GADJET-GADJET PERKHEMAHANNURHIDAYAH BT AFANDI
DARSSHNI GOVINDARAJOO
NORSYUAIBAH BT ABDUL AZIZ
GADJET-GADJET PERKHEMAHAN Peralatan yang dibuat adalah untuk keselesaan
sepanjang masa perkhemahan. Buat gadjet-gadjet yang diperlukan sahaja di
peringkat awal semasa perkhemahan. Mengenal gadjet perkhemahan:
lazimnya gadjet ialah alat yang dibuat atau didirikan semasa perkhemahan daripada bahan sekitar perkhemahan.
kedudukan gadjet. aktiviti membuat gadjet merupakan pertandingan
semasa perkhemahan di antara patrol.
TUJUAN MEMBUAT GADJET
Meninggikan taraf penghidupan di kem seperti kebersihan, kemudahan dan keselesaan.
Perekaan membuat gadjet disamakan dengan situasi di rumah.
Hendaklah mempunyai fungsi. Dalam membina gadjet semangat kekitaan
dalam kumpulan dapat diterapkan dan dipraktikkan.
Semangat pertandingan yang sihat.
Dapat melahirkan idea-idea yang baru.
"Feeling of sense of achievement", serta
kejayaan dalam menghasilkan gadjet.
Meninggikan mutu perkhemahan.
BAHAN UNTUK MEMBUAT GADJET
Merujuk kepada situasi keadaan persekitaran perkhemahan.
Diperbuat dari bahan semulajadi. Pergunakan dari semua bahagian pokok.
JENIS / CARA MEMBUAT GADJET
Yang boleh dibeli. Yang dibuat di rumah terlebih dahulu kemudian
dibawa ke kem. Yang dibuat di kem, tetapi bahan dibawa dari
rumah. Yang dibuat di kem, tetapi bahan dibawa dari luar
kem. Yang dibuat di kem dari bahan semulajadi yang
boleh didapati di kawasan kem atau yang berhampiran.
JENIS-JENIS GADJET
Gadjet kawasan pintu. Gadjet kawasan dapur dan yang berkaitan. Gadjet kawasan tempat basuhan. Gadjet kawasan tempat tinggal. Gadjet kawasan pengeringan. Lain-lain gadjet.
GADJET KAWASAN PINTU
Gadjet pintu terletak dibahagian hadapan sekali di sesuatu kawasan perkhemahan iaitu:
Bahagian pintu hadapan Bahagian pagar Bahagian pintu belakang
VARIASI-VARIASI PINTU HADAPAN:
Tulis nama patrol/sekawan dengan bahan-bahan semulajadi
Bahagian pintu yang boleh tertutup sendiri (self closing type).
Pintu gerbang bukan gadjet tetapi projek perintis.
BAHAGIAN PAGAR
Menandakan kawasan sempadan, suasana perkhemahan yang teratur dan kemas dan adanya kawalan keselamatan.
Berjenis pagar boleh dibuat. Teknik menggunakan pokok-pokok kecil, pokok menjalar dan menggunakan batang kayu.
GADJET-GADJET KAWASAN DAPUR
Buat dari bahan semulajadi Selain membuat gadjet-gadjet dapur buat juga
gadjet sampingan di dapur seperti: Rak pinggan mangkuk Rak alatan tajam seperti pisau, parang dan kapak. Meja makan Penyangkut cawan / gelas. Rak menyimpan kayu api / tong gas. Gadjet gerobok (camp larder). Gadjet lubang basah dan kering.
GADJET KAWASAN TEMPAT MEMBASUH
Gadjet tempat meletak besen air. Gadjet tempat menyimpan alat pergigian. Gadjet tempat menyimpan sabun. Gadjet mengantung tuala mandi. Gadjet kawasan tempat basuhan.
GADJET KAWASAN TEMPAT TINGGAL
Semua gadjet yang dibuat hendaklah diatur / sususn dengan baik, disamping menjaga kebersihan dan kekemasan diri di kawasan perkhemahan.
Gadjet-gadjet yang biasa dibuat di kawasan tempat perkhemahan seperti tempat kasut, penyangkut baju, meja tulis, kerusi, gadjet katil, papan kenyataan, buaian, penyangkut lampu, penyapu dan lain-lain.
GADJET TEMPAT MENJEMUR KAIN
Ampaian yang kekal tidak boleh digerak dibina dikawasan tempat membasuh.
GADJET-GADJET LAIN
Buatlah gadjet lain yang mustahak seperti: Tiang bendera
Menara memerhati Gendang / Kantung kem Gadjet pembawa barang (Indian Travois) Gadjet pondok lalang (tempat berteduh)
PENEMPATAN GADJET DALAM KAWASAN PERKHEMAHAN
Tidak jauh dari tempat memasak hendaklah disediakan dua lubang iaitu lubang basah dan kering.
Berhampiran dapur dirikan meja dan bangku makan, gadjet alatan tajam seperti kapak, gergaji dan parang, gadjet gerobok makan, tempat meletak kayu api / tong gas.
Berhampiran pintu masuk dirikan gadjet Papan Kenyataan, tempat letak buku dan tempat letak tongkat.
PRINSIP MEMBUAT GADJET
Jangan gunakan kayu atau dahan yang buruk kerana kemungkinan patah atau roboh.
Gunakan ikatan yang betul. Ikatan pada gadjet hendaklah betul. Gunakan bahan semulajadi. Gadjet yang dibuat boleh digunakan dan
bukan untuk pameran.
Gadjet mesti kukuh, dapat digunakan sepanjang masa perkhemahan.
Gadjet yang baik ringkas tetapi praktikal. Mulakan dengan membuat gadjet yang ringkas
dahulu. Fikirkan ciri-ciri keselesaan dan keselamatan
gadjet. Gadjet direka, dibuat dan diletakkan ditempat
yang sesuai. Buat gadjet ciptaan atau rekaan sendiri.
SIMPULAN DAN IKATAN DALAM MEMBUAT GADJET
Simpulan dan ikatan perlu diketahui dalam prosesmembuat gadjet, perlu dipelajari lebih dahulu supaya
gadjetnya kekal. Simpulannya perlulah ketat dan kuat. Ikatan Seraya (Square lashing) - mengikat tiang
gadjet kerana memberi sokongan yang kuat pada tiang yang telahg diikat.
Ikatan Serong (Diagonal lashing) - mengikat tiang dan juga sebagai penyambung gadjet yang berbentuk serong.
Ikatan Silang Gunting - mengikat dua batang kayu bersama, biasanya diikat pada pintu pagar.
Ikatan 'Figure of eight lashing' - mengikat tiga batang kayu bersama, sesuai untuk pembinaan gadjet berbentuk tiga segi.
Ikatan Ular (Snake lashing) - mengikat cara menganyamnya, batang-batang kayu yang kecil diikat kepada batang yang lebih besar.
Simpul Balak (Timber Hitch) - memulakan ikatan serong.
Simpul manuk - memulakan ikatan silang gunting dan ikatan seraya.
Ikatan Pemukat - ikatan gadjet yang memerlukan pengantungan. Ikatan ini digunakan untuk membuat sesuatu loop pada tali.
RUJUKAN
http://www.geocities.com/yusofalhaj/gadjet.htm
Recommended