahnya tatkala guru sedang leka mengajar dan tidak
menumpukan perhatian kepada murid yang hiperaktif ini. Hal ini mungkin
disebabkan oleh pelaku ingin menarik perhatian dari si mangsa. Setelah diperhati,
si pelaku memukul sebanyak 2 kali kepada si mangsa semasa guru tidak
menumpukan perhatian kepadanya. Situasi ini akan menyebabkan gangguan
kepada mangsa dan juga rakan kelas yang lain. Ini mengakibatkan mangsa dan
rakan kelas tidak dapat menumpukan perhatian kepada sesi pengajaran dan
pembelajaran di dalam kelas.
Situasi 2 : Suka keluar kelas semasa sesi pengajaran dan pembelajaran
Antara cabaran utama yang dihadapi oleh saya ketika mengajar subjek pendidikan
islam tahun 1 ialah terdapat di kalangan murid-murid yang mempunyai tahap
pembelajaran yang lemah dan sering keluar kelas semasa sei pengajaran dan
pembelajaran berlangsung. Dalam hal ini, Omardin Ashaari (1999) menyatakan
bahawa biasanya murid yang lemah dalam pelajaran mempunyai hubung kait
dengan soal minat, sikap, kaedah mengajar, kesihatan dan kelembapan pemikiran
serta kesukaran pelajar mengikuti pengajaran guru. Justeru, guru hendaklah
mengenal pasti murid yang mempunyai masalah tersebut dan bijak merancang
serta mengambil kaedah dan strategi yang sesuai agar dalam masa yang sama
tidak menjejaskan pembelajaran murid-murid yang sudah cekap dalam pelajaran.
Di samping itu, guru juga seharusnya sentiasa memberi galakan dan
rangsangan sama ada secara langsung atau tidak langsung kepada murid yang
lemah sebagai motivasi agar mereka sedar dan berusaha meningkatkan tahap
pembelajaran mereka. Selain itu, penggunaan kaedah dan pendekatan
pembelajaran yang pelbagai boleh menarik minat murid untuk terus belajar. Jika
tahap pembelajaran murid masih di tahap yang sangat lemah dan tidak mampu
diatasi dengan melalui kaedah pemulihan yang dijalankan di dalam kelas, guru
boleh mengadakan kelas pemulihan untuk memberi perhatian khusus kepada
murid yang bermasalah tersebut agar mereka tidak keciciran sebaliknya mereka
mampu mengikuti pembelajaran mengikut keupayaan mereka.
Di dalam kelas tahun satu ini saya dapati, murid-murid lebih berminat untuk
bermain berbanding belajar. Semasa sesi pengajaran murid suka bermain, leka
dan juga tidak memberi perhatian semasa guru sedang mengajar. Ini menunjukkan
bahawa mereka tidak berminat untuk belajar. Berdasarkan sesi soal jawab saya
dengan beberapa murid tahun satu, saya dapati bahawa sebahagian daripada
mereka datang ke sekolah disebabkan mereka seronok berjumpa rakan dan
bermain bersama mereka. Mereka tidak berminat untuk menumpukan perhatian
dalam pembelajaran.
Situasi 3 : Masalah suka membuat kerja sendiri
Di sekolah kebangsaan Kundang Patah, terdapat sebahagian murid sering
kali tidak membuat kerja sekolah mereka di rumah, kebanyakan mereka cuba
menyiapkannya ketika di sekolah terutama sebelum loceng pertama sesi
pengajaran berbunyi. Saya dapati bahawa, semasa menemuramah salah seorang
murid, kebanyakan murid member alasan bahawa mereka terlupa untuk
menyiapkan kerja sekolah mereka kerana sibuk bermain dan melakukan aktiviti
lain di samping tidak memahami kehendak soalan yang terdapat pada latihan yang
diberi guru. Di sini kita dapat simpulkan bahawa aktiviti pembelajaran murid
kebanyakannya hanya berlaku disekolah dan terhenti sebaik sahaja mereka
berada di rumah. Ini kerana ketika di rumah mereka lebih suka bermain dan
menonton televisyen kerana bagi mereka pembelajaran hanya di sekolah sahaja
dan di rumah adalah untuk berehat.
Selain itu, murid yang mempunyai tingkah laku bermasalah suka membuat
kerja sendiri merupakan murid yang kurang mahir menguruskan masa mereka
dengan baik. Sebagai guru, kita hendaklah member pendedahan dan tunjuk ajar
kepada murid cara untuk menguruskan masa dengan baik agar mereka tidak
menyesal pada hari yang mendatang.
