FORUM MATEMATIK Siri 19 / 97 / 711 20 Mei 2015 / 2 Syaaban 1436H [email protected] FM15.04
Shazirawati (Ketua Editor) Anati Norazlina Tok Itam Zarina Mohamed Mohd Fauzi Md Arif
BERITA
Cahayamata. Dr. Shazirawati Mohd Puzi telah selamat melahirkan bayi
lelaki pada 25 April 2015 di Hospital Pakar Puteri, Johor Bahru. Alhamdulil-
lah dan tahniah diucapkan.
Staf Menghadiri Kursus.
1. Kursus Advanced in e-learning, 21 April 2015, bertempat di Makmal
Komputer CTL, UTM Johor Bahru. Staf terlibat: Dr. Norazlina Ismail dan
Dr. Zarina Mohd Khalid.
2. Kursus Interactive Online and Media Sharing, 30 April 2015, bertempat di
Makmal Komputer CTL, UTM Johor Bahru. Staf terlibat: Dr. Fuaada Mohd
Siam, Dr. Norazlina Ismail dan Dr. Syarifah Zyurina Nordin.
Majlis Konvokesyen ke-54 UTM, 25—26 April 2015. Seramai 36 orang
graduan Jabatan Sains Matematik telah menerima ijazah masing-masing
pada majlis konvokesyen ini. Mereka terdiri daripada 7 graduan Ijazah Sar-
jana Muda (Matematik Industri), 15 graduan Ijazah Sarjana (Matematik), 3
graduan Ijazah Sarjana (Matematik Kejuruteraan) dan 11 graduan Ijazah
Doktor Falsafah (Matematik). Tahniah diucapkan.
Mathematics Postgraduate Promotional Talk telah diadakan pada 30
April 2015 di Dewan Kuliah 2, Fakulti Sains.
Hari Keluarga Jabatan Sains Matematik. Seramai 15 orang staf Jabatan
Sains Matematik telah menyertai Hari Keluarga Jabatan Sains Matematik
pada 2—4 Mei 2015 bertempat di Twin Beach Resort, Pulau Sibu Besar.
Bengkel Penulisan Book Chapter 2015 diadakan di Makmal Komputer 3
pada hari Selasa, 19 Mei 2015, 2.15—5 petang.
Perkara
Tarikh
Pelajar mengisi borang progress report secara
online
1—21 Mei 2015
Pelajar menghantar Spiral Binding (Projek
Sarjana Muda)
8 Jun 2015
Pembentangan Disertasi dan Penilaian
Tahap 1
8—9 Jun 2015
Pembentangan Projek Sarjana Muda 22—23 Jun 2015
TARIKH-TARIKH PENTING
PENGHANTARAN ABSTRAK PROJEK SARJANA MUDA SESI 2014/15 SEM 2
Pelajar-pelajar PSM 2 adalah dikehendaki untuk menghantar 1 salinan Abstrak (tidak melebihi 250
perkataan) dalam bentuk „hard copy‟ dan „soft copy‟ kepada staf di Makmal Staf (Makmal Mate-
matik 1), C22-314-02 mulai 31 Mei 2015 (Ahad) sehingga selewat-lewatnya pada 2 Jun 2015
(Selasa).
Nota:
Salinan „hard copy‟ perlu disahkan oleh Penyelia.
Salinan „soft copy‟ perlu dimasukkan ke dalam komputer yang disediakan di bilik Makmal Staf
tersebut.
PENGUMUMAN
1. K.K.Viswanathan, A.A. Zainal, Saira Javed, Y. Yacoob and Papuji
Pullepu, Free vibration of symmetric angle-ply truncated conical
shells under different boundary conditions using spline method,
Journal of Mechanical Science and Technology, Vol. 29(5),
pp.2073-2080, 2015. (IF 0.703).
