PENGENALAN.Perubahan yang berlaku dalam dunia hari ini begitu pesat. Ini
disebabkan oleh peningkatan dan kemajuan sains dan teknologi, khususnya
dalam bidang teknologi maklumat. Dalam dunia perniagaan dan keusahawanan "siapa
cepat dia dapat" merupakan suatu peraturan yang diterima ramai.
Untuk mengatasi masalah perubahan yang pesat ini, kita memerlukan ilmu,
pengalaman dan perhubungan yang luas supaya kita dapat meramalkan perubahan yang
akan berlaku dan menanganinya. Kita tidak boleh hanya sekadar tunggu sehingga menjadi
terlambat.
Persaingan yang berlaku dalam dunia perniagaan dan keusahawanan hari ini sudah tentu
makin hebat kerana:
pengguna mempunyai berbagai pilihan
persaingan dari segi kos dan harga serta kualiti barangan
persaingan dari segi perkhidmatan selepas jualan selain daripada cara menjual
Apa yang penting ialah segala yang kita usahakan itu mestilah yang paling baik,
yang berlainan daripada yang lain, yang ada kelebihan dari sebarang segi, yang
berkualiti tinggi, yang cemerlang dalam serba serbi.
Selain daripada ilmu, pengalaman dan jaringan yang perlu kita wujudkan, kita juga
perlulah mempunyai sikap yang betul untuk terus bersaing. Sikap inilah yang sangat
bernilai dan berharga. Soalnya, apakah sikap ini dan bagaimana membentuknya?
perlu mengulangi sesuatu itu sehingga menjadi tabiat
perlu mampu membezakan antara tabiat dan sikap
Untuk mencapai kecemerlangan dalam perniagaan dan keusahawanan, kita perlu
Ada tujuan, wawasan, misi atau visi
Membuat perancangan (business plan)
Mempunyai ilmu yang mencukupi
Berusaha dengan gigih dan dedikasi (ini perlukan nilai)
Mempunyai tanggungjawab (etika yang baik)
Sentiasa ingin menjadi seorang yang cemerlang.
1
2
Definisi Usahawan dan Keusahawanan
o Dalam bahasa Inggeris, usahawan diterjemahkan sebagai “Entrepreneur”.
o Perkataan ini diterjemahkan dari perkataan Perancis “entrepremdre” yang membawa
maksud memikul tugas atau mencuba.
o Dalam BM, Usahawan membawa maksud orang yang mengusahakan sesuatu
perniagaan.
o Usahawan ditakrifkan sebagai orang yang mengendalikan sesebuah perniagaan dan
mengambil risiko perniagaan yang diceburinya.
o McClelland (1961) menyatakan usahawan sebagai berdaya inovatif dan kehendak
pencapaian tinggi(high need for achievement).
o Usahawan berjaya cenderung kearah mengambil risiko yang telah direncanakan dan
mempunyai kawalan dalaman yang tinggi.
o Schumpeter (1934), mentakrifkan usahawan sebagai individu yang melakukan
pembaharuan atau inovasi untuk kesejahteraan organisasinya sendiri.
o Beliau menyatakan terdapat beberapa pembaharuan yang dilakukan oleh individu
usahawan tersebut.
o Keusahawanan ditakrifkan sebagai perilaku atau gaya usahawan bertindak
terhadap peluang, memulakan perniagaan, mengembang dan mempertahankan
daya maju perniagaan yang telah diterokainya.
Pembaharuan Oleh Individu Usahawan
3
o Memperkenalkan Perkhidmatan atau barang keluaran baru.
o Memperkenalkan kaedah pengeluaran baru
o Meneroka pasaran baru
o Mencari dan meneroka sumber bahan mentah baru.
o Menyusun semula industtri yang diceburinya.
o Dapat dirumuskan disini usaha perlulah bersikap proaktif, inovatif, cenderung untuk mengambil risiko dalam peluang perniagaan.
o Usahawan juga perlu bersedia menghadapi risiko, berkeyakinan pada diri sendiri dan mampu mencari dan merebut peluang-peluang.
