Bentuk muka bumi
di Pekan Kudat dan
perbandingannya
dengan Bali
Indonesia
senarai kandungan
isi kandungan muka surat
1. tajuk 1
2. senarai kandungan 2
3. penghargaan 3
4. pendahuluan 4
5. objektif kajian 5
6. kawasan kajian 6-8
- peta kajian 9-11
7. kaedah kajian 12
8. dapatan kajian 13
- bentuk muka bumi 14-15
- potensi bentuk muka bumi kepada kegiatan
manusia dan pembangunan kawasan kajian 16-19
- halangan bentuk muka bumi terhadap kegiatan manusia 20-21
- kesan kegiatan manusia terhadap alam sekitar 22-23
- langkah mengurangkan kesan kegiatan
manusia terhadap alam sekitar 24-25
9. bahan grafik 26-30
10. lampiran 31-46
11. rumusan 47
12. rujukan 48
13. penilian umum 49
PENGHARGAAN
Pertama sekali,saya ingin bersyukur kerana saya dapat menyiapkan tugas folio
geografi ini.
Jutaan terima kasih kepada mereka yang telah membantu saya dalam menjalankan
tugas ini. Bantuan,tunjuk ajar dan dorongan ini telah membolehkan saya menjalankan kajian
ini dengan jayanya.
Terima kasih kepada ibu bapa saya,JUNGKIN SALLEH dan CHRISNA
MONOLINSING kerana membantu dalam menyediakan kemudahan bagi menyiapkan folio
ini. Tidak dilupakan juga kepada guru geografi saya, Encik Mohd Nazri Bin Mat Ali kerana
memberi panduan dan tunjuk ajar yang jelas kepada saya bagi menjalankan kajian ini.
Ribuan terima kasih juga kepada para responden yang memberi kerjasama yang
baik sepanjang kajian ini dijalankan. Akhir sekali, terima kasih di ucapkan kepada rakan-
rakan yang membantu saya dalam melaksanakan kajian ini secara langsung mahupun tidak
langsung terutamanya kerana memberi bantuan dan dorongan sepanjang proses saya
menyiapkan folio ini.
PENDAHULUAN
Saya memilih tugasan ini kerana kawasan yang saya kaji terdapat ciri-ciri yang
dikehendaki untuk dijadikan sebagai kawasan kajian.Kawasan yang saya kaji ialah Pekan
Kudat. Negara perbandingan nya ialah bali Indonesia.
Saya memilih kawasan kajian tersebut kerana jarak antara kawasan kajian dengan sekolah
saya sangat dekat. Ini memudahkan saya untuk membuat kajian. Saya telah memilih Bali
sebagai Negara perbandingan saya kerana saya ingin mengetahui tempat-tempat yang
menarik dibali.
Kajian yang dibuat ini memakan masa bulan Mac- Jun. Saya menggunakan maklumat dan
data yang diperolehi untuk menulis laporan dengan lengkap.
OBJEKTIF KAJIAN
Saya dapat mengkaji dan mengenalpasti di kawasan kajian saya iaitu di Pekan Kudat
dan Negara perbanding dengan Negara bali Indonesia dari aspek :
Bentuk muka bumi dan ciri-cirinya
Potensi bentuk muka bumi kepada kegiatan manusia.
Halangan bentuk muka bumi terhadap kegiatan manusia
Kesan kegiatan manusia terhadap alam sekitar
Langkah mengurangkan kesan kegiatan manusia terhadap alam sekitar.
Saya berbangga terhadap keindahan dan keistemewaan pinggir laut Negara
Malaysia
KAWASAN KAJIAN
Pekan Kudat
Latar belakang kawasan kajian
Kudat berfungsi sebagai pusat pentadbiran untuk bahagian Kudat, yang termasuk bandar-
bandar Kudat, Pitas, Kota Marudu, dan beberapa pulau luar pesisir.
Penduduk Kudat (anggaran 1991) adalah 56,000. Komposisi etnik yang utama ialah
Rungus, merupakan sub-etnik bumiputra kadazan. Kira-kira 10% penduduk adalah etnik
Cina, dan terdapat juga minoriti etnik Bajau, Dusun, Murut, Bugis, Suluk dan Melayu.
