Datuk Chew Sheng Kee
(N.Sembilan, Malaysia)
Family Tree
Nenek Goh Ah Moi
(N.Sembilan, Malaysia)
Datuk Looi Kah
(Guang Dong, China)
Nenek Lok Chan
(Johor, Malaysia)
Pak Long Chew Lee Tung (N.Sembilan)
Mak Cik Chew Peng
(N.Sembilan)
Bapa Chew Lee Wah (N.Sembilan)
Mak Cik (Meninggal dunia)
Mak Cik Lok Fang
(N.Sembilan)
Pak Cik Looi Ee Fok
(Johor)
Mak Cik Kong Chiew Siang
(Johor )
Ibu Leong Kam Ying
(Johor)
Pak Cik Tan Siong
(N.Sembilan)
Abang Sepupu Chew Soon Ming
Abang Sepupu Chew Soon Fatt
Kakak Sepupu Chew Mei Theng
Kakak Chew Ling Fong
Abang Kembar Chew Soon Loong
Saya Chew Soon Choy
Abang Sepupu Tan Qin Siang
Kakak Sepupu Tan Kah Lock
Pak Cik Looi Ee Loy
(Johor)
Mak Cik Tan Qiu Xia (Johor)
Abang Sepupu Looi Yu Cong
Adik Sepupu Looi Hui Min Adik Sepupu
Looi Xin Sing
Bincangkan tentang faktor-faktor penghijrahan yang berkaitan. Kaitkan juga dengan aspek pembentukan masyarakat majmuk di Malaysia terbentuk kerana faktor penghijrahan.
Faktor pekerjaan kerana ingin mendapat pendapat yang lebih lumayan maka penghijrahan berlaku.
Infrasktruktur yang lebih baik berbanding dengan kampung halaman kerana kelengkapan bandar adalah lebih lengkap dan mudah mendapatkannya.
Faktor keselamatan yang lebih terjamin.
Populasi bagi kaum cina akan meningkat .
Bilangan murid bagi SJKC akan meningkat.
Ekonomi bagi negeri tersebut akan meningkat kerana keluarga bekerja di dalam negeri
tersebut.
Bagaimana setiap anggota masyarakat majmuk dapat mereaslisasikan pembinaan Negara bangsa?
Masyarakat berbilang kaum yang tinggal di negara Malaysia hidup dalam keadaan
aman dan harmoni. Tanpa perpaduan dalam kalangan masyarakat, negara akan menjadi
huru hara dan tidak stabil. Akibatnya,pembangunan sektor ekonomi, politik dan sosial akan
terbantut ekoran rapuhnya semangat perpaduan dalam kalangan pelbagai pihak. Oleh itu,
terdapat beberapa aktiviti untuk memantapkan semangat perpaduan bagi kalangan
masyarakat.
Antaranya adalah aktiviti sukan dan permainan yang dijalankan juga boleh mewujudkan
perpaduan kaum di Malaysia. Sukan dan permainan yang dijalankan dapat dijadikan tali
penghubung atau gelanggang pertemuan pelbagai kaum di Malaysia. Dalam hal ini, satu
perkara yang perlu diselesaikan adalah dengan memecahkan monopoli sukan dan permainan
yang dikuasai oleh sesuatu kaum sahaja seperti permaian bola keranjang, ping pong, sepak
takraw dan sebagainya. Sebaliknya, setiap lapisan yang pelbagai masyarakat haruslah
bermain dan menyertai permainan sukan yang berlainan tetapi bukan tertumpu terhadap satu
permainan sahaja.
Penubuhan sekolah wawasan yang menggabungkan ketiga-tiga buah sekolah rendah,
iaitu SRK, SRJK (C) dan SRJK (T) dalam satu kawasan mampu membentuk pelajar yang
bertoleransi. Pelajar akan menggunakan segala kemudahan yang ada seperti padang, kantin
dan perpustakaan secara bersama-sama. Pelajar sekolah rendah akan bergaul secara
langsung apabila mereka bersukan, makan di kantin dan semasa mengadakan hari terbuka
sekolah. Oleh itu, pemupukan semangat perpaduan dapat ditanam dan disemai pada
peringkat awal usia pelajar lagi.
Rakyat Malaysia sering meraikan sambutan hari perayaan bersama-sama. Sebagai
contoh,semua kaum bersama-sama meraikan Hari Raya Aidilftri dengan cara berkunjung ke
majlis rumah terbuka yang diadakan. Selain itu,masyarakat yang berbilang bangsa perlu
semasa perayaan yang disambut oleh kaum yang lain.Mereka juga akan lebih memahami
serta menghormati adat dan budaya suatu kaum. Keadaan ini membolehkan masyarakat
hidup dalam suasana yang lebih harmoni.
Selain itu,aktiviti bergotong- royong akan mewujudkan semangat kerjasama antara
kaum.Sebagai contoh,masyarakat bergotong-royong membersihkan kawasan tempat
tinggal.Hasilnya,kualiti hidup masyarakat dapat ditingkatkan melalui persekitaran yang
bersih.Selain itu,bantuan dan sokongan yang dihulurkan dapat meringankan bebanan yang
dipikul oleh setiap anggota masyarakat,bak peribahasa ’berat sama dipikul,ringan sama
dijinjing’. Terbukti bahawa aktiviti bergotong-royong dapat memupuk semangat muhibah dan
kemesraan antara kaum. Pepatah ada mengatakan bahawa,’muafakat membawa
berkat’,disamping menangani masalah secara bersama.
Dewasa ini, media massa menjadi salah satu faktor yang penting dan tidak dapat
diggantikan dengan perkara lain. Maka, media massa memainkan peranan yang penting bagi
menggerakan semangat perpaduan ini. Sebagai contoh, memaparkan iklan dalam suratkhabar
yang berkaitan dengan perpaduan, menayang video yang berkenaan dengan semangat
perpaduan antara kaum dan lain-lain lagi.Kesemua ini bertujuan untuk menyedari atau
memperkukuhkan lagi semangat perpaduan di kalangan rakyat Malaysia yang pelbagai kaum
ini.
Usaha untuk menarik penglibatan masyarakat dalam sambutan hari kemerdekaan juga
amat berkesan demi mewujudkan semangat perpaduan tanpa mengira perbezaan agama dan
bangsa. Melalui usaha ini semangat cinta akan negara akan berkembang dalam diri setiap
anggota masyarakat, seterusnya mendorong mereka sama-sama menepis sebarang anasir
yang boleh mengacau kemerdekaan negara.
Kesimpulannya, semua pihak haruslah berganding bahu dalam mempertingkatkan lagi
nilai-nilai perpaduan dan mewujudkan masyarakat yang cinta kepada negara dan saling
berkerjasama antara satu sama lain ibarat "berat sama dipikul, ringan sama dijinjing".