2. Bhuvaneswari, Poo Balan Ganesan, S. Sivasankaran and K.K.
Viswanathan, Effect of variable fluid properties on Natural Con-
vection of Nanofluids in a Cavity with linearly varying wall tem-
perature, Mathematical Problems in Engineering, 2015, Vol. 2015,
pp. 1-13, (IF 1.082).4th International Workshop on Computer
Science and Engineering-Winter, 2014, Vol.1, pp.1-6. (Scopus).
PENERBITAN
“Mengajar mungkin adalah seni terhebat
kerana medianya adalah jiwa dan akal
manusia.”
~ John Steinback ~
Selamat Hari Pekerja
&
Selamat Hari Guru!!!
Assalamualaikum dan salam sejahtera
Pelajar : „Thank you very much Doc for entertaining my questions’
TI : „You are very welcomed’
Itulah ucapan terima kasih seorang pelajar PhD dari luar negara yang menemui Tok Itam untuk mendapat penerangan
mengenai matematik statistik dalam satu artikel ilmiah yang dibacanya. Beliau menambah
Pelajar : „You know Doc,before I see you, I was kind of scared to meet you’
TI : „Really? Why is that?‟
Pelajar : „You are mathematician’
Terkejut juga Tok Itam mendengar jawapan pelajar matang ini tetapi Tok Itam tak tertanya pulak kenapa beliau gerun dengan ahli matematik. Sudahlah
matematik digeruni, ahli matematik pun digeruni. Kalau rata-ratanya guru dan pensyarah matematik itu garang dan bengis, fahamlah Tok Itam kenapa
ahli matematik digeruni. Dan kalaulah guru dan pensyarah matematik itu memakai pakaian seragam seperti askar, fahamlah Tok Itam kenapa ahli mate-
matik digeruni.
Seingat Tok Itam, dalam soal selidik yang Tok Itam pernah lakukan terhadap pelajar jurusan Matematik tentang kenapa mereka memilih untuk major
Matematik; ramai yang menjawab kerana faktor guru. Ramai yang mengatakan guru matematik mereka lawak dan pandai mengambil hati pelajar.
Kalau seseorang itu lawak dan pandai mengambil hati takkanlah beliau digeruni. Dalam JSM ini pun Tok Itam perhatikan ramai pensyarahnya memang
lawak dan melucukan dalam perbicaraannya. Inilah beberapa contoh:
Semasa menjaga peperiksaan di dewan peperiksaan ramai pelajar enggan duduk di meja-meja hadapan dewan. Lalu pensyarah matematik bertugas ber-
kata kepada pelajar:
„Duduklah di depan. Soalan di depan senang. Soalan di belakang susah’
Ini pula adalah cadangan pensyarah lama JSM apabila diberitakan beberapa kejadian kereta MyVi dirosakkan atau dibakar selepas kejadian nahas maut
perlumbaan MyVi di KL:
„Tukar jenama MyVi jadi UrVi’
Ini pula adalah jawapan yang diberikan oleh AJK sarapan pagi mingguan JSM apabila Tok Itam bertanya bila penaja sarapan perlu menjelaskan
bayaran:
‘Selepas kejadian’
Lawak kan pensyarah matematik?
FM15.04 Siri 19 / 97 / 711 20 Mei 2015 / 2 Syaaban 1436H
TOK
ITAM
Pada 23 - 24 April yang lepas, JK Pembangunan Pelajar Jabatan Sains Matematik mengajurkan program “Educational Trip” yang membawa
pelajar-pelajar tahun 3 ke universiti dan industri. Objektif Program ini adalah untuk memberi pendedahan kepada pelajar tentang suasana penyelidikan
dan alam pekerjaan di industri kepada pelajar-pelajar. Ini kerana pelajar-pelajar tahun 3 ini akan menjalani latihan industri (LI) bagi pelajar 3 SSCM
dan latihan penyelidikan (LP) bagi pelajar 3 SSCE. Program ini juga membuka peluang kepada pelajar-pelajar yang masih belum mendapat tempat
untuk LI atau LP untuk memohon tempat berkenaan. Program ini juga merupakan salah satu Key Amal Indicator (KAI) JSM serta memberi ruang dan
peluang bagi JSM menjalinkan hubungan industri dan seterusnya LOI dengan industri. InsyaAllah.