Bagaimanapun, terdapat juga pendatang asing daripada Mindanao dan kepulauan
Sulu.Walau bagaimanapun 51% penduduk Daerah Kudat adalah bumiputera beragama
islam ( Bajau Bannaran,Ubian, suluk, Sungai, Brunei,Bajau dan Kagayan ), ikuti
bumiputera etnik Rungus 30% dan etnik Cina 19%
Bandar ini ditubuhkan oleh A H Everett daripada British North Borneo Company (Syarikat
British Borneo Utara) pada 7 Disember 1881 dan menjadi ibu negeri pertama British
Borneo Utara, hal ini disebabkan lokasi geografi yang strategik. Kudat mendapat nama
awalnya daripada perkataan Bajau-Bannaran/Suluk iaitu kata "Takudat" yang bermakna
Terkejut. Sebelum kedatangan British Ke Kudat, dan sebelum Kudat mendapat namanya
kawasan bandar Kudat ditadbir oleh Maharaja Panglima Untung atau nama sebenarnya Hj
Abdul Rahim ( beliau merupakan seorang yang berketurunan Suluk-Bannaran/sungai dan
beliau merupakan bapa kepada ibu Tun Datu Mustapha Bin Datu Harun.Hj Abdul Rahim
bersepupu dan merupakan salah seorang guru ilmu kebatinan kepada Datu Paduka Mat
Salleh atau dikenali juga sebagai Haji Abdul Salam ) yang telah diberikan kekuasaan oleh
Sultan Sulu untuk mentadbir wilayah utara Kudat (termasuk Talaga dan Pitas ) berpusat di
Limau-limauan ( Kudat ).Sewaktu A H Everett datang ke Kudat, beliau telah menaiki kapal
Besar dan membunyikan hon dan meriam sebagai menandakan kedatangannya ke pantai
Kudat. Tindakan ini mengejutkan Hj Abdul Rahim dan mengatakan beliau "Takudat" atau
terkejut dengan peristiwa ini.Beliau dan pengikutnya telah menemui A H Everett dan
mengalu-alukan kedatangannya ke Kudat. A H Everett telah menerangkan kedatangan
beliau ke Kudat dan menerangkan bahawa Sabah telah dipajakkan oleh Sultan Sulu ke pada
Kompeni British dan pihak kompeni ingin membuka pelabuhan dan menjadikan pusat
pentadbiran di situ atas cadangan dan nasihat Sultan Sulu.A H Everett bertanyakan kepada
Hj Abdul Rahim apakah nama tempat itu.Hj Abdul Rahim menerangkan bahawa tempat itu
belum bernama tetapi mengatakan beliau tekudat atau terkejut dengan kedatangan pihak
kompeni. A H Everett mengulangi kata-kata KUDAT! dalam loghat British dan menyebut
Yes Kudat...Sejak itu tempat itu dipersetujui untuk dinamakan sebagai KUDAT. Walau
Bagaimanapun, setelah berkali-kali diserang oleh lanun , selepas beberapa tahun British
beralih ke pelabuhan Sandakan yang lebih selamat di timur Sabah.
Perletakan kawasan kajian
Kudat adalah sebuah bandar di Sabah, Malaysia timur, di utara pulau Borneo. Di barat
Kudat, menghadap Laut China Selatan, dan di timur Kudat menghadap laut sulu. Kudat
terletak pada garis lintang 6°55'utara, garis bujur 116°50'timur.
Lokasi kawasan kajian
Pekan Kudat ini terletak di pingir laut.
