Download ppt - ETNIK MINANGKABAU

Transcript
Page 1: ETNIK MINANGKABAU

ETNIK MINANGKABA

U

Page 2: ETNIK MINANGKABAU

• Nama minangkabau berasal daripada perkataan minang (menang) dan kabau (kerbau).

• Berasal daripada peristiwa perselisihan antara kerajaan Minangkabau dengan seorang putera dari Jawa yang meminta pengakuan kekuasaan di Melayu.

• Bumbung rumah adat Minangkabau yang dipanggil Rumah Gadang (Rumah Besar),memiliki rupa bentuk yang unik kerana menyerupai tanduk kerbau.

PENGENALAN

Page 3: ETNIK MINANGKABAU

• Orang Minangkabau merupakan penduduk asal kawasan yang kini dikenali sebagai Sumatra Barat di Indonesia.

• Kebudayaan mereka adalah bersifat keibuan, dengan harta dan tanah diwariskan dari ibu kepada anak perempuan

• Urusan agama dan politik merupakan urusan kaum lelaki

• Orang Melayu di Malaysia banyak yang berasal dari Minangkabau, mereka terutamanya mendiami Negeri Sembilan dan Johor

Page 4: ETNIK MINANGKABAU

• Walaupun suku Minangkabau kuat dalam pegangan agama Islam, mereka juga kuat dalam mengamalkan amalan turun-temurun yang digelar adat

• Walaubagaimanapun, pengaruh agama Islam masih kuat di dalam adat Minangkabau, seperti yang tercatat di dalam pepatah mereka, Adat basandi syara', syara' basandi Kitabullah, yang bermaksud, adat (Minangkabau) bersendi hukum Islam dan hukum Islam bersendi Al Quran.

Page 5: ETNIK MINANGKABAU

MASYARAKAT MINANGKABAU DI NEGERI SEMBILAN

• Pada abad ke-14, orang minangkabau tiba di Negeri Sembilan melalui Melaka dan sampai ke Rembau.

• Mereka bertamadun dan dapat bersosial dengan Orang Asli dengan baik.

• Oleh itu, perkahwinan campur dalam kalangan mereka telah mewujudkan suku Biduanda.

Page 6: ETNIK MINANGKABAU

• Suku biduanda merupakan pewaris asal Negeri Sembilan dan pemimpin masyrakat minang yang hendak dipilih haruslah daripada suku Biduanda ini.

• Suku biduanda ini telah mewujudkan pembesar Negeri Sembilan yang dipanggil ‘Penghulu’ dan kemudiannya ‘Undang’.

Page 7: ETNIK MINANGKABAU

• Masyarakat Minangkabau merupakan masyarakat matrilineal yang terbesar di dunia, di mana harta pusaka diwaris menerusi nasab sebelah ibu

• Beberapa ahli fikir berpendapat bahawa adat inilah yang menyebabkan ramai kaum lelaki Minangkabau untuk merantau di serata Nusantara untuk mencari ilmu atau mencari kemewahan dengan berdagang

BUDAYA

Page 8: ETNIK MINANGKABAU

• Kanak-kanak berusia 7 tahun akan meninggalkan rumah mereka untuk tinggal di surau untuk mempelajari ilmu agama dan adat minangkabau.

• Apabila remaja, mereka digalakkan meninggalkan perkampungan untuk menimba ilmu di sekolah dan menimba pengalaman dari luar kampung supaya menjadi lebih dewasa.

Page 9: ETNIK MINANGKABAU

• Tradisi ini berhasil mendirikan beberapa masyarakat rantauan Minangkabau di bandar dan tempat-tempat lain di Indonesia. Namun ikatan mereka dengan Ranah Minang (Tanah Minang) masih disimpan dan dikuatkan lagi

• Satu contoh kawasan yang didiami oleh masyarakat Minangkabau dan masih mengamalkan adat dan budaya Minangkabau adalah Negeri Sembilan

Page 10: ETNIK MINANGKABAU

• Masyarakat minang juga telah melahirkan penyair, penulis, negarawan, budayawan ahli fikir dan ulama.

• Mereka mementingkan ilmu dan menggabungkan identiti minang dengan ciri-ciri Islam dalam masyarakat moden.