Seramai 32 orang pelajar 3 SSCE dan 32 orang pelajar 3 SSCM
mengikuti trip ini. Pengiring bagi program ini adalah Tn Hj Hamisan Rahmat,
Dr Syarifah Zyurina Nordin serta dibantu oleh pelajar PhD JSM, Cik Norati-
kah Abu. Lawatan ini bermula pada 23 April 2015 jam 3.45 petang di tempat
letak kereta FAB. 2 buah bas UTM telah digunakan untuk membawa pelajar-
pelajar ini. Destinasi pertama kami ialah Kolej Pendeta Za‟ba, Universiti Ke-
bangsaan Malaysia iaitu tempat penginapan kami pada hari tersebut. Kami tiba
lebih kurang jam 8.30 malam. Setelah mengambil kunci daripada felo yang
bertugas serta menikmati hidangan makan malam, kami naik ke kolej pengina-
pan untuk berehat.
Pada keesokan harinya seawal jam 7 pagi kami memulakan per-
jalanan kami ke Institut Penyelidikan Matematik (INSPEM), Universiti Putra
Malaysia. Sasaran khusus kami ke UPM adalah untuk memberi pendedahan
kepada pelajar tahun 3 SSCE yang akan menjalankan latihan penyelidikan pada bulan 6 akan datang ini.
… sambungan di mukasurat berikutnya
EDUCATIONAL TRIP TAHUN 3 SSCE DAN 3 SSCM KE UPM DAN IDXA Dr. Syarifah Zyurina Nordin
Forum Matematik diterbitkan oleh Jabatan Sains Matematik, Fakulti Sains UTM JB
sambungan…
Dengan berbekalkan nasi lemak daripada UKM, kami bersarapan dahulu
setibanya di UPM. Lebih kurang jam 8.45 pagi kami disambut baik oleh pihak
INSPEM untuk ke Dewan Al-Farabi. Kami disajikan dengan sesi pengenalan
tentang sejarah INSPEM oleh Pengarah INSPEM sendiri, Prof Dato‟ Dr Kamel
Ariffin Mohd Atan. Kemudian diikuti oleh sesi ucapan ringkas daripada JSM
UTM yang diwakili oleh Tn Hj Hamisan Rahmat. Seterusnya sesi taklimat
mengenai pengajian siswazah dan latihan industri/penyelidikan di INSPEM oleh
Timbalan Pengarah INSPEM, Prof Madya Dr Hishamuddin Zainuddin. Sebelum
memulakan sesi seterusnya daripada setiap Ketua Laboratori di INSPEM, kami
dijamu minum pagi serta sesi fotografi beramai-ramai di hadapan bangunan
INSPEM sebagai kenang-kenangan. Kemudian program bersambung dengan
ceramah ilmu Kriptografi, Statistik, Analisis Berangka serta Etnomatematik
masing-masing oleh ketua bidang PM Dr Muhammad Rezal Kamel Ariffin, PM
Dr Mohd Bakri Adam, Prof Dr Zanariah Abdul Majid dan PM Dr Mat Rofa
Ismail. Sebelum program bersama UPM berakhir, majlis penutup diadakan iaitu
penyampaian cenderahati oleh pihak INPSPEM kepada JSM dan pihak JSM
kepada pihak INSPEM. Majlis diakhiri dengan jamuan makan tengahari.
Bagi meneruskan program kami ini, lebih kurang
12.45 tengahari kami bertolak ke Technology Park, Bukit Jalil.
Kami berehat dan solat di sana sambil menunggu jam 3 ptg.