Jarak dari Bandar atau pekan terdekat
Kudat terletak di utara Sabah, perjalanan dari Bandar Kota Kinabalu ke Pekan
Kudat mengambil masa tiga jam perjalanan melalui jalan raya sejauh
201.25 KM
Bali indonesia
Pulau Bali adalah bahagian dari Kepulauan Sunda Kecil sepanjang 153 km dan selebar 112
km sekitar 3,2 km dari Pulau Jawa. Bali terletak di 8°25′23″ Lintang Selatan dan
115°14′55″ Lintang Timur yang membuatnya beriklim tropika seperti bahagian Indonesia
yang lain. Di tengah-tengah Pulau Bali terbentang pegunungan yang memanjang dari barat
ke timur dan diantara pergunungan tersebut terdapat gunung berapi iaitu Gunung Batur dan
Gunung Agung serta gunung yang tidak berapi yaitu Gunung Merbuk, Gunung Patas, dan
Gunung Seraya. Adanya pergunungan tersebut menyebabkan Daerah Bali secara Geografi
terbagi menjadi 2 (dua) bagian yang tidak sama yaitu Bali Utara dengan dataran rendah
yang sempit dan kurang landai, dan Bali Selatan dengan dataran rendah yang luas dan
landai. . Gunung Agung adalah titik tertinggi di Bali setinggi 3.148 m. Gunung berapi ini
terakhir meletus pada Maret 1963. Gunung Batur juga salah satu gunung yang ada di Bali.
Sekitar 30.000 tahun yang lalu, Gunung Batur meletus dan menghasilkan bencana yang
dahsyat di bumi. Berbeza dengan di bagian utara, bagian selatan Bali adalah dataran rendah
yang dialiri sungai-sungai.
Sumber: http://www.sabah.edu.my/itls07013/images/photo/PetaKudat_NamaKg.jpg
N
DAPATAN KAJIAN
8.1: Bentuk Muka Bumi Dan Cirinya
Pekan kudat
Kawasan kajian saya adalah di Pekan Kudat. Pinggir laut adalah salah satu bentuk
muka bumi yang jelas kelihatan di Pekan Kudat. Di sepanjang pinggir laut, terdapat
pelbagai bentuk muka bumi fizikal seperti pantai, pulau dan tanjung.
Pulau-pulau di kudat antaranya ialah Pulau Banggi, Pulau Balambangan, Pulau
Malawali dan Matunggong.
Pantai-pantai di kudat sesuai untuk tempat berkelah bersama keluarga. Antaranya ialah
pantai bak-bak dan pantai kelambuh.
Manakalah bentuk muka bumi fizikal seperti tanjung adalah merupakan tempat
perlancongan. Tanjung yang ada di kudat adalah Tanjung simpang mengayau.
Di sepanjang pinggir laut ini juga terdapat kampung-kampung nelayan. Kampung
nelayan di kudat adalah seperti kampung tanjung kapor, kampung air, pengaraban,
kampung landing ayang dan kampung pantai muhibah.
Bali Indonesia
Manakalah Negara perbandingan saya ialah di Bali Indonesia. Bentuk muka bumi di
bali adalah sama seperti di kudat iaitu pinggir laut.
Pulau- Pulau Nusa Penida, Nusa Lembongan dan Nusa Ceningan di wilayah Kabupaten
Klungkung, Pulau Serangan di wilayah Kota Denpasar, dan Pulau Menjangan di Kabupaten
Buleleng.
Pantai di bali ini sesuai dengan perlancongan. Pantai tersebut ialah Pantai Kuta.
Selain itu, di bali juga mempunyai tanjung dan teluk . Tanjung ini sangat sesuai untuk
perlancongan. Tanjung dan teluk itu di sebut sebagai teluk Benoa dan tanjung Benoa
Unsur-unsur patriotisme
Saya amat bersyukur dan berbanga dengan adanya keindahan bentuk muka bumi negara
Malaysia.
8.2 Potensi bentuk muka bumi kepada kegiatan manusia dan pembangunan kawasan
kajian
PEKAN KUDAT
Perlancongan
Perlancongan merupakan potensi di Pekan Kudat. Masa depan Kudat akan bergantung
kepada pelancongan dan sedikit daripada perikanan dan pertanian. Ini adalah salah satu
potensi yang menjadi harapan kepada Pekan Kudat
Terdapat tempat-tempat yang menarik yang boleh di lawati di pekan kudat ini.