Motif Seseorang Menjadi Usahawan
o Faktor pendorong seseorang menceburkan diri dalam bidang keusahawanan
boleh dikategorikan sebagai faktor tertarik (pulling factor) dan faktor tertolak
(pushing factor).
Faktor Tertarik (Pulling Factors)
o Faktor Psikologi seperti kecenderungan terhadap pencapaian cemerlang.
o Peluang yang wujud dalam persekitaran dan menguntungkan.
o Melihat perniagaan sebagai satu sumber rezeki (pendapatan)
o Berkhidmat untuk mengisi keperluan dan kehendak masyarakat.
Faktor Tertolak (Pushing Factors)
o Kekecewaan di tempat kerja seperti tidak mendapat pengiktirafan dari majikan dan peluang yang terbatas.
o Kemelesetan ekonomi.
o Tidak puas hati dengan layanan masyarakat dan persekitaran.
Peranan Usahawan Kepada Masyarakat dan Negara
4
Peranan Usahawan kepada masyarakat.
o Menawarkan perkhidmatan untuk mengisi kehendak dan keperluan masyarakat.
o Mewujudkan peluang pekerjaan kepada masyarakat setempat.
o Menghulurkan sumbangan kebajikan kepada masyarakat.
o Menyumbang dalam pembangunan pendidikan masyarakat.
Peranan Usahawan Kepada Masyarakat dan NegaraSumbangan Kepada Negara.
o Menyumbang kepada kemakmuran ekonomi negara.
o Menyumbang dalam penerapan teknologi moden yang boleh meningkatkan daya pengeluaran.
o Membangunkan sumber manusia melalui latihan dalam syarikat dan program pembangunan sumber manusia yang dianjurkan oleh syarikat.
o Menyalurkan hasil keluaran negara ke dalam pasaran global.
Perbezaan Antara Usahawan dan Peniaga
o Usahawan mempunyai kehendak dan kemahuan untuk berkembang dan mewujudkan pembaharuan produk dari masa ke masa.
o Usahawan memberi tumpuan kepada pembangunan pelanggan dan mewujudkan pelanggan baru.
o Usahawan berani mencuba pasaran baru berbanding dengan pasaran tradisional.
5
KOMEN TENTANG KONSEP KEUSAHAWANAN.
1. usahawan memainkan peranan yang penting dalam perkembangan ekonomi Negara.
Tidak dapat dinafikan bahawa kemajuan dan kemakmuran negara datang daripada
sumbangan para usahawan mewujudkan peluang pekerjaan kepada masyarakat
melalui pembukaan kilang – kilang atau mengembangkan perniagaan mereka.
Dengan ini negara dapat mengurangkan masalah pengangguran dalam membantu
pertumbuhan ekonomi melalui penggunaan tenaga manusia dengan sepenuhnya.
2. disamping itu usahawan dapat memenuhi kehendak dan keperluan asas penduduk
tempatan dengan mengeluarkan barangan dan mengeksportkan keluar negara untuk
memperolehi pertukaran wang asing. Bagi usahawan yang kreatif dan inovatif akan
mengeluarkan barangan atau memperkenalkan produk baru bagi kehendak
masyarakat. Masyarakat juga dapat menikmati kemudahan hasil daripada
pengubahsuaian barangan lama kepada bentuk yang lebih praktikal oleh usahawan
yang inovatif.
3. usahawan juga membantu meningkatkan taraf hidup masyarakat memajukan negara.
Peluang pekerjaan yang banyak membolehkan masyarakat menggunakan pendapatan
yang diperolehi untuk memenuhi keperluan dan kehendak mereka. Usahawan yang
membuka kilang-kilang dapat meninggikan taraf hidup masyarakat yang tinggal di
sekitarnya dengan menyediakan kemudahan infrastruktur. Peranana-peranan yang
diberikan di atas menunjukkan usahawan memainkan peranan yang besar dalam
pembangunan ekonomi negara. Sumbangan usahawan adalah pelbagai bentuk dan
membawa kemajuan kepada negara secara keseluruhan.
6
PENUTUP.
7
RUJUKAN.
1. INTERNET < WEB USAHAWAN >
8
2. BUKU MODULE USAHAWAN -P3117-.
3. RUJUKAN PERPUSTAKAAN PKB.
4. ARTIKEL KEUSAHAWANA.
5. RUJUKAN DARI SENIOR PERDAGANGAN.
LAMPIRAN.
CONTOH USAHAWAN TERKEMUKA :
Usahawan Noor Arfa Bangga Batik
Wan Mohamed Ariffin Wan Long berjinak dengan batik semasa menjadi pembantu
makmal di Kraftangan Malaysia pada tahun 1970an.
Dengan sedikit pengalaman dan dikuatkan dengan minatnya yang mendalam di bidang
perniagaan, Wan Mohamed Ariffin, 50, meletak jawatan untuk menceburi perniagaan
batik bertapak di Kuala Terengganu, negeri yang mengasaskan industri batik negara,
untuk membina Noor Arfa Batik Sdn Bhd.
9
"Di sana (Kraftangan Malaysia) saya telah mempelajari selok belok membuat batik dan
dalam tahun 1980 saya memulakan perniagaan batik di Kuala Terengganu," katanya.
Beliau memulakannya secara kecil-kecilan di rumah dengan bermodalkan simpanan
RM1,000 dan pinjaman Mara sebanyak RM5,000 bersama isterinya, Noor Hijerah
Hanafiah.
Selepas 26 tahun, tuanpunya syarikat Noor Arfa Batik itu kini mempunyai sebuah kilang
batik di Kawasan Perindustrian Cenderiang, Terengganu dengan 200 orang pekerja,
mengeluarkan 150 produk batik.
"Batik berasal dari Terengganu, jadi adalah lebih mudah sekiranya industri kami bermula
dari sana. Selain daripada mempunyai ramai tenaga kerja yang mahir, barang-barang
untuk membuat batik seperti kain dan pencelup juga banyak dan lebih mudah diperolehi
di sana," katanya.
Noor Arfa Batik kini mempunyai enam cawangan di seluruh negara iaitu dua di Kuala
Lumpur, dua di Terengganu, masing-masing satu di Selangor dan Kedah.
Keunikan batik Noor Arfa ialah dari segi corak, rekaan dan pembuatannya terutama
batik lukisan tangan yang menggunakan canting.
"Kami banyak menggunakan pelukis tempatan yang boleh melukis secara terus ke atas
kain, dan ini memberikan identiti tersendiri kepada keluaran batik itu," katanya.
Keluaran batik Noor Arfa bukan sahaja diminati orang ramai dan pelancong, dengan
rekaan corak terbarunya sering mendapat perhatian media fesyen, tetapi turut menjadi
tumpuan selebriti tempatan seperti Siti Nurhaliza dan Erra Fazira, katanya.
Produk Noor Arfa batik ialah dalam bentuk lukisan tangan dan cetakan yang
menghasilkan kain fabrik, pakaian lelaki dan perempuan serta cenderamata.
Wan Mohamed Ariffin bangga keyakinannya terhadap perusahaan batik ternyata tidak
10
silap sehingga kekal berjaya hingga kini dan ditambah pula dengan keluaran batik
kembali popular dan diiktiraf negara.
Malah dengan perkembagan teknologi, sejak 10 tahun lepas syarikat itu menggunakan
laman webnya, www.noor-arfa.com untuk mengembangkan pasaran ke luar negara,
katanya.
Atas daya usahanya, Wan Mohamed Ariffin semalam dipilih sebagai pemenang pertama
dua anugerah Mara -- Anugerah Usahawan Cemerlang dan Anugerah Usahawan
Berjaya.
Beliau menerima sijil penghargaan serta wang tunai berjumlah RM15,000 daripada
Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Mohamed Khaled Nordin.
11