Tepat jam 3 petang kami di sambut oleh CEO syarikat PULSAR
UAV dan Independence-X Aerospace (IDXA), Mr Izmir Yamin,
seorang jurutera aeroangkasa. Kami dibawa ke auditorium untuk
diberi taklimat. Syarikat ini adalah sebuah syarikat bumiputra
kecil yang sedang membangun dan berjiwa besar. Syarikat ini
dipilih adalah supaya memberi pendedahan kepada pelajar tahun
3 SSCM yang akan menjalani latihan industri untuk mengaitkan
ilmu matematik mereka dalam bidang kejuruteraan. Slot di
auditurium ini adalah bersama En. Izmir, En. Leu (software
engineers) dan 2 orang pelajar intership daripada UNITEN.
Sepanjang slot bersama mereka, kami dapat lihat kesungguhan
mereka dalam menyampaikan betapa Matematik sangat rapat
dengan industri dan mereka yang berada dalam industri sangat
mengalu-alukan ahli matematik untuk membantu mereka dalam
menyelesaikan masalah. Antara kata-kata yang masih kami ingat ialah “ Engineering right now is out of mathematician”, “ Engineering waits for the
tool to come. The tool is mathematics” and “Engineers need mathematicians to bring them forward from where they are now”. Setelah sesi di
auditorium, kami dijamu ringkas minum petang sebelum ke makmal IDXA. Makmal mereka adalah tempat mereka melakukan pengiraan serta
membangunkan drone mereka sendiri. Sesi ini berakhir dengan sesi penyampaian hadiah dan sesi fotografi beramai. Kami ada juga menyuarakan hasrat
untuk berkolaborasi dan mengadakan LOI dengan pihak IDXA. En. Izmir sangat mengalu-alukan dan tiada masalah dengan perkara ini.Tepat jam 6.30
petang, bas bergerak pulang dari Bukit Jalil ke UTM. Kami tiba lebih kurang jam 11.00 malam.
“Jangan suka-suka sangat kat sana nanti”, “Jangan pandai-pandai main jauh dari pantai”, “Abah risau adik nak naik bot”, “Mak tengok cuaca
sejak dua menjak ni hujan, laut bergelora”. Inilah cabaran yang aku hadapi sebagai anak bongsu yang masih bujang. Aku amat teruja mengikuti hari
keluarga jabatan, untuk pertama kalinya ini. Ironinya, aku bukan lagi ahli keluarga Jabatan Sains Matematik selepas meletak jawatan sebagai tutor
tahun lepas.
Hari pertama: Perjalanan ke Jeti Tanjung Leman yang memakan masa 2 jam itu, diserikan dengan penyertaan Orang Besar Jabatan bersama
kami dalam Vios hitam milik Kakak Kekwat. Cuaca terik, langit yang bersih dan
kesesakan jeti menyambut ketibaan kami. Di jeti, susuk tubuh yang paling sibuk sekali
mestilah Tuan Pengarah Program. Berpeluh-peluh dia dengan topi cowboynya
menguruskan perjalanan kami menuju ke Pulau Sibu. Ke hulu ke hilir dengan kertas
yang aku yakin penuh dengan nama-nama peserta. “Ummu, kau naik trip bot yang
kedua okay?”, tidak sampai 5 minit kemudian, “Ummu, kau boleh naik trip bot yang
pertama”. Begitulah huru-haranya Tuan Pengarah menguruskan kami supaya semuanya
berjalan lancar.
Award Keluarga Terbesar dimenangi oleh Keluarga Bos Besar Fakulti. Baju
biru tua kami yang terdiri daripada 15 keluarga mewarnai kelompok manusia di jeti.
Goodie bag yang warnanya menarik perhatianku untuk melihat kandungannya,
diagihkan. Lantas kucapai beg yang tertera nama Kakak Kekwat. Maggi cup, minuman
3in1, keropok, kek pandan, Mentos, biskut Oreo dan Tiger, sememangnya mengundang
senyuman.