Tempat-tempat menarik ini seperti pulau-pulau dan pantai-pantai. Contoh pulau-pulau yang
menarik di Pekan Kudat ini seperti Pulau Banggi, Pulau Balambangan, Pulau Malawali dan
Matunggong. Contoh pantai-pantai yang menarik seperti pantai bak-bak dan pantai
kelambu. Selain itu terdapat tempat yang sesuai untuk perlancongan seperti simpang
mengayau. Kawasan ini cukup dramatik ini menggambarkan penghujung barat laut tanah
Borneo.Tanjung yang terletak di Kudat, kira-kira tiga jam setengah pemanduan atau sejauh
215 kilometer dari Bandaraya Kota Kinabalu. Diterjemahkan sebagai ‘Simpang yang
Berpanjangan’, Simpang Mengayau menjanjikan pemandangan memukau yang melepasi
Laut China Selatan. Untuk sampai hujung di Simpang Mengayau, memerlukan sedikit
tenaga untuk berjalan. Keindahan di Simpang Mengayau boleh di lihat apa bila berada di
hujung di Simpang Mengayau tersebut.
Kemudahan seperti pengangkutan dan penginapan juga di sediakan. Contoh kemudahan
pengangkutan seperti kapal terbang, feri, bot, bas dan teksi. Pengangkutan seperti kapal
terbang ini beroperasi empat kali seminggu dari Kudat/Sandakan/Kota Kinabalu dengan
menggunakan pesawat MAS dari jenis “Piper Cherokee” yang boleh membawa
penumpang seramai 18 orang sekali penerbangan. Manakala pengangkutan seperti feri
menghantar dari Pekan kudat ke Pulau Banggi. Pengangkutan seperti bas dan teksi
menghantar kemana hendak pergi. Manakala kemudahan seperti penginapan juga di
sediakan seperti hotel dan resort. Terdapat hotel-hotel yang murah seperti Hotel Green
Garden Borneo, Hotel Ria dan Hotel Kinabalu.Marina Resort merupakan penginapan yang
mahal yang terdapat di pekan kudat ini. Selain itu, ada juga tempat untuk rekreasi seperti di
esplanade sidek. Aktiviti riadah yang boleh di lakukan di esplanade sidek ini seperti
jogging. Manakala aktiviti seperti pantai yang boleh di lakukan di esplanade sidek ini
seperti memancing.
Perikanan
Nelayan-nelayan ini kebanyakannya tinggal berdekatan dengan pinggir laut,ini kerana
iya berdekatan dengan tempat mereka mencari rezeki. Tempat perkampungan nelayan
dipekan kudat terletak di kampung tanjung kapor, kampung air, pengaraban, kampung
landing ayang dan kampung pantai muhibah.
Jenis-jenis pengangkutan laut yang sering nelayan gunakan untuk pergi kelaut adalah
seperti bot, sampan, dan bot besar. Manakalah jenis alat tangkapan yang nelayan gunakan
untuk menangkap ikan ialah pancing jaul,pukat tangsi,pukat rantau,bintur ketam,pancing,
bubu laut dan pukat tiga lapis.Aktiviti yang di lakukan seperti menjemur ikan masin.
BALI INDONESIA
Perlancongan
Bali sesuai untuk perlancongan kerana banyak tempat-tempat yang menarik. tempat
menarik seperti Pantai Kuta. Pantai Kuta ini banyak dikunjungi oleh para pelancong dari
negara luar. Aktiviti yang boleh dilakukan di Pantai Kuta seperti meluncur di pantainya
yang indah.
Di Giar adalah tempat nombor satu di Bali. Segala sesuatu yang berkaitan dengan seni
atau berkaitan seni walaupun sedikit, pasti berasal dari sini. Masyarakatnya mempunyai
budaya sekaligus tradisi untuk menghasilkan karya seni, termasuk lukisan, patung, aksesori
dan hiasan rumah.Yang paling diminati para pelancong, baik dari dalam mahupun luar
negara, biasanya berupa barang kerajinan perak. Di Giar, kerajinan perak Celup dan lukisan
Ubud memang ketara. Jika orang dewasa mencari lukisan, anak-anak pula mencari cincin
atau gelang perak. Kualitinya juga bagus.