Dialog Perbualan Sesi Kaunseling.
Ustaz : assalamualaikum, kamu apa khabar?
Klien : waalaikumsalam ustaz, saya sihat.
Ustaz : kamu sudah makan?
Klien : sudah ustaz. Saya sudah makan di kantin tadi.
Ustaz : bagus. Kamu tahu tak kenapa ustaz panggil kamu pagi ni?
Klien : tak tahu ustaz, saya ada buat salah ke ustaz?
Ustaz : tak ada, tapi ustaz dapati kamu ada sedikit masalah dan terus terang ustaz
ustaz katakan kamu tidak seperti rakan-rakan kamu yang lain.
Klien : ….. (diam membisu)
Ustaz : tapi ustaz tidak bermaksud kamu ni budak jahat atau budak nakal tetapi
hanya sedikit masalah berbanding murid lain.
Klien : maaf ustaz…
Ustaz : tak mengapa. Dan ustaz kalau boleh ingin membantu kamu mengatasi
masalah kamu ini. Apa yang ustaz perhatikan kamu bersikap agak agresif
berbanding rakan-rakan lain, adakah kamu sedar dengan hal itu?
Klien : tidak ustaz, saya rasa biasa je.
Ustaz : sebagai contoh kamu agak kerap bising semasa sesi pembelajaran, kerap
mengganggu rakan semasa membaca Al-Quran dan kerap ke sana ke mari
semasa sesi tasmik dijalankan. Ustaz pasti kamu sedar akan hal itu bukan?
Klien : ye ustaz…. (sambil menunduk)
Ustaz : memang bagus kamu aktif didalam kelas, tetapi kamu haruslah berpada-
pada dengannya dan tidak melampau sehingga memberi kesan terhadap pelajaran
kamu.
Klien : …… (diam membisu)
Ustaz : baiklah. Bagaimana kalau begini, andai kata kamu sedang menonton
televisyen. Kemudian adik kamu bermain bola di hadapan kamu. Adakah kamu
gembira dengan tindakan adik kamu?
Klien ; tidak ustaz
Ustaz : sudah tentu kamu berasa marah bukan?
Klien : ya ustaz (mengangguk)
Ustaz : samalah keadaannya semasa di dalam kelas. Jika kamu bising dan
mengganggu rakan-rakan kamu, sudah tentu rakan-rakan kamu tidak berasa
senang dengan perlakuan kamu. Sekarang adakah kamu faham dengan apa yang
ustaz cuba sampaikan sekarang
Klien : ya ustaz…..(menunduk)
Ustaz : baiklah, sekarang boleh kamu janji dengan ustaz?
Klien : janji apa ustaz?
Ustaz : bolehkah kamu janji dengan ustaz supaya tidak lagi bising dan
mengganggu rakan kamu semasa sesi pelajaran? Kamu boleh bermain dengan
rakan kamu tetapi hanya di luar sesi pengajaran bukan di dalam kelas, boleh?
Klien : insyaAllah ustaz, saya akan cuba.
Ustaz : Alhamdulillah, ini yang ustaz mahu dengar.
Huraian Teori Yang di Gunakan Dalam Proses Memberikan Bimbingan
Kepada Murid.
Bagi mengatasi masalah murid ini, kami telah merujuk teori REBT iaitu teori
Terapi Rasional Emotif Behavioral. Teori yang dipelopori oleh Albert Ellis (1913),
ini menerangkan tentang bagaimana masalah emosi dan neurotik adalah
ditimbulkan dari tiga sumber utama iaitu sumber pemikiran, emosi dan behavioral
terutamanya pemikiran kognitif yang memainkan peranan penting dalam
pengekalan gangguan psikologikal.
Kami menggunakan teori ini kerana masalah murid ini adalah berkaitan
dengan tingkah laku murid itu sendiri. Hal ini kerana pendapat tokoh bagi teori ini
adalah menekankan tentang perkaitan gerak balas individu dengan ransangan
adalah suatu proses pembelajaran, demi membentuk sesuatu tingkah laku yang
baru. Dalam hal murid ini, kami ingin membentuk satu tingkah laku yang baru iaitu
tingkah laku yang positif . kami ingin membuang atau mengurangkan tingkah laku
negatif yang ditonjolkan oleh murid ini dengan menggantikannya dengan tingkah
laku yang baik atau positif.