Siri 19 / 97 / 711 20 Mei 2015 / 2 Syaaban 1436H FM15.04
Forum Matematik diterbitkan oleh Jabatan Sains Matematik, Fakulti Sains UTM JB
CORETAN HARI KELUARGA JSM 2015 uth86
Siri 19 / 97 / 711 20 Mei 2015 / 2 Syaaban 1436H FM15.04
Di saat menjejakkan kaki di Jeti Pulau Sibu, “Akak, kita mesti cuba semuanya, snorkeling, banana boat, island hopping”, entah semangat apa
yang merasuk tubuh ini, hilang segala pesanan emak dan abah daripada ingatan. Chalet yang disediakan cukup menggembirakan aku. “Wah, bestnya
ada aircond”, komen pertama Kakak Kekwat. Sebagai pengembara tegar (kebiasaannya dengan ongkos yang terhad), aku cukup berpuas hati dengan
kondisi chalet ini. Terasa janggal sekali bilamana aku terputus terus dengan dunia Whatsapp, Facebook, Viber dan Gmail. “Ohh, macam ni rupanya
chalet”, penyataan selamba anak-anak Puan Penyelaras Pasca Siswazah. “Masak daripada hati”, itu pendapatku untuk makanan yang disediakan di
resort ini. Masakan yang boleh kuterima dengan penuh berselera sekali. Selesai makan tengahari, tiba-tiba, “Ibu, bila kita nak mandi sungai?”, Hadif
bertanya. Aku mengusik, “Kenapa nak mandi sungai? Laut kan ada”, tetapi disambut bela oleh Ibu Hadif, “Semua yang berair dia panggil sungai,
Ummu”.
Aku kira semuanya tertidur keletihan sehingga dikejutkan oleh kilat berdentum-dentam awal petang itu. Takut yang terbit kusembunyikan,
tiba-tiba TAP!!! lampu di chalet yang kukongsi berdua dengan Kakak Kekwat terpadam. Berbekalkan ilmu elektrik yang sedikit, kami memeriksa suis
utama tetapi tiada apa yang mampu kami lakukan. Tidak dapat ku bayangkan suasana malam tanpa elektrik. Ketika menikmati bubur kacang sebagai
santapan petang, berita ketiadaan elektrik tersebar, semua chalet mengalami nasib yang sama. Fuh, lega... Maka, marilah bergelap bersama. Aktiviti
sukaneka dimulakan walaupun hujan yang masih renyai. Riuh rendah, masing-masing bersemangat memastikan anak-anak tidak pulang hampa dengan
tangan kosong. “Kakak sebenarnya umur berapa?” pertanyaan ikhlas anak-anak dara Bendahari Program tidak melemahkan semangatku untuk
bergembira bersama. Ku pulang ke chalet keletihan tetapi disambut mesra oleh kedinginan aircond yang sudah berfungsi semula wuuuhuuu!!!
Malam itu kami berBBQ bersama-sama. Pembetulan, kami makan BBQ bersama,
tetapi upacara membakar ayam, kambing, udang, cencaru, sosej diusahakan oleh pekerja
resort. Ketika aku mengambil kepak ayam kedua ke pinggan, “Setiap jenis ambil satu je
kak”, ucap pelayan. “Sungguh ke?”, aku terpinga-pinga. Ketika meratah ikan bakar dengan
sambal kicap, pelayan yang sama menghampiri meja, “Sekarang, kalau nak tambah dah
boleh, nak tapau bawak balik pun boleh”. Eh, dia perli aku ye? Majlis diteruskan dengan
acara Fashion Show. Keluar segala power ranger, pencetus ummah, penari kpop, gadis
pantai dan bermacam lagi.
Hari ke2: Sambil bersiap-siap pagi itu, aku terbayang gaya yang bakal kusaksikan
daripada peserta senamrobik. Dalam masa yang sama, hujan di luar begitu rancak sekali,
barangkali semuanya sambung menarik selimut lagi. Kulirik kakak Kekwat, tidak
menampakkan usaha untuk berpisah dengan katilnya. Ku sapa jiran sebelah ku yang sudah
terpacak di depan chalet, ralit mengulit telefon bimbitnya, “Tak ada gaya nak aerobic nih,
Kak Anim!!”
Ku berlalu ke dewan makan, memenuhi permintaan perut yang mula
berdendang. Tidak lama kemudian, suasana menjadi riuh. Setiap ketua keluarga sibuk
memilih aktiviti laut yang bakal berlangsung pagi ini seperti yang dijadualkan. Majoriti
memilih acara snorkeling di Pulau Kukus. Kami diberitahu pulau itu tidak didiami
manusia. Sejujurnya, pada pendapatku, snorkeling bukanlah sukan lasak, tetapi hanya
aktiviti berbaringan secara beramai-ramai dan melibatkan kebasahan yang maksimum,
walhal, senamrobik lebih menuntut gerakan yang lebih memenatkan. Tetapi, buat mereka
yang jahil dalam ilmu berenang, snorkeling adalah satu aktiviti sia-sia jika tidak disertai
life jacket. “Dulu, akak snorkeling masa honeymoon di Tioman. Sekarang kena pegang
anak”, keluh manja Puan Setiausaha Program. Aku mengambil kesempatan bermesra
dengan anak-anak kecil sekerap yang kumampu. “Tak payah pakai goggles, macam
kami”, “Bawa kita ke tempat dalam sikit”, “Bot ni lupa nak datang ambil kita ke?”, “Kita
baru 5 tahun”, “Pegang kita, kita takut”, ramah tamah belaka semuanya. Kuhampiri Ibu
Adlan, “Kak, mintak husband akak ambil gambar snorkeling satu”. Telah kuputuskan
untuk tidak menurut kemahuanku membawa kamera bersama.
Petang itu, giliran kami pula bersukaneka. Lucu bila mengenangkan ada kumpulan
yang mengambil keputusan menuang air daripada baldi terus ke botol walaupun syaratnya
jelas menggunakan sponge. Siapa kata pensyarah matematik tak nakal? Acara diteruskan
dengan pertandingan bola jaring di antara kumpulan Bos Besar Fakulti dan Orang Besar
Jabatan. Semua menunjukkan bakat masing-masing, termasuklah Ibu mengandung yang
beraksi sebagai tiang gol. Sementara di pantai, bapa-bapa sibuk membina istana pasir dengan
bantuan jurutera dan arkitek cilik masing-masing.
Malam itu, sesi penyampaian hadiah berlangsung lagi. Tabik tiga jari kuberikan
pada Ibu Aqil dan Ibu Aqeil di atas kesungguhan mereka mengurus hadiah; tuala, payung, rak
buku, beg shopping, pembakar roti dan meja kecil. Menu makan malam tidak kurang
meriahnya, kupang sambal dan daging masak rendang hijau. Pendek kata, semua haiwan laut
jadi santapan kami sepanjang dua hari ini.
Hari keluarga ini benar-benar memberi kenangan manis buatku. Kesempatan berkenal-kenal adalah suatu rahmat indah. “Tak dapat kita nak
belajar senamrobik awak”, “Biar kita ambil gambar awak”, “Kita kerja cikgu”, “Semua orang ingat Muaz ni perempuan”, antara dialog aku dan isteri-
isteri staf lelaki. Bagiku, keluarga tidak semestinya terjalin dengan pertalian darah, tetapi ia terbentuk atas dasar tautan mata dan hati antara dua
individu yang bersetuju untuk memeterai perasaan persaudaraan.
Layari http://www.fs.utm.my/mathematics/index.php/hari-keluarga-jsm.html untuk melihat foto kenangan kami di sana.
Forum Matematik diterbitkan oleh Jabatan Sains Matematik, Fakulti Sains UTM JB