Download docx - Folio Bahasa Malaysia

Transcript

FOLIO BAHASA MALAYSIA

NAMA:NUR HANNANI BT. MOHD HAFISKELAS:4AMANAHNAMA GURU:MOHD NOR B. AHMADNAMA SEKOLAH:SK TAMAN MUTIARA

NAMA NEGERI:NEGERI MELAKA BANDARAYA BERSEJARAH

PENGENALAN

Melaka amat dikenali kerana keunikan sejarahnya. Sejarah Melaka bermula apabilaParameswaraputera raja dariPalembangtelah terlibatdalampeperangan merebut takhta kerajaan Majapahit pada akhir abad ke-14. Setelah ditumpaskan oleh Majapahit, baginda telah lari mencari perlindungan ke Temasik yang pada ketika itu dikuasai olehSiam. Setelah diusir dariTemasikoleh penjajah dariSiam, pada tahun 1396, beliau dan pengikut-pengikutnya mengundurkan diri keMuardan kemudiannya keSungai Ujongsebelum singgah diBertamiaitu berdekatan dengan muara sungai Melaka.Setelah tiba di Bertam,baginda telah melihat anjing perburuannya ditendang oleh seekor pelanduk putih. Baginda amat kagum dengan keberanian pelanduk putih tersebut dan membuat keputusan untuk membuka negeri di situ.Baginda telah bertanyakan nama pohon tempat baginda bersandar dan pengikutnya memberitahu bahawa nama pohon tersebut adalahpohon Melaka. Maka baginda telah membuat keputusan untuk menamakan negerinya sempena nama pohon tersebut.

PERSEMBAHAN KEBUDAYAAN

Tarian Mak inangTarian Inang merupakan versi moden bagi tarian tradisional rakyat iaitu Tarian Mak Inang.Tarian Mak Inang atau juga dikenali sebagai Tarian Si Kembang Cina merupakan sejenis tarian Melayu tradiSIonal.Pada zaman Kesultanan Melayu Melaka, Tarian Mak Inang sangat popular ditarikan pada hari-hari kerja kahwin tetapi kini ditarikan majlis-majlis sosial dan juga dipersembahkan di majlis-majlis sosial. Tarian ini ditarikan mengikut laju tempo rebana, biola dan gendang. Semasa menari, para penari melambaikan sapu tangan yang berwarna-warni.

. PAKAIAN TRADISIONAL

Baba dan Nyonyaadalah segolongan keturunan kaumCinayang unik kedudukannya di kalangan kaum Cina yang terdapat diNegeri-negeri Selat,Tanah Melayu(kini sebahagianMalaysia),khususnya di negeriMelaka. Mereka memanggil diri mereka sebagai "Baba" atau "Peranakan" keranakebudayaanmereka, yang berasal daripada warisan tradisi Cina, mempunyai unsur-unsur pengaruh kebudayaanMelayu. Penyesuaian dan resapan budaya mereka terhadap suasana sosio-budaya di persekitaran mereka di zaman silam, iaitu melalui perkahwinan campur yang berlaku di antara kaum-kaum Cina dan Melayu, adalah punca utama mengapa generasi-generasi seterusnya memanggil mereka sebagai "Baba". Dari segi anutan, kebanyakannya masih mengekalkan agama tradisional Cina danBuddha, namun telah ramai yang memeluk agama lain sepertiKristianyang amat popular di kalangan remaja.

PERMAINAN TRADISIONAL

Permainan congkak ialah sejenis permainan Melayu tradisional yang digemari oleh kaum wanita dan kanak-kanak. Permainan ini memerlukan dua orang pemain.Alatan yang digunakan dalam permainan ini adalah papan congkak dan buah congkak. Kadang-kadang sebagai ganti papan congkak, lubang-lubangnya dibuat di atas tanah. Sementara biji-biji congkak pula ialah guli-guli kaca, buah getah, biji saga, batu-batu kecil dan sebagainya. Setiap papan congkak hanya boleh dimainkan oleh dua orang sahaja.

Papan congkak mengandungi 14 lubang yang dipanggil "kampung". Terdapat dua lubang besar di setiap hujung papan congkak. Lubang ini dipanggil "rumah".

MAKANAN TRADISIONAL

Melaka terkenal dengan masakan yang pastinya akan membuka selera seperti makanan Melayu, Hidangan Cina, India, Baba dan Nyonya serta Portugis yang menjadi kebanggaan negeri ini. Begitulah istimewanya Melaka. Pelancong tidak perlu risau mencari makanan yang dapat memenuhi citarasa kerana terdapat pelbagai jenis restoran yang berwarna-warni, gerai-gerai di sepanjang jalan dan juga kedai kopi. Kebanyakan restoran yang terbuka akan menjadi pilihan pelancong untuk menjamu selera.

PENGANGKUTAN TRADISIONAL

Kereta lembu merupakan warisan pengangkutan tradisional yang menjadi lambang kemegahan Negeri Melaka. Diperkenalkan sewaktu zaman Kesultanan Melayu Melaka pada abad ke-15 oleh saudagar-saudagar India. Bentuk kereta lembu Melaka menyerupai Wagon di Amerika pada zaman dahulu yang ditarik oleh kuda. Kereta lembu pada dasarnya terbahagi kepada empat bahagian iaitu badan, roda, gandar dan kajang. Kini, penggunaan kereta lembu tidak digalakkan di kawasan bandar kerana ia boleh menyebabkan kesesakan lalu-lintas. Walau bagaimanapun ia tetap digunakan di kawasan-kawasan luar bandar untuk mengangkut padi, kayu api, rumput, perabut dan sebagainya. Sekali-sekala apabila Pesta Kebudayaan diadakan kita berpeluang menyaksikan kereta-kereta lembu yang dihiasi indah lengkap dengan gong dan tambor melintasi Bandar Melaka menuju ke tempat pesta.

RUMAH TRADISIONALRumah tradisional orang-orang Melayu Melaka pada kebiasaanya berteraskan bumbung atap yang panjang dan sesuatu yang menjadi tanda pengenalan bagi rumah Melayu Melaka adalah mempunyai tangga batu yang istimewa ianya unik berbanding dengan rumah tradisional orang Melayu di negeri-negeri lain.Keunikan tangga batu ini diperindahkan lagi dengan jubin pelbagai corak disamping ukiran-ukiran kayu pada tiang, pintu, tingkap dan papan gendeng. Keserian rumah tradisional Melayu Melaka ini ditambah lagi dengan lanskap laman yang biasanya dihiasi dengan pokok-pokok bunga khususnya bunga kertas yang diletak dalam pasu beralaskan batu bata dan disusun disekitar bahagian hadapan rumah.Rumah tradisional orang Melayu Melaka ini jelas menunjukkan ketinggian kreativiti dan keprihatinan terhadap unsur alam sekitar telah diabadikan ke atas tempat kediaman, begitulah indah dan seninya orang-orang Melayu di Melaka.

IKON