Menurut Ellis, manusia bertanggungjawab atas perasaan gangguan yang
ditimbulkan oleh mereka sendiri, sama ada di bawah keadaan sedar atau tidak
sedar. Maka individu mempunyai sumber dan keazaman yang perlu untuk
membawa perubahan yang sihat selama–lamanya.
Berdasarkan pandangan Albert Ellis (1913), ini kami telah merangka satu
sesi kaunseling bagi membantu murid ini dalam mengawal tingkah lakunya. Hal ini
kerana matlamat teori ini adalah bertujuan membantu klien memperkembangkan
pemikiran rasional dan logikal melalui galakan mereka memikir dan memahami
pemikiran tidak rasional yang diwarisi masa dahulu adalah punca utama yang
membawa masalah psikologikal masa kini. Klien dibimbing untuk melihat dan
menganalisis peristiwa yang diaktifkan dan gangguan emosi yang dialami.
Pelopor Albert Elis
REBT ialah satu terapi yang berbentuk didactic kognitive dan
berorientasikan tindakan. Ia menekankan peranan fikiran dan sistem
pemikiran sebagai punca masalah peribadi. ( Dia percaya manusia
bermasalah dan bersifat negatif kerana dia fikir mengarut dan fikir benda
yang tak patut)
Falsafah Asas
Manusia cenderung dipengaruhi oleh pemikiran yang salah. (Contoh : Dia
fikir kemudian dia terpengaruh dengan apa yang fikirkan. “ Kalau aku jawab
soalan ustaz ni kemudian salah malu lah aku nanti, kawan-kawan tentu
akan ketawakan aku”). Hal ini akan menyebabkan gangguan emosi dan
tingkahlaku berlaku.
Pemikiran sangat menentukan perasaan dan tindakan.
Terapi ini berorientasikanpemikiran dan tingkahlaku. Ia menekankan
peranan berfikir, membuat keputusan, menyoal, bertindak dan kembali
membuat keputusan.
REBT ialah satu model psiko-pendidikan. Ia menekankan terapi sebagai
satu proses pembelajaran mendapatkan kemahiran-kemahiran baru dan
cara-cara baru untuk berfikir dan mendapatkan cara-cara yang lebih efektif.
Konsep Utama
Masalah-masalah tingkah laku mungkin berpunca daripada zaman kanak-
kanak lagi. Akan tetapi masalah-masalah ini berulang kerana pengaruh-
pengaruh semasa.
Sistem pemikiran individu ialah punca utama kecelaruan.
Dialog dalaman mempengaruhi tingkahlaku seseorang
Klien menerokai tanggapan yang salah menjadi regid dalam diri.
Matlamat Utama Terapi
Untuk mencabar klien untuk melihat pemikiran salah dengan bukti-bukti
yang dikumpulkan dan dinilaikan olehnya sendiri.
Untuk membantu klien melihat dan mengurangkan pemikiran yang regid
Untuk sedar pemikiran automatik dan pemikirannya.
Hubungan Teraputik
Dalam REBT ahli terapi berfungsi sebagai guru dan klien sebagai pelajar
Ahli terapi sangat directive dan mengajar teknik ABC.
Teknik-teknik
Ahli Terapi menggunakan pelbagai teknik kognitif, emosi dan tingkah laku.
Pelbagai kaedah diubah –suai supaya sesuai dengan keperluan khusus
individu.
Antara teknik-teknik termasuklah dialog Socratic, mendebatkan pemikiran-
pemikiran tak rasional, membuat kerjarumah, mengumpulkan data dsb.
Aplikasi
Rawatan
kemurungan,
Gelisah ,
Masalah rumah tangga,
pengurusan tekanan,
latihan kemahiran,
penyalahgunaan dadah,
kecelaruan pemakanan,
serangan panik,
performance anxiety
fobia sosial
1. Pendekatan ini sangat berguna dalam mengubah pemikiran manusia.
2. Banyak kumpulan selfhelp menggunakan prinsip-prinsip model ini.
3. Boleh digunakan populasi yang ada masalah khusus.
Refleksi kendiri : Mohd Izzat bin Zazali
Kursus (EDU 3107) Bimbingan dan Kaunseling kanak–kanak merupakan
salah satu kursus yang kami ambil bagi semester 7 2012 ini. Bagi mengikuti kursus
ini, kami telah dibimbing oleh En Hatim Aziwir Zaadun Zabir.
Secara keseluruhannya, sepanjang mengikuti kursus ini, kami telah
didedahkan dengan teori – teori yang berkaitan dalam mengenalpasti, mengurus
dan cara untuk mengatasi masalah–masalah yang mungkin akan timbul semasa
mengajar kelak melalui kaedah bimbingan dan kaunseling.
Mengajar di kelas tahun 1,3 dan 5 banyak memberi cabaran kepada saya
selaku guru pelatih kerana boleh dikatakan hampir setiap hari saya akan
berhadapan dengan masalah–masalah murid yang pelbagai. Dalam usaha untuk
mengawal tingkah laku murid murid terutama murid tahun satu yang baru
mengenal alam persekolahan, pelbagai cara dan kaedah yang sesuai diperlukan
kerana sekiranya tersalah menggunakan kaedah atau cara, ia akan memberikan
kesan yang negatif dan mendalam serta berpanjangan kepada murid ini selain
turut mengganggu konsentrasi mereka terhadap pembelajaran khususnya.
Ucapan ribuan terima kasih kami ucapkan kepada En Roziky Affendy, Ketua
Jabatan Ilmu Pendidikan kerana memberi peluang ini untuk kami mendalami ilmu
tentang kanak–kanak. Tidak lupa ucapan ribuan terima kasih sekali lagi kami
ucapkan kepada pensyarah pembimbing kami, En Hatim Aziwir Zaadun Zabir
kerana telah banyak membimbing kami sepanjang kami mengikuti kursus in. jasa
baik encik tidak akan kami lupakan.
Selain itu kami juga mengucapkan ribuan terima kasih kepada rakan–rakan
yang telah banyak membantu kami dalam menyiapkan tugasan ini dan membantu
kami dalam lebih memahami tentang kursus ini.
Akhir kalam kursus EDU 3107 Bimbingan dan Kaunseling kanak–kanak
telah banyak membantu kami dalam mengajar murid–murid tahun 1,3 dan 5.
Kursus ini telah mendedahkan kami dengan cara–cara dan kaedah–kaedah yang
sesuai dalam mengekalkan dan mengurus tingkah laku murid. Sekian, terima
kasih.
Refleksi kendiri : Mohd Affiq bin Muhamad
Terlebih dahulu saya panjatkan segala puji pagi Allah kerana dengan limpah
dan kurnia-Nya dapat juga saya dan rakan sepraktikum menyelesaikan tugasan
bagi subjek Bimbingan Dan Kaunseling ini yang telah diberikan oleh Encik Hatim
Aziwir Zaadun Zabir dari Jabatan Ilmu Pendidikan, dalam masa yang ditetapkan.
Tugasan ini memerlukan kami untuk memainkan satu peranan yang boleh
disumbangkan oleh guru biasa dalam membantu perkhidmatan bimbingan dan
kaunseling di sekolah serta mempraktikkan amalan terapi yang dipelajari semasa
dalam proses pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah oleh seseorang guru
biasa.
Hasil daripada tugasan yang telah disempurnakan ini, kami telah mendapat
banyak input dan informasi yang sangat berguna sebagai persediaan kami bagi
menghadapi cabaran sebagai seorang guru kelak. Dalam proses
menyempurnakan tugasan ini, kami sedar bahawa tugas seorang guru bukanlah
hanya sekadar mengajar di dalam semata-mata, tetapi seseorang guru itu juga
berperanan dalam memberi bimbingan dan kaunseling kepada para pelajarnya
dalam cara dan kaedah yang tersendiri tanpa disedari.
Mengajar di pelbagai aliran kelas banyak memberi cabaran kepada guru-
guru kerana saban hari guru akan berhadapan dengan masalah–masalah murid
yang pelbagai dan berbeza–beza keadaan dan latar belakang dan tahap
perkembangan serta kematangan. Dalam mengawal dan mengekang tingkah laku
kepelbagaian murid ini memerlukan cara dan kaedah yang sesuai kerana
sekiranya tersalah menggunakan kaedah atau cara, ia akan memberikan kesan
yang negatif dan mendalam serta berpanjangan kepada murid ini seperti perasaan
diri tidak dikamingi, disisihkan dan sebagainya.
Selain itu, kemahiran asas yang terdapat dalam bidang kaunseling juga
mempunyai banyak faedahnya kepada guru khususnya saya sendiri yang akan
bergelar guru kelak. Dengan sedikit pembacaan dan perbincangan bersama rakan-
rakan dalam menyempurnakan tugasan ini, kami mendapat input yang sangat
berguna yang boleh diaplikasikan di sekolah kelak dan dalam masa terdekat ketika
kami menjalani praktikum fasa yang ke 3 sekarang.