Hotel-hotel murah yang terdapat di Bali Indonesia ini adalah hotel Barong Hotel
Poppies Lane,Villa De Daun,Hotel Padma Legian,Hotel Kuta Lagoon Resort
Legian,Hotel Maharani Kuta,Matahari Bungalow Legian, Yulia Beach Inn Kuta dan
Adi Dharma Hotel. Walaupun hotel-hotel tersebut murah, hotel-hotel ini juga mempunyai
keistimewaan tersendiri.
Perlabuhan
Perlabuhan di bali sangat penting untuk perlancongan. Terdapat beberapa tempat
pelabuhan yang ada di bali. Seperti Pelabuhan Celukan Bawang, Pelabuhan Benoa, dan
Pelabuhan Buleleng .Perlabuhan Celukan Bawang merupakan salah satu pelabuhan yang
lokasinya paling baik di Bali dibandingkan tempat lainnya. Keistimewaan pelabuhan ini
disebabkan keberadaannya dilindungi palung laut cukup dalam sehingga tidak mudah
tersedimentasi sehingga dinilai lebih sesuai untuk tempat bersandar kapal pesiar.
Selain itu Pelabuhan Benoa ini berjarak 6 km dari Pusat Kota Denpasar sekarang sudah
tertata dengan baik berupa sarana dan prasarananya sehingga memungkinkan kapal-kapal
pesiar baik dari atau luar negeri untuk berlabuh menaikkan dan menurunkan
penumpangnya. Oleh kerana itu Pelabuhan Benoa dijadikan Pelabuhan Pariwisata
Internasional disamping Pelabuhan Padang Bai di Karangasem.
Kemerosotan pelabuhan buleleng mencapai puncaknya ketika pembangunan Pelabuhan
Celukan Bawang 40 km arah Barat Singaraja.Namun sejak Tahun 2005 bekas Pelabuhan
Buleleng ini telah ditata oleh Pemerintah Daerah Kabupaten Buleleng dengan penataan
taman serta bekas dermaga kayu yang sudah usang diperbaharui dilengkapi dengan sarana
restauran terapung.
Unsur-unsur patriotisme
Kita seharusnya bersyukur dengan sumbangan bentuk muka bumi kepada
pembangunan Negara Malaysia.
8.3 Halangan bentuk muka bumi terhadap kegiatan manusia
Pekan Kudat
Di pekan kudat, halangan berbatu menganggu kegiatan manusia. Halangan berbatu ini
banyak menganggu kegiatan aktiviti perikanan dipingir laut. Nelayan yang menggunakan
bot kecil ini sukar berlabur di pinggir pantai di sebabkan batu-batu yang besar dan banyak.
Selain itu batu-batu ini merosakkan sampan , kerana sampan ini di tingalkan berdekatan
batu-batu. Kemungkinan sekali, nelayan-nelayan meningalkan sampan mereka kerana
dengan adanya batu-batu besar mereka tidak mungkin dapat menaikkan sampan-sampan
mereka. Halangan ini juga menganggu aktiviti memancing dan memukat kerana halangan
batu ini menyebabkan jala atau pukat tersangkut
Selain itu halangan berbatu ini juga telah mencacatkan permandangan di pinggir laut
apabila air surut. Oleh itu permandangan di pinggir laut kelihatan tidak cantik dan tidak
indah untuk di pandang. Selain itu halangan berbatu ini sangat membahayakan untuk
aktiviti pantai seperti mandi-manda, berkelah dan aktiviti berjalan-jalan di siring laut.
Selain itu batu-batu besar ini menyebabkan sampah-sampah tersangkut dikawasan batu
tersebut. Ini akan menyebabkan kebersihan pantai akan terjejas apabila air suru.
Bali Indonesia
Ini merupakan halangan bentuk muka bumi terhadap kegiatan manusia di Bali,
Indonesia. Halangan seperti berlumpur berlaku di Bali. Ini mengakibatkan ekosistem
terganggu dan ikan tidak dapat membiak. Ikan yang semakin berkurang akan menyebabkan
hasil lautan pupus. Selain itu nelayan juga sukar berlabur dipingir laut kerana adanya
banyak lumpur. Aktiviti seperti di pantai-pantai juga menyebabkan terjejasnya
perlancongan. Ini di sebabkan permandangan di laut juga menjadi kelihatan tidak cantik
kerana air laut nampak kotor dan keruh
Unsur-unsur patriotisme
Berbangga dengan bentuk muka bumi di pekan kudat ini. Disamping itu haruslah
bertanggungjawab terhadap apa yang telah berlaku dengan bentuk muka bumi.
