Download pptx - Falsafah Realisme

Transcript
Page 1: Falsafah Realisme

REALISME

Page 2: Falsafah Realisme

Diasaskan oleh Aristotle (384-322 SM) Perkataan Perancis yang berasal

daripada bahasa Latin Realia bermaksud barang atau perkara-

perkara Realisme dimaksudkan sebagai

pelajaran atau fahaman tentang keadaan yang sebenar-benarnya, cara berfikir dan kesenian yang berpegang betul-betul kepada kebenaran yang nyata dan pada penyaksian pancaindera

PENGENALAN

Page 3: Falsafah Realisme

Realisme ialah falsafah yang mengkaji tentang objektif wujudnya dunia dan segala makhluknya dan hubungannya antara satu sama lain

Fahaman ini percaya kepada wujud umum, iaitu benda-benda yang dapat kita perhatikan dan buktikan akan wujudnya

Jurucakap utama : Bertrand Russell, Francis Bacon, Alfred North Whitehead dan St. Thomas Aquinas

Bertentangan dengan idealisme yang memandang alam kerohanian sebagai realiti, realisme sebaliknya memandang alam kebendaan sebagai realiti.

Page 4: Falsafah Realisme

REALITI

•hanya kebendaan sahaja yang nyata.

Golongan Pertama

•kebendaan dan kerohanian.

Golongan Kedua

•semua benda termasuk fikiran dan kerohanian.

Golongan Ketiga

Page 5: Falsafah Realisme

Metafizik Realisme Dunia terdiri daripada entiti atau

keseluruhan yang benar, nyata dan kebendaan

Epistemologi Realisme Manusia belajar melalui pengetahuan

yang diperolehi daripada pengalaman rasa dan perasaan

Page 6: Falsafah Realisme

Aksiologi Realisme Apa jua yang selari dengan

semulajadi adalah bernilai Standard bagi sesuatu nilai

ditentukan dengan cara penaakulan

Page 7: Falsafah Realisme

Realisme

Realisme Rasional

Realisme Klasik

Realisme Agama

Realisme Natural (Sains)

Page 8: Falsafah Realisme

Realisme Rasional Kebendaan dan kerohanian telah

dicipta oleh tuhan Walaupun kerohanian bukan sesuatu

benda yang fizikal ia adalah penting kepada manusia dan tuhan sendiri adalah kerohanian dan sempurna dalam banyak perkara

Page 9: Falsafah Realisme

Realisme Klasik Sekolah berperanan melahirkan

pelajar yang menyeluruh dan sederhana dalam segenap hal

Mereka mestilah diajar untuk hidup mengikut standard moral yang kekal dan universal

Apa yang dikatakan benar adalah benar untuk semua orang dan bukan hanya kepada golongan masyarakat atau bangsa tertentu sahaja

Page 10: Falsafah Realisme

Realisme Agama Bentuk utama realisme keagamaan ialah

skolastisisme (falsafah rasmi Gereja Katolik Romawi) yang berasaskan kepada falsafah St. Thomas Aquinas.

Aquinas mencipta satu falsafah Kristian yang baru dan kemudianya dikenali Thomisme

Ahli Thomisme tetap menganggap bahawa kebendaan dan kerohanian telah dicipta oleh Tuhan.

Ahli2 Thomisme juga menyatakan bahawa manusia merupakan cantuman kebendaan dan kerohanian dimana jasad dan roh menjadi satu.

Page 11: Falsafah Realisme

Mereka juga berpendapat manusia merupakan makluk yang abadi dan ditempatkan diatas muka bumi ini untuk mentaati dan mencintai Penciptanya.

Hukum-hukum semulajadi tidak mencukupi dan perlu disertai dengan hukum-hukum ciptaan tuhan

Sekolah mestilah mengajar kepada pelajar-pelajar hukum-hukum tersebut supaya mereka dapat mengabadikan diri mereka kepada tuhan sekaligus memperolehi kejayaan di dunia dan akhirat

Page 12: Falsafah Realisme

Realisme Natural Fahaman ini membawa pengikutnya ke

arah pendidikan sekular Kebenaran wahyu mula disingkirkan

dan berkenaan adanya para nabi yang menyampaikan wahyu mula diragukan

Falsafah mesti cuba mengikut ketegasan dan keobjektifan sains

Oleh itu kaedah sains mestilah digunakan dalam falsafah dalam usaha untuk mendapatkan sebarang pengetahuan yang sah mengenai keadaan manusia

Page 13: Falsafah Realisme

RADELAIS (1495-1553) Doktor dan sarjana dari Perancis Mengarang Gargantua – keburukan

dan kepincangan dalam masyarakat Paris

Mengecam verbalism Apabila seseorang itu belajar, dia

hendaklah menggunakan pengamatannya dan mengerjakannya sendiri

PANDANGAN TOKOH-TOKOH FAHAMAN REALISME

Page 14: Falsafah Realisme

Ahli falsafah Inggeris Mengubah jalan fikiran orang Inggeris Seseorang itu hendaklah berfikir

dengan cara induktif – berdasarkan pengalaman dan induksi

FRANCIS BACON (1561-1626)

Page 15: Falsafah Realisme

JOHN AMOS COMENIUS (1592-1670)

Mengarang Didactica Magna Dasar pendidikan dan pengajaran:

- Menarik perhatian kanak-kanak supaya minat dan suka pada pelajaran yang diberikan.- Aktiviti murid-murid hendaklah menyelidiki dan mengalaminya sendiri.- Merasakan atau mengamalkan apa yang telah dipelajari.

Page 16: Falsafah Realisme

Sistem Persekolahan Comenius:

Sekolah Rumah (6 tahun) Pelajaran dan latihan yang dapat

menolong perkembangan pancaindera

Sekolah Rendah (6-12 tahun) Mengembangkan daya ingatan Menulis, membaca, mengira,

menyanyi, akhlak, sejarah, geografi

Page 17: Falsafah Realisme

Sekolah Menengah (12-18 tahun) Dilatih berfikir dan mengeluarkan

pendapat, membuat pertimbangan dan keputusan sendiri

Belajar ilmu logik dan bahasa asing

Akademik (18-24 tahun) Mementingkan pembentukan bakat

Page 18: Falsafah Realisme

Apakah perbezaan antara fahaman Idealisme dan Realisme?

Soalan: