SEKTOR PERCETAKAN, PENGEDARAN DAN KESELAMATAN
GARIS PANDUAN PENGURUSAN
KESELAMATAN AMALI SAINS
LEMBAGA PEPERIKSAAN
OBJEKTIF TAKLIMAT
Untuk memberi pendedahan tentang pengendalian pengurusan keselamatan peperiksaan amali sains mengikut tatacara atau prosedur keselamatan yang betul
KLASIFIKASI
Instrumen Peperiksaan Amali Sains diklasifikasikan SULIT di dalam Buku Daftar Suratan Rahsia Rasmi –Am4912A mengikut Akta Rahsia Rasmi 1972
PENGENDALIAN
Hanya boleh dijalankan oleh pegawai atau guru atau kakitangan yang dilantik sahaja
Semua petugas yang dilantik hendak diberi taklimat berkaitan proses pengendalian amali sains
Pengendalian perlu bersaksi dan berekod
PEMBEKALANBahan amali yang dibekalkan hendaklah diberi perlindungan keselamatan bagi mengelak daripada ketirisan maklumat
PENGHANTARAN DAN
PENERIMAAN
Penghantaran dan penerimaan bahan dan dokumen peperiksaan amali sains melibatkan pergerakan dari Lembaga Peperiksaan ke Jabatan Pendidikan Negeri/Pejabat Pendidikan Daerah/ sekolah dengan mematuhi langkah-langkah keselamatan, bersaksi dan berekod.
PENYIMPANAN
Penyimpanan dokumen peperiksaan amali sains hendaklah disimpan di tempat selamat seperti bilik kebal dan almari atau bilik berkunci di sekolah.
Penyimpanan bahan peperiksaan amali sains hendaklah disimpan di tempat selamat seperti almari berkunci di bilik berkunci/makmal di sekolah.
PENYERAHAN DOKUMAN ATAU BAHAN KEPADA
SEKOLAH
Dokumen peperiksaan amali sains diserah kepada pusat peperiksaan pada hari peperiksaan.
Dokumen penyediaan bahan peperiksaan diserah kepada sekolah sebelum peperiksaan berlangsung.
Bahan peperiksaan amali sains yang dibekalkan terus dari Lembaga Peperiksaan diserah kepada sekolah sebelum peperiksaan berlangsung.
TEMPAT PEPERIKSAAN ATAU MAKMAL
SAINS
Persediaan bahan peperiksaan di atas meja calon hendaklah disediakan sebelum peperiksaan berlansung dan makmal sains ini hendaklah diberi kawalan keselamatan seperti pintu atau tingkap dikunci dan dipasang langsir lut cahaya bagi mengelak ketirisan
Diletak papan tanda “PEPERIKSAAN SEDANG DIJALANKAN”. Orang yang tidak berkenaan dilarang berada di kawasan makmal peperiksaan.
Kawasan makmal sains yang dijadikan tempat peperiksaan perlu dilingkungi dengan tali/pita keselamatan bagi menghalang orang yang tidak berkenaan mendekati makmal sains.
TEMPAT PEPERIKSAAN ATAU MAKMAL
SAINS
BILIK KUARANTIN ATAU BILIK MENUNGGU
Bilik kuarantin atau bilik menunggu dikawal selia oleh pengawas yang dilantik bagi menghalang calon berhubung dengan mana-mana calon yang sedang atau sudah mengambil peperiksaan.
LARANGAN KOMUNIKASI
Calon yang terlibat dengan peperiksaan amali sains dilarang sama sekali membawa telefon bimbit atau alat komunikasi atau kaedah komunikasi semasa berada di bilik kuarantin atau bilik menunggu atau makmal sains.
PENGURUSAN PEPERIKSAAN
Mengikut panduan pengurusan pengendalian pusat peperiksaan
KESELAMATAN ALAT DAN
BAHAN PEPERIKSAAN AMALI SAINS
Maklumat berkaitan Amali Sains dikawal bagi mengelak ketirisan.
Alat atau bahan atau senarai awal dan arahan persediaan disimpan dengan selamat dalam almari berkunci
Alat/bahan dikodkan dan tidak menggunakan nama sebenar
Kutipan atau pembelian bahan dilakukan secara rahsia
PEPERIKSAAN AMALI SAINS
PAGI HARI PEPERIKSAAN
Ketua Pengawas mengambil dan menyemak kertas soalan dari penyelia kawasan di bilik kebal.
Kertas soalan dimasukkan ke dalam karung dan diseal dengan seal keselamatan. No seal dicatat dalam buku rekod pengurusan.
Karung disimpan di dalam ruang bagasi kereta.
Tiba di pusat peperiksaan, pengawas menyemak karung dan no seal dan pastikan tiada kesan ceroboh.
Sampul kertas soalan dibuka dan disemak bilangannya.
Pastikan mencukupi.
Soalan yang tepat.
Kertas soalan diedar mengikut jadual waktu peperiksaan.
PEPERIKSAAN AMALI SAINS
KP memberi taklimat kepada calon dan memulakan peperiksaan tepat pada waktunya.
Pengawas membuat pengawasan secara aktif.
Jika terdapat sebarang kes salah laku, pengawas mengambil atau mencatat eviden tanpa menganggu calon selesai peperiksaan. Pengakuan calon dicatat.
PEPERIKSAAN AMALI SAINS
SELESAI PEPERIKSAAN
Calon diminta berhenti melakukan eksperimen dan berhenti menulis.
Skrip jawapan calon dikutip dan pastikan bilangan mencukupi.
Pengawas mengiringi calon ke bilik kuarantin.
PEPERIKSAAN AMALI SAINS
SEKIAN TERIMA KASIH