8.4 Kesan kegiatan manusia terhadap alam sekitar
Pekan kudat
Kesan kegiatan manusia terhadap alam sekitar mengakibatkan pencemaran air dan
perubahan landskap. Pencemaran air berlaku di pantai dan pinggir laut ini tercemar
disebabkan oleh penduduk-penduduk kampung yang berdekatan dengan laut atau pantai.
Seperti tanjung kapor, kampung air,pengaraban, kampung landung ayang dan kampung
pantai muhibah. Penduduk kampung ini membuang sampah kedalam laut.ini menyebabkan
pencemaran air berlaku. Selain itu penduduk di kawasan itu mengunakan laut sebagai
tempat untuk mereka membuang sisa-sisa pepejal dan demestik. Ini mempengaruhi
perlancongan di kudat. selain itu aktiviti seperti perikanan juga menyebabkan pencemaran
air. Seperti minyak yang tumpah daripada bot-bot nelayan. Ini boleh menyebabkan ikan-
ikan mati.
Selain itu , kesan kegiatan manusia terhadap alam sekitar mengakibatkan kepupusan
flora dan fauna . Sisa-sisa toksik atau bahan buangan dari kilang telah menyebabkan
pencemaran air berlaku di sekitar kawasan kilang-kilang. Hal ini kerana, semua sisa-sisa
toksik akan di salurkan ke sungai-sungai. Akibat daripada kejadian ini,hidupan di dalam air
akan terancam. Seterusnya,lama-kelamaan semua hidupan di air akan terjejas dan
mengalami kepupusan flora dan fauna.
Bali Indonesia
Kesan kegiatan manusia terhadap alam sekitar di bali, Indonesia ialah ekosistem
terganggu. Kesan kegiatan manusia seperti ini banyak menyebabkan kepupusan sumber
hidupan di laut. Aktiviti seperti penangkapan hidupan laut ini sering dilakukan oleh
nelayan-nelayan kecil.Ini adalah untuk menyara kehidupan mereka yang kekurangan . Hal
ini akan menyebabkan sumber hidupan laut berkurangan dan seterusnya menyebabkan
kepupusan hidupan laut.
Pencemaran air juga berlaku akibat sikap manusia yang terlalu mementingkan diri
sendiri dan tidak bertangungjawab untuk membersihkannya. Seperti pelancong-pelancong
yang masuk dari Negara bali. Mereka menganggap bahawa bali bukanlah Negara mereka
sendiri. Selain itu mereka hanya ingin mendapatkan keuntungan seperti pekerja-pekerja di
kilang-kilang, dengan membuang sisa-sisa kilang ,logam dan bahan kimia ke dalam laut.
Hal ini bukan sahaja menyebabkan pencemaran air tetapi menyebabkan kepupusan hidupan
laut.
Unsur-unsur patrotisme
Kita seharusnya menjaga alam sekitar dan bertanggungjawab memelihara alam sekitar
8.5 langkah mengurankan kesan kegiatan manusia terhadap alam sekitar
Pekan kudat
Langkah untuk mengurankan kesan pencemaran air dengan membuat gotong royong di
setiap perkampungan yang berdekatan dengan pinggir laut. Aktiviti ini dilakukan sekali
untuk sebulan. Selain itu langkah yang dapat mengurangkan kesan pencemaran air, adalah
seperti membuat undang- undang yang ketat. undang-undang ini hanya di lakukan kepada
penduduk yang tinggal di setiap pinggir laut. Undang-undang yang boleh di buat seperti
mengenakan denda ataupun memindahkan penghuni rumah tersebut jauh dari kawasan laut.
Langkah untuk mengurankan kepupusan flora dan fauna dengan membuat kempen.
Kempan yang dijalankan mengingatkan tentang kepentingan menjaga alam sekitar melalui
kempen. Mereka digalakkan supaya lebih berwaspada tentang kesan-kesan amalan mereka
terhadap alam sekitar.