Page 11: ETNIK MINANGKABAU

SUKU KAUM MINANG

• Masyarakat minang terbahagi kepada beberapa buah suku;– Suku Piliang– Bodi Caniago– Tanjuang– Koto– Sikumbang– Malayu– Jambak

Page 12: ETNIK MINANGKABAU

ORANG MINANG DI NEGERI SEMBILAN

• Biduanda• Batu Hampar• Paya Kumboh• Mungkal• Tiga Nenek• Seri Melenggang

• Seri Lemak• Batu Belang• Tanah Datar• Anak Acheh• Anak Melaka• Tiga Batu

Page 13: ETNIK MINANGKABAU

1. Turun mandi dan kekah (Aqiqah)– Dilakukan dengan tradisi tertentu

diantara ahli keluarga. Bayi akan diberikan sesuatu sebagai tanda wujud kasih sayangnya atas kedatangan bayi itu dalam keluarga muda.

– Biasanya mereka memberikan perhiasan berupa cincin bagi bayi laki-laki atau gelang bagi bayi perempuan serta pemberian-pemberian yang lain.

TRADISI & UPACARA KEHIDUPAN MINANGKABAU

Page 14: ETNIK MINANGKABAU

2. Sunat rasul - Apabila seorang anak laki-laki telah cukup umur maka seorang anak akan menjalani “khitanan yang di Ranah Minang” disebut Sunat Rasul. - Sunat rasul dilakukan oleh ibu bapa laki-laki tersebut agar anak laki-lakinya itu menjadi anak harapan serta berbakti kepada kedua orang tua.

Page 15: ETNIK MINANGKABAU

3. PERKAHWINAN

Pada umumnya masyarakat Minangkabau beragama Islam, oleh karena itu dalam masalah nikah kawin sudah tentu dilakukan mengikut Syarak. Dalam proses perkawinan acara yang dilakukan adalah:1. Pinang-maminang (pinang-meminang)2. Mambuek janji (membuat janji)3. Anta ameh (hantar emas), timbang tando (timbang tanda)4. Nikah5. Jampuik anta (jemput antar)6. Manjalang, manjanguak kandang (mengunjungi, menjenguk kandang). Maksudnya keluarga laki-laki datang ke rumah calon isteri anaknya.

Page 16: ETNIK MINANGKABAU

4. Batagak pangulu - upacara pelantikan penghulu. Upacara ini akan berlansung selama 7 hari di mana seluruh kaum kerabat dan ketua-ketua dari kampung yang lain akan dijemput 5. Turun ka sawah - upacara kerja gotong-royong 6. Menyabik - upacara menuai padi 7. Maanta pabukoan - menghantar makanan kepada ibu mentua sewaktu bulan Ramadan

Page 17: ETNIK MINANGKABAU

KEMATIANAcara-acara yang diadakan sebelum dan sesudah kematian adalah:1. Sakik basilau, mati bajanguak (sakit dilihat, mati dijenguk)2. Anta kapan dari bako (Hantar kafan dari bako)3. Cabiek kapan, mandi maik (mencabik kafan dan memandikan mayat)4. Kacang pali (mengantarkan jenazah ke kubur)5. Doa talakin panjang di kubur.6. Mengaji tiga hari dan memperingati dengan acara hari ketiga, ketujuh hari, keempat puluh hari, seratus hari dan malahan yang keseribu hari.

Page 18: ETNIK MINANGKABAU

SENI TRADISIONAL MINANGKABAU

Page 19: ETNIK MINANGKABAU

• Randai ialah teater rakyat tradisional Minangkabau.

• Teater ini melibatkan muzik, nyanyian, tarian, drama dan juga seni mempertahankan diri, iaitu silat.

• Randai biasanya dipersembahkan ketika menyambut perayaan tradisional dan di dalamnya terselit pelbagai cerita dalam satu masa.

• Cerita-cerita yang dikisahkan dalam persembahan randai ini disampaikan melalui nyanyian, lagu dan lakonan berdasarkan lagenda-lagenda Minangkabau dan cerita rakyat.

• Randai ini dipersembahkan oleh kaum lelaki namun setelah 1960-an perempuan juga telah menyertai persembahan randai.

RANDAI

Page 20: ETNIK MINANGKABAU

RANDAI

Page 21: ETNIK MINANGKABAU

TARI PIRING• Tarian Piring merupakan sebuah seni tarian milik

orang Minangkabau yang berasal dari Sumatra Barat. Ia merupakan salah satu seni tarian Minangkabau yang masih diamalkan penduduk Negeri Sembilan keturunan Minangkabau.

• Tarian ini memiliki gerakan yang menyerupai gerakan para petani semasa bercucuk tanam, membuat kerja menuai dan sebagainya. Tarian ini juga melambangkan rasa gembira dan syukur dengan hasil tanaman mereka. Tarian ini merupakan tarian gerak cepat dengan para penari memegang piring di tapak tangan mereka, diiringi dengan lagu yang dimainkan oleh talempong dan saluang.

Page 22: ETNIK MINANGKABAU

Tarian Piring di Malaysia• Di Malaysia , tarian piring

dipersembahkan ketika majlis perkahwinan terutama bagi keluarga berada, bangsawan dan hartawan di sesebuah kampung. Tarian ini biasa dilihat di kawasan Beranang,Lenggeng dan Semenyih oleh kumpulan tertentu.

• Tarian piring dan silat dipersembahkan di hadapan mempelai di luar rumah. Majlis perkahwinan atau sesuatu apa-apa majlis akan lebih meriah jika diadakan tarian piring.

Page 23: ETNIK MINANGKABAU

LAIN-LAIN SENI TRADISIONAL

• Tari Payung – menceritakan kehidupan muda-mudi Minang yang selalu riang gembira

• Pidato Adat – juga dikenali sebagai Sambah Manyambah (sembah-menyembah), upacara berpidato, dilakukan di setiap upacara-upacara adat, seperti rangkaian acara pernikahan (baralek), upacara pengangkatan pangulu (penghulu), dan lain-lain

• Pencak Silat – tarian yang gerakannya adalah gerakan silat tradisional Minangkabau

Page 24: ETNIK MINANGKABAU

SALUANG

• Alat muzik tradisional khas Minangkabau, Sumatera Barat.

• Diperbuat daripada buluh nipis atau talang.• Mempunyai 4 lubang, dan panjangnya lebih

kurang 40 – 60cm dan berdiameter 3-4 cm.• Dimainkan seperti seruling di mana pemain

saluang perlu meniup dan menarik nafas untuk mengalunkan muzik.

Page 25: ETNIK MINANGKABAU
Page 26: ETNIK MINANGKABAU

• Pandai Sikek adalah sebuah daerah yang berada di Kabupaten Tanah Datar, Provinsi Sumatera Barat, Indonesia. Di daerah ini ada sebuah kejiranan tenun yang disebut “Tenun Songket Pandai Sikek”.

• Produk tenun songket Pandai Sikek tidak hanya untuk pakaian seperti baju kurung dan destar, tetapi juga pelbagai kelengkapan upacara adat dan perkawinan, seperti: kodek songket, saruang balapak, saruang batabua, selendang songket atau selendang batabua tingkuluak tanduak (tutup kepala wanita), dan sesamping (perlengkapan penghulu).

SONGKET

Page 27: ETNIK MINANGKABAU

• Bagi masyarakat Minangkabau songket merupakan sejenis pakaian yang tinggi nilainya. Maka, pemakaiannya hanya untuk peristiwa-peristiwa atau kegiatan-kegiatan tertentu, seperti: perkahwinan, batagak gala (penobatan penghulu), dan menyambut tetamu penting

• Songket yang dibuat untuk keperluan sendiri dan atau sanak-saudara, biasanya dilakukan setelah pulang dari sawah atau setelah pekerjaan rumah tangga selesai.

• Tetapi, jika untuk diperdagangkan, maka pembuatannya dilakukan dari pagi hingga lewat petang oleh tenaga kerja yang umumnya adalah kaum perempuan.

• Penguasaan atau kepandaian membuat songket biasanya diperoleh dari orang tuanya.

Page 28: ETNIK MINANGKABAU

• Songket yang dihasilkan mengandungi makna yang tersendiri.

• Motif pucuak rabuang (bambu): Semakin tua dan berpengalaman orang Minang semakin merunduk.

• Motif bungo antimun (timun): Melakukan sesuatu haruslah secara sistematik. Atau, jika berdebat harus jelas dan dengan dalil yang kuat.

• Motif bijo (biji bayam): Seorang yang berilmu perlu memberikan ilmu dengan ikhlas dan menerima kebaikan juga dengan ikhlas. Dalam budaya Minangkabau, murid biasanya mengisi cupak nan tangah (mengisi tempat beras di rumah gurunya) sesuai kemampuannya.

Page 29: ETNIK MINANGKABAU

• Motif ilalang rabah (lalang rebah): Seorang pemimpin harus mempunyai sifat berwaspada, berhati-hati , dan cermat. Bijak memimpin dan orang yang lemah seharusnya jangan terus tunduk kepada penindasan ke atas dirinya.

Page 30: ETNIK MINANGKABAU

MAKANAN

• Makanan tradisional dari Sumatera Barat ini mempunyai banyak resipi yang biasanya mempunyai citarasa yang pedas dan pengolahan resipinya banyak menggunakan santan kelapa.

• Secara tradisional dari Padang, hidangan makanan biasenya diletakkan sekaligus di atas meja dan disusun mengikut bentuk piramid.

Page 31: ETNIK MINANGKABAU

RENDANG

• Rendang daging adalah masakan tradisional bersantan dengan daging lembu sebagai bahan utamanya. Masakan khas ini sangat digemari di semua kalangan masyarakat baik itu di Indonesia sendiri ataupun di tempat lain.

• Selain daging lembu, rendang juga menggunakan kelapa(karambia), dan campuran dari berbagai rempah khas Indonesia di antaranya Cabai (lada), lengkuas, serai, bawang dan lainnya yang biasanya disebut sebagai Pemasak.

• Rendang memiliki falsafah tersendiri bagi masyarakat Minang Sumatra Barat iaitu musyawarah, yang berasal dari 4 bahan pokok, yaitu:

• Dagiang (Daging lembu), merupakan lambang dari Niniak Mamak (para pemimpin Suku adat)

• Karambia (Kelapa), merupakan lambang Cadiak Pandai (Kaum Intelektual) • Lada (Cabai), merupakan lambang Alim Ulama yang pedas, tegas untuk

mengajarkan syarak (agama) • Pemasak, merupakan lambang dari keseluruhan masyarakat Minang.

Page 32: ETNIK MINANGKABAU

DENDENG BALADO

• Dendeng balado adalah masakan khas Sumatera Barat dibuat dari irisan tipis dan lebar daging sapi yang dikeringkan lalu digoreng kering.Daging goreng ini lalu diberi bumbu balado.

• Sedangkan dendeng batokok bahan nya sama dengan dendeng balado, bedanya adalah bumbu balado nya bukan memakai cabai merah, namun memakai cabai hijau yang diiris kasar dan daging sapi setelah diiris tipis melebar lalu dipukul-pukul dengan batu cobek supaya daging nya menjadi lembut.

Page 33: ETNIK MINANGKABAU

RENDANG

DENDENG BALADO

Page 34: ETNIK MINANGKABAU

PAKAIAN

• Budaya Minangkabau terserlah indah pada busana tradisional Negeri Sembilan. Sejarah asal usul kaum Minang di Negeri Sembilan yang berhijrah dari Pagar Ruyung pada kurun ke-15 di zaman kesultanan Melayu Melaka memungkinkan adat istiadat dan budaya berpakaian dari Sumatera Barat kekal segar dalam masyarakat Negeri Sembilan sehingga kini.

• Pakaian lelaki menyerupai Baju Sikap yang dipakai sebagai sut berlima mengandungi baju atau jaket sederhana labuh, baju di dalam, berseluar dipadan dengan samping dihias pula dengan tengkolok. Kaum wanita pula berbaju Kurung Teluk Belanga dan berkebaya labuh dipadan pula dengan kain sarung. Bagi wanita bangsawan berketurunan Minangkabau pula, pakaiannya dari kain baldu bersulam benang emas bertatahkan labuci. Sarungnya pula dari kain songket penuh tenunan dari Pandai Sikek atau dari Batu Bara di Sumatera

Page 35: ETNIK MINANGKABAU
Page 36: ETNIK MINANGKABAU

SEKIAN, TERIMA KASIH

Disediakan oleh: Aini Fadhilah binti Zainal

Nur Syairah binti ZailuddinPISMP Matematik Januari 2008