Bali Indonesia
Langkah untuk mengelakkan ekosistem terganggu dengan Langkah-langkah untuk
mengurangkan kesan kegiatan manusia terhadap alam sekitar juga telah di lakukan oleh
Negara bali. Langkah yang utama di lakukan ialah dengan memberi pertolongan kepada
orang-orang yang tidak mampu dan orang-orang yang sering menangkap ikan .selain itu
kempen untuk nelayan-nelayan kecil,seperti memberi sedikit pendidikan untuk lebih
mengetahui tentang flora dan fauna yang akan pupus
Untuk langkah mengelakkan pencemaran air kawasan pinggir laut di bali tercemar
akibat sikap manusia, dengan cara membuat papan tanda disetiap pinggir laut. Papan tanda
meingatkan kepada orang-orang yang datang supaya tidak membuang sampah merata-rata
tempat. Selain itu langkah seperti penyediaan tong sampah,dengan adnya tong sampah ini
pelancong akan lebih senang untuk mencari tong sampah. langkah mengelakkan
pencemaran air dengan menguatkuasakan undang-undang terhadap kilang atau kapal yang
mencemarkan air.
Unsur-unsur patriotisme
Bertanggungjawab memelihara dan memulihara alam sekitar di Negara malaysia
Borang Temu bual (perikanan)
Nama – Johari Ansalah
Jantina – Lelaki
No.Ic – 650702-12-6025
Nama tempat-kampung tanjung kapor
Jenis pekerjaan- Nelayan
Alat digunakan
-pukat tangsi
-bubu laut
-pancing
jenis tangkapan
-ikan tenggiri
-sotong dan udang
Borang Temu bual (perlancongan)
Nama – Tiresiah Monolinsing
Jantina – perempuan
No.Ic – 870713-49-5744
Nama tempat- Marina Resort
Jenis pekerjaan- perhotelan
Aktiviti yang boleh dilaku di kawasan kajian
- bermandi-manda di kolam renang
- melihat permandangan di waktu senja
keistimewaan kawasan kajian
- sesuai untuk tempat penginapan
- bersih
Rumusan
Melalui kajian Geografi yang telah saya buat, rumusan yang saya dapat bina kita
mestilah tahu apakah bentuk muka bumi dan potensi bentuk muka bumi di tempat kita.
Dengan adanya bentuk muka bumi contohnya di pinggir laut. Negara berpotensi untuk
maju. kerana dengan adanya bentuk muka bumi tersebut, negara berpotensi untuk
menjalankan kegiatan seperti perlancongan, perlabuhan dan perindustrian. Seharusnya kita
berbangga dengan sumbangan kegiatan ekonomi setempat terhadap pembangunan negara
dapat dicapai.
Terdapat pelbagai kesan kegiatan yang didapati daripada kegiatan ekonomi terhadap
alam sekitar. Contohnya seperti pencemaran air.dengan ini, sifat bertanggungjawab dan
sifat untuk berkerjasama sesama penduduk dapat mengelakkan berlakunya pencemaran air.
Akhir sekali, mengenalpasti apakah langkah-langkah yang telah diambil. Dengan
adanya langkah-langkah tersebut, ini dapat mengurangkan kesan-kesan kegiatan ekonomi
tersebut.
Saya berbangga terhadap keindahan dan keistemewaan pinggir laut di tempat saya.
Ini memberikan saya semangat untuk membuat kerja kursus ini. Saya berharap agar
kawasan yang saya duduki ini semakin berkembang dengan lebih pesat.
Rujukan
1. alamat laman web
hotel bali,http://www.hotelmurahbali.com/villa_murah_dibali.html
kudat, http://ms.wikipedia.org/wiki/Kudat
2. Temu ramah
Johari Ansalah, 44 tahun , kampung tanjung kapor , kudat , sabah.
3. buku ilmiah
Yang Shing Shii, S.L. Kang, 2008, Referens Ekselen PMR geografi. Selangor, vital Star
Sdn.Bhd
penilaian umum
Folio geografi 2008
Folio geografi 2008
Folio geografi 2008
Folio geografi 2008
Folio geografi 2